Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCvC-265-07/2024 ANTARA NG CHING WAN (NO. K/P: 810129-06-5388) … PLAINTIF
BA-22NCvC-265-07/2024
High Court of Malaysia10 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nya dalam kes U Television Sdn Bhd & Anor v Comintel Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 292, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa - [35] On the meaning and application of the term ‘burden of proof’ s 101 of the Evidence Act 1950 (‘the Act’) states that it is the burden to establish a case which rests throughout on the party who as”
“is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [19”
“to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313). [49] Mahkamah ini juga mendapati defendan berjaya membuktikan bahawa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCvC-265-07/2024 ANTARA NG CHING WAN (NO. K/P: 810129-06-5388) … PLAINTIF
1
Ini adalah keputusan selepas perbicaran penuh yang mana Mahkamah ini telah menolak tuntutan plaintif terhadap defendan pada 10.12.2025.
2
Plaintif merupakan bekas isteri kepada defendan. Bekas pasangan ini berkahwin pada 14.7.2001. Hasil perkahwinan, plaintif 07/02/2026 10:06:04 BA-22NCvC-265-07/2024 Kand. 103 S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 dan defendan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Yap Weng Chun dan Yap Weng Hong.
3
Pada 28.1.2028 plaintif dan defendan bersetuju bercerai dan melalui dokri nisi yang diperolehi dalam Petisyen Perceraian Bersama No. S8-33-62-2008 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
4
Hal perkara yang menjadi pertikaian dalam guaman ini adalah melibatkan hak terhadap rumah teres dua tingkat yang terletak di D23, Jalan Sunway 2/4, Taman Sunway Cheras, 43200 Cheras, Selangor (hartanah tersebut). Hartanah tersebut dibeli oleh defendan dan didaftarkan atas nama plaintif dan defendan.
5
Melalui dikri nisi yang direkodkan, antara terma yang berkaitan dengan hartanah tersebut adalah plaintif bersetuju memindahmilik ½ bahagian plaintif atas hartanah tersebut kepada defendan. Meskipun demikian, hingga kini plaintif dan anak-anak mendiami hartanah tersebut selaras dengan perintah tersebut yang membenarkan plaintif memegang harta tersebut atas amanah bagi pihak suami.
6
Berdasarkan perintah dikri nisi, antara lain dipersetujui bahawa plaintif menyerahkan setengah bahagian plaintif atas hartanah tersebut kepada defendan selain defendan akan menanggung nafkah anak-anak. Sehubungan itu plaintif menandatangani Power of Attorney bertarikh 4.1.2008.
7
Sekitar tahun 2012 hingga 2023, plaintif dan defendan telah kembali tinggal bersama dan hidup sebagai sebagai pasangan suami S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 isteri sehingga melahirkan anak ketiga pada tahun 2013 bernama Yap Weng Tim. Bahkan defendan mengubahsuai hartanah tersebut. Namun, hubungan plaintif dan defendan kembali pecah belah selepas itu.
8
Plaintif memplidkan wujud persetujuan secara lisan antara plaintif dan defendan yang turut didenagr oleh anak-anak bahawa defendan akan menerima daripada plaintif RM500,000.00 dan sebagai balasan defendan akan menyerahkan dan memindahmilik bahagian defendan atas hartanah kepada plaintif. Hartanah tersebut masih lagi dicagarkan dengan Alliance Bank Berhad.
9
Defendan menjalankan perniagaan bengkel kereta dikenali CH Yap Car Wiring Services sejak tahun 2004. Sejak dibuka plaintif membantu dalam pengurusan akaun perniagaan defendan termasuk perkara berhubung hasil tunai perniagaan dan perbankan yang berterusan sehingga akhir bulan Mei 2023.
