Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: 22-156-2008 ANTARA NIK RUSDI BIN NIK SALLEH … PLAINTIF DAN SHELL MALAYSIA TRADING SDN BHD … DEFENDAN
22-156-2008
High Court of Malaysia15 Aug 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: 22-156-2008 ANTARA NIK RUSDI BIN NIK SALLEH … PLAINTIF DAN SHELL MALAYSIA TRADING SDN BHD … DEFENDAN
1
Plaintif adalah Pemegang Lesen (licensee) kepada Defendan yang masing-masing telah memasukki satu “Retail License Agreement” pada tahun 2001 (RELA 2001). Di atas tindakan Defendan menamatkan perjanjian untuk sambungan kontrak, Plaintif telah memfailkan writ saman terhadap Defendan. Mahkamah Tinggi Kota Bharu melalui Y.A Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim telah membenarkan tuntutan Plaintif tetapi hanya terhadap Gantirugi Am yang perlu ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar. Mahkamah juga telah membenarkan tuntutan balas Defendan. 2
2
Timbalan Pendaftar telah membuat taksiran gantirugi dan telah memberi beberapa award kepada Plaintif di bawah Gantirugi Am. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif melalui Kandungan 150 dan Defendan melalui Kandungan 152 telah memfailkan rayuan kepada Hakim Dalam Kamar (Mahkamah ini). Hakim Dalam Kamar telah menolak sebahagian dan membenarkan sebahagian rayuan di Kandungan 150 dan 152 masing-masing. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan mengenai Kandungan 150 dan juga keputusan terhadap Kandungan 152 yang berpihak kepada Defendan tersebut tanpa kos.
3
Alasan Penghakiman ini adalah mengenai rayuan berkaitan kedua-dua Kandungan 150 dan 152 secara serentak.
4
Ini merupakan alasan-alasan kepada keputusan tersebut.
5
Plaintif adalah pemegang lesen (licensee) Stesyen Minyak Shell melalui “Retail License Agreement” tahun 2001 (RELA 2001). Apabila tempoh kontrak tamat ianya telah disambung di atas dasar bulanan sehinggalah kontrak baru RELA 2005/2006 dimasukki pihak-pihak. Namun, kontrak tersebut telah ditamatkan dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memutuskan bahawa penamatan itu adalah tidak sah dan mengawardkan Gantirugi Am yang perlu ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar. Tuntutan Gantirugi 3 Khas ditolak. Tuntutan Balas Defendan juga dibenarkan oleh Mahkamah.
6
Tuntutan Gantirugi Am yang dimaksudkan yang dituntut Plaintif adalah seperti berikut: Gantirugi Am
a
Perenggan 12(h), di Penyata Tuntutan - kehilangan peluang untuk mendapat keuntungan bersih jualan minyak atas kadar RM25,000.00 sebulan (RM25,000.00 x 20 tahun) sebanyak RM6,000,000.00);
b
Perenggan 12(i), di Penyata Tuntutan - kehilangan peluang untuk mendapat keuntungan bersih jualan runcit atas kadar RM12,500.00 sebulan (RM12,500.00 sebulan x 20 tahun) sebanyak RM3,000,000.00;
c
Perenggan 12(j), di Penyata Tuntutan - terjejas dan rosaknya imej dan reputasi Plaintif sebanyak RM4,000,000.00; dan
d
Perenggan 12(k), di Penyata Tuntutan – ganti rugi akibat bebanan masalah kewangan sebanyak RM3,000,000.00. [7] Ekoran daripada itu, Timbalan Pendaftar telah mengadakan prosiding taksiran untuk taksiran Gantirugi Am di mana di akhir prosiding, setelah mendengar hujahan pihak-pihak, tuntutan Plaintif dibenarkan sebahagian seperti berikut: 4
a
Tuntutan Plaintif mengenai (a) (ie kehilangan peluang untuk mendapatkan keuntungan bersih) dibenarkan sebahagian di mana jumlah nominal dibenarkan dengan kiraan (RM16,101.00 x 20 tahun) bersamaan RM322,020.00.
b
Tuntutan Plaintif mengenai (b), (ie kehilangan peluang keuntungan jualan runcit) dibenarkan sebahagian iaitu sebanyak nominal RM50,000.00.
c
Tuntutan Plaintif mengenai (c), (ie kerosakan imej dan reputasi) ditolak.
e
Tuntutan Plaintif mengenai (d), ditolak. [8] Kedua-dua pihak telah tidak berpuas hati dengan keputusan Timbalan Pendaftar tersebut dan telah memfailkan rayuan di Kandungan 150 oleh Plaintif dan Kandungan 152 oleh Defendan kepada Hakim Dalam Kamar. Mahkamah ini/Hakim Dalam Kamar setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak telah memutuskan bahawa Tuntutan Plaintif di Kandungan 150 ditolak sebahagian dan dibenarkan sebahagian dan rayuan Defendan di Kandungan 152 dibenarkan sebahagian seperti berikut:
a
Bagi Kandungan 150 di para (a), Rayuan Plaintif memohon kehilangan keuntungan di tolak sebahagian. Oleh kerana di atas rayuan Defendan di Kandungan 152, ianya dibenarkan sebahagian dengan kiraan (berkurangan) sebanyak 5 RM16,101.00 setahun bagi 3 tahun 7 bulan sahaja (bukan 20 tahun).
