Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-111-07/2022 & BA-45A-114-07/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
BA-45A-111-07/2022
High Court of Malaysia20 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rsebut, Mahkamah ini telah meneliti prinsip asas undang-undang berkaitan pertuduhan di dalam kes ini sepertimana diputuskan di dalam kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 28, Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717. OKT tidak mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan – OKT bukan pemil”
“(v) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263" [43] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokum”
“(v) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263" [43] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokum”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-111-07/2022 & BA-45A-114-07/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
OKT di dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan BA-45A-111-7/2022 Bahawa kamu pada 18/5/2021 jam lebih kurang 2.30 petang, bertempat di No. 12, Jalan BS 11/7, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Monoacetylmorhphine berat bersih 541.6 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. Pertuduhan BA-45A-114-7/2022 PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu pada 18/5/2021 jam lebih kurang 2.30 petang, bertempat di No. 12, Jalan BS 11/7, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Heroin berat bersih 33615.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu pada 18/5/2021 jam lebih kurang 2.30 petang, bertempat di No. 12, Jalan BS 11/7, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, dalam daerah Petaling, S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 34787.8 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan.
2
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 7 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT seperti berikut: SP1 Sjn Abd Halim bin Ani (Jurugambar) SP2 Insp Ivan Glen (Pengambil barang kes dari Jabatan Kimia) SP3 Mohd Fauze bin Mohamad Ayob (Ahli Kimia) SP4 Ganesh Kumar a/l Rajoo (Pengawal Keselamatan) SP5 Insp Rashidy (Pegawai Serbuan) SP6 Ma Chea Keong (Ejen rumah) SP7 Insp Eric Lim Chee Chuang (Pegawai Penyiasat) S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
3
Pada 18.5.2021, jam lebih kurang 2.30 petang, Pengadu (SP5) bersama anggota serbuan telah menahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi nombor pendaftaran VDW 8561 di tepi jalan BS 11/7, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor.
4
SP5 telah mengarahkan pemandu kereta tersebut (OKT) untuk keluar daripada kereta itu dan SP5 telah melakukan pemeriksaan fizikal terhadap OKT. SP5 telah merampas 1 alat kawalan jauh kereta tersebut dan 1 rangkai kunci yang mengandungi 3 anak kunci beserta alat kawalan jauh pintu pagar elektrik dari dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh OKT.
5
Pemeriksaan lanjut oleh SP5 dalam kereta tersebut telah menjumpai beberapa set kunci kereta dan rumah yang dijumpai di ruang letak gear kereta tersebut.
6
Seterusnya, SP5 dan anggota serbuan telah ke sebuah rumah di No. 12, Jalan BS 11/7, Taman Bukit Serdang dan sampai di rumah tersebut SP5 telah membuka pintu pagar, pintu gril dan pintu rumah menggunakan alat kawalan jauh dan kunci yang dirampas dari OKT.
