Content
1
JA-82D-22-05/2024
Magistrates Court of Malaysia18 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“enggoyahkan kes pendakwaan. Ianya tidak menjadi kekurangan dalam kes pendakwaan memandangkan perkara yang paling penting sekali untuk dianalisa adalah urin OKT.Merujuk kepada kes Choo Kah Chong v. PP [2019] CLJU 13; [2019] 1 LNS 13 telah diputuskan seperti berikut: "[36] Kegagalan mengemukakan test strip pada dapatan M”
“le doubt. See Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 [44] Prinsip undang-undang yang sama juga telah digariskan dalam kes Muhammad Hafeez bin Zainudin v Public Prosecutor and another case [2022] MLJU 2300 yang mana menyebut: above involve section 39B(1) DDA, the duty of the trial Judge to make a finding on w”
“emampunya bagi mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas beban imbangan kebarangkalian. Rujukan di buat kepada kes Muhamad Zhafri Bin Mohamad Yunus V Public Prosecutor [2022] MLJU 917: It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of prob”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Pada 27.10.2022, NIK MOHD ZULKIFLI BIN NIK AHMAD (OKT) telah dituduh terhadap pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama (di bawah no kes JA-82D-48-10/2022) seperti berikut: Pertuduhan Bahawa kamu pada 17/10/2022 jam lebih kurang 2355 hrs, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Johor Bahru Utara, 81300 Skudai, Johor dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memberikan dadah berbahaya kepada diri sendiri iaitu Amphetamine dan Methamphetamine, dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15 (1) Akta yang sama. HUKUMAN Denda tidak lebih RM: 5,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun. Perintah Pengawasan tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.
2
Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT di dalam Bahasa Malaysia, OKT faham pertuduhan dan mohon bicara terhadap pertuduhan tersebut.
3
Setelah pihak pendakwaan memanggil 2 orang saksi, Mahkamah telah DNAA kes no JA-82D-48-10/2022 pada 12.5.2024 kerana pihak pendakwaan tidak bersedia dengan saksi pendakwaan sewaktu tarikh perbicaraan.
4
Pada 23.5.2025, OKT telah dituduh semula di bawah pertuduhan yang sama dengan no kes JA-82D-22-05/2024. OKT faham pertuduhan dan mohon bicara terhadap pertuduhan tersebut. Perbicaraan terhadap OKT dikembalikan dan diteruskan menggunapakai keterangan kes no. JA-82D-48-10/2022 mengikut peruntukan di bawah seksyen 254AKTJ.
5
Secara keseluruhannya, pihak pendakwaan telah mengemukakan 5 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan tersebut iaitu: a) Sjn Guganathan A/L Maniam (Pegawai Eskot @ SP1); b) Insp Bidin Bin Kalimok (Pegawai Tangkapan @ SP2); c) Insp Mohd Fahmi Bin Zakaria (Pegawai Penyiasat @ SP3). d) Pn Norhidayu Binti Ramlan (Juruteknologi @ SP4); dan e) Pn Deviga A/P Balakersnan (Ahli Patologi @ SP5)
6
Mahkamah ini pada 24.1.2025 telah memutuskan suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan OKT dipanggil untuk membela diri.
7
Selanjutnya, Mahkamah ini pada 18.4.2025, setelah meneliti keterangan OKT, keterangan saksi-saksi pembelaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan, hujahan pihak-pihak beserta keterangan terdahulu pihak pendakwaan, Mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah terhadap OKT.Oleh yang demikian, OKT didapati bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan.
8
Setelah meneliti hujahan mitigasi pembelaan serta hujahan pemberatan pendakwaan terhadap hukuman, Mahkamah ini memutuskan OKT dihukum dengan denda RM4500 gagal bayar 10 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan AADK.
9
OKT telah tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan telah memfailkan rayuan sepertimana dinyatakan dalam notis rayuan bertarikh 28.4.2025.