10
Sejak dari awal perniagaan, defendan tidak mempunyai akaun bank persendirian. Tidak dipertikaikan juga defendan bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi. Ketiga-tiga akaun defendan adalah –
i
Akaun perniagaan CH Yap Car Wiring Services di Public Bank Berhad No. 3130787414 (Akaun 1) ; S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg
II
(ii) Akaun Bersama plaintif dan defendan di Alliance Bank Berhad No. 140910010052668 yang mana akaun simpanan ini terhubung dengan akaun pinjaman perumahan No. 140370052032143 (Akaun 2) ; dan
III
(iii) Akaun simpanan bersama dengan plaintif di Public Bank Berhad No. 6326290731 (Akaun 3). [11] Kesemua wang perniagaan yang diterima melalui cek atau pindahan atas talian akan dimasukkan ke Akaun 1 dan kesemua pendapatan tunai akan dimasukkan ke Akaun 3. Manakala wang yang akan digunakan untuk membayar pinjaman perumahan dalam Akaun 2 adalah disalurkan dari Akaun
1
[12] Defendan menaruh kepercayaan penuh kepada plaintif dalam pengurusan kewangan yang mana kesemua wang yang diterima adalah diuruskan oleh plaintif. Pertikaian mengenai hartanah [13] Berhubung dengan hak terhadap hartanah tersebut, kedua-dua pihak membawa versi pendirian yang berbeza dalam guaman ini. Plaintif telah menekankan antara lain bahawa –
i
Defendan telah bersetuju untuk menyerahkan ½ bahagian defendan atas hartanah tersebut dan ini telah menyebabkan plaintif membayar RM500,000 kepada S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg defendan pada 21.6.2023 berjumlah RM450,000 kepada defendan dan baki RM50,000 ke akaun CH Yap Car Wiring Services Sdn Bhd.
II
(ii) Sejumlah RM409,043.28 daripada jumlah RM500,000 yang dibayar oleh plaintif kepada defendan adalah daripada wang plaintif sendiri yang disimpan dalam akaun simpanan tetap plaintif berjumlah RM409,043.28 dan baki RM90,956.72 datang dari akaun Bersama plaintif dan defendan di Public Bank. [14] Manakala disisi yang bertentangan, intipati pendirian defendan bahawa –
i
Wang RM500,000 yang dibayar oleh plaintif kepada defendan untuk mendapatkan setengah bahagian defendan atas hartanah tersebut bukanlah dari wang plaintif sendiri.
II
(ii) Defendan memaklumkan plaintif bahawa defendan ingin mengeluarkan RM500,000 daripada Akaun 3 setelah plaintif menjelaskan keseluruhan wang dalam akaun tersebut berjumlah RM837,202.92.
III
(iii) Baki wang yang lain berjumlah RM170,982.40 dalam akaun 3 akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan hartanah tersebut. Manakala baki S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg RM166,220.52 dalam Akaun 3 diberikan kepada plaintif. Insiden sebelum pemfailan Writ Saman [15] Sebelum pemfailan Guaman ini, peguam Foo dari Tetuan Foo Leong Tan & Chan telah mnghubungi defendan dan bertanya jika defendan seorang yang bankrupt. Setelah defendan menafikan hal tersebut, peguam Foo telah bertemu dengan defendan dan meminta defendan menandatangani perjanjian penyelesaian. [16] Defendan tidak menurunkan tandatangan dan memberi alasan untuk mendapat nasihat peguam. Setelah menerima nasihat daripada Tetuan Khairin Nisa & Co, defendan mendapati terma perjanjian tersebut berbeza dengan persetujuan yang dicapai oleh plaintif dan defendan, iaitu –
i
Setengah bahagian hartanah tersebut akan dipindahkan kepada ketiga-tiga anak.
II
(ii) Pinjaman perumahan bagi hartanah tersebut akan diselesaikan dalam masa dua tahun.
III
(iii) Hartanah tersebut tidak boleh dijual atau dipindahmilik dalam masa 10 tahun. [17] Terma tersebut telah dimasukkan dalam draf perjanjian yang disediakan oleh peguam cara defendan dan diserah kepada plaintif. Namun plaintif tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut dan memulakan tuntutan terhadap defendan. S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [18] Plaintif memikul beban bukti sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 101 and 103 Akta Keterangan 1950, iaitu:
101
Burden of Proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.