7
SP5 dan anggota serbuan bersama-sama OKT telah masuk ke rumah tersebut dan di ruang tamu rumah SP5 telah menjumpai: a) 1 beg kanvas bercorak bunga mengandungi (50) ketulan mampat dan setiap ketulan dibalut dengan plastic lutsinar dan di dalamnya mengandungi balutan kertas berwarna coklat bertulis Double Uoglobe Brand mengandungi bahan S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 disyaki dadah jenis Heroin base anggaran berat 19 000 gram. b) 1 beg kanvas bertulis Love mengandungi (50) ketulan mampat dan setiap ketulan dibalut plastic lutsinar dan di dalamnya mengandungi kertas berwarna coklat bertulis Double Uoglobe Brand mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin base anggaran berat 19 000 gram. c) 1 kotak mengandungi (28) ketulan mampat dan setiap ketulan dibalut plastic lutsinar dan di dalamnya mengandungi kertas berwarna coklat bertulis Double Uoglobe Brand mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin base anggaran berat 10 640 gram. d) Satu kotak mengandungi (20) ketulan mampat dan setiap ketulan dibalut plastic lutsinar dan di dalamnya mengandungi kertas berwarna coklat bertulis Double Uoglobe Brand mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin base anggaran berat 7600 gram. e) 1 beg kanvas warna coklat bercorak bunga mengandungi
15
bungkusan teh cina berwarna emas bertulis Guanyinwang dan setiap bungkusan mengandungi 1 plastik lutsinar bertulis AAA berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat 15 300 gram. f) 1 beg kanvas bercorak petak mengandungi (20) bungkusan teh cina dan setiap bungkusan mengandungi 1 plastik S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg lutsinar bertulis AAA berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat 20 400 gram. g) 1 beg kanvas berwarna merah jambu bercorak bunga mengandungi (12) bungkusan teh cina dan setiap bungkusan mengandungi 1 plastik lutsinar bertulis AAA berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat 12 240 gram. h) 1 beg kanvas berwarna biru bertulis Paris World City Bag mengandungi (30) bungkusan teh cina bertulisan Qing Shan dan setiap bungkusan mengandungi 1 bungkusan plastic lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat 30 600 gram. i) 1 bungkusan plastic lutsinar berisi bahan disyaki dadah Syabu anggaran berat 1000 gram. j) Beberapa barang lain [8] SP5 telah merampas kesemua barang kes yang dijumpai dan turut menangkap OKT untuk dibawa ke pejabat Narkotik IPD Serdang untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP7). [9] Barang kes dadah yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia (SP3). Hasil analisa barang kes dadah adalah sepertimana pertuduhan-pertuduhan yang dihadapkan ke atas OKT. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg [10] Kesemua barang kes telah dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan. Rantaian keterangan serta rantaian barang kes tidak pernah terputus. KES PENDAKWAAN [11] Bagi membuktikan OKT melakukan kesalahan sepertimana di dalam pertuduhan pihak Pendakwa Raya menghujahkan bahawa kesemua intipati pertuduhan telah dibuktikan, iaitu: a. Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya di bawah ADB 1952; b. OKT mempunyai kawalan, jagaan, pengetahuan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut; c. OKT mengedar dadah tersebut. ELEMEN PERTAMA : IDENTITI DADAH [12] Dalam kes ini, tidak timbul keraguan bahawa dadah-dadah yang dirampas oleh SP5 adalah dadah berbahaya. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors V. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 551; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 6 AMR 189. [13] Barang rampasan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh SP3 dan hasil analisa adalah sebagaimana yang terkandung dalam laporan kimia nombor makmal 21-FR-B-09834 (P9). Kes Tarmizi Bin Yaacob Dan Satu Lagi V. Pp [2006] 4 CLJ 472; [2006] 6 MLJ 197 dirujuk yang mana Mahkamah Rayuan yang menyatakan: S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg "Bagi maksud itu, Mahkamah perbicaraan seperti juga Mahkamah ini seharusnya mengambil pendekatan yang disarankan oleh Mahkamah Agong dalam kes Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492 (diikuti) yang diikuti dalam kes PP v. Lam San [1991] 1 CLJ Rep 391; [1991] 3 MLJ 426 (diikuti) dalam menangani keterangan ahli kimia. Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah pebicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmalnya." [14] Oleh yang demikian, tidak timbul isu bahawa barang rampasan merupakan dadah berbahaya sebagaimana dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (adb 1952) yang menjadi intipati dalam pertuduhan terhadap OKT. ELEMEN KEDUA: OKT MEMPUNYAI KAWALAN, JAGAAN DAN MILIKAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS [15] Pihak pendakwaan merujuk kepada Kes Chan Pean Leon V. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 dan Pendakwa Raya V. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC; [2009] 2 MLJ 194; [2008] 3 MLRA 116; [2009] 2 AMR 757. [16] Pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP4 dan SP5. SP5 menyatakan bahawa semasa pemeriksaan fizikal dibuat ke atas OKT, beliau telah menjumpai (1) alat kawalan jauh kereta Myvi yang dipandu oleh OKT, (1) alat kawalan jauh pintu pagar dan 3 anak kunci dalam poket seluar yang dipakai oleh OKT. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg [17] Seterusnya, SP5 telah membacakan kata-kata amaran terhadap OKT namun OKT hanya berdiam diri. Kemudian, OKT telah menunjukkan rumah tempat kejadian kepada SP5. SP5 telah menggunakan alat kawalan jauh untuk membuka pintu pagar dan juga membuka mangga di grill pintu rumah menggunakan anak kunci yang dirampas. [18] Kemudian, SP5 menyatakan bahawa pintu masuk adalah tidak berkunci. SP5 dan anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah tersebut dan menjumpai barang salah iaitu dadah. [19] SP5 juga telah memeriksa setiap tingkat dalam rumah tersebut dan tidak menjumpai apa-apa barang lain. Tiada mana-mana individu yang dikesan dalam rumah tersebut. [20] Keterangan SP5 ini diperkuatkan lagi dengan keterangan Pengawal Keselamatan di tempat kejadian (SP4). SP4 tahu berkenaan tempat kejadian. SP4 menyatakan yang beliau tidak mengenali pemilik rumah tersebut tetapi beliau pasti bahawa tiada sesiapa yang tinggal di rumah tersebut dan hanya menjadi tempat persinggahan. [21] SP4 menyatakan bahawa untuk sesebuah kenderaan masuk ke kawasan perumahan tersebut memerlukan sticker. Walau bagaimanapun, SP4 menegaskan bahawa sekiranya seseorang atau sesebuah kenderaan yang biasa dilihat masuk ke tempat tersebut, mereka akan membenarkan kenderaan tersebut masuk ke dalam kawasan perumahan. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg [22] SP4 dapat mengecam secara jelas OKT. SP4 menyatakan bahawa OKT selalu memandu kereta Myvi putih dan ada kalanya kereta lain untuk pergi ke rumah tersebut. SP4 menyatakan bahawa disebabkan mereka sudah mengenali muka OKT, OKT hanya akan membuka cermin kereta sahaja dan pengawal keselamatan akan membenarkan OKT masuk ke kawasan tersebut untuk pergi ke rumah tersebut. [23] SP4 menyatakan yang semasa beliau bertugas, beliau akan membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan setiap kali dalam selar masa 2 jam. SP4 akan melalui di hadapan kawasan rumah tersebut. Maka, SP4 boleh memastikan yang kereta yang dipandu oleh OKT akan diparkir di hadapan garaj rumah dan keberadaan OKT di rumah tersebut adalah dalam tempoh 20 minit hingga setengah jam sahaja. [24] Sekiranya OKT tidak berada di rumah tersebut, pintu pagar sentiasa dalam keadaan bertutup. Hanya OKT sahaja yang datang ke rumah tersebut. Kekerapan OKT untuk datang ke rumah tersebut adalah dalam 1-2 kali seminggu. [25] Pihak pendakwaan berhujah bahawa terdapat kaitan ‘nexus’ antara OKT dengan rumah tersebut berdasarkan alat kawalan jauh dan kunci gril yang digunakan untuk membuka kedua-duanya dirampas dalam poket seluar yang