Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-44-07/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN NIK NUZRI BIN NIK MAHMOOD 10 (NO. K/P : 721005-03-5617) ALASAN PENGHAKIMAN
BC-62JSK-44-07/2022
Sessions Court of Malaysia21 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 460 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify”
“l record an order of acquittal. S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 435 [41] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion a”
“ahulu. 525 Keterangan yang material adalah keterangan SP1 yang konsisten, rakaman percakapan ibu SP1 juga dirujuk serta lain-lain saksi termasuk anggota polis. [48] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL 530 APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim tela”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-44-07/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN NIK NUZRI BIN NIK MAHMOOD 10 (NO. K/P : 721005-03-5617) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan Silang ini telah difailkan oleh pihak Pembelaan dan Pendakwaan kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 21 Februari 2025 yang telah mendapati OKT dalam kes ini adalah 20 bersalah dan mensabitkan OKT di akhir kes Pembelaan (Perintah tersebut) bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun bagi kedua-dua pertuduhan dari tarikh Perintah iaitu 21 Februari 2025 dan 1 kali sebatan 25 bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak. OKT juga diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 pemenjaraan di bawah Seksyen 26 dan pengawasan polis selama 2 tahun di bawah Seksyen 27. OKT tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang 30 dijatuhkan manakala Pendakwaan pula tidak berpuashati terhadap hukuman penjara 7 tahun dan 2 sebatan (bagi kedua-dua pertuduhan) yang berjalan serentak telah juga memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut. 35 [2] OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah 2 Pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama 40 “BAHAWA KAMU PADA 10/12/2021 JAM LEBIH KURANG 11.00 MALAM BERTEMPAT DI RUANG DAPUR RUMAH ALAMAT TINGKAT 1, 13 BC, JALAN PANDAN INDAH 3/3B, PANDAN INDAH 55100 KUALA LUMPUR DI DALAM DAERAH HULU LANGAT, DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, 45 TELAH MELAKUKAN AMANG SEKSUAL FIZIKAL KE ATAS SEORANG KANAK-KANAK BERNAMA NURUL IMAN FATIEHAH BINTI ABDULLAH (NO K/P: 091207-06-0622) BERUMUR 12 TAHUN 3 BULAN DENGAN CARA MEMEGANG DAN MENGGOSOK KEMALUAN KANAK-KANAK TERSEBUT BAGI 50 TUJUAN SEKSUAL. OLEH ITU, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DI HUKUM DI BAWAH SEKSYEN 14 (a) AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017.” S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Pertuduhan Kedua 55 “BAHAWA KAMU 15/12/2021 JAM LEBIH KURANG 12.30 MALAM BERTEMPAT DI RUANG DAPUR RUMAH ALAMAT TINGKAT 1, 13 BC, JALAN PANDAN INDAH 3/3B, PANDAN INDAH 55100 KUALA LUMPUR DI DALAM DAERAH HULU LANGAT, DI DALAM 60 NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, TELAH MELAKUKAN AMANG SEKSUAL FIZIKAL KE ATAS SEORANG KANAK-KANAK BERNAMA NURUL IMAN FATIEHAH BINTI ABDULLAH (NO K/P: 091207-06-0622) BERUMUR 12 TAHUN 3 BULAN DENGAN CARA MEMEGANG DAN MENGGOSOK KEMALUAN KANAK- 65 KANAK TERSEBUT BAGI TUJUAN SEKSUAL. OLEH ITU, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DI HUKUM DI BAWAH SEKSYEN 14 (a) AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017.” 70 [3] Secara ringkasnya, pihak TPR telah memanggil lima (5) orang saksi untuk memberi keterangan iaitu: i. SP1: Nurul Iman Fatiehah binti Abdullah (Mangsa). ii. SP2: KPL Mohd Khairy bin Mohamad Yusopp (Jurufoto). 75 iii. SP3: Insp. Jhonson Zunnialain bin Mohd Ramdhan (Pegawai Tangkapan). iv. SP4: KPL Zaliah binti Ramli (anggota tugas am/penerima report). v. SP5: Sjn. Nor Haffizatulaqma binti Ab Manan (Pegawai 80 Penyiasat). S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
4
