Content
WA-12BNCvC-64-07/2025 Kand. 36 21/07/2026 13:20:00 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: WA-12BNCvC-64-07/2025 ANTARA NG KOK MEE ... PERAYU
WA-12BNCvC-64-07/2025
High Court of Malaysia21 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“enyumbang cuai kemalangan tersebut? Peguam Perayu telah merujuk kes Govindar Raju & Anor v. Laws [1966] 1 MLJ 188. Yang Arif Hakim Raja Azlan Shah telah menyatakan seperti berikut: Section 18 of the Highway Code states: "When turning left or right drivers must always give way to through traffic, including pedestrians".”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
WA-12BNCvC-64-07/2025 Kand. 36 21/07/2026 13:20:00 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: WA-12BNCvC-64-07/2025 ANTARA NG KOK MEE ... PERAYU
2
INTAN SHAFINAZ BINTI MOHD YUSUF ... RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Kuala Lumpur Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Guaman No: WA-B53KJ-12-03/2023
1
Iqbal Zaim Bin Baharuddin
2
Intan Shafinaz Binti Mohd Yusuf ... Plaintif-Plaintif Dan Ng Kok Mee ... Defendan]
1
Ini adalah rayuan terhadap liabiliti dan kuantum yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 25.06.2025. Untuk rayuan ini, Mahkamah ini akan hanya menumpukan kepada liabiliti sahaja. Ini adalah disebabkan isu berkenaan kuantum telah dinyatakan dalam Alasan Penghakiman bagi kes rayuan nombor WA-12BNCVC-65-07/2025.
2
Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa Perayu adalah cuai 100%. Hakim Mahkamah Sesyen setelah meneliti keterangan saksi-saksi mendapati bahawa Responden Pertama sedang memandu motorsikalnya di laluan terus, tiba-tiba sebuah motokar nombor pendaftaran tidak pasti telah menghimpit Perayu dari sebelah kiri. Oleh itu, Perayu telah mengelak ke kanan sedikit dan berlakunya perlanggaran dengan motorsikal Responden Pertama.
3
Hakim Mahkamah Sesyen juga telah memutuskan menerima versi Perayu yang konsisten dengan laporan polis. Namun begitu, Hakim Mahkamah Sesyen menyatakan bahawa rakaman CCTV menunjukkan kereta Honda hitam yang menghimpit Perayu jelas kelihatan di dalam rakaman CCTV tersebut.
4
Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa kecuaian getaran tidak boleh diletakkan kepada Responden Pertama tetapi sebaliknya kepada pemandu Honda hitam yang dikatakan telah menghimpit Perayu. Pemandu kereta Honda hitam itu tidak dijadikan pihak di dalam kes ini.
5
Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan fakta bahawa dengan merujuk kepada rakaman CCTV, Responden Pertama telah menunggang motorsikal di lorong yang paling kanan namun Hakim Mahkamah Sesyen tidak setuju bahawa ini adalah kecuaian getaran Responden Pertama. Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan Responden Pertama tidak melakukan apa-apa kecuaian.
6
Hakim Mahkamah Sesyen di dalam Alasan Penghakiman menyatakan beliau telah menonton berkali-kali rakaman CCTV tersebut namun tidak bersetuju dengan menyatakan bahawa Perayu telah diletakkan di dalam keadaan mencemaskan akibat tindakan pemandu kereta Honda hitam tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa Responden Pertama pada masa kejadian berada di laluan yang sah.
7
Peguam Perayu yang bijaksana di dalam hujahnya di Mahkamah ini menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah di dalam Alasan Penghakiman mengesahkan terdapat sebuah kereta Honda hitam. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk memutuskan Perayu 100% cuai. Ini dinyatakan di perenggan 4 Memorandum Rayuan yang menegaskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal menilai keterangan dan menggunakan prinsip tindak balas segera (agony of the moment) dalam menilai tindakan Perayu.
8
Perayu di dalam Memorandum Rayuan juga menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila membuat kesimpulan bahawa liabiliti tidak boleh dikaitkan dengan pemandu kereta Honda hitam disebabkan dia tidak dijadikan pihak dalam tindakan ini.
9
Prinsip undang-undang berkaitan campurtangan Mahkamah yang mendengar rayuan sudah mantap dinyatakan oleh Mahkamah atasan. Ia tidak sewajarnya diulangkaji lagi dalam kes ini. Mahkamah yang mendengar rayuan akan hanya mengancam dapatan Hakim Mahkamah bicara jika berlaku kesilapan yang ketara oleh Hakim bicara. Mahkamah yang mendengar rayuan juga boleh campurtangan jika Hakim bicara telah gagal meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan dan gagal membuat penelitian kehakiman keterangan-keterangan tersebut.
