Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN NO: JA-25-10-04/2024
JA-25-10-04/2024
High Court of Malaysia25 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Chandran v. Industrial Court of Malaysia & Anor. [1997] 1 CLJ 147 at pp 172b-173b; referring to the judgment of Lord Diplock in Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374.) (See my judgment in Lim Siew Hong v. Contraves Advances Devices Sdn Bhd & Anor [2006] 2 AMR 770 at pp 77”
“to quash the decision of an administrative officer or tribunal on ground of unreasonableness or irrationality, Henchy J of the Irish Court in State (Keegan) v. Stardust Victims Compensation Tribunal [1986] IR 642 set a number of such circumstances in different terms. They are: 1. It is fundamentally at variance with re”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN NO: JA-25-10-04/2024
1
1.
2
ROSLIZA BINTI ABDUL RAHIM
3
MOHAMED YASEEN BIN JALALUDIN (NO. K/P: 770930-08-6279) … PERAYU-PERAYU DAN NEW CHIUN FONG (NO. K/P: 931219-01-6425) (BERNIAGA ATAS NAMA DAN GAYA NEW RECON MOTORSPORTS) [NO. PENDAFTARAN: 202103338013 (KT0509606-V)] ...RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Responden telah memfailkan satu Permohonan Semakan Kehakiman pada 08.04.2024 (Lampiran 9) untuk, antara yang lain—
i
satu perintah certiorari bagi tujuan membatalkan keputusan yang diberikan oleh Perayu Pertama (“P1”) melalui Awad Bagi Pihak Yang Menuntut Jika Penentang Tidak Hadir (Borang 8) bertarikh 17.01.2023 yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna di Johor Bahru, Johor dalam Tuntutan No. TTPM-J-(B)-513-2022; dan
II
(ii) selanjutnya, satu perintah certiorari bagi tujuan membatalkan keputusan yang diberikan oleh P1 melalui Awad Selepas Pendengaran (Borang 10) bertarikh 09.01.2024 yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna di Johor.
2
Setelah membaca afidavit-afidavit, hujahan bertulis kedua-dua pihak, dan setelah mendengar hujahan lisan Peguam Responden dengan ketidakhadiran Peguam Perayu Kedua (“P2”) dan Perayu Ketiga (“P3”) , saya telah membenarkan
Lampiran
Lampiran 1 ini dengan kos sebanyak RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur untuk dibayar oleh P2 dan P3 kepada Responden dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh Perintah ini. 3. Alasan-alasan Mahkamah adalah sepertimana yang dinyatakan di perenggan-perengan yang berikutnya. Fakta Kes 4. Fakta kes ini adalah berdasarkan kepada Permohonan bagi Semakan Kehakiman, Afidavit-Afidavit dan hujahan bertulis S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g yang telah difailkan oleh pihak-pihak. 5. Pada Jun 2022, P3 telah bersetuju untuk membeli sebuah kereta recon jenis Toyota Voxy (“kereta tersebut”) melalui New Recon Motorsports (“NRM”) dengan harga sebanyak RM149,000.00. 6. NRM telah menerima RM19,000.00 sebagai deposit bagi pembelian sebuah kereta tersebut oleh P3. 7. P3 menyatakan beliau telah membayar sejumlah RM310.00 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk membeli nombor plat bagi kereta tersebut. 8. Pada 04.08.2022, kereta tersebut telah didaftarkan ke atas nama P3. 9. Semasa P3 mengambil kereta tersebut di Muar, Johor, P3 pernah meminta untuk menukar kereta tersebut dengan unit yang lain atas alasan terdapat kerosakan atas kereta tersebut. 10. Selepas perbincangan, kedua-dua pihak P3 dan wakil NRM akhirnya telah bersetuju bahawa P3 boleh membawa kereta tersebut untuk pembaikan jika terdapat apa-apa kerosakan, dan kos yang berkaitan akan dibayar kepada P3 selepas menerima resit pembayaran daripada P3. 11. Seterusnya, P3 telah membawa kereta tersebut balik dari Muar, Johor ke rumah P3 di Johor Bahru, Johor pada 27.08.2022. 12. Beberapa hari kemudian, P3 telah menghantar kereta tersebut ke JLA Motorsport Sdn. Bhd. (“JLA”) untuk dijual. Akhirnya, S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g kereta tersebut telah berjaya dijual. 