Manakala pihak Pembelaan pula telah memanggil satu (1) orang saksi untuk memberi keterangan iaitu SD1/ Nik Nuzri bin Nik Mahmood (OKT). 85
5
Pihak TPR juga telah mengemukakan eksibit yang berikut untuk menyokong keterangan saksi-saksinya iaitu: EKSIBIT PERKARA P1 1 salinan Mykid Mangsa. P2 Salinan Sijil Kelahiran mangsa. ID3(A-E) 5 keping gambar tempat kejadian. P4 1 salinan laporan polis Pandan Indah/019747/21 bertarikh 17/12/2021. P5 1 salinan Sijil Kematian pengadu. P6 1 sampul CD gambar tempat kejadian. P6(a) 1 CD gambar tempat kejadian. P7(A&B) 2 keping gambar mangsa. P8 1 sampul CD gambar mangsa. P8(a) 1 CD gambar mangsa. P9 Sijil Perakuan 90A. P10 Laporan Tangkap. P11 Borang Pemeriksaan. P12 Rakaman percakapan pengadu. P13 Lakaran Rajah Kasar. P14 Laporan Perubatan. S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 P15(1-6) Borang CIC 1, 2, 3, 4 & 6. P16 Laporan analisis. 90 [6] Tiada eksibit yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan FAKTA KES DAN LATAR BELAKANG KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN 95 [7] Sebelum Mahkamah ini melanjutkan kepada Alasan Penghakiman, perlu dijelaskan bahawa kes ini telah didengar di hadapan HMS terdahulu (Puan Norhazani Hamzah) di peringkat EIC SP1 iaitu mangsa dan saya telah mengambil alih mendengar keterangan mangsa pada peringkat soal balas terhadap mangsa dan seterusnya. 100
8
Saya telah mendapati terdapat suatu kes prima facie terhadap OKT dan OKT dipanggil membela diri, seterusnya membuat keputusan peringkat Pembelaan. Tiada saksi lain yang memberi keterangan di peringkat Pembelaan selain OKT sahaja. 105
9
Keputusan di peringkat Pembelaaan yang mana saya telah mendapati OKT ini bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti mana Pertuduhan, setelah saya meneliti dan menilai keseluruhan keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan secara maksima 110 dari mula perbicaraan sehinggalah ke peringkat menimbangkan hujahan semua pihak. S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
10
Mangsa iaitu SP1 yang pada masa kejadian berusia 12 tahun 3 bulan. Kejadian berlaku dua kali pada 10/12/2021 pada jam lebih kurang 115 11mlm dan pada 15/12/2021 jam lbh kurang 1230 mlm, di ruang dapur rumah tempat tinggal SP1. Sp1 tinggal bersama ibunya (yang juga telah pun meninggal dunia )dan ayah tiri di sebuah bilik sewa dalam rumah yang seperti mana pertuduhan. OKT pula menyewa di salah sebuah bilik sewa dalam rumah yang sama (sila lihat P3 (D) gambar bertanda B1. Ibu 120 mangsa telah meninggal dunia sebelum beliau sempat untuk memberikan keterangannya di mahkamah.
11
Berdasarkan keterangan SP1 pada hari kejadian, SP1 ingin pergi ke tandas yang terletak di ruang dapur rumah iktu. OKT mengajak SP1 125 untuk makan Maggie bersamanya di meja di ruang dapur tersebut. SP1 duduk di meja Bersama-sama OKT. Setelah selesai makan, OKT mengajak SP1 untuk menonton video lucah di tempat yang sama melalui telefon bimbit OKT. Ketika SP1 dan OKT sedang menonton video lucah itu, SP1 nampak OKT keluarkan kemaluan OKT dan menggosok 130 kemaluan sendiri dengan tangan kanannya manakala tangan kiri OKT pula memegang kemaluan SP1 sehingga SP1 melihat ada air putih pekat dan berlendir keluar pada kemaluan OKT. SP1 menepis tangan OKT beberapa kali namun OKT masih memegang kemaluan SP1. 135 [12] Kejadian yang sama dengan cara yang sama juga berulang pada 15/12/2021 pada jam 1230 malam. Kejadian juga berlaku sewaktu SP1 ingin ke tandas dan OKT mengajak SP1 duduk di meja untuk makan Maggie dan mengajak SP1 untuk menonton video lucah bersama. Ketika SP1 dan OKT sedang menonton video lucah itu, SP1 nampak OKT 140 S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 keluarkan kemaluan OKT dan menggosok kemaluan sendiri dengan tangan kanannya manakala tangan kiri OKT pula memegang kemaluan SP1 sehingga SP1 melihat ada air putih pekat dan berlendir keluar pada kemaluan OKT. SP1 menepis tangan OKT beberapa kali namun OKT masih memegang kemaluan SP1. Kali ini OKT berkata pada SP1 “ jangan 145 cakap dengan mama/pengadu”.