10
Persoalan di dalam kes ini apakah dapatan yang dibuat oleh Hakim bicara berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi atau tanpa sebarang keterangan. Mahkamah ini sekiranya mendapati dapatan tersebut tidak berasaskan kepada keterangan berkewajipan untuk campurtangan keputusan Hakim Mahkamah bicara. Penelitian kepada sesuatu keterangan di antara Hakim Mahkamah bicara adalah disokong oleh keterangan saksi-saksi. Hakim bicara dalam kes ini telah berpeluang untuk menatap wajah dan tingkahlaku saksi-saksi semasa memberi keterangan di Mahkamah yang tidak dapat dilakukan oleh Mahkamah ini.
11
Malahan dalam kes ini, Hakim Mahkamah Sesyen telah menonton berkali-kali rakaman CCTV sebelum membuat dapatan berkenaan kebertanggungjawab Perayu 100% di dalam kes ini.
12
Pada masa yang sama, penelitian kepada Alasan Penghakiman Hakim bicara dan nota prosiding tidak dapat menolak hakikat bahawa ada sebuah motorkar Honda hitam yang telah menghimpit kereta Perayu.
13
Apakah dengan kewujudan kereta Honda hitam tersebut menyebabkan Perayu boleh dikatakan turut menyumbang cuai kemalangan tersebut? Peguam Perayu telah merujuk kes Govindar Raju & Anor v. Laws [1966] 1 MLJ 188. Yang Arif Hakim Raja Azlan Shah telah menyatakan seperti berikut: Section 18 of the Highway Code states: "When turning left or right drivers must always give way to through traffic, including pedestrians". Applying these tests, it is clearly established that the defendant failed to keep a proper look-out before he swerved to the right, resulting in the accident. Indeed, he admitted this in evidence. From that it can be reasonably inferred that he was negligent in the way he did. It was urged upon me that the plaintiffs contributed to the negligence of the defendant by driving at an excessive speed in the circumstances thereby failing to avoid the accident by going round the motor-vehicle when a part of[1966] 1 MLJ 188 at 190 it was some 4 to 5 feet on the bitumen. I cannot accept this proposition in the light of all the surrounding circumstances. It is not the case of a car being stationary and leaving some 4 to 5 feet of it on the bitumen. It is the case of a moving vehicle trying to turn right in the path of an on-coming motor-cycle and intending to enter a lane to a house. The plaintiff saw the motor-vehicle swerving into his path...
14
Sebaliknya, di dalam kes ini tiada keterangan atau dapatan berkenaan pelanggaran Kaedah 13, Peraturan-peraturan Jalanraya dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Apa yang ada ialah kedudukan kenderaan Responden Pertama yang berada tidak seperti yang dikehendaki di bawah Kaedah 13, Peraturan-peraturan Jalanraya. Pada hemat Mahkamah, ia tidak secara automatik menunjukkan bahawa Responden Pertama merupakan pihak yang mempunyai kecuaian sertaan di dalam kes ini. Mahkamah berpendapat dapatan Hakim Mahkamah Sesyen tiada asas untuk diganggu oleh Mahkamah ini. Tindak balas segera (agony of the moment)
15
Penelitian kepada hujahan Perayu di dalam kes ini menunjukkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen dikatakan telah gagal untuk mempertimbangkan bahawa kemalangan tersebut adalah tindak balas segera. Ini adalah disebabkan terdapatnya kenderaan Honda berwarna hitam yang menghimpit kenderaan Perayu sehingga berlaku pelanggaran dengan Responden Pertama. Dalam konteks ini, Mahkamah juga merujuk kepada kes Govinda Raju (supra), yang menyatakan seperti berikut: Perplexed by being exposed to the danger created by the defendant he also swerved to his right in an attempt to avoid the accident but failed. To my mind, when a plaintiff is perplexed or agitated when exposed to danger by the wrongful act of a defendant, it is sufficient if he shows as much judgment and control in attempting to avoid the accident as may reasonably be expected of him in the circumstances. To that extent I am satisfied that the plaintiff had so acted in the circumstances. What is done or omitted to be done in the agony of the moment cannot be fairly treated as negligence. I therefore hold that there is no contributory negligence on the part of the plaintiffs.
16
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Tay Koh Yat Bus Co. Ltd v. Chia Chong Cher & Ors [1972] 1 MLJ 183 yang menjelaskan bagaimanakah keadaan yang boleh dikatakan sebagai tindak balas segera, di mana Lord Pearson menyatakan seperti berikut: As to the probabilities, their Lordships are of opinion that the probabilities are in favour of the bus driver's version. It seems quite clear that the bus driver was driving on his proper side of the road before he made his abrupt swerve. If the motor-cyclist had remained stationary in the middle of the road, all that the bus driver had to do was to continue on his course and there would have been no collision or emergency or problem. Why did the bus driver make his abrupt swerve to his offside into the territory of the oncoming traffic? There is no evidence or indication of the bus driver being inexperienced or incompetent, and one would not expect a person employed to drive a bus to be lacking in experience or competence in driving. The only explanation which the evidence affords for the action of the bus driver is that the motor-cyclist swerved to the left across the path of the bus. If that happened, it does explain the swerve by the bus driver: he was confronted with a sudden emergency, and in what has sometimes been called "the agony of the moment" he swerved to the offside in order to avoid running down the motor-cyclist and probably injuring him fatally or very seriously. The trial judge was not wrong in accepting the evidence which afforded the only reasonable explanation of how the accident happened.
