Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO – BB-A54-9-02/2024 ANTARA NG ENG HUAT [IDENTITY CARD NO.: 670827106405] [TETUAN TING ASIAH & CO.] …PLAINTIF DAN CHUA ZHEN HONG [IDENTITY CARD NO.: 870808145309] [TETUAN CHERN & CO.] …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN LATARBELAKANG KES Ini adalah rayuan Perayu/Defendan CHUA ZHEN HONG [IDENTITY CARD NO.: 870808145309], melalui Notis Rayuan di Lampiran 9 atas keseluruhan keputusan Mahkamah selain keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan yang diberi pada 17 haribulan April 2024, terhadap S/N p1dX1nBGtkE9n8O6rjoeg keseluruhan keputusan iaitu Permohonan Plaintif dalam Saman Pemula di Lampiran 1 untuk prosiding di Mahkamah Majistret Petaling Jaya Guaman Sivil No.BB-A73-20-12/2022 dipindah dan didengar di Mahkamah Sesyen dibenarkan dengan kos RM500.00. DAPATAN MAHKAMAH [1] Mahkamah telah meneliti Saman Pemula, Afidavit-afidavit, hujahan bertulis dan otoriti kedua-dua pihak. Saman Pemula Lampiran 1 adalah permohonan Pemohon di bawah Aturan 57 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Perenggan 12 Jadual Pertama Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah berikut: a) Bahawa guaman di bawah Mahkamah Majistret Petaling Jaya Guaman Sivil No.BB-A73-20-12/2022 dipindahkan dan didengar di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan bahawa tindakan utama adalah di bawah tajuk baru dalam Mahkamah Sesyen Petaling Jaya; b) Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa guaman di sini; dan c) Relif lanjutan sedemikian dan/atau lain-lain seperti yang dianggap suai-manfaat dan wajar diberikan Mahkamah yang Mulia ini. S/N p1dX1nBGtkE9n8O6rjoeg [2] Alasan permohonan Pemohon/Plaintif adalah dinyatakan dalam affidavit sokongan yang mana antara lain menyatakan bahawa: 1) Berbangkit daripada kejadian pergaduhan pada 23/6/2022, Defendan telah menyebabkan kecederaan fizikal, mental dan/atau emosi terhadap Plaintif dan mengakibatkan Plaintif mengalami pelbagai kerugian dan kerosakan akibat daripada kejadian tersebut. 2) Berbangkit daripada kejadian tersebut juga, Defendan telah didakwa di Mahkamah Majistret dan telah dikenakan denda. 3) Untuk menguatkuasakan hak Plaintif, Plaintif telah memfailkan satu tindakan sivil terhadap Defendan pada 21/2/2023. 4) Defendan telah melantik peguam dan memfailkan pembelaan pada 14/4/2023 dan Plaintif telah memfailkan jawapan kepada Pembelaan Plaintif pada 17/5/2023. 5) Defendan telah memfailkan Notis Penukaran Peguamcara pada 3/8/2023 dan peguamcara baru Defendan telah memfailkan Notis Permohonan untuk meminda Pembelaan Defendan dan dibenarkan Mahkamah pada 1/12/2023. 6) Pada 30/1/2024, Defendan telah memfailkan Notis Permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan Penyataan S/N p1dX1nBGtkE9n8O6rjoeg Tuntutan dan juga Notis Permohonan untuk memindahkan tindakan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tuntutan Kecil Shah Alam. 7) Selain itu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya semasa pengurusan kes secara e-review pada 13/10/2023 telah memaklumkan bahawa relif deklarasi dan perintah mengeluarkan CCTV dalam penyataan tuntutan terpinda sepertimana diperenggan 21 (a) dan (h) adalah bukan dalam bidangkuasa Mahkamah Majistret. 8) Berdasarkan alasan tersebut, Pemohon/Plaintif telah memfailkan Saman Pemula ini. [3] Responden/Defendan telah memfailkan affidavit jawapan yang mana antaranya menyatakan seperti berikut: 1) Responden membangkitkan bantahan awal bahawa Saman Pemula ini difailkan 9 bulan selepas Plaintif dimaklumkan mengenai isu bidangkuasa tersebut. Tiada penjelasan diberikan sebab kelewatan ini. 2) Isu kelewatan adalah factor penting dan fatal serta kelakuan Plaintif adalah relevan untuk menunjukkan bahawa mereka datang dengan tangan bersih (clean hands). S/N p1dX1nBGtkE9n8O6rjoeg 3) Saman Pemula ini bersifat “mala fide” dan difailkan pada saat-saat akhir apabila pihak-pihak telah bersedia untuk pendengaran Notis Permohonan pembatalan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan. 4) Plaintif mempunyai pengetahuan penuh tentang bidangkausa dan tidak mengambil sebarang langkah tepat pada masanya untuk melindungi haknya. 5) Malah Plaintif mempunyai pengetahuan penuh tentang risiko yang terlibat apabila Plaintif memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1/12/2023 sebagaimana eksibit “CZH-2”. 6) Plaintif tidak sepatutnya dibenarkan untuk mengambil pendirian berbeza dengan pendirian mereka ketika pengurusan kes pada 1/12/2023 tersebut. 7) Memandangkan Plaintif mengambil sikap nyata (express position) untuk meneruskan prosiding dihadapan Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebelum ini walaupun telah diberikan peluang untuk membetulkannya, kegagalan dan keengganan Plaintif untuk mengambil langkah sedemikian tepat pada masanya, Plaintif kini tidak boleh datang ke Mahkamah untuk mengeluarkannya daripada kesukaran. S/N p1dX1nBGtkE9n8O6rjoeg 8) Plaintif telah menyalahguna proses Mahkamah dan akan mewujudkan ketidakadilan. 9) Saman Pemula Plaintif di sini telah dicemari dengan niat jahat memandangkan Notis Permohonan untuk pembatalan telah ditetapkan untuk keputusan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 17/5/2024. [4] Dalam menilai Saman Pemula ini, Mahkamah merujuk kepada “intitulement” dan peruntukan yang dirujuk oleh Plaintif. Aturan 57 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012