When any person accused of any non-bailable offence is arrested or detained without warrant by a police officer or appears or is brought before a Court, he may be released on bail by the officer in charge of the police district or by that Court, but he shall not be so released if there appears reasonable grounds for believing that he has been guilty of an offence punishable with death or imprisonment for life: Provided that the Court may direct that any person under the age of sixteen years or any woman or any sick or infirm person accused of such an offence be released on bail.” (penekanan ditambah) [ 3 ] Setelah meneliti dokumen yang difailkan dan mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah telah membenarkan permohonan jamin oleh Pemohon dengan jumlah jaminan sebanyak RM500,000.00 dengan dua penjamin terdiri dari ahli keluarga Pemohon. Selain itu mahkamah menetapkan syarat-syarat tambahan seperti berikut – a. Pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah, jika ada; b. Pemohon hendaklah melapor diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali; c. Berada di rumah antara jam 6.00 petang hingga 8.00 pagi (alamat no. 8, Jalan Melur 6, Taman Melur, 09800 Serdang, Kedah); S/N Xdwlaua2kSXjYhijnPWbQ d. Hadir untuk setiap sebutan dan bicara di mahkamah Majistret, Ampang dan lain-lain mahkamah yang diarahkan tanpa gagal; e. Tidak dibenarkan keluar dari daerah Serdang, Kedah kecuali untuk hadir ke mahkamah; dan f. Tidak dibenarkan berhubung dengan saksi-saksi pendakwaan. [ 4 ] Pemohon tidak berpuas hati dengan jumlah jaminan yang dikatakan terlalu tinggi dan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Berikut alasan mahkamah bagi penetapan jumlah jaminan RM500,000.00 tersebut. ANALISA DAN DAPATAN [ 5 ] Pertuduhan terhadap Pemohon dan suaminya telah dilampirkan sebagai Lampiran “NHY-1” kepada Afidavit Sokongan Pemohon (kandungan 2) seperti berikut – “Bahawa kamu bersama-sama pada 29/12/2022 jam lebih kurang 8.55 malam bertempat di hadapan Restoran Jing Hoe Mei, Jalan Pandan Indah 1/22, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, dalam daerah Hulu Langat, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Cho Lim Fong No. KP: 941002-07-6055. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.” [ 6 ] Selepas dituduh pada 17.1.2023 di mahkamah Majistret Ampang, peguam Pemohon telah membuat permohonan lisan untuk dibebaskan S/N Xdwlaua2kSXjYhijnPWbQ dengan jaminan, tetapi permohonan telah ditolak. Lalu, permohonan untuk jaminan ini difailkan di Mahkamah Tinggi. [ 7 ] Proviso kepada subseksyen 388(1) (supra) memberikan budi bicara kepada mahkamah untuk mengarahkan Tertuduh wanita, kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dan seorang yang sakit dan lemah dilepaskan dengan jaminan. Proviso ini telah diguna pakai dalam beberapa kes melibatkan Tertuduh berusia yang tidak sihat – PP v Dato’ Balwant Singh [2002] 4 CLJ 155 dan Tertuduh wanita – Samirah binti Muzaffar v PP [Mahkamah Persekutuan, Permohonan Jenayah No: 07- 8-05/2019 (B) dan 07-9-05/2019 (B)]. [ 8 ] Dalam Afidavit Sokongan Pemohon (supra) di perenggan 5 hingga 8 menyatakan latar belakang dirinya dan keadaan anak-anak, ringkasnya– • Pemohon adalah suri rumah sebelum dituduh; • Mempunyai dua anak berumur 7 dan 5 tahun yang sekarang dijaga oleh ibu bapa Pemohon; • Ibu bapa Pemohon dikatakan tidak dapat memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak Pemohon; • Anak-anak Pemohon dikatakan sering sakit, murung dan sedih setelah Pemohon ditahan reman selepas dituduh. [ 9 ] Seterusnya Pemohon menegaskan dia tidak akan meloloskan diri dan memberikan akujanji untuk mematuhi segala syarat-syarat tambahan yang bakal dikenakan oleh mahkamah. Pemohon, dalam perenggan 16 S/N Xdwlaua2kSXjYhijnPWbQ Afidavit Sokongan (supra) memohon jumlah jaminan yang berpatutan dan munasabah. [ 10 ] Dalam kes PP v Dato’ Balwant Singh (supra) isu pelaksanaan budi bicara mahkamah dan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menjalankan budi bicara tersebut telah dianalisa dengan teliti oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Augustine Paul (ketika itu) dengan panjang lebar. Walau bagaimanapun, tiada analisa secara khusus kedudukan kewangan Tertuduh dalam penentuan jumlah jaminan yang ditetapkan. Tertuduh Balwant Singh dalam kes itu dilepaskan atas jaminan berjumlah RM500,000.00 dengan dua penjamin dan syarat-syarat tambahan – • Lesen senjata diserahkan kepada pihak polis; • Pasport diserahkan kepada mahkamah; • Lapor diri di balai polis terdekat dua minggu sekali; • Berada di rumah antara 6.00 pm ke 8.00 am; • Tidak menghadiri majlis umum atau berada di tempat awam kecuali majlis keagamaan atau aktiviti keluarga; • Tidak dibenarkan keluar dari Kuala Lumpur dan Petaling Jaya kecuali dengan kebenaran mahkamah; • Tertuduh menghentikan amalan undang-undangnya dalam tempoh seminggu selepas 8 Ogos 2002. [ 11 ] Sementara itu, tiada Alasan Penghakiman penuh dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan bagi kes Samirah binti Muzaffar (supra). Walau bagaimanapun, latar belakang Tertuduh Samirah hampir sama dengan latar belakang Pemohon (supra) dari segi kedudukan sebagai suri rumah S/N Xdwlaua2kSXjYhijnPWbQ dan mempunyai anak kecil. Ketiadaan Alasan Penghakiman penuh dalam kes Samirah menyebabkan mahkamah tiada panduan khusus sama ada faktor kewangan telah dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam penentuan jumlah jaminan yang telah ditetapkan. Mahkamah Persekutuan dalam kes Samirah (supra) turut menetapkan jumlah jaminan yang sama seperti dalam kes PP v Balwant Singh (supra) iaitu RM500,000.00 dengan dua penjamin serta syarat-syarat tambahan yang juga hampir sama seperti berikut – • Pasport diserahkan kepada mahkamah; • Lapor diri di balai polis terdekat dua minggu sekali; • Berada di rumah antara 6pm ke 8 am; • Tidak menghadiri majlis umum atau berada di tempat awam kecuali majlis keagamaan atau aktiviti keluarga; • Tidak dibenarkan keluar dari daerah tempat tinggal kecuali dengan kebenaran mahkamah; • Tidak dibenarkan berhubung dengan saksi pendakwaan hingga kes selesai. [ 12 ] Justeru, mahkamah berpendapat, hakikat penetapan jumlah jaminan yang sama dan syarat-syarat tambahan yang hampir sama oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Samirah binti Muzaffar (supra) dan dalam kes PP v Balwant Singh (supra) menunjukkan kedudukan kewangan Tertuduh bukanlah faktor yang diberi penekanan khusus dalam penentuan jumlah jaminan yang sesuai. [ 13 ] Dalam pengamatan mahkamah, jumlah jaminan yang sama ditetapkan dalam kedua-dua kes di atas tanpa menimbangkan kedudukan S/N Xdwlaua2kSXjYhijnPWbQ S/N Xdwlaua2kSXjYhijnPWbQ S/N Xdwlaua2kSXjYhijnPWbQ