103
Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. [19] Mahkamah Persekutuan dalam kes Nanyang Development
1966
Sdn Bhd v How Swee Poh [1970] 1 MLJ 145 antara lain memutuskan bahawa pihak yang berhasrat untuk Mahkamah memberikan hak undang-undang atau liabiliti mempunyai beban bukti tentang kewujudan fakta yang didakwa olehnya. S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg [20] Selanjutnya dalam kes U Television Sdn Bhd & Anor v Comintel Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 292, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa - [35] On the meaning and application of the term ‘burden of proof’ s 101 of the Evidence Act 1950 (‘the Act’) states that it is the burden to establish a case which rests throughout on the party who assert the affirmative of the issue. The ‘burden of proof’ in s 102 of the Act is the burden to adduce evidence, to make out or rebut the claim. The ‘burden of proof’ in s 102 of the Act shifts from one side to the other according to the weight of the evidence. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [21] Fakta-fakta yang diperihalkan di atas telah membawa Mahkamah ini untuk memutuskan isu-isu yang berikut -
i
Sama ada terdapat perjanjian lisan antara plaintif dan defendan berkenaan dengan hartanah tersebut bahawa defendan akan menyerahkan hartanah kepada plainif. Jika ya, sama ada plaintif dan defendan terikat dengan perjanjian lisan tersebut.
II
(ii) Sama ada defendan merupakan pemilik sebenar wang yang keseluruhan berjumlah RM837,202.52 yang S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg diambil oleh plaintif dari akaun Public Bank Berhad dan dipindahkan ke akaun simpanan tetap plaintif.
III
(iii) Sama ada wang RM450,000.00 melalui bank draf dan RM40,000.00 yang didepositkan ke dalam akaun defendan, pada hakikatnya adalah wang defendan.
IV
(iv) Sama ada pembayaran RM120,000.00 oleh plaintif dari wang defendan dalam Alliance Bank bagi menyelesaikan baki pinjaman perumahan dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan defendan.
v
Sama ada Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk mengenepikan perintah dekri nisi bertarikh 28.1.2008 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Petisyen Bersama untuk Perceraian No. S8-33- 62-2008. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada terdapat perjanjian lisan antara plaintif dan defendan berkenaan dengan hartanah tersebut bahawa defendan akan menyerahkan hartanah kepada plainif. Jika ya, sama ada plaintif dan defendan terikat dengan perjanjian lisan tersebut. [22] Alegasi kewujudan perjanjian lisan yang diplidkan oleh plaintif menjurus kepada defendan bersetuju menyerahkan setengah S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg bahagian defendan atas hartanah tersebut setelah plaintif membayar defendan RM500,000. [23] Mahkamah ini mengambil panduan dari kes Chooi Loo See v PNSG Holdings Sdn Bhd & Ors [2023] 1 LNS 526 berkaitan keperluan memplidkan butiran terperinci perjanjian lisan yang didakwa dimasuki oleh pihak-pihak, bahawa -
46
The second preliminary (and connected) point I make concerns the importance of pleadings, especially in cases involving oral agreements. Central to the determination of who bears the burden of proof in civil trials is the state of the parties’ pleadings. This is because it is in the pleadings that one finds the material facts that each party asserts to establish its claim or defence, and, as is trite law, he who asserts must prove. This is a rule which is consistent with the general principle underlying ss 103 and 105 of the Evidence Act 1893 (2020 Rev Ed) (the “EA”) (see the decision of the Court of Appeal in Cooperatieve Centrale Raiffeisen-Boerenleenbank BA (Trading as Rabobank International), Singapore Branch v Motorola Electronics Pte Ltd [2011] 2 SLR 63 at [31]).
