Subparagraph
(iii) tiada sebarang cap jari Perayu yang dijumpai atas barang kes atau bahagian beg di mana dadah tersebut dijumpai. [11] Berhubung isu kedua iaitu hakim bicara bijaksana dikatakan gagal mempertimbangkan terdapat DNA pihak ketiga pada pakaian di dalam beg termasuk adanya pakaian wanita dan kanak-kanak serta tiada DNA Perayu pada barang kes (dadah), peguam bela terpelajar berhujah bahawa hasil ujian DNA ke atas pakaian yang ada di dalam beg menunjukkan wujudnya DNA pihak ketiga ke atas pakaian-pakaian tersebut selain DNA Perayu. Penjelasan ke atas kewujudan DNA Perayu ke atas pakaian-pakaian tersebut adalah kerana Perayu telah disuruh mengeluarkan pakaian-pakaian yang terdapat di dalam beg tersebut dan kemudiannya memasukkan pakaian-pakaian tersebut ke dalam beg galas P9 semula atas arahan SP3 dan SP7. Mengikut hujahan peguam bela terpelajar, apabila wujudnya DNA pihak ketiga ke atas pakaian tersebut, menunjukkan adanya akses oleh pihak ketiga ke atas beg pakaian tersebut dan selanjutnya ke atas barang kes tersebut. Tambahan pula dengan ketiadaan cap jari Perayu yang dijumpai pada barang kes dadah jelas menunjukkan bahawa Perayu bukanlah orang yang meletakkan dadah tersebut di dalam beg galas P9 sebaliknya orang lain. Ini disokong dengan kewujudan DNA pihak ketiga ke 10 atas pakaian-pakaian yang terdapat di dalam beg galas P9. Fakta-fakta ini jelas menyokong pembelaan Perayu. [12] Berhubung isu ketiga iaitu hakim bicara bijaksana dikatakan gagal mempertimbangkan pembelaan "innocent carrier" yang dikemukakan oleh Perayu, menjadi hujahan peguam bela terpelajar Perayu bahawa dalam keadaan ketiadaan cap jari Perayu dijumpai pada dadah yang dijumpai, wujudnya DNA pihak ketiga pada pakaian di dalam beg tersebut, ditambah pula dengan reaksi Perayu yang kelihatan normal sebagaimana yang dinyatakan oleh saksi-saksi, maka ini adalah selaras dengan pembelaan Perayu bahawa Perayu adalah seorang "innocent carrier". Penilaian dan keputusan kami [13] Kami telah meneliti rekod rayuan termasuk alasan penghakiman oleh hakim bicara bijaksana. Dari alasan penghakiman hakim bicara bijaksana, jelas kepada kami bahawa isu Perayu dikatakan tidak mempunyai pengetahuan beg galas P9 mengandungi dadah dan Perayu hanyalah “innocent carrier”; ujian DNA menunjukkan terdapat profil campuran DNA; tiada DNA dan cap jari Perayu atas bungkusan dadah; semuanya ini telah dihujahkan dan diberi pertimbangan oleh hakim bicara bijaksana seawal kes pendakwaan lagi. Antaranya di perenggan 42 alasan penghakiman di Jilid 1 di muka surat 26 hakim bicara bijaksana menulis: “42. Saya akan menyentuh isu-isu lainnya yang dibangkitkan oleh pembelaan dalam hujahannya iaitu: TIADA DNA DAN KESAN CAP JARI TERTUDUH 11 Peguam Tertuduh yang terpelajar ada menghujahkan DNA yang dilakukan atas pakaian yang dijumpai dalam beg galas yang berisi dadah terdapat campuran DNA orang lain dan bukannya Tertuduh. Dihujahkan kemungkinan orang lain yang meletakkan dadah [P 13C dan P 13D] dalam beg galas [P9], saya berpendapat mengenai isu DNA yang dibangkitkan oleh peguam bela Tertuduh yang terpelajar, memadai saya merujuk kes Ifeanyi Okafor v. PP [2015] 1LNS 409 di mana Mahkamah Rayuan, Malaysia berpendapat: “[17] On the presence of a third party DNA, we agree with the learned Deputy that it is quite immaterial to whom the bag belonged. Possession in law is not depended on whether the bag in fact belong to the appellant. The fact that the appellant was caught carrying the bag showed that he was in custody and control of the said bag.” Peguam bela Tertuduh yang terpelajar turut menghujahkan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan kesan cap jari Tertuduh ke atas bungkusan dadah yang disembunyikan di bahagian kedua-dua dinding beg galas menjejaskan kes pendakwaan. Saya berpendapat kesan cap jari sekadar untuk membantu kes pendakwaan bagi mengaitkan dadah dengan Tertuduh. Pendakwaan telah membuktikan kawalan atau jagaan atas dadah dan selanjutnya pengetahuan Tertuduh berkaitan dadah di dalam beg galas dianggap di bawah s. 37 (d) Akta itu. Saya berpendapat dalam membuktikan pengedaran dadah bukannya keperluan undang-undang kesan cap jari Tertuduh wajib dikemukakan oleh pendakwaan.” [14] Dalam keadaan sedemikian, kami berpendapat, adalah tidak tepat sama sekali bagi peguam bela terpelajar untuk mendakwa perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh hakim bicara bijaksana. Walau apa pun, seperti mana disentuh di awal penghakiman ini, hakim bicara bijaksana membuat keputusan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan setelah mendapati Perayu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas beg galas P9 yang 12 mengandungi dadah berbahaya tersebut. Seterusnya hakim bicara bijaksana mengguna pakai anggapan di bawah s.37(d) Akta bagi membuktikan Perayu mempunyai pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya yang dirampas. Berhubung dengan elemen pengedaran, hakim bicara bijaksana memutuskan pendakwaan telah membuktikan Perayu melakukan perbuatan mengedar dadah jenis Methamphetamine seperti ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta berdasarkan kepada fakta bahawa Perayu telah mengangkut dan membawa dadah yang dipertuduhkan dari Bangkok ke Bukit Kayu Hitam. Dari keterangan yang ada kami, dengan hormat, bersependapat dengan hakim bicara bijaksana bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan yang ada. Tiada apa-apa kesilapan atau salah arah di pihak hakim bicara bijaksana dalam mendapati Perayu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas beg galas P9 yang di dalamnya mengandungi dadah yang dirampas dan seterusnya mengguna pakai anggapan di bawah s.37(d) Akta bagi membuktikan Perayu mempunyai pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut. [15] Berhubung elemen pengedaran, hakim bicara bijaksana mengguna pakai definisi pengedaran seperti diperuntukkan di bawah seksyen 2 Akta. Dalam keadaan kes ini di mana keterangan menunjukkan pada masa ditahan Perayu sedang dalam perjalanan dari Thailand untuk memasuki Malaysia dengan membawa beg galas P9 yang mengandungi 2,270.01 gram Methamphetamine, kami mendapati hakim bicara bijaksana adalah betul apabila mendapati elemen mengedar seperti ditakrif di bawah seksyen 2 Akta telah dibuktikan. Seperti dalam kes Munuswamy Sundar Raj v PP [2016] 1 CLJ 357, Suriyadi Halim Omar, HMP (pada ketika itu) dalam memberi penghakiman Mahkamah Persekutuan memutuskan: 13 “[14] The ingredient of trafficking was established when the appellant carried the drugs from New Delhi Airport to Kuala Lumpur (see s. 2 of the Act).” [16] Begitu juga dalam kes Methan Aydroos Mohamed Pillai Naina Mohamed v PP [2013] 1 LNS 968 di mana Azahar Mohamed, HMR (pada ketika itu) memberi penghakiman Mahkamah Rayuan: “[26] That is not all. In our judgment, on consideration of the evidence and the material available on the Record of Appeal, there was more than sufficient admissible evidence to support a finding of trafficking independent of the trafficking presumption under s. 37(da) of the Act having regard to the definition under section 2 of which defines the offence as: 'trafficking' includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act. [27] In this instant case, the appellant was apprehended in the act of carrying ketamine weighing in total 5759.3 grammes, which in our view an amount much larger than was likely to be used for his own consumption. And what is more glaring was the manner on how the drugs were concealed in the photo frames; this indicated an intention to avoid detection. Drugs traffickers would use all kinds of tricks or deception to conceal the drugs from being detected by enforcement agencies (see: Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764). And the most telling evidence is that the appellant had brought the drugs from India into Malaysia. This was sufficient to lead to a strong and irresistible inference that the purpose for which the appellant was 14 in possession of the drugs he was carrying was to transfer the possession of the offending drug to another party in our country (see: Ong Ah Guan v. Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 and Mohamad Yazri b. Minhat v. PP: [2003] 2 MLJ 241).” [17] Berhubung dengan pembelaan “innocent carrier”, hakim bicara bijaksana telah membincangnya dengan panjang lebar di dalam alasan penghakiman beliau bermula dari perenggan 46 hingga 66 di muka surat 35 hingga 44 Jilid 1 Rekod Rayuan. Meneliti alasan penghakiman, adalah jelas kepada kami bahawa hakim bicara bijaksana telah memberi penekanan kepada pembelaan yang dibangkitkan oleh Perayu. Hakim bicara bijaksana menghayati akan fakta bahawa Perayu dalam keterangannya mengesahkan sebahagian besar keterangan saksi pendakwaan yang membawa kepada penemuan dadah dalam beg galas P9. Hakim bicara bijaksana telah menilai pembelaan Perayu termasuk pembelaan “innocent carrier” yang cuba dibangkitkan oleh Perayu dan akhirnya mendapati pembelaan yang dikemukakan hanyalah penafian dan menolak pembelaan “innocent carrier” kerana keterangan menunjukkan Perayu tidak mengenali “Ms. Hoa” atau orang yang memberi kepada dia beg galas P9 semasa di Bangkok tetapi masih tidak mengambil langkah untuk memeriksa beg galas P9. [18] Setelah meneliti keterangan yang diberikan oleh Perayu dan hujahan oleh peguam bela terpelajar, hakim bicara bijaksana memutuskan di perenggan 61 alasan penghakiman pada muka surat 42 Rekod Rayuan Jilid 1: “Saya berpendapat Tertuduh tidak boleh bergantung kepada pembelaan “innocent carrier” sebagaimana yang digariskan dalam nas-nas duluan yang dirujuk sebelum ini dalam penghakiman saya.” 15 [19] Setelah kami meneliti alasan penghakiman hakim bicara bijaksana, kami dapati tiada apa-apa salah arah atau kesilapan dalam pendekatan hakim bicara dalam pemakaian pembelaan “innocent carrier”. Berdasarkan keseluruhan fakta yang ada, kami bersetuju dengan hakim bicara bijaksana bahawa Perayu tidak boleh bergantung atas pembelaan “innocent carrier” memandangkan Perayu gagal mengambil apa-apa langkah untuk memeriksa beg galas P9, bukan sahaja sebelum beliau bersetuju untuk menerima untuk membawa beg galas P9 tersebut, malah dia juga gagal memeriksanya semasa membawanya masuk ke dalam bas untuk ke Malaysia sedangkan dia tidak pun mengenali Ms. Hoa atau lelaki berkulit hitam yang dikatakan menyerahkan beg galas P9 kepadanya. Perayu sudah semestinya mengesyaki Ms. Hoa yang baru sahaja dikenalinya semasa di Kemboja tetapi sanggup pula membelikannya tiket bas untuk ke Thailand. Perayu tidak mengetahui nama penuh Ms. Hoa dan tidak tahu nombor telefon Ms. Hoa. Dengan lain perkataan, Ms. Hoa merupakan orang asing bagi Perayu tetapi dengan begitu mudah Perayu mengikut arahan Ms. Hoa sehingga ke Thailand untuk mengambil beg daripada lelaki kulit hitam yang tidak dikenali utk diserahkankan kepada adik Ms. Hoa. [20] Kami bersependapat dengan hakim bicara bijaksana bahawa Perayu berpeluang untuk membuka beg galas P9 dan memeriksa beg galas P9 semasa berada di hotel selepas dikatakan diserahkan dengan beg galas P9 oleh lelaki berkulit hitam, jika benar itu yang berlaku. Semasa Perayu memasukkan pakaiannya ke dalam beg galas P9, Perayu boleh menyedari beg galas P9 mempunyai keberatan yang berbeza. Seperti mana dalam kes PP v Herlina Purnama Sari [2017] 1 MLRA 499 Mahkamah Persekutuan melalui Raus Sharif, PMR (pada ketika itu) berkata: 16 “43. In our judgment, that the manner in which the impugned drugs were concealed in the two boxes which were found in the respondent's luggage goes to show that the respondent knew the contents of the two boxes. It is not enough for the respondent to merely assert absence of knowledge. On the facts, there are many reasons for the respondent to be suspicious that the luggage she was carrying contained impugned drugs. But she wilfully shut her eyes. It is preposterous to accept the respondent's defence that she had agreed to carry something in her luggage to help Jo, a total stranger, to have the two boxes delivered to Jo's friend in Laos.