Lampiran
Lampiran 11 dan ekoran itu Pemohon telah menfailkan Notis Rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut. FAKTA KES 4. Pemohon telah mula berkhidmat sebagai Konstabel dengan Polis DiRaja Malaysia mulai 01.11.1996. 5. Pada 22.02.2016, Pemohon telah menerima surat tunjuk sebab dengan tujuan untuk dibuang kerja atau turun pangkat atas empat (4) pertuduhan iaitu atas kesalahan kelewatan mengemukakan permohonan untuk cuti sakit (2 pertuduhan) dan atas kesalahan tidak membawa Borang POL 62 -penyataan sakit semasa menjalani rawatan (2 pertuduhan). 6. Pemohon telah mengemukakan surat representasi bertarikh 10.03.2016. 4 7. Pada 13.06.2016, Pemohon telah menerima satu surat dari Responden Pertama bertarikh 26.05.2016 memaklumkan keputusan hukuman tatatertib iaitu hukuman buang kerja terhadap keempat-empat pertuduhan berkuatkuasa mulai 16.05.2016. 8. Pihak-pihak telah menfailkan hujahan bertulis dan pihak-pihak juga telah mengemukakan hujahan lisan pada tarikh perbicaraan. 9. Meneliti Notis Permohonan, affidavit-affidavit yang difailkan, hujahan bertulis pihak-pihak dan hujahan lisan pihak-pihak, saya menolak permohonan Pemohon di Lampiran 11 untuk penzahiran dokumen dibawah Aturan 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos RM3,000.00. Berikut adalah alasan-alasan kenapa Notis Permohonan Pemohon di Lampiran 11 ditolak dengan kos RM3,000.00. 10. Aturan 24 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan, Mahkamah boleh ada bila-bila masa memerintahkan mana-mana pihak untuk memberikan penzahiran dengan membuat dan menyampaikan kepada mana-mana pihak lain satu senarai dokumen yang berada atau pernah berada dalam milikan, jagaan atau kuasanya. 11. Aturan 24 Kaedah 7 (3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan; (3) Suatu permohonan minta suatu perintah di bawah kaedah ini hendaklah disokong dengan suatu afidavit menyatakan kepercayaan deponen bahawa pihak yang daripadanya penzahiran diminta di bawah kaedah ini ada, atau pada suatu masa tertentu ada, dalam milikan, jagaan atau kuasanya dokumen itu, atau kelas dokumen, yang dinyatakan atau diperihalkan dalam permohonan itu, dan bahawa termasuk di dalam satu daripada perihalan yang berikut: 5 (a) suatu dokumen yang pihak itu bersandar atau yang akan bersandar padanya; (b) dokumen yang akan — (i) menjejaskan kesnya sendiri; (ii) menjejaskan kes pihak lain; atau (iii) menyokong kes pihak lain; dan (c) suatu dokumen yang boleh membawa pihak yang mencari penzahiran suatu dokumen itu kepada suatu siri siasatan yang mengakibatkannya memperoleh maklumat yang boleh — (i) menjejaskan kesnya sendiri; (ii) menjejaskan kes pihak lain; atau (iii) menyokong kes pihak lain 12. Aturan 24 Kaedah 12 dan 13 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan 12. (1) Pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara Mahkamah boleh, tertakluk kepada kaedah 13(1), memerintahkan mana-mana pihak untuk mengemukakan kepada Mahkamah apa-apa dokumen dalam milikannya,jagaannya atau kuasanya yang berhubungan dengan mana-mana perkara dalam persoalan dalam kausa atau perkara itu yang termasuk di dalam satu daripada perihalan berikut: (a) dokumen yang pihak itu bersandar atau yang akan bersandarkan padanya; dan (b) dokumen yang akan — (i) menjejaskan kes suatu pihak; atau (ii) menyokong kes suatu pihak; dan (c) dokumen yang boleh membawa kepada suatu siri siasatan yang mengakibatkannya memperoleh maklumat yang boleh — (i) menjejaskan kes suatu pihak; atau (ii) menyokong kes suatu pihak. 6 13. (1) Suatu perintah bagi pengemukaan apa-apa dokumen untuk pemeriksaan atau kepada Mahkamah tidak boleh dibuat di bawah mana-mana kaedah yang tersebut di atas melainkan jika Mahkamah berpendapat bahawa perintah itu adalah perlu sama ada untuk menyelesaikan secara adil kausa atau perkara itu atau untuk menjimatkan kos. 13. Dalam kes Yakembaran Marimuthu, Edhar Joseph Jr H menyatakan; The essential element for an order for discovery are threefold; namely, first, there must be a “document”, secondly, the document must be “relevant” and thirdly, the document must be or have been in the “possession, custody or power” of the party against whom the order for discovery is sought;” [Bold ditekankan] As to “relevance”, our Rules of High Court limit discovery to documents which are “relevant to” or “relate “to the factual issues in dispute”. 