10
Di peringkat ini, tahap pembuktian adalah pada peringkat sebagaimana yang termaktub di dalam Seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah dan sepertimana yang digariskan di dalam kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 yang mana pendakwaan hendaklah membuktikan kepada Mahkamah bahawa intipati kesalahan 4 seperti dalam pertuduhan telah dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah seperti berikut: evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case
11
Intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan dinyatakan di dalam seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di baca seperti berikut: Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan:
1
Mana-mana orang yang
a
mengguna, memberikan kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain, bertentangan dengan Seksyen 14 dengan memberikan kepadanya mana-mana dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama; atau b) adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan jika disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. [12] Seksyen 37(k) Akta yang sama pula memperuntukkan: Seksyen 37. Anggapan. Dalam semua prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya-
k
jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan mengguna dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dituduh sebagai keputusan ujian air kencing yang dijalankan di bawah Seksyen 31A, orang tersebut hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada mengguna dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya. [13] Seksyen 31A Akta yang sama memperuntukkan: Seksyen 31A. Pemeriksaan oleh seorang pegawai perubatan ke atas orang yang ditangkap.
1
Apabila seseorang itu ditangkap di atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini-
a
yang mempunyai sesuatu sifat; atau
b
yang dikatakan telah dilakukan di bawah sesuatu hal keadaan, yang boleh memberi alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu pemeriksaan ke atas orang tersebut akan dapat memberikan bukti tentang berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini, adalah menjadi sah di sisi udang-undang bagi seorang pegawai perubatan bertindak dengan permintaan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, atau mana-mana pegawai lain yang menjadi ketua di suatu balai polis, atau mana-mana pegawai kastam, dan untuk mana-mana orang yang bertindak dalam membantu pegawai perubatan dan di bawah arahannya, untuk membuat suatu pemeriksaan atau pemeriksaan-pemeriksaan terhadap orang yang ditangkap yang dengan munasabahnya perlu bagi memutuskan kenyataan-kenyataan yang dapat memberikan bukti itu, dan untuk menggunakan atau menyebabkan untuk digunakan peraturan tersebut seperti yang dengan munasabahnya perlu untuk tujuan itu.
1A
Bagi maksud pemeliharaan keterangan, adalah menjadi sah di sisi undang-undang bagi seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau seorang pegawai kastam untuk menghendaki orang yang ditangkap untuk memberi contoh air kencingnya untuk tujuan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) jika pegawai perubatan atau mana-mana orang yang membantu dalam perubatan atau yang di atas arahan pegawai perubatan tidak dapat melaksanakan tugas untuk memperoleh contoh air kencing itu pada masa yang munasabah. [14] Merujuk kes Public Prosecutor v Chan Kam Leong [1989] 2 CLJ 311 (Rep), Zakaria Yatim J (ketika itu) telah menyatakan bahawa: 15(a), the prosecution must prove;
1
the accused administers the drugs to himself; or the accused suffers another person, contrary to s. 14 of the Act, to administer to him the dangerous drugs, and
2