13
Berdasarkan keterangan SP1 juga, dia telah memberitahu kepada ibunya tentang hal yang berlaku pada esok harinya iaitu pada 16/12/2021 pada jam 10 malam bahawa OKT telah dua kali memegang bunga iaitu 150 kemaluan beliau dan mengajak untuk melihat video lucah dari telefon bimbit nya serta OKT menunjukkan burung/ kemaluan OKT sambil gosok-gosok kemaluan OKT dengan tangan OKT. Ibu SP1 telah membawa SP1 untuk membuat laporan polis iaitu P4 pada 17/12/2021 terhadap OKT tentang kejadian tersebut. 155 Elemen Kesalahan s14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 Seksyen 14 (a) memperuntukkan- “S14. Physical sexual assault on a child 160 Any person who, for sexual purposes-a) touches any part of the body on a child; b) makes a child touch any part of the body of such person or of any other person; c) makes a child touch any part of the child’s own body; 165 d) does any act that involve physical contact with a child without sexual intercourse; S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 commits an offence and shall on conviction be punished with imprisonment for a term not exceeding 20 years and shall also be liable to whipping.”.
14
Dalam kes ini elemen mangsa seorang kanak-kanak telah dibuktikan melalui sijil lahir mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun. Berkenaan dengan elemen di perenggan (a) pula, berdasarkan keterangan mangsa sendiri , OKT telah melakukan kontak fizikal 175 berbentuk seksual terhadap SP1 dengan cara tangan kiri OKT telah meraba kemaluan SP1 bagi tujuan seksual.
15
Keterangan ini diperkukuhkan lagi apabila semasa OKT melakukan perbuatan itu terhadap SP1, dia sedang melihat video lucah melalui 180 telefon bimbitnya dan memegang telefon itu dengan tangan kanannya sambil tangan kirinya pula menggosok-gosok dan memegang kemaluan sp1 dari luar seluar yang dipakai oleh SP1. Kejadian yang sama berulang 4 hari selepas kejadian yang pertama. Kejadian berlaku kali kedua pada 15/12/2021. Perbuatan meraba kemaluan SP1 sambil menonton video 185 lucah jelas menunjukkan perbuatan yang dilakukan akibat rangsangan hawa nafsu OKT apabila menonton video tersebut.
16
Berdasarkan keterangan SP1, okt bukan sahaja menonton video itu sendiri namun turut mengajak SP1 melihat sama video lucah tersebut. 190 SP1 juga turut menceritakan apa yang dilihat melalui video itu. SP1 malahan boleh memberikan gambaran apa yang dilihat adalah dalam video itu terdapat orang yang sedang melakukan hubungan seksual. S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg
17
Berdasarkan keterangan SP1 juga, dia juga melihat tangan OKT 195 menggosok-gosok zakarnya( yang dipanggil burung) sendiri sehingga SP1 melihat keluarnya cecair putih yang pekat dan berlendir. Malahan SP1 juga mampu menerangkan bahawa burung/ zakar OKT kelihatan tegang dan berwarna coklat gelap. SP1 juga menyatakan dia telah menepis tangan OKT. Kemudian SP1 juga melihat burung OKT terjatuh.
