Izinkan saya untuk membacakan kepada Puan. Puan, berdasarkan kes ini pihak kami ingin memohon agar suatu hukuman dalam bentuk bon di bawah Seksyen 294(1) Kanun Prosedur Jenayah dan hukuman pemenjaraan ini digantung tertakluk kepada syarat-syarat tambahan dan ibu beliau sanggup menjadi penjamin kepada tertuduh bagi tujuan Bon Berkelakuan Baik ini. Ibu beliau berada di luar dan hadir bersama pada hari ini dan saya mohon sebanyak jaminan yang dikenakan adalah sebanyak RM3000 dengan seorang penjamin. Puan, di dalam kes Ramzi, Muhamad Ramzi bin Amin, satu faktor yang paling penting adalah saya ingin merujuk kepada perenggan 22 di muka surat 14, Puan, dalam kes tersebut, Mahkamah turut menimbangkan kepentingan awam latar belakang perayu ketiadaan rekod kesalahan lampau, pesalah pertama berat dadah, dalam apa jua keadaan sekali, OKT wajar diberikan suatu diskaun sebagai faktor peringanan hukuman dengan hukuman pemenjaraan itu digantung. Berdasarkan kepada kes ini, sebagai mana yang saya telah hujahkan sebentar tadi, faktor umur and antecedent, the background of the accused person dan juga selaku pesalah pertama yang mempunyai tanggungan kepada keluarga dan keluarga kecil beliau, maka dengan itu sendiri adalah membolehkan sesuatu seksyen ini terpakai di dalam kes ini, Puan, di dalam kes tersebut juga menyatakan sedikit fakta berkenaan kes Muhamad Ramzi, OKT di dalam kes Muhamad Ramzi adalah berumur 33 tahun dan berat yang terlibat adalah 10.59 gram di dalam kes masa berat yang terlibat adalah 7.83 gram dan OKT hari ini hanyalah berumur 22 tahun jadi masih banyak masa untuk beliau reform tetapi suatu peluang haruslah diberikan kepada beliau untuk beliau menjadi seorang yang lebih berguna kepada masyarakat kelak. Saya juga ingin memetik di dalam kes ini, di perenggan terakhir, (if the order of the suspended prison sentence has been facted or before in hand, the public interest ) apa yang saya maksud di sini adalah suatu peluang kedua wajar diberikan kepada beliau untuk beliau memulakan kehidupan baru bersama dengan keluarga beliau dan peluang itu haruslah diberikan oleh Mahkamah yang mulia ini agar beliau dapat menukarkan cara kehidpuan beliau kepada suatu yang bermakna dan berguna kepada masyarakat dengan umur yang sangat muda sekarang iaitu 22 tahun, masih panjang lagi masa untuk beliau membaiki diri dan berkhidmat kepada masyarakat di masa hadapan. Dengan izin Puan, ibu OKT hadir pada hari ini dan sanggup menjamin OKT dan saya mohon agar tempoh masa yang diberikan untuk menjamin Bon Berkelakuan Baik adalah sebanyak 2 tahun dengan tanpa cagaran sebanyak RM2000. [5] Manakala pihak pendakwaan berhujah seperti berikut :- Dengan izin Puan, bagi pemberatan, Puan. Yang pertama sekali saya pohon satu hukuman yang setimpal sebagai pengajaran dan terhadap permohonan peguam untuk Bon Berkelakuan Baik, pihak pendakwaan membantah terhadap bon tersebut atas sebab-sebab berikut, pertama sekali, saya sedia maklum bahawa Mahkamah juga mengambil maklum bahawa berat dadah yang dijumpai merupakan 7.83 gram Methamphetamine yang merupakan bukanlah jumlah borderline, ini yang pertama sekali. Yang kedua, Puan, mengenai penyakit yang telah dialami oleh anak OKT tiada apa-apa dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan kepada pendakwaan mahupun kepada pihak Mahkamah untuk menunjukkan/menyokong hujahan mereka. Seterusnya, kesalahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 ini adalah satu kesalahan jika diberikan bon adalah against kepentingan awam. Saya juga pohon mahkamah mengambil maklum berkenaan kes yang dikemukakan kepada Mahkamah pada hari ini di mana jumlah jaminan yang diberikan bagi bon dalam kes ini merupakan RM7000 selama 3 tahun. Itu sahaja hujahan saya, Puan. [6] Setelah mempertimbangkan rayuan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan, Mahkamah memutuskan untuk memerintahkan suatu Bon Berkelakuan Baik (S.294) untuk tempoh selama tiga (3) tahun dengan seorang penjamin dengan wang jaminan berjumlah RM4000. Prinsip penghukuman [7] Hukuman merupakan proses akhir dalam sesuatu prosiding jenayah. Mahkamah memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan adalah sesuai terhadap kesalahan yang dilakukan serta berlandaskan kepada prinsip-prinsip penghukuman yang diterima pakai. Tujuan sesuatu hukuman itu adalah untuk memastikan pembalasan, pencegahan, penghalangan dan pembaikpulihan (retribution, deterrence, prevention and rehabilitation) (PP v Tan Heng Lee [2013] 5 LNS 70) [8] Tujuan sesuatu hukuman itu juga telah dijelaskan dalam kes Pendakwa Raya v Cao Van Luyen [2016] 4 MLJ 161, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut :- [1]… Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman hanya perlu menimbang kehendak Parlimen, kepentingan awam, keseriusan kesalahan yang dilakukan, kesan ‘deterrent’, ‘retributive’ dan ‘rehabilitative’ hukuman tersebut, Isu-isu pemberatan dan peringanan dan hal ehwal keadaan keseluruhan sesuatu kes yang menjustifikasikan sama ada sesuatu hukuman wajar dilunakkan atau diberatkan. [9] Mahkamah mempunyai budibicara yang penuh dalam menjatuhkan hukuman tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dalam hal ini rujukan dibuat terhadap kes New Tuck Shen v Public Prosecutor