"to include particulars of the place where the accused claimed to have been at the time of the commission of the offence with which he is charged together with the names and addresses of any witnesses whom he intends to call for the purpose of establishing his alibi. The application by the learned Deputy to call an immigration officer under section 425 of the Criminal Procedure Code to give evidence to rebut the evidence was refused, according to the learned trial judge, in order to maintain his impartiality, yet his Lordship chose to remark (at p. 164) that "it is incumbent upon the defence to call this witness, let alone object to the calling of the witnesses", referring to the defence's objection of the calling of the immigration officer on the question of authenticity of the Border Pass, despite those authorities which make it more than abundantly clear that section 114(g) of the Evidence Act cannot be invoked against an accused person or for that matter failure to call any witnesses made the subject of comment to the jury at a jury trial. Thus, in Goh Ah Yew v Public Prosecutor [1949] MLJ 150, 153 the Court of Appeal held that: No inference can be drawn against an accused person in a criminal trial. There is no duty upon an accused person to call any evidence. He is at liberty to offer evidence or not as he thinks proper and no inference unfavourable to him can be drawn because he adopts one course rather than the other.” [66] Di dalam kes Choo Chang Teik & Anor. v. Public Prosecutor, [1991] 1 CLJ Rep 54 [1991] 3 CLJ 2387, Mahkamah Agung melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohd. Yusof Mohamed SCJ (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “We are not unmindful of the adverse inference drawn by the learned Judge under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 against the 1st appellant because he had failed to call his witnesses to testify that he had been attacked by thugs two years before as reason for him to run away from the scene and hence the learned Judge ruled that the appellant by inference of fact had the necessary knowledge of the existence of the drugs in the house. The Counsel on behalf of the 1st appellant objected to the inference drawn under s. 114(g) of the Evidence Act. He cited Illian & Anor. v. PP [1988] 1 MLJ 421 as his proposition that s. 114(g) of the Evidence Act cannot be invoked against an accused person nor can the failure of the accused to call any witness be made the subject of comment at a criminal trial. We do not agree and find that the facts in Illian's case are distinguishable. In that case Illian was jointly charged with one Yu Kiat Ho in trafficking dangerous drugs on 19 November 1978 in Kangar, Perlis. In evidence both accused were seen handing the drug to a third person. In the confusion that followed both Illian and the third person escaped from the scene. He was however arrested later and charged jointly with Yu. Illian's defence was an alibi showing that as between 16 November 1978 and 20 November 1978 he was in Thailand. He produced a border pass to prove his alibi. The prosecution application to adduce evidence in rebuttal that the border pass was not genuine was refused by the learned Judge. At the end of the trial the learned Judge drew an adverse inference against Illian on his failure to call any witness to support his defence. It is noteworthy that the present case differs from Illian's. Here, the prosecution had taken particular issue on the contention by the 1st appellant that he had been beaten two years before. Evidence in rebuttal was adduced by the prosecution showing that the 1st appellant had told some police officers during that period that he had a fall in his cell which caused his injury. The distinction in the present case is that upon rebuttal evidence having been adduced, the law has cast the burden on the 1st appellant to prove his own contention by the evidence of his friend at whose house he was seen beaten. When he failed to offer such proof the natural conclusion is that the proof if produced instead of rebutting would sustain the charge. In this view we are in agreement with the learned Judge that an adverse inference can be drawn against the 1st appellant in the present situation when a complete case has been made out against the 1st appellant and the case disclosed that there is evidence which could be produced by the appellant to negate the charge against him - see Commentary on s. 114 Law of Evidence in India by Woodroffe & Ameer Ali 13th Edn. at 2656. Our view is fortified by the decision in Baharom v. PP [1960] 26 MLJ 249. In that case the accused was convicted and sentenced to death for murder. He raised insanity as a defence. At one stage or another the defence knew that the Principal Officer, Pudu Jail, the Medical Officer i/c of Prison and the Medical Superintendent, Tanjong Rambutan were in a position to give evidence if called upon as to the accused's state of mind. The defence did not produce any of those witnesses. The learned trial Judge expressed his opinion when directing the jury that he could find no evidence of insanity. On appeal on the point that the trial Judge had misdirected the jury, Thomson CJ said at 250: ... it was for the defence to call that evidence and if they did not do so the jury might safely draw the unfavourable inference provided for by s. 114(g) of the Evidence Ordinance, that is to say that if called it would be unfavourable to the accused. ... in such a case, there is an onus on the defence, that is to prove that the accused was insane.” [67] Sebelum kami mengulas dengan lanjut berkaitan kes-kes tersebut, kami ingin mengimbas kembali keterangan SP3 berkaitan jawapan beliau berkaitan penglibatan penama Ah Hua dan Ah Pau seperti yang disebut oleh tertuduh. [68] SP3 di dalam sesi pemeriksaan balas mengatakan seperti yang berikut: “S: Saya mencadangkan kepada kamu sebelum kamu sampai ya, sebenarnya Tertuduh ini ada berjumpa dengan seorang lelaki cina bernama Ah Pau, tak tau dia sebut tak tau la, ya. Ni saya terpaksa cadangkan, bernama Ah Pau di depan Hotel KSL Resort. Tidak setuju Yang Arif. S: Tidak setuju, tak apa. Baik, kemudian beliau, apabila beliau dapat bungkusan sepertimana di dalam kes ini, saya cadang kepada kamu Tertuduh menganggap bahawa beliau telah menerima bungkusan-bungkusan yang berisi dadah ni dalam kes ni sebenarnya beliau beranggapan bahawa beliau telah menerima bungkusan-bungkusan berisi teh cina, setuju, tak setuju atau tidak tahu? Tidak setuju Yang Arif.” [69] Tertuduh di dalam keterangannya semasa sesi pemeriksaan utama mengatakan seperti yang berikut: “S: Saya nak tanya kamu dulu, Ah Pau ni siapa? J: Ah Pau adalah kawan saya Yang Arif. S: Kawan kamu, ok. Sebelum kamu kena tangkap, berapa lama dah kamu kenal Ah Pau ni? J: Lebih kurang 10 tahun Yang Arif. S: Lebih kurang 10 tahun. Ni sebelum kena tangkap ya? J: Benar Yang Arif. S: Tapi saya tengok sini dalam you punya statement awak tak ada bagi nama penuh Ah Pau pada polis, boleh jelaskan kenapa kamu tak bagi nama penuh Ah Pau ni pada polis? J: Saya tidak bagi nama penuh kerana polis tidak pernah bertanya kepada saya apa nama penuh Ah Pau. S: Kamu pun tahu ke nama penuh Ah Pau ni? J: Saya juga tidak tahu nama penuh beliau. S: Baik, dan saya juga tengok kamu punya statement ni D13 ni, tak ada pun nombor telefon, kamu bagi nombor telefon Ah Pau pada polis, kalau tengok tak ada langsung. Kenapa kamu tak bagi nombor telefon Ah Pau pada polis? J: Saya tidak bagi kerana polis tidak pernah bertanya kepada saya apa nombor telefon beliau. S: Ok saya rujuk kamu kepada pernyataan ni ya tadi, jadi kamu boleh cerita pada Mahkamah apa penglibatan Ah Pau dalam kes kamu ni hari ni? J: Dengan izin Yang Arif, pada masa tersebut Ah Hau yang suruh saya pergi ke KSL dan saya telah pun pergi ke KSL tersebut. Dan selepas itu saya telah berjumpa Ah Pau di depan KSL tersebut dan beliau telah menyerahkan barang tersebut daripada, ah bag tersebut kepada saya. S: Kita nak bincang pasal Ah Hau dulu ya, Ah Hau dulu. Ah Hau ni, boleh cerita pada Mahkamah apa dia punya peranan dalam kes ni? J: Dalam kes ini Ah Hau adalah orang yang suruh saya pergi ke KSL tersebut dan berjumpa dengan Ah Pau, setahu saya itu saja peranan beliau. S: Ah Hau ni suruh jumpa Ah Pau sebab apa dekat KSL? J: Ah Hau suruh saya pergi ke KSL dengan memberitahu saya minta Ah Pau serahkan barang kepada saya, serahkan bag tersebut kepada saya. S: Serahkan barang atau bag? Serahkan barang? J: Ah Hau yang suruh saya pergi ke KSL dan berjumpa dengan Ah Pau untuk menyerahkan bag yang berisi satu plastik tea leaf kepada saya. S: Kamu jumpa Ah Pau dekat mana? J: Saya berjumpa Ah Pau di KSL, pintu depan KSL S: Masa Ah Pau serahkan kamu dengan tea leaf tu, kamu ada cakap apa-apa tak dengan Ah Pau? J: Pada masa tersebut apabila beliau menyerahkan barang tersebut kepada saya, saya pun tanya kepada beliau apa barangnya sebenarnya. S: Ok, kamu tanya, so Ah Pau jawab apa? J: Di memberitahu saya adalah Chinese Tea, adalah teh la S: Ok, jadi bila kamu dapat barang tu yang Ah Pau bagi kamu ada tengok tak barang tu? J: Ada Yang Arif S: Boleh terang pada Mahkamah macam mana kamu tengok barang tu? J: Saya pun telah bukak bag tersebut dan saya pun tengok apa yang ada kat dalam dan saya nampak sahaja tea leaf tersebut, daun teh tersebut. S: Boleh terang pada Mahkamah macam mana kamu tengok barang tu? J: Saya pun telah bukak bag tersebut dan saya pun tengok apa yang ada kat dalam dan saya nampak sahaja tea leaf tersebut, daun teh tersebut. S: Boleh terang pada Mahkamah macam mana kamu boleh nampak itu daun teh? J: Kerana, saya boleh nampak kerana bag tersebut adalah beg yang dalam keadaan transparent tak ada apa-apa warna dan pun tidak berzip, tiada zip langsung jadi saya boleh sahaja bukak dan tengok apa barang kat dalam tersebut. S: Maksudnya apa, dia dalam bungkusan ke macam mana? J: Adalah dalam bungkusan, macam berpaket paketlah, paket-paket yang telah seal. S: Soalan saya, kamu cakap tadi berpaket-paket dalam seal. Kenapa kamu tak bukak paket seal tu? J: Kerana itu adalah barang kepada orang lain dan saya tak boleh pun bukak barang tersebut sebab bukan milik pada saya. S: Tadi kamu ada sebut kamu ada tanya soalan pada Ah Pau ya? Ah Pau jawab apa? J: Ah Pau pun menjawab barang tersebut adalah daun teh, Chinese Teh, itu sahaja. S: Mengikut pengetahuan kamu, dalam lapan hari kamu kena tahan ada tak polis siasat Ah Pau dan Ah Hau? J: Tidak S: Sekarang apa perasaan kamu ada tujuh lapan orang ni datang pada kamu ni masa tu? J: Pada masa tersebut saya rasa berasa takut Yang Arif. S: Berasa takut. Takut sebab apa? J: Saya takut kerana adalah terlalu ramai orang dan takut mereka akan menyerang saya. S: Takut kerana serang. Saya rujuk balik kamu kepada jawapan kamu tadi ya yang soalan tadi adakah kamu cuba melarikan diri semasa pihak polis tangkap kamu, kamu jawab saya tidak dapat melarikan diri kerana saya sudah ditahan oleh polis. J: Saya tidak pernah lari. S: Ok, terangkan pada Mahkamah apa maksud kamu ni, saya tidak dapat melarikan diri? J: Maksud saya tidak dapat melarikan diri pada masa tersebut adalah kerana apabila mereka datang dan mereka telah menolak saya sehingga saya terjatuh dan mereka pun telah menggari saya, dah saya tidak ada masa untuk, maksud saya tidak boleh melarikan diri sebab mereka dah garikan saya sudah.” [70] Tertuduh semasa pemeriksaan balas mengatakan seperti yang berikut: “S: Saya cadangkan ya, sebenarnya watak Ah Hau ni tidak wujud sebenarnya sebab kamu kan tahu kamu ditangkap sebab apa ya, mustahil kamu apa nama ni tidak akan mengambil maklumat mengenai telefon, maklumat telefon ataupun apa untuk polis siasat Ah Hau ni? J: Saya tidak setuju Yang Arif. S: Jadi pada hari ini saya katakan pada kamu, hanya Ah Hau dengan, dengan keterangan Ah Hau dan Ah Pau saja yang boleh apa memberitahu kebenaran cerita kamu pada hari ini? J: Saya setuju Yang Arif. S: Baik sebelum saya apa berakhir ya, saya cadangkan sekali lagi pada kamu watak Ah Hau dan Ah Pau yang kamu sebut adalah rekaan, setuju? J: Saya tidak setuju. S: Kemudian saya cadangkan lagi sekali ya, sebenarnya hanya kamu saja di hadapan KSL pada hari tersebut untuk serahkan barang tersebut kepada sebuah kereta BMW merah ini dan tidak ada pun sebenarnya yang dikatakan Ah Pau berada di situ? J: Saya tidak setuju Yang Arif. S: Dan setuju tak saya katakan hanya dengan keterangan Ah Pau saja yang boleh memberitahu apa yang berlaku di hadapan KSL tersebut? J: Saya setuju Yang Arif, maksudnya Ah Pau seorang sahaja yang boleh. S: Baik. Lanjutan daripada itu jugak setuju tak kamu tidak pernah memberi maklumat penuh mengenai Ah Hau dan Ah Pau kepada pihak polis untuk siasatan? J: Saya tidak setuju dengan cadangan Tuan DPP kerana pada masa saya ditangkap saya pernah bagitahu dekat polis Ah Hau tu dimana. Dan saya akan bagi, saya ada jugak bagitahu dekat polis saya boleh tunjuk arah tersebut, boleh pandu arah tersebut keberadaan Ah Hau tetapi polis sendiri yang cakap tidak perlu kerana Ah Hau tidak membantu untuk kes.” [71] Berdasarkan kepada keterangan SP3 di atas, adalah jelas bahawa kedua-dua penama misteri ini tidak wujud dan hanyalah merupakan rekaan tertuduh semata-mata. [72] Berbalik semula kepada persoalan utama yang berbangkit iaitu bolehkah inferens bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 digunapakai terhadap tertuduh di atas kegagalan pihak pembelaan memanggil Ah Hua dan Ah Pau meskipun kami tidak mempercayai kewujudan mereka berdua ini. [73] Mengimbas kembali fakta ini, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana di dalam penghakimannya memutuskan seperti yang berikut: “[46] Saya juga berpendapat jika benar Tertuduh datang ke Hotel KSL untuk berjumpa Ah Pau, sudah pasti Ah Pau ada bersama semasa serbuan dilakukan oleh SP3. Mengikut keterangan SP3, hanya Tertuduh seorang semasa tangkapan dan tiada individu lainnya. [47] Saya turut berpendapat memandangkan pembelaan mengaitkan Ah Hua dan Ah Pau dalam pembelaannya, menjadi tugas Tertuduh untuk memanggil saksi-saksi ini ke Mahkamah. Kegagalan ini membolehkan anggapan s.114 (g) Akta itu terpakai terhadap Tertuduh.” [74] Dengan kata lain, peruntukan ini menyatakan bahawa jika wujudnya satu keterangan yang boleh dikemukakan, tetapi pihak berkenaan memilih untuk tidak mengemukakan keterangan tersebut, maka peruntukan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterengan 1950 adalah terpakai. Anggapan ini akan membenarkan Mahkamah untuk menganggap bahawa sesuatu fakta itu mungkin telah berlaku dan pihak berkenaan telah dengan sengaja untuk tidak mahu memanggil saksi tersebut kerana ianya tidak akan memberi faedah atau mungkin jika dipanggil saksi ini akan memberikan suatu keterangan yang tidak menyokong atau membawa kemudaratan kepada kes pihak berkenaan. [75] Sehubungan dengan itu, jika dilihat sepintas lalu keputusan kes Baharom v. PP (supra) dan Choo Chang Teik & Anor (supra), anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 seperti seolah-olah boleh digunapakai terhadap tertuduh di dalam rayuan di hadapan kami ini. Tambahan lagi apa yang Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana lakukan hanyalah sekadar memindahkan evidentiary burden kepada tertuduh untuk mematahkan anggapan yang telah berbangkit terhadap tertuduh melalui penjelasan yang probable tanpa mengubah beban pembuktian yang sentiasa terletak di bahu pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. [76] Namun begitu sewajarnya ditegaskan bahawa fakta dan situasi yang berlaku di dalam kes Baharom v. PP dan Choo Chang Teik & Anor. v. Public Prosecutor adalah sangat berbeza berbanding dengan fakta rayuan di hadapan kami ini. Oleh itu, pada hemat kami, inferens yang menentang di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak boleh digunapakai terhadap tertuduh di dalam rayuan di hadapan kami ini. [77] Oleh itu adalah nyata bahawa Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah tersalah arah di dalam dapatannya tentang isu ini. Malah komentar yang menentang seperti contohnya pihak pembelaan dengan sengaja berniat menyembunyikan saksi-saksi demi menjaga kepentingan kesnya atau pembelaan dengan sengaja memilih untuk tidak mengemukakan keterangan tersebut kerana jika dikemukakan dibimbangi tidak akan memberi faedah kepada seseorang tertuduh atau mungkin juga boleh membawa kemudaratan kepada kes pihak pembelaan atau seumpamanya adalah komen-komen bersifat negatif yang tidak boleh dibuat atau dizahirkan terhadap pembelaan di dalam sesuatu alasan penghakiman. [78] Di dalam konteks rayuan di hadapan kami ini, jika sekali pun Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah tersalah arah di dalam dapatannya tentang pemakaian seksyen ini, namun pada hemat kami ianya bukanlah sesuatu yang fatal sama sekali. Malah kami tidak nampak apa-apa yang memprejudiskan atau menimbulkan sebarang salah laksana keadilan (miscarriage of justice) terhadap tertuduh bila Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana menyatakan pendiriannya yang sedemikian tentang hal ini. Ini adalah kerana terdapat keterangan melimpah ruah yang mengaitkan penglibatan tertuduh dengan pertuduhan pengedaran dadah ini. [79] Sehubungan dengan ini juga, Mahkamah Rayuan di dalam kes K Saravanan a/l Karuppiah v. Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 465 melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohd Noor Ahmad HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “(3) Although the trial judge had misdirected himself in commenting on the failure of the defence to call witnesses to support the appellant's story about the alleged fight at the coffeeshop, the misdirection by itself was not sufficient to displace the findings of fact and the conclusions made by the learned judge on the alleged fight in the face of the overwhelming evidence to support the conviction (see pp 473H-474A).