Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA KRAI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DG-83-31-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NG KIM LEONG 840806-11-5459 ALASAN PENGHAKIMAN
DG-83-31-02/2024
Magistrates Court of Malaysia21 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lam kes tersebut Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut; “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgmen”
“M [2010] CLJU 1566 yang menyatakan sebagaimana berikut:- “[10] I agree with the contention of the learned defence counsel that before the prosecution can invoke the presumption under s. 135(2) of the Customs Act, 1967, the element of possession of the prohibited items by the Respondent/Accused has to be established. In”
“ountervailing duty or anti-dumping duty imposed by or under the Countervailing and Anti-Dumping **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 Duties Act 1993 [Act 504], any safeguard duty imposed by or under the Safeguards Act 2006 [Act 657] and includes any royalt”
“rvailing and Anti-Dumping **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 Duties Act 1993 [Act 504], any safeguard duty imposed by or under the Safeguards Act 2006 [Act 657] and includes any royalty payable in lieu of an export duty under any written law, or a contra”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”
“erpandangan ianya tidak boleh diguna pakai oleh pihak pendakwaan kerana pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen pemilikan. Mahkamah merujuk kepada kes PENDAKWA RAYA v SEKARAN A/L ODAYAM [2010] CLJU 1566 yang menyatakan sebagaimana berikut:- “[10] I agree with the contention of the learned defence counsel”
“31. Bagi elemen pemilikan ini mahkamah merujuk kepada kes Meh Kim Lai v. PP [2019] CLJU 12, di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “ “[12] The offence against the Appellants therefore is one of possession of the uncustomed or prohibited goods. It must therefore be proven inter”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA KRAI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DG-83-31-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NG KIM LEONG 840806-11-5459 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dengan satu pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta yang sama.
2
Pertuduhan pindaan ke atas tertuduh adalah sebagaimana berikut: “Bahawa kamu, pada 2/10/2021 jam lebih kurang 5.20 petang bertempat di stesen minyal Caltex Manek Urai di dalam daerah Kuala Krai, dalam negeri Kelantan dengan disedari telah memiliki barang larangan import iaitu rokok jenama NYX Menthol berjumlah 230,000 batang rokok dan jenama NYX Filters berjumlah 170,000 batang rokok yang keseluruhannya ditaksir bernilai RM 267,200.00 dan telah dilarang pengimportannya di bawah Butiran 1, Bahagian
2017
Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah seksyen 135(1)(v)(aa) Akta yang sama”. Hukuman: sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda bagi kesalahan pertama daripada barang itu atau serratus ribu ringgit, yang mana lebih besar jumlah dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang atau lima ratus ribu ringgit mengikut mana-mana jumlah yang lebih besar atau penjara selama tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai lapan orang saksi untuk memberikan keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung. Setelah mendengar semua keterangan, meneliti ekshibit, dan hujahan-hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak, Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.
4
Pihak pendakwaan tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan.
5
B. FAKTA KES Pada tarikh 2.10.2021, pada jam lebih kurang 1720 hrs, bertindak atas maklumat Ops Kontraban, Pegawai Serbuan iaitu Inspektor Mohd Zulkefli bin Arifin (SP3) bersama anggota pasukannya dari Briged Tenggara PGA telah nampak sebuah motolori (P56) yang sedang berhenti di stesen minyak Caltex Manek.
6
SP3 telah nampak tertuduh turun daripada motolori tersebut sambil menggunakan telefon. SP3 dan pasukannya telah pergi ke arah tertuduh dan tunjukkan kad kuasa serta memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis bagi tujuan pemeriksaan. Pemeriksaan ke atas tubuh badan tertuduh tidak menjumpai apa-apa barang salah. Namun hasil pemeriksaan lanjut di bahagian belakang motolori telah menjumpai barangan yang ditutupi kanvas dan diletakkan palet kayu di atasnya.
7
SP3 telah membuka kanvas tersebut dan menjumpai beberapa kotak berwarna coklat bertulis NM. SP3 seterusnya telah membuka salah satu kotak tersebut menggunakn pisau dan telah mengeluarkan satu karton rokok. Hasil pemeriksaan SP3 ke atas karton rokok tersebut telah mendapati kotak rokok tersebut tidak dilabel dengan setem cukai yang diluluskan. Oleh itu, SP3 mensyaki rokok tersebut ialah rokok seludup. SP3 seterusnya telah menangkap tertuduh dan membuat rampasan terhadap barang-barang kes termasuk motolori tersebut. Laporan tangkapan dan rampasan juga telah dibuat sebagaimana P2, P3 dan P13.