47
In my view, pleadings are even more crucial in cases involving oral agreements. Without a written S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg document proving the parties’ agreement, it is vital for the plaintiff to set out the material particulars of the alleged oral agreement so that the defendant is aware of the case it must answer. [24] Manakala dalam kes Achi a/p Suppiah v Devamurthy a/l Suppiah [2010] 8 MLJ 189 turut diputuskan bahawa – [14] In the absence of a written contract as in this case, the role of this court is fundamentally to determine whether the evidence adduced is sufficient to establish the existence of a binding agreement between both parties in that the parties are no longer in the negotiation stage but have in fact concluded a binding agreement. Whether a binding contract exists is essentially a question of fact. [25] Jelas tertera bahawa undang-undang memerlukan plaintif memplidkan dengan terperinci butir-butir perjanjian lisan. Selain itu Mahkamah perlu berpuashati bahawa pihak-pihak tidak lagi berada dalam tahap perundingan terma perjanjian lisan tetapi terma-terma telah dimuktamadkan bagi membolehkan Mahkamah ini memutuskan kewujudan perjanjian yang mengikat pihak-pihak. [26] Peguam cara terpelajar bagi plaintif berhujah bahawa plaintif menaruh kepercayaan yang mendalam kepada defendan sehingga menyebabkan plaintif sanggup menyerahkan RM500,000 wang S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg simpanan plaintif kepada defendan agar ½ bahagian defendan diserahkan kepada plaintif. Kepercayaan plaintif turut diasaskan kepada fakta mereka berkahwin pada kali pertama, plaintif dan defendan berbaik semula sehingga kelahiran anak ketiga dan penyerahan RM500,000 kepada defendan tanpa perjanjian. [27] Namun demikian, meneliti keterangan plaintif dan defendan Mahkamah ini tidak menemui fakta wujudnya gesaan yang bertalu-talu oleh defendan supaya wang RM500,000 dibayar dengan kadar segera sebelum perjanjian dimuktamadkan. Justeru, pada hemat Mahkamah ini penegasan plaintif mengenai kepercayaan yang menjadi asas membayar RM500,000 sebelum persetujuan dimuktamadkan tidak boleh dengan sendirinya membuktikan kewujudan perjanjian lisan. [28] Dalam pada plaintif mempertahankan kewujudan perjanjian lisan yang dikatakan dipersetujui termanya oleh defendan, plaintif memikul beban bukti untuk membuktikan kewujudan perjanjian lisan tersebut. [29] Mahkamah Agung dalam kes Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd v Y.C Chin Enterprise Sdn Bhd [1994] 3 CLJ 133 memutuskan bahawa – [1] It is well settled that when an arrangement is made “subject to contract” or “subject to the preparation and approval of a formal contract” and similar expressions, it will generally be construed to mean S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg that the parties are still in a state of negotiation and do not intend to be bound unless and until a formal contract is exchanged. On the other hand, it is also true that, merely because parties contemplate the preparation of a formal contract, that by itself will not prevent a binding contract from coming into existence before the formal contract is signed. [2] It is a matter of construction whether the execution of the further contract is a condition or term of the bargain, in which case there is no enforceable contract as the law does not recognize a contract to enter into a contract, or whether it is a mere expression of the desire of the parties as to the manner in which the transaction already agreed to will in fact go through, in which case there is a binding contract and reference to the more formal document may be ignored. In this respect, the Court, in its task to ascertain the intention of the parties will, generally speaking, apply an objective test. In other words, it will ask itself what would the intention of reasonable men be if they were in the shoes of the parties of the alleged contract. [30] Mahkamah ini turut merujuk panduan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 1 LNS 119 mengenai keperluan Mahkamah memberi S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg pertimbangan kepada dokumen kontemporari yang wujud semasa insiden berlaku – Nevertheless the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent's witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent's oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity. [31] Bagi tujuan tersebut, Mahkamah ini merujuk transkrip perbualan melalui WhatsApp antara pihak-pihak pada 15.2.2023,
