Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [16] Bagi membuktikan ini, pihak pendakwaan telah memanggil ahli kimia iaitu Encik Abd Rahim bin Ismail (SP3). Beliau telah menganalisa barang-barang kes ini dan mengeluarkan laporan kimia (P12) dan mengesahkan bahan-bahan yang dirampas itu berat bersihnya 3514.1 gram yang merupakan mengandungi 2161.1 gram Heroin dan 66.7 gram Monoacetylmorphines. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ [17] SP3 mengesahkan bahawa bahan-bahan yang dianalisis olehnya adalah tersenarai di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Berdasarkan kepada kelulusan dan kepakaran SP3; Mahkamah menerima keterangan beliau sebagai seorang ahli kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisa berkaitan dengan indentiti dan kuantiti dadah tersebut. Mahkamah ini menerima keterangan SP3 secara prima facie seperti yang diputuskan didalam kes Tarmizi bin Yacoob & 1 lagi v PP [2006] 6 MLJ 197 kecuali dibuktikan bahawa keterangan beliau dibuktikan sangat tidak munasabah dan sukar dipercayai, ini tidak berlaku didalam kes di hadapan Mahkamah ini. [18] Mahkamah ini mendapati tiada keraguan mengenai identiti dadah-dadah tersebut yang telah dianalisis oleh SP3 seorang ahli kimia yang berpengalaman. (b) OKT mempunyai pemilikan serta pengetahuan akan dadah-dadah tersebut. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ [19] Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai bukan sekadar pemilikan tetapi pengetahuan akan kewujudan dadah-dadah tersebut. [20] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan gagal untuk membuktikan pemilikan serta pengetahuan OKT akan dadah tersebut dan anggapan pengetahuan telah berjaya disangkal. Pihak pendakwaan pula menghujahkan bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan iaitu SP6 dan SP7. [21] Dalam konteks ini, Mahkamah melihat kepada keterangan pegawai serbuan iaitu SP6. Menurut SP6, dadah-dadah itu dijumpai di dalam kereta Mercedes Benz A250 No.: SYJ 369 yang dipandu oleh OKT. Ketika ditahan, hanya OKT sahaja di dalam kereta tersebut ketika ditahan oleh SP6 dan pasukan serbuan di Persiaran Sultan Ibrahim. Hasil pemeriksaan SP6 di dalam kereta tersebut, (1) plastik hitam dalam keadaan terbuka berada atas kerusi penumpang bahagian hadapan. Pada hemat saya ini merupakan keterangan terus oleh pihak pendakwaan terhadap elemen pemilikan dadah tersebut oleh OKT. Mangambil turut S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ mengambil kira melihat kepada ekshibit P7 1-3 iaitu gambar dadah tersebut, adalah mustahil keberadaan barang sebesar saiz tersebut tidak disedari oleh OKT yang berada dalam kereta tersebut. [23] Versi pembelaan pula adalah target sebenar SP6 dan pasukan serbuan adalah seorang lelaki Melayu dan dadah itu di simpan di sebuah rumah kedai di Kapar. OKT bukan merupakan suspek lelaki Melayu yang dicari polis itu. Versi pembelaan ini tidak dipersetujui oleh SP6. Pembelaan juga mendakwa sebenarnya SP6 dan pasukan serbuan telah mengekori kereta OKT dari Sementa Klang dan penangkapan OKT adalah selepas beberapa siri tangkapan lain berkaitan dadah yang dijalankan oleh polis. Fakta ini juga disangkal oleh SP6 ketika pemeriksaan balas. [24] Versi pembelaan seterusnya adalah sebenarnya pada 15.2.2023 pasukan serbuan SP6 sedang mengekori seorang individu bernama Mohd Khairul Fazli. Mohd Khairul telah membawa dadah dari rumah kedai di Kapar ke kereta yang dipandu OKT dan dadah itu diletakkan oleh Mohd Khairul di kawasan tayar ganti di bonet kereta Mercedes Benz No: SYJ 369. OKT tidak mengenali Mohd S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ Khairul ini. Versi pembelaan adalah OKT berasal dari Sungai Petani dan dia datang ke Kuala Lumpur dengan seorang individu bernama Firdaus. Kedua mereka kemudian bermalam di Hotel Smile Wangsa. Selepas sahaja kedua mereka “check out” dari hotel tersebut pada esok paginya, Firdaus telah mengajak OKT ke Klang untuk berjumpa dengan kawannya. Apabila sampai di Sementa, Klang, OKT diarahkan oleh Firdaus untuk ke kedai mamak sementara Firdaus bercakap dengan seseorang di telefon. Setelah selesai makan, Firdaus telah menyerahkan kunci kereta kepada OKT dan menyuruh OKT balik ke Kedah manakala Firdaus dan rakannya menaiki motosikal dan beredar dari situ. [25] Fakta-fakta ini telah diletakkan kepada SP6 dan SP7, mereka tidak bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan atas fakta-fakta ini atau mereka mengatakan tidak mempunyai pengetahuan atau tidak pasti akan kebenaran fakta-fakta ini. Dalam premis ini, sekali lagi pada hemat saya menyokong pemilikan dan pengetahuan OKT ke atas barang kes apabila dia dikatakan akan membawa pulang kenderaan tersebut ke Kedah. Sudah pasti untuk satu pemanduan jarak jauh dari negeri Selangor, tumpuan pemandu akan diberikan terhadap setiap aspek dan kandungan dalam S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ kenderaan. Ini juga merupakan keterangan terus bahawa OKT sebenarnya memang mempunyai milikan dan pengetahuan dadah ke atas dadah tersebut. [26] Mahkamah merujuk kepada kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Sahrul Mazlee Mohd Khalid v PP [2022] 1 LNS 4 YA Datuk Vazeer Alam (HMR) memutuskan :- “[45] Possession can be either actual or presumed. The prosecution can establish the fact of possession by either adducing direct evidence of it, or it can be statutorily presumed by invoking section 37(d) of the Act, when the prosecution establishes custody and control by the accused of the item containing drugs. Section 37(d) of the Act, which reads: In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder- (d) any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall until the contrary is proved be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; [46] When possession is sought to be established independent of the statutory presumption in section 37(d) of the Act, i.e actual possession, the prosecution must prove that the accused is so situated with respect to a thing he is said to be in possession to the extent that he has the power to deal with it as owner to the S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ exclusion of all other persons, and when the circumstances are such, that he may be presumed to intend to do so in case of need. There must be present both the physical and mental element before the actual possession is established in law. See: Chan Peon Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237. (penekanan oleh Mahkamah) [27] Dalam konteks ini, Mahkamah berpuas hati dengan keterangan SP6 bahawa dadah tersebut telah ditemui sangat hampir dengan OKT yang dalam keadaan berseorangan dan dadah yang terbuka sehingga boleh mengecualikan orang lain. Mahkamah juga berpuashati bahawa SP6 adalah saksi yang boleh dipercayai dan teguh semasa memberikan keterangan di hadapan Mahkamah ini. [28] Walaupun pihak pembelaan menegaskan bahawa dadah itu sebenarnya diletakkan di bahagian tempat tayar gentian di bonet kereta Mercedes Benz tersebut; tetapi SP6 menegaskan bahawa dadah itu dijumpai bersebelahan OKT iaitu di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan beg itu dalam keadaan terbuka. [29] Dadah yang jumpai oleh SP6 berada sangat dekat dengan OKT untuk membolehkan OKT melupuskan dadah tersebut seandainya dia tidak ditahan oleh SP6 dan pasukannya. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ Mahkamah Rayuan di dalam Abd Wahab bin Said lawan Pendakwa Raya [2023] CLJU 802, [2023] 1 LNS 802 di mana diputuskan: “[38] Furthermore, we find that the learned High Court judge has in paragraphs [32] to [42] of his judgment correctly found that the Appellant was in possession of the drugs in the House. In particular, he found that the drugs were so physically proximate to him as seen by Det. Corp. Kamaruddin and he had the keys of the house at the material time.” [penekanan ditambah] Didalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 di mukasurat 239 diputuskan “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Ed, p 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ he had the intention of dealing with it as if it belongs to him should he see any occasion to do so, in other, that he had some animus possidendi.” [penekanan ditambah] [30] Bagi elemen pengetahuan pula, beg plastik hitam itu terbuka dan tidak dalam keadaan tersorok. Sesiapa boleh melihat kandungan beg plastik hitam itu dan adalah mustahil, OKT tidak menyedari kehadiran dan kandungan beg plastik di sebelahnya. [31] Mahkamah juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes G Vasan Gunasegaranv PP [2018] 1LNS 1604, Mohd Zawawi Salleh, HMR (beliau ketika itu) memutuskan: “[26] It was clearly proved that the appellant was the sole occupant of WXV 8540 and was having the sole control of the vehicle from at about 4.00 p.m, until the time of his arrest whilst at the driver's seat inside the vehicle at about 5.20 p.m. by PW3 and his team. The keys and remote were recovered from the appellant. He was in physical proximity to the plastic bags containing the impugned drugs. All these factors, taken together, showed that the appellant could have dealt with the impugned drugs, though he was not the owner of the vehicle. For the same reason, the appellant was thus also having custody or control of the two plastic bags containing the said drugs. drugs (see PP v. Abdul Rahman Akif (supra); Parlan Dadeh v. PP [2008] 6 MLJ 19; Khairuddin S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ Hassan v. PP [2010] 6 MLJ 145 and Aedy Osman v. PP [2011] 1 CLJ 273).” [27] The presence of the two plastic bags inside the vehicle which were under the exclusive control of the appellant at the material time, and the fact that he needed to guard the plastic bags, must necessarily give rise to a strong inference that the appellant had the requisite knowledge that the two plastic bags contained the said drugs. As said by the Federal Court in PP v. Abdul Rahman Akif (supra): “…again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can be proved by inference from the surrounding circumstances. Again, the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite...” Ketika serbuan hanya OKT sahaja berada di dalam kereta dan tiada orang lain. Adalah jelas OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan atas slab-slab dadah yang dijumpai di dalam beg plastik yang ada di atas tempat duduk penumpang hadapan. [32] Versi pihak pembelaan mencadangkan dadah itu sebenarnya di dalam tempat letak tayar ganti di bonet kereta Mercedes Benz tersebut; tetapi setelah pemeriksaan dijalankan oleh pihak polis, dadah itu diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan (SP6 menegaskan beg yang berisi dadah itu tidak pernah S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ dijumpai olehnya atau pasukan serbuan didalam bonet kereta tersebut tetapi beg itu berada di atas tempat duduk penumpang bahagian hadapan sebelah pemandu (OKT). Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan didalam Muhamad Sham bin Azemi dan Pendakwa Raya [2025] CLJU 2278 “[66] Mahkamah ini juga, dalam menerima keterangan pihak pendakwaan tersebut, mendapati tiada sebab bagi saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pihak Polis untuk mereka-reka keterangan yang berniat jahat terhadap Perayu kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka. Mahkamah Rayuan di dalam Wan Amirul Mubin bin Wan Kamaruddin v PP [2017] CLJU 1478; [2017] 1 LNS 1478 memutuskan seperti berikut: “It is unthinkable that PW4 had fabricated evidence in view of the complete absence of any evidence or allegation by the appellant that PW4 had made up a story regarding Exhibit P30. In fact, the appellant admitted during cross-examination that PW4, PW5 as well as PW7 had absolutely no reasons to lie about him. PW4 and PW5 were police officers who were merely performing their duties and they had no reasons to lie or to frame up the appellant whom they said they did not know. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ [30] It is significant to bear in mind that since both PW4 and PW5, were carrying on their official duties at the relevant time, in law the court is entitled to presume that their official acts were regularly performed and prima facie they did so honestly and conscientiously. Section 114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 in this regard provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In the case of PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim [2014] 4 CLJ 162, the Court of Appeal said- "It must be borne in mind that s. 114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In State of Punjab v. Rameshwar Dass [1957] Cri LJ 1630, the Punjab and Haryana Court held at p. 1631 as follows: It is well settled that prima facie the public servants must be assumed to act honestly and conscientiously. It would, therefore, be basically wrong, without other cogent ground to consider them as untrustworthy witness in respect of their activities in performance of their official duties merely because of their official status unless the evidence is considered to be suspicious and that the conviction of the accused cannot be sustained on the statements official witnesses. The presumption that a person acts honestly applied as much in favour of a police officer as of other persons, and it is not a judicial approach to distrust and suspect him without good grounds? S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ [31] Accordingly, without cogent reasons that would allow us to hold otherwise, it would be manifestly wrong to consider PW4 and PW5 as untrustworthy witnesses in handling this case. In the end what we have before us is nothing more than the bare oral testimony which was a mere denial." [penekanan ditambah] [33] Mengambil prinsip yang dijelaskan dalam kes yang dirujuk, saya mendapati SP6 dan pasukan serbuan tidak mengenali OKT sebelum kejadian; dan pada hemat saya, mereka tiada sebab munasabah untuk mereka menganiaya OKT dengan sengaja meletakkan dadah itu di atas kerusi penumpang hadapan. [34] Versi pembelaan adalah OKT datang dari Sungai Petani, Kedah dengan menaiki kereta Mercedes Benz No.: SYJ 369 dengan seorang individu bernama Firdaus dan telah bermalam di Hotel Smile di Wangsa Maju. Apa yang pasti “Firdaus” adalah kenalan OKT kerana OKT sanggup mengikutnya dari Sungai Petani, bermalam di Wangsa Maju dan juga mereka berdua ke Klang. Butiran tentang Firdaus pastinya dalam pengetahuan OKT seperti nama penuh, di mana dia tinggal dan berapa lama kenal. Semua butiran ini hendaklah diberikan kepada pegawai penyiasat untuk S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ disiasat akan kesahihan dakwaan OKT tentang Firdaus. Namun, OKT tidak berbuat demikian. Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan didalam Bavithran a/l Paramisivan lawan Pendakwa [2021] CLJU 829, [2021] MLHRU 672 di mana diputuskan: [74] In his statement to the police, the appellant merely mentioned the name Fong, and described him as a Chinese man who is not too thin, about 170 cm tall, and whom the appellant had known for about six months at Pub VIP Sentosa. That was all. PW8, when re-examined, Sexplained that she did visit Pub VIP Sentosa as part of the investigation but could not identify the Fong in question (even if he existed) based on the limited information given especially since she discovered that there were many who were known or named Fong at Pub VIP Sentosa. [75] In addition, despite the appellant maintaining that even at the additional session of statement taking the name Fong was mentioned again in the context of the alleged communication between the two, it was also telling that the appellant did not see it fit for more information to be given to the police on Fong to enable the police to conduct proper and meaningful investigation of whatever leads given by the appellant. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ [76] The appellant gave evidence that Fong contacted him on the appellant’s handphone when he arrived at the McDonald’s restaurant and it appeared that the appellant was suggesting (but never stated clearly in his testimony as DW1) that it could have been Fong who placed the impugned drugs in the Toyota VIOS. [77] We however found this narrative lacking in credibility. Despite claiming to have known Fong for about a year (as testified in Court but six months as stated in his cautioned statement), and met him regularly for about four or five times a week, the appellant was not able to give any further relevant information beyond the name ‘Fong’, such as his address, place of work, or other information that would give the police some foundational basis to investigate on the existence let alone involvement of this character in the placing of the impugned drugs in the Toyota VIOS. [78] We therefore were of the view that the learned trial judge was not wrong in holding that if Fong had existed as claimed, proper investigations would have been able to be carried out had the appellant provided information to the police. Simply stated, the information proffered by the appellant was patently insufficient and therefore Fong could not be located. We thus found no flaws in the following analysis and findings of the learned trial judge. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ “[92] The evidence before this court disclose that the accused had informed the police about a person named Fong. SP8 stated that the accused had mentioned the name Fong who had contacted the accused on the day of the incident. [93] The evidence before this court further reveals that the accused did not know Fong's full name or where Fong lived. SP8 had conducted an investigation on the person named Fong by going to the pub where the accused work. However, the investigation did not reveal yield any results due to the lack of information pertaining to Fong. [94] It is the view of this court that if Fong existed, the accused should be able to provide more information pertaining to Fong. This includes Fong's full name, telephone number and address. This would enable SP8 to carry out an investigation on the individual called Fong. As it stands, the lack of information pertaining to Fong had hindered the investigation into the existence of Fong. [95] For a proper Alcontara notice, comprehensive details should be provided. It is insufficient that a vague notice is given without sufficient information to enable the police to carry out investigations. [See: Phiri Mailesi v. Public Prosecutor [2013] 1 LNS 391]. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ [98] Founded on the cases above, and applying the principles from those cases to the facts of this case, this court finds that Alcontara notice in this case wanting. It did not have the requisite information such as the full name and address of Fong. The information given was vague and insufficient. It would have been unfeasible for the police to locate Fong based on the information given by the accused. For these reasons, this court finds that Fong is a fictitious person”. [79] We further observed that there was also no evidence to substantiate the existence of Fong such as from others who worked in the Pub VIP Sentosa, or any of the appellant’s family members or other individuals who could have known or confirmed that this character described as Fong was not fictitious, in order to enable further investigation by the police. We would add that the question of Fong’s existence notwithstanding (which in any event did not raise any reasonable doubt in the case of the prosecution), exactly how Fong could have been involved in the drug trafficking charges had not been made clear either. [80] Our review of the notes of proceedings too did not find any sufficient evidence or information concerning Fong in order to enable the prosecution to investigate or explain to the Court the failure to investigate or call rebuttal evidence at the close of the defence case to deal with the appellant's version, in the context enunciated in Alcontara Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705 in S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ respect of a good and valid ‘Alcontara Notice’. Nor did the notes of evidence show that the appellant had led credible evidence to support his story and to rebut the presumption of trafficking on the balance of probabilities. [35] Banyak nama individu yang disebut oleh pihak pembelaan dalam kes ini tetapi individu yang ada dengan OKT dari Sungai Petani sehingga ke kedai mamak adalah Firdaus. Maka butiran penuh Firdaus hendaklah ada dalam pengetahuan OKT dan seharusnya diberi kepada pegawai penyiasat dan ini tidak dilakukan oleh OKT. Menurut pegawai penyiasat (SP7), OKT juga gagal memberikan lokasi kedai mamak yang dia kunjungi bersama Firdaus pada hari kejadian. Apa yang pasti adalah pada hari kejadian, OKT hanya berseorangan di dalam kereta bersama dengan barang kes. Ini jelas menunjukkan OKT ada milikan dan pengetahuan atas barang kes tersebut. (d) Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. [36] Persoalan seterusnya adalah samada wujudnya keterangan mengedar dadah tersebut dibuktikan atas OKT. Pihak pendakwaan telah membuktikan keterangan yang menjurus S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ kepada elemen pengedaran dadah seperti yang didefinisikan dibawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana definisi pengedaran dibawah Seksyen 2 Akta terjumlah juga kepada perbuatan “carrying” dadah tersebut. Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa dengan sejumlah besar dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines yang dijumpai maka adalah mustahil untuk kegunaan sendiri tetapi hanya untuk satu tujuan iaitu pengedaran seperti yang ditafsirkan dibawah Seksyen 2 Akta Dadah Merbahaya 1952. Mahkamah telah dipandukan dengan kes Mohamed Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65 di mana Gopal Sri Ram, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) telah menyatakan bahawa: “As a matter of common sense, the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it…” [penekanan ditambah] Di dalam kes ini, tidak dinafikan dadah-dadah yang dijumpai oleh SP6 dan pasukan serbuan di dalam plastik hitam di dalam keadaan terbuka atas kerusi penumpang hadapan adalah dalam jumlah yang besar dan jika mengikut kepada otoriti yang S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ dikemukakan di atas ianya hanya untuk satu tujuan iaitu untuk diedarkan di dalam negara. Mahkamah mendapati melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan, elemen pengedaran telah dibuktikan terhadap OKT seperti kehendak Seksyen 2 ADB 1952. E. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [37] Setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan membuat penilaian maksimum atas keterangan mereka, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie atas OKT bahawa dadah yang dijumpai di dalam plastic hitam (P5A) merupakan dadah berbahaya sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah juga berpuas hati melalui keterangan terus bahawa OKT sebenarnya mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut berdasarkan keterangan terus dari SP6 terutamanya dan tindakan OKT membawa dadah tersebut terjumlah kepada aktiviti pengedaran sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta yang sama. [38] Oleh itu, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ Tatacara Jenayah. Oleh itu, OKT dengan ini dipanggil untuk membela diri di bawah pertuduhan dibawah Seksyen 39B(1) (a) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) ADB 1952. E. PEMBELAAN OKT [39] OKT telah diterangkan 3 pilihan untuk membela diri dan OKT memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. OKT mengemukakan (3) saksi termasuk dirinya. [40] Berikut adalah keterangan pembelaan OKT: (i) OKT mengenali Firdaus di Baling, kedah hampir setahun yang lalu ketika dia menjual buah-buahan. Pada 14.2.2023, Firdaus telah mengajak OKT menemaninya ke Kuala Lumpur dan OKT bersetuju untuk mengikutnya. (ii) Pada 14.2.2023 jam lebih kurang 8.00 malam, OKT telah dijemput oleh Firdaus di rumahnya dan mereka telah bertolak dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta jenis Mercedes Benz No. SYJ 369. (iii) Sepanjang perjalanan, kereta dipandu oleh Firdaus dan OKT adalah penumpang. Mereka tiba di Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 2 pagi dan telah bermalam di Hotel Smile di Wangsa Maju. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ (iv) Pada keesokan harinya jam lebih kurang 12.30 tengahari, OKT dan Firdaus telah keluar dari hotel dan Firdaus mengajaknya pergi ke Klang kerana Firdaus ingin berjumpa dengan kawannya. (v) Apabila tiba di Klang, mereka telah berhenti makan di sebuah kedai mamak dan OKT mendapati Firdaus sedang menelefon seseorang. Firdaus meminta kawannya untuk menjemputnya di kedai mamak itu. Setelah sekian lama di kedai mamak dan OKT selesai makan, kawan Firdaus datang dan Firdaus telah meminta OKT membawa balik kereta ke Kedah dan Firdaus telah mengikut kawannya menaiki motosikal dan berlalu pergi. (vi) OKT tidak mengsyaki apa-apa dan terus sahaja memandu kereta untuk pulang ke Kedah. Pada jam lebih kurang 3.30 petang ketika dia sedang memandu menghala ke Kedah, keretanya telah ditahan oleh polis. (vii) Pihak polis telah meminta OKT keluar dari kereta dan telah memeriksa dia. Kemudian pihak polis telah membawa OKT ke belakang kereta dan membuat pemeriksaan. Semasa pemeriksaan di bahagian belakang kereta pihak polis telah menjumpai (1) plastic hitam di bahagian tayar ganti dalam but bahagian belakang kereta. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ (viii) OKT hanya tahu di dalam plastic hitam itu ada dadah apabila pihak polis memaklumkan kepadanya dan dia menafikan mempunyai pengetahuan yang dadah disembunyikan di bahagian tayar ganti dalam but kereta tersebut. (ix) OKT mendakwa kononnya dadah itu diletakkan di bahagian tayar ganti but kereta itu oleh seorang individu bernama Mohd Khairul Fazli bin Bakar ketika dia berjumpa individu ini di Penjara Sungai Buloh beberapa hari sebelum perbicaraan. [41] Secara keseluruhan dari keterangan OKT ini dapat disimpulkan bahawa seolah-olah dia dianiaya oleh orang lain. Di dalam keterangan OKT, polis seolah-olah tahu bahawa dadah itu disembunyikan di bahagian tayar ganti di but kereta Mercedez Benz tersebut kerana menurut OKT, pegawai polis yang menahannya terus sahaja ke bahagian belakang but kereta dan mengangkat penutup tempat tayar ganti dan menjumpai dadah. Walaupun SP6 ketika pemeriksaan balas diletakkan padanya bahawa dadah itu sebenarnya diletakkan oleh seorang individu bernama Khairul Fazli, SP6 menafikan dan mengatakan dadah itu dijumpai di atas kerusi penumpang hadapan sebelah pemandu dan beg plastik itu dalam keadaan terbuka dan beliau boleh menghidu bau dadah tersebut. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ [42] Keterangan OKT ini lebih bersifat pemikiran. Jika benar dia mendakwa bahawa sebenarnya dadah itu diletakkan oleh individu yang bernama Khairul Fazli. Individu ini memberitahu OKT ketika di dalam Penjara Sungai Buloh. OKT tidak membawa individu ini ke Mahkamah sebagai saksi pembelaan. Ini penting kerana OKT yang mendakwa sedemikian, pihak pendakwaan melalui SP6 menyatakan dadah itu dijumpai di tempat duduk hadapan kereta Mercedez Benz yang dipandu oleh OKT. Pihak pembelaan meletakkan kepada SP6 ketika pemeriksaan balas bahawa SP6 dan pasukan serbuan yang mereka-reka cerita di dalam laporan polis bahawa dadah dijumpai di atas tempat duduk hadapan kereta itu. SP6 tidak bersetuju dengan dakwaan ini. Mahkamah juga berpendapat tiada sebab untuk pihak polis menganiaya OKT kerana OKT sendiri tidak mengenali SP6 dan juga mana-mana anggota pasukan serbuan. Kejadian ini kali pertama mereka berjumpa dan penahanan OKT adalah hasil maklumat yang diterima oleh SP6 berkenaan aktiviti pengedaran dadah yang akan berlaku di kawasan sekitar Bank of China pada jam lebih kurang 3 petang pada 15.2.2023. Maklumat itu menyebut tentang sebuah kereta jenis Mercedez Benz A250 No.: SYJ 369 yang dipandu oleh seorang lelaki melayu dalam lingkungan umur 50 tahun. SP6 S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ bertindak atas maklumat ini dan pergi ke lokasi yang dinyatakan dan pada jam 3.10 petang, sebuah kereta Mercedez Benz seperti yang dinyatakan dalam maklumat masuk ke Persiaran Sultan Ibrahim dimana Bank of China di sebelah kiri. Lelaki yang memandu kereta itu adalah seperti diskripsi maklumat. [43] Adalah jelas dari keterangan ini menunjukkan pihak polis menahan OKT berdasarkan maklumat yang diterima dan sebaik sahaja kereta itu ditahan dan SP6 memperkenalkan diri polis, pintu kereta bahagian hadapan dibuka, SP6 menjumpai (1) plastik hitam dalam keadaan terbuka atas kerusi penumpang hadapan dan slab-slab dadah itu dilihat dengan jelas. Versi OKT bahawa dadah tersebut dijumpai dalam bonet kereta di tempat letak tayar hanya disokong menggunakan laporan polis Bandar Baru Klang 06393/25 (eksibit D25) yang dibuat pada 16.7.2025. Mahkamah ini mendapati bahawa OKT telah diwakili peguam sejak dari tarikh pengurusan kes kedua di hadapan Mahkamah ini pada 8.2.2024. Walaupun tiada peruntukan khusus yang menghadkan waktu seseorang tertuduh untuk membuat laporan polis, namun kelewatan sebegini menunjukkan bahawa pembelaan OKT sebenarnya merupakan pemikiran kemudian dan tidak terjumlah kepada satu keraguan yang munsabah. Ini kerana sekiranya ianya satu faktor kritikal S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ kepada pembelaan OKT, perkara ini semestinya telah dimaklumkan kepada peguam lebih awal dan sudah pasti OKT dinasihatkan untuk membuat repot di D25 lebih awal. F. KESIMPULAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [44] Setelah meneliti dan menimbangkan keterangan pihak pembelaan, Mahkamah mendapati keterangan pihak pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa sebenarnya OKT mempunyai milikan atas barang kes dadah seperti di dalam pertuduhan. Mahkamah juga mendapati OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap dapatan milikan dan pengetahuan dadah ke terhadapnya serta pengedaran seperti yang ditakrifkan di bawah Seskyen 2 ADB 1952. Saya telah mengingatkan diri saya kepada prinsip yang dinyatakan di dalam kes Mahkamah Rayuan Mohamad Nazarie Halidi v. PP & Another Appeal [2019] 6 CLJ 61 apabila Abang Iskandar menzahirkan bahawa: [43] He had earlier found that both the accused had failed to raise a reasonable doubt as to their guilt. Although the law says that an accused person charged with a criminal offence only needs to raise a reasonable doubt in order to get an acquittal, that does not S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ mean that he can just advance a defence that would create fanciful doubts in the mind of the trial judge hearing his case. To amount to a 'doubt' that would, in law, entitle him to an acquittal, it must be a 'reasonable doubt'. What would amount, in law, as a 'reasonable doubt' had been defined by Lord Denning in the same case of Miller v. The Minister of Pensions (supra), as may be surmised as follows: it must be a doubt that lingers on the mind of a reasonable person, not of the type which is fanciful nor a fleeting/ flitting one. It had also been remarked that a 'reasonable doubt' did not mean some light, airy, insubstantial doubt that may flit through the minds of any of us about almost anything at some time or other; it does not mean a doubt begotten by sympathy out of reluctance to convict; it means a real doubt, a doubt founded upon reasons. (See the case of K Gopal Reddy v. State of Andhra Pradesh (Supreme Court of India, 22 November 1978). Indeed, some legal commentators had also attempted to define a 'reasonable doubt' to mean, the doubt of men of good sense, not that of imbeciles or fools. [penekanan ditambah] Oleh itu, setelah menilai semua keterangan di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya terhadap OKT dibawah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya melampui keraguan munasabah. S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ [45] Oleh itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan dibawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. G. HUKUMAN [46] Di dalam mitigasinya, peguambela OKT memberitahu Mahkamah bahawa OKT berumur 57 tahun. OKT telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak dan merupakan seorang pesara tentera. OKT adalah pesalah pertama dan mohon diberi peluang. Pihak pendakwaan pula di dalam hujahan pemberatan memohon Mahkamah mengenakan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengedar dadah adalah satu kesalahan serius. [47] Mahkamah ini dalam melihat kepada apakah hukuman yang bersesuaian pertuduhan dihadapi OKT ini, turut mempertimbangkan bahawa dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, Seksyen 34 Akta yang sama memberikan pilihan kepada Mahkamah ini untuk memberikan hukuman berbentuk pemenjaraan seumur hidup bersama 12 kali sebatan terhadap pesalah yang disabitkan S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ dengan pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1) (a) ADB 2952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama ataupun hukuman gantung sampai mati. Untuk ini, Mahkamah mengikuti keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan didalam Md Masud Rana v PP [2024] CLJU 148, walaupun ianya melibatkan OKT yang disabit salah dibawah Seksyen 302 Kanun dimana OKT dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, Mahkamah ini menuruti prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut apabila mengulas tentang hukuman yang dikenakan keatas OKT 1:- “[36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 3.4.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [48] Mahkamah melihat perspektif hukuman ini dari sudut untuk memberi OKT peluang kedua seandainya masa mengizinkan untuk dia kembali ke pangkuan keluarganya apabila selesai menjalani hukumannya kelak. Namun, Mahkamah juga mengambil kira kesan pada masyarakat seandainya dadah yang dirampas dari OKT itu terlepas ke pasaran maka ianya akan mendatangkan lebih banyak kemudharatan. Oleh itu, setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi dan hujahan pemberatan, Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas OKT. Oleh kerana umurnya telah melebihi 50 tahun maka hukuman sebat tidak akan dikenakan. Barang kes pada pihak pendakwaan simpan selamat sehingga tamat tempoh rayuan. Bertarikh 30 Januari 2026 S/N amdituZlEm84GZjLYzxQ