18
Berdasarkan keterangan SP1 ini , jelas bahawa elemen di bawah s14(a) telah berlaku. SP1 juga menyatakan dia tidak setuju dan tidak suka perbuatan OKT itu kepadanya. Okt juga menarik tangan SP1 untuk duduk bersama-sama dengan OKT untuk melihat video lucah itu . Pada hemat 205 Mahkamah, OKT berbuat demikian supaya dia boleh melakukan perbuatan memegang/ meraba kemaluan SP1 bagi melampiaskan nafsunya. Ini terbukti berdasarkan keterangan SP1 bahawa perbuatan OKT itu telah menyebabkan keluarnya air mani daripada zakar OKT. 210
19
Keterangan SP1 ini langsung gagal dicabar oleh peguam OKT sewaktu soal balas. Mahkamah tidak melihat suatu line of defence yang jelas pihak OKT sewaktu soal balas. Pada hemat mahkamah, sekiranya benar OKT tidak melakukan perbuatan keji tersebut, peguamnya sepatutnya mencabar keterangan SP1 dan mencadangkan line of 215 defence yang jelas serta meletakkan suatu keraguan yang munasabah sewaktu kes pendakwaan lagi. 220 S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg
20
Mahkamah dapati hampir semua soalan peguam adalah mengulang semula soalan DPP dan keterangan SP1 adalah sama sewaktu dalam pemeriksaan utama sahaja. SP1 terpaksa mengulang keterangan yang sama seperti mana dalam pemeriksaan utamanya kerana soalan peguam juga seperti berbentuk pengulangan. Mahkamah dapati tiada isu baru 225 yang diletakkan kepada SP1 bagi mencabar semua keterangan SP1 yang mungkin boleh menimbulkan keraguan yang munasabah. SP1 didapati mampu untuk membuat tandaan kedudukan dia dan OKT dalam gambar yang dikemukakan seperti mana tandaan X dan Y di P3 (E). 230
21
Sp1 juga telah membuat demonstrasi bagaimana OKT menggosok kemaluan dengan jari OKT melalui patung anatomi. Dia menyatakan OKT menggosok kemaluannya beberapa kali lebih kurang 4 minit sambil tangan kanan pegang telefon bimbit. OKT juga telah membuka seluar dan menunjukkan burungnya kepada SP1 dan melihat zakar itu dalam 235 keadaan tegak. Semua perlakuan itu SP1 tunjukkan melalui patung anatomi.
22
Sp1 telah mengadu pada ibunya dan ibunya telah membawa SP1 membuat laporan polis seperti mana P4. Namun ibunya telah meninggal 240 dunia sebelum sempat berikan keterangan di mahkamah. Namun ibu SP1 sempat memberikan rakaman percakapannya kepada polis ditandakan P12. Dalam P12, ibu SP1 telah menceritakan secara konsisten kejadian OKT memegang, menggosok kemaluan SP1 sama seperti keterangan SP1 di mahkamah. 245 S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg
23
Mahkamah dapati keterangan SP1 adalah konsisten sewaktu sesi soal balas, jawapan SP1 tidak bercanggah dengan keterangannya sewaktu EIC samada ianya soalan yang berulang, berbeza dari EIC atau soalan baru, keterangannya adalah konsisten. SP1 mampu untuk faham 250 dan menjawab soalan dengan baik dan konsisten. SP1 didapati dapat menjawab soalan yang lebih ringkas dan yang tidak menyebabkan kekeliruan kepadanya.
24
Mahkamah juga mendapati sp1 mampu memberikan jawapan yang 255 memuaskan. Pada hemat mahkamah SP1 adalah saksi yang credible dan juga apabila mahkamah menilai keterangannya, mahkamah dapati keterangan SP1 boleh dipercayai. Mahkamah juga mendapati SP1 saksi yang jujur. Ini terbukti apabila dia tidak faham soalan, dia akan berkata yang dia tidak faham soalan. Begitu juga jika dia tidak faham soalan 260 kerana keliru, maka SP1 memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab soalan tersebut. Pada hemat mahkamah, perbuatan SP1 tersebut adalah lebih selamat daripada SP1 menjawab soalan yang dia tidak faham namun kemudiannya terdapat berlaku percanggahan yang boleh menyebabkan keterangannya sukar dipercayai. 265 [25] Berdasarkan Pemeriksaan Balas peguam terhadap SP1 pula, Mahkamah dapati pada asasnya, line of defence OKT ini adalah tidak jelas dan hampir tidak kelihatan hala tuju pembelaan. Mahkamah dapati soal balas peguam lebih banyak mengulang soalan yang sama dengan 270 apa yang telah disoal oleh DPP. S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg
26
Mahkamah tidak melihat isu yang ketara yang cuba dibentangkan bagi menimbulkan keraguan yang munasabah. Oleh kerana soal balas banyak mengulang soalan dan isu yang sama, maka secara tidak 275 langsung ianya mengukuhkan kes pendakwaan. Ini kerana pendirian SP1 adalah teguh dan tidak goyah. Peguam juga tidak menimbulkan sebarang isu yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan dan juga gagal menggugat kredibiliti SP1. 280 KEPUTUSAN PERINGKAT PENDAKWAAN [27] Mahkamah mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertuduhan dan suatu kes prima facie terhadap OKT di bawah kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual 285 Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta) .Maka OKT telah dipanggil untuk membela dirinya terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut. KES PEMBELAAN 290 [28] Secara ringkasnya OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. OKT tidak memanggil saksi selain dirinya sendiri. Secara keseluruhannya pembelaan OKT adalah bersifat penafian, keterangan yang direka-reka dan pemikiran terkemudian. Pembelaan OKT yang tidak disokong dengan keterangan saksi-saksi yang lain bagi menyokong 295 pembelaan OKT. Mahkamah dapati terdapat satu isu yang ditimbulkan dalam kes pembelaan yang tidak langsung dibangkitkan sewaktu soal balas di peringkat kes pendakwaan. S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg PEMBELAAN OKT 300 [29] Terdapat orang lain yang berada di dapur yang sedang memasak pada ketika kejadian. PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN 305 PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH [30] Mahkamah dapati hanya terdapat 4 soalan sahaja yang ditanyakan oleh peguam OKT sewaktu EIC yang tiada sebarang signifikan dalam keterangan OKT. Isu tentang terdapat seorang lagi yang berada di dapur 310 sedang memasak selain OKT dan mangsa tiba-tiba sahaja muncul sewaktu sesi soal balas bukannya dibangkitkan sewaktu EIC bersama peguam OKT.
31
OKT juga gagal memberikan nama orang sedang memasak itu. OKT 315 tidak pasti nama orang tersebut. OKT juga gagal menerangkan kenapa orang itu memasak waktu tengah malam dan apa yang sedang dimasak. OKT juga gagal menerangkan kenapa orang itu memasak di waktu tengah malam sedangkan itu bukan waktu kebiasaan seseorang itu makan.
32
Mahkamah dapati pembelaan yang hanya semata-mata menimbulkan ada orang lain di situ adalah pembelaan yang lemah. OKT tidak pula menyatakan apakah kaitan orang itu dengan SP1. Mahkamah dapati OKT tidak pula mencadangkan orang tersebut yang melakukan 325 amang seksual terhadap SP1. Maka mahkamah mendapati pembelaan S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg OKT adalah suatu pembelaan yang lemah. Pembelaan seperti yang dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu mencabar keterangan SP1 dan saksi-saksi pendakwaan yang lain yang lebih kukuh, konsisten dan meyakinkan. Mahkamah mendapati SP1 pada waktu kejadian berumur 330 lebih 12 tahun dan dia seorang yang dianggap tahu dan faham tentang keadaan atau sesuatu perkara yang salah dan tahu perbuatan seorang laki-laki yang menyentuh mana-mana anggota tubuh seorang perempuan adalah suatu perbuatan yang salah. Ini konsisten dengan keterangannya kepada SP2 yang menepis tangan OKT bagi mengelak terjadinya 335 hubungan seksual.
33
(33). Mahkamah juga dapati pembelaan OKT adalah suatu pemikiran terkemudian. Pada hemat Mahkamah, jika benar OKT ingin menuduh orang lain yang lakukan perbuatan tersebut terhadap SP1 dia patut 340 membangkitkan isu itu terlebih dahulu dalam kes pihak Pendakwaan. Mahkamah mendapati pembelaan bahawa ada orang lain selain OKT yang berada bersama-sama SP1 dalam ruang dapur itu bukanlah suatu pembelaan yang relevan dan bukanlah suatu pembelaan yang mampu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Isu 345 tersebut jauh sekali mampu menggugat keteguhan kes pendakwaan apatah lagi isu tersebut bukan dibangkitkan sewaktu EIC okt sebaliknya kebetulan timbul hasil soal balas pendakwaan sahaja.
34
Pada hemat mahkamah, isu ini bukan suatu pembelaan tetapi cuma 350 suatu pernyataan yang sengaja direka-reka oleh OKT, suatu pemikiran terkemudian dan hanyalah merupakan suatu penafian semata-mata. Maka, jika pun isu ini dikatakan suatu pembelaan, pada hemat S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg mahkamah ianya bukanlah suatu pembelaan yang jelas. Keterangan tersebut juga didapati tidak disokong dengan bukti oleh OKT sendiri dan 355 suatu keterangan yang tergantung yang tidak ada kesinambungan peristiwa. Apa yang dimaksudkan oleh mahkamah adalah cerita OKT berhenti setakat ada orang lain yang sedang memasak di dapur . Dengan erti kata lain, OKT cuba untuk menyatakan kepada mahkamah bukan hanya OKT sahaja berdua dengan SP1 pada waktu kejadian namun 360 terdapat seorang lagi yang ada di situ.