that the urine of the accused is clinically tested and [15] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan intipati pertuduhan yang dapat dirangkumkan seperti di bawah: a) Sama ada sampel air kencing adalah milik OKT; b) Sama ada dadah berbahaya dikesan dalam air kencing tersebut melalui ujian yang dijalankan mengikut Seksyen 31A. c) Sama ada Amphetamine dan Methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Fakta Kes [16] Pada 17/10/2022, jam lebih kurang 11.55 malam, OKT telah dibawa ke Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Johor Bahru Utara untuk menjalani ujian saringan awal air kencing. SP2 telah mengarahkan SP1 untuk mengiringi OKT untuk mengambil sampel urin OKT. [17] SP2 telah membuat ujian saringan awal air kencing terhadap sampel tersebut dan hasil ujian saringan awal tersebut mendapati urin OKT positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine dan Benzo. [18] Pada 18/10/2022, SP2 kemudian telah menyerahkan botol urin tersebut kepada SP3. Botol urin tersebut seterusnya telah dihantar oleh SP3 ke Jabatan Patologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dianalisa. Hasil analisa yang dijalankan oleh SP5 telah mengesahkan sampel urin OKT mengandungi dadah jen Dapatan Dan Analisis Mahkamah di Peringkat Kes Pendakwaan a) Sama ada sampel air kencing adalah milik OKT [19] Peguambela OKT menghujahkan bahawa terdapat percanggahan dokumentar dengan keterangan lisan berkenaan seal botol terutama tape putih yang kelihatan pada gambar botol urin di eksibit P1(d) telah menyebabkan kecacatan yang serius berkenaan identiti eksibit dalam kes ini. Malah waktu serahan eksibit botol urin juga telah menimbulkan keraguan dalam pergerakan eksibit. [20] Mahkamah ini telah membuat penilaian maksimum kepada kesemua rantaian keterangan saksi-saksi pendakwaan dan berpuas hati bahawa sampel air kencing yang dikemukakan di Mahkamah ini adalah milik OKT berdasarkan keterangan berikut: a. Keterangan SP2 menyatakan bahawa OKT telah dibawa ke JSJN IPD Johor Bahru Utara (JBU) untuk dijalankan ujian saringan awal air kencing.SP2 mengesahkan bahawa OKT telah diberi pilihan untuk memilih botol. OKT telah memilih sebuah botol dan menyerahkannya kepada SP2. b. SP2 kemudian dengan disaksikan oleh OKT telah membuka sampul berseal tersebut dan mengeluarkan botol tersebut dan kemudiannya telah menyerahkan botol urin tersebut kepada OKT. c. SP2 seterusnya telah mengarahkan SP1 untuk mengiringi OKT ke tandas untuk mengambil sampel air kencing OKT. SP1 melihat OKT memasukkan air kencing ke dalam botol yang dipegang oleh OKT. SP1 kemudian telah mengiringi semula OKT ke arah SP2. d. SP2 kemudian telah menjalankan ujian saringan awal air kencing dengan menggunakan test strip yang dibekalkan oleh PDRM. SP2 mendapati bahawa air kencing OKT positif Amphetamine, Methamphetamine dan Benzo. Keputusan ujian saringan awal tersebut dimaklumkan oleh SP2 kepada OKT. SP2 kemudian telah mengarahkan OKT untuk menutup semula botol tersebut. e. Seterusnya, SP2 telah mengisi butiran pada label tersebut. OKT telah diminta untuk menurunkan tandatangan dan SP2 juga telah menandatangani label tersebut dan melekatkanya pada botol tersebut. SP2 kemudian telah seal botol tersebut dan kemudiannya telah menyediakan laporan polis dan menyerahkan OKT dan botol urin tersebut kepada SP3. f. SP3 mengesahkan menerima botol daripada SP2 dalam keadaan baik. SP3 seterusnya telah seal botol urin tersebut dengan lilin merah PDRM 640 dan botol urin disimpan di dalam peti sejuk berkunci milik SP3. Kemudian, SP3 telah mengeluarkan semula botol urin untuk mengambil gambar barang kes. g. Seterusnya, botol urin tersebut dihantar oleh SP3 ke Jabatan Patologi yang mana botol urin tersebut diterima oleh SP4.SP4 mengesahkan penerimaan botol urin dan borang UPD tersebut daripada SP3 dalam keadaan baik dan bermeterai. SP4 seterusnya telah menyerahkan botol urin kepada SP5. SP5 mengesahkan bahawa beliau telah menerima botol urin dalam keadan bermeterai berserta dengan Borang UPD. h. SP5 telah menjalankan analisa dan mendapati sampel urin OKT postif bagi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. [21] Berdasarkan kepada keterangan di atas, Mahkamah berpuas hati SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP5 masing-masing dapat mengecamkan botol urin berdasarkan nombor siri pada botol iaitu C0197124 serta maklumat berkaitan OKT telah pun dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan tersebut secara positif dalam Mahkamah Terbuka. [22] Mahkamah berpendapat bahawa rantaian pengendalian eksibit adalah bersambung tanpa ada kelompangan dari masa urin diambil sehingga dianalisa oleh SP5. Selagi sampel urin tersebut telah dilabel dan dimeterai dengan sempurna, ketiadaan keadaan kacau ganggu dalam rantaian keterangan tersebut dan ahli kimia telah mengesahkan bahawa sampel yang dianalisa adalah sama dengan sampel yang diterima maka tiada sebarang keraguan dalam kes pendakwaan seperti yang digariskan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: proving that fact. The fact that there is "a gap" does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that "gap" the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fac b. Sama ada dadah berbahaya dikesan dalam air kencing tersebut melalui ujian yang dijalankan mengikut Seksyen 31A. [23] Bagi membolehkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 digunapakai, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa ujian yang dijalankan terhadap air kencing OKT mematuhi peruntukan seksyen 31A, yang mana di dalam kes ini mahkamah mendapati: a. OKT arrested person pertimana keterangan SP2 yang menjalankan ujian saringan air kencing terhadap OKT dan dibantu oleh SP1 serta disahkan oleh SP3 bersama laporan polis P8. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ahmad Syahir bin Mohd Fauzi [2024] 1 CLJ 187, [25] Berdasarkan kepada nas undang-undang di atas, pada hemat kami meskipun pemohon di dalam rayuan ini tidak secara fizikal disentuh atau dikurung, namun keterangan yang dizahirkan oleh SP1 di mana pemohon dan 28 anggota polis yang lain telah diarahkan untuk menyerahkan kad kuasa mereka, berbaris, memberikan sampel air kencing dan seterusnya menjalani ujian pengesahan dadah dalam air kencing, jelas menunjukkan bahawa pemohon berada di bawah kawalan dan jagaan SP1 dan setiap arahan yang diberikan oleh SP1 wajib dipatuhi tanpa gagal. Malah pergerakan pemohon juga dikawal selia oleh SP4 di mana SP4 telah mengiringi pemohon ke tandas Aras 1, Balai Polis Jaya Gading bagi tujuan pemberian sampel air kencingnya. Setelah pemohon mengambil air kencingnya dan memasukkan ke dalam botol yang dibekalkan, SP4 telah mengiringi kembali pemohon ke tempat SP1 berada bagi melakukan ujian pengesanan dadah. Kebebasan pemohon telah disekat dan ini terjumlah kepada suatu tangkapan yang dimaksudkan s. 31A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 tersebut. Sudah terang lagi bersuluh pemohon berada di bawah penahanan secara konstruktif ataupun 'constructive arrest' sebelum specimen air kencingnya diambil. Mahkamah ini setelah meneliti keterangan SP2 berpuas hati bahawa pergerakan OKT telah terbatas dan kebebasannya telah disekat dan keadaan ini menunjukkan OKT telah pun ditangkap sebagaimana kehendak peruntukan seksyen 31A ADB tersebut. b. Permintaan pemeriksaan telah dibuat oleh SP2 iaitu seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang memenuhi keperluan minima seorang pegawai polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 31A(1A) ADB 1952. c. Kutipan sampel juga telah dibuat oleh SP2 dengan bantuan SP1. d. Sampel telah dianalisa oleh SP5 yang merupakan Pegawai Sains Kimia selaras dengan peruntukan subseksyen (1AA) yang mana kedudukan/lantikan SP5 tidak pernah dipertikaikan.SP5 merupakan seorang pegawai sains yang di ambil bekerja oleh Kerajaan atau berkhidmat dengan Kerajaan dan telah bersara pada 26 March 2021. Di dalam kes Kamarul Farkaruddin Mohamed v PP [2013] 7 CLJ 636, Mahkamah Tinggi memutuskan: pemeriksaan dan menjalankan ujian pengesanan dadah dalam air kencing perayu adalah Encik Muhammad Nubli Mohd Shuhaimi, pegawai sains (ahli kimia hayat), Makmal Dadah dan Penyelidikan, Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur ("HKL"). Tidak dipertikaikan HKL adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Malaysia dan pengkhidmat HKL adalah berkhid [24] Justeru itu, anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 terpakai terhadap yang mana menyebut:
k