8
Tertuduh dan barang kes kemudiannya telah dibawa balik ke IPD Kuala Krai. Barang kes dan tertuduh seterusnya telah diserahkan kepada SP8 iaitu pegawai penyiasat kes ini. Dalam menjalankan siasatannya, SP8 telah menghantar satu karton rokok berjenama NYX Menthol yang berisi 10 paket rokok dan satu karton rokok berjenama NYX Filters yang berisi 10 paket rokok ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Hasil analisa oleh SP5 telah mendapati bahawa bahan tumbuhan daripada kesemua karton tersebut adalah tembakau dan sesuai diklasifikasikan di bawah kod tarif 2402.20.9000 iaitu cigarettes containing tobacco di bawah perintah duti kastam 2017.
9
Selain itu, SP1 pula telah mengesahkan bahawa jumlah duti import bagi 230,000 batang rokok putih jenama NYX Menthol dan 170,000 batang rokok putih jenama NYX Filter ialah RM267,2000.00 sebagaimana ekshibit P4 A-C. Berkenaan setem cukai pada kotak-kotak rokok yang dirampas pula, ianya telah disahkan oleh SP2, bahawa rokok-rokok yang dirampas tersebut, tidak dilekatkan dengan setem cukai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (P12).
10
C. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR PENDAKWAAN Beban pembuktikan pihak pendakwaan di akhir pendakwaan ialah pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 173(f)(i) KTJ (in pari materia dengan Seksyen 180(1) KTJ) dan panduan berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan prima facie telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor vs PP [2003] 1 CLJ 734. Di dalam kes tersebut Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut; “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar Hashim & Anor v. PP [1983] 1 CLJ 138; [1983] CLJ (Rep) 721) HC p. 152 (p. 752 g): …. …. It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal”.
11
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 yang menyatakan; The phrase"prima facie case"is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
12
Disamping itu, mahkamah juga merujuk kepada panduan yang dinyatakan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Iaitu; [15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:-
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.
13
Justeru itu, selaras dengan prinsip yang ditekankan di dalam kes-kes yang dirujuk di atas, adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk menilai semua keterangan yang ada termasuk kredibiliti saksi yang hadir memberikan keterangan secara "maximum evaluation". Setelah penilaian maksimum dibuat dan sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan maka, prima facie kes telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
14
Di dalam kes ini, elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi pertuduhan di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam ialah sebagaimana berikut; i. Bahawa barang kes adalah barang larangan import menurut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017; j. Bahawa Tertuduh memiliki barang kes tersebut; dan k. Bahawa Tertuduh mengetahui atau menyedari bahawa barang kes tersebut adalah barang larangan import.
15
Bagi elemen pertama pertuduhan, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan oleh SP1 rokok-rokok yang dirampas telah disahkan sebagai rokok yang diimport. SP1 menyatakan bahawa berdasarkan kepada tiga digit pertama bagi nombor barkod pada kotak rokok tersebut iaitu 88401386 ianya menunjukkan bahawa rokok-rokok tersebut berasal daripada Negara Kemboja. Selain itu, pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa SP2 telah mengesahkan setem cukai yang dilekatkan pada kotak-kotak rokok yang dirampas bukan setem cukai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagaiman ekshibit P12. Tambahan daripada itu, SP5 juga mengesahkan bahawa sampel barang kes yang dihantar mengandungi bahan tumbuhan tembakau (ekshibit P77) iaitu barang larangan import sebagaimana dinyatakan Butiran 1,
Part
Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai
Content
Import) 2017.
16
Berdasarkan fakta-fakta ini, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen pertama pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan beban terletak ke atas tertuduh untuk membuktikan bahawa barang kes yang telah dirampas telah diimport secara sah ke dalam Malaysia. Pihak pendakwaan berhujah bahawa memandangkan Tertuduh gagal mengemukakan sebarang dokumen ke atas barang-barang rampasan, maka Tertuduh telah tidak mematuhi peruntukan untuk mengimport rokok menurut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.
17
Pihak pembelaan pula menghujahkan bahawa dalam pertuduhan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam, pihak pendakwaan perlu membuktikan sama ada rokok yang dirampas tersebut adalah rokok yang dikilangkan dengan alamat luar dari Malaysia ataupun dikeluarkan dan dikilangkan oleh alamat di dalam Malaysia. Ini berikutan pengilangan tempatan akan membawa kepada keperluan pengilang untuk membuat pembayaran duti eksais di bawah Akta Eksais dan bukannya di bawah Akta Kastam. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa SP1 dan SP2 tidak dapat mengesahkan bahawa nombor barkod yang ada pada kotak rokok tersebut menunjukkan ianya dikilang di luar negara memandangkan semakan yang dibuat oleh SP1 dan SP2 tidak merujuk kepada laman web khas sebaliknya hanya merujuk laman web google sahaja. Malahan pemeriksaan balas kepada SP3 dan SP8 juga menunjukkan bahawa kedua-dua mereka tidak dapat mengesahkan sama ada alamat pengilang bagi rokok-rokok yang dirampas itu adalah berada di dalam negera atau luar negara. SP8 juga bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa tidak ada sebarang gambar yang diambil menunjukkan dimana rokok-rokok tersebut dikilangkan dan tiada tarikh pengilangan.
18
Oleh yang demikian, pihak pembelaan menghujahkan peruntukan Seksyen 119 Akta Kastam 1967 tidak terpakai dan beban bukti bahawa rokok-rokok tersebut dikilangkan secara tempatan langsung tidak beralih kepada pihak tertuduh untuk membuktikan sedemikian memandangkan Seksyen 119 Akta Kastam 1967 hanya terpakai kepada kes-kes di mana kesalahan tidak membayar duti kastam hasil dari barang-barang yang diimport.
19
Mahkamah telah merujuk kepada Seksyen 2 Akta Kastam 1967 untuk mengetahui apakah yang didefinisi sebagai "barang-barang larangan". Seksyen 2 telah mendefinisikannya sebagai: “barang-barang yang mana import atau eksportnya dilarang, sama ada dengan mutlak atau dengan bersyarat oleh suatu perintah di bawah seksyen 31 atau mana-mana undang-undang bertulis lain”; Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017 pula merupakan Perintah yang digubal di bawah kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 31(1) Akta Kastam 1967 dan peruntukan berkaitan bagi kes dihadapan mahkamah ini ialah sebagaimana berikut:
Part
Bahagian II Jadual Ketiga
Content
Larangan bersyarat kecuali mengikut cara yang diperuntukkan dan tidak terpakai bagi zon perdagangan bebas
7
(1) Tertakluk kepada subperenggan (2), pengimportan ke dalam Malaysia barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (2) dan (3)
Part
Bahagian II Jadual Ketiga, yang berasal dari negara-negara yang dinyatakan dalam ruang (4) Bahagian II Jadual Ketiga dilarang, kecuali mengikut cara yang diperuntukkan dalam ruang (5) Bahagian II Jadual
Content
Ketiga.
20
Merujuk kepada peruntukan-peruntukan di atas, mahkamah berpandangan bahawa kesemua rokok adalah barang larangan import di mana pengimportannya adalah tertakluk kepada cara yang diperuntukkan dalam ruang 5, Bahagian II, Jadual Ketiga iaitu pengimport perlu memastikan rokok yang diimport mempunyai gambar amaran Kesihatan, maklumat Kesihatan pada kotak rokok dan juga mempunyai setem hasil.
21
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa sekiranya rokok-rokok yang dirampas adalah barang yang diimport maka Seksyen 119 Akta Kastam Adalah terpakai di mana beban terletak ke atas tertuduh untuk membuktikan bahawa barang kes yang telah dirampas telah diimport secara sah ke dalam Malaysia. Namun yang menjadi persoalan kepada mahkamah ialah adakah benar rokok-rokok yang dirampas tersebut merupakan barangan yang dimport masuk. Ini kerana sebagaimana dihujahkan oleh pihak pembelaan, tiada keterangan daripada SP1, SP2, SP3 dan juga SP8 yang menyatakan berkenaan maklumat pengilangan rokok-rokok tersebut. Malahan SP8 sendiri mengakui bahawa dia tidak mengambil gambar berkenaan maklumat pengilang pada kotak rokok tersebut.
22
Selain itu, mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa walaupun SP1 dan SP2 menyatakan tiga digit pertama nombor barkod pada kotak rokok, menunjukkan produk tersebut datang daripada Negara Kemboja, namun SP1 dan SP2 tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa nombor barkod tersebut sememangnya merujuk kepada negara pembuat dan pengilang. Malahan SP1 dan SP2 turut mengesahkan bahawa maklumat nombor barkod tersebut hanya diperolehi melalui carian di laman web google. Mahkamah berpandangan, maklumat berdasarkan laman web google sebegini tidak dapat memberikan keterangan yang pasti bahawa rokok-rokok yang dirampas itu dibuat di Negera Kemboja. Ia juga tidak seharusnya dijadikan sandaran dalam pertuduhan kes-kes jenayah.
23
Berdasarkan dapatan di atas, iaitu tiada gambar dan maklumat pengilang yang dikemukakan di mahkamah serta SP1 dan SP2 tidak dapat menyatakan dengan pasti rokok-rokok tersebut dikilangkan di luar negara, maka wujud inferen bahawa ada kemungkinan rokok-rokok tersebut telah dikilangkan di dalam negara sebagaimana dicadangkan oleh pihak pembelaan. Mahkamah merujuk kepada panduan yang dinyatakan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Iaitu; [15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:-
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
24
Berdasarkan panduan ini dan terdapat inferen lain yang boleh dibuat daripada fakta-fakta yang dikemukakan, maka inferen yang memihak kepada tertuduh iaitu rokok-rokok tersebut telah dibuat di kilang tempatan dan bukannya diimport harus dipilih oleh mahkamah. Atas dasar ini, mahkamah berpendapat, Akta Kastam tidak lagi terpakai kepada tertuduh, sebaliknya Akta Eksais yang terpakai. Tambahan dari itu, SP1, SP2, dan SP3 sendiri bersetuju bahawa sekiranya barang rampasan tersebut dikilangkan di Malaysia, maka akta yang terpakai ialah Akta Eksais.
25
Berdasarkan Seksyen 2, duti kastam didefinisikan sebagaimana berikut; "customs duty" means any import duty, export duty, surtax, surcharge or cess imposed by or under this Act, any countervailing duty or anti-dumping duty imposed by or under the Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 [Act 504], any safeguard duty imposed by or under the Safeguards Act 2006 [Act 657] and includes any royalty payable in lieu of an export duty under any written law, or a contract, lease or agreement to which the Federal Government or the Government of any State is a party or to which such Government has consented; Mahkamah seterusnya merujuk kepada Seksyen 2 dan Seksyen 6 Akta Eksais yang memberikan definisi duti eksais sebagaimana berikut;
2
Interpretation "excise duty" means any duty fixed under section 6;
6
Power of Minister to fix the rates of excise duties
1
The Minister may from time to time, by order published in the Gazette, fix excise duties to be levied and paid on-
a
any goods manufactured in Malaysia; or
b
any goods imported into Malaysia, and may prescribe the method according to which such duties shall be levied and paid.
26
Berdasarkan peruntukan-peruntukan yang dirujuk di atas, jelas menunjukkan bahawa apa-apa barangan yang dibuat di Malaysia, maka duti yang perlu dibayar ialah duti eksais dan bukannya duti kastam.
27
Mahkamah ini berpandangan bahawa, di manakah rokok-rokok yang dirampas ini dibuat atau dikilangkan, memainkan peranan penting dalam menentukan apakah jenis duti yang harus dikenakan. Namun memandangkan saksi pendakwaan telah gagal untuk menyatakan sama ada pengilangnya adalah pengilang tempatan atau sebaliknya maka mahkamah berpandangan pihak pegawai penyiasat telah gagal untuk menjalankan suatu siasatan yang menyeluruh dan komprehensif terhadap barang-barang kes yang dirampas.
28
Justeru, ianya menimbulkan suatu keraguan yang jelas sama ada rokok-rokok yang dirampas seharusnya dikenakan duti eksais di bawah Akta Eksais atau duti kastam di bawah Akta Kastam. Keraguan ini pada hemat mahkamah telah menjadikan pertuduhan terhadap tertuduh tidak berasas berikutan kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan barang-barang kes adalah barang yang dilarang pengimportannya yang merupakan elemen utama kesalahan menurut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Memandangkan elemen ini tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka pada dapatan mahkamah, ianya telah memadai untuk melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan.
29
Seterusnya, mahkamah akan membincangkan secara bersama bagi elemen kedua dan ketiga pertuduhan. Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tertuduh mempunyai milikan ke atas rokok-rokok tersebut dan menyedari bahawa barang tersebut adalah barang larangan memandangkan barang-barang tersebut berada di belakang lori yang dipandu oleh tertuduh. Berdasarkan pemerhatian SP3, hanya tertuduh yang turun daripada lori tersebut dan tidak ada individu lain di dalam lori bersama tertuduh semasa kejadian. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan akses kepada lori tersebut serta rokok-rokok yang berada di belakang motolori tersebut. Tertuduh juga menyedari dan mengetahui apakah barangan tersebut. Pihak pendakwaan turut menghujahkan bahawa berdasarkan jumlah rampasan barang kes, adalah mustahil tertuduh tidak mengetahui kewujudan barang kes di belakang motolorinya. Pihak pendakwaan telah merujuk kepada kes MOHD ZAIHAM BIN MISLAN V PUBLIC PROSECUTOR [2009] 6 MLJ 737 dan kes PUBLIC PROSECUTOR V ABDUL RAHMAN BIN AKIF [2007] 5 MLJ 1 dalam hujahannya berkenaan pemilikan rokok-rokok tersebut oleh tertuduh.
30
Pihak pembelaan pula menghujahkan, adalah tidak memadai untuk pihak pendakwaan bergantung kepada fakta bahawa, motolori tersebut telah dipandu oleh tertuduh semasa serbuan, maka tertuduh dikatakan mempunyai milikan dan kawalan terhadap rokok-rokok tersebut. Pihak pendakwaan perlu membuktikan tertuduh mempunyai elemen kawalan atau jagaan secara fizikal serta mempunyai pengetahuan ke atas rokok-rokok yang dikatakan dirampas daripada motolori tersebut. Pihak pembelaan turut menghujahkan bahawa kotak-kotak berisi rokok tersebut telah dilitupi oleh kanvas berwarna kelabu dan tidak boleh dilihat daripada luar. Hanya setelah kanvas tersebut dibuka barulah kotak-kotak tersebut dapat dilihat. Oleh itu melainkan ada keterangan yang menunjukkan tertuduh memunggah masuk barang tersebut ke atas lori, maka tertuduh tidak patut dikatakan sedar dan mengetahui barang tersebut Adalah barang larangan.
31
Bagi elemen pemilikan ini mahkamah merujuk kepada kes Meh Kim Lai v. PP [2019] CLJU 12, di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “ “[12] The offence against the Appellants therefore is one of possession of the uncustomed or prohibited goods. It must therefore be proven inter alia that the goods in question were uncustomed or prohibited goods and that they were in the possession of the accused persons. In order to prove possession, knowledge of course must be also proven”. Berdasarkan prinsip ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh bukan sahaja mempunyai milikan ke atas rokok-rokok tersebut, malahan dia juga turut mempunyai pengetahuan terhadapnya.
32
Dalam menilai untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan ataupun tidak, Mahkamah merujuk kepada panduan yang dinyatakan di dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237. Di dalam kes tersebut mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut: “...intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be inference by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case…” Berdasarkan panduan ini, mahkamah perlu membuat inferen berdasarkan keadaan dan fakta sesuatu kes.
33
Dalam kes ini, tertuduh telah ditangkap sebaik sahaja dia turun daripada motolorinya di pam nombor 9 stesen minyak Caltex Manek Urai. Menurut SP3, maklumat berkenaan penyeludupan rokok yang diterimanya ialah maklumat umum dan tiada sasaran spesifik. SP3 juga menyatakan bahawa kotak-kotak yang mengandungi rokok ini dilitupi oleh kanvas dan ianya ditindih pula dengan pallet kayu yang menyebabkan ianya sukar untuk dibuka. Selain itu, SP4 selaku pemilik lori juga telah memberikan keterangan bahawa motolorinya itu telah diserahkan kepada seseorang bernama Along untuk disewakan. SP4 tidak pernah mengenali atau berjumpa penyewa tersebut. SP4 turut menyatakan selepas itu, bahawa ada seorang bernama Eldi telah membeli motolori tersebut dan dia telah menjualnya kepada Eldi.
34
Berdasarkan keterangan-keterangan ini, mahkamah berpandangan bahawa motolori yang dipandu oleh tertuduh semasa kejadian turut digunakan oleh orang lain sebelum kejadian. Malahan memandangkan kotak-kotak tersebut diletakkan di belakang lori yang terbuka dan boleh diakses oleh sesiapa, maka ada kemungkinan bahawa orang lain seperti pemilik baru motolori (Eldi) tersebut atau kawan kepada SP4 (Ah long) yang boleh meletakkan kotak-kotak tetsebut di belakang motolori tersebut. Walaupun mahkamah mengambil maklum bahawa milikan tidak semestinya ekslusif namun dalam situasi di mana, tempat barang kes dijumpai turut boleh diakses orang lain, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tiada orang lain yang mempunyai akses kepada kotak-kotak rokok yang berada di belakang motolori tersebut selain tertuduh. Kegagalan oleh pihak pendakwaan untuk berbuat sedemikian telah menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan dalam membuktikan pemilikan oleh tertuduh.
35
Dapatan mahkamah ini adalah berasaskan kepada keputusan Mahkamah Agung di dalam kes ABDULLAH ZAWAWI BIN YUSOFF V. PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1 di mana Mahkamah Agung telah memutuskan seperti berikut: "Though the room where the drugs were found was occupied only by the accused and SP4, the evidence showed it was accessible to all the other occupants in the house. The trial judge had failed to analyse or assess the testimonies of SP4 and SP5 in this regard. The prosecution had failed to discharge its duty of excluding access to the accused's room by others. (2) The trial judge also failed to consider that the prosecution had failed to exclude the possibility that other persons could have had access to the drawer where the drugs were found. The onus was not on the defence to prove the possibility of access to the drawer by others."
36
Berdasarkan dapatan ini, mahkamah berpandangan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen kedua pertuduhan iaitu tertuduh mempunyai milikan ke atas barang-barang rampasan tersebut. Mahkamah juga ingin menekankan di sini bahawa selain daripada kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan pemilikan fizikal rokok-rokok tersebut oleh tertuduh, mahkamah juga berpendapat, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap rokok-rokok tersebut. Ini kerana berdasarkan keterangan SP3 jelas menunjukkan bahawa kotak-kotak berisi rokok tersebut dilitupi oleh kanvas kelabu dan kanvas tersebut pula ditindih oleh pallet-pallet kayu. Mana-mana orang tidak akan dapat mengetahui apakah yang berada di bawah kanvas tersebut melainkan ianya dibuka dan dilihat. Tambahan lagi, daripada keterangan SP3 sendiri menunjukkan bahawa kotak tersebut terpaksa dibuka menggunakan pisau.
37
Walaupun SP3 ada menyatakan tertuduh kelihatan gementar semasa ditahan dan menyatakan ianya mengandungi barang-barang biasa, ini tidaklah menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas kandungan kotak-kotak tersebut. Apatah lagi, SP3 juga mengesahkan bahawa tertuduh memberikan kerjasama SP3 ingin memeriksa lori. Justeru mahkamah ini berpandangan bahawa, tindakan tertuduh itu sendiri tidak menunjukkan tindakan seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan apa-apa barang salah di atas motolorinya kerana jika dia mengetahui kewujudan barang salah tersebut, sudah pasti dia tidak akan memberikan kerjasama kepada SP3. Oleh itu, melainkan ada keterangan lain yang menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap kandungan kotak-kotak tersebut, maka mahkamah berpandangan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas rokok-rokok tersebut. Atas alasan ini, elemen ketiga juga telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
38
Selain itu, mahkamah juga telah meneliti kes-kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan dan berpandangan ianya adalah berbeza dengan kes ini kerana di dalam kes-kes tersebut, terdapat keterangan yang menunjukkan tertuduh menggunakan kenderaan di mana dadah-dadah dijumpai beberapa hari sebelum daripada tangkapan dibuat. Sedangkan di dalam kes ini, tertuduh hanya didapati memandu dan menggunakan motolori tersebut sebelum serbuan. Tiada keterangan yang menunjukkan telah berada lama tertuduh mempunyai milikan ke atas motolori tersebut. Oleh itu, kes-kes yang dirujuk adalah dibezakan.
39
Berkenaan anggapan dibawah Seksyen 135(2) Akta Kastam, mahkamah berpandangan ianya tidak boleh diguna pakai oleh pihak pendakwaan kerana pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen pemilikan. Mahkamah merujuk kepada kes PENDAKWA RAYA v SEKARAN A/L ODAYAM [2010] CLJU 1566 yang menyatakan sebagaimana berikut:- “[10] I agree with the contention of the learned defence counsel that before the prosecution can invoke the presumption under s. 135(2) of the Customs Act, 1967, the element of possession of the prohibited items by the Respondent/Accused has to be established. In other words, that this is a “parasitic presumption” which does not stand alone but relies on the proof of possession. Without proof of possession the element of “knowingly concerned” cannot be established”. Berdasarkan kes di atas, mahkamah berpandangan pihak pendakwaan tidak boleh menggunakan anggapan di bawah Seksyen 135(2) Akta Kastam memandangkan elemen pemilikan tidak berjaya dibuktikan.
40
Setelah membuat penilaian secara maksimum terhadap kesemua keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan keterangan yang kukuh untuk membuktikan setiap intipati pertuduhan di bawah perenggan 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Oleh itu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya dan tidak selamat untuk memanggil tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut. Mahkamah ini juga tidak bersedia untuk mensabitkan tertuduh jika pembelaan dipanggil dan tertuduh memilih untuk berdiam diri.
41
Oleh yang demikian, tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah subperenggan 135(1)(v)(aa) Akta 235 tersebut tanpa perlu dipanggil untuk membela diri.
42
Di kesempatan ini juga mahkamah ingin mengambil peluang untuk membincangkan cabaran pihak pembelaan atas pertuduhan yang dirangka di dalam kes ini. Pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa pertuduhan ke atas tertuduh, sama sekali tidak menunjukkan kesalahan jenayah memiliki barang larangan di bawah Butiran 1, Bahagian 2, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 (P.U.(A) 103/2017). Pihak pembelaan menghujahkan bahawa Butiran 1, Bahagian 2, Jadual Ketiga perlulah dibaca bersama dengan Perenggan 7, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 yang mana Perintah 7 memperuntukkan bahawa barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (2) dan (3) Bahagian 2 Jadual Ketiga adalah dilarang import ke Malaysia kecuali mengikut cara yang diperuntukkan dalam ruang
5
Bahagian 2 Jadual Ketiga.
43
Berdasarkan fakta ini, pihak pembelaan menghujahkan bahawa Butiran 1, Bahagian 2, Jadual Ketiga hanya memperuntukkan mengenai tatacara dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam mengimport barangan seperti rokok dan tiada apa-apa dalam Bahagian tersebut yang berkaitan dengan kesalahan memiliki barang larangan seperti rokok sebagaimana yang dipertuduhkan ke atas Tertuduh. Pihak pembelaan telah merujuk kepada kes WONG CHIN CHOONG v PENDAKWA RAYA (JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA) NO. KES: CA-41S-1-02/2023 di mana pihak pembelaan menghujahkan terdapat Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang menyatakan pertuduhan perlu dirangka sebagaimana berikut; …Barang-barang larangan tersebut merupakan barang-barang yang menurut perenggan 7 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 adalah dilarang pengimportannya apabila ia dinyatakan dalam Butiran 1 ruang (2)(3) dan (4) Bahagian II Jadual Ketiga Perintah Kastam tersebut kecuali dengan cara diperuntukkan dalam ruang (5)
2
Subperenggan (1) tidak terpakai bagi zon perdagangan bebas yang ditetapkan untuk menjalankan aktiviti perdagangan kecuali bagi aktiviti perniagaan runcit yang diluluskan di bawah seksyen 6A Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438].
3
Pergerakan dari zon perdagangan bebas ke kawasan utama kastam, Labuan, Langkawi dan Tioman barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (2) dan (3) Bahagian II Jadual Ketiga dilarang, kecuali mengikut cara yang diperuntukkan dalam ruang (5) Bahagian II Jadual Ketiga.
Part
Bahagian II Jadual Ketiga Peraturan yang sama.
44
Bagi tujuan untuk memudahkan rujukan, Perenggan 7 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 dikemukakan sebagaimana berikut;
Content
Larangan bersyarat kecuali mengikut cara yang diperuntukkan dan tidak terpakai bagi zon perdagangan bebas
7
(1) Tertakluk kepada subperenggan (2), pengimportan ke dalam Malaysia barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (2) dan (3)
Part
Bahagian II Jadual Ketiga, yang berasal dari negara-negara yang dinyatakan dalam ruang (4) Bahagian II Jadual Ketiga dilarang, kecuali mengikut cara yang diperuntukkan dalam ruang (5) Bahagian II
Schedule
Jadual Ketiga. 45. Setelah meneliti Perenggan 7 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 dan Butiran 1, Bahagian 2, Jadual Ketiga perintah yang sama, mahkamah berpandangan pertuduhan bagi kesalahan ini adalah cacat memandangkan ia dirangka tanpa memasukkan “penal provision” atau peruntukan keseksaan yang dinyatakan di perenggan 7. Mahkamah juga berpandangan, larangan mengenai import hanya dinyatakan di dalam perenggan 7 sahaja manakala Butiran 1, Bahagian 2, Jadual Ketiga hanya memperuntukkan tatacara pengimportannya. 46. Walaupun pihak pembelaan ada merujuk kepada kes WONG CHIN CHOONG v PENDAKWA RAYA (JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA) NO. KES: CA-41S-1-02/2023, namun pihak pembelaan hanya memfailkan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan yang mendengar kes tersebut dan tidak mengemukakan alasan penghakiman bagi kes tersebut. Oleh itu mahkamah ini, tidak dapat mengesahkan sama ada dapatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Adalah sama seperti dihujahkan peguambela. Oleh itu mahkamah ini memohon agar YA Hakim yang mendengar rayuan ini boleh membuat dapatan atas isu ini. 47. Berkenaan dengan isu niat yang tidak dinyatakan di dalam pertuduhan, mahkamah ini berpandangan pertuduhan pindaan di bawah 135(1)(d) Akta Kastam 1967 telah dirangka dengan memasukkan perkataan “disedari”. Ini pada pandangan mahkamah adalah mencukupi untuk menunjukkan elemen mens rea dalam pertuduhan ini. Kes yang dirujuk oleh pihak pembelaan juga dibezakan memandangkan di dalam kes yang dirujuk tertuduh di dalam kes tersebut dituduh dibawah 135(1)(e) Akta Kastam 1967. D. PENUTUP 48. Setelah mahkamah membuat penilaian yang maksimum terhadap keterangan-keterangan yang diberikan sepertimana yang ditetapkan oleh prinsip undang-undang yang mantap (LOOI KOW CHAI & ANOR V PP [2003] 1 CLJ 734, BALACHANDRAN V PP [2005] 1 CLJ 85 dan PP v MOHD RADZI B ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457 dirujuk), mahkamah mendapati wujudnya keraguan-keraguan di dalam kes pendakwaan, Oleh itu, pada taakulan dan dapatan mahkamah ini, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie kes bagi pertuduhan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Justeru, mahkamah ini memutuskan bahawa tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri dan wang jaminan dikembalikan. Mahkamah juga memerintahkan barang kes iaitu telefon bimbit jenis Iphone, Oppo, dan wang tunai berjumlah RM 480 yang dirampas dikembalikan kepada pemilik asal. 49. Sekian, untuk pertimbangan YA dan tuan/puan. TPR : Siti Aiysha Na’ilah binti Harizan, (Mengambil alih daripada TPR sebelum ini) TPR Negeri Kelantan PEGUAMBELA : Nur Aminahtul Mardiah binti Md Nor, Chambers of Aminahtul Mardiah (Nur Izzati Hafieza binti Ismail dan Tun Laila binti Tun Rafaee turut bersamanya) Disediakan oleh (AMAL RAZIM BIN ALIAS) 31. MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KRAI KELANTAN 7.2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.