35
Pada pandangan mahkamah, adalah tidak jelas hala tuju keterangan tersebut. Mahkamah berpendapat keterangan itu sengaja dibangkitkan mungkin untuk mencadangkan bahawa orang yang sedang memasak itu 365 yang melakukan perbuatan meraba SP1 atau dia ingin mencadangkan tidak mungkin OKT lakukan perbuatan meraba SP1 kerana ada orang lain di dapur itu yang mungkin boleh melihat perbutan tersebut. Namun apabila ditanya siapa nama orang yang memasak itu, OKT kata tidak pasti pula.
36
Mahkamah dapati pada akhirnya, semua keterangan OKT ini tidak boleh dipercayai dan OKT bukan saksi yang bercakap benar, kredibiliti keterangannya amat diragui kerana OKT tidak dapat membawa saksi itu bagi mengesahkan keterangan beliau tersebut. Penilaian dan analisa 375 mahkamah terhadap keterangan pembelaan OKT adalah semua keterangan OKT bersifat penafian semata-mata dan pemikiran terkemudian. Mahkamah tidak menemui apa-apa keterangan baru yang mampu menyebabkan mahkamah meragui keterangan saksi pihak pendakwaan. Dapatan mahkamah ini adalah OKT sememangnya telah 380 S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [37] Walau apa pun cerita OKT, Mahkamah dapati keterangan semua saksi Pendakwaan terutamanya SP1 dan lain-lain saksi adalah lebih 385 kukuh, konsisten, dipercayai dan lebih credible berbanding dengan Pembelaan OKT yang keterangannya lemah dan gagal disokong dengan bukti . Pihak Pendakwaan dan Mahkamah sendiri hanya mengetahui tentang orang yang memasak di dapur pada waktu kejadian pada tahap soal balas kes pembelaan sahaja. Mahkamah juga mempertimbangkan 390 rakaman percakapan ibu mangsa yang konsisten dengan keterangan SP1, sewaktu mahkamah menilai dan membandingkan keterangan semua saksi termasuk OKT. Walaupun keterangan SP1 tidak perlukan corroboration of evidence, namun jika ada, ia adalah suatu nilai tambah bagi kes ini memandangkan mahkamah banyak bergantung kepada 395 keterangan mangsa seorang sahaja tanpa ada saksi mata yang melihat kejadian tersebut. [38] Mahkamah dapati semua perlakuan OKT ini terjatuh di bawah kontak fizikal berbentuk seksual kerana bahagian yang disentuh oleh 400 OKT merupakan anggota seksual bagi kanak-kanak perempuan. Bagi kesalahan amang seksual di bawah Seksyen 14(a), elemen kesalahan yang harus dibuktikan adalah :–
a
OKT melakukan kontak fizikal berbentuk seksual. Dalam kes 405 ini pihak DPP telah berjaya membuktikan tangan kiri OKT telah meraba kemaluan SP1 ,
b
kontak fizikal itu tidak melibatkan persetubuhan; dan
c
mangsa adalah seorang kanak-kanak semasa kejadian berlaku. 410 [39] Mahkamah dapati semua elemen ini telah dibuktikan oleh Pendakwaan dan memerintahkan OKT dipanggil untuk membela dirinya. Semua intipati ini telah berjaya dibuktikan. 415 BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [40] Di akhir kes Pembelaan, apa yang perlu ditimbulkan oleh OKT adalah keraguan yang munasabah. Mahkamah juga perlu menimbangkan keseluruhan keterangan OKT dan merujuk kembali 420 keterangan saksi-saksi di peringkat kes Pendakwaan sebelum memutuskan sama ada di akhir kes Pembelaan ini, pihak TPR telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 182A Akta 593:
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty 430 and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg 435 [41] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both 440 irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the 445 conclusion of the trial is-Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt?” [42] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP (supra), Mahkamah 450 Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di luar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the 455 accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 460 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a 465 consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” [43] Di dalam kes NAGAPPAN KUPPUSAMY v. PP (1988) 1 CLJ 238, 470 Mahkamah Agung memutuskan: “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the 475 accused. At the close of the whole case, the Court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt.” 480 [44] Seterusnya di dalam kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (1991) 6 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ menyatakan: “It is well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution 485 to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charge. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg until proven guilty. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case”. 490 [45] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam membuat keputusan di akhir kes Pembelaan seperti mana yang 495 telah digariskan di dalam kes MAT v. PP (1963) MLJ 263 di mana Suffian J memutuskan seperti berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of 500 course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution 505 has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Mere Denial & Reasonably Dislodge The Prosecution’s Case 510 [46] Pembelaan OKT ialah satu mere denial yang konsisten dari OKT sejak awal perbicaraan kes ini. Mahkamah telah merujuk kepada kes RAZI AMNIN v. PP [2010] 7 CLJ 771 (Criminial Appeal) di mana Hakim telah memutuskan: 515 S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg “…It is trite law that mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s case is insufficient to earn an acquittal...,” 520 [47] Persoalan bagi Mahkamah di dalam kes ini ialah jika terdapat keterangan yang munasabah untuk mematah atau menangkis (i.e reasonably dislodge) kes pihak Pendakwaan. Untuk menjawab soalan tersebut, Mahkamah telah menghalusi keterangan saksi-saksi Pendakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. 525 Keterangan yang material adalah keterangan SP1 yang konsisten, rakaman percakapan ibu SP1 juga dirujuk serta lain-lain saksi termasuk anggota polis. [48] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL 530 APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah menyatakan seperti berikut: “26. …Learned counsel cited the English Court of Appeal case of R 535 v Ward [1993], where it was held that: “The prosecution’s duty at common law to disclose to the defence all elevant material, i.e. evidence which tended either to weaken the prosecution’s case or to strengthen the defence 540 case, required the police to disclose to the prosecution all witness statements and the prosecution to supply copies of S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg such witness statement to the defence or to allow them to inspect the statements and make copies unless there was good reasons for not doing so. Furthermore, the prosecution 545 was under a duty, which continued during pretrial period and throughout the trial, to disclose to the defence all relevant scientific material, whether it strengthened the prosecution case or assisted the defence case and whether or not the defence made a specific request for disclosure. Pursuant to 550 that duty the prosecution was required to make available records of all relevant experiments and tests which tended to cast doubts on the opinions he was expressing was under a clear obligation to bring the records of such experiments and tests to the attention of the solicitor who was instructing him 555 so that they might be disclosed to the other party.” A Reasonable Doubt [49] Keraguan yang munasabah adalah satu pembelaan undang- 560 undang jenayah yang mantap dan menjadi nadi bagi seorang OKT untuk melepaskan dari sesuatu pertuduhan. Di sini Mahkamah merujuk kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (supra), di mana Mohamed Azmi SCJ telah menyatakan: 565 “…. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case.” S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg [50] Keraguan yang munasabah telah gagal ditimbulkan oleh pihak OKT dengan gagal mematahkan keterangan saksi Pendakwaan dan 570 Pembelaan gagal memanggil saksi yang membenarkan bahawa OKT tidak tidak meraba kemaluan SP1. Perlu diingat dalam kes seksual kanak-kanak, keterangan corroboration adalah tidak perlu. Namun, wujudnya rakaman percakapan ibu mangsa P12 yang dibuat hanya beberapa hari selepas kejadian merupakan bonus kepada pihak 575 Pendakwaan bagi mengukuhkan lagi keterangan SP1. [51] Merujuk kes MILLER v. MINISTER OF PENSIONS [1947] 2 ALL ER 373 DAN PP v. SAIMIN & ORS [1971]2 MLJ 16, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah satu mere 580 denial, afterthought, bersifat fanciful ataupun imaginary semata-mata. [52] Dakwaan OKT bahawa ada orang lain berada di dapur juga ditolak oleh mahkamah kerana ianya gagal dibuktikan oleh OKT. 585 KESIMPULAN/KEPUTUSAN [53] Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes Pendakwaan dan kes Pembelaan secara maksima dan setelah merujuk 590 kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. 