15
15.6.2023, 6.7.2023 yang diterjemahkan dari bahasa asal ke bahasa kebangsaan di muka surat 78-79 Ikatan Dokumen Bersama (IDB). S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg [32] Pada hemat Mahkamah ini, inti pati kandungan perbualan dalam transkrip tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai mewujudkan kontrak lisan yang mengikat antara pihak-pihak. Hal ini terserlah melalui kenyataan yang tersurat dalam transkrip itu sendiri. Transkrip tersebut mendedahkan bahawa defendan menyatakan akan memaklumkan peguam bagi penyediaan perjanjian dan terdapat syarat yang plaintif tidak boleh memindahmilik rumah dalam masa 10 tahun, yang mana rumah tersebut jika perjanjian diteruskan adalah untuk anak-anak dalam perkahwinan. [33] Pada hemat Mahkamah ini, kewujudan dokumen kontemporari sedemikian harus diberi nilai keberatan yang lebih berbanding dengan keterangan lisan plaintif yang mempunyai kepentingan untuk mendapatkan hartanah tersebut dan yang berperanan mengawal kewangan defendan pada masa yang material. [34] Selain itu plaintif memplidkan melalui perenggan 13 Pernyataan Tuntutan bahawa plaintif dan defendan tidak berniat lagi untuk mengekalkan atau meneruskan pengaturan yang dinyatakan dalam dikri nisi atau Surat Kuasa Wakil. Sekiranya penegasan ini masih kekal, mengapakah plaintif memilih hanya terma mengenai hartanah sahaja yang tidak diteruskan. [35] Selanjutnya Mahkamah ini mendapati draf perjanjian penyelesaian dalam muka surat 528 IDB, tidak mengandungi tandatangan oleh kedua-dua pihak. S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg [36] Dalam konteks ini, Mahkamah mendapati wujud keterangan yang menjelaskan mengapa dokumen tersebut tidak ditandatangani oleh plaintif dan defendan. Semasa perbicaraan, Mahkamah ini dapat merasakan ketegangan yang wujud dalam hubungan plaintif dan defendan berkaitan dengan hartanah tersebut. Keterangan plaintif dan defendan menzahirkan kerisauan jika hartanah tersebut tidak menjadi milik mereka masing-masing. [37] Bagi plaintif, kerisauan tertumpu kepada anak-anak akan hilang tempat tinggal yang terjamin jika hartanah tersebut menjadi milik defendan. Manakala bagi defendan pula, defendan tidak mempunyai rumah yang lain selain dari hartanah tersebut yang dibeli melalui pendapatan defendan di bengkel kereta yang diusahakannya. [38] Sekiranya pun dibuktikan wujud perjanjian lisan, versi plaintif berhubung terma perjanjian adalah bercanggah dengan kandungan Power of Attorney. Selaras dengan seksyen 92 Akta Keterangan 1950, perjanjian lisan yang dikemukakan oleh plaintif tidak boleh bercanggah dengan terma dalam instrument dikri nisi. [39] Mahkamah juga mendapati bahawa tiada sebarang dokumen sokongan dikemukakan oleh plaintif bahawa perbincangan antara plaintif dan defendan berkaitan dengan pemberian hartanah tersebut oleh defendan kepada plaintif dan anak-anak telah dimuktamadkan. [40] Maka pada tahap ini juga, terma dalam dikri nisi masih lagi kekal dan tiada sebarang persetujuan muktamad oleh pihak-pihak terhadap terma lain yang bertentangan. Terma dikri nisi bertarikh 28.1.2008 S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Petisyen Perceraian S8-33-62-2008 merupakan dokumen yang masih sah dan mengikat pihak-pihak serta perlu dipatuhi sehingga perintah tersebut diketepikan oleh Mahkamah. [41] Menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa plaintif gagal membuktikan kewujudan kontrak lisan yang mengikat antara plaintif dengan defendan. [42] Selanjutnya isu-isu berikut akan dibincangkan serentak kerana saling berkait. Isu 2: Sama ada defendan merupakan pemilik sebenar wang yang keseluruhan berjumlah RM837,202.52 yang diambil oleh plaintif dari akaun Public Bank Berhad dan dipindahkan ke akaun simpanan tetap plaintif. Isu 3: Sama ada wang RM450,000.00 melalui bank draf dan RM40,000.00 yang didepositkan ke dalam akaun defendan, pada hakikatnya adalah wang defendan. Isu 4: Sama ada pembayaran RM120,000.00 oleh plaintif dari wang defendan dalam Alliance Bank bagi menyelesaikan baki pinjaman perumahan dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan defendan. Pembayaran wang RM500,000 oleh plaintif kepada defendan. S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg [43] Isu-isu berkaitan kewangan ini bertitik tolak dari penegasan plaintif bahawa plaintif telah membayar defendan RM500,000.00 dengan menggunakan wang plaintif sendiri yang menjadikan plaintif berhak untuk mendapat ½ bahagian defendan atas hartanah tersebut. [44] Mahkamah ini mendapati bahawa tidak dinafikan wang sebanyak RM500,000.00 telah ditunjukkan dibayar oleh plaintif kepada defendan. Persoalannya kini, adakah wang tersebut merupakan wang milik plaintif atau pun wang hasil perniagaan defendan. [45] Keterangan defendan tidak goyah dan gagal dicabar bahawa wang tersebut merupakan wang perniagaan yang dimohon untuk dikeluarkan oleh defendan. [46] Berbanding dengan defendan yang memiliki perniagaan bengkel kenderaan CH Yap Car Wiring Service, plaintif bukanlah rakan kongsi perniagaan defendan. Plaintif diakui bekerja menguruskan kewangan perniagaan defendan dan diberi kepercayaan mengendalikan akaun dan perbankan bagi pihak defendan. [47] Plaintif melalui keterangannya cuba membuktikan bahawa beliau mempunyai pendapatan yang tinggi sebagai seorang akauntan. Namun Mahkamah mendapati berdasarkan latar belakang pendidikan plaintif, plaintif bukanlah seorang akautan dan plaintif juga gagal membuktikan sumber pendapatannya yang boleh menjangkau S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg RM500,000. Plaintif gagal mengemukakan penyata akaun banknya dan plaintif turut mengesahkan sebelum September 2023 plaintif tidak bercarum dengan EPF. [48] Keterangan plaintif mengenai fakta beliau berkeupayaan memiliki wang sedemikian hasil pendapatannya sebagai akauntan adalah fakta yang tidak diplidkan. Prinsip undang-undang yang mantap adalah pihak-pihak terikat dengan pliding. Mahkamah Persekutuan dalam kes Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944; [2015] 6 MLJ 1 memutuskan – "[29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar bin Mat Amin v. Abdullah bin Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313). [49] Mahkamah ini juga mendapati defendan berjaya membuktikan bahawa wang RM500,000 tersebut adalah sumber pendapatan dari perniagaan defendan yang didepositkan ke akaun bersama pihak-pihak yang turut disokong dengan pengakuan plaintif sendiri. [50] Selanjutnya Mahkamah ini merujuk Penyata Simpanan Tetap Public Bank atas nama plaintif yang menunjukkan kemasukan wang S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg berjumlah RM379,043.28 dibuat pada 28.9.2022 iaitu selepas dikri nisi diperintahkan. [51] Terutama, Mahkamah ini telah merujuk perintah dikri nisi dan mendapati bahawa tiada persetujuan tentang agihan harta dari perniagaan defendan sebagai sumber harta bersama yang diperolehi semasa dalam perkahwinan. Fakta ini turut mengukuhkan dapatan Mahkamah ini bahawa perniagaan bengkel adalah kepunyaan penuh defendan dan memberi implikasi bahawa apa jua pendapatan yang diperolehi dari perniagaan tersebut adalah milik defendan. [52] Sayugia juga bagi Mahkamah ini merekodkan pengakuan plaintif semasa perbicaraan bahawa sebahagian dari keuntungan perniagaan defendan dimasukkan dalam akaun bersama. Keterangan plaintif yang berkaitan dinukilkan semula di sini - S: Apa kaitan dengan duit dalam joint account dan duit perniagaan? J: kerana setelah perniagaan mendapat keuntungan ia dimasukkan ke dalam akaun bersama. Bukan semua tapi sebahagian. S: Ada berapa joint akaun. J: Satu Sahaja S: Keuntungan syarikat dimasukkan ke dalam joint akaun sama. J: Ya S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg [53] Pengakuan saksi pada hakikatnya memberi impak yang mengikat Mahkamah ini dalam membuat dapatan fakta. Mahkamah ini turut mendapati bahawa tiada keterangan dikemukakan oleh plaintif bahawa defendan bersetuju memberikan kesemua wang dalam akaun bersama tersebut kepada plaintif dan untuk dipindahkan ke akaun simpanan tetap plaintif. [54] Mahkamah dalam kes Ku Jia Shiuen (an infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) and Anor v The Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108, memutuskan bahawa – ...In a situation where there are some contemporaneous records, the oral evidence of the witnesses must be tested. They must be tested against the contemporaneous documents, the undisputed facts and the overall probabilities of the case in order to determine the reliability of the oral evidence.. [55] Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa plaintif gagal membuktikan kewujudan perjanjian lisan yang mengikat antara plaintif dan defendan. Sama ada pemindahan wang perniagaan defendan ke akaun simpanan tetap plaintif dibuat dengan izin dan pengetahuan defendan S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg [56] Bagaimanakah wang tersebut yang diakui sebagai wang keuntungan perniagaan defendan boleh dipindahkan ke akaun simpanan tetap plaintif. Adakah defendan ada pengetahuan dan tahu tentang pemindahan wang ini. [57] Mahkamah ini memberi perhatian terhadap percanggahan keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan mengikuti panduan Mahkamah Rayuan dalam kes Guan Teik Sdn Bhd v Hj. Mohd Noor Hj. Yaakob & Ors [2000] 4 CLJ 324, iaitu: Where conflicting evidence is presented, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but also to look at all surrounding factors and to weigh and evaluate teh contemporaneous documents that may tend to establish the truth or orthewise of a given fact. [58] Keterangan kontemporari yang dikemukakan semasa perbicaraan telah membantu Mahkamah dalam meneliti isu ini. Plaintif telah mengemukakan dokumen akaun simpanan tetap plaintif yang menunjukkan alamat yang digunakan oleh plaintif adalah di No. 29 Jalan Sunway 2/4 Sunway Cheras. S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg [59] Dokumen di atas iaitu penyata akaun simpanan tetap plaintif bertarikh 31.12.2022 menunjukkan –
i
kemasukan wang pelbagai jumlah dibuat pada 28.9.2022;
II
(ii) semasa tempoh tersebut, plaintif masih menguruskan kewangan dan perbankan perniagaan defendan; dan
III
(iii) pada tempoh tersebut defendan dan plaintif hidup bersama semula. [60] Alamat yang tertera dalam dokumen tersebut bukanlah alamat kediaman bersama plaintif dan defendan. Tiada penjelasan oleh plaintif tentang mengapakah plaintif memilih menggunakan alamat yang lain dalam pembukaan akaun simpanan tetap. Penggunaan S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg alamat tersebut menatijahkan defendan untuk tidak mengetahui tentang kewujudan akaun tersebut termasuk fakta bahawa plaintif menyimpan wang yang bukan sedikit dalam akaun simpanan tetap plaintif. [61] Kesimpulan yang munasabah diberi oleh Mahkamah ini adalah plaintif bertindak sedemikian bagi mengelakkan defendan mengetahui tentang pemindahan wang hasil keuntungan perniagaan defendan ke dalam akaun plaintif. [62] Pembayaran wang RM500,000.00 oleh plaintif kepada defendan berlaku selepas defendan mempersoalkan tentang wang RM837,202.52 yang mana wang tersebut dipulangkan RM500,000 kepada defendan, RM170,982.40 untuk pembayaran baki pinjaman dan RM166,220.52 dipegang oleh plaintif. [63] Fakta bahawa wang yang dibayar oleh plaintif kepada defendan sebanyak RM500,000 merupakan wang defendan sendiri dan diserahkan atas permintaan defendan dan bukan sebagai bayaran wang oleh plaintif dari sumber kewangan plaintif sendiri dan bagi mendapatkan hak ½ bahagian hartanah ada lebih munasabah dan berkemungkinan benar berbanding versi plaintif. Plaintif menekankan bahawa plaintif membayar RM500,000 tersebut kepada defendan sebagai balasan untuk defendan menyerahkan 50% bahagian dalam hartanah tersebut. Sama ada Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk mengenepikan perintah dekri nisi bertarikh 28.1.2008 yang diberikan oleh S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Petisyen Bersama untuk Perceraian No. S8-33-62-2008. [64] Tidak dinafikan bahawa dikri nisi tersebut merupakan keputusan muktamad yang direkodkan oleh pihak-pihak di Mahkamah Tinggi Keluarga. Meskipun demikian, undang-undang memberi ruang kepada plaintif dan defendan untuk mengubah terma dikri nisi. Kaedah 3 Divorce and Matrimonial Proceedings Rules 1980 memperuntukkan – Evidence on application for variation order
1
