Pada 1.2.2023, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Pemohon menurut Aturan 29 Kaedah 1 dan Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Seksyen 51 Akta Relif Spesifik 1950 dan/atau Perenggan 6 Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 iaitu Perintah Injunksi bahawa Responden-Responden dihalang daripada bertindak melakukan pengeluaran dan/atau membenarkan pengeluaran daripada mana-mana akaun bank nama Responden Pertama di Malaysia yang mana termasuk akaun bank di Maybank Islamic Berhad (Cawangan Bandar Baru Bangi) nombor akaun: 562263022072 dan di Affin Islamic Bank Berhad (Cawangan Bangi) nombor akaun: 106710000210 untuk satu tempoh masa sehingga tindakan ini dilupuskan sepenuhnya. a) Pemohon diberikan kebenaran untuk memfailkan, membawa dan meneruskan dengan prosiding atau Tindakan termasuk sebarang permohonan interlokutori dan rayuan dalam dan atas nama dan manfaat Responden Pertama (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Binsabi”) yang dinamakan di atas menurut Seksyen 346, 347 dan 348 Akta Syarikat 2016; iaitu untuk Tindakan Derivatif; b) Pemohon diberikan kebenaran untuk menentang dan/atau membela sebarang Tindakan dan/atau permohonan interlokutori dan/atau rayuan terhadap Binsabi atas nama dan manfaat Binsabi; c) Pemohon diberikan kebenaran untuk kuasa (“authorized”) untuk menguasai (“control”) berkenaan Tindakan termasuk mengikrarkan sebarang Afidavit atas nama dan manfaat Binsabi yang dinamakan di atas termasuk melantik dan memberi arahan-arahan kepada peguamcara Binsabi; d) Binsabi dan/atau ejen, pengarah-pengarah wakil, juruaudit, juruakaun (“accountant”), setiausaha Syarikat, pekerja-pekerja dan/atau pegawai-pegawai Binsabi memberi segala Kerjasama, dokumen-dokumen, dan segala infromasi yang diperlukan untuk membolehkan Binsabi meneruskan dengan prosiding dan/atau tindakan yang dinamakan di atas; e) Binsabi akan dengan serta-merta (“forthwith”) menanggung (“indemnify”) segala kos, perbelanjaan, cukai dan/atau fee peguamcara yang dikenakan dalam membawa prosiding dan/atau Tindakan yang dinyatakan di atas; f)