if a person is charged for an offence of consuming a dangerous drug or administering a dangerous drug to himself or suffering any other person to administer a dangerous drug to him, and any dangerous drug is found in the urine of the person charged as a result of a urine test conducted under section 31A, the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have consumed the drug or to have administered the drug to himself or to have suffered any other person to administer the drug to him in contravention of this Act or its regulations.; [25] Oleh itu mahkamah berpendapat bahawa ujian yang dijalankan telah mematuhi prosedur di bawah seksyen 31A ADB maka anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB terpakai terhadap OKT sehingga dibuktikan sebaliknya. [26] Seterusnya, pihak pembelaan secara ringkasnya telah membangkitkan isu berkenaan kemasukan 6 jenis test strip ke dalam sampel air kencing yang dihantar untuk dianalisa telah menyebabkan sampel tersebut tercemar kerana ujian saringan awal yang dikendalikan oleh SP2 dan ujian yang dikendalikan oleh SP5 menggunakan sampel air kencing yang sama. [27] Mahkamah ini berpuas hati bahawa isu pencemaran terhadap sampel urin OKT tidak sepatutnya timbul apabila melihat kepada keterangan SP5 sebagaimana berikut; Pemeriksaan semula TPR: Boleh kamu jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan sampel yang berbeza dan prope? SP5: Bila sampel air urin dituang dalam sampel cup untuk analisa makmal, satu sampel cup sahaja yang dimasukkan, kemudian mesin akan dilink kan dengan sistem, dan kita akan daftarkan jenis ujian yang perlu dilakukan oleh mesin berdasarkan permohonan. Disini saya daftarkan jenis ujian adalah ATS berdasarkan permohonan. Mesin tersebut menjalankan ujian untuk ATS.Apabila saya dapati ujian positif, kemudian saya teruskan dengan ujian confirmation. TPR: Apakah ujian confirmation? SP5: Ujian confirmation kami akan buat pengekstrakan sampel. Maksudnya pencucian pada sampel urin tersebut. Kemudian, sampel urin yang telah diekstrak akan dimasukkan dalam mesin gas chromatography dimana gas chromatography tersebut akan membacakan jenis sub dadah yang hadir dalam sampel air kencing tersebut. Jenis sub dadah yang hadir dalam sampel air kencing ini adalah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. [28] Berdasarkan keterangan di atas, Mahkamah berpendapat sampel urin yang dianalisa tidak tercemar kerana ujian pengesahan telah dilakukan oleh SP5 dimana sampel urin tersebut telah diekstrakkan. Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpuas hati bahawa penggunaan botol urin yang sama tidak mengakibatkan berlakunya sebarang pencemaran. [29] Malah isu berkenaan dengan pengambilan sampel urin juga telah dibincangkan secara terperinci dalam kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu PP v. Ahmad Saiful Islam Mohamad [2023] 2 CLJ 714, dimana YA Azahar Mohamed CJ (Malaya) dalam keputusannya telah memutuskan bahawa kegagalan polis mengambil sampel air kencing responden dalam dua botol adalah tidak fatal kepada kes pendakwaan. [30] Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v. Rosman Saprey & 1 Lagi Rayuan [2019] 4 CLJ 767 yang memutuskan: [71] Kami mendapati YA Pesuruhjaya Kehakiman telah tersalah arah dalam memutuskan sedemikian. Seperti yang kami huraikan di atas, PTKPN F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang. Tidak ada keperluan undang-undang yang mewajibkan pengambilan dua contoh air kencing dalam dua botol berasingan. Oleh itu, kegagalan untuk mengambil dua botol contoh air kencing responden tidak menjejaskan kes pendakwaan. Tanpa terdapatnya apa-apa penjelasan mengapa dua botol urin disarankan di bawah PTKPN F103, kami berpendapat kemungkinan saranan tersebut lebih merupakan suatu langkah bersifat waspada atau amalan 'prudence', tetapi sifat waspada sedemikian tidak boleh menjadi dan mempunyai kuat kuasa undang-undang sehingga ia menjadi satu kewajipan yang bersifat prosedur substantif untuk dipatuhi. [31] Begitu juga dengan isu pengemukaan 3 test strip yang positif sahaja ke Mahkamah ini tidak menggoyahkan kes pendakwaan. Ianya tidak menjadi kekurangan dalam kes pendakwaan memandangkan perkara yang