dipakai oleh OKT. [26] Tambahan pula, OKT mempunyai akses penuh ke atas rumah tersebut apabila keterangan yang diberikan oleh SP4 bahawa terdapat kekerapan yang tinggi yang hanya OKT seorang sahaja S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg ke rumah tersebut sehinggakan OKT hanya perlu menunjukkan mukanya sahaja kepada pengawal keselamatan untuk OKT masuk ke kawasan perumahan dan pergi ke rumah tersebut. [27] OKT juga telah pandu arah SP5 dan anggota serbuan ke rumah tersebut. Dalam keterangan yang diberikan oleh SP5 bahawa beliau telah memberikan kata-kata amaran di bawah seksyen 37B(1) kepada OKT dan OKT hanya mendiamkan diri. Apabila SP5 bertanyakan di mana rumah, OKT telah menunjukkan ke rumah tempat kejadian. Maka, keterangan ini dihujahkan terjumlah kepada s.27 Akta Keterangan 1950 dan secara alternatif di bawah seksyen 8 Akta Keterangan kerana perbuatan OKT yang menunjukkan rumah tersebut. [28] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Siew Yoke Keong V Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630. Sekiranya Mahkamah tidak bersetuju bahawa terdapat keterangan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada OKT, maka pihak pendakwaan berhujah bahawa perbuatan OKT yang menunjukkan rumah tersebut adalah relevan dan boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta yang sama. [29] Disebabkan OKT mempunyai kunci kepada pintu pagar dan mangga pada gril rumah tersebut, adalah dihujahkan bahawa hanya OKT yang mempunyai akses kepada rumah tersebut dan tiada keterangan lain yang boleh menunjukkan bahawa terdapat orang lain yang mendiami rumah tersebut. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg [30] Selain itu, pihak pendakwaan berhujah bahawa adalah menjadi beban OKT untuk menerangkan berkenaan alat kawalan jauh dan kunci rumah yang ada padanya, sebagaimana diperuntukkan bawah seksyen 9 Akta Keterangan 1950. [31] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa OKT mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas rumah tersebut dan menunjukkan dadah-dadah yang dijumpai di rumah tersebut juga adalah milik OKT. ELEMEN KETIGA: OKT MEMPUNYAI PENGETAHUAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS [32] Pihak pendakwaan merujuk kepada kes PP v Parlan Dadeh [2009] 1 CLJ dan PP v Mohd Farid Mohd Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401. [33] Dalam kes yang dibicarakan ini, terdapat dadah-dadah yang dijumpai di ruang tamu rumah adalah dalam keadaan terbuka yang boleh dilihat dengan mata kasar dan dalam kuantiti yang sangat banyak. [34] Pihak pendakwaan berhujah adalah mustahil untuk menyatakan bahawa OKT tidak mengetahui berkenaan dadah-dadah yang terdapat dalam rumah tersebut. [35] Tambahan pula, keterangan SP5 menyatakan bahawa semasa pemeriksaan dijalankan dan sehingga terjumpanya dadah, OKT berada dalam keadaan terkejut. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg [36] Tindakan OKT yang terkejut terjumlah kepada perbuatan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Pihak pendakwaan merujuk kepada PP V. Abdul Hafiz Abdul Latip [2018] 1 LNS 1654. Mahkamah Rayuan dalam membincangkan penerimaan fakta berkenaan pemilikan kunci terhadap bilik stor dan kunci kenderaan tempat dadah dijumpai sebagai faktor utama dalam memutuskan bahawa wujudnya kawalan, jagaan dan pengetahuan sekaligus pemilikan terhadap dadah yang dijumpai dalam bilik stor dan kenderaan tersebut telah menyatakan seperti berikut:- [37] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan berhujah memandangkan OKT sebenarnya tahu berkenaan kewujudan dadah yang mempunyai kuantiti yang banyak dalam rumah tersebut. ELEMEN KEEMPAT: OKT MENGEDAR [38] Bagi membuktikan elemen pengedaran, pihak Pendakwa Raya menggunapakai definisi pengedaran (trafficking) dibawah Seksyen 2 ADB 1952. Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan dari segi kuantiti terhadap jumlah dadah yang dijumpai dalam rumah tersebut termasuk dalam maksud menyimpan atau ‘keeping’ sebagaimana yang digariskan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. [39] Pihak pendakwaan merumuskan bahawa disebabkan dadah-dadah yang dijumpai disimpan oleh OKT, hanya satu inferens sahaja yang boleh dibuat iaitu dadah tersebut disimpan bagi tujuan pengedaran. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg Kes Pembelaan [40] Pihak pembelaan tidak mempertikaikan mengenai elemen pertama berkaitan identiti dadah. Sebaliknya meneruskan hujahannya kepada elemen kedua pertuduhan bahawa OKT tiada milikan, jagaan atau kawalan ke atas rumah yang mana barang kes dadah dijumpai. Berdasarkan kepada hujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan, ia bolehlah diringkaskan seperti berikut: a) OKT tiada milikan, jagaan atau kawalan ke atas rumah yang mana barang kes dadah djumpai-
i
OKT bukannya pemilik mahupun penghuni rumah tersebut;
II
(ii) Barang-barang dadah atau barangan lain yang dirampas dari dalam rumah tersebut tidak mempunyai profil DNA mahupun cap jari OKT;
III
(iii) Tiada sebarang barangan peribadi OKT ditemui mahupun dirampas dari dalam rumah tersebut; b) Bahawa OKT tiada pengetahuan berkenaan dadah-dadah yang dijumpai di dalam beg-beg kanvas yang ditandakan P11A, P12A, P14A, P15A, P16A, P17A serta di dalam kotak yang ditandakan sebagai P13B yang dijumpai di dalam rumah tempat kejadian. c) Bahawa tiada kesan cap jari OKT pada beg-beg kanvas serta kotak mahupun pada dadah-dadah yang dijumpai; S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg d) Bahawa tiada kesan DNA OKT dijumpai pada mana-mana bahagian rumah tersebut. e) Bahawa rumah tersebut bukan milik OKT dan OKT juga bukanlah penyewa mahupun penghuni rumah tersebut dan rumah tersebut juga boleh di akses oleh individu-individu lain; f) Bahawa siasatan yang dijalankan mempunyai banyak kepincangan; g) Kunci rumah yang dijumpai pada poket seluar OKT tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan sewaktu perbicaraan; h) Gambar kunci juga tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menyokong keterangan berkenaan kunci rumah yang mana barang kes dadah dijumpai. TUGAS MAHKAMAH [41] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg [42] Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah meringkaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di dalam sesuatu kes seperti yang berikut: "(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence, led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits of two of more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No", then,
III
(iii) prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
IV
(iv) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
v
after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263" [43] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [42] Memandangkan identiti barang kes dadah bagi kesemua pertuduhan tidak dicabar oleh pihak pembelaan, Mahkamah ini meneruskan analisanya kepada isu kritikal pembuktian mengenai jagaan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah. [43] Dalam membuat analisa mengenai pembuktian tersebut, Mahkamah ini telah meneliti prinsip asas undang-undang berkaitan pertuduhan di dalam kes ini sepertimana diputuskan di dalam kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 28, Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717. OKT tidak mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan – OKT bukan pemilik atau penyewa rumah tempat kejadian [44] Mahkamah ini setelah membuat penilaian maksima atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumentar yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam kes ini membuat dapatan OKT tidak mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan barang kes dadah yang dijumpai dalam rumah berkenaan. [45] Dapatan Mahkamah adalah bersandarkan kepada fakta-fakta penting yang tidak memihak pihak pendakwaan. Sebagai permulaan, OKT tidak ditangkap bersama barang kes dadah yang dijumpai di dalam sebuah rumah yang merupakan tempat kejadian. Lanjutan itu, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan ikut keadaan dan beban pembuktian adalah di atas bahu pendakwaan membuktikan S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg pertuduhan terhadap OKT yang menjurus kepada sabitan ke atas pertuduhan terhadapnya. [46] Mengikut naratif kes ini, SP5 (pegawai serbuan) telah menahan sebuah kereta yang dipandu oleh OKT di tepi jalan BS 11/7, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor. [47] Hasil pemeriksaan fizikal ke atas OKT, SP5 menjumpai dari dalam poket seluar OKT, 1 alat kawalan jauh kereta dan 1 rangkai kunci yang mengandungi 3 anak kunci berserta alat kawalan jauh pintu pagar elektrik. [48] SP5 kemudiannya bersama anggota serbuan telah ke rumah No. 12, Jalan BS 11/7, Taman Bukit Serdang telah membuka pintu pagar, pintu gril dan pintu rumah menggunakan alat kawalan jauh dan kunci yang dirampas dari OKT. [49] Dalam tempoh operasi yang dijalankan, SP5 memberi keterangan semasa disoal balas peguambela bahawa beliau tidak melihat OKT meletakkan keretanya di rumah yang diserbu atau keluar masuk daripada rumah tersebut. [50] Pihak pendakwaan mengaitkan dadah yang dijumpai di rumah dengan bergantung kepada kunci yang dirampas daripada poket OKT. Pihak pendakwaan juga bergantung kepada keputusan kes Mahkamah Rayuan dalam PP V. Abdul Hafiz Abdul Latip [2018] 1 LNS 1654 untuk meyokong hujahannya bahawa kunci yang dirampas boleh dikaitkan dengan barang kes. Walau bagaimanapun, fakta kes Abdul Hafiz Abdul Latip adalah berbeza S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg dengan fakta di hadapan Mahkamah ini. Di dalam kes tersebut, dadah yang dijumpai adalah di dalam kereta dimiliki oleh tertuduh. Berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah ini, rumah yang mana dadah dijumpai bukan dimiliki oleh OKT dan OKT juga bukan merupakan penyewa rumah tersebut. [51] OKT tidak tinggal di rumah yang mana dadah dijumpai. Dalam erti kata lain, tidak ada keterangan daripada saksi pendakwaan bahawa OKT tinggal di rumah tersebut. Pintu masuk rumah berkenaan tertutup dan tidak berkunci semasa SP7 dan pasukannya membuka rumah berkenaan. Pemilik atau penyewa rumah tidak dipanggil sebagai saksi [52] Menurut dokumen perjanjian Tenancy Agreement yang ditandakan di Mahkamah sebagai (P22), rumah tempat kejadian bukan dimiliki oleh OKT dan OKT bukan penyewa sepertimana disahkan oleh pegawai penyiasat (SP7). Menurut P22 perjanjian penyewaan adalah di antara Sa Yuen Chin dan Chia Kok Wei. Malahan SP6 (agen hartanah) memberi keterangan bahawa beliau boleh mengecam muka penyewa sekiranya penyewa (Chia Kok Wei) berada di Mahkamah. Namun, ini tidak dilakukan oleh pendakwaan. [53] Dalam hal ini, adalah wajar pihak pendakwaan memanggil kedua-dua individu tersebut sebagai saksi pendakwaan yang boleh memberikan keterangan mengenai siapa yang sebenarnya mempunyai akses ke atas rumah yang mana barang kes dadah dijumpai untuk menyokong naratif kes pendakwaan. Begitu juga, S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg berapa anak kunci yang boleh digunakan untuk memasuki rumah berkenaan. Ini tidak dilakukan oleh pihak pendakwaan. Oleh itu, ketiadaan keterangan berkenaan telah menyebabkan kelompangan pada kes pendakwaan sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113, melalui penghakiman yang disampaikan oleh Zulkefli Makinudin HMP yang menyatakan seperti berikut: “(4) Notwithstanding that the prosecution has complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial, it has a duty to call all necessary witnesses essential to the unfolding of the narrative of the prosecution’s case. This was not done in the present case. The question as to how the vehicle came into the custody and control of both the accused still remains unanswered. We are of the view that Zainuddin being the registered owner of the vehicle is the one who holds the key to the unfolding of events, without which there are gaps in the prosecution’s