13. Pada 14.11.2022, P2 dan P3 telah memfailkan suatu tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna (“TTPM”) di Johor Bahru, Johor terhadap NRM di bawah Tuntutan No. TTPM-J-(B)-513-2022 (“kes TTPM tersebut”) berkenaan dengan jual beli kereta tersebut di mana P2 dan P3 menuntut daripada NRM untuk wang berjumlah RM19,310.00 (sila rujuk muka surat 87-94 dalam Afidavit Sokongan tersebut (“Lampiran 3”). 14. P2 dan P3 tidak menyerahkan dokumen-dokumen bagi kes TTPM tersebut kepada NRM, tetapi kepada “JLA Motorsport (Muar) Abdul Mari”. Hal ini tidak dinafikan secara nyata oleh P2 dan P3 dalam Afidavit Jawapan tersebut (“Lampiran 13”). 15. Pada 17.01.2023, suatu Awad Bagi Pihak Yang Menuntut Jika Penentang Tidak Hadir (Borang 8) (“Awad Pertama”) telah diberikan oleh TTPM kepada P2 dan P3 (sila rujuk muka surat 97 dalam Lampiran 3). 16. P2 dan P3 telah memfailkan Writ Saman terhadap Responden di Mahkamah Majistret Muar, Johor melalui Guaman Sivil No.: JB-A72NCVC-82-07/2023 pada 14.07.2023. Peguam Responden telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan P2 dan P3. 17. Pada atau sekitar 06.11.2023, Responden mendapat tahu kewujudan kes TTPM tersebut kerana P2 dan P3 telah memfailkan satu lagi kes terhadap Responden di Mahkamah Majistret di Johor Bahru melalui Saman Pemula No. JA-A74- S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g 942-10/2023 (“kes JB tersebut”) di mana P2 dan P3 telah mengeksibitkan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) dan Awad Pertama dalam Afidavit Sokongan bagi kes JB tersebut (sila rujuk muka surat 48-84 dalam Lampiran 3). Mahkamah Majistret kemudian telah menolak kes JB tersebut setelah mempertimbangkan kes tersebut. 18. Pada 20.11.2023, Responden telah memfailkan suatu Permohonan Untuk Mengenepikan Awad (Borang 12) di TTPM (sila rujuk muka surat 104-105 dalam Lampiran 3). 19. Pada 09.01.2024, melalui Awad Selepas Pendengaran (Borang 10) (sila rujuk muka surat 114 dalam Lampiran 3) (“Awad Kedua”), TTPM telah menolak Permohonan Untuk Mengenepikan Awad yang difailkan oleh Responden dan mengekalkan Awad Pertama. 20. Pada atau sekitar 18.03.2024, Responden telah menerima sesalinan surat daripada P1 bertarikh 13.03.2024 berserta dengan Awad Kedua yang mengandungi pindaan (sila rujuk muka surat 117-118 dalam Lampiran 3) (“Awad Kedua Terpinda”). 21. Pada 08.04.2024, Responden telah memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan perintah certiorari bagi tujuan membatalkan Awad Pertama dan Awad Kedua / Awad Kedua Terpinda. 22. Mahkamah pada 28.07.2024 telah memberikan lanjutan masa untuk Responden memfailkan permohonan kebenaran Semakan Kehakiman dan kebenaran untuk memfailkan S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g permohonan Semakan Kehakiman terhadap Perayu-Perayu. 23. Semasa pendengaran kes ini pada 25.06.2025, Peguam P2 dan P3 tidak hadir. Namun demikian, Mahkamah telah mengambil kira hujahan bertulis Peguam P2 dan P3 dalam memutuskan kes ini. 24. ISU-ISU YANG PERLU DITENTUKAN Isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini adalah— (a) sama ada keputusan TTPM adalah muktamad dan tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman; dan (b) sama ada keputusan TTPM adalah menyalahi undang-undang, tidak munasabah dan/atau melalui prosedur yang tidak wajar. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH (a) Sama ada keputusan TTPM adalah muktamad dan tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman 25. Prinsip Undang-Undang Prinsip undang-undang berkenaan permohonan Semakan Kehakiman telah menggariskan bahawa Semakan Kehakiman bukanlah merupakan satu proses rayuan terhadap sesuatu keputusan tetapi ianya adalah satu proses semakan terhadap bagaimana sesuatu keputusan tersebut dibuat. 26. Saya merujuk kepada kes Peguam Negara Malaysia v Chin Chee Kow & Another Appeal [2019] 4 CLJ 561 di mana S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g Mahkamah Persekutuan telah menyatakan tiga alasan bagi permohonan Semakan Kehakiman seperti yang berikut: “[60] This landmark decision moved the courts from a position of deciding whether prerogative power existed to deciding if they were being carried out lawfully. Lord Diplock in his speech at p. 401D of the GCHQ case enunciated three classic grounds for judicial review: Judicial review has I think developed to a stage today when... one can conveniently classify under three heads the grounds upon which administrative action is subject to control by judicial review. The first ground I would call “illegality”, the second “irrationality”; and the third “procedural impropriety”…. By “illegality” as a ground for judicial review I mean that the decision-maker must understand correctly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exercisable. By “irrationality” I mean what can now succinctly be referred to as “Wednesbury unreasonableness” (Associated Provincial Picture Houses Ltd v. Wednesbury Corporation [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in it defiance of logic or of accepted moral standards that no reasonable person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. I have described the third head as “procedural impropriety” rather than failure to observe basic rules of natural justice to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decision. This is because susceptibility to judicial review S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice.”. [Penekanan ditambah] 27. Berpandu kepada prinsip yang dinyatakan di atas, saya akan meneliti keputusan yang dibuat oleh P1 melalui TTPM Awad Pertama dan Awad Kedua sama ada ia menyalahi undang-undang (illegal), tidak munasabah (irrational) atau diperolehi melalui prosedur yang tidak wajar (procedurally improper). 28. P2 dan P3 telah berhujah bahawa keputusan TTPM tidak boleh dicabar berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599]. Maka keputusan yang dibuat oleh TTPM adalah muktamad dan mengikat di bawah seksyen 116 Akta 599 melainkan keputusan itu adalah menyalahi undang-undang, tidak munasabah dan/átau melalui prosedur yang tidak wajar. P2 dan P3 telah merujuk kepada kes Muhamad Nizam Bin Man v. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia & Anor (2023) 29. AMEJ 0121 dan kes Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Telekom Malaysia Bhd. v Tribunal Tuntutan Pengguna & Anor. [2007] 1 MLJ 626 yang menyatakan seperti yang berikut: “Governing Principles [12] At this juncture, it is appropriate for me to set out the principles governing the grounds for sustaining a substantive S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g notice of motion to challenge a decision-making process by way of certiorari, as follows: (1) It is neither an appeal nor a review of the decision itself, but a review of the decision-making process of the tribunal to see if there are errors of law on the face of the record; (2) It is neither feasible nor desirable to attempt an exhaustive definition of what amounts to an error of law, for the categories of such an error are not closed, and an error may be disclosed if the decision-maker eg: (a) asks himself the wrong question; (b) takes into account irrelevant considerations; (c) omits to take into account certain relevant considerations (an Anisminic error); (d) misconstrues the terms of the relevant statute; or (e) misapplies or misstates a principle of general law. (per Gopal Sri Ram JCA in Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd v. Transport Workers Union [1995] 2 CLJ 748 at p 765 f-g CA); (3) In process or substance, an impugned decision is flawed on ground of: (a) illegality, meaning that the decision must be based on law and the decision-maker must understand directly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it, and whether he has or not is par excellence a justiciable question; (b) irrationality meaning "Wednesbury unreasonableness, so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it, as enunciated in Associated Provincial Picture Houses Ltd v. Wednesbury S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g Corp [1948] 1 KB 223; (c) procedural impropriety covering failure: (i) to observe basic rules of natural justice; (ii) to act with procedural fairness; (iii) to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice; and (4) possibly, proportionality. (per Edgar Joseph Jr FCJ in R Rama Chandran v. Industrial Court of Malaysia & Anor. [1997] 1 CLJ 147 at pp 172b-173b; referring to the judgment of Lord Diplock in Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374.) (See my judgment in Lim Siew Hong v. Contraves Advances Devices Sdn Bhd & Anor [2006] 2 AMR 770 at pp 773-775).).”. [Penekanan ditambah] 30. Oleh itu, berdasarkan otoriti di atas, saya berpandangan bahawa walaupun seksyen 116 Akta 599 menyatakan keputusan TTPM adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak, Mahkamah masih boleh mengkaji semula keputusan yang dibuat oleh TTPM bagi menentukan sama ada keputusan tersebut adalah menyalahi undang-undang, tidak munasabah atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Akta 599. (b) Sama ada keputusan TTPM adalah menyalahi undang-undang, S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g tidak munasabah dan/átau melalui prosedur yang tidak wajar 31. Dalam hal ini, pernyataan tuntutan dan notis pendengaran TTPM telah diserahkan kepada pihak ketiga, iaitu JLA Motorsport (Muar) Abdul Mari (sila rujuk muka surat 100 dalam Lampiran 3 ). Perkara ini tidak dinafikan oleh P2 dan P3 dalam Lampiran 13. 32. Menurut P2 dan P3 melalui pernyataan tuntutan (muka surat 92 -94 dalam Lampiran 3), P3 telah menghubungi Abdul Mari dari JLA melalui media whatsapp pada 22.06.2022 mengenai kereta tersebut yang diiklankan dalam media sosial Facebook. Encik Abdul Mari telah menunjukkan video kereta tersebut melalui whatsapp kepada P3. Susulan itu, P3 telah bersetuju untuk membeli kereta tersebut dan telah memperolehi pinjaman daripada Maybank, cawangan Muar. P2 telah mendepositkan RM19,000.00 ke dalam akaun Maybank JLA bawah nama 33. P2 dan P3 telah berhujah bahawa JLA merupakan ejen yang dilantik oleh Responden untuk menguruskan penjualan kereta tersebut melaui Facebook. Namun, selepas penelitian Lampiran 13, saya mendapati tiada keterangan yang dikemukakan menunjukkan hubungan antara Responden dengan JLA selain gambar-gambar Abdul Mari dan syarikat JLA di eksibit MY-5 di Lampiran 13. P2 dan P3 hanya meminta Mahkamah tidak membuat perbezaan antara entiti Responden dengan JLA (sila rujuk perenggan 14 di Lampiran 13). 34. Selanjutnya, P2 dan P3 tidak mengemukakan sebarang resit S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g pembayaran yang dikatakan dibayar kepada Responden melalui JLA. Meskipun begitu, saya mendapati Responden tidak menafikan kereta tersebut dijual kepada P2 dan P3. Namun, persoalan yang timbul siapa yang sebenarnya menjual kereta tersebut kepada P3. P3 mengatakan beliau membeli kereta tersebut melalui Facebook yang diiklankan oleh Abdul Mari JLA. Kereta tersebut diambil oleh P3 di JLA dan bukan di 35. Peguam P2 dan P3 berhujah bahawa NRM telah membuat representasi yang tidak benar mengenai keadaan sebenar kereta tersebut dan dengan itu melanggar seksyen 24C Akta 599. Oleh itu, TTPM boleh mengiktirafkan terma-terma kontrak adalah tidak sah dan tidak mengikat menurut seksyen 24G(1) Akta 599. 36. Dalam hal ini, saya mendapati hujahan Peguam P2 dan P3 adalah tidak berasas memandangkan orang yang membuat representasi dalam Facebook adalah Abdul Mari daripada JLA dan bukan Responden daripada NRM. Tiada keterangan yang dikemukakan oleh P2 dan P3 untuk mengaitkan JLA dengan Oleh itu, saya mendapati orang yang harus bertanggungjawab atas segala urusan penjualan kereta tersebut adalah JLA dan bukan NRM. 37. Maka, saya berpandangan bahawa TTPM telah melakukan suatu kesilapan dalam memutuskan bahawa Responden adalah bertanggungjawab untuk memberikan ganti rugi kepada P3. S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g 38. Selanjutnya, subperenggan 15(2) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 (“Peraturan-Peraturan tersebut”) memperuntukkan bahawa dokumen TTPM hendaklah diserahkan kepada Responden sebagai pemunya tunggal Subperenggan 15(2) Peraturan-Peraturan tersebut memperuntukkan— “Any notice or document required to be served to any person under these Regulations shall be deemed to have been served on that person by serving a copy of the notice or document— (a) to that person if the person is a natural person; (b) to the director, manager, company secretary or secretary or other similar officer of the company, body corporate or society if the person is a company, body corporate or society; or (c) to the sole proprietor or partner of the firm if the person is a firm.”. [Penekanan ditambah] 39. Menurut P3 dalam perenggan 13 Lampiran 13 yang menyatakan alamat JLA adalah di Lot PTD 1496, Jalan Temenggong Ahmad, 8400 Muar, Johor. Carian syarikat NRM sebagaimana dinyatakan dalam eksibit MY-7, alamat NRM adalah di 439, JTA 34 KR, Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor. P3 menyatakan bahawa alamat mereka adalah berhampiran. 40. Dalam hal ini, saya berpandangan NRM dan JLA jelas dua entiti syarikat yang berbeza dan mempunyai alamat yang berbeza. Oleh itu, kenyataan P3 adalah tidak berasas dan tidak disokong dengan apa-apa dokumen. Pernyataan tuntutan dan notis S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g pendengaran TTPM yang telah diserahkan kepada pihak ketiga iaitu JLA adalah tidak menurut subperenggan 15(2)(c) Peraturan-Peraturan tersebut dan dengan itu serahan itu adalah tidak teratur. Susulan itu, awad yang diberikan oleh TTPM harus diketepikan kerana gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan. 41. Saya seterusnya merujuk kepada subperenggan 21(3) Peraturan-Peraturan tersebut yang memperuntukkan bahawa— “If the Respondent does not appear on the date, at the time and place fixed for the hearing but the claimant appears, the President may, if he is satisfied that the notice of hearing has been duly served- (a) proceed with the hearing in the absence of the Respondent; or (b) adjourn the hearing to a later date.”’. [Penekanan ditambah] 42. Berdasarkan peruntukan di atas, P1 hanya boleh meneruskan prosiding setelah berpuas hati bahawa dokumen TTPM telah diserahkan kepada Responden. Dalam hal ini, P1 gagal mematuhi kehendak di bawah subperaturan 21(3) sebelum meneruskan prosiding terhadap P1. Kegagalan tersebut telah menyebabkan Responden kehilangan peluang untuk membela diri dalam kes TTPM. 43. Selanjutnya, saya mendapati gambar-gambar (eksibit MY-3 S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g dan MY-4) dalam Lampiran 13 menunjukkan kerosakan atau kecacatan kereta tersebut dan butir-butir kerosakan adalah disenaraikan dalam eksibit MY-5. Saya dapati bahawa kerosakan atau kecacatan kereta tersebut seperti bumper depan dan belakang dan cover penal (kiri) calar boleh dilihat dengan jelas jika P3 memeriksa kereta tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta tersebut dan membayar deposit RM19,000.00 kepada JLA. P3 mempunyai hak untuk menolak kereta tersebut sekiranya tidak berpuas hati dengan keadaan kereta tersebut pada 27.08.2022. 44. Merujuk kepada senarai kerosakan atau kecacatan kereta di eksibit MY-4 yang menyatakan bahawa “kos-kos senarai ditanggung oleh JLA” dan ditandatangani oleh seorang bernama Abdul bertarikh 17.08.2022 dengan cop syarikat JLA. Oleh itu, adalah jelas bahawa orang yang bertanggungjawab atas kerosakan atau kecacatan kereta itu adalah JLA dan bukan 45. Saya seterusnya merujuk kepada perenggan 13 Lampiran 3 yang mana Responden menyatakan bahawa P3 telah menghantar kereta tersebut ke JLA untuk dijual beberapa hari kemudian. P3 telah menyatakan di perenggan 10(d) Lampiran 13 bahawa kereta tersebut dijual kepada pihak ketiga. Kedua-dua Responden dan P3 tidak menyatakan secara jelas sama ada kereta tersebut dijual kepada pihak ketiga atau dijual kepada JLA. Tiada sebarang keterangan dikemukakan membuktikan perkara ini. Maka tertimbul keraguan sama ada P3 telah menjual kereta tersebut kepada pihak ketiga melalui S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g JLA atau ia dijual kepada JLA. P3 sebagai pemunya kereta tersebut yang menghantar kereta tersebut kepada JLA patut mengemukakan keterangan tersebut namun gagal membuat demikian. Perkara ini telah gagal diambil kira oleh P1 dalam mencapai keputusannya. 46. P3 telah melaksanakan haknya di bawah subperenggan 41(1)(a) Akta 599 apabila beliau menghendaki JLA untuk membetulkan kecacatan atas kereta tersebut dengan meminta Abdul Mari menyenaraikan butir-butir kerosakan dalam ekshibit MY-5 dan JLA menyatakan JLA akan bertanggungan atas segala kos pembaikan. Namun demikian, P3 kemudian telah memutuskan untuk JLA mengambil balik kereta tersebut pada 31.08.2022. Seksyen 41 Akta 599 yang memperuntukkan bahawa— “41 Options against suppliers where goods do not comply with guarantees (1) Where a consumer has a right of redress against the supplier under this Part in respect of the failure of any goods to comply with a guarantee under Part V, the consumer may exercise the following remedies: (a) where the failure is one that can be remedied, the consumer may require the supplier to remedy the failure within a reasonable time in accordance with section 42; and (b) where the failure is one that cannot be remedied or is of a substantial character within the meaning of section 44, the consumer may- (i) subject to section 43, reject the goods in accordance with section 45; or S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g (ii) obtain from the supplier damages in compensation for any reduction in the value of the goods below the price paid or payable by the consumer for the goods.”. [Penekanan ditambah] 47. Walau bagaimanapun, P3 telah kehilangan hak untuk menolak kereta tersebut menurut subperenggan 43(1)(b) Akta 599 kerana P3 telah melupuskan kereta tersebut dengan menjual kereta tersebut kepada pihak lain melalui JLA beberapa hari kemudian. Seksyen 43 Akta 599 yang memperuntukkan bahawa— “43 Loss of right to reject goods The right conferred under this Act to reject goods shall not apply where— (a) the right is not exercised within a reasonable time; (b) the goods have been disposed of by the consumer; (c) the goods have been lost or destroyed while in the possession of a person other than the supplier; (d) the goods were damaged after delivery to the consumer for reasons not related to their state or condition at the time of supply; or (e) the goods have been attached to or incorporated in any real or personal property and the goods cannot be detached or S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g isolated without damaging them.”. [Penekanan ditambah] 48. Selain itu, saya mendapati bahawa P1 dalam memutuskan kes ini bergantung sepenuhnya kepada keterangan P2 dan P3 melalui pernyataan tuntutan yang difailkan oleh mereka tanpa apa-apa dokumen atau keterangan menyokong dakwaan mereka. P1 juga gagal mengambil kira keterangan saksi lain, terutamanya Abdul Mari daripada JLA untuk mengetahui hubungan antara JLA dengan NRM sebelum memutuskan NRM bertanggungan untuk membayar ganti rugi RM19,310.00 kepada P2 dan P3. 49. Saya seterusnya mendapati P1 tidak boleh meminda Awad Kedua tanpa menghantar sebarang notis bertulis kepada Responden terlebih dahulu. Tindakan P1 adalah tidak mengikut subperaturan 25A(3) Peraturan-Peraturan tersebut. Peraturan 25 Peraturan-Peraturan tersebut memperuntukkan bahawa— “25A Rectification of Awad (3) No rectification of an Awad shall be made by the Tribunal unless— (a) the Tribunal has taken due caution in view of public interest in the finalization of the legal proceedings; (b) there is no fault on any part of the parties to the proceedings; (c) all parties involved in the previous proceedings are given an opportunity to be heard; and S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g (d) the Awad has not been enforced.”. [Penekanan ditambah] 50. Selanjutnya, saya merujuk kepada kes di Mahkamah Majistret tersebut dan didapati kes tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Majistret berkenaan. 51. Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya mendapati keputusan TTPM dalam Awad Pertama dan Awad Kedua/ Awad Kedua Terpinda adalah menyalahi undang-undang, tidak munasabah dan/atau diperoleh melalui prosedur yang tidak wajar. Maka adalah wajar keputusan TTPM itu diketepikan. 52. Dalam hal ini, saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Kementerian Dalam Negeri & Ors. v Soo Lina & Ors. [2018] 6 CLJ 285 yang telah memutuskan bahawa— “What Is The Meaning Reasonableness In Judicial Review? [39] The test of reasonableness has been the subject of many cases over the decades in other Commonwealth jurisdictions. For example, in dealing with the circumstances under which the court could intervene to quash the decision of an administrative officer or tribunal on ground of unreasonableness or irrationality, Henchy J of the Irish Court in State (Keegan) v. Stardust Victims Compensation Tribunal [1986] IR 642 set a number of such circumstances in different terms. They are: 1. It is fundamentally at variance with reason and common sense; 2. It is indefensible for being in the teeth of plain reason and common sense; and 3. Because the court is satisfied that the decision-maker has S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g breached his obligation whereby he "must not flagrantly reject or disregard fundamental reason or common sense in reaching his decision).”. [Penekanan ditambah] Isu-Isu Lain 53. Saya mendapati Peguam P2 dan P3 menumpukan banyak kepada tujuan penubuhan tribunal dan peruntukan-peruntukan di bawah Akta 599 bagi melindungi pengguna melalui tribunal pengguna dan juga kes-kes untuk menyokong hujahannya. Apa yang penting adalah fakta dan keterangan yang menyokong dakwaan JLA adalah ejen kepada NRM dan NRM adalah yang bertanggungjawab kepada penjualan kereta yang cacat atau rosak kepada P2 dan P3. Undang-undang yang dirujuk oleh Peguam P2 dan P3 hanya akan menyokong hujahannya sekiranya terdapat bukti yang kukuh. 54. Seterusnya, saya mendapati P2 dan P3 telah memfailkan tuntutan yang sama dalam Mahkamah Majistret Muar, Johor. Prosiding di Mahkamah Majistret Muar, Johor adalah penduaan prosiding dan harus dibatalkan jika Awad Pertama dan Kedua TTPM masih dikekalkan. 55. Kesimpulan Dalam kes ini, saya mendapati pihak-pihak tidak menafikan kereta tersebut yang dijual kepada P2 dan P3 mengalami kecacatan atau kerosakan sebagaimana yang disenaraikan dalam ekshibit MY-5. P2 dan P3 mempunyai hak untuk S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g menuntut ganti rugi di bawah Akta 599. Namun, saya mendapati P2 dan P3 telah gagal membuktikan hubung kait antara JLA dengan NRM iaitu JLA adalah ejen kepada NRM dan NRM adalah pihak yang bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada mereka. 56. Sehubungan itu, saya mendapati P1 telah melakukan kesilapan dalam memutuskan NRM bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi RM19,310.00 kepada P2 dan P3 tanpa keterangan yang kukuh. 57. Oleh itu, saya membenarkan permohonan bagi Semakan Kehakiman di Lampiran 1 dengan kos sebanyak RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur, dibayar oleh P2 dan P3 kepada Responden dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh perintah ini. Bertarikh 18 Oktober 2025 Ditandatangani SGD ………………….. Wong Mee Ling Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Johor Darul Ta’zim. Peguam Bagi Perayu-Perayu: Encik Ammanjeet Singh Tetuan Ammanjeet Singh & Associates S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g Peguam Bagi Responden : Cik C. C. Lim Tetuan Elaine, Yun & Associates S/N UqJAwxpbsUuqflTpfqJV5g
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.