paling penting sekali untuk dianalisa adalah urin OKT.Merujuk kepada kes Choo Kah Chong v. PP [2019] CLJU 13; [2019] 1 LNS 13 telah diputuskan seperti berikut: "[36] Kegagalan mengemukakan test strip pada dapatan Mahkamah ini juga tidak fatal. Apa yang penting ialah keputusan analisa yang dibuat oleh SP7 mengesahkan sampel air kencing Perayu mengandungi Morphine.". c. Sama ada Amphetamine dan Methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [32] Merujuk kepada eksibit P10 iaitu Laporan Patologi yang disediakan oleh SP5 telah mengesahkan bahawa hasil analisa terhadap urin OKT adalah positif dadah jenis Amphetamine & Methamphetamine di mana dadah ini adalah tersenarai di Bahagian III Jadual Pertama ADB
1952
[33] Mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dinyatakan di atas kesemua elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pendakwaan. Penelitian mahkamah terhadap saksi pendakwaan. [34] Secara keseluruhannya mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan. Keterangan SP1, SP2, SP3 SP4 dan SP5 ini adalah konsisten, kredibel dan boleh dipercayai. Mahkamah berpendapat tiada sebab untuk kesemua saksi pendakwaan untuk memperdaya OKT. [35] Keterangan yang diberikan oleh ke semua saksi ini menyokong antara satu sama lain dan tidak wujud percanggahan material. [36] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Augustine Paul FCJ menegaskan maksud "prima facie". Beliau menyatakan seperti berikut: "A 'prima facie case' is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence must be such that it can be overthrown only by evidence [37] Justeru itu, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan dan bukti-bukti yang dikemukakan dan di atas penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan tersebut maka Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap intipati kesalahan seperti yang dipertuduhkan dan ini sekaligus membuktikan bahawa satu kes prima facie berjaya dibuktikan oleh pendakwaan terhadap OKT.Mahkamah ini juga berpuas hati keperluan dibawah seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam kes ini telah dipenuhi maka OKT adalah dianggap memberikan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam tubuh badan sendiri mengikut peruntukan seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga dibuktikan sebaliknya. [38] Mahkamah telah memerintahkan OKT untuk memasukkan pembelaan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan dan Mahkamah memberi pilihan kepada OKT di bawah seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah untuk: a) Beri keterangan bersumpah di dalam kandang saksi; b) Beri pernyataan tidak bersumpah di kandang OKT; atau c) Tetap senyap Kes Peringkat Pembelaan [39] Pada peringkat ini, OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah di dalam kandang saksi dan pembelaan memanggil seorang saksi iaitu OKT sendiri. [40] OKT dalam keterangannya secara rimgkasnya telah menyatakan seperti berikut: i. OKT tidak hisap dadah ii.OKT tidak diberikan pilihan untuk memilih botol bagi memberikan sampel urin. ii. OKT tidak diiringi ke tandas oleh eskot. iii.Terdapat pencemaran yang berlaku pada sampel air kencing OKT akibat test strip yang telah dicelup dalam sampel urin. Dapatan Dan Analisis Mahkamah di Peringkat Kes Pembelaan [41] Melalui penelitian ekstensif mahkamah terhadap keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi dan hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah mendapati bahawa perkara asas yang perlu dipertimbangkan sepenuhnya oleh Mahkamah adalah elemen atau intipati kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dibuktikan secara prima facie sebelum ini. Oleh yang demikian pihak pembelaan wajib menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. OKT juga mestilah mengemukakan bentuk keterangan yang mencukupi dan munasabah untuk menimbulkan keraguan terhadap kes prima facie pendakwaan. [42] Dalam kes PP V Roslan Abdullah [2007] 7 CLJ 249, YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan maksud keraguan munasabah seperti berikut :- "Reasonable Doubt" itu? Di