Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO: PA-23NCvC-9-03/2021 ANTARA NG WUOI UOI …..
PA-23NCvC-9-03/2021
High Court of Malaysia8 Feb 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO: PA-23NCvC-9-03/2021 ANTARA NG WUOI UOI …..
1
1.
2
CHUA WEI KEE TAN HOOI HOOI ….. DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1]
Lampiran
Lampiran 35 merupakan permohonan oleh defendan pertama untuk membatalkan tuntutan plaintif di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1) (a) atau (b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”). Setelah mendengar dan mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak saya membenarkan Lampiran 35 dengan kos. [2] Fakta kes secara ringkasnya adalah seperti berikut. Plaintif dan defendan pertama mula berkenalan pada tahun 2018 dan defendan telah melantik plaintif sebagai proksinya ketika plaintif hendak mengembangkan perniagaannya. Plaintif diminta oleh defendan pertama sekitar tahun 2019 – 2021: 20/07/2023 09:38:38 PA-23NCvC-9-03/2021 Kand. 85 (a) untuk mendapatkan bintang kebesaran negeri Pulau Pinang membawa gelaran Dato’ Seri dan dilantik menjadi Konsul Jeneral Hungary. Untuk ini plaintif akan dibayar wang sejumlah RM350,000.00; (b) plaintif juga mengatakan dia ditipu oleh satu syarikat dimiliki oleh Excella Chong rakan wanita defendan pertama hasil konspirasi Excella Chong dengan defendan pertama; (c) selain itu plaintif juga mengatakan defendan pertama telah berjanji untuk membayar komisyen sebanyak RM500,000.00 kepada plaintif jika plaintif sanggup menyerahkan perniagaannya dengan syarikat Advance Healthcare; (d) defendan pertama menyebabkan plaintif kehilangan RM1,150,000.00 apabila pelanggan plaintif First Solar Sdn Bhd membatalkan tempahan pelitup muka kerana defendan pertama gagal membekal barangan tersebut; (e) defendan pertama juga telah sabotaj plaintif menyebabkan plaintif kehilangan peluang perniagaan membekal sarung tangan perubatan bernilai RM2,500,000.00; (f) defendan pertama telah memberi tip kepada plaintif untuk melabur dalam syarikat MQ Tech dan menyebabkan kerugian kepada plaintif; (g) defendan pertama berhutang dengan plaintif dalam permainan poker berjumlah RM282,3000.00; (h) defendan pertama telah memfitnah plaintif melalui defendan kedua apabila defendan kedua menelefon plaintif tidak mengakui adanya hutang berkaitan dengan permainan poker tersebut; (i) defendan pertama enggan membayar plaintif sebanyak RM55,593.00 untuk mendapatkan perkhidmatan GRO semasa di pusat-pusat karaoke dan kelab; [3] Peguam bagi pihak defendan pertama menghujahkan pliding plaintif tidak mengenal pasti kausa tindakan tetapi lebih kepada satu perhubungan persahabatan yang telah terjejas. Beliau juga merujuk kepada Aturan 18 kaedah 12(1A) KKM 2012 di mana plaintif menuntut RM30,000,000.00 sebagai gantirugi am dan ini merupakan sesuatu yang menyalahi peruntukan tersebut. Selain itu pliding plaintif mengandungi pengataan-pengataan yang tidak relevan, menghina dan rekaan serta serangan kepada watak yang menyalahi s.52 Akta Keterangan 1950 dan s.24 Akta Kontrak 1950. Pliding plaintif juga yang tidak mendedahkan kuasa tindakan yang munasabah atau remeh dan menyusahkan serta menyalahi proses mahkamah. [4] Peguam terpelajar bagi pihak plaintif pula menghujahkan defendan pertama terhalang dengan prinsip estoppel berdasarkan pesanan WhatsApp dengan defendan pertama berkenaan mengatur makan malam dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (“TYT”) untuk mendapatkan gelaran Dato’ Seri dan akan melantik seorang bernama Manickam menjadi pengarah syarikat. Selain itu pesanan-pesanan lain dikemukakan menunjukkan penipuan oleh Excella, komisyen berkaitan urusan berkenaan penjualan kilang syarikat Advance Medical Product Sdn Bhd, kegagalan bekalan pelitup muka dan sarung tangan di mana defendan pertama meminta maaf atas kegagalan tersebut dan pelaburan dalam MQ Tech. Oleh itu peguam terpelajar menghujahkan defendan pertama tidak boleh mempertikaikan atau tidak mengaku akan perkara-perkara ini dan perlu melalui perbicaraan penuh. [5] Beliau menghujahkan plaintif cuma mengaturkan makan malam dengan TYT dan mencalonkan dan merekomenkan defendan pertama untuk gelaran tersebut dan juga pihak Konsul. Ini tidak terjumlah kepada satu perbuatan yang melanggar undang-undang. Defendan pertama juga tidak pertikaikan komisyen yang dijanjikan. Begitu juga dengan kegagalan pelaburan akibat nasihat defendan pertama dan juga perbualan-perbualan di antara mereka mengenai perkhidmatan GRO dan perjudian. Keputusan [6] Penelitian saya ke atas pliding plaintif adalah seperti berikut: (a) Langganan GRO dan pelacur tiada mana-mana pesanan menunjukkan defendan pertama berhutang dengan plaintif. (b) Gelaran Dato’ Seri dan pelantikan sebagai Konsul Jeneral melibatkan unsur rasuah – bertentangan dengan undang-undang jenayah. (c) Pelaburan dalam Excella tidak dinyatakan bagaimana penipuan atau konspirasi dilaksanakan. (d) Pelitup muka dan pembelian