1
Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Perayu bagi tiga pertuduhan. Perayu telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan berikut: Pertuduhan Pindaan Pertama “Bahawa kamu bersama-sama pada 22 Januari 2024 jam lebih kurang 0500hrs bertempat di kawasan tepi Jalan Utama Felda Mempaga 28600 Karak Pahang, di dalam Daerah Bentong di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah didapati dalam milikan kamu bersama dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines berat bersih 14.7 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 22 Januari 2024 Jam lebih kurang 0500hrs bertempat di kawasan Tepi Jalan Utama Felda Mempaga 28600 Karak Pahang, di dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah didapati dalam milikan kamu bersama dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat 22.75 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan 3 di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama serta dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu bersama-sama pada 22 Januari 2024 Jam lebih kurang 0500hrs bertempat di kawasan tepi Jalan Utama Felda Mempaga 28600 Karak Pahang, di dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah didapati dalam milikan kamu dadah Methamphetamine berat bersih 0.62 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”