b
Bagi rayuan Plaintif di Kandungan 150 mengenai para (b) (ie kehilangan keuntungan jualan runcit), rayuan ditolak dan kekal dengan jumlah nominal RM50,000.00. [9] Bagi rayuan Defendan di Kandungan 152, ianya dibenarkan dan keputusannya adalah seperti kedudukan di Kandungan 150 tadi. [10] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai keputusan di Kandungan 150 dan 152 tersebut. C. HUJAHAN PIHAK-PIHAK [11] Plaintif dalam Kandungan 150nya memohon agar jumlah yang lebih tinggi dibenarkan dan menyatakan bahawa Timbalan Pendaftar telah tersilap dalam penilaiannya kerana tidak mengambil kira bahawa Defendan tidak membantah P14 iaitu Penyata Akaun yang dikemukakan di Mahkamah. Oleh itu jumlah yang patut diberikan ialah RM56,061.00 setahun x 20 tahun untuk gantirugi kehilangan keuntungan jualan minyak. [12] Plaintif juga menghujahkan bahawa gantirugi kehilangan jualan runcit perlu ditaksirkan pada kadar RM110,103.00 setahun x 20 tahun kerana ID15 yang dikemukakan Plaintif telah menunjukkan jumlah pendapatan jualan runcit. Walaupun ID15 tidak 6 ditandatangani, SP4 semasa taksiran mengesahkan bahawa dia yang menyediakan dokumen ID15 tersebut. [13] Defendan pula menghujahkan oleh kerana Mahkamah telah beranggapan bahawa P14 tidak boleh dianggap sebagai Penyata Akaun yang boleh diterima sepenuhnya, maka tidak wajar untuk Timbalan Pendaftar mengambil kira jumlah yang dinyatakan. Sekiranya ada kerugian hanya jumlah nominal yang wajar diberikan. [14] Selain itu, Defendan juga menghujahkan bahawa jumlah jualan runcit adalah tidak dibuktikan oleh Plaintif kerana dalam kes ini, syarikat yang menjual barangan runcit bukanlah Syarikat Anura Hane yang dimiliki Plaintif. D. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [15] Di dalam kes ini, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Timbalan Pendaftar bahawa Plaintif hanya layak menuntut terhadap kerugian keuntungan jualan minyak (ie para 5 (a) di atas) dan kerugian keuntungan jualan oleh kedai runcit (ie para 5 (b) di atas). Bagi gantirugi lain, Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan Timbalan Pendaftar bahawa Plaintif gagal untuk membuktikan kepada Mahkamah apakah kerosakan kepada imej dan reputasinya setelah Defendan membatalkan perjanjian tersebut ie tuntutan di para 5 (c) di atas. Begitu juga dengan gantirugi berkenaan dengan bebanan kewangan yang dialami akibat pembatalan kontrak ini ie tuntutan di para 5 (d) di atas. Apapun pihak-pihak tidak merayu terhadap 7 keputusan Timbalan Pendaftar mengenai tuntutan para 5 (c) dan 5
d
di atas, maka Alasan Penghakiman ini akan ditumpukan kepada tuntutan di para 5 (a) dan 5 (b) di atas sahaja. [16] Berkenaan dengan isu gantirugi keuntungan jualan minyak (tuntutan terhadap 5 (a)), Mahkamah bersetuju dengan dapatan fakta Timbalan Pendaftar bahawa Penyata Akaun P14 adalah diragui. Bukan itu sahaja, Pernyataan Tuntutan Plaintif juga bertentangan dengan keterangan Plaintif sendiri. Berdasarkan keterangan Plaintif, untung bersih penjualan minyak adalah RM55,061.00 sebulan sedangkan di dalam Pernyataan Tuntutannya ialah RM25,000.00 sebulan ataupun RM300,000.00 setahun. Mahkamah ini bersetuju sepertimana hujahan Defendan di mana penelitian terhadap P14 juga mendapati untung bersih yang dinyatakan adalah RM55,061.00 setahun (bukan sebulan). Mahkamah ini juga mendapati bahawa Penyata Akaun P14 adalah Penyata Akaun yang tidak diaudit. Tambah-tambah lagi, jika dirujuk Perakuan Plaintif di muka surat 10 (P14) ianya dinyatakan dengan jelas pernyataan tersebut dibuat berdasarkan ingatan Plaintif. Tidak ada bukti sokongan untuk menyokong P14 tersebut. Timbalan Pendaftar seterusnya membuat dapatannya. Mahkamah bersetuju bahawa tidak wajar bagi Timbalan Pendaftar untuk bergantung kepadanya sepenuhnya. [17] Oleh hal yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa Penyata Akaun tersebut tidak boleh diterima bagi tujuan taksiran ini. Malah sekiranya ianya dipertimbangkan jumlah untung bersih 8 sebagaimana dinyatakan oleh P14 adalah RM55,061.00 setahun dan bukannya sebulan. Sekiranya P14 diambil kira maka jumlah keuntungan Plaintif bagi tempoh 20 tahun sekiranya perjanjian tidak ditamatkan adalah RM55,061.00 x 20 bersamaan RM1,101,220.00. [18] Setelah meneliti keterangan-keterangan dokumentari dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah memutuskan bahawa P14 tidak boleh diambil kira. Namun begitu, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif sememangnya telah mengalami kerugian akibat daripada penamatan salah oleh pihak Defendan. Ke arah itu, Mahkamah bersetuju dengan pihak Defendan bahawa jumlah keuntungan bulanan sepatutnya berjumlah nominal sahaja kerana tiada keterangan lain yang menunjukkan jumlah kerugian sebenar kepada Mahkamah. Mahkamah ini memutuskan bahawa kerugian nominal yang boleh diberikan ialah RM16,101.00 setahun (RM1,341.75 sebulan). [19] Seterusnya berkenaan dengan tempoh masa 20 tahun yang diberikan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah berpendapat jumlah tersebut tidak disokong oleh mana-mana keterangan atau prinsip undang-undang. Mahkamah berpendapat di dalam kes ini, hujahan Defendan adalah lebih munasabah iaitu bayaran gantirugi tersebut seharusnya tidak lebih dari tempoh kontrak yang dimasukki oleh pihak-pihak. Dalam kes ini, tempoh kontrak ialah selama 5 tahun dan tempoh yang masih berbaki setelah kontrak ini dibatalkan ialah 3 tahun 7 bulan. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa di 9 dalam kes ini jumlah gantirugi jualan minyak yang wajar diberikan ialah RM16,101.00 x 3 tahun 7 bulan sahaja. [20] Berkenaan dengan isu tempoh ini, Peguam Plaintif juga tidak menghujahkan kenapakah tempoh 20 tahun adalah wajar diberikan. Jika dibuat perbandingan dalam kes kemalangan jalan raya juga jumlah maksimum yang boleh diberikan ialah selama 16 tahun. Oleh itu tidak wajar gantirugi di dalam kes ini diberikan melebihi dari jumlah tersebut. [21] Berkenaan dengan isu gantirugi jualan runcit, Mahkamah berpendapat dapatan Timbalan Pendaftar ini adalah tepat dengan membuat dapatan bahawa penyata yang dikemukakan adalah dari syarikat lain dan tidak wajar dijadikan keterangan. Penyata tersebut juga kekal sebagai ID di dalam rekod Mahkamah. Defendan juga telah berhujah bahawa penyata ini (ID15) juga tidak wajar diterima atas beberapa alasan seperti berikut:
1
Perniagaan runcit tidak atas nama Plaintif atau Anura Hane (Stesen Minyak tersebut).
2
Syarikat E & AAH Trading adalah pemilik tunggal di mana Plaintif adalah bukan pemiliknya.
3
Kedai runcit tersebut tidak boleh dibuat dan diserahkan kepada orang lain tanpa persetujuan Shell dan Plaintif juga tidak pernah memperolehi apa-apa persetujuan dari Defendan 10 untuk E & AAH Trading menjalankan perniagaan runcit tersebut.
4
SP4 adalah didaftarkan sebagai salah seorang pemilik E & AAH Trading dan bukan pihak kepada kes ini. [22] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan tersebut. [23] Mahkamah juga bersetuju dengan pihak Defendan bahawa kewujudan E & AAH Trading adalah mungkin bercanggah dengan RELA dan tidak mendapat persetujuan pihak Defendan. Namun begitu Mahkamah mendapati bahawa adalah munasabah untuk sebuah stesen minyak untuk mempunyai perniagaan runcit di samping menjual minyak. SP4 di dalam keterangannya juga telah menyatakan bahawa E & AAH Trading adalah milik Plaintif (SP3) sepenuhnya dan beliau hanyalah Pengurus sahaja. [24] Namun Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Timbalan Pendaftar bahawa adalah lojik bahawa stesen minyak ini ada menjalankan aktiviti jualan kedai runcit yang mana telah terkesan dengan Pembatalan Kontrak ini. Setelah mengambil kira faktor-faktor di atas, Mahkamah mendapati jumlah nominal RM50,000.00 yang diberikan oleh Timbalan Pendaftar adalah memadai dan munasabah di dalam keadaan sekeliling kes ini (in the circumstances of the case). 11 E. KESIMPULAN [25] Setelah meneliti keterangan-keterangan dokumentari, keterangan-keterangan lisan saksi-saksi, hujahan pihak-pihak dan dapatan serta Alasan Penghakiman Timbalan Pendaftar, Mahkamah berpendapat Kandungan 150 oleh Plaintif wajar ditolak sebahagian dan dibenarkan sebahagian dan Kandungan 152 oleh Defendan wajar dibenar sebahagiannya, sepertimana yang dihuraikan di atas tanpa kos. Tarikh: 25 Februari 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Sivil Kuala Lumpur Peguam Perayu/Plaintif - Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz. Peguam Responden/Defendan - Tetuan Azim, Tunku Farik & Wong.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.