dalam satu kes di India, K. Gopala Reddy v. State of Andhra Pradesh [1979] SCC (CR) 310 dinyatakan seperti berikut: ... reasonable doubt does not mean some light, airy, insubstantial doubt that may fit through the minds of any of us about almost anything at some time or the other, it does not mean a doubt begotten by sympathy out of reluctance to evict, it means a real doubt; doubt [43] Selanjutnya, pihak pembelaan di peringkat ini juga seharusnya mengemukakan keterangan pembelaan yang semampunya bagi mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas beban imbangan kebarangkalian. Rujukan di buat kepada kes Muhamad Zhafri Bin Mohamad Yunus V Public Prosecutor [2022] MLJU 917: It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of probabilities which is of a higher standard than merely to raise a reasonable doubt. See Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 [44] Prinsip undang-undang yang sama juga telah digariskan dalam kes Muhammad Hafeez bin Zainudin v Public Prosecutor and another case [2022] MLJU 2300 yang mana menyebut: above involve section 39B(1) DDA, the duty of the trial Judge to make a finding on whether a presumption is rebutted, be it under section 37(d) or 37(da) DDA for the possession or trafficking of dangerous drugs or under section 37(k) DDA for self-administration of drugs, is the same. Therefore, in a trial for section 15(1) the Magistrate must discharge the same duty in finding on [45] Berdasarkan otoriti kes-kes di atas jelas bahawa seperti kes yang dibicarakan ini OKT perlu mewujudkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, bukan semudah penafian semata-mata. Tambahan pula, keterangan pembelaan ini sewajarnya dianalisa atas dasar imbangan kebarangkalian sama ada mampu mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. [46] Mahkamah ini berpendapat pembelaan OKT adalah berbentuk kerana keterangan berkenaan OKT tidak diberikan pilihan untuk memilih botol bagi memberikan sampel urin dan tidak diiringi ke tandas oleh eskot tidak pernah dibangkitkan kepada mana-mana saksi pendakwaan. [47] Selain itu, pembelaan OKT juga bersifat penafian semata-mata yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan yang juga secara langsung tidak sedikitpun menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan kerana OKT hanya menafikan sahaja dia tidak mengambil sebarang dadah. [48] Mahkamah Persekutuan di dalam kes v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 telah mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan: The bare denial by the Respondent does not amount any doubt [49] Mahkamah Persekutuan selanjutnya menambah: [50] Merujuk kepada kes PP v Nur Hassan Bin Salip Hashim & Anor [1993] 2 CLJ 551 yang menyatakan: denial of having ever seen the orange plastic bag containing the cannabis, denial of having been together with the first Accused, denial of sitting on the same chair together with the first Accused and denial of being found immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All these evidences of the second Accused were offered in contradiction to the evidence of the prosecution. The denials have not in any way created any doubt, on a balance of probabilities, in the case of the prosecution. Neither were the presumptions of possession or knowledge rebutted. Nothing was offered by the evidence of the second Accused by way of rebutting the presumption of trafficking arising from the fact that the cannabis weighed 311.4 grammes. The second Accused had also therefore failed to rebut the presumption Keputusan Di Akhir Kes Pembelaan [51] Berdasarkan dapatan analisis mahkamah di akhir kes pembelaan, Mahkamah berpendapat keterangan pembelaan tidak berjaya menerbitkan keraguan munasabah sekaligus tidak berjaya mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. [52] Mahkamah juga dengan berwaspada telah berpegang pada prinsip asas di dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 sebelum membuat keputusan yang menyatakan dalam perenggan (a) seperti berikut: The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict.
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt [53] Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melangkaui keraguan yang munasabah. Oleh yang demikian, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan yang dipertuduhkan terhadapnya. [54] Dalam rayuan mengurangkan hukuman, peguambela OKT, memohon supaya OKT dikenakan hukuman denda yang ringan kerana menanggung OKT isteri dan 3 orang anak.OKT hanya bekerja sendiri sendiri dan tiada pendapatan yang tetap sejak ditahan bekerja semenjak dia dituduh di Mahkamah.OKT juga tiada sebarang rekod jenayah lampau. [55] Timbalan Pendakwaraya dalam hujahan pemberatannya memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap OKT mengambil kira factor bicara penuh telah berlangsung dimana 5 orang saksi pendakwaan telah dipanggil. Pendakwaan berhujah hukuman berat harus dikenakan kepada OKT kerana OKT adalah anggota polis dan sepatutnya lebih arif akibat pengambilan dadah. [56] Dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT mahkamah telah mempertimbangkan hujahan rayuan OKT serta hujahan pemberatan daripada Timbalan Pendakwa Raya dan prinsip-prinsip asas hukuman berdasarkan alasan-alasan seperti berikut: - a) Merujuk kes R v Ball [1951] 35 Cr App R 164 di mana Mahkamah Rayuan jenayah menyatakan semula prinsip-prinsip yang boleh membimbing mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang setimpal seperti berikut: sentence, a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is public enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime and seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment wil be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leave it to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe. Maka dalam menentukan hukuman setimpal kepentingan awam mestilah menjadi faktor keutamaan. Satu elemen kepentingan awam yang utama adalah keadilan dan ianya tidak bermaksud keadilan kepada OKT sahaja malah juga kepada masyarakat umum. b) Keberleluasaan atau rampancy kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan dadah berbahaya ini perlu di sekat agar tidak melarat dan seperti yang kita sedia maklum bahawa dadah merupakan musuh no.1 negara yang mampu memusnahkan tamadun masyarakat yang berwawasan. Oleh yang demikian hukuman yang dijatuhkan kepada OKT haruslah suatu bentuk hukuman yang menterjemahkan kebencian negara terhadap keberleluasaan masyarakat yang terlibat dengan kesalahan ini. Justeru pendekatan hukuman deterrent bagi OKT adalah salah satu cara bagi mencapai maksud ini. c) Kes ini telah diputuskan melalui perbicaraan penuh, dengan pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi dan melibatkan pengemukaan eksibit. Sementara pembelaan telah memanggil 1 orang saksi. Justeru itu hukuman yang dikenakan hendaklah mengambil kira masa perbicaraan yang panjang dan jumlah saksi yang dipanggil kerana melibatkan kos kerajaan. d) OKT dalam kes ini merupakan seorang anggota polis yang diberikan mandat dan kepercayaan untuk menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat daripada kegiatan jenayah sebaliknya OKT sendiri telah mengkhianati kepercayaan tersebut dengan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian hukuman yang setimpal adalah penting dalam memberi pengajaran dan keinsafan kepada OKT dengan memetik penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi Wan Yahya dalam kes Public Prosecutor v Vijaya Raj [1981] 1 MLJ 43 yang menyebut: As a result, you will, no doubt, lose your position, your calling and, above all, the respect which you have commanded as a headmaster. The job of a master, teacher and adviser to our future generation is indeed an honourable one and you have lost it by merely, as the records speak, through your inability to cut your coat according to your cloth. It is distressing to note that a single act of dishonesty had demolished a respectable profession which had taken the best years of your life to build. The loss of your job and the humiliation suffered by this conviction are by [57] Berdasarkan pertimbangan terhadap faktor-faktor diatas, Mahkamah berpendapat hukuman denda RM4500 jika gagal bayar 10 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan AADK adalah suatu hukuman yang setimpal dikenakan terhadap OKT. tt (HIDAYATUL SYUHADA BINTI SHAMSUDIN) Majistret Mahkamah Majistret Johor Bahru Johor 11.6.2025 Timbalan Pendakwa Raya Nevina Ravichandran Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Pihak Pembelaan Shaik Saleem @ Sh Adam B Sh Mohd Daud Tetuan Shaik Adam&Co Halaman ini sengaja dibiarkan kosong
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.