At any stage of any trial, before the delivery of judgment, the Public Prosecutor may, if he thinks fit, inform the Court that he will not further prosecute the accused upon the charge and thereupon all proceedings on the charge against the accused shall be stayed and the accused shall be discharged of and from the same. [7] Kesan dari peruntukan ini menyebabkan pertuduhan terhadap tertuduh digantung dan tertuduh dilepaskan dari pertuduhan-pertuduhan tersebut. Seksyen 254 (3) KTJ telah menjelaskan bahawa perintah di bawah peruntukan ini akan menyebabkan tertuduh dilepaskan tetapi tidak dibebaskan (DNAA) melainkan Mahkamah membuat ‘perintah selainnya’. Diperturunkan seksyen tersebut di sini. 3) Such discharge shall not amount to an acquittal unless the Court so directs. ‘Perintah selainnya’ adalah tertuduh dilepas dan dibebaskan (DAA) dari pertuduhan-pertuduhan tersebut. Peruntukan ini memberikan kuasa budi bicara kepada Mahkamah untuk membuat perintah tersebut. Rujuk kes Vigny yang diputuskan oleh YA Zabariah Mohd Yusuf. [91] It is my view that, a plain and literal reading of s. 254(3) of the CPC means that any discharge granted by the court under s. 254, is a discharge not amounting to an acquittal. But for a discharge amounting to an acquittal, it must be specifically directed by the court. [8] Dalam keadaan mana tertuduh boleh dilepas dan dibebaskan? Ia bergantung kepada fakta kes masing-masing. Namun demikian budi bicara itu hendaklah dijalankan secara berhati-hati. Di dalam kes Vigny pihak pendakwaan memohon tertuduh dilepas dan dibebaskan kerana siasatan masih belum diselesaikan. Mahkamah telah memerintahkan DAA. Manakala di dalam kes Ambika, Mahkamah memerintahkan DAA kerana pihak pendakwaan sendiri telah menulis surat kepada tertuduh bahawa pertuduhan terhadapnya akan ditarik balik. Perintah DNAA akan menyebabkan tertuduh boleh dituduh semula pada masa akan datang. Justeru, Hakim di dalam kes Seet Ah Ann v. Public Prosecutor [1950] 1 LNS 81 memutuskan bahawa ketidakpastian pendakwaan pada masa hadapan mewajarkan perintah DAA dibuat. Apatah lagi di dalam kes tersebut terdapat kebarangkalian permohonan DNAA adalah untuk memastikan tertuduh memberikan keterangan yang memihak kepada pihak pendakwaan terhadap rakan sejenayahnya. Begitu juga apabila saksi telah meninggal dunia dan saksi adalah warga asing yang tidak dapat dikesan, perintah DAA adalah wajar. Mahkamah juga akan melihat kepada alasan mengapa suatu perintah DNAA dipohon kerana adalah tidak adil untuk membiarkan satu pertuduhan jenayah yang tiada kepastian tergantung di atas kepala tertuduh. Rujuk K Abdul Rasheed v. Public Prosecutor Ah Chak Arnold v. Public Prosecutor [1985] 1 LNS 54 . Perintah DAA juga wajar diberikan jika terdapat unsur penindasan. Rujuk kes Goh Oon Keow (F) & Anor v. Rex [1948] 1 LNS 14 . Mahkamah juga memutuskan perintah DNAA adalah tidak wajar memandangkan perayu yang juga seorang polis detektif akan diambil tindakan oleh jabatannya. Justeru ketidakpastian pendakwaan pada masa akan datang telah menyebabkan kebimbangan terhadap perayu dalam tempoh hampir setahun. Disamping itu, perayu juga menanggung perbelanjaan berkaitan dengan kehadiran saksi-saksi. [9] Kesimpulannya, Mahkamah harus mengimbangi keadilan terhadap tertuduh dan hak dan kuasa pendakwaan untuk meneruskan pendakwaan. Didalam kes ini pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa saksi penting iaitu pegawai serbuan tidak dapat diserahkan sapinanya kerana telah dibuang daerah. Ini bukanlah kali pertama alasan yang sama diberikan. Pihak pendakwaan telah diberikan masa yang mencukupi untuk menyerahkan sapina kepada saksi ini semenjak perbicaraan kes ini belum dimulakan dan juga semenjak tarikh terakhir 12 April