Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA KES JENAYAH NO: PB-62ATIP-1-07/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
PB-62ATIP-1-07/2024
Sessions Court of Malaysia23 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“epada rawatan perubatan yang diperlukan secara konsisten. [46] Mahkamah ini juga telah merujuk kepada pendekatan yang telah dinyatakan dalam kes tersohor Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLRAU 276 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan: S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g **Note : Serial number will be used”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA KES JENAYAH NO: PB-62ATIP-1-07/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Orang Kena Tuduh (selepas ini dikenali sebagai OKT) iaitu Ng Mow Tong (NO KP: 571225-07-5257) telah di dakwa bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
2
Pertuduhan terhadap OKT berbunyi seperti berikut: PERTUDUHAN “Bahawa kamu pada 12 Jun, 2024, jam lebih kurang antara 2.50 petang di Lot 633, Jalan Bukit Tambun, 14100 Simpang Ampat, S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 dalam Daerah Seberang Perai Tengah, dalam Negeri Pulau Pinang telah memperdagangkan Dlin Khant Kyaw (akuan mulut) (No.Passport: Tiada) yang berumur 17 tahun, yang merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi penyalahgunaan kuasa dan dengan yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.” Hukuman: Jika disabitkan dengan kesalahan kamu hendaklah dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
3
Setelah pertuduhan dibacakan terhadap OKT di dalam Bahasa Cina, OKT faham pertuduhan dan tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
4
Pada peringkat deposisi ke atas mangsa, Dlin Khant Kyaw, seorang kanak-kanak warganegara Myanmar sedang dijalankan, OKT telah berhasrat untuk menukar pengakuan tidak bersalahnya kepada mengaku bersalah. Pertuduhan telah dibacakan semula kepada OKT di dalam Bahasa Cina, OKT faham pertuduhan dan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. OKT juga faham sifat dan akibat daripada pengakuannya dan memahami hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
5
Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah memohon satu tarikh baru untuk penyediaan fakta kes dan mahkamah telah menangguhkan 23 September, 2024 untuk fakta dan hukuman.
6
Pada 23 September, 2024, OKT masih mengekalkan pengakuan bersalahnya setelah pertuduhan dibacakan di dalam Bahasa Cina dan faham sifat dan akibat daripada pengakuannya dan berhasrat untuk mengaku bersalah tanpa syarat.
7
OKT juga telah mengakui benar fakta kes (eksibit P1) yang telah dibaca dan diterangkan kepadanya di dalam Bahasa Cina. Seterusnya OKT juga telah mengakui gambar-gambar tempat kejadian (eksibit P3 (1- 49) yang telah dikemukakan di mahkamah.
8
Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini telah berpuas hati dan menerima pengakuan salah tersebut dan dengan ini mendapati OKT bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan tersebut.
9
Justeru, mahkamah ini setelah menimbangkan faktor-faktor mitigasi yang dihujahkan oleh peguambela OKT dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan serta setelah meneliti eksibit-eksibit yang dikemukakan, mahkamah ini sebagai alternatif kepada hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 14 ATIPSOM tersebut, telah melepaskan OKT ini dengan satu bon jaminan berkelakuan baik dengan jaminan bercagar sebanyak RM15,000.00 dengan satu penjamin selama tempoh dua (2) tahun di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah berserta syarat-syarat seperti berikut: S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 a) OKT dikehendaki melapor diri di Balai Polis berhampiran kediaman pada setiap 1hb dan 15 hb pada setiap bulan dalam tempoh dua tahun; dan b) Passport antarabangsa OKT diserahkan kepada mahkamah sepanjang tempoh bon tersebut dan sekiranya OKT perlu ke luar negara, OKT untuk membuat permohonan secara rasmi untuk mendapatkan passport antarabangsa tersebut.
10
Fakta kes telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan ditandakan sebagai eksibit P1. Fakta kes telah dibaca dan diterangkan kepada OKT di dalam Bahasa Cina dan telah diakui benar oleh OKT. Fakta kes adalah seperti berikut:
i
Pada 12 Jun, 2024, jam lebih kurang 2.50 petang, ASP Jalizulham Bin Abdullah selaku Pegawai Tangkapan / Pengadu bersama dengan tiga orang pegawai polis, sepasukan anggota polis dari Bahagian D7, IPK Pulau Pinang, sepasukan anggota polis dari Bahagian D7, IPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, sepasukan pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah pergi ke sebuah premis perniagaan yang beralamat di Lot 633, Jalan Bukit S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g Tambun, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang untuk melakukan pemeriksaan.
II
(ii) Selepas serbuan dilakukan ke dalam ruang premis tersebut, pengadu mendapati yang premis perniagaan tersebut adalah sebuah kilang pemprosesan makanan iaitu sayur fucuk dan tauhu. Hasil daripada pemeriksaan pengadu bersama dengan pihak-pihak berkuasa lain yang berada di tempat kejadian, pengadu telah menemui 12 orang warganegara Myanmar termasuk mangsa yang bernama Dlin Khyat Kyaw iaitu seorang warganegara Myanmar yang disyaki bekerja dan tinggal di premis tersebut. Pengadu turut mendapati perniagaan yang dijalankan di premis tersebut telah dijalankan tanpa lesen perniagaan yang sah dan mangsa juga disyaki berusia bawah 18 tahun.
III
(iii) Sewaktu pemeriksaan dijalankan di premis tersebut, terdapat satu lelaki Cina yang telah datang di tempat kejadian dan mengaku sebagai majikan kepada semua warganegara asing yang ditemui di dalam premis tersebut. Butir-butir satu lelaki Cina tersebur adalah seperti berikut: Nama: Ng Moy Thong (Tertuduh) No. Kad Pengenalan: 571225-07-5257 Alamat: 2080, Mukim 10, Bukit Kecil 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g
IV
(iv) Tertuduh kemudiannya telah ditangkap untuk siasatan lanjut bagi kesalahan pemerdagangan kanak-kanak seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 14
1
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
v
Menerusi satu Perintah Perlindungan di bawah Seksyen 51(3)(a)(ii) Akta 670 bertarikh 29/7/2024, mangsa kemudiannya telah diletakkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak, Jalan Yahya Al Datar, Bukit Senyum, 80300 Johor Bahru, Johor. Satu pemeriksaan pergigian telah dilaksanakan oleh Doktor Derrick Ooi Chea Poay, Pegawai Pergigian, Klinik Kesihatan Bandar Perda pada 13/6/2024 terhadap mangsa dan disahkan mangsa adalah dianggarkan di bawah 18 tahun.
VI
(vi) Berdasarkan kepada siasatan, fakta kes dan pengakuan salah tertuduh, maka tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah peruntukkan yang sama. [11] Eksibit-eksibit yang dikemukakan adalah seperti berikut:- Bil Jenis eksibit Penandaan
1
Fakta Kes Eksibit P1
2
Bukit Tengah Report 6282/2024
3
49 keping gambar tempat kejadian
4
Laporan pergigian mangsa Eksibit P4 S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g Hujahan Mitigasi [12] Peguambela OKT telah berhujah dan menarik perhatian mahkamah kepada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman terhadap OKT. Perkara pertama yang dihujahkan oleh pihak peguambela OKT adalah mengenai latar belakang dan faktor usia OKT. OKT merupakan seorang yang telah lanjut usia iaitu berumur 67 tahun dan menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang serius iaitu mengalami penyakit jantung dan diabetis yang memerlukan penjagaan dan rawatan yang rapi. [13] Selanjutnya pihak peguambela berhujah bahawa mengambilkira faktor usia dan tahap kesihatan OKT, maka apa-apa bentuk hukuman bukan sahaja memberi kesan ketara kepada kesihatan fizikal malahan boleh menjejaskan kestabilan emosi dan psikologinya. Penempatan di penjara juga mungkin tidak dapat menyediakan akses yang mencukupi kepada rawatan perubatan yang diperlukan secara konsisten. Rujukan telah dibuat kepada kes Re Mohd Noor Abdullah [1986] 1 MLJ 321. [14] Pihak peguambela juga berhujah bahawa pengakuan salah OKT pada tahap awal prosiding ini telah menjimatkan masa dan kos perbicaraan. Pengakuan bersalah ini juga telah menunjukkan penyesalan yang ikhlas di pihak OKT. OKT juga telah memohon maaf secara terbuka dan menunjukkan komitmen untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g [15] OKT juga merupakan seorang pesalah pertama dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Peguambela yang bijaksana telah berhujah bahawa sepanjang hidup, OKT telah menjadi warganegara yang patuh kepada undang-undang dan menjalani kehidupan yang produktif sebagai peniaga kecil-kecilan. Selanjutnya pihak pembelaan berhujah bahawa dengan rekod bersih ini menunjukkan bahawa kesalahan yang dilakukan OKT ini adalah kesilapan terpencil yang tidak mencerminkan keseluruhan tingkahlaku OKT. [16] Pihak pembelaan juga berhujah bahawa sepanjang mangsa kanak-kanak bekerja dengan OKT, OKT tidak menggunkan sebarang bentuk paksaan atau kekerasan. Malahan OKT telah memastikan kebajikan mangsa kanak-kanak ini terjaga dengan menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian disediakan dengan baik. [17] OKT juga merupakan tulang belakang kepada keluarganya dimana keluarga bergantung sepenuhnya kepada OKT dari segi sokongan kewangan dan moral. Isteri OKT juga telah berusia lanjut dan memerlukan penjagaan yang berterusan daripada OKT. Jika OKT dipenjarakan ini akan meletakkan beban yang tidak wajar kepada keluarga, terutamanya dalam keadaan kesihatan isterinya yang juga memerlukan rawatan dan perhatian. [18] Akhir sekali, pihak pembelaan juga berhujah bahawa OKT merupakan seorang yang dihormati di dalam komunitinya dan terlibat di dalam beberapa aktiviti kebajikan di peringkat tempatan. OKT sering membantu mereka yang memerlukan dikalangan warga emas dan S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g mereka yang memerlukan. Ini menunjukkan OKT mempunyai peranan positif di dalam masyarakat setempat. [19] Pihak pembelaan memohon sebagai alternatif kepada hukuman penjara, OKT ini dilepaskan dengan satu bon jaminan berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dengan syarat-syarat tambahan. OKT berakujanji untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh mahkamah dan berjanji tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan. Hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan [20] Pihak pendakwaan berhujah dengan merujuk kepada kepada hukuman yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 14 ATIPSOM yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau pemenjaraan selam tempoh tidak kurang pada 5 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan. [21] Pihak pendakwaan memohon untuk satu hukuman setimpal berdasarkan pada apa yang telah diperuntukkan dibawah undang-undang. Memandangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh dalam kes ini adalah kesalahan yang serius. Tertuduh telah mewujudkan satu peluang pekerjaan kepada mangsa dan tertuduh telah menawarkan upah dalam bentuk gaji dan ganjaran wang kepada mangsa sebagai pertukaran untuk mangsa bekerja di kilang yang di operasikan oleh tertuduh. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g [22] Selanjutnya pihak pendakwaan berhujah bahawa mangsa adalah seorang warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan berusia bawah 18 tahun. Perkara ini boleh menimbulkan kesan yang negatif kepada mangsa sendiri apabila mangsa menerima tawaran pekerjaan tersebut. Berikutan dengan faktor usia mangsa dan juga ketiadaan permit perjalanan serta bekerja secara tidak sah yang diuruskan tertuduh selaku majikan. [23] Justeru, pihak pendakwaan memohon satu hukuman yang boleh dijadikan pengajaran kepada tertuduh supaya lebih berhati-hati dalam menggaji pekerja pada masa hadapan. Pihak pendakwaan memohon satu hukuman yang mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan supaya perkara sama tidak akan dilakukan oleh masyarakat awam pada masa hadapan. [24] Oleh itu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal berdasarkan apa telah diperuntukkan oleh seksyen ini. Keputusan Mahkamah [25] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT telah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada faktor-faktor mitigasi dan faktor-faktor pemberatan yang dihujahkan oleh kedua-dua pihak. Mahkamah berpandukan kepada prinsip penghukuman telah dinyatakan di dalam kes Yusmarin Shamsudin v PP [1999] 4 CLJ 391. Mahkamah menegaskan seperti berikut:- S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g “...the principles of sentencing have long been entrenched and well settle in our criminal law of jurisprudence and the court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following consideration:
a
the extend and seriousness of the offence;
b
the guilty person’s antecedents and; and
c
the public interest. [26] Di dalam kes ini, mahkamah telah menimbangkan faktor-faktor berikut sebelum menjatuhkan hukuman yang setimpal dan berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKT. Prinsip Kepentingan Awam [27] Perkara utama yang dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT adalah faktor kepentingan awam. Mahkamah telah mengimbangi antara kepentingan awam dan juga kepentingan OKT itu sendiri. [28] Di dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 yang menjelaskan berkaitan prinsip penghukuman seperti berikut: “One of the main consideration in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v Kenneth John Ball as follows:- In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certains considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g proper sentence, passed in public served the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be neglible. Such a sentence may also deter the particular crimnal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for particular crime but fixes a maximun, the appropriate sentence for each of the criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.” [29] Mahkamah ini berpendapat bagi kes-kes pemerdagangan manusia, kepentingan awam haruslah diseimbangkan dengan kepentingan OKT itu sendiri di mana jika dilihat kepada kes ini, OKT telah menggaji mangsa seorang warganegara Myanmar yang berusia di bawah 18 tahun. Adalah tidak dinafikan bahawa OKT telah menyediakan kemudahan dan menjaga kebajikan mangsa semasa berkerja di kilang milik OKT, perbuatan OKT merupakan satu kesalahan di bawah Akta 670. [30] Tindakan dan perbuatan OKT ini menyebabkan pelbagai masalah sosial dan mencemar nama baik serta imej negara di mata dunia. Malaysia sering mendapat perhatian negatif di peringkat antarabangsa termasuklah dalam penyediaan laporan seperti Trafficking in Person (TIP) Report. Perbuatan yang dilakukan oleh OKT dengan mengambil pekerja-pekerja warganegara asing di bawah umur untuk bekerja di kilang OKT S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g secara tidak langsung memberikan impak negatif dan menjejaskan hubungan diplomatik dan reputasi negara. [31] Oleh itu, mahkamah ini berpendapat satu hukuman yang setimpal dan munasabah haruslah dikenakan kepada OKT dan juga majikan-majikan yang lain supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil pekerja asing untuk bekerja di premis mereka tanpa menyemak terlebih dahulu status pekerja warganegara asing tersebut. Hukuman tersebut dapat dijadikan sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada OKT serta majikan lain supaya tidak mengambil mudah isu pengambilan pekerja asing tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya. [32] Rujukan juga telah dibuat kepada kes Ong Lai Kim v. Public Prosecutor And Other Appeals [1991] 3 MLJ 111 yang memutuskan seperti berikut: “The punishment must not only deter the appellants from committing a similar offence in the future but it must also deter others from committing such an offence.” Graviti kesalahan [33] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT juga telah menimbangkan faktor keseriusan dan graviti kesalahan yang dilakukan. Di dalam kes ini, OKT telah didakwa memperdagangkan Dlin Khant Kyaw (akuan mulut) (No.Passport: Tiada) yang berumur 17 tahun, yang merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi penyalahgunaan kuasa. Jika diteliti pada fakta kes, ketika serbuan dan S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g pemeriksaan dijalankan pada 12 Jun, 2024 oleh pihak polis dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain di premis kilang milik OKT, pihak polis telah menemui dua belas (12) orang warganegara asing termasuk mangsa di dalam kes ini Dlin Khant Kyaw seorang warganegara Myanmar bekerja da tinggal di premis tersebut. Mangsa merupakan seorang kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun. [34] Adalah tidak dinafikan berdasarkan gambar eksibit P3(1-49), mangsa serta pekerja-pekerja asing yang lain telah disediakan kemudahan asas seperti tinggal tinggal dan makanan semasa bekerja di premis kilang tersebut. Namun begitu, OKT tetap melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana telah memperdagangkan mangsa melalui eksploitasi penyalahgunaan kuasa di mana mangsa ketika itu adalah seorang kanak-kanak. Justeru, satu hukuman yang munasabah dan berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan haruslah dikenakan terhadap OKT. Pengakuan salah [35] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT juga telah mengambilkira faktor mitigasi yang dihujahkan oleh peguambela OKT iaitu pengakuan bersalah OKT. Peguambela OKT telah berhujah bahawa pengakuan bersalah OKT ini telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Ini merupakan salah satu faktor yang dipertimbangkan oleh mahkamah selaras dengan prinsip yang diputuskan di dalam kes Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134 yang menyatakan bahawa:- S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” [36] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT juga mengambilkira faktor pengakuan salah ini yang telah menjimatkan masa dan kos semua pihak dan juga kesukaran kepada mangsa sekiranya kes ini berlanjutan dengan perbicaraan penuh. OKT juga telah membuat pengakuan bersalah sebelum satu perbicaraan penuh dimulakan dan deposisi keterangan mangsa masih belum selesai dijalankan. [37] Dalam hal ini Mahkamah telah merujuk kepada kes PP v. Jesicca Lim Lu Ping & Anor [2004] 1 MLRH 149; [2004] 2 CLJ 763; [2004] 5 AMR 239 apabila Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: "Despite decades of sentencing by the Malaysian courts no golden rule has yet evolved in the sentencing of accused persons following a conviction in criminal cases. Neither have the courts evolved a cast iron formula to be followed in sentencing. However, there has always been a general flexible principle that all courts have a flexible and free discretion to be exercised judicially and with a judicial conscience in deciding the period in which a guilty criminal will be incarcerated in prison. Nonetheless, our courts have evolved a general flexible rule propounded through numerous decided cases that where an accused person pleads guilty without contesting the charge or charges against him in a trial which might consume many days, S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g involving prosecutors, witnesses, documents, police officers and chemists the courts lean in favour of imposing a reduced sentence. A "plea of guilty" achieves the disposal of a criminal case with lightening (sic) speed. Every contest and trial leads to backlog of undisposed criminal cases clogging the courts and the prisons with remand prisoners. It is in the public interest that pending criminal cases be disposed off (sic) as expeditiously as possible and accused persons who plead guilty be imposed with a reduced sentence. Honesty is an (sic) universal obligation and a reduced sentence encourages honesty when an accused pleads guilty, the end result being that more accused persons would willingly admit guilt without a trial, thus, reducing the workload of the prosecutor's office and the clearance of the backlog of cases." [38] Selanjutnya Mahkamah ini merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes PP v. Kamaruzaman Mahmud & Anor [2006] 2 MLRH 60; [2007] 1 MLJ 750; [2006] 4 CLJ 792; [2006] 6 AMR 670 di mana mahkamah memutuskan seperti berikut: "[68] Ordinarily a plea of guilty has been treated as a mitigating factor since it saves judicial time in conducting a lengthy trial but it also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Melvani v. PP [1971] 1 MLRH 486; [1971] 1 MLJ 137, Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 MLRA 176; [1975] 2 MLJ 134, Loh Hock Seng & Anor v. PP [1979] 1 MLRA 264; [1980] 2 MLJ 13, PP v. Leo Say & Ors [1985] 1 MLRH 273; [1985] CLJ (Rep) 683, Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] 1 MLRA 43; [1988] 1 MLJ 167; [1987] CLJ (Rep) 209, PP v. Ravindran N Rethinam & S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g Ors [1992] 4 MLRH 303; [1993] 1 MLJ 45; [1992] 4 CLJ 2043, Tan Lay Chen v. PP [2000] 1 MLRH 646; [2001] 1 MLJ 135; [2000] 4 CLJ 492). The court has recognized that a plea of guilty is ordinarily a consideration to be taken into account in mitigation of punishment but it must be made clear that it is not the law that a sentencing judge must exercise a discretion to provide a non-custodial sentence in every case of plea of guilty as each case is dealt with on its own individual merits and should not be assumed mechanically that it will be spared the custodial sentence. A plea advanced on counsel's advice late in the day because a conviction is almost inevitable, will be given less weight than one advanced from arrest or committal, on the first day he is charged in court to save witnesses from the trauma of a trial or to reduce court delays, (see R Lawrence [1980] 1 NSWLR 122, Laurentiu [1992] 63 A Crim R 402)." [39] Oleh itu, mahkamah ini dengan rendah diri berpendapat satu diskaun dan hukuman yang munasabah haruslah diberikan ke atas OKT setelah diseimbangkan dengan faktor-faktor pemberatan yang dinyatakan di atas. Pengakuan bersalah OKT pada peringkat ini juga telah mempercepatkan pelupusan kes dan sudah pasti mangsa di dalam kes ini juga akan segera diusir keluar dan dihantar balik ke negara asal tanpa perlu menghadiri perbicaraan yang panjang. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g Pesalah pertama [40] Selain daripada itu, mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT juga telah mengambilkira bahawa OKT merupakan pesalah pertama tanpa apa-apa rekod sabitan lampau. Perkara ini juga disahkan oleh pihak pendakwaan. [41] Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Jafa Daud [1981] 1 MLRA 413; [1981] 1 MLJ 315 di mana Mohamed Azmi J menyatakan:- "...In assessing the sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charges. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offence, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such case, unless there are exceptional circumstances, the quality, nature or value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor..." S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g [42] Perkara yang sama diputuskan dalam kes PP v. Alfred Vincent [2004] 1 MLRH 831; [2004] 6 MLJ 105; [2004] 6 CLJ 515; [2004] 5 AMR 771 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: "She had also considered that the respondent was a first offender and as such it would not be appropriate to condemn him to a custodial sentence. (See Public Prosecutor v. Chew Chee Wah [1995] 3 MLRH 834; [1995] 4 MLJ 26; [1996] 1 CLJ 94 and Soosainathan v. Public Prosecutor [2001] 2 MLRH 677; [2001] 2 MLJ 377; [2001] 6 CLJ 44; [2001] 3 AMR 2945). On this issue, this passage from the learned Magistrate's judgment satisfied this court that she had foremost in her mind the public interest consideration in determining the appropriate sentence and I quote: Mahkamah merupakan penjaga kepada kepentingan awam. Sebelum mahkamah menjatuhkan sesuatu hukuman, kepentingan awam harus diberi keutamaan. Di sini mahkamah berpendapat beliau bukan merupakan 'habitual offender'. Maka satu peluang patut diberikan kepada OKT untuk kembali kepada jalan yang benar. From the above it is clear that the learned Magistrate had considered not only justice to the accused but also to society.” [43] Faktor bahawa OKT merupakan pesalah pertama tanpa sebarang rekod kesalahan lampau juga telah diberikan pertimbangan oleh mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman yang bersesuaian. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g Latar belakang dan tahap kesihatan OKT [44] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT juga telah mengambilkira faktor usia dan latar belakang kesihatan OKT. Pihak peguambela telah berhujah bahawa OKT merupakan seorang yang telah lanjut usia iaitu berumur 67 tahun dan menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang serius iaitu mengalami penyakit jantung dan diabetis yang memerlukan penjagaan dan rawatan yang rapi. Pihak pembelaan juga telah mengemukakan surat daripada pegawai perubatan yang mengesahkan keadaan kesihatan OKT. [45] Mahkamah ini berpendapat memandangkan OKT telah berusia 67 tahun dan mengidap pelbagai penyakit, maka hukuman pemenjaraan adalah tidak sesuai dikenakan terhadap OKT dengan mengambilkira keadaan dan faktor persekitaran di dalam penjara. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguambela bahawa mengambilkira faktor usia dan tahap kesihatan OKT, maka apa-apa bentuk hukuman bukan sahaja memberi kesan ketara kepada kesihatan fizikal malahan boleh menjejaskan kestabilan emosi dan psikologinya. Penempatan di penjara juga mungkin tidak dapat menyediakan akses yang mencukupi kepada rawatan perubatan yang diperlukan secara konsisten. [46] Mahkamah ini juga telah merujuk kepada pendekatan yang telah dinyatakan dalam kes tersohor Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLRAU 276 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan: S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area;
e
the offender's contribution and support to his family members;
f
the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
the age and health of the accused;
i
whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
whether the accused had pleaded guilty;
i
status of the accused;
m
whether there was violence during the crime;
n
public interest, etc. [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court. In addition, if the accused is a young offender or below the age of 21 years, special consideration may have to be taken into account or probation report need to be considered, etc.” [47] Berdasarkan kes di atas, faktor usia OKT yang sudah lanjut iaitu berumur 67 tahun dan keadaan kesihatan OKT yang mengidap pelbagai penyakit, merupakan faktor mitigasi harus dipertimbangkan oleh mahkamah ini dalam mengenakan hukuman atau pun perintah yang bersesuaian kepada OKT. Faktor-faktor mitigasi lain. [48] Selain daripada itu, mahkamah ini juga mendapati daripada riak muka dan perlakuan OKT, OKT ini memang benar-benar insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan. Mahkamah di dalam menjatuhkan hukuman juga telah menimbangkan faktor-faktor mitigasi lain yang dihujahkan oleh pihak pembelaan iaitu OKT adalah penanggung tunggal kepada keluarganya dimana OKT mempunyai seorang isteri yang telah berusia dan memerlukan penjagaan kesihatan yang berterusan. [49] Selain daripada itu, OKT juga telah terlibat dalam kerja-kerja kebajikan untuk komuniti setempat dan sering menyumbangkan bantuan S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g kepada warga emas dan pihak yang memerlukan. Pihak pembelaan berhujah bahawa sekiranya OKT dipenjarakan, ianya akan merugikan masyarakat setempat yang sering menerima manfaat dan bantuan daripada OKT. Kesimpulan [50] Setelah mahkamah menimbangkan faktor-faktor mitigasi terutamanya faktor umur dan latar belakang kesihatan OKT serta faktor-faktor pemberatan yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan dan berlandaskan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, maka mahkamah ini berpendapat sebagai alternatif kepada hukuman pemenjaraan, mahkamah ini telah melepaskan OKT ini dengan satu bon jaminan berkelakuan baik dengan jaminan bercagar sebanyak RM15,000.00 dengan satu penjamin selama tempoh dua (2) tahun di bawah Seksyen 294[1] Kanun Tatacara Jenayah berserta syarat-syarat seperti berikut: a) OKT dikehendaki melapor diri di Balai Polis berhampiran kediaman pada setiap 1hb dan 15 hb pada setiap bulan dalam tempoh dua tahun; dan b) Passport antarabangsa OKT diserahkan kepada mahkamah sepanjang tempoh bon tersebut dan sekiranya OKT perlu ke luar negara, OKT untuk membuat permohonan secara rasmi untuk mendapatkan passport antarabangsa tersebut. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g [51] Mahkamah ini dengan rendah diri berharap supaya hukuman yang dikenakan ke atas OKT ini dapat dijadikan pengajaran kepada OKT dan majikan lain secara amnya supaya tidak mengambil jalan mudah untuk menggaji pekerja asing di premis milik mereka dan tidak terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi buruh paksa dan penyalahgunaan kuasa. Bertarikh 25hb November, 2024. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g Bagi pihak pendakwaan: Puan Nurul Aini binti Yahya Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang. Bagi Pihak Pembelaan: Encik Jeffery Ooi Ping Hong Tetuan Jeffery & Co, Peguambela & Peguamcara Pulau Pinang. S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g S/N koovsGWIfkqR34aA3HfG4g
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.