[28] Dalam membangkitkan keraguan yang munasabah tersebut, pembelaan hendaklah tidak diselaputi oleh elemen-elemen fictitious, mere denials ataupun afterthought kerana keterangan-keterangan pembelaan yang sedemikian tidak seharusnya diterima oleh Mahkamah, sebagaimana dijelaskan dalam Liew Kaling v PP (1960) 26 MLJ 306 – “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable,' the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice… You will not, I am sure, allow yourselves to be bewildered or troubled by such a phrase. What it means is not some whimsical or fanciful doubt, which a person might conjure up for the purpose of creating a difficulty but such a doubt as would govern a man's course of action in some private affair of moment of his own.” [29] Tertuduh pada peringkat ini hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepertimana diputuskan dalam kes PP v. Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ - “Although the burden of proof in criminal trial lies throughout in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential burden of casting that doubt”. [30] Selanjutnya di dalam kes Chan Chwen Kong [1962] MLJ 307 mahkamah menyatakan – “ In most criminal cases, there is at some stage an onus of a sort upon the accused person. Once the prosecution produces evidence which if believed would support a conviction, there is a tactical onus on the accused person either to produce evidence of his own or to point to something in the prosecution evidence that at the very lowest make the trier of the fact less than sure of any conclusions he might otherwise be prepared to base upon the prosecution evidence. If he fails to discharge that tactical onus he will be convicted. That is very true”. [31] Dalam kes pembelaan, Tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan mengemukakan 4 orang saksi pembelaan iaitu- - SD1 : Tertuduh sendiri - SD2 : Sarjan Wilt Jemat, Penghantar Barang Kes ke Jabatan Kimia - SD3 : Banduan bernama Guam Then Sang, rakan Tertuduh di Penjara Sungai Buloh - SD4 : Koperal Muhammad Hanafiah bin Mamat, warden Penjara Sungai Buloh, untuk pengemukaan IDD25 iaitu imej imbasan bertarikh 14-11-2022 [32] SD1 mengemukakan keterangannya dalam penyata saksi yang ditandakan PSD1 disokong dengan Rakaman Percakapannya di eksibit D24. Dalam keterangan SD1, Tertuduh mengakui telah masuk ke Penjara Sg Buloh sejak 14-8-2021 kerana suatu pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pada 11-11-2022 SD1 telah ke Mahkamah Kajang untuk sebutan kes tersebut. Semasa dalam lokap Mahkamah Kajang, SD1 berjumpa dengan seorang tahanan India yang memintanya menyeludup masuk 6 ketulan “habuk” yang dimaksudkannya “tembakau” ke dalam Penjara Sg Buloh melalui badan SD1. Nama lelaki India itu tidak dinyatakan dalam PSD1 dan D24 tetapi disebutkan dalam keterangan lisan SD1 sebagai “Boy”. SD1 bersetuju kerana dijanjikan dengan ganjaran 2 ketulan tembakau untuk dirinya nanti. SD1 melihat sendiri Boy membungkus tembakau ke dalam plastik yang diberikan oleh anggota polis Mahkamah yang tidak dinamakan dalam PSD1 dan D24 tetapi secara lisan dinamakan “Khairul”. Walau bagaimanpun penama Boy dan Khairul ini tidak dipanggil menjadi saksi pembelaan untuk mengesahkan keterangan SD1. SD1 percaya apa yang ditelan hanyalah tembakau, walaupun realitinya, dia tidak mengenali siapa Boy. [33] Apabila SD1 tidak berjaya melepasi tapisan masuk di pintu masuk penjara kerana dalam badannya terimbas objek asing, SD1 merasa takut dan tidak dapat membuat pembuangan pada hari yang sama, lalu SD1 dihantar ke Blok Pengasingan Tawakal. Kemudian, SD1 dipanggil untuk diimbas semula pada 19-11-2022 dan berjaya membuat pembuangan pada tarikh tersebut. Walau bagaimanapun SD1 menafikan gambar-gambar 6 ketulan yang dikeluarkannya sepertimana dalam P2 adalah ketulan yang ditelan dan dikeluarkannya pada 19-11-2022. Keterangan SD1 tentang latar belakang kes adalah selari dengan keterangan SP1, SP3, SP4 sebelum ini. [34] SD1 mengesahkan telah membuat proses buang air besar sebanyak 2 kali dan mengeluarkan 6 ketulan barang kes. SD1 mengesahkan telah mengambil sendiri barang kes daripada najis yang dikeluarkannya dan mencucinya lalu membuat goresan kecil pada barang kes itu di hadapan pegawai penjara yang menjaga ketika itu. Keterangan SD1 adalah selari dengan keterangan SP1 yang mengatakan Tertuduh sendiri yang mengutip, membersihkan dan menggores sedikit 6 ketulan tersebut untuk ditunjukkan kandungan fizikalnya kepada SP1. Tetapi keterangan ini tidak konsisten dengan D24 kerana dalam D24, SD1 menyatakan pegawai penjara yang telah mengutip ketulan untuk membuat goresan dan melihat kandungannya. Mahkamah berpendapat, kenyataan yang tidak selari ini adalah tidak material kerana pihak pendakwaan telah pun membuktikan bahawa SP1 dan SP3 berada di tempat kejadian untuk melihat dan memeriksa ketulan yang keluar dari badan Tertuduh. Siapa yang telah membuat goresan pada ketulan tidak menjadi suatu isu. Selanjutnya, apabila melihat isi kandungan dalam ketulan yang dikeluarkannya, SD1 terkejut kerana isi dalam 6 ketulan itu bukanlah sebagaimana isi ketulan-ketulan yang diberikan oleh Boy dan yang telah ditelannya ketika di lokap Mahkamah Kajang. SD1 berkeras menyatakan bahawa dia hanya menelan ketulan yang berupa bungkusan tembakau dan bukannya bahan-bahan lain. Tembakau bukanlah dadah berbahaya di bawah Akta. Hal ini telah disahkan oleh SD3 yang mengatakan telah melihat Boy membuat bungkusan ketulan dan menyerahkannya kepada SD1 untuk ditelan. [35] SD3 adalah rakan tahanan SD1 bagi pertuduhan yang sama, telah menghadiri sebutan pada tarikh dan di mahkamah yang sama, malah telah sama-sama ditahan di Blok Pengasingan Tawakal serta sama-sama dipanggil semula untuk membuat pembuangan objek dari dalam badan pada 19-11-2022. Selain telah melihat SD3 menelan ketulan-ketulan yang diberikan oleh Boy semasa di lokap Mahkamah Kajang, SD3 juga mengatakan, semasa proses pembuangan air besar, terdapat 3 orang tahanan lain dalam tandas lokap scanner dan terdapat jurang masa di mana tiada langsung pegawai penjara yang bertugas menjaga tahanan yang tinggal di tandas lokap scanner ketika mana satu tahanan mengambil giliran untuk diimbas semula. SD3 juga terkejut apabila mengetahui isi ketulan yang ditelan SD1 bukan tembakau, tetapi adalah dadah berbahaya. SD3 pasti SD1 telah menelan ketulan tembakau dan bukannya dadah berbahaya. [36] Dalam mempertimbangkan keterangan SD1 dan SD3, Mahkamah mengambil sikap berhati-hati kerana SD1 adalah Tertuduh dan sudah semestinya versi penceritaannya akan menjurus kepada kepentingannya untuk melepaskan diri daripada pertuduhan, manakala SD3 adalah rakan banduan SD1. SD1 mengetahui nama Boy daripada SD3 yang mengatakan mengenali Boy semasa di Penjara Sg Buloh. Boy kerap memberikan SD3 rokok sebelum SD3 menghadiri sebutan kes di Mahkamah. Jelasnya, SD1 dan SD3 berkawan rapat ketika dalam tahanan. Oleh itu keterangan SD1 dan SD3 diterima dengan waspada dan perlu disokong dengan keterangan yang lain. Dalam hal ini, SD3 tidak mengemukakan apa-apa bukti dokumen untuk menyokong penceritaannya oleh itu keterangan SD3 adalah tidak kredibel. Keterangan SD2 dan SD4 pula adalah berkisar tentang pengendalian barang kes. Pembelaan mengemukakan isu pengendalikan barang kes yang tidak sempurna dan menyebabkan rantaian barang kes terputus. Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak melihat isu ini disokong oleh keterangan SD2 dan SD4. [37] Mahkamah mendapati, keterangan SD1 yang mengatakan bahawa Tertuduh tidak mempunyai milikan terhadap dadah yang ditemui dalam badannya kerana percaya ketulan-ketulan yang diberikan oleh Boy dan ditelannya, sepatutnya hanyalah mengandungi tembakau dan bukannya dadah berbahaya, adalah suatu penafian semata-mata kerana Boy dan polis Mahkamah tidak dipanggil menyokong keterangannya. Tertuduh tidak menafikan telah menelan ketulan-ketulan yang dijumpai dalam badannya, tetapi menafikan bahawa dia mengetahui isi ketulan yang ditelannya adalah dadah. Namun begitu, tiada keterangan lain yang dikemukakan untuk membuktikan apa yang dikatakannya ini benar. Keterangan SD3 yang mengatakan telah melihat kejadian, tidak dapat dipercayai kerana tiada bukti lain yang menyokong keterangan SD3 dan SD3 adalah rakan rapat SD1. Keterangan yang boleh menyokong kenyataan SD1 dan SD3 adalah kehadiran Boy dan polis Mahkamah bernama Khairul untuk memberikan keterangan atau sekurang-kurangnya bukti kewujudan mereka ini disebut dalam mana-mana dokumen laporan polis atau rakaman percakapan untuk menjadikan keterangan SD1 dan SD3 boleh dipercayai. [38] Keterangan SD1 dan SD3 dan pembelaan secara keseluruhannya tidak dapat mematahkan kes pendakwaan. Mahkamah Persekutuan dalam Mohd Asmadi bin Yusof v PP [2011] 1 CLJ 41, telah menyatakan keterangan berbentuk penafian yang tidak dibuktikan tidak mampu mematahkan kes pendakwaan – “…. It is our view that he has made the correct decision under the circumstances of this case. The defence was one of denial. There was no other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence.” Prinsip yang sama telah diputuskan dalam banyak kes terdahulu seperti Public Prosecutor v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 – ”A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient” Juga dalam kes PP v Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258 – “.....the defence in its endeavour to create a reasonable doubt in the mind of the learned President offered an outright denial and nothing more. It was surprising to find the learned President entertaining what to him was reasonable doubt based entirely on the demeanour and denial of the respondent.” Juga dalam kes D.A Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195 – “… The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, The High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. [39] Keterangan Tertuduh yang mengatakan bahawa dia tidak tahu isi kandungan ketulan-ketulan yang ditelannya adalah dadah, adalah tidak munasabah. Mahkamah tidak dapat melihat kewajaran seseorang yang tidak mengenali seseorang yang memberikannya bahan untuk ditelan, tetapi tetap menelan bahan itu tanpa memeriksanya dan percaya bulat-bulat bahawa bahan itu tidak akan mendatangkan mudarat, melainkan sememangnya Tertuduh tahu nilai ketulan-ketulan itu. Oleh itu adalah tidak munasabah untuk mengatakan bahawa Tertuduh tidak ada kawalan dan pengetahuan tentang dadah dalam 6 ketulan yang ditelannya. Kesimpulannya, keterangan pembelaan secara keseluruhannya adalah penafian kosong. Mahkamah juga berpendapat, memandangkan isi kandungan PSD1 tidak selari dengan D24 dan perlu dibetulkan semula oleh SD1 secara lisan dan keterangan SD3 yang tidak disokong oleh apa-apa dokumen seolah-olah semuanya mampu diingati dengan sempurna menunjukkan terdapat pemikiran semula oleh pihak pembelaan dalam memberikan versi penceritaannya. Kesimpulannya, penafian Tertuduh hanyalah sekadar bare denial dan pemikiran semula yang tidak mendatangkan keraguan kepada kes pendakwaan. [40] Pembelaan membangkitkan isu rantaian barang kes yang terputus berdasarkan rupa fizikal barang kes dadah yang dihantar oleh SP1 kepada SP7 tidak sama dengan yang diterima oleh SP5. Pembelaan menyatakan bahawa terdapat kecelaruan pada pengendalian barang kes yang menyebabkan barang kes dadah yang salah telah diuji di makmal. Ini adalah lanjutan daripada keterangan SD3 bahawa selain SD1 dan SD3, terdapat juga 3 orang tahanan lain yang sama-sama membuat pembuangan air besar untuk mengeluarkan objek mencurigakan dari dalam badan mereka. Ini bermakna terdapat 5 orang tahanan yang sama-sama membuat pengeluaran najis pada masa tersebut. Keterangan ini tidak selari dengan keterangan SP1, SP3 dan SP4 yang menyatakan pada masa itu, hanya SD1 saja yang menjalankan proses pembuangan air besar. Oleh itu keterangan SD3 adalah tidak kredibel kerana tiada bukti lain yang menyokong. RANTAIAN BARANG KES [41] Peguambela sejak awal kes telah berpendirian bahawa rantaian pengendalian barang kes telah terputus dan identiti barang kes dadah adalah diragui. Ini kerana menurut peguambela, ciri-ciri fizikal dan jenis dadah yang dirampas SP1, kemudian dikemukakan kepada SP7 dan dihantar ke SP5, adalah tidak sama dengan barang kes dadah yang dianalisa oleh SP5. Dalam keterangan SP1, SP3, SP4 dan SP7, eksibit P4 (borang bongkar), P8 dan P11 (Laporan Polis SP1), P5 (Borang Serah Menyerah) dan P20 (Pol 31) menyatakan barang kes dadah yang dirampas daripada Tertuduh pada 19-11-2022 adalah 5 ketulan berisi dedaun kering disyakki ganja dan 1 ketulan plastik lutsinar mengandungi 30 biji pil disyakki erimin-5. Namun demikian, apabila barang kes dadah dianalisa oleh SP5 dan dikemukakan di Mahkamah sebagai P22 (Laporan Kimia), hanya terdapat 1 ketulan saja yang dibaluti plastik berisi dedaun kering ganja manakala 4 ketulan lagi adalah dadah jenis methamphetamine yang berbentuk serbuk putih. SP1 telah membuat 3 kali pemeriksaan terhadap barang kes dadah yang ditemui dan dirampas daripada Tertuduh iaitu semasa di Unit Imbasan Penjara pada 19-11-2022, semasa di IPD Sg Buloh ketika penyerahan barang kes dan Tertuduh kepada SP7 dan pada 21-11-2022 semasa membuat Laporan Polis pembetulan (P11), tetapi SP1 kekal menyatakan 5 ketulan yang dirampas adalah dalam bentuk dedaun kering disyakki ganja dan 1 bungkusan pil erimin-5. Kenyataan SP1 kekal sehinggalah memberikan keterangan dalam Mahkamah. Perbezaan ciri fizikal ini tidak dapat dipastikan kerana tidak dinyatakan secara detail dalam buku daftar barang kes (P10A) kerana tiada rekod keluar-masuk yang jelas bagi barang kes dadah ini. Jadi, Jurustore (SP2) tidak menolak kemungkinan bahawa barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah bukanlah barang kes dadah yang sama telah dirampas oleh SP1 daripada Tertuduh. [42] Bagi isu ini, pendakwaan berhujah bahawa daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan, pengecaman terhadap isi kandungan barang kes dadah oleh SP1, SP3 dan SP7 hanyalah melalui koyakan kecil pada plastik yang membalut 5 ketulan barang kes dadah yang disyakki ganja tersebut. Koyakan yang terlalu kecil ini memungkinkan apa yang dilihat tidak sama dengan kandungan yang sebenarnya kerana kesemua 6 ketulan itu masih berbau najis. Mahkamah juga mengambil judicial notice bahawa tidak ada orang yang sanggup untuk membelek dan melihat secara teliti isi kandungan dalam ketulan yang masih berbau najis hanya untuk mengetahui apakah isi kandungan yang sebenar. Oleh itu pengecaman hanyalah berdasarkan apa yang dapat dilihat secara kasar saja iaitu apa yang disyakki sebagai 5 ketulan dedaun kering ganja dan 1 bungkus 30 biji pil erimin-5. Namun untuk mengetahui apakah isi kandungan yang sebenar adalah bergantung sepenuhnya kepada dapatan hasil Analisa oleh SP5. Ketika keterangan di Mahkamah juga, keadaan fizikal barang kes dadah dalam ketulan telah tidak ada kerana isinya telah dikeluarkan untuk Analisa. Keterangan saksi-saksi SP1, SP3, SP4 dan SP7 adalah berdasarkan dokumen yang dikemukakan yang mana mengandungi butir-butir barang kes dadah tersebut. [43] Mahkamah merujuk semula keterangan SP5. Dalam penyata saksinya di PSP5 memang benar SP5 menerima barang kes dadah yang sama sepertimana yang dihantar oleh SP7 melalui Sarjan Wilt Jemat yang diisikan ke dalam sampul berlabel ZH. SP5 mengecam gambar P2 adalah sama dengan gambar yang diambilnya sendiri di P19 dan P19A. Mahkamah meneliti semula senarai kandungan barang kes dadah berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan barang fizikal yang dikemukakan di Mahkamah-Bil. Penandaan eksibit di Mahkamah oleh SP1, SP3 dan SP7 (selepas Analisa) Penandaan SP1 sepertimana dalam eksibit P2, P4, P5, P8, P11 (disyakki/ anggaran berat) Penandaan SP7 sepertimana dalam eksibit P4, P5, P20 (disyakki/ anggaran berat) Apa yang diterima SP5 sepertimana dalam eksibit P2, P19 dan P19A, P20 dan P22 (selepas Analisa)