kilang tidak menunjukkan apa-apa penipuan atau penyelewengan tetapi lebih kepada perniagaan yang gagal. (e) Pelaburan dalam MQ tech juga tidak menunjukkan bagaimana representasi salah atau dorongan dibuat dan ianya jelas satu pelaburan yang gagal. (f) Perjudian – melanggar undang-undang s.24 Akta Kontrak 1950. (g) Fitnah – gagal memplidkan kata-kata fitnah dan Excella Chong tidak dijadikan pihak. [7] Selain itu pengataan-pengataan plaintif dalam pernyataan tuntutan penuh dengan pencemaran kata-kata kesat yang bukan sahaja menghina tetapi juga tidak terjumlah kepada pengecualian di bawah s.52 Akta Keterangan 1950. Berkaitan dengan pengaturan dan perjanjian bayaran wang untuk gelaran Dato’ Seri dan jawatan Konsul Jeneral dan hutang daripada permainan judi, saya bersetuju dengan hujah peguam terpelajar bagi defendan pertama bahawa perjanjian seperti ini jika pun ada adalah bertentangan dengan s.24 Akta Kontrak 1950 dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana balasan yang melanggar undang-undang sebagaimana yang diputuskan dalam Merong Mahawangsa Sdn Bhd & Anor V. Dato’ Shazryl Eskay Abdullah [2015] 5 Mlra 377 dan juga kes Mahkamah Tinggi dalam Dato’ Ting Ching Lee & Ors V. Ting Siu Hua [2016] 2 CLJ 933. [8] Excella Chong tidak dinamakan pihak dalam tuntutan ini tetapi dikaitkan secara keji. Jelas bagi saya pengataan umpama ini bertentangan dengan s.52 Akta Keterangan kerana Excella Chong bukannya “person concerned” yang hanya dihadkan kepada pihak yang dituntut. Alasan yang sama juga terpakai bagi pengataan fitnah yang dikatakan disebut oleh Excella Chong. Bagaimana pengataan tidak berhutang tersebut boleh terjumlah kepada fitnah tidak dinyatakan dalam pliding plaintif – lihat kes Mahkamah Rayuan Chok Foo Choo v. The China Press Bhd [1999] 1 CLJ 461. [9] Berkenaan dengan representasi salah, penipuan dan dorongan, saya dapati pengataan-pengataan plaintif tidak disokong dengan butiran yang perlu. Komunikasi melalui WhatsApp tidak mengandungi apa-apa janji oleh defendan pertama dan plaintif kelihatan memilih dan mengasingkan pesanan yang dia anggap menyebelahinya tanpa menunjukkan komunikasi penuh di antara mereka. Apa yang nyata ialah tuntutan plaintif berkaitan perkara ini hanya bergantung kepada pengataan semata-mata. [10] Gantirugi yang dipohon tidak disokong oleh butiran melainkan pengataan semata-mata dan bagi gantirugi am jelas plaintif menyalahi Aturan 18 kaedah 12(1A) KKM 2012 dengan menyatakan amaun yang dituntut. Mahkamah Agung dalam kes Raja Zainal Abidin Bin Raja Haji Tachik & Ors v. British-American Life & General Insurance Bhd [1993] 3 MLJ 16 di ms. 23-24 berpendapat: “The cautionary words are words which have been frequently employed in connection with an application under O 14. It was unfortunate that the case of Tractors Malaysia Bhd v Tio Chee Hing 2, a Privy Council case was not cited in the court below, though it was cited to us here. In Tractors 2, the defendants applied to set aside the pleadings there on the grounds that they were frivolous and vexatious. The High Court allowed the application holding that the action was bound to fail. The Federal Court, on appeal, regarded themselves as precluded from examining the evidence for determining whether the action was bound to fail. The Privy Council held that the Federal Court was in error for not examining the evidence and deciding as to whether the action there was bound to fail, though the power to dismiss an action summarily was a drastic power. The Privy Council went through the evidence with a fine-toothed comb and decided to agree with the learned judge at the first instance and restored the High Court's decision. It is to be remembered that the High Court always has an inherent jurisdiction to prevent abuse of its process irrespective of whether it is expressly called for or not in an application under O 18 r 19 unless such application is limited solely to the ground that any pleading does not disclose a reasonable cause of action or defence as the case may be.”. 8 11. Pada pendapat saya berdasarkan pengamatan saya ke atas pliding ini tidak boleh berjaya dan tidak memerlukan perbicaraan penuh. Oleh yang demikian saya membenarkan Lampiran 35 dengan kos. (TUN ABD MAJID BIN TUN HAMZAH) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pulau Pinang Tarikh: 20 Julai 2023 Peguamcara-Peguamcara:- Peguamcara Pihak Plaintif TETUAN SIDHU & CO Peguambela dan Peguamcara No. 114, Jalan Transfer 10500 PULAU PINANG Tel : 016-4408740 Faks : - Peguamcara Pihak Defendan Pertama TETUAN CHAMBERS OF YU SHIN ONG Peguambela dan Peguamcara 12A, Level 12, Menara KWSP Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 PULAU PINANG Tel : 04-2266203 Faks : 04-2263903 Peguamcara Pihak Defendan Kedua TETUAN KHOR LAI & PARTNERS Peguambela dan Peguamcara Suite 7-02 & 7-03, Wisma Pantai Kampung Gajah 12200 Butterworth PULAU PINANG Tel : 04-3232955 Faks : 04-3321714
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.