14. Dalam kes Carlow Kilkeny Radio Ltd v. Broadcasting Commission [2003] 3 I.R. 528] di muka surat 573 Geoghegan J menyatakan; “…discover will not normally be regarded as necessary if the judicial review application is based on procedural impropriety as ordinarily that can be established without benefit of discovery. Likewise, of the application for judicial review is on the basis that the decision being impugned was a wholly unreasonable one in the Wednesbury sense, discovery will again not normally be necessary because if the decision is clearly wrong it is not necessary is where there is a clearly wrong it is not necessary to ascertain how it is arrived at. Where discovery will be necessary is where there is a clear factual dispute on the affidavits that would have to be resolved in order properly to adjudicate on the application or where there is a prima facie evidence to the effect, either that a document which ought to have been before the deciding body 7 was not before it or that a document which ought not to have been before the deciding body was before it …” 15. Berpandukan Aturan 24 Kaedah-Kaedah yang dirujuk di atas serta kes-kes di perenggan 13 dan 14, saya mendapati bagi kes semakan kehakiman, untuk mendapatkan penzahiran dan pemeriksaan dokumen, ianya tidak semudah kes-kes semakan kehakiman lain. Hak sedia ada bagi penzahiran yang mana wujud dalam kebanyakan dalam kes-kes lain tidaklah sebegitu bagi kes-kes semakan kehakiman. Bagi cabaran berasaskan prinsip Wednesbury, penzahiran total bagi undang-undang persendirian amat jarang dibenarkan. Namun begitu, penzahiran dibenarkan bagi memastikan keadilan kes. Walaubagaimanapun, penzahiran hendaklah terhad kepada perkara yang berkaitan dengan isu-isu yang dipertikaikan. 16. Pemohon menfailkan permohonan penzahiran dokumen ini atas alasan-alasan, antaranya, “untuk tujuan pemeriksaan kerana dokumen-dokumen yang dipohon menjadi teras kepada pembelaan Pemohon dan adalah perlu bagi Pemohon menfailkan affidavit balasan Pemohon kepada affidavit jawapan Responden.” 17. Isu yang perlu diputuskan adalah sama ada Pemohon telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dibawah Aturan 24 dan prinsip-prinsip penzahiran dalam kes kes-kes di perenggan 13 dan 14. 18. Saya mendapati Pemohon telah gagal memenuhi syarat-syarat tersebut berdasarkan alasan-alasan berikut. 8 i. Pemohon mengakui kesalahan ke atas keempat-empat pertuduhan (rujuk perenggan 2 surat representasi Pemohon bertarikh 10.03.2016- Ekshibit NIK-2) ii. Pemohon tidak memohon sebarang salinan dokumen untuk penyediaaan representasi beliau. (Rujuk perenggan 45 affidavit jawapan Responden) iii. Tindakan Pemohon memohon dokumen melalui Lampiran 11 atas alasan “untuk menfailkan affidavit balasan kepada affidavit jawapan Responden-Responden” adalah tindakan yang sudah terlewat kerana Pemohon mengaku ke atas keempat-empat pertuduhan terhadapnya. iv. Pemohon mungkin mempunyai “tangible interest” jika Pemohon tidak mengaku salah tetapi “tangible interest” tersebut adalah tertakluk kepada pembuktian dan dalam permohonan ini tiada keperluan pembuktian kerana Pemohon tidak boleh lagi mencabar atau menukar pengakuan tersebut. v. Cabaran ala-Wednesbury oleh Pemohon tidak memerlukan penzahiran. 19. Saya seterusnya bersetuju dengan hujahan SFC bahawa permohonan penzahiran di Lampiran 11 adalah menjurus kepada mempertikaikan asas bagaimana keputusan dicapai dan bukan setakat mencabar proses membuat keputusan. 20. Berasaskan fakta permohonan ini dan alasan-alasan di atas, saya memutuskan dokumen-dokumen yang dimohon adalah tidak lagi 9 relevan kerana Pemohon telah menyatakan pengakuan salah secara semasa mengemukakan representasi bertulis. 21. Undang-undang adalah mantap bahawa permohonan semakan kehakiman is not concerned with the correctness the decision but rather with the manner the decision was made. YA DATO’ HAJI MOHD YAZID BIN HAJI MUSTAFA HAKIM LJC MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM 25 OKTOBER 2017 Pihak-pihak PP: Pn Ebrina binti Zubir daripada Tetuan Maniam Nair & Co PR: Pn Zaliha binti Mohd Janis (Peguam Kanan Persekutuan) daripada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor