/akn/my/judgment/high-court/2026/f59f2016-3e1e-4193-9116-c14650f29a02
High Court of Malaysia13 Aug 2026NA-22NCvC-6-01/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“erung Sdn Bhd v Sime Axa Assurance Bhd [2007] 2 CLJ 370 (seperti yang dipetik dalam kes Ananda Kumar) :- "There must be a time limit for enforcing or claiming a right. It is for this reason that the Limitation Act 1953 (Act 254) prescribes different periods for various rights or claims to be enforced in a court of law.”
“h Peguam Defendan-Defendan yang bijaksana di dalam kes Ananda Kumar a/l Krishnan lwn LS Fishery Sdn Bhd dan lain-lain [2023] MLJU 2001 yang memetik kes Masri bin Ahmah & Anor v Neoh Tong Hock & Anor [2011] MLJU 1249 : “Referring to section 29 (a) of the Act, it was submitted that it provides that the period of limitati”
“10. Mahkamah bersetuju dengan kes yang dirujuk oleh Peguam Defendan-Defendan yang bijaksana di dalam kes Ananda Kumar a/l Krishnan lwn LS Fishery Sdn Bhd dan lain-lain [2023] MLJU 2001 yang memetik kes Masri bin Ahmah & Anor v Neoh Tong Hock & Anor [2011] MLJU 1249 : “Referring to section 29 (a) of the Act, it was subm”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. NA-22NCvC-6-01-2025 ANTARA NG KWONG FAI (NO. K/P: 510819-05-5385) … PLAINTIF DAN
section
1. NG CHEE YEW SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 196301000423 [4908-T])
section
2. NG KWONG WAH @ PAUL NG (NO. K/P: 480403-05-5117)
section
3. TEH PO TAN (NO. K/P: 580331-03-5464) (Sebagai Pentadbir Harta Pusaka Ng Kwong Chee, si mati) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
section
1. Permohonan di hadapan Mahkamah ini adalah Lampiran 17, iaitu Notis Permohonan oleh Defendan Kedua (“D2”) dan Defendan Ketiga (“D3”) untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif 02/01/2026 09:28:25 NA-22NCvC-6-01/2025 Kand. 51 S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 bertarikh 21.01.2025 di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b), dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
section
2. Setelah meneliti segala pliding, afidavit-afidavit yang difailkan, serta meneliti penghujahan bertulis dan lisan daripada kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini memutuskan atas imbangan kebarangkalian untuk membenarkan permohonan Defendan kedua dan ketiga di bawah Lampiran 17 dengan kos dibayar oleh Plaintif kepada D2 dan D3. Mahkamah mendapati bahawa tuntutan Plaintif adalah terhalang secara nyata oleh had masa dan tidak berkeupayaan untuk diteruskan berdasarkan prinsip res judicata. FAKTA KES
section
3. Plaintif, Ng Kwong Fai (juga dikenali sebagai Richard Ng Kwong Fai), telah memulakan tindakan ini terhadap Defendan Pertama, Ng Chee Yew Sdn. Bhd, sebuah syarikat keluarga yang diperbadankan pada 27 Disember 1963, serta Defendan Kedua (Ng Kwong Wah @ Paul Ng) dan Defendan Ketiga (Teh Po Tan) yang merupakan pengarah-pengarah syarikat tersebut. Plaintif mendakwa bahawa dia adalah pemilik yang sah kepada 24.75% pegangan saham dalam Defendan Pertama dan menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa pemindahan saham tersebut kepada pihak lain adalah terbatal dan tidak sah kerana dilakukan secara frod, kerana pindahmilik S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 saham-saham tersebut telah dilakukan berdasarkan pemalsuan dokumen, dan perisytiharan palsu.
section
4. Pihak Defendan kedua dan ketiga (D2 dan D3) memohon supaya tuntutan Plaintif dibatalkan atas alasan :- i. Terdapat kelewatan yang nyata dalam tindakan Plaintif memfailkan tuntutan ini. Plaintif telah melengahkan untuk menuntut haknya selama lebih 3 dekad dan tindakan Plaintif yang ‘tidur’ atas haknya dalam tempoh yang begitu lama menjadikan tuntutan ini sebagai satu penyalahgunaan proses. ii. Tindakan Plaintif terhalang oleh prinsip Res Judicata. Ini adalah kerana Plaintif telah memulakan prosiding penzahiran dokumen melalui Saman Pemula No. NA-24-2-06/2024 terhadap Defendan-Defendan. Walau bagaimanapun, Saman Pemula tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan bahawa tuntutan substantif Plaintif mengenai saham tersebut telah pun terhalang oleh had masa (statute-barred) di bawah Akta Had Masa 1953. S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH
section
5. Dalam mencapai keputusan ini, Mahkamah telah mempertimbangkan isu-isu berikut :- a) Sama ada tindakan Plaintif terhalang oleh had masa (statute-barred) di bawah Akta Had Masa 1953; b) Sama ada prinsip Res Judicata terpakai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi dalam Saman Pemula terdahulu; c) Sama ada tuntutan ini mendedahkan kausa tindakan munasabah atau merupakan penyalahgunaan proses. Isu pertama: Sama ada tindakan Plaintif terhalang oleh had masa (statute-barred) di bawah Akta Had Masa 1953.
section
6. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dalam tindakan ini adalah berasaskan dakwaannya bahawa saham-sahamnya dalam Defendan 1 telah dipindahkan oleh Defendan-Defendan kepada pihak lain secara frod. Plaintif menuntut bahawa pindahmilik saham-saham tersebut adalah terbatal dan tidak sah kerana dilakukan secara frod berdasarkan pemalsuan dokumen dan perisytiharan palsu. S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
section
7. Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1963 memperuntukkan bahawa sebarang tindakan hanya boleh dimulakan di Mahkamah dalam tempoh 6 tahun selepas kausa tindakan untuk tuntutan tersebut terakru.
section
8. Memandangkan kausa tindakan dalam tuntutan ini melibatkan isu frod, maka, peruntukan yang mengawal selia mengenai tempoh had masa pemfailan kes-kes yang berkait dengan frod adalah sepertimana yang dinyatakan dibaawah seksyen 29 Akta Had Masa 1953. Peruntukan tersebut menyatakan :-
section
29. (1) Where, in the case of any action for which a period of limitation is prescribed by this Act, either— (a) the action is based upon the fraud of the defendant or his agent or of any person through whom he claims or his agent; or (b) the right of action is concealed by the fraud of any such person as aforesaid; or (c) the action is for relief from the consequences of a mistake, the period of limitation shall not begin to run until the plaintiff has discovered the fraud or the mistake, as the case may be, or could with reasonable diligence have discovered it..”
section
9. Berdasarkan peruntukan di atas, bagi kes-kes yang melibatkan frod, tempoh had masa untuk memulakan tindakan bermula daripada tempoh Plaintif mula menyedari mengenai perkara tersebut. Penemuan mengenai isu frod tersebut juga sepatutnya disedari dengan usaha-usaha yang munasabah. S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
section
10. Mahkamah bersetuju dengan kes yang dirujuk oleh Peguam Defendan-Defendan yang bijaksana di dalam kes Ananda Kumar a/l Krishnan lwn LS Fishery Sdn Bhd dan lain-lain [2023] MLJU 2001 yang memetik kes Masri bin Ahmah & Anor v Neoh Tong Hock & Anor [2011] MLJU 1249 : “Referring to section 29 (a) of the Act, it was submitted that it provides that the period of limitation shall not begin to run until the plaintiff has discovered the fraud or could with reasonable diligence have discovered it.”
section
11. Berhubung kepentingan mematuhi tempoh had masa, Mahkamah merujuk kepada petikan dalam kes Dalin Interscope Versicherung Sdn Bhd v Sime Axa Assurance Bhd [2007] 2 CLJ 370 (seperti yang dipetik dalam kes Ananda Kumar) :- "There must be a time limit for enforcing or claiming a right. It is for this reason that the Limitation Act 1953 (Act 254) prescribes different periods for various rights or claims to be enforced in a court of law. It must be borne in mind that a statute of limitation does not confer a right of action. It is enacted for the purpose of restricting the period within which the right might be asserted... The court in Adnam v. Earl of Sandwich [1877] 2 QBD 485 states that a party who does not assert his own claim with promptitude has little or no right to seek the aid of the court. It is obvious that the law assists the vigilant and not those who sleep over their rights." S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
section
12. Di dalam Pernyataan Tuntutannya, Plaintif secara terang menyatakan bahawa dia menyedari kehilangan saham tersebut secara terperinci pada sekitar tahun 2012. Walau bagaimanapun, melalui penelitian terhadap fakta dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif sebenarnya telah mempunyai pengetahuan atau menyedari tentang perubahan pegangan sahamnya itu seawal tahun 1999 apabila senarai pegangan saham Syarikat D1 yang dikeluarkan pada 30.6.1999 tidak lagi menyenaraikan namanya sebagai pemegang saham. Malah, pada tahun 2009, plaintif mula membuat inkuiri mengenai pengguguran namanya sebagai pemilik saham dalam D1.
section
13. Keterangan-keterangan ini menunjukkan bahawa Plaintif telah mempunyai pengetahuan mengenai pemindahan saham-saham tersebut sejak tahun 1999 lagi. Tindakan Plaintif yang membuat inkuiri mengenai pemindahan saham-sahamnya dalam tahun 2009 menunjukkan bahawa Plaintif telah mengesyaki sesuatu tentang proses pemindahan saham-saham berkenaan. Malah, Plaintif juga telah menyatakan bahawa dia telah menyedari tentang pemindahan saham-sahamnya yang didakwanya dilaksanakan secara frod pada tahun 2012 atas alasan pemindahan tersebut telah dilaksanakan tanpa kebenarannya. S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
section
14. Walau bagaimanapun, Plaintif hanya memilih untuk memulakan tindakan terhadap Defendan pada tahun 2025. Adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa tindakan Plaintif jelas telah terhalang oleh had masa kerana terdapat keterangan-keterangan yang mencukupi yang menunjukkan bahawa :- i. Kausa tindakan telah terakru sejak tahun 1999, atau selewat-lewatnya pada tahun 2012. ii. Jika Plaintif ingin bergantung kepada seksyen 29 Akta Had Masa, maka keterangan juga menunjukkan bahawa Plaintif telah mempunyai pengetahuan atau kesedaran tentang pemindahan saham-saham yang dikatakan dilakukan secara frod sejak tahun 2012.
section
15. Dalam apa jua keadaan sekalipun, berdasarkan fakta-fakta di atas, tindakan Plaintif yang hanya memfailkan tindakan ini pada tahun 2025 jelas menunjukkan bahawa tindakan ini hanya dimulakan selepas tempoh had masa untuk memulakan tindakan tersebut telah tamat.
section
16. Mahkamah berpandangan bahawa tindakan Plaintif yang masih ingin memulakan tindakan terhadap defendan-defendan dalam keadaan tindakan ini jelas terhalang oleh had masa adalah sesuatu yang mengaibkan, remeh dan menyusahkan dan adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah (A.18 kaedah 19 KKM 2012) S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 Isu kedua - Res Judicata
section
17. Sebelum ini, Plaintif telah memfailkan permohonan untuk penzahiran dokumen (discovery) melalui kes NA-24-2-06/2024, tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh Mahkamah. Dalam keputusan tersebut, Mahkamah telah pun membuat dapatan bahawa Plaintif tidak mempunyai kepentingan lagi dalam D1 dan tuntutannya adalah terhalang oleh had masa.
section
18. Prinsip undang-undang menetapkan bahawa res judicata akan terpakai sekiranya :- i. Keputusan kes terdahulu adalah muktamad ii. Melibatkan pihak-pihak yang sama iii. Isu dan kausa tindakan yang sama.
section
19. Adalah menjadi pemerhatian Mahkamah bahawa tindakan ini melibatkan pihak-pihak dan isu serta kausa tindakan yang sama dengan kes NA-24-2-06/2024. S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10
section
20. Mahkamah mengambil maklum bahawa tuntutan Plaintif sebelum ini yang dibuat melalui Saman Pemula No. NA-24-2-06/2024 adalah untuk penzahiran dokumen (discovery) yang jelas berbeza daripada tuntutan Plaintif dalam tindakan ini.
section
21. Bagaimanapun, salah satu alasan Mahkamah menolak tuntutan tersebut adalah bahawa tuntutan Plaintif telah terhalang oleh had masa (statute-barred). Dengan kata lain, Mahkamah telah membuat satu dapatan bahawa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan jelas telah terhalang oleh had masa. Keputusan tersebut merupakan satu keputusan muktamad dan telah diputuskan oleh Mahkamah ini yang mempunyai bidang kuasa kompeten untuk memutuskan perkara tersebut.
section
22. Mahkamah berpandangan bahawa perbuatan Plaintif yang memulakan tindakan ini walaupun telah terdapat satu keputusan Mahkamah yang menyatakan bahawa tindakan ini terhalang oleh had masa adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana ianya satu cubaan untuk membuka semula isu yang telah diputuskan. S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 Kesimpulan
section
23. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah membenarkan permohonan D2 dan D3 di lamp. 17 untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dibawah A.18 k. 19 KKM 2012 dengan kos. Bertarikh : 31 Disember 2025 t.t WAN FADHILAH NOR BINTI WAN IDRIS HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN NEGERI SEMBILAN Peguam bagi pihak Perayu : Muhammad Danial Syamim S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 Tetuan Arief & Iskandar Peguam bagi pihak Responden : O Ying Xin Tetuan Lee & Poh Partnership S/N xVqX7iqsS0i29tWKWdkeoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.