case. (See the case of Ti Chuee Hiang v PP [1995] 3 CLJ 1).” [54] Mahkamah ini mendapati bahawa pegawai penyiasat (SP7) juga sewajarnya membuat penyiasatan yang menyeluruh ke atas kes ini untuk mengesan penyewa rumah (Chia Kok Wei). Berdasarkan keterangan SP7, hanya satu tindakan yang diambil oleh beliau untuk mengesan Chia Kok Wei dengan meminta bantuan IPD Cheras mengikut alamat sepertimana tertera pada kad pengenalan Chia Kok Wei. IPD Cheras gagal mengesan Chia Kok Wei. Apa yang menjadi persoalan kepada Mahkamah ialah kenapa pegawai penyiasat tidak mengambil tindakan proaktif membuat carian yang menyeluruh melalui Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen untuk mengesan Chia Kok Wei. Oleh itu, alasan pegawai penyiasat gagal mengesan Chia Kok Wei hanya S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg berpandukan kepada alamat sepertimana kad pengenalan Chia Kok Wei tidak langsung membantu kes pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah ini membuat dapatan adalah tidak mencukupi bagi kes pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan SP4 dan SP5. [56] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa hanya OKT sahaja yang mempunyai akses kepada rumah tersebut sedangkan beban pembuktian di bahu pendakwaan sepertimana diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chan Wei Loon v PP & Anor Appeal [2021] 6 CLJ 623 yang memutuskan: “[93] It is trite that the burden is on the prosecution to exclude access of the said ground floor by others to prove that the appellants were exclusively in custody and control of the dangerous drugs and the machines found on the ground floor. The prosecution had failed to establish such evidence when the onus is not on the defence to prove possibility of access by others, but on the prosecution to exclude such possibility. The burden of proving its case at every stage lies on the prosecution. The only task of the accused is to raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution’s case. See: Mohan Singh Lachman Singh v. PP [2002] 3 CLJ 293; [2002] 3 MLJ 291.” [55] Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP4 (pengawal keselamatan) untuk menghujahkan bahawa SP4 mengecam OKT yang memandu Myvi berwarna putih dan kadang kala kereta jenis lain dan akan parkir di hadapan garaj rumah dan berada dalam rumah tersebut dalam tempoh 20-30 minit. Melalui keterangan SP4, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa OKT mempunyai akses sepenuhnya ke atas rumah tersebut. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg [56] Walau bagaimanapun, SP4 tidak dapat mengecam OKT semasa disoal balas oleh peguambela. Kebanyakan jawapan yang diberi SP4 semasa disoal balas oleh peguambela ialah “sudah lupa kerana sudah lama”. Kejadian berlaku di sekitar tahun 2021 dan SP4 dipanggil untuk memberi keterangan dalam tahun 2024 setelah lebih kurang 3 tahun setelah kejadian berlaku. Oleh itu, Mahkamah mendapati jawapan SP4 bahawa beliau sudah lupa adalah munasabah. Tambahan pula, SP4 tidak lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan perumahan tersebut. Semasa disoal balas oleh peguambela, SP4 menyatakan bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh polis untuk membuat kawad cam. [57] Mahkamah ini mendapati bahawa SP4 yang dikatakan oleh pihak pendakwaan dapat mengecam OKT di Mahkamah juga mencurigakan kerana apabila disoal balas oleh pihak pembelaan untuk mengesahkan hanya OKT sahaja individu berbangsa cina yang berada di Mahkamah ketika itu, SP4 bersetuju bahawa hanya OKT seorang lelaki berbangsa cina yang berada di Mahkamah semasa diminta untuk mengecam OKT oleh pihak pendakwaan. Siasatan tidak menyeluruh [58] Kesan kepada kelompangan siasatan oleh pegawai penyiasat menyebabkan terdapat beberapa keterangan yang boleh memihak kepada OKT, iaitu S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg i. dengan adanya kunci rumah pada OKT yang bukan merupakan pemilik atau penyewa rumah tempat kejadian, isu akses kepada