Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH(3) JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR KES NO 83D-4026-11/2016 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN 1) CHIN WUI FOO 2) LIM TECK SIN 3) BOO CHANG HUAY ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN Tertuduh dalam kes ini telah dituduh di mahkamah pada 15/11/2016. Perbicaraan dijalankan dan di akhir kes Pendakwaan, mahkamah mendapati pihak Pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT 2 dan 3 dan kedua-dua dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri. 2 Pendakwaan kemudiannya telah memfailkan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah ke atas OKT 2 dan 3. Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu bersama-sama pada 9/11/2016, jam lebih kurang 12.15 tengahari didalam rumah no. 02-01, blok w, jalan cantik 7, taman perling indah dalam daerah johor bahru dalam negeri johor telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine berat bersih 8.99 gram. dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (2) akta dadah berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan. Pertuduhan Pindaan Kedua Bahawa kamu bersama-sama pada 9/11/2016 jam lebih kurang 12.15 tengahari didalam rumah no. 02-01, blok w, jalan cantik 7, taman perling indah dalam daerah johor bahru dalam negeri johor telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis nimetazepam berat bersih 0.35 gram. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (2) akta dadah berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 12 (3) akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan. 3 Pertuduhan Pindaan Ketiga Bahawa kamu bersama-sama pada 9/11/2016 jam lebih kurang 12.15 tengahari didalam rumah no. 02-01, blok w, jalan cantik 7, taman perling indah dalam daerah johor bahru dalam negeri johor telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis cannabis berat bersih 1.15 gram. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 akta dadah berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 6 akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan. Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 7 orang saksi yang terdiri daripada : 1) Insp Calvin Lewis A/L Edmond (Pegawai Tangkapan-SP1) 2) Encik Obenar Bin Turabin (Jiran di alamat 02-04, Blok W, Jalan Cantik 7, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor-SP2) 3) Inspektor Wan Nur Munirah Binti Wan Roslan (Menghantar Barang Kes ke Stor-SP3) 4) Koperal Wanita Nik Aslinda Binti Nik Ramli (Penjaga Stor-SP4); 5) Puan Siti Zubaidah Binti Hanapi (Ahli Kimia-SP5) 6) Sarjan Md Noor Bin Long (Mengambil Barang Kes Balik dari Jabatan Kimia Malaysia –SP6) 7) Sarjan Abdul Kadir Bin Mohd Shayrullah (Pegawai Penyiasat) SP7 4 RINGKASAN FAKTA KES. Pada 9 November 2016 jam lebih kurang jam 12.15 tengahari, SP1 bersama 9 lagi anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Johor telah pergi ke sebuah rumah beralamat 02-01, Blok W, Jalan Cantik 7, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor. Setibanya di sana, SP1 telah mengetuk pintu rumah tersebut dan kemudiannya telah dibuka oleh seorang lelaki Cina. SP1 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan pada masa yang sama, lelaki Cina tersebut telah melarikan diri ke dalam rumah. SP1 segera mengarahkan dua (2) orang anggota polis iaitu Sarjan Mustapa dan Koperal Ravi untuk memotong gril telinga (tempat sangkut manga). SP1 bersama anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah dan mendapati seorang lagi lelaki cina (OKT 2) dan seorang perempuan Cina (OKT 3) sedang berada di ruang tamu rumah tersebut manakala OKT 1 telah terjun dari tingkap di bahagian dapur tetapi berjaya ditahan oleh SM Rafi dan Lans Koperal Rahim dan kemudiannya telah dibawa ke hadapan SP1. Pemeriksaan badan telah dilakukan oleh pihak polis terhadap ketiga-tiga OKT tersebut tetapi tiada apa-apa barang salah dijumpai. Disaksikan oleh ketiga-tiga penama, SP1 telah menjalankan pemeriksaan di dalam rumah dan hasil pemeriksaan di bilik tengah di atas sebuah meja telah menjumpai 5 paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis Syabu, 6 strip setiap satu strip mengandungi 10 biji pil disyaki Eramin 5 dan 1 strip mengandungi 8 biji Eramin 5 dengan jumlah keseluruhan 68 biji dan juga 1 paket plastik mengandungi dadah disyaki Ganja. SP1 telah merampas semua barang kes dadah tersebut dan ketiga- 5 tiga OKT telah ditangkap untuk dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di IPK Johor Bahru bagi siasatan lanjutan. KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Pada peringkat ini, beban pembuktian adalah oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie terhadap kesemua OKT. Mahkamah wajib meneliti serta menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum. Sekiranya mahkamah tidak bersedia untuk mensabitkan OKT dengan pertuduhan yang dihadapkan kepada mereka dan jika OKT dipanggil untuk membela diri, dan mereka memilih untuk berdiam diri, maka tiada kes prima facie telah dibuktikan [PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar