walaupun jika terdapat kegagalan di pihak pendakwaan untuk membuktikan adalah tidak praktikal untuk menghantar orang yang ditangkap berjumpa pegawai perubatan bagi tujuan mendapatkan specimen air kencing, namun keputusan ujian air kencing itu adalah boleh diterima berdasarkan prinsip yang dihuraikan dalam kes Pendakwa Raya lwn Mohd Safwan bin Husain [2017] 5 MLJ 255 [18] Terikat dengan nas-nas duluan di atas, Mahkamah mendapati hujahan pembelaan adalah tidak bermerit. Rentetan itu, Mahkamah mendapati elemen kedua juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [19] Setelah Mahkamah Yang Mulia ini meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumentari yang telah dikemukakan, beserta dengan hujahan-hujahan yang telah difailkan oleh Puan TPR Yang Bijaksana dan Tuan Peguambela Yang Terpelajar, mahkamah ini, di atas suatu penilaian yang maksima, telah mendapati suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan ke atas pertuduhan yang dipertuduhkan dengan menggunapakai anggapan di bawah s.37(k) ADB 1952. Oleh yang demikian, OKT telah diperintahkan untuk membela diri. KES PEMBELAAN [20] Setelah Mahkamah Yang Mulia ini memerintahkan OKT untuk membela diri, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. OKT turut memanggil isterinya SD 2 untuk memberi keterangan. Pemeriksaan Utama OKT: [21] OKT memberi keterangan pada hari kejadian 2 April 2022 pada jam lebih kurang 9 pagi, OKT telah ditangkap oleh pihak polis semasa dalam perjalanan ke Felda Kahang Timur. [22] OKT pada mulanya telah dibawa ke Pondok Polis Kluang Baru di mana di situ OKT telah disoal siasat. Semasa di Pondok Polis Kluang Baru juga OKT telah meminta kebenaran untuk membuang air kecil dari salah seorang anggota polis yang berada di situ. [23] OKT kemudiannya telah dibawa ke BSJND IPD Kluang dengan diiringi oleh 2 orang anggota polis. Semasa di dalam perjalanan, OKT telah menghubungi SD 2 untuk memaklumkan berkenaan dengan penangkapannya. [24] Apabila sampai di BSJND IPD Kluang, OKT telah dibawa ke Bilik Pemeriksaan Air Kencing dan telah diarahkan untuk duduk. Pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari, SD 2 telah masuk ke bilik berkenaan dan duduk di kerusi di belakang pintu bilik tersebut. [25] OKT kemudiannya telah diberikan satu botol oleh L/Kpl Alif [penekanan oleh Mahkamah] dan diarahkan ke tandas untuk memberikan sampel air kencingnya. OKT telah pergi ke tandas tetapi tidak dapat mengeluarkan air kencing. OKT telah memberitahu perkara ini kepada L/Kpl Alif. OKT telah diberikan satu botol kecil air mineral dan telah minum setengah botol. [26] Selepas lebih kurang 15 minit, OKT telah masuk semula ke tandas dan kencing ke dalam botol yang disediakan. OKT kemudiannya telah meletakkan botol tersebut di atas meja. OKT melihat L/Kpl Alif memasukkan sesuatu ke dalam botol dan telah berbincang dengan seorang lagi anggota polis. [27] OKT kemudiannya telah dibawa berjumpa dengan pegawai penyiasat, SP 7 dan telah diminta menandatangani beberapa helaian kertas. Pada sekitar jam 4 petang, OKT telah dimaklumkan oleh SD 2 bahawa OKT telah diberikan jaminan polis. OKT mendakwa tidak mengenali SP 5 dan pertama kali melihat SP 5 di Mahkamah. OKT juga menegaskan semasa ujian saringan air kencing dijalankan, hanya SD 2 dan L/Kpl Alif sahaja yang berada dalam bilik pemeriksaan berkenaan. Tiada pegawai polis lain yang berada di dalam bilik tersebut selain mereka. OKT juga mendakwa tidak diberitahu keputusan air kencingnya. Pemeriksaan Balas OKT: [28] OKT mengesahkan selepas ditangkap polis pergerakan OKT sentiasa dikawal dan tidak bebas bergerak. OKT juga mengesahkan isterinya SD 2 tidak bertugas di BSJND. Semasa ditunjukkan dengan gambar botol urin P1A-D, OKT mengakui bahawa botol tersebut adalah botol urin miliknya dan dipilih oleh dirinya sendiri. OKT juga