17
Pada masa yang sama, Mahkamah juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Yeoh Cheng Han v Official Administrator Malaya [1972] 2 MLJ 7. Mahkamah Persekutuan setelah membuat penelitian kepada keterangan dalam kes tersebut berpendapat seperti berikut: ... There was certainly no evidence of the scooter suddenly darting out on to the path of the plaintiff. Moreover, the plaintiff testified that the scooter suddenly swerved towards its left. It was only when he was about three feet from the scooter that, in the agony of the moment in an attempt to save himself from the peril in which he was placed by the wrong action of the deceased, he swerved to the right in an endeavour to avoid the scooter, so that he cannot be said to have been guilty even of contributory negligence.
18
Penelitian kepada duluan kehakiman di atas menunjukkan bahawa tindak balas segera (agony of the moment) adalah berdasarkan kepada penganalisaan keterangan di dalam sesuatu kes. la hendak dilakukan oleh Hakim bicara. Mahkamah ini berpendapat ianya tidak wajar diganggu melainkan ianya tersasar daripada keterangan. Hakim bicara dalam kes ini telah memutuskan bahawa walaupun kenderaan Honda berwarna hitam itu ada di dalam kejadian ini, Hakim bicara tidak berpuashati ia adalah tergolong di dalam tindak balas segera Perayu sehingga menyebabkan Responden Pertama boleh diputuskan mempunyai kecuaian serentak dalam kes ini.
19
Mahkamah ini juga mendapati tiada keterangan daripada Perayu yang boleh menyangkal dapatan Hakim bicara. Semasa penelitian, Perayu menyatakan bahawa kemalangan ini boleh dielak sekiranya dia memberi lebih perhatian kepada jalanraya. Ini dapat dilihat melalui keterangan: RAN : Setuju ya, Mr. Ng Kok Mee, kemalangan ini boleh dielak sekiranya kamu memberi lebih perhatian kepada jalanraya? Ng : Setuju. RAN : Setuju ya, semasa kamu mengelak ke sebelah kanan kamu tidak menyalakan signal ke sebelah kanan? Ng : Ya, setuju.
20
Namun begitu, Mahkamah ini juga menimbangkan keterangan Perayu bahawa dia tiba-tiba mengubah laluan ke kanan disebabkan oleh sebuah kereta warna hitam menghimpitnya. Keterangan ini dapat dilihat di perenggan 1-36 halaman 579 Rekod Rayuan Jilid 3 (Kertas Mahkamah 5). RAN: And then kamu ada kata bahawa sebuah motokar menghimpit kamu. Mana motokar yang kamu kata menghimpit kamu tersebut? Beritahu Mahkamah, dalam CCTV tersebut, rakaman tersebut, motokar mana yang telah menghimpit kamu? Ng: Yang warna hitam, Tuan Hakim. RAN:Yang warna hitam. Ok, kita main sekali lagi. Ok, kereta kamu putih.Ng:Ya.RAN:Yang warna hitam, ya?Ng:Ya.RAN:Setuju dengan saya bahawa kereta warna hitam tersebut tidak menghimpit kamu tetapi berada di lorong kiri, close dengan kamu, ataupun dekat dengan kamu?Ng:Dekat, ada dalam 4 lebih kaki, 4 kaki macam itu, Tuan Hakim.RAN:So, dia berada dekatlah, sebab kalau dia menghimpit, bagi saya, dia macam ini, betul ya?Ng:Betul.RAN:Tapi sekarang ini kereta warna hitam itu, dia tidak himpit kamu tetapi jarak dia dekat, rapat dengan kamu. Setuju dengan saya? Ng: Setuju. RAN: Setuju, ya? Dan disebabkan kamu terkejut, kamu telah dengan tiba-tiba dengan cara mengejut tersebut, kamu terus menghimpit ke sebelah kanan. Ng: Setuju.
21
Penelitian kepada keterangan-keterangan tersebut pada hemat Mahkamah ini mewajarkan dapatan Hakim bicara bahawa kemalangan itu bukannya disebabkan tindak balas segera Defendan. Mahkamah ini tidak mempunyai alasan untuk mengganggu dapatan tersebut.
22
Akhirnya, Mahkamah berpendapat setelah meneliti nota prosiding, Alasan Penghakiman dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini berpendapat dapatan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan liabiliti dikekalkan dengan kos. Bertarikh: amb Julai 2026 ROSLAN BIN MAT NOR HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR Peguam Bagi PihakPerayuShanmugam A/L RamasamySurenthiran Raj A/L Selvarajan(Tetuan Francis Pereira & Shan)Peguam Bagi PihakResponden-RespondenRanizan bin MokhtarMuhammad Aliff Shafiq bin Maskor(Tetuan Ranizan Abdullah & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.