Lampiran
Lampiran A) No. Kertas Siasatan KE-CB(79)778/2022-21 bertarikh 02.03.2022 P11 : 01 unit kotak berwarna coklat bertulis ‘Dutch Lady’ bertanda ‘E’ P12 : 06 paket x 20 batang Rokok jenama L.A Bold bertanda ‘E1’ P13 : 04 paket x 16 batang Rokok jenama Rokok jenama L.A Light bertanda ‘E2’ P14 : 22 paket x 12 batang Rokok jenama Gudang Garam Surya bertanda ‘E3’ P15 : 06 paket x 20 batang Rokok jenama Canyon Premium bertanda ‘E4’ P16 : 01 unit kotak bertulis ‘Tepung Gandum’ bertanda ‘F’ P17 : 02 karton x 10 paket x 12 batang Rokok jenama Gudang Garam Surya bertanda ‘F1’ P18 : 03 karton x 10 paket x 12 batang Rokok jenama Gudang Garam Nusantara Menthol Mild bertanda ‘F2’ P19 : 01 karton x 10 paket x 12 batang Rokok jenama Touro International bertanda ‘F3’ P20 : 01 unit kotak berwarna coklat bertulis ‘Lucky Day’ bertanda ‘G’ _____________________________________________________ 8 P21 : 10 paket x 16 batang Rokok jenama L.A Light bertanda ‘G1’ P22 : 04 paket x 16 batang Rokok jenama Wismilak Diplomat Impact bertanda ‘G2’ P23 : 06 paket x 16 batang Rokok jenama Luffman Classics bertanda ‘G3’ P24 : 10 paket x 12 batang Rokok jenama Gudang Garam Surya bertanda ‘G4’ P25 : 10 paket x 12 batang Rokok jenama Touro International bertanda ‘G5’ P26 : 10 paket x 20 batang Rokok jenama U2 Full Flavour bertanda ‘G6’ P27 : 01 set kunci kedai yang bertanda ‘X’ P28 : Buku Daftar Barang-barang Rampasan (JK81) Nombor Siri: 18-79 Nombor Kes 22- 21 (mukasurat 79) P29 : Borang Mengeluarkan Barang Kes Untuk Dibawa ke Jabatan Kimia (Lampiran C – Perintah Tetap Penguatkuasaan/PTP Bil. 42) No. Kertas Siasatan KE-CB(79)778/2022-21 bertarikh 03.03.2022 P30 : 01 sampul kertas bertanda ‘MZY1’ berseal Jabatan Kimia Malaysia No. 183528 dan 183529 dan seal Jabatan Kastam Diraja Malaysia No. 405517 P31 : Borang Mengeluarkan Barang Kes Untuk Dibawa ke Agensi Lain/Bahagian PERTEK – _____________________________________________________ 9 Penjenisan (Lampiran C – Perintah Tetap Penguatkuasaan/PTP Bil. 42) No. Kertas Siasatan KE-CB(79)778/2022-21 bertarikh 28.04.2022 P32 : Borang Mengeluarkan Barang Kes Untuk Dibawa ke Agensi Lain/Bahagian PERTEK – Penilaian (Lampiran C – Perintah Tetap Penguatkuasaan/PTP Bil. 42) No. Kertas Siasatan KE-CB(79)778/2022-21 bertarikh 27.05.2022 P33 : 01 sampul kertas bertanda ‘MZY2’ berseal Jabatan Kastam Diraja Malaysia No. 405858 P34(1)hingga P34(44) : 44 keping gambar (gambar premis, gambar barang kes & gambar lokasi barang kes ditemui) P35 : 01 keping CD bertanda KE.CB(79)778/2022- 21 P36 : Surat Permohonan Pengklasifikasian Bagi Kes Penguatkuasaan nombor rujukan KE.CB(79)778/2022-21 bertarikh 10 Mei 2022 P36(A) : Lampiran-Laporan Pengklasifikasian Barangan Bagi Kes Penguatkuasaan P36(B) : Lampiran-Borang Penyerahan Sampel _____________________________________________________ 10 P36(C) : Lampiran-Laporan Jabatan Kimia/Laporan Di Bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah No. Makmal: C(IK) 00043/22 bertarikh 28/04/2022 P36(D) : Lampiran-Salinan Beserah Report 00680/22 P36(E) : Lampiran- 01 keping gambar barang kes P37 : Sampel-sampel penjenisan/klasifikasi ditandakan sebagai P37(A) hingga P37(M) P37(A) : 01 paket rokok jenama L.A Bold 20’s bertanda ‘E1(2)’ P37(B) : 01 paket rokok jenama L.A Light 16’s bertanda ‘E2(2)’ P37(C) : 01 paket rokok jenama Gudang Garam Surya 12’s bertanda ‘E3(2)’ P37(D) : 01 paket rokok jenama Canyon Premium Fresh Lock 20’s bertanda ‘E4(2)’ P37(E) : 01 paket rokok jenama Gudang Garam Surya 12’s bertanda ‘F1(2)’ P37(F) : 01 paket rokok jenama Gudang Garam Nusantara Menthol Mild 12’s bertanda ‘F2(2)’ P37(G) : 01 paket rokok jenama Touro International 12’s bertanda ‘F3(2)’ P37(H) : 01 paket rokok jenama L.A Light 16’s bertanda ‘G1(2)’ P37(I) : 01 paket rokok jenama Wismilak Diplomat Impact 16’s bertanda ‘G2(2)’ P37(J) : 01 paket rokok jenama Luffman Classics 16’s bertanda ‘G3(2)’ _____________________________________________________ 11 P37(K) : 01 paket rokok jenama Gudang Garam Surya 12’s bertanda ‘G4(2)’ P37(L) : 01 paket rokok jenama Touro International 12’s bertanda ‘G5(2)’ P37(M) : 01 paket rokok jenama U2 Full Flavour 20’s bertanda ‘G6(2)’ P38 : Borang Pemulangan Sampel (Lampiran K) berseal Jabatan Kastam Diraja Malaysia No. 405858 P39 : Pelan Lakar Lokasi Premis P40 : Pelan Lakar Lokasi Eksibit ditemui P41 : Borang Bongkar bertarikh 02/03/2022 Rujukan: 2022-21 P42 : Notis Sitaan bertarikh 02/03/2022 Rujukan: 2022-21 P42(A) : Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (SSM) P42(B) : Bil Elektrik P43 : Beserah Report 000680/22 P44 : Borang Serahan Kes bertarikh 02/03/2022 P45 : Surat Memohon Pemeriksaan Kimia Ke Atas Eksibit Kes Kastam Kuantan bernombor rujukan KE-CB(79)778/2022-21 bertarikh 03 Mac 2022 P46 : Resit Rasmi Jabatan Kimia Malaysia No. Makmal: C(IK)00043/22 bertarikh 03/03/2022 _____________________________________________________ 12 P47 : 01 Laporan Kimia/Laporan Di Bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah No. Makmal: C(IK)00043/22 bertarikh 28/04/2022 P48(A) hingga P48(M) : 15 sampel rokok ke Jabatan Kimia P49 : Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat Perniagaan Pengesahan Perniagaan Di Bawah Seksyen 101, Akta Kastam 1967 bertarikh 02 Mac 2022 (kepada Majlis Perbandaran Kuantan dan diterima oleh Jabatan Pembangunan Perniagaaan Perlesenan Majlis Bandaraya Kuantan pada 03 Mac 2022) P50 : Surat Permohonan Mendapatkan Pengesahan Perniagaan Di Bawah Seksyen 101, Akta Kastam 1967 bertarikh 02 Mac 2022 (kepada Majlis Perbandaran Kuantan dan diterima oleh Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Kuantan pada 03 Mac 2022) P51 : Surat Maklum Balas daripada Bahagian Perlesenan Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Perlesenan (Permohonan Mendapatkan Maklumat Pengesahan Perniagaan di bawah Seksyen 101, Akta Kastam 1967) daripada Majlis Bandaraya Kuantan bertarikh 09 Mac 2022 _____________________________________________________ 13 P52 : Surat Maklum Balas daripada Bahagian Penilaian Harta, Jabatan Penilaian (Permohonan Mendapatkan Maklumat Pengesahan Perniagaan di bawah Seksyen 101, Akta Kastam 1967) daripada Majlis Bandaraya Kuantan bertarikh 14 April 2022 P53 : Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat Keluarga (Family Tree) ke Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang bertarikh 02 Mac 2022 P54 : Maklumat Family Tree (Lampiran A) P56(A) dan P6(B) : Perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 dan Cabutan Suruhanjaya Syarikat Malaysia P57 : Surat Permohonan Bagi Mendapatkan Pengesahan Maklumat di bawah Seksyen 101, Akta Kastam 1967 bertarikh 07 Mac 2022 (ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan) P58(A) dan P5(B) : Salinan Geran Mukim No. Hakmilik: 2421 (Kuala Sungai Karang, Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang) dan Sijil Perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 P59 : Penilaian Harga dan Taksiran Duti/Cukai (Lampiran A) _____________________________________________________ 14 P60 : Surat Semakan Rekod Jenayah (yang ditujukan kepada Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia & Singapura) bertarikh 03 Mac 2022 P61 : Maklum Balas daripada Pusat Pendaftaran Penjenayah (Polis R.J.2B) P62 : Surat Permohonan Bagi Mendapatkan Pengesahan Maklumat Individu di Bawah Seksyen 101, Akta Kastam 1967 bertarikh 09 Mac 2022 (kepada Tenaga Nasional Berhad, Jalan Gambut, Kuantan) P62(A) dan P62(B) : Maklum Balas daripada Tenaga Nasional Berhad bertarikh 16 Mac 2022 (Permohonan Maklumat Pemilik Bagi Siasatan di Bawah Seksyen 101, Akta Kastam 1967) dan Perakuan di Bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 Fakta kes [6] Fakta kes yang dibentangkan oleh pihak Pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut: i) Pada 02/03/2022, lebih kurang jam 10.30 pagi, bertindak atas arahan Ops Benteng, satu pasukan daripada Bahagian Penguatkuasaan yang diketuai oleh SP6 telah hadir membuat pemeriksaan di premis perniagaan yang beralamat di Kedai _____________________________________________________ 15 Runcit Namho 52, Sungai Karang Pantai, 25000 Kuantan, Pahang (selepas ini dirujuk sebagai ‘Kedai Runcit tersebut’). ii) Sewaktu pasukan yang diketuai oleh SP6 dan dianggotai oleh PiKK(P) Norsalisa binti Adam dan SP4 Mohamad Fikri bin Abdul Razak itu tiba di Kedai Runcit tersebut, terdapat seorang lelaki (iaitu Tertuduh) berada di kaunter kedai. telah memperkenalkan diri, jabatan dan tujuan kedatangan beliau kepada lelaki tersebut. Hasil semakan Kad Pengenalan, lelaki tersebut merupakan Tertuduh dalam kes ini. iii) menyatakan bahawa sewaktu kejadian, sebelum pemeriksaan dibuat, Tertuduh telah memaklumkan SP6 bahawa Tertuduh ada menjual rokok seludup bertujuan menarik pelanggan datang ke kedainya. iv) Hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan serbuan (yang dilakukan bersama-sama Tertuduh) ke atas Kedai Runcit tersebut, mendapati terdapat rokok pelbagai jenama yang diletakkan di 03 tempat berlainan sebagaimana berikut:- a) Rokok pelbagai jenama iaitu eksibit P12 hingga P15 yang diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna coklat bertulis ‘Dutch Lady’ (P11) yang disorokkan di bawah kaunter kedai; b) Rokok pelbagai jenama iaitu eksibit P17 hingga P19 yang diletakkan di dalam sebuah kotak bertulis ‘Tepung Gandum’ (P16) yang disorokkan di atas rak barangan runcit; dan _____________________________________________________ 16 c) Rokok pelbagai jenama iaitu eksibit P21 hingga P26 yang diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna coklat bertulis ‘Lucky Day’ (P20) yang disorokkan di dalam kabinet dapur. v) SP4 telah mengambil gambar-gambar premis, gambar barang kes dan gambar lokasi barang kes ditemui sebagaimana P34(1) hingga P34(44). Pelan Lakar Lokasi Premis (P39) dan Pelan Lakar Lokasi Eksibit ditemui (P40) telah disediakan oleh SP6. Barang-barang kes telah disita oleh SP6 sebagaimana Notis Sitaan bertarikh 02/03/2022 Rujukan: 2022-21 (P42). Borang Bongkar bertarikh 02/03/2022 Rujukan: 2022-21 adalah sebagaimana P41. vi) Tertuduh bersama P11 hingga P27 telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Kastam Cawangan Kuantan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat, iaitu SP7. Serahan dilakukan melalui Borang Serahan Kes bertarikh 02/03/2022 (P44). vii) Hasil siasatan SP7 mengesahkan bahawa sebagaimana P42(A) iaitu Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (SSM), Tertuduh dan Ngo Yu Diong merupakan pemilik perniagaan Kedai Runcit Namho. viii) Keputusan Permohonan Penilaian Kastam Ke Atas Barang Sitaan Selain Kenderaan oleh Bahagian Penguatkuasaan/ Pematuhan Jabatan dan Agensi Penguatkuasaan Luar bernombor rujukan KE.CB(79)778/2022-21 bertarikh 10 Jun _____________________________________________________ 17 2022 (P8 dan P8(A)) disediakan oleh SP1, sebagaimana permohonan oleh SP7. ix) Hasil analisa ahli kimia sebagaimana Laporan Kimia/Laporan Di Bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah No. Makmal: C(IK)00043/22 bertarikh 28/04/2022 (P47) telah mengesahkan bahawa bahan tumbuhan di dalam rokok-rokok yang dirampas daripada paket yang masing-masing bertanda ‘E4(1)’ dan ‘G6(1)’ mengandungi tembakau. Manakala bahan tumbuhan daripada rokok-rokok yang dirampas daripada paket yang bertanda ‘E1(1)’, ‘E2(1)’, ‘E3(1)’, ‘F1(1)’, ‘F2(1)’, ‘F3(1)’, ‘G1(1)’, ‘G2(1)’, ‘G3(1)’, ‘G4(1)’ dan ‘G5(1)’ mengandungi tembakau dan cengkih. C. ELEMEN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 135(1)(d) AKTA KASTAM 1967 [7] Pertuduhan terhadap Tertuduh melibatkan Pertuduhan di bawah Seksyen135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan: “135. Penalty relaring to smuggling offences, evasion of duty, fraud, etc. (1) Whoever - (d) knowingly harbours, keeps, conceals, or is in possession of, or permits, suffers, causes or procures to be harboured, kept or concealed, any uncustomed or prohibited goods; shall be guilty of an offence and shall, on conviction – _____________________________________________________ 18 (v) in the case of cigarettes containing tobacco or intoxicating liquor which are prohibited goods - (bb) be liable for a second offence or any subsequent offence to a fine of not less than twenty times the value of the goods or two hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, and of not more than forty times the value of the goods or one million ringgit, whichever is the greater amount, or to imprisonment for a term of not less than six months and not more than seven years or to both. [8] Sebagaimana yang diputuskan oleh YA Ahmad Shahrir Mohd Salleh Pendakwa Raya v Park In Keun & Anor [2021] 1 LNS 1092, intipati-intipati kesalahan di bawah Seksyen135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah secara ringkasnya sebagaimana berikut: a) Pada tarikh, masa dan tempat kejadian, Tertuduh dengan disedarinya mempunyai dalam milikannya barang larangan import iaitu (seperti yang disenaraikan di atas); b) Hal perkara bernilai RM350.84 adalah barang yang dilarang pengimportannya kecuali dengan cara yang diperuntukkan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017 dan cara tersebut tidak dipatuhi; dan c) Bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas rokok-rokok tersebut dan rokok-rokok tersebut adalah barang larangan import. _____________________________________________________ 19 D. PENILAIAN KETERANGAN KES PENDAKWAAN DALAM MENCAPAI ELEMEN PERTUDUHAN [9] Mahkamah ini telah meneliti keterangan kesemua 07 orang Saksi Pendakwaan berserta eksibit-eksibit dan juga dokumen yang telah dikemukakan dan setelah menilai keterangan-keterangan tersebut secara maksimum sama ada elemen-elemen/intipati-intipati dalam Pertuduhan Pindaan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh berjaya dibuktikan: i) Intipati (a): Pada tarikh, masa dan tempat kejadian, Tertuduh dengan disedarinya mempunyai dalam milikannya barang larangan import iaitu (seperti yang disenaraikan di atas). [10] Pihak Pendakwaan dalam Intipati (a), perlu membuktikan bahawa Tertuduh pada 02/03/2022, lebih kurang jam 10.30 pagi di premis perniagaan yang beralamat di Kedai Runcit Namho 52, Sungai Karang Pantai, 25000 Kuantan, Pahang dengan disedarinya mempunyai dalam milikannya barang larangan import (seperti yang disenaraikan di atas). [11] Mahkamah merujuk kes Pendakwa Raya v Park In Keun & Anor [2021] 1 LNS 1092, yang mana dinyatakan bahawa: “[22] In Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] 1 MLRH 44, the court remarked that there can be no possession without knowledge and there can be no possession without some power of disposal. The court hasten to add that the most important ingredient of all in determining whether one has possession is whether there was an intention as the owner, in case of need, to exercise that power of disposal to the exclusion of _____________________________________________________ 20 other persons. This is commonly referred to as the animus possidendi. In illustrating the meaning of the term “possession,” His Lordship Thomson J. observed said as follows: “ ‘Possession’ itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Ed page 304): A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as the owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in the case of need..” [12] SP7 semasa memberi keterangan telah menyatakan bahawa Kedai Runcit tersebut dimiliki oleh Tertuduh dan Ngo Yu Diong, sebagaimana Perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 dan Cabutan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebagaimana P56(A) dan P56(B). Mahkamah ini percaya sebagai pemilik berdaftar kepada premis tempat kejadian, tidak semestinya Tertuduh sememangnya mempunyai ‘power of disposal to the exclusion of other persons’ terhadap rokok-rokok yang dirampas memandangkan rokok-rokok tersebut dijumpai di dalam premis Kedai Runcit yang juga dimiliki oleh individu lain, iaitu Ngo Yu Diong. Namun pada masa kejadian, Ngo Yu Diong tiada di Kedai Runcit tersebut. [13] Pihak Pembelaan membangkitkan isu berkenaan kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil Ngo Yu Diong sebagai saksi, berkenaan isu ini, Mahkamah berpandangan ianya adalah menjadi kuasa Pendakwaan untuk memilih mana-mana saksi yang difikirkan perlu untuk dipanggil bagi memberikan keterangan, apatah lagi dalam kes ini, pada masa material, Ngo Yu Diong tidak berada di Kedai Runcit tersebut. _____________________________________________________ 21 Pegawai Penyiasat, SP7 telah merakam percakapan Ngo Yu Diong, yang mana Mahkamah percaya pihak Pendakwaan semestinya telah mengambilkira keterangan Ngo Yu Diong sebelum meneruskan pendakwaan ke atas Tertuduh. [14] Di samping itu, pihak Pembelaan membangkitkan isu berkenaan kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil 04 individu lain (sebagaimana Maklumat Family Tree, P54) yang juga mempunyai alamat sama sebagaimana Kedai Runcit tersebut. Mahkamah berpandangan ianya adalah menjadi kuasa Pendakwaan untuk memilih mana-mana saksi yang difikirkan perlu untuk dipanggil bagi memberikan keterangan, apatah lagi dalam kes ini, Ing Kim Eng @ Ng Ah Pak dan Ngo Seong What telah meninggal dunia (sebagaimana P54 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara). Keterangan Ngo Yu Diong juga telah diambil. Tambahan lagi, Mahkamah telah menghalusi keseluruhan keterangan SP7 dan mendapati isu ini tidak pernah dibangkitkan semasa Pemeriksaan Balas. [15] Selain itu, hasil semakan maklumat oleh SP7 ke atas pemilikan tanah atas nama perniagaan Kedai Runcit tersebut, sebagaimana P58 dan P58(A), adalah disahkan bahawa terdapat seramai 06 pemilik tanah. Setelah meneliti P58 dan P58(A) serta keterangan SP7, Mahkamah ini percaya bahawa anak kepada Ngah bin Ismail (iaitu salah seorang daripada 06 pemilik tanah tersebut) iaitu Abdul Mukhtar bin Ngah hanya berperanan menguruskan hal ehwal sewaan bulanan melibatkan Kedai Runcit tersebut, serta tidak mempunyai ‘power of disposal to the exclusion of other persons’ terhadap rokok-rokok yang dirampas memandangkan rokok-rokok tersebut dijumpai di dalam premis Kedai _____________________________________________________ 22 Runcit yang dimiliki oleh Tertuduh dan Ngo Yu Diong. Menurut SP7 juga, hasil rakaman percakapan Abdul Mukhtar bin Ngah yang diambil oleh beliau, Abdul Mukhtar bin Ngah telah menyatakan bahawa tapak Kedai Runcit tersebut disewa oleh keluarga Tertuduh sejak dari arwah ayahnya lagi iaitu, Ngah bin Ismail. [16] Pemilikan Tertuduh ke atas barang kes pada masa material telah disahkan melalui keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v Regina [1995] 1 LNS 53, pemilikan tidak merujuk kepada pemilikan (ownership) sebaliknya melihat kepada siapa yang mempunyai kawalan (control) terhadap Kedai Runcit tersebut sehingga boleh mengecualikan kawalan oleh orang lain. [17] Berdasarkan keterangan SP7, SP6 dan disokong oleh keterangan SP4, didapati bahawa Intipati (a) telah berjaya dibuktikan iaitu Tertuduh dengan disedarinya mempunyai dalam milikannya barang-barang larangan import iaitu eksibit P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26. Pemilikan Tertuduh ke atas barang kes juga disahkan melalui keterangan SP6 dan SP4 bahawa pada masa material hanya Tertuduh berada di dalam Kedai Runcit tersebut iaitu di kaunter kedai, tiada individu lain di sekitarnya serta barang-barang kes ditemui di 03 tempat iaitu di bawah kaunter kedai, di atas rak barangan runcit dan di dalam kabinet dapur. Tambahan lagi, pada masa serbuan, SP6 telah merampas 01 set kunci kedai (P27). SP6 semasa memberikan keterangan di Peringkat Pemeriksaan Utama telah menyatakan bahawa ‘kunci yang dirampas ini, kunci ini dibagi oleh OKT. Kunci ini kunci kedai’. _____________________________________________________ 23 [18] Maka, adalah jelas bahawa semasa serbuan dilakukan, Tertuduh dengan disedarinya mempunyai dalam milikannya barang-barang larangan import iaitu eksibit P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26. Pada ketika itu, Tertuduh (yang mana keberadaan Tertuduh di Kedai Runcit tersebut pada masa material tidak pernah dinafikan oleh pihak Pembelaan), bukan sahaja mempunyai kawalan serta jagaan terhadap rokok-rokok tersebut, malah mempunyai kuasa untuk melupuskan barang-barang kes tersebut dengan apa jua cara tanpa sebarang sekatan. [19] Oleh yang demikian, intipati ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. ii) Intipati (b): Hal perkara bernilai RM350.84 adalah barang yang dilarang pengimportannya kecuali dengan cara yang diperuntukkan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017 dan cara tersebut tidak dipatuhi. [20] Seksyen 2 Akta Kastam 1967 telah menggariskan taksiran ‘barang-barang’ dan ‘barang-barang larangan’ sebagaimana berikut: “goods” includes animals, birds, fish, plants, currency and bearer negotiable instruments and any other kinds of movable property. “prohibited goods” means goods the import or export of which is prohibited, either absolutely or conditionally by an order under _____________________________________________________ 24 section 31 and any subsidiary legislation made under this Act or by any other written law;” [21] Di bawah Seksyen 31(1) Akta Kastam 1967, Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan larangan import atau eksport. Dalam kes ini, rokok-rokok yang dirampas (P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26) adalah barang-barang larangan kerana ianya tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017. [22] Berdasarkan keterangan Saksi-saksi Pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa rokok-rokok yang dirampas (P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26) adalah termasuk di dalam definisi “barang larangan” yang dilarang pengimportannya kecuali dengan cara yang diperuntukkan seperti di dalam Butiran 1, Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017 [P.U.(A) 103/2017], di mana peruntukan tersebut mensyaratkan bahawa seseorang itu perlu mematuhi syarat/ cara pengimportan seperti yang dinyatakan tanpa gagal di mana di dalam kes ini syarat/cara tersebut gagal dipatuhi oleh Tertuduh. [23] SP7 semasa memberi keterangan telah merumuskan bahawa rokok-rokok tersebut kesemuanya tidak mematuhi syarat-syarat wajib dipatuhi iaitu sebahagian daripadanya tidak mempunyai Amaran Kesihatan seperti yang diperuntukkan dan kesemuanya tidak mempunyai Maklumat kesihatan seperti yang diperuntukkan. Paling nyata, kesemua rokok tersebut tidak mempunyai Setem Cukai yang disahkan oleh Ketua Pengarah Kastam. Justeru, SP7 dalam siasatannya telah menunjukkan bahawa rokok-rokok yang telah dirampas iaitu P12 hingga P15, P17 _____________________________________________________ 25 hingga P19 serta P21 hingga P26 adalah tertakluk kepada definisi “goods” dan “prohibited goods” di bawah Seksyen 2 Akta Kastam 1967. [24] Seksyen 13(1) Akta Kastam 1967 membenarkan seorang pegawai kastam yang hak untuk menentukan kelas barang-barang berduti atau barang-barang tak berkastam serta membuat penilaian ke atas barang-barang tersebut untuk maksud menentukan duti kastam yang boleh dilevikan ke atasnya. [25] SP1 selaku Pegawai Penilaian telah menggunakan peruntukan kuasa di bawah Seksyen 13 Akta Kastam 1967. Menurut Seksyen 13 Akta Kastam 1967: 13. Classification and valuation by proper officer of customs (1) The proper officer of customs may, in respect of any dutiable or uncustomed goods— (a) determine the class of goods to which such dutiable or uncustomed goods belong; and (b) value, weigh, measure or otherwise examine, or cause to be valued, weighed, measured or otherwise examined such dutiable or uncustomed goods, for the purpose of ascertaining the customs duty leviable thereon. (2) When a valuation of any goods has been made by the proper officer of customs, such valuation shall be presumed to be correct until the contrary is proved. [26] SP1 dengan kuasa di bawah peruntukan undang-undang telah menilai sampel-sampel rokok di dalam P7(A) hingga P7(M) dengan menggunakan prinsip-prinsip di dalam Peraturan 10: Peraturan-peraturan Kastam (Kaedah-kaedah Penilaian) 1999 iaitu dengan menggunakan _____________________________________________________ 26 Kaedah Penilaian Anjal. Menurut SP1, Kaedah Penilaian Anjal telah digunakan bagi mendapatkan nilai asas bagi rokok rampasan. Kaedah Penilaian Anjal bermaksud kaedah yang memberikan kelonggaran syarat mengikut nilaian semasa dan ianya sesuai digunakan untuk penilaian dagangan yang tidak sah iaitu tidak mempunyai sebarang dokumen urusniaga. [27] Mahkamah ini percaya, selaras dengan Seksyen 13(2) Akta Kastam 1967, penilaian harga berkaitan rokok-rokok yang telah dirampas oleh SP1 adalah dianggap betul memandangkan tiada sebarang dokumen atau pengesahan yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan yang boleh menggugat nilai harga yang telah ditaksirkan. [28] Sehubungan dengan itu, penilaian yang dibuat oleh SP1 (sebagaimana P8 dan P8(A)) dan pengiraan nilai harga ke atas eksibit yang dirampas oleh SP7 (sebagaimana Penilaian Harga dan Taksiran Duti/Cukai (Lampiran A) iaitu P59) adalah dianggap betul sehingga dibuktikan sebaliknya sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 13(2) Akta Kastam 1967. [29] Laporan Kimia/Laporan Di Bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah No. Makmal: C(IK)00043/22 bertarikh 28/04/2022 (P47) yang disediakan oleh ahli kimia telah mengesahkan bahawa bahan tumbuhan di dalam rokok-rokok yang dirampas daripada paket yang masing-masing bertanda ‘E4(1)’ dan ‘G6(1)’ mengandungi tembakau. Manakala bahan tumbuhan daripada rokok-rokok yang dirampas daripada paket yang bertanda ‘E1(1)’, ‘E2(1)’, ‘E3(1)’, ‘F1(1)’, ‘F2(1)’, ‘F3(1)’, ‘G1(1)’, ‘G2(1)’, ‘G3(1)’, ‘G4(1)’ dan ‘G5(1)’ mengandungi tembakau dan cengkih. _____________________________________________________ 27 [30] Merujuk kepada kes Lau Kieng Chung v PP [1993] 3 MLJ 295, Steve LK Shim J menyatakan seperti berikut: “As regards element (b), the case of Kee Kim Chooi & Ors. V. Public Prosecutor [1952] 1 LNS 44 provides sufficient revelation. Therein Thomson J., said inter alia: As regards the question of whether the tobacco was uncustomed, the prosecution had to prove that it had been brought at sometime from outside Malaya and that duty had not been paid upon it, and to do so they were entitled to invoke the assistance of s. 99 of the Customs Enactment which reads as follows: If in any prosecution in respect of any goods seized for non-payment of duties or for any other cause of forfeiture or for the recovering of any penalty or penalties under this Enactment, any dispute shall arise as to whether the customs duties have been paid in respect of such goods, or whether the same have been lawfully imported or lawfully landed, or concerning the place whence such goods were brought, then and in every such case the proof thereof shall be on the defendant in such prosecution.” “… it would appear that the prosecution need to establish two conditions, namely, that the goods were imported and that duties thereon had not been paid. However, to do this, the prosecution could invoke the assistance of s. of the Customs Enactment which is substantially in pari materia with the present s. 119 of the Customs Act which has the effect of shifting the burden of proof onto the accused. It should be noted that s. 119 can be invoked only as regards to matters of dispute specified therein. It does not raise any presumption but merely shifts the burden of proving the matters specified therein. The obligation of the accused under s. 115 of the Customs Ordinance _____________________________________________________ 28 1952, the predecessor of s. 119, was described by Hepworth, J. in Public Prosecutor V. Fatimah [1960] 1 LNS 92 thus: No presumption arises under s. 115 of the Ordinance. When a person is charged and claims trial a dispute arises. Once a dispute has arisen s. 115 says the burden of proof is on the defendant. The defendant may discharge this onus by producing a receipt for the duty or he may know that the duty has been paid and, although unable to produce the receipt, may be able to prove it (see the example of the bottle of whisky in para. 4 of the judgment of Good J. in Public Prosecutor V. Tay Yew Lia [1956] 1 LNS 88.). And Good J. in the cited case in fact expanded on this by stating that the effect of s. 115 of the Customs Act 1952 (the predecessor of s. 119 ) was that if a customs officer found a person in possession of dutiable goods anywhere in the Federation, he could take him to Court and make him prove that duty had been paid or make him rebut the presumption of knowledge created by s. 131 (now s. 135(2) ). [31] Ianya adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa barang-barang yang dirampas merupakan barangan yang diimport dan duti kastam tidak dibayar. Pihak Pendakwaan menggunapakai Seksyen 119 Akta Kastam 1967, justeru itu, beban pembuktian adalah terletak pada Tertuduh. [32] Seksyen 119 Akta Kastam 1967 adalah sebagaimana berikut: 119. Burden of proof If in any prosecution in respect of any goods seized for non-payment of duties or for any other cause of forfeiture or for the recovery of any penalty or surcharge under this Act, any dispute arises whether the customs duties have _____________________________________________________ 29 been paid in respect of such goods, or whether the same have been lawfully imported or exported or lawfully landed or loaded, or concerning the place whence such goods were 142 Laws of Malaysia ACT 235 brought or where such goods were loaded, or whether anything is exempt from duty under section 14 then and in every such case the burden of proof there of shall lie on the defendant in such prosecution. [33] Seksyen 119 Akta Kastam 1967 tidak menimbulkan sebarang anggapan tetapi ianya memindahkan beban pembuktian kepada Tertuduh dalam membuktikan kes. Beban dalam membuktikan rokok-rokok yang dirampas (P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26) adalah bukan barang yang dilarang pengimportannya atau telah diimport secara sah adalah tertanggung sepenuhnya ke atas Tertuduh. [34] Tertuduh telah gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 bagi membuktikan bahawa ianya telah dibayar cukai dan mendapat kebenaran secara sah untuk dibawa masuk ke Malaysia. [35] Intihanya, initipati ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa rokok-rokok yang telah dirampas iaitu P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 yang bernilai RM350.84 adalah barang yang dilarang pengimportannya kecuali dengan cara yang diperuntukkan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017 dan cara tersebut tidak dipatuhi. iii) Intipati (c): _____________________________________________________ 30 Tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas rokok-rokok tersebut dan rokok-rokok tersebut adalah barang larangan import. [36] Mahkamah ini sekali lagi merujuk kepada kes Lau Kieng Chung v PP [1993] 3 MLJ; “This brings us to element (c) which concerns the accused's knowledge that the goods were uncustomed at the time of conveyance. Under s. 135(2), such goods are presumed to be uncustomed to the knowledge of the accused unless he proves to the contrary. Section 135(2) stipulates thus: In any prosecution under this section or s. 139 any dutiable, uncustomed or prohibited goods, shall be deemed to be dutiable, uncustomed or prohibited goods, as the case may be, to the knowledge of the defendant unless the contrary be proved by such defendant. The term "knowledge" according to Sharma, J. in Wolfgang Pzetzhold v. Public Prosecutor [1970] 2 MLJ 199, implies a consciousness of facts and that it is of greater import than the term "having reason to believe" see also Public Prosecutor V. Tay Yew Lia [1956] 1 LNS 88. In short, the effect of s. 135(2) is to provide the essential ingredient of knowledge relevant to the charge and places on the accused the duty to prove otherwise. As Thomson, J. had said in Kee Kim Chooi, supra: The effect of that new sub-section clearly is that while knowledge that the goods were uncustomed remains an essential ingredient of the offence described by s. 114(i)(e), that ingredient is now in the first instance supplied by the law itself and it is for the accused person to displace it if he can. Quite clearly therefore, the presumption under s. 135(2) is a rebuttable one. The accused can rebut this presumption by proof of circumstances from which it is reasonable to infer or conclude, on a balance of probabilities, that he could not possibly have known or acquired the imputed knowledge…” _____________________________________________________ 31 [37] Seksyen 135(2) Akta Kastam 1967 menyatakan seperti berikut: “(2) In any prosecution under this section or section 139 any dutiable, uncustomed or prohibited goods shall be deemed to be dutiable, uncustomed or prohibited goods, as the case may be, to the knowledge of the defendant unless the contrary be proved by such defendant.” [38] Kesan daripada anggapan di bawah Seksyen 135(2) Akta Kastam 1967, beban pembuktian adalah di pihak Tertuduh untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Tertuduh tiada pengetahuan berkenaan rokok-rokok yang dirampas iaitu P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 merupakan barangan larangan Kastam. [39] Merujuk kepada kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, Thomson J dalam penghakiman beliau menyatakan seperti berikut; “…knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused’s behavior that shews knowledge, or the nature of the thing my be so obvious that it is possible to say “he must have known what it was’…” [40] Pihak Pendakwaan telah menghujahkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas rokok-rokok P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 berdasarkan pengakuan Tertuduh sewaktu pemeriksaan di lokasi kejadian, keadaan rokok-rokok P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 ketika ditemui (iaitu _____________________________________________________ 32 rokok-rokok tersebut ditemui di 03 tempat berlainan iaitu di bawah kaunter, di atas rak barangan runcit serta di dalam kabinet dapur dalam keadaan tersorok) dan reaksi Tertuduh sewaktu pasukan serbuan menemui barang-barang kes tersebut. Pihak Pendakwaan juga menghujahkan bahawa Tertuduh telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan bagi rokok-rokok P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 tersebut. [41] Secara tuntas, Mahkamah boleh membuat inferens berkenaan ‘pengetahuan’ berdasarkan fakta-fakta dan keadaan sekeliling sesuatu kes. Oleh yang demikian, merujuk kepada fakta-fakta dan keadaan sekeliling dalam kes ini, jelas sekali membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap rokok-rokok tersebut (eksibit P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26) yang dijumpai di Kedai Runcit tersebut dimiliki oleh Tertuduh dan merupakan tempat Tertuduh berada ketika ditahan oleh Jabatan Kastam yang mana barang tersebut adalah barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017 berdasarkan keterangan seperti berikut: i) menyatakan bahawa sewaktu kejadian, sebelum pemeriksaan dibuat, Tertuduh telah memaklumkan SP6 bahawa Tertuduh ada menjual rokok seludup bertujuan menarik pelanggan datang ke kedainya. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa kuasa yang diperuntukan di bawah Seksyen 101 Akta Kastam 1967 (‘Every person required by the proper officer of customs to give information or produce any documents on any subject into which _____________________________________________________ 33 it is such officer’s duty to enquire under this Act and which it is in such person’s power to give shall be legally bound to give such information or produce such documents’) membolehkan SP6 mendapatkan maklumat sebelum pemeriksaan lanjut ke atas Kedai Runcit tersebut yang pada masa material berada di bawah kawalan Tertuduh. Pemakluman yang diberikan oleh Tertuduh dilakukan sebelum pemeriksaan dan tangkapan dibuat. SP6 juga telah mematuhi Seksyen 116B(4) Akta Kastam 1967 (‘A statement made by any person accused of an offence under this Act made before there is time to caution him shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of no such caution having been administered if it has been administered as soon as possible’), yang mana beliau telah memberikan kenyataan beramaran dengan seberapa segera sebaik sahaja kesemua rokok-rokok tersebut dijumpai. ii) Keadaan rokok-rokok P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 ketika ditemui. Hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan serbuan (yang dilakukan bersama-sama Tertuduh) ke atas Kedai Runcit tersebut, mendapati rokok-rokok P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 ketika ditemui diletakkan di 03 tempat berlainan (iaitu rokok-rokok tersebut ditemui di 03 tempat berlainan iaitu di bawah kaunter, di atas rak barangan runcit serta di dalam kabinet dapur dalam keadaan tersorok) serta diletakkan di dalam kotak-kotak bagi barangan runcit iaitu kotak berwarna coklat bertulis ‘Dutch Lady’, kotak bertulis ‘Tepung Gandum’ dan kotak berwarna coklat bertulis _____________________________________________________ 34 ‘Lucky Day’ yang mana Mahkamah bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa ianya adalah bertujuan untuk mengaburi pandangan orang ramai (dengan menyembunyikan rokok-rokok tersebut di dalam kotak barangan runcit). Adalah jelas bahawa ketika ditahan oleh pihak Kastam, tiada individu lain yang berada di tempat kejadian dan hanya Tertuduh yang berada di kaunter kedai. Terdapat rokok-rokok yang sah dipamerkan di belakang kaunter, sedangkan rokok-rokok P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 ketika ditemui diletakkan dalam keadaan tersorok dan di dalam kotak barangan runcit. iii) Reaksi Tertuduh sewaktu pasukan serbuan menemui barang-barang kes tersebut. Menurut SP6, reaksi Tertuduh semasa beliau memperkenalkan diri, Tertuduh kelihatan terkejut dan takut. Ketika rokok tersebut ditemui, Tertuduh memohon agar tidak dikenakan tindakan ke atasnya. Selain itu, menurut SP4, reaksi Tertuduh cemas semasa pasukan bertanyakan mengenai rokok seludup. Tertuduh berasa cemas dan takut semasa rokok-rokok yang disyaki barang larangan import tersebut ditemui. Reaksi-reaksi Tertuduh ini jelas menjurus kepada satu inferens wujudnya elemen pengetahuan. iv) Tertuduh juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengimportan kepada pihak Kastam yang secara jelas menunjukkan rokok-rokok tersebut telah melalui proses pengimportan yang sah. _____________________________________________________ 35 v) Sebagaimana keterangan SP6, terdapat 01 set kunci kedai (P27) yang dirampas semasa serbuan yang mana ianya diberikan oleh Tertuduh sendiri. Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk Tertuduh mengatakan bahawa Tertuduh tiada pengetahuan berkenaan rokok-rokok tersebut sedangkan Tertuduh mempunyai 01 set kunci Kedai Runcit Tersebut. [42] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan apa-apa consignment note atau nota pesanan untuk rokok-rokok diimport masuk ke Malaysia yang tertera nama Tertuduh atau apa-apa tandaan yang boleh mengaitkan Tertuduh dengan rokok-rokok tersebut. Turut dihujahkan bahawa pihak Pendakwaan tidak boleh semata-mata bergantung dengan proximity Tertuduh dengan rokok tersebut, tetapi pihak Pendakwaan juga perlu mewujudkan satu perkaitan atau “missing link” antara Tertuduh dengan rokok tersebut, tambahan pula di dalam kes di hadapan Mahkamah yang mulia ini apabila rokok bukan dijumpai pada badan Tertuduh. [43] Isu berkenaan ‘consignment note’ atau nota pesanan untuk rokok-rokok diimport masuk ke Malaysia yang tertera nama Tertuduh atau apa-apa tandaan yang boleh mengaitkan Tertuduh dengan rokok-rokok tersebut ini tidak pernah dibangkitkan oleh pihak Pembelaan sepanjang perbicaraan. Mahkamah ini sekali lagi merujuk Seksyen 119 Akta Kastam 1967 yang mana telah jelas memperuntukkan bahawa Seksyen 119 memindahkan beban pembuktian kepada Tertuduh dalam membuktikan kes. Beban dalam membuktikan rokok-rokok yang dirampas (P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26) adalah bukan barang yang _____________________________________________________ 36 dilarang pengimportannya atau telah diimport secara sah adalah tertanggung sepenuhnya ke atas Tertuduh. [44] Di samping itu, dalam membuktikan Intipati (c) ini, Mahkamah bukan semata-mata bergantung dengan proximity Tertuduh dengan rokok-rokok tersebut, tetapi lebih memfokuskan sebagaimana di Perenggan 41(i) hingga (v) di atas. [45] Konklusinya, intipati ini juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. E. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [46] Seksyen 173 (f) (i) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut: 173. Prosedur dalam perbicaraan terus. (f) (i) Apabila kes pendakwa berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwa telah membuat satu kes prima facie terhadap tertuduh. (ii) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwa tidak membuat satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan. [47] Dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: _____________________________________________________ 37 “…Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.” [48] Tugas Mahkamah di akhir kes Pendakwaan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. Kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838, Mahkamah Tinggi telah menggariskan panduan berguna dalam menilai keterangan di akhir kes Pendakwaan: “[14] Section 180 of the CPC provides that when the case for the prosecution is concluded, the Court must consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. And if the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter his defence. A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution (Balachandaran v. PP [2005] 1 CLJ 85; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 MLJ 65 and PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). _____________________________________________________ 38 [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ. Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence adduced. Further, the trial Court has the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra)). [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness's evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case, the approach to judicial appreciation of evidence is the same.” [49] Manakala, dalam kes Low Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah telah menyatakan bahawa di akhir kes pendakwa, pihak Pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan kes prima facie ke atas setiap elemen dalam sesuatu pertuduhan terhadap tertuduh. _____________________________________________________ 39 [50] Berdasarkan prinsip undang-undang di atas, Mahkamah ini telah membuat penilaian secara maksimum ke atas keterangan kes Pendakwaan dalam membuktikan setiap elemen Pertuduhan ke atas Tertuduh dalam menyimpulkan sama ada suatu kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap Tertuduh. Hasil daripada penilaian tersebut, pada 26 September 2024, setelah mendengar, meneliti, menimbang dan menilai secara maksimum keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dan setelah meniai kredibiliti saksi-saksi Pendakwaan serta mengambilkira keseluruhan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa pihak Pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi Pertuduhan Pindaan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(bb) Akta yang sama. [51] Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah ini telah menjelaskan berkenaan pilihan yang Tertuduh ada setelah dipanggil untuk membela diri, iaitu: i) Memberi keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi; ii) Memberi pernyataan tidak bersumpah daripada kandang Tertuduh; atau iii) Memilih untuk berdiam diri/ Tetap senyap. Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan sumpah di dalam kandang saksi. _____________________________________________________ 40 F. KETERANGAN KES PEMBELAAN Saksi – Saksi Pembelaan [52] Berikut adalah senarai Saksi Pembelaan yang telah dipanggil oleh pihak Pembelaan: SD1 : Ngo Yu Whee (Tertuduh) [53] Berikut diringkaskan keterangan kes Pembelaan: i) Menurut keterangan Tertuduh/SD1 semasa memberi keterangan pada 27/11/2024, pada hari kejadian iaitu pada 02/03/2022, selepas bangun daripada tidur, SD1 telah pergi ke Kedai Runcit Namho tersebut bagi mengambil barang keperluan harian. SD1 hanya perlu membayar barang-barang yang diambil secara bulanan kepada pemilik Kedai Runcit tersebut, iaitu Ngo Yu Diong (adik kepada Tertuduh). ii) SD1 sampai ke Kedai Runcit tersebut jam 10.15 pagi dan ketika itu, Kedai Runcit tersebut telah dibuka oleh Ngo Yu Diong. Kebiasaannya, Ngo Yu Diong membuka Kedai Runcit tersebut pada pukul 7.00 lebih pagi. iii) Setelah sampai, SD1 terus memilih barang yang hendak diambil. Semasa SD1 ambil barang yang diperlukan dan SD1 keluar dari rak dan meletakkan barang-barang tersebut di atas kaunter untuk pengiraan harga, tiba-tiba terdapat 02 orang Pegawai Kastam telah _____________________________________________________ 41 datang. Terdapat 03 orang Pegawai Kastam yang datang ke Kedai Runcit tersebut pada masa material. Seorang lagi Pegawai Kastam berada di belakang kedai. 02 orang Pegawai Kastam datang tunjuk Kad Kuasa kepada SD1. Selepas itu salah seorang pergi ke rak dan menggeledah semua barang yang ada di atas rak. Seorang lagi tunggu di kaunter. Semasa itu SD1 berada di sebelah kaunter. iv) Kemudian, Pegawai yang menggeledah kedai tersebut telah mengeluarkan 01 kotak gandum yang mengandungi rokok dari atas rak barangan. Setelah Pegawai tersebut menggeledah kabinet dapur, Pegawai tersebut telah menjumpai 2 – 3 karton rokok dan meletakkanya di atas kaunter. Pegawai Kastam tersebut juga turut menjumpai rokok-rokok yang telah dibuka di bahagian bawah kaunter. Pegawai Kastam yang menggeledah Kedai Runcit tersebut secara berseorangan tanpa ditemani oleh SD1/Tertuduh. v) Menurut SD1, jarak tempat SD1 berada (di kaunter) dengan rokok yang dijumpai atas rak itu lebih kurang 04 meter. Manakala jarak tempat SD1 berada (di kaunter) dengan rokok yang dijumpai di kabinet dapur, lebih kurang 08 meter. vi) SD1 tidak pasti macam mana rokok-rokok yang dijumpai tadi boleh berada di Kedai Runcit tersebut. Menurut SD1 lagi, ianya berkemungkinan merupakan kepunyaan adiknya, Ngo Yu Diong. Ngo Yu Diong yang membawa rokok-rokok masuk ke kedai itu, kerana Kedai Runcit tersebut adalah milik dan dikendalikan oleh Ngo Yu Diong. _____________________________________________________ 42 vii) Berdasarkan keterangan SD1, walaupun menurut carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kedai Runcit Namho ini didaftarkan atas nama SD1/Tertuduh dan Ngo Yu Diong, peranan dan tugas SD1 di Kedai Runcit tersebut hanyalah sebagai pembantu. Manakala Ngo Yu Diong berperanan dalam mengendalikan semua perniagaan, termasuk menerima tempahan, menghantar barang serta menyusun barang-barang yang baru sampai. viii) Semasa memberikan keterangannya, SD1 juga menyatakan bahawa dia tidak pasti dari mana Pegawai Kastam itu mengambil kunci yang dirampas dalam kes ini kerana dia tidak nampak. SD1 juga menyatakan bahawa kunci yang dirampas itu adalah kepunyaan Ngo Yu Diong kerana Ngo Yu Diong membuka Kedai Runcit tersebut seawal jam 7.00 pagi. G. PEMBELAAN TERTUDUH [54] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh tidak bersifat pemikiran semula dan penafian kosong. Keterangan yang diberikan oleh Tertuduh menyatakan bahawa Kedai Runcit tersebut diuruskan oleh Ngo Yu Diong yang selama ini bertanggungjawab mengendalikan rokok-rokok rampasan yang ditemui di Kedai Runcit tersebut. Tertuduh turut menyatakan bahawa Tertuduh hanya merupakan pembantu kedai di Kedai Runcit tersebut. _____________________________________________________ 43 [55] Pihak Pembelaan telah merujuk kes Siti Aishah Sheikh Abd Kadir v PP [2014] 1 CLJ 1058, yang mana Abdul Malik Ishak JCA telah menjelaskan bahawa ‘Pembelaan berbentuk penafian kosong atau bare denial dengan pembelaan berbentuk penjelasan atau explanation adalah dua kategori pembelaan yang berbeza’. Menurut pihak Pembelaan, naratif bahawa Tertuduh adalah sekadar pembantu kedai yang tidak menguruskan stok dengan membawa masuk rokok rampasan adalah sebagai penjelasan tentang bagaimana nama Tertuduh boleh terpapar di dalam carian Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (SSM) Kedai Runcit tersebut. [56] Seterusnya, pihak Pembelaan telah menghujahkan bahawa kegagalan pihak Pendakwaan untuk mengemukakan Ngo Yu Diong telah menimbulkan 'gap’ dan telah menghilangkan peluang Mahkamah ini untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah peranan Ngo Yu Diong di dalam Kedai Runcit tersebut. Ianya turut menguatkan inferens naratif Pembelaan di mana Tertuduh sememangnya hanya pembantu kedai dan tidak bertanggungjawab memiliki dan menguruskan stok-stok rokok rampasan. Persoalan dan keraguan yang ditimbulkan oleh keterangan Pembelaan Tertuduh ini ialah mengapa pihak Pendakwaan sedari awal lagi tidak mahu memanggil Ngo Yu Diong untuk memberi keterangan dan menjelaskan kedudukan beliau di dalam Kedai Runcit tersebut? Adakah sekiranya dipanggil, keterangan Ngo Yu Diong akan merosakkan terus naratif dan tidak memihak kepada Kes Pendakwaan? [57] Turut dihujahkan oleh pihak Pembelaan bahawa adakah cukup untuk mengaitkan Tertuduh dengan rokok-rokok yang dirampas tersebut, _____________________________________________________ 44 semata-mata dengan elemen ‘proximity’ atau kedekatan Tertuduh dengan rokok-rokok yang dirampas tersebut, tanpa menafikan kewujudan Ngo Yu Diong yang turut dinamakan sebagai pemilik Kedai Runcit tersebut iaitu tempat rokok-rokok tersebut dijumpai. [58] Di samping itu, SD1/ Tertuduh juga menyatakan bahawa Pegawai Kastam yang menggeledah Kedai Runcit tersebut secara berseorangan dengan tidak dipandu atau ditemani oleh Tertuduh. H. PENILAIAN KETERANGAN KES PEMBELAAN [59] Tanggungjawab Mahkamah ini di akhir kes ini adalah untuk membuat penelitian dan penilaian terhadap pembelaan yang diutarakan oleh Tertuduh dan memutuskan samada keterangan Tertuduh terjumlah kepada suatu pembelaan yang dapat menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan, sekiranya berjaya, Tertuduh akan dilepas dan dibebaskan atas Pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. [60] Dengan kata lain sekiranya Pembelaan Tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan untuk Pertuduhan terhadap Tertuduh, maka pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah berdasarkan kesemua keterangan yang dikemukakan dan Tertuduh hendaklah didapati bersalah sepertimana Pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. _____________________________________________________ 45 [61] Tanggungjawab Mahkamah di akhir kes Pembelaan telah juga dijelaskan di dalam kes PP v. Kenneth Fook Mun Lee [2006] 4 CLJ 359 seperti berikut: "... Section 180 of the Criminal Procedure Code ("CPC") provides that when the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused and if the Court finds a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence. We do not think it is the duty of the Court at that stage to anticipate or speculate any defence that has not been raised and give due consideration to it. More so, a defence categorically denied to be the line of defence to be taken as in this case. Consequently, section 181 of the CPC provides that when the accused is called upon to enter on his defence, he or his advocate may then open his case, stating the facts or law on which it intends to rely and making such comment as he thinks necessary on the evidence for the prosecution. He may then examine his witnesses and consequently sum up his case. Section 182A of the CPC provides that at the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt." [62] Mahkamah juga merujuk kes Abdullah Jacomah v. PP [2002] 8 CLJ 1, yang mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "... The law governing a proper appraisal of a defence that has been advanced is well settled. It requires a consideration of all the evidence that have been adduced in support of the defence (see Chang Lee Swee v. Public Prosecutor [1984] 1 LNS 134; [1985] 1 MLJ 75; Mohamed Shariff v. Public Prosecutor [1964] 1 LNS 114; [1964] MLJ 64). A court must consider carefully whether a defence that has been put forward is capable of raising a reasonable doubt in the prosecution case..." _____________________________________________________ 46 [63] Mahkamah ini merujuk seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah yang telah memperuntukkan seperti berikut: "182A Procedure at the conclusion of the trial (1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt." (2) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. (3) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal" [64] Namun apa yang dimaksudkan dengan keraguan munasabah tidak ditakrifkan di dalam merujuk seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. Apa itu keraguan munasabah ada diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16 seperti berikut: "As the learned magistrate seems to have ignored the very basic principle of criminal law, it may perhaps serve a useful purpose to remind those administering justice in the lower Courts that evidence discloses a prima facie case when it is such that if uncontradicted and if believed it will be sufficient to prove the case against the accused. The following definition of 'b7''reasonable doubt' is often quoted: "It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge." _____________________________________________________ 47 It has again been said that "reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there.' Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence." [65] Mahkamah ini juga merujuk kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169 yang mana Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersebut menyatakan seperti berikut: "We are of the view that whenever a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution's case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v. PP [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to why the defence story, though could not be believed, did not raise a reasonable doubt in the prosecution case. Thus, even though a judge does not accept or believe the accused's explanation, the accused must not be convicted until the court is satisfied for sufficient reason that such explanation does not cast a reasonable doubt in the prosecution case. To satisfy this test it is not so much the words used by the judge, but rather the actual application of the test to the facts of the case that matters. In this case, we found that the learned trial judge offered practically no reason why the defence, notwithstanding its falsity and unconvincing nature, had failed to cast reasonable doubt in the prosecution case, other than to state by way of lip service the duty placed by the law on the defence to earn an acquittal. _____________________________________________________ 48 It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test." _____________________________________________________ 49 [66] Satu keputusan Mahkamah Inggeris yang sering digunakan oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah bawahan ialah kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 di mana Lord Denning menerangkan tahap pembuktian oleh pendakwaan tanpa keraguan munasabah yang perlu di dalam kes-kes jenayah seperti berikut; "That degree is well settled. It need not reach certainty but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible but not in the least probable', the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice." Sama ada Tertuduh hanyalah pembantu kedai dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai rokok-rokok yang ditemui oleh pasukan serbuan [67] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa pernyataan Tertuduh bahawa Tertuduh hanyalah seorang pembantu kedai hanyalah rekaan semata-mata dan merely afterthought. Tertuduh telah gagal membuktikan bahawa dirinya hanyalah seorang pembantu kedai di Kedai Runcit tersebut. Tertuduh bukan sahaja gagal menyangkal bahawa P56(A) dan P56(B) yang secara jelas membuktikan Tertuduh dan Ngo Yu Diong adalah pemilik perniagaan Kedai Runcit tersebut, malah Tertuduh juga _____________________________________________________ 50 gagal mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong kenyataannya bahawa Tertuduh hanyalah pembantu kedai di Kedai Runcit tersebut. [68] Dalam memutuskan isu ini, Mahkamah sekali lagi telah meneliti kesemua keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Di sepanjang Kes Pendakwaan, pihak Pembelaan tidak pernah membangkitkan isu berkenaan Tertuduh yang bertindak sebagai pembantu kedai di Kedai Runcit tersebut. Tertuduh juga tidak pernah memaklumkan pasukan serbuan bahawa Tertuduh hanya merupakan pembantu kedai di Kedai Runcit tersebut. [69] Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa sekiranya benar Tertuduh hanya merupakan pembantu kedai, pada masa serbuan Tertuduh mempunyai peluang untuk menghubungi ‘pemilik’ perniagaan agar hadir ke premis berkenaan bagi menjelaskan mengenai rokok-rokok yang dirampas tersebut, namun Tertuduh gagal berbuat sedemikian. Kagagalan ini menunjukkan Tertuduh sebenarnya adalah pemilik perniagaan berkenaan serta menguruskan perniagaan tersebut sepenuhnya. Sama ada Tertuduh sememangnya tidak mempunyai kawalan ke atas Kedai Runcit tersebut [70] Tertuduh semasa memberikan keterangan, telah menyatakan bahawa pada hari kejadian serbuan, Kedai Runcit tersebut dibuka oleh Ngo Yu Diong dan Tertuduh tidak mempunyai kunci Kedai Runcit tersebut. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan ini _____________________________________________________ 51 adalah rekaan semata-mata bagi mengelirukan Mahkamah. Turut dihujahkan bahawa ketiadaan CCTV telah menyebabkan keterangan bahawa kenyataan Tertuduh (iaitu pada hari kejadian serbuan, Kedai Runcit tersebut dibuka oleh Ngo Yu Diong) ini tidak dapat disokong oleh mana-mana keterangan. Ngo Yu Diong juga gagal dipanggil oleh pihak Pembelaan. [71] Dalam memutuskan isu berkenaan kunci Kedai Runcit tersebut, Mahkamah sekali lagi telah meneliti keterangan SP6 yang merupakan Ketua Pegawai Serbuan pada masa material. SP6 telah menyatakan bahawa ‘Kunci yang dirampas ini, kunci ini dibagi oleh OKT. Kunci ini kunci kedai’. [72] Mahkamah ini juga telah menghalusi keterangan SD1/ Tertuduh semasa di peringkat Pemeriksaan Balas, iaitu sebagaimana berikut: Soalan: Setuju dengan saya, kedai tersebut dikunci menggunakan kunci yang kamu beri kepada pasukan serbuan? Jawapan: Soalan: Saya katakan kunci tersebut telah dirampas daripada Encik Ngo? Jawapan: _____________________________________________________ 52 [73] Penjelasan yang diberikan oleh Tertuduh semasa Pemeriksaan Semula bahawa Tertuduh telah tersalah jawab dan Tertuduh tidak tahu di mana kunci tersebut diambil tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa pada hari kejadian, P27 (iaitu 01 set kunci kedai yang bertanda ‘X’) telah dirampas oleh pasukan serbuan daripada Tertuduh sendiri. [74] Mahkamah ini percaya bahawa selaku pemilik perniagaan, pemilik kunci Kedai Runcit tersebut, individu yang menjalankan transaksi jual beli semasa ketiadaan Ngo Yu Diong serta keberadaan Tertuduh di Kedai Runcit tersebut pada masa material, jelas membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai kuasa untuk melupuskan barang-barang di Kedai Runcit tersebut (termasuk rokok-rokok yang telah dirampas) dan kawalan ke atas Kedai Runcit tersebut. Tambahan lagi, Tertuduh juga semasa Pemeriksaan Balas, telah bersetuju bahawa pada masa serbuan, barang-barang adalah di bawah kawalan Tertuduh yang berada di Kedai Runcit tersebut ketika itu. [75] Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa elemen pemilikan ke atas rokok-rokok yang dirampas iaitu P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 oleh Tertuduh dari sudut tafsiran undang-undang wujud apabila Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan ke atas barang-barang tersebut dan disertakan dengan kuasa untuk melupuskan barang-barang berkenaan. Sama ada terdapat individu lain yang mempunyai akses kepada Kedai Runcit tersebut _____________________________________________________ 53 [76] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan Tertuduh mengenai akses Ngo Yu Diong ke atas Kedai Runcit tersebut adalah yag difikirkan kemudian untuk melepas dirinya. Hal ini kerana semasa Pemeriksaan Balas, Tertuduh bersetuju bahawa sepanjang siasatan Tertuduh tidak pernah memberikan nama mana-mana individu untuk dikaitkan dengan rokok-rokok tersebut. [77] Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa pemilikan tidak perlu dibuktikan secara eksklusif, memadai pembuktian ‘power to dispose to exclude others’. Walaupun sekiranya terdapat individu lain yang mempunyai akses kepada Kedai Runcit tersebut, Tertuduh pada masa material mempunyai kawalan ke atas Kedai Runcit tersebut serta mempunyai milikan ke atas P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 serta mempunyai kuasa untuk melupuskannya. Sama ada Tertuduh sememangnya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan rokok-rokok yang dirampas tersebut [78] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa pernyataan Tertuduh bahawa rokok-rokok yang dirampas tersebut (iaitu P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26) adalah milik adiknya Ngo Yu Diong adalah berbentuk penafian semata-mata. Ini disebabkan oleh keterangan Tertuduh semasa Pemeriksaan Balas, yang mana Tertuduh telah bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa Tertuduh ada membuat pengakuan kepada SP6 bahawa Tertuduh ada menjual rokok seludup. Namun semasa Pemeriksaan Semula, Tertuduh menyatakan bahawa _____________________________________________________ 54 Tertuduh bersetuju dengan cadangan pihak Pendakwaan kerana Tertuduh ada ternampak rokok yang loose di bawah kaunter. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa pernyataan Tertuduh ini adalah berbentuk penafian semata-mata kerana Tertuduh sebenarnya mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan rokok-rokok tersebut di Kedai Runcit tersebut. [79] Mahkamah ini percaya untuk mengatakan Tertuduh tiada pengetahuan langsung mengenai kewujudan rokok-rokok tersebut di Kedai Runcit tersebut adalah tidak munasabah. Hal ini kerana Tertuduh sendiri semasa Pemeriksaan Balas telah bersetuju bahawa rokok-rokok tersebut sebenarnya disorok kerana ianya menyalahi undang-undang. Adalah terang lagi bersuluh, Tertuduh sememangnya mempunyai pengetahuan berkenaan rokok-rokok yang dirampas tersebut (iaitu P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26). Selain itu, Mahkamah ini mengulangi dapatan Mahkamah sebagaimana di Intipati (c). Sama ada Tertuduh sememangnya tidak menyaksikan pemeriksaan yang dibuat oleh pihak Kastam. [80] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa segala keterangan yang diberikan oleh Tertuduh mengenai Tertuduh tidak memerhatikan pemeriksaan yang dibuat adalah bersifat penafian semata-mata tanpa sebarang bukti seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menyokong keterangan tersebut. _____________________________________________________ 55 [81] Setelah meneliti semula keterangan SP4 dan SP6, Mahkamah bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa semasa pemeriksaan balas terhadap SP4 dan SP6 tidak pernah ditanya mengenai ketidakberadaan Tertuduh semasa pemeriksaan dibuat. Sebagaimana keterangan pasukan serbuan, Tertuduh sememangnya menyaksikan pemeriksaan yang dibuat oleh pihak Kastam. Adalah amat jelas bahawa keterangan Tertuduh ini (bahawa Tertuduh tidak menyaksikan pemeriksaan yang dibuat) juga bersifat difikirkan kemudian. Sama ada Tertuduh berjaya mematahkan anggapan undang-undang terhadapnya [82] Tiada sebarang dokumen dikemukakan oleh pihak Pembelaan kepada Mahkamah ini bagi membuktikan kewujudan permit import atau dokumen pembayaran cukai/duti ke atas rokok-rokok yang dirampas tersebut. [83] Setelah menghalusi keterangan Saksi-saksi Pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa atas imbangan kebarangkalian, Tertuduh telah gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 135(2) Akta Kastam 1967, Tertuduh telah gagal untuk membuktikan bahawa Tertuduh tiada pengetahuan berkenaan rokok-rokok yang dirampas (iaitu P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26) yang merupakan barangan larangan Kastam. [84] Kesimpulannya, Mahkamah ini berpendapat versi Pembelaan adalah tidak dapat dipertimbangkan mahupun diterima oleh Mahkamah. _____________________________________________________ 56 Tertuduh dalam keterangannya hanya membuat penafian semata-mata, tanpa menimbulkan sebarang keraguan mahupun mematahkan sebarang anggapan undang-undang terhadapnya. Mahkamah ini percaya Pembelaan yang cuba dibangkitkan dilihat lemah, bersifat penafian semata-mata dan sama sekali tidak mendatangkan sebarang keraguan yang munasabah. Lain-lain isu: Bantahan oleh pihak Pembelaan [85] Semasa Pemeriksaan Balas terhadap SD1/ Tertuduh pada 28/11/204, Peguambela telah membantah soalan-soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa berkenaan rakaman percakapan Tertuduh. Berikut adalah nota prosiding pada tarikh berkenaan: Soalan: Setuju dengan saya, selepas Kastam tahan you, Pegawai Penyiasat ada rekod statement you, ada ambil rakaman percakapan you? Jawapan: Soalan: Setuju dengan saya kamu ada tandatangan rakaman percakapan? Jawapan: Tidak pasti. Soalan: _____________________________________________________ 57 Setuju dengan saya, apa-apa yang you cakap dekat Kastam semasa ambil rakaman percakapan you, adakah keterangan daripada you sendiri? Jawapan: Soalan: Setuju dengan saya dalam rakaman percakapan itu, you ada mengaku kepada Kastam itu adalah barangan you? Peguambela: It is a settled law, untuk rakaman percakapan perlu Trial Within Trial. Pegawai Pendakwa: Secara general sahaja. Content boleh diterima masuk sebagai keterangan. Mahkamah: Pihak-pihak untuk menghujahkan berkenaan isu ini di dalam Hujahan Bertulis. [86] Pihak Pendakwaan telah menghujahkan bahawa Seksyen 116B(1) Akta Kastam 1967 memberi keistimewaan kepada Pegawai Pendakwa bagi mengemukakan soalan yang berkaitan dengan rakaman percakapan semasa pemeriksaan balas terhadap Tertuduh. Admissibility of statements in evidence 116B. (1) In any trial or inquiry by a court into an offence under this Act, any statement, whether the statement amounts to a confession or not or whether it is oral or in writing, made at anytime, whether before or after the person is charged and whether in the course of an investigation under this Act or not, and whether or not wholly or partly in answers to questions, by an accused person to or in the hearing of any officer of customs, and whether or not interpreted to _____________________________________________________ 58 him by any other officer of customs or any other person, shall, notwithstanding any written law to the contrary, be admissible at his trial in evidence and, if that person tenders himself as a witness, any such statement may be used in cross-examination and for the purpose of impeaching his credit. [87] Turut dihujahkan oleh pihak Pendakwaan bahawa pihak Pendakwaan tidak hanya bergantung kepada rakaman percakapan Tertuduh sahaja bagi mendapatkan sabitan terhadap Tertuduh. Hal ini kerana bukti-bukti lain yang telah dikemukakan juga jelas menunjukkan Tertuduh telah terlibat dengan pemilikan barang-barang kes pada masa material. Menurut pihak Pendakwaan, soalan berkaitan kandungan rakaman percakapan ini hanyalah untuk menyokong bukti-bukti yang telah dikemukakan. Kontradiksinya, pihak Pembelaan di dalam Hujahan Bertulis mereka, tidak berhujah berkenaan isu rakaman percakapan ini. [88] Oleh yang demikian, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 116B(1) Akta Kastam 1967, Mahkamah ini memutuskan bahawa bantahan yang dikemukakan oleh Peguambela pada 28/11/2024 adalah ditolak. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan adalah diterima masuk sebagai sebahagian keterangan di Mahkamah ini. [89] Mahkamah percaya lain-lain isu ini telah diketengahkan di peringkat kes Pendakwaan dan Mahkamah telah membincangkan isu ini sebagaimana di atas. Maka, Mahkamah mengulangi alasan-alasan yang telah dibincangkan di atas. I. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN _____________________________________________________ 59 [90] Selaras dengan peruntukan Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah berserta peruntukan undang-undang yang telah dibincangkan di atas, tanggungjawab Mahkamah ini di akhir kes ini adalah untuk membuat penelitian dan penilaian terhadap pembelaan yang diutarakan dan setelah menilai kesemua keterangan yang dikemukakan, menentukan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. [91] Berdasarkan prinsip undang-undang yang telah dinyatakan serta setelah mendengar, meneliti, menimbang dan menilai keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan dan setelah menilai kredibiliti saksi-saksi Pembelaan serta mengambilkira keseluruhan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa: i) Pihak Pendakwaan telah membuktikan kes untuk Pertuduhan Pindaan pada tahap melampaui keraguan yang munasabah ii) Pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. Oleh yang demikian, Tertuduh didapati bersalah bagi Pertuduhan Pindaan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang mana jika sabit kesalahan Tertuduh/OKT boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(bb) Akta yang sama. [92] Mahkamah telah mempertimbangkan faktor-faktor berikut semasa menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh iaitu: a) Kepentingan Awam. _____________________________________________________ 60 Pihak Pembelaan dalam membuat rayuan mitigasi telah memohon Mahkamah untuk mempertimbangkan faktor proportionality iaitu kesepadanan. Menurut Peguambela, merujuk kepada hansard Parlimen yang mana niat Parlimen adalah untuk menghalang aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras secara haram tanpa kelulusan Kastam. Turut dihujahkan bahawa kepentingan OKT mengatasi kepentingan awam. Tiada kesan serius kepada kepentingan awam jika Tertuduh diberi peluang kedua. Tertuduh bukan pengedar rokok secara besar-besaran kerana subject matter hanya bernilai RM350.84 sahaja. Adalah menjadi matlamat penggubalan Akta Kastam 1967, antaranya adalah untuk menangani aktiviti penyeludupan yang semakin berleluasa. Mahkamah ini berpandangan bahawa jika jenayah sebegini, walaupun aktiviti melibatkan barang larangan Kastam dalam skala yang kecil, tidak ditangani dengan segera, lambat laun ianya pasti akan melumpuhkan ekonomi negara dan pada masa yang sama menjejaskan keselamatan, keharmonian serta gaya hidup masyarakat. Mahkamah adalah bertanggungjawab untuk memastikan hukuman yang dikenakan dapat menggambarkan kepentingan awam diberikan keutamaan selari dengan hak Tertuduh. b) Keseriusan kesalahan yang dilakukan. Pihak Pembelaan dalam membuat rayuan mitigasi telah menyatakan bahawa gravity of the offence ataupun keberatan kesalahan adalah pada skala kecil kerana kesalahan memiliki _____________________________________________________ 61 barang larangan kastam tidak mengancam orang awam, nilai barang kes RM350.84 sahaja dengan cukai RM409.60. Mahkamah ini sekali lagi merujuk kepada P2 (Pertuduhan Pindaan) yang mana Seksyen 135 (1)(v)(bb) Akta Kastam 1967 memperuntukkan hukuman yang berat iaitu ‘Denda tidak kurang daripada dua puluh (20) kali ganda nilai barang (RM7016.80) atau RM 200,000.00 (yang mana lebih besar) dan tidak lebih daripada empat puluh (40) kali nilai barang (RM14,033.60) atau RM 1,000,000.00 (yang mana lebih besar), atau penjara tidak kurang enam (6) bulan dan tidak lebih tujuh (7) tahun atau kedua-duanya sekali’. Ini jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh merupakan satu kesalahan yang serius. Mahkamah ini juga mengambilkira keseriusan kesalahan yang oleh dilakukan Tertuduh telah memberi kesan terhadap ekonomi negara. Mahkamah mengambil notis kehakiman berkenaan nilai kehilangan cukai negara yang tinggi akibat daripada aktiviti tidak bertanggungjawab ini. Mahkamah ini berpandangan aktiviti melibatkan barang larangan Kastam walaupun dalam skala yang kecil tidak boleh dipandang enteng kerana ianya tetap merupakan satu jenayah ekonomi yang bukan sahaja menyebabkan negara kehilangan pendapatan, malah jenayah ekonomi ini juga menghalang pelabur asing daripada melabur di negara kita, Malaysia. c) Latar belakang Tertuduh. _____________________________________________________ 62 Mahkamah ini juga mempertimbangkan latar belakang Tertuduh yang merupakan warga emas yang berusia berumur 63 tahun. Menurut Peguambela, Tertuduh sakit tua, tidak berkahwin serta tidak mempunyai waris, hanya mempunyai adik kandungnya. Kontradiksinya, Pegawai Pendakwa menghujahkan bahawa walaupun Peguambela memohon Mahkamah mengambilkira faktor kesihatan Tertuduh namun tiada sebarang rekod kesihatan Tertuduh dikemukakan pada hari ini. Pihak Pembelaan dalam mitigasinya tidak menyatakan sebarang perasaan insaf dan kesal atas kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh. Perkara ini juga diambilkira oleh Mahkamah ini. d) Kesalahan Berulang Pihak Pembelaan dalam membuat rayuan mitigasi telah memohon Mahkamah ini untuk mempertimbangkan hukuman alternatif di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah iaitu bon berkelakuan baik dengan cagaran kepada Tertuduh. Namun, Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah adalah untuk pesalah kali pertama. Tertuduh dalam kes ini mempunyai rekod jenayah. Kes ini telah melalui proses perbicaraan yang panjang dan telah memakan masa dan kos. Adalah tidak wajar untuk satu bon berkelakuan baik dibenarkan bagi Tertuduh. Menurut pihak Pendakwaan, peluang telah diberikan kepada Tertuduh untuk berubah yang mana semasa kesalahan lalu, Tertuduh telah didenda. Pihak Pendakwaan _____________________________________________________ 63 memohon hukuman setimpal kerana Tertuduh merupakan repeated offender. Rekod sabitan lampau Tertuduh (iaitu P60 dan P61) menunjukkan bahawa Tertuduh bukan pesalah kali pertama, Tertuduh bukan sahaja masih belum insaf malah masih belum serik walaupun pernah dihukum dengan hukuman denda sebelum ini. Mahkamah ini percaya Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah adalah untuk pesalah kali pertama dan ianya adalah amat jelas tidak bersesuaian untuk Tertuduh di dalam kes ini. Oleh yang demikian, Tertuduh wajar dikenakan hukuman yang lebih berat. Setelah mengambilkira bahawa kes ini telah melibatkan jumlah saksi yang agak ramai iaitu seramai 07 orang Saksi Pendakwaan dan 01 orang Saksi Pembelaan telah dipanggil memberi keterangan, Mahkamah percaya hukuman denda RM250,000 gagal bayar 2 tahun penjara adalah memadai dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh. Mahkamah ini juga mengambilkira umur Tertuduh yang kini berusia 63 tahun, serta barang kes yang hanya bernilai RM350.84 sahaja serta mengimbangi dengan kesalahan berulang yang dilakukan oleh Tertuduh, Mahkamah percaya denda RM250,000 daripada nilai minimum denda RM200,000.00 adalah memadai bagi kesalahan yang telah dilakukan oleh Tertuduh. e) Hukuman berbentuk pencegahan Hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh perlu dijadikan pengajaran bukan sahaja kepada Tertuduh, malah kepada _____________________________________________________ 64 masyarat di luar sana amnya. Mahkamah percaya hukuman yang dijatuhkan perlu memberikan satu mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa penyeludupan rokok adalah jenayah ekonomi yang besar dan Kerajaan memandangkan serius berkenaan kesalahan ini. Mahkamah percaya hukuman yang dijatuhkan perlu berbentuk pencegahan bagi mengelakkan kesalahan yang sama berulang di masa akan datang dan pada masa yang sama dapat membendung ketirisan hasil cukai negara. [93] Setelah menimbangkan faktor-faktor peringanan dan pemberatan hukuman, Mahkamah ini memutuskan Tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM250,000 gagal bayar 2 tahun penjara. Selaras dengan seksyen 119A(1) Akta Kastam 1967, OKT juga diperintahkan untuk membayar cukai sebanyak RM409.60 kepada Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, jika gagal bayar 01 bulan penjara. Selaras dengan seksyen 127(1) Akta Kastam 1967, eksibit P12 hingga P15, P17 hingga P19 serta P21 hingga P26 iaitu rokok-rokok yang dirampas, dilucuthak kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk dilupuskan selepas rayuan (sekiranya ada). _____________________________________________________ 65 [94] Berdasarkan alasan-alasan berikut, Mahkamah ini berpendapat keputusan yang telah dikeluarkan adalah adil, wajar dan munasabah dan berdasarkan peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Akta. Bertarikh pada 12 Mac, 2025 (TENGKU ELIANA BINTI TUAN KAMARUZAMAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KUANTAN Peguam: Bagi pihak Pendakwa Raya – Nurhafizah binti Ahmad Bagi pihak Tertuduh – Dato' Zaharman bin Zainal Abidin & Ahmad Shamsul Akmal bin Yusof (Tetuan Fatin & Zaharman)