mengesahkan sampel air kencingnya diuji di hadapannya. Tandatangan yang terdapat pada pelekat botol diakui milik OKT. OKT mengakui bahawa laporan polis D17 telah dibuat selepas SP 5 memberi keterangan di Mahkamah iaitu selepas tempoh 2 tahun kejadian. [29] OKT juga mengakui bahawa air kencingnya mengandungi 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid kerana OKT telah memasukkan dadah ini ke dalam badannya. [30] OKT mengesahkan tidak mengenali SP 5 dan SP 5 tidak mempunyai dendam atau motif jahat terhadapnya. Keterangan SD 2: [31] Semasa dihubungi oleh OKT untuk memaklumkan berkenaan dengan penangkapannya, SD 2 berada di AEON Big Kluang sedang membeli barangan dapur. SD 2 telah bergegas ke BSJND IPD Kluang dan terus ke Bilik Pengambilan Air Kencing. SD 2 mengenali salah seorang anggota yang berada di hadapan pintu bilik bernama Wan. SD 2 juga melihat OKT sedang duduk di kerusi berhampiran dengan meja. SD 2 telah duduk di kerusi di belakang pintu. L/Kpl Alif telah bertanya kepada SD 2 sama ada OKT merupakan suami SD 2, SD 2 telah mengiyakannya. [32] SD 2 telah melihat L/Kpl Alif memegang bungkusan untuk pemeriksaan air kencing dan L/Kpl Alif telah membuka bungkusan tersebut. L/Kpl Alif kemudiannya telah menyerahkan botol kepada OKT dan mengarahkan OKT untuk kencing ke dalamnya. OKT telah ke tandas tetapi kemudiannya datang semula memaklumkan tidak boleh kencing dan duduk semula di kerusi. L/Kpl Alif telah memberikan OKT sebotol kecil air mineral. Selepas minum lebih kurang setengah botol, OKT telah ke tandas semula dan kemudian keluar semula dan meletakkan botol air kencing di atas meja. L/Kpl Alif selepas itu dilihat memasukkan sesuatu ke dalam botol. L/Kpl Alif kemudiannya telah memanggil Kpl Tohim yang berada di bilik lain dan telah berbincang berdua. [33] Semasa Kpl Tohim hendak pulang ke bilik, SD 2 telah menahannya dan bertanya sama ada SD 2 boleh berjumpa dengan Tuan KBND, Tuan Yusaini. SD 2 telah berjumpa dengan Tuan KBND dan memohon ihsan dan kebenaran agar OKT dibebaskan dengan jaminan polis kerana pada keesokan harinya akan mula berpuasa. [34] Kemudian semasa SD 2 menuju semula ke Bilik Pemeriksaan Air Kencing, SD 2 melihat OKT bersama SP 7 di dalam sebuah bilik. SD 2 telah menunggu sehingga jam 4 petang dan selepas itu telah dimaklumkan oleh SP 7 bahawa OKT dibenarkan untuk jamin polis. [35] SD 2 mendakwa SP 5 tiada semasa proses pengambilan air kencing, SD 2 hanyak nampak L/Kpl Alif sahaja. PENILAIAN MAHKAMAH KE ATAS KES PEMBELAAN [36] Adalah perlu ditekankan di sini, Mahkamah Yang Mulia ini, semasa memanggil OKT untuk membela diri, telah menyatakan sejelas-jelasnya bahawa Mahkamah menggunapakai anggapan di bawah s.37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 [37] Mahkamah Yang Mulia ini merujuk kepada penghakiman YA Augustine Paul di dalam kes Public Prosecutor v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705 yang telah memutuskan: In truth, therefore, a presumption is a statutory direction as to the drawing of inferences (see Tong Peng Hong v PP [1955] MLJ 232). Thus it operates in place of evidence as it deems certain facts to have been proved (see Ng Kim Huat v PP [1961] MLJ 308). Presumptions therefore do not deal with admissibility of evidence (see PP v Cheng Meng Bong & Ors [1966] 1 MLJ 237) but with a special mode of proving facts which must otherwise be proved by evidence. Where a presumption is mandatory, in the sense that the presumed fact must be found to exist upon proof of the basic facts, and is rebuttable it is termed as a rebuttable presumption of law. The words 'shall presume' in presumptions of law only mean that upon proof of the basic facts the court is bound to take the fact to be presumed as having been proved as opposed to the words 'may presume' in presumptions of fact like in s 114 of the Evidence Act 1950 which only gives the court a discretion to raise the presumptions contained therein. Since presumptions do not deal with admissibility of evidence but only with a mode of proof a matter of concern is whether the facts to be presumed can, instead, be proved by other admissible evidence which i The applicability of the presumption provisions must be considered against this background. Their language shows that they have been enacted to provide evidence of the facts to be presumed upon proof of the basic facts. It is these basic facts that raise the presumed facts. Thus they contemplate a situation where there is no evidence of the facts to be presumed. Where there is such evidence and the presumption provisions are still invoked it would mean that what has been proved to exist has, at the same time, also been presumed to exist. This is illogical as it would amount to facts which have been proved as also having been presumed. This would go beyond the explicit words and object of the presumption provisions as they are designed to meet a situation when there is no evidence of the facts to be presumed. As I said earlier presumptions are only a special mode of proving facts which must otherwise be proved by evidence. It follows that where there is such other evidence presumptions cease to apply as such evidence, being not inadmissible, is capable of proving the very facts to be presumed. Presumptions are therefore restricted in their operation to instances where there is evidence only of the basic facts. The limitation on the use of the presumption provisions in the face of available evidence can be discerned if the ramifications of their use in such circumstances are considered. It must first be observed that reliance on the presumption provisions where there is available evidence of the facts to be presumed will be unfavourable to the accused. This is because where the court relies on a statutory provision relating to a presumption of law like the presumption provisions it is bound to take the fact as proved until evidence to the contrary is given, on a balance of probabilities, to disprove it (see PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89; Nagappan a/l Kuppusamy v PP [1988] 2 MLJ 53). This results in a legal burden being imposed on an accused person though it is not illegal. Failure to discharge the burden, even where a reasonable doubt as to guilt exists, will be followed by conviction (see State v Mello & Anor[1999] 1 LRC 215). [38] Keputusan Majlis Privy menerusi penghakiman oleh Lord Diplock telah memutuskan di dalam kes Public Prosecutor v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 serta Mahkamah Agung di dalam kes Nagappan a/l Kuppusamy v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 53 juga dirujuk. [39] Berdasarkan kepada nas-nas di atas, OKT kini mempunyai beban bukan setakat menimbulkan keraguan yang munasabah, tetapi beban untuk mematahkan anggapan s.37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 di atas imbangan kebarangkalian. [40] Mahkamah telah memperhalusi keterangan pembelaan dan mendapati tunjang kepada kes pembelaan ialah ketiadaan SP 5 semasa proses pengambilan air kencing OKT. OKT dan SD 2 bertegas bahawa proses ujian saringan air kencing hanya dilakukan oleh L/Kpl Alif sahaja dan OKT tidak diberitahu hasil ujian air kencing tersebut. [41] Hasil penelitian oleh Mahkamah, adalah didapati bahawa nama L/Kpl Alif ini langsung tidak pernah dicadangkan kepada mana-mana saksi pihak pendakwaan sebelum ini. Bahkan, semasa SP 5 dan SP 6 yang merupakan pegawai dan anggota polis yang terlibat di dalam ujian saringan awal air kencing OKT pun nama L/Kpl Alif tidak dibangkitkan. [42] Apabila ditanya berkenaan dengan perbezaan nama L/Kpl Alif dengan L/Kpl Mohamad Arif yang dinyatakan di dalam D17, jawapan SD 2 ialah SD 2 pernah bertanya kepada anggota Narkotik bahawa nama panggilan L/Kpl Mohamad Arif ialah Alif. [43] Mahkamah mendapati terdapat 2 isu dengan jawapan SD 2 ini. Pertama, fakta ini hanya ditimbulkan semasa SD 2 memberi keterangan. Tuan punya badan iaitu SP 6 sendiri telah hadir memberi keterangan tetapi perkara ini langsung tidak ditanyakan semasa pemeriksaan balas. [44] Di dalam kes Mahkamah Rayuan di dalam kes Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154 pada perenggan 63 muka surat 167 memutuskan bahawa: Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an Rujuk juga penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Adiswaran a/l Tharumaputrintar v Public Prosecutor & Other Appeals [2014] 3 MLJ 228 yang juga mengesahkan penolakan pembelaan pemikiran kemudian [45] Isu yang kedua berkenaan dengan penjelasan SD 2 ialah, ianya merupakan keterangan dengar cakap (hearsay). SD 2 hanya mengulangi apa yang dikatakan oleh seorang anggota Narkotik kepadanya. Siapakah gerangan anggota Narkotik ini tidak pernah disebut oleh SD 2. Mahkamah merujuk kepada keputusan Majlis Privi di dalam kes Subramaniam v Public Prosecutor [1956] 1 WLR 965: Evidence of a statement made to a witness by a person who is not himself called as a witness may or may not be hearsay. It is hearsay and inadmissible when the object of the evidence is to establish the truth of what is contained in the statement. [46] Selain daripada itu, Mahkamah juga mendapati keterangan SD 2 bercanggah, di mana SD 2 menyatakan bahawa beliau mengenali salah seorang daripada 2 orang anggota yang mengiringi OKT, yang disebutkan dengan nama Wan. Tetapi semasa pemeriksaan balas SP 6, jawapan yang diberikan oleh SP 6 ialah anggota yang mengiringi OKT ialah Kpl Ismail dan Kpl Saddam. Tidak pernah dicadangkan bahawa salah seorang daripada anggota tersebut ialah Wan yang disebutkan oleh SD 2. [47] Mahkamah mendapati keterangan SD 2 menyanggahi keterangan saksi polis iaitu SP 5 dan SP 6 yang jelas tidak mempunyai apa-apa sebab untuk menganiaya OKT. [48] Sebagai isteri kepada OKT, SD 2 merupakan seorang saksi berkepentingan. SD 2 telah pun berusaha dan berjaya melepaskan OKT daripada tahanan reman sebelum ini, dan berhadapan dengan percanggahan keterangan SD 2, keterangan hearsay dan afterthought yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat bahawa SD 2 mempunyai a purpose to serve dan oleh itu, kredibiliti SD 2 adalah meragukan. Mahkamah Rayuan di dalam kes Veeran Veriah v PP & Another Appeal [2017] 1 LNS 1706 memutuskan: [34] As for DW3, he was obviously trying to help both appellants. He knew them long before that but became very close 6 months prior to the incident. He was undoubtedly, an interested witness whose evidence should be treated with caution as he was a witness having a purpose to serve [Deepanraj Subramaniam v. PP [2015] 3 CLJ 439 at page 450] . [49] Apa pun, semasa pemeriksaan balas, OKT sendiri mengakui bahawa air kencingnya mengandungi 11-nor-delta-9- tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid kerana OKT telah memasukkan dadah ini ke dalam badannya. [50] Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Wong Yee Sen & Ors [1990] 1 MLJ 187 yang telah memutuskan: Cross-examination is the examination of a witness by the adverse party, that is, the party opposed to the one that calls him. What is the aim of cross-examination? Really there is one aim only. It is to assist in the administration of justice by revealing the truth to the court. The function of cross-examination is to eliminate or reduce the danger that a false conclusion will be reached. Wigmore has declared that cross-examination is beyond doubt the greatest engine ever invented for the discovery of truth. The powers of a cross-examiner generally are: