Content
JB-24NCvC-589-11/2025 Kand. 31 21/05/2026 10:02:28 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA MUAR DALAM NEGERI JOHOR GUAMAN SIVIL NO: JB-24NCVC-589-11/2025 ANTARA NG CHEW YEW (NO. K/P: 790820-01-5179) ... PEMOHON
/akn/my/judgment/high-court/2026/3a0c5bf5-e666-4b23-98c7-8732e3d6e1db
High Court of Malaysia30 Mar 2026JB-24NCvC-589-11/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t 'it must be an interpretation of the language used' by the rule because the rule 'does not give power to add a party whenever it is just or convenient to do so' (Vandervell Trustees Limited v White [1971] AC 912, per Viscount Dilhorne). In other words, no 'process of giving a wide or liberal interpretation to the rul”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JB-24NCvC-589-11/2025 Kand. 31 21/05/2026 10:02:28 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA MUAR DALAM NEGERI JOHOR GUAMAN SIVIL NO: JB-24NCVC-589-11/2025 ANTARA NG CHEW YEW (NO. K/P: 790820-01-5179) ... PEMOHON
1
NG SOH FONG
2
NG CHENG LEONG
3
NG SOH KIAN
4
NG NANCY
5
NG CHENG WOON (NO. K/P: 820403-01-5973) ... PENCELAH-PENCELAH YANG DICADANGKAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di hadapan Mahkamah ini ialah Notis Permohonan bertarikh 16.1.2026 (Kandungan 8) yang difailkan oleh lima orang anak pesakit, masing-masing dinamakan sebagai Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan, bagi mendapatkan perintah supaya mereka dibenarkan mencelah dalam prosiding ini dan ditambah sebagai responden-responden menurut Aturan 15 Kaedah 6(2)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM 2012"), dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012, dan/atau di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah. [2] Relif yang dipohon adalah sebagaimana yang berikut :- a) Bahawa kebenaran diberikan kepada Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan untuk mencelah dalam prosiding prosiding di sini dan ditambah sebagai Responden-Responden; b) Bahawa kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan c) Lain-lain relif dan/atau perintah selanjutnya yang dianggap suaimanfaat dan adil oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [3] Permohonan ini dibantah oleh Pemohon. Setelah meneliti notis permohonan, afidavit-afidavit yang difailkan, hujahan bertulis kedua pihak serta autoriti yang dirujuk, Mahkamah menolak Enklosur 8. Berikut ialah alasan Mahkamah. Isu-Isu Untuk Diputuskan [4] Pada pandangan Mahkamah, isu-isu yang benar-benar berbangkit untuk penentuan adalah seperti berikut: a) sama ada permohonan pencelahan di bawah Aturan 15 Kaedah 6(2)(b) KKM 2012 masih kompeten selepas perintah telah pun dikeluarkan pada 13.11.2025; b) sama ada Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan telah menunjukkan suatu direct legal interest dalam prosiding ini; dan c) sama ada terdapat apa-apa asas di bawah Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012 atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk membenarkan permohonan ini walaupun halangan-halangan di atas wujud. Aturan 15 Kaedah 6 KKM 2012 Undang-Undang Yang Terpakai [5] Aturan 15 Kaedah 6(2)(b) KKM 2012 telah menyatakan sebagaimana yang berikut :- 15 Kausa tuntutan, tuntutan balas dan pihak-pihak
6
Salah cantum dan ketidakcantuman pihak-pihak (A. 15 k. 6)
Subsection
(1) ...
Subsection
(2) Tertakluk kepada kaedah ini, pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara, Mahkamah boleh atas apa-apa terma yang difikirkannya adil dan sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan-
a
(a) memerintahkan mana-mana orang yang telah dijadikan satu pihak dengan tidak sepatutnya atau tidak perlu atau yang kerana apa-apa jua sebab telah terhenti menjadi pihak yang sepatutnya atau perlu, berhenti menjadi satu pihak;
b
(b) memerintahkan mana-mana orang yang berikut supaya ditambahkan sebagai satu pihak, iaitu-
i
(i) mana-mana orang yang sepatutnya telah dicantumkan sebagai satu pihak atau yang kehadirannya di hadapan Mahkamah adalah perlu untuk memastikan bahawa segala perkara yang dipertikaikan dalam kausa atau perkara itu boleh diputuskan dengan berkesan dan selengkapnya dan dihakimi ke atasnya; atau
Subparagraph
(ii) mana-mana orang yang antara mereka dengan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara mungkin wujud suatu persoalan atau isu yang berbangkit daripada atau berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa relief atau remedi yang dituntut dalam kausa atau perkara yang, pada pendapat Mahkamah, adalah adil dan sesuai diputuskan antara dia dengan pihak itu dan juga di antara pihak dalam kausa atau perkara itu. [6] Aturan ini secara jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, memerintahkan mana mana orang ditambah sebagai pihak jika orang itu: a) sepatutnya telah dijadikan pihak atau kehadirannya perlu untuk memastikan semua perkara dalam pertikaian dapat diputuskan secara lengkap dan berkesan; atau b) antara orang itu dan mana-mana pihak wujud persoalan atau isu yang timbul daripada atau berkaitan dengan relif yang dituntut, yang pada pendapat Mahkamah adil dan wajar untuk diputuskan bersama. [7] Aturan 15 Kaedah 6(3) KKM 2012 pula menghendaki bahawa permohonan sedemikian hendaklah disokong dengan afidavit yang menunjukkan kepentingan pemohon dalam perkara yang dipertikaikan atau isu yang hendak ditentukan sebagaimana yang berikut :-
Subsection
(3) Suatu permohonan oleh mana-mana orang untuk suatu perintah di bawah perenggan (2) yang menambahkan dia sebagai satu pihak hendaklah, kecuali dengan kebenaran Mahkamah, disokong dengan afidavit yang menunjukkan kepentingannya dalam perkara yang dipertikaikan dalam kausa atau perkara itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, persoalan atau isu yang hendak diputuskan antara dia dengan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu. Ujian "direct legal interest" [8] Prinsip asas mengenai pencelahan oleh bukan pihak telah lama ditetapkan dalam Pegang Mining Co Ltd v Choong Sam & Ors [1969] 2 MLJ 52, apabila Majlis Privy menegaskan bahawa ujian yang lebih tepat bukanlah dikotomi antara kepentingan "legal" dan "commercial", tetapi sama ada: "Will his rights against or liabilities to any party to the action in respect of the subject matter of the action be directly affected by any order which may be made in the action?" [9] Prinsip yang sama diterima pakai oleh mahkamah tempatan, antaranya dalam Tohtonku Sdn Bhd v Superace (M) Sdn Bhd [1992] 2 MLJ 63 sebagaimana yang berikut :- It is settled law, on the authorities, that a party may be added if his 'legal interests' will be affected by the judgment in the action but not if his commercial interests alone would be affected: per Lord Diplock in Pegang Mining Co Ltd v Choong Sam & Ors 1 at pp 55-56. In that case, the Privy Council had formulated the test to determine whether a party's interests in the matter are 'legal' or merely 'commercial' in the following words (at p 56): A better way of expressing the test is: will his rights against or liabilities to any party to the action in respect of the subject matter of the action be directly affected by any order which may be made in this action? The answer to that question, as far as the interveners in this case are concerned, is definitely in the affirmative. We therefore hold that the learned trial judge was correct in his decision on this point. [10] Pada masa yang sama, Mahkamah Rayuan menerusi kes Dato' Dr Haji Mohamed Haniffa bin Haji Abdullah & Ors v Koperasi Doktor Malaysia Bhd & Ors and another appeal [2008] 3 MLJ 530 juga telah menegaskan bahawa walaupun kaedah joinder perlu ditafsir secara liberal, ia tetap tertakluk kepada bahasa kaedah itu sendiri dan tidak boleh diperlukan melampaui makna sebenar peruntukan. Perkara ini dapat dilihat sebagaimana yang berikut :- The second observation I would make is this. The court should not read the requirements of the rule as though they are words in a penal statute calling for strict compliance with them before intervention may be permitted. Put differently, the rule should be widely or liberally interpreted (see Pegang Mining Co Ltd v Choong Sam). But the court should also bear in mind that 'it must be an interpretation of the language used' by the rule because the rule 'does not give power to add a party whenever it is just or convenient to do so' (Vandervell Trustees Limited v White [1971] AC 912, per Viscount Dilhorne). In other words, no 'process of giving a wide or liberal interpretation to the rule can be employed to alter it or to give it an enlarged meaning which, on a fair and reasonable interpretation, it does not bear'. (Vandervell Trustees Limited v Whiteper Lord Morris). Permohonan mencelah selepas penghakiman atau perintah [11] Kedudukan undang-undang mengenai masa untuk mencelah kini mantap. Dalam Hong Leong Bank Bhd (formerly known as Hong Leong Finance Bhd) v Staghorn Sdn Bhd and other appeals [2008] 2 MLJ 622, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa permohonan oleh bukan pihak untuk campur tangan di bawah Aturan 15 Kaedah 6 KKM 2012 hendaklah dibuat sebelum penghakiman, kerana selepas itu prosiding telah berakhir dan tidak lagi wujud prosiding untuk dimasuki; hakim juga menjadi functus officio. Ini dapat dilihat sebagaimana yang berikut :- What conclusions can be drawn from the provisions of O15 r6 of the RHC and the cases discussed above? I think, they are as follows: First, an application to set aside an order for sale by an existing party to the proceeding may be made before the final order is perfected, otherwise the judge is functus officio. Secondly, an application for leave to intervene in order to set aside an order for sale by a party not already a party to the proceedings must be made under O15r6 of the RHC. The application may be made 'at any stage of the proceedings' meaning before judgment, otherwise the proceedings have concluded and there is no longer a proceeding in existence for the party to intervene in. The judge has also become functus officio. Even then, the application must be made promptly. Order 15r6 of the RHC applies to all civil proceedings whether commenced by a writ, motion or summons etc. [12] Prinsip ini ditegaskan semula oleh Mahkamah Rayuan dalam Tenaga Nasional Bhd V Sime Darby Plantation Bhd & Anor (Petronas Gas Bhd, Proposed Intervener) [2024] 6 MLJ 460. Kepentingan tidak langsung atau moral tidak mencukupi [13] Mahkamah Persekutuan dalam Chong Fook Sin v Amanah Raya Bhd (as the administrator for the estate of Raja Nong Chik bin Raja Ishak, deceased) & Ors [2011] 1 MLJ 721 menegaskan bahawa kepentingan tidak langsung tidak terjumlah kepada kepentingan undang-undang, dan alasan untuk "membantu" atau memastikan penentuan yang sewajarnya juga tidak dengan sendirinya mewujudkan legal interest. Dapatan Mahkamah Isu Pertama: Permohonan ini tidak kompeten kerana difailkan selepas prosiding telah dilupuskan [14] Isu ini, pada hemat saya, adalah penentu. [15] Fakta yang material tidak dipertikaikan. Perintah di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 telah pun dikeluarkan pada 13.11.2025. Kandungan 8 pula hanya difailkan pada 16.1.2026. [16] Oleh itu, apabila permohonan pencelahan ini dibawa, prosiding asal telah pun selesai. Frasa "at any stage of the proceedings" dalam Aturan 15 Kaedah 6 tidak boleh dibaca sebagai meliputi peringkat selepas sesuatu prosiding telah diputuskan secara muktamad. [17] Saya terikat dan dalam apa keadaan pun bersetuju dengan prinsip yang dihuraikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Staghorn (supra) bahawa selepas penghakiman atau perintah dikeluarkan, tiada lagi prosiding yang boleh dimasuki oleh bukan pihak melalui permohonan pencelahan. Kedudukan itu bukan sahaja bersifat autoritatif, malah rasional dari sudut prinsip finality of litigation. [18] Prosiding ini bukan suatu prosiding yang masih terbuka atau tertangguh untuk pelupusan. Sebaliknya, permohonan asal telah diluluskan dan perintah telah pun dibuat. Maka, percubaan Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan untuk memasuki prosiding selepas fakta itu adalah bertentangan dengan rangka kerja Aturan 15 Kaedah 6 sendiri. [19] Apabila prosiding asal telah berakhir, Mahkamah ini telah menjadi functus officio setakat pelupusan permohonan tersebut. Kuasa untuk mendengar suatu permohonan pencelahan tidak lagi wujud dalam vakum selepas prosiding itu ditamatkan. [20] Atas alasan ini sahaja, Kandungan 8 adalah tidak kompeten dan wajar ditolak. Isu Kedua: Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan gagal menunjukkan "direct legal interest" [21] Sekalipun saya silap dalam dapatan di atas, saya tetap berpendapat bahawa permohonan ini gagal dari sudut merit. [22] Hujahan Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan pada intinya bersandar kepada kedudukan mereka sebagai anak-anak kandung pesakit, penglibatan mereka dalam penjagaan pesakit, sumbangan mereka terhadap kebajikan pesakit, dan hasrat mereka untuk menyertai pengurusan secara bersama. [23] Mahkamah menerima bahawa mereka mempunyai kepentingan kekeluargaan yang nyata, dan mungkin juga kepentingan moral yang mendalam terhadap kebajikan pesakit. Namun, itu bukan ujian yang ditetapkan oleh undang-undang. [24] Ujian yang terpakai ialah ujian dalam Pegang Mining (supra), iaitu sama ada hak atau liabiliti mereka terhadap mana-mana pihak dalam tindakan ini, berhubung perkara subjek tindakan, akan dipengaruhi secara langsung oleh perintah yang dibuat. [25] Dalam prosiding ini, perkara subjek tindakan ialah penentuan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 sama ada pesakit tidak berkeupayaan mengurus diri dan hal ehwalnya akibat kecelaruan mental, dan jika ya, pelantikan orang yang sesuai untuk diberi kuasa mengurus hal ehwal tersebut. [26] Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan tidak menunjukkan bahawa perintah yang telah dibuat itu secara langsung menjejaskan apa-apa hak persendirian undang-undang mereka atau mengenakan apa-apa liabiliti undang-undang ke atas mereka. Mereka juga tidak menunjukkan bahawa mereka mempunyai sesuatu hak statutori yang terlucut atau dipadamkan oleh perintah tersebut. [27] Apa yang mereka tunjukkan ialah bahawa mereka ingin terlibat dalam penjagaan bapa mereka, ingin memastikan ketelusan, ingin mengelakkan pengurusan unilateral, dan ingin menjalankan apa yang dihujahkan sebagai "baki anak bersama". Semua itu, walaupun boleh difahami dari sudut kemanusiaan dan kekeluargaan, tetap tidak menjelma sebagai direct legal interest seperti yang dikehendaki oleh Aturan 15 Kaedah 6 KKM 2012. [28] Saya bersetuju dengan hujahan Pemohon bahawa alasan berasaskan moral obligation, filial piety atau kehendak untuk membantu pengurusan pesakit tidak mencukupi untuk memenuhi ambang undang-undang bagi pencelahan. [29] Fakta bahawa mereka ialah anak-anak pesakit juga tidak secara automatik menjadikan mereka pihak yang "ought to have been joined". Akta Kesihatan Mental 2001 tidak memperuntukkan bahawa semua anak atau waris terdekat mesti dijadikan pihak dalam setiap permohonan di bawah seksyen 58 atau 59 Akta tersebut. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk melantik orang yang sesuai, tetapi itu tidak sama dengan mengiktiraf hak automatik setiap saudara-mara untuk menjadi pihak. [30] Hujahan bahawa mereka adalah "relatives" di bawah Akta itu juga tidak membantu mereka. Status sebagai saudara-mara mungkin suatu faktor relevan dalam menilai kesesuaian seseorang dalam konteks tertentu, tetapi ia bukan pengganti kepada keperluan membuktikan direct legal interest bagi tujuan joinder selepas prosiding dimulakan atau dilupuskan. [31] Dalam erti kata lain, permohonan ini pada dasarnya dibina di atas suatu asas yang lebih bersifat sentimental dan practical interest, bukan legal interest. [32] Sehubungan itu, saya dapati Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan telah gagal memenuhi pra-syarat substantif di bawah Aturan 15 Kaedah 6(2)(b) dan (3) KKM 2012. Isu Ketiga: Aturan 92 Kaedah 4 dan bidang kuasa sedia ada tidak dapat menyelamatkan permohonan ini [33] Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan turut bergantung kepada Aturan 92 Kaedah 4 dan bidang kuasa sedia ada Mahkamah. [34] Pada pandangan saya, sandaran tersebut tidak dapat memajukan kes mereka. [35] Kuasa sedia ada Mahkamah tidak boleh digunakan untuk mengatasi atau memintas syarat khusus yang telah diperuntukkan secara nyata oleh kaedah prosedur. Aturan 92 KKM 2012 bukan suatu lesen am untuk mengenepikan sekatan yang telah ditetapkan oleh Aturan 15 Kaedah 6 KKM 2012, lebih-lebih lagi apabila autoriti Mahkamah Persekutuan sendiri telah menjelaskan bahawa pencelahan oleh bukan pihak mesti dilakukan sebelum penghakiman atau perintah. [36] Untuk memutuskan sebaliknya adalah, pada hakikatnya, untuk menggunakan kuasa am bagi menafikan kesan kaedah khusus. Itu tidak wajar dibenarkan. Mengenai pertikaian fakta antara pihak-pihak [37] Banyak ruang dalam afidavit dan hujahan para pihak telah digunakan untuk mengemukakan tuduhan balas mengenai:
a
(a) siapakah penjaga utama pesakit;
b
(b) siapakah yang lebih memahami keperluan pesakit;
c
(c) sama ada akses Pemohon kepada pesakit dihadkan;
d
(d) pengurusan perubatan pesakit; dan
e
(e) pengeluaran wang daripada akaun-akaun pesakit. [38] Mahkamah tidak bercadang untuk membuat apa-apa dapatan muktamad mengenai pertikaian-pertikaian fakta tersebut dalam pelupusan Kandungan 8. Ini kerana, isu-isu tersebut bukan penentu kepada sama ada permohonan pencelahan ini kompeten dan memenuhi ujian undang-undang. [39] Dengan kata lain, walaupun andaian dibuat bahawa sebahagian daripada dakwaan fakta Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan adalah benar, ia tetap tidak mengubah dapatan bahawa permohonan mereka telah dibawa terlalu lewat dan gagal menunjukkan direct legal interest. Kesimpulan [40] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati: a) Kandungan 8 difailkan selepas prosiding asal telah pundilupuskan melalui perintah bertarikh 13.11.2025; b) oleh yang demikian, permohonan pencelahan itu tidak kompeten kerana tiada lagi prosiding yang masih hidup untuk dimasuki, dan Mahkamah telah menjadi functus officio; c) walau apa pun, Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan gagal menunjukkan bahawa apa-apa hak atau liabiliti undang-undang mereka akan dipengaruhi secara langsung oleh perintah yang dibuat dalam prosiding ini; dan d) Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012 serta bidang kuasa sedia ada Mahkamah tidak boleh digunakan untuk mengatasi kegagalan tersebut. [41] Permohonan ini, dengan hormatnya, adalah tersalah tanggapan dari segi undang-undang dan tidak boleh dibenarkan. Perintah [42] Atas alasan-alasan tersebut, Kandungan 8 adalah ditolak. Mengenai kos, setelah mengambil kira bahawa pertikaian ini timbul dalam konteks kekeluargaan dan kebajikan pesakit, namun permohonan ini telah ditentang secara substantif dan diputuskan atas asas undang-undang yang jelas, Mahkamah memerintahkan bahawa kos Kandungan 8 dibayar kepada Pemohon, tertakluk kepada taksiran jika tidak dipersetujui. BERTARIKH PADA 30 MAC 2026 YA DATUK ZAMRI BIN BAKAR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (1) MUAR JOHOR DARUL TAKZIM Peguam bagi pihak Pemohon: TETUAN CHRIS LEE & PARTNERS Peguam bagi pihak Pencelah-Pencelah Yang Dicadangkan: TETUAN TUAN, MOHD ZAIN & CO.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.