rumah berkenaan menjadi lebih kritikal. ii. SP4 tidak boleh mengesahkan hanya OKT yang keluar masuk dari rumah tersebut. iii. SP4 tidak memberi keterangan bahawa beliau nampak OKT membawa masuk dadah atau membawa keluar barang kes dari rumah tersebut. Bukti ini adalah penting untuk menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut. iv. Pihak pendakwaan gagal menyingkirkan adanya akses oleh orang lain ke dalam rumah tersebut. Rujuk Lim Tan Yi v PP & satu lagi rayuan [2021] 9 CLJ 523. v. Pihak pendakwaan gagal membuktikan hanya OKT sahaja yang mempunyai kuasa untuk melupuskan barang kes dadah. Rujuk Pang Chee Meng v PP [1992] 1 CLJ 39. vi. Barang kes dadah dijumpai terbuka. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa OKT telah menyorokkan barang dadah tersebut. vii. Tidak ada nexus antara OKT dan barang kes dadah yang dijumpai. Tiada cap jari dan DNA OKT dijumpai pada barang kes. Walaupun terdapat beberapa nas S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg undang-undang yang memutuskan bahawa ketiadaan DNA atau cap jari tidak melumpuhkan kes pendakwaan, Mahkamah ini berpandangan bahawa dalam konteks kes ini, bukti cap jari atau DNA boleh dikatakan material kerana OKT tidak tinggal di rumah tempat kejadian. Oleh itu, bukti berkenaan boleh membantu menguatkan kes pendakwaan. Kunci dan gambar kunci tidak dikemukakan di Mahkamah [53] Mahkamah ini mendapati bahawa tidak ada penjelasan yang diberikan oleh pihak pendakwaan mengapa kunci atau gambar kunci berkenaan tidak dikemukakan di Mahkamah. Penjelasan yang diberikan oleh pihak pendakwaan adalah kunci rumah berkenaan tidak dipertikaikan oleh OKT. [54] Bukti kunci adalah mustahak dan material dikemukakan sebagai barang bukti bagi pihak pendakwaan bagi membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan kepada dadah yang dijumpai di rumah berkenaan. [55] Mahkamah ini juga membuat dapatan bahawa kunci yang berada pada OKT tidak dapat ipso facto membuktikan milikan dadah oleh OKT. [56] Adalah dapatan Mahkamah bahawa pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dadah yang dijumpai. Tidak ada sebarang keterangan langsung S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg atau keterangan ikut keadaan bagi menunjukkan “mere possession” atau “mens rea possession”. Elemen pengedaran gagal dibuktikan [57] Bagi elemen pengedaran, pihak pendakwaan bergantung kepada takrifan “trafficking” di bawah seksyen 2 ADB 1952. [58] Walau bagaimanapun, memandangkan pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati kedua pertuduhan, iaitu pihak pendakwaan gagal membuktikan OKT memiliki dadah berbahaya, intipati ketiga “pengedaran” juga gagal dibuktikan. Kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ telah diputuskan bahawa: “[6] It is trite law that possession is an important ingredient in the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of trafficking, the Prosecution must prove the ingredient of "possession" and the trial judge must make an affirmative finding of "possession" before the presumption of trafficking under s. 37(da) of the Act can be invoked.” KESIMPULAN [1] Keputusan Mahkamah adalah bersandarkan kepada prinsip undang-undang yang mantap yang sering dirujuk sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 seperti berikut: “22. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s 180(2) and (3).” [59] Setelah meneliti secara keseluruhan keterangan dan membuat penilaian maksima ke atas keterangan-keterangan saksi dan bukti dokumen pihak pendakwaan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan intipati kedua dan ketiga pertuduhan. Oleh itu, pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 39B ADB 1952. Oleh yang demikian, menurut peruntukan seksyen 180(2) Kanun Prosedur Jenayah, OKT adalah dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan keatasnya. S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg S/N 3csxyZrrlUybFDGBXePryg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.