595 S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg [54] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak TPR telah berjaya untuk membuktikan semua pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan 600 tersebut. RAYUAN [55] Secara ringkasnya, rayuan OKT adalah bagi peringanan hukuman. 605 OKT berumur 53 tahun dan bekerja sebagai waiter di Hotel Hilton. Pendapatan bulanan beliau ialah RM1500-1800-00 sebulan. OKT juga menanggung ibu yang tinggal di Kelantan. OKT tinggal menyewa dengan rakan-rakannya. OKT pohon hukuman penjara yang minima. 610 HUJAHAN PEMBERATAN TPR [56] TPR memohon hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan, jenayah yang melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan juga trauma terhadap 615 mangsa hendaklah juga dipertimbangkan.Kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak semakin meningkat. Kes ini melibatkan dua pertuduhan. 620 S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg HUKUMAN [57] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan 625 TPR, Mahkamah memutuskan seperti berikut: i. OKT dihukum penjara selama 7 tahun dari tarikh Perintah ini dan 1 sebatan bagi Pertuduhan Pertama. ii. OKT dihukum penjara 7 tahun dari tarikh Perintah ini bagi 630 Pertuduhan Kedua dan 1 sebatan. (Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak) iii. OKT diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan selama dia ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. iv. 2 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27 selepas 635 menjalani hukuman. Alasan Mahkamah (Hukuman) 640 [58] Mahkamah telah mempertimbangkan semua aspek mitigasi dan hujahan TPR, kesalahan yang pertama, nature of offence tidak melibatkan kemasukan objek ke dalam kemaluan mangsa, dan juga pada masa yang sama perlu mengimbangi dan menimbangkan juga kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan 645 kesalahan yang serius, namun menimbangkan juga nature of the offence ialah amang seksual (bukan kesalahan merogol) serta menimbang juga perlakuan seksual ini melibatkan perbuatan meraba kemaluan SP1 dari luar seluar SP1. Mahkamah juga melihat kepada OKT ini telah S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg memberikan kerjasama yang baik dengan menghadiri setiap kali sebutan 650 dan bicara tanpa gagal sehingga kes ini boleh dilupuskan dengan agak cepat setelah saya mengambil alih kes ini daripada HMS terdahulu. [59] Mahkamah juga dalam masa yang sama tidak memandang ringan perbuatan menyentuh mana-mana anggota tubuh badan kanak-kanak 655 adalah juga suatu kesalahan jenayah dan anggota tubuh yang disentuh oleh OKT adalah kemaluan iaitu suatu anggota tubuh yang sangat sensitive dan privacy kepada seorang perempuan. Mahkamah turut menimbangkan umur mangsa yang masih muda baru berusia 12 tahun yang tidak mampu mempertahankan diri sendiri serta kesempatan yang 660 diambil oleh OKT apabila peluang terbuka luas (tiada orang dewasa yang lain yang boleh menghalang perlakuan tersebut) untuk melakukan perlakuan tidak baik kepada mangsa yang masih merupakan seorang kanak-kanak yang tidak matang dan masih terlalu muda berusia 12 tahun. OKT yang waktu itu berusia 50 tahun sepatutnya melindungi mangsa dan 665 bukannya mengambil kesempatan terhadap kelemahan mangsa yang masih kanak-kanak. [60] Mahkamah telah mengambil kira semua factor dengan meletakkan kepentingan awam melebihi kepentingan OKT sendiri dan dalam masa 670 yang sama menimbangkan nature kesalahan dan perlakuan meraba/ menggosok kemaluan SP1 dari luar seluar SP1 (bukan dari dalam seluar), Mahkamah berpendapat hukuman penjara 7 tahun dan 2 sebatan ini adalah mencukupi dan wajar bagi memberi pengajaran kepada OKT dan orang awam di luar sana agar tidak melakukan 675 perbuatan yang sama kerana jenayah ini serius dan berat dari segi S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg hukuman mandatori adalah penjara sahaja dan tiada hukuman selain itu. Pada hemat mahkamah hukuman penjara walaupun sehari pun telah cukup memeritkan bagi seorang pesalah pertama seperti OKT. Maka hukuman selama 7 tahun dengan 2 sebatan (dua pertuduhan) adalah 680 mencukupi dan wajar. (NORSHILA BINTI KAMARUDDIN) Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor 685 Bertarikh : 15/4/2025 Timbalan Pendakwa Raya :Norhashimah Hashim 690 Peguambela :Sivajothi T/n Ganason & Co 137A-1 Indah UPC Jln Klang Lama Bt31/2 Kuala Lumpur 695 S/N QljAq/6d0qAlSVkmahjqg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.