An application for a variation order shall be supported by an affidavit by the applicant setting out full particulars of his property and income and the grounds on which the application is made. [65] Plaintif di sini menuntut relif berikut yang memberi impak menganggu perintah dikri nisi, iaitu melalui Kandungan 66 perenggan 41 (a), (b) dan (f). Ketiga-tiga hal perkara yang dinyatakan dalam perenggan tersebut merupakan terma dalam dikri nisi. [66] Bukanlah semata-mata perintah dikri nisi dikeluarkan oleh Mahkamah Keluarga dan diperintahkan menurut Akta yang khusus memberi halangan kepada Mahkamah ini untuk mengubah perenggan (d) Dikri Nisi tersebut. [67] Apa yang penting dipertahankan oleh Mahkamah ini adalah prinsip yang mantap iaitu suatu perintah yang dikeluarkan oleh S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg Mahkamah adalah mengikat pihak-pihak dan wajib dipatuhi melainkan keputusan tersebut diubah atau diketepikan melalui rayuan atau diubah melalui perintah Mahkamah. [68] Penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes CIMB Investment Bank Bhd v Metroplex Holdings Sdn Bhd [2014] 9 CLJ 1012 perenggan 3, telah memberi panduan kepada Mahkamah ini, iaitu – Mere dissatisfaction with the outcome of the case or mere assertion that there was an error or injustice is not a ground to mount a collateral attack against a final order regularly obtained. Unless the final order is proved to be a nullity in the sense explained in Badiaddin, it cannot be attacked in collateral proceedings. [69] Begitu juga dalam Puah Beng Chooi & Ors v. Koh Heng Jin & Ors and other cases [2006] 8 CLJ 364 prinsip berikut sesuai digunapakai di sini memandangkan dikri nisi diperolehi secara persetujuan bersama – [5] The sum total of it all is this. That a consent order is binding and acts as an estoppel. According to "Jowitt's Dictionary of English Law", 2nd edn, vol. 1, by John Burke, the word "consent" connotes the following salient features (see p 422): … S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg Thus, it can be surmised that a "consent order" can only be set aside if the consent of any party is obtained by "fraud, intimidation, force, meditated imposition, circumvention, surprise, and undue influence". The list of reasons to set aside a consent order can never be exhaustive. [70] Lebih dari itu, Mahkamah ini terikat dengan keputusan dalam Hartecon JV Sdn Bhd & Anor v Hartela Contractors Ltd [1997] 2 CLJ 104 yang memutuskan – [1] Once a judge makes a ruling, substantive or procedural, final or interlocutory, it must be adhered to and may not be reopened. Although the first decision was made on a interlocutory matter which was purely procedural in nature, it was nevertheless binding on the court and on all parties to the lis until its reversal on appeal. [71] Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengenepikan peruntukan dikri nisi yang telah dipersetujui dan dijadikan perintah Mahkamah. Tiada sebarang perintah dikemukakan oleh plaintif yang menunjukkan bahawa pihak-pihak telah mengubah dikri nisi tersebut menurut Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 di Mahkamah Keluarga. [72] Selain itu bagi relif pelaksanaan spesifik, pada hemat saya Mahkamah ini tidak boleh membenarkan relif sedemikian dalam S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg keadaan plaintif gagal membuktikan wujud perjajian jual beli atau pun perjanjian penyelesaian yang mengikat antara pihak-pihak. KESIMPULAN [73] Berdasarkan analisis dan alasan-alasan di atas dan setelah menimbang seluruh keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan-hujahan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa plaintif telah gagal melepaskan beban bukti menurut seksyen 101 Akta Keterangan 1950 dan di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan menolak tuntutan plaintif. [74] Namun setelah mengambilkira hubungan pihak-pihak, Mahkamah memutuskan kos hendaklah ditanggung oleh pihak masing-masing. Bertarikh pada 6 Februari 2026. Ditandatangani ………………………………………. Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Keluarga (2) Shah Alam, Selangor S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg
1
Bagi Pihak Plaintif : Lim Kim Siong Tetuan S. K. Song (Skudai, Johor Bahru)
2
Bagi Pihak Defendan : James Culaz hadir dan Sonia Deva Doss Tetuan Culaz & Associates (Kajang, Selangor) S/N 8bplEQFfoku4sLJ6nbvMg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.