Sama ada botol urin yang dihantar ke Jabatan Patologi adalah botol yang mengandungi sampel air kencing milik OKT yang dipungut pada 3.10.2020? [86] Pembelaan sekali lagi telah menghujahkan bahawa sample urin yang dihantar ke Jabatan Patologi adalah bukan sampel air kencing okt yang dipungut pada 3/10/2020. [87] Mahkamah ini setelah menganalisa keterangan saksi – saksi pendakwaan dan saksi pembelaan Mahkmah dapat menyimpulkan bahawa sampel air kencing OKT ini yang dihantar ke Jabatan Patologi HKL adalah sampel yang sama dikutip pada 3/10/2020. [88] Keterangan Saksi pembelaan sendiri menerusi SD1 dan SD2 mengesahkan perkara tersebut. Keterangan semasa Pemeriksaan Awal SP1 adalah seperti berikut; : Apa berlaku : Pada 3.10.2020 semasa saya berada di tepi jalan setiawangsa Bersama kawan datang sekumpulan meryerbu ke arah saya, setelah melakukan pemeriksaan setempat, mereka telah menemui beberapa plastic lutsinar berisi cecaiar air ketum Saya ditahan Bersama lagi 3 orang kemudian saya dan 3 lagi tangkapan di bawa ke pejabat narkotik ipd wangsa maju utk tindakan susulan : Pukul berapa? : Sampai pejabat narkotik 11lebih malam : Selepas sampai apa berlaku : Sampai di pejabat ipd wangsa maju, saya telah diseakan 1 botol oleh Insp Khairul Bersama 3 yg lain, setiap satu, insp Khairul arahkam S/M mengiirngai kami berempat ke tandas narkotik utk ambil sample air kencing [89] Semasa pemeriksaan balas SD1 juga mengesahkan beliau berada di giliran yang kedua untuk mengambil urine , oleh yang demikian tidak terdapat kekeliruan semasa kutipan sample urin dibuat. Keterangan SD1 ini dpetik seperti berikut; TPR : Sewaktu letak botol di meja pemeriksa, ada berapa botol yang dah diisi. dah ada spesimen SD1 : Ada 4 botol TPR : Kamu giliran yang ke berapa buat saringan tu SD1 : Giliran kedua TPR : Kalau giliran kedua, kenapa ada 4 botol. Setuju tak kalau kamu giliran kedua,tangkapan bersama sepatutnya ada dua botol je? SD1 : Semasa ujian dijalankan serentak puan TPR : Setuju tak? SD1 : Tidak setuju [90] Keterangan SD1 ini telah disokong secara tidak langsung melalui SD2 yang mana SD2 mengesahkan bahawa giliran urin beliau adalah selepas OKT iaitu giliran ketiga. Peguam : Semasa Encik fatah letak botol urin itu, berapa botol SD2 :4 botol. Termasuk OKT Peguam :Ada tak kamu ingat kedudukan berapa? SD2 :Saya yang ketiga Peguam :Ada ingat tak sampel urin OKT ini kedudukan berapa? SD2 :Tak silap saya kedua [91] SD1 juga ada mengatakan bahawa sample urin ini telah diambil secara serentak dengan Individu-individu lain walaubagaimanapun perkara ini telah Mahkamah sendiri soal kepada OKT setelah menganalisa gambar tempat urin diambil, Mahkamah ini mendapati tandas tersebut terlalu sempit untuk memuatkan seramai 7 orang sebagaimana yang dinyatakan oleh OKT . OKT juga mengambil masa untuk menjawab soalan dikemukakan oleh Mahkamah. Demenaur OKT ini telah direkodkan oleh Puan Majistret terdahulu dan telah diambil maklum dan disemak oleh saya. [92] Mahkamah juga meneliti SD2 ini dan berhati – hati terhadap keterangan beliau memandangkan beliau merupakan saksi yang berkepentingan. [93] Mahkamah merujuk kepada kes yang dikemukan oleh pendakwaan iaitu kes merujuk kepada kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1 di Tab , muka surat 66, IAP, yang memutuskan seperti berikut: “[21] It is clear to us that from her testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve. In our judgment her evidence must be treated with caution and requires corroboration. [22] In Liow Siow Long v Public Prosecutor [1970] 1 MLJ 40, Raja Azlan Shah J (as His Highness then was) had this to say (at p 41) in respect of interested witnesses: Testimony of close relations is not tainted if it is otherwise reliable in the sense that the witnesses and competent witnesses who were at the scene of the occurrence and could have seen what had happened. But if it is proved that they are not entirely disinterested witnesses, eg they are either partisans of the complainant or are in any way inimical to the accused, then their testimony is tainted and requires corroboration if to be acted upon. [23] The same learned judge in Lim Boon San v Public Prosecutor [1968] 2 MLJ 45 held that where a witness may be regarded as having a purpose of his own to serve, the judge must direct his mind on the danger of convicting on the uncorroborated evidence of such witness...” [94] Mahkamah menerima hujahan ini dan penilaian terhadap keterangan SD2 adalah diteliti semula dengan berhati-hati kerana SD2 ini adalah rakan OKT yang telah lama dikenali beliau iaitu lebih dari 2 tahun. [95] Mahkamah mendapati versi cerita OKT ini hanyalah satu penafian semata (‘mere denial’) dan berbentuk dakwaan semata-mata (‘mere allegation’). Mahkamah juga mendapati pembelaan OKT yang tiada pengetahuan ke atas semua prosedur yang dijalankan ke atas spesimen urinnya adalah bersifat penafian semata-mata. [96] Penafian penafian ini tidak dapat mengatasi keterangan positif SP1 dan SP3. SP1 yang telah memungut dan menjalankan ujian saringan awal secara teratur dari awal sehingga akhir. SP3 pula telah menerima dokumentasi dan botol urin beserta OKT daripada SP1 pada tarikh tersebut. Saksi yang dikemukakan oleh pendakwaan di dalam kes ini adalah lebih kredibel jika dibandingkan dengan kebolehpercayaan antara saksi pendakwaan dan pembelaan. [97] Justeru, keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan ini adalah diterima dan tiada sebab untuk Mahkamah ini menolaknya. Mahkamah merujuk kepada prinsip yang telah diputuskan di dalam ARIFF ARHANAN CHE UDIN lwn. PP [2020] CLJU 657 seperti berikut: “[62] Kami bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa Hakim Bicara tidak tersalah arah apabila memutuskan pembelaan Perayu adalah merupakan penafian semata-mata kerana penafian tersebut tidak boleh mengatasi keterangan positif SP6 dan SP8 yang menyatakan Perayu yang memandu arah SP6 dan anggota pasukan serbuan ke rumah dan bilik Perayu dan Perayu mengambil beg warna hitam jenama Quick Silver yang mengandungi dadah Cannabis yang tersorok di belakang celah pakaian dan menyerahkan kepada SP6. Fail Perodua yang mengandungi dokumen peribadinya dan fail kuning berada dalam beg tersebut bersama dadah Cannabis (perenggan 47 di muka surat 37-38 Jilid 1, Rekod Rayuan).” [98] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes WILLIAM JOHN P SANDANASAMY v. PP [2021] CLJU 1898, dimana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “[38] A bare denial defence is a simple denial of involvement of the accused with the impugned dangerous drugs which were found. It is a defence which is devoid of any explanation or evidence to dislodge the evidence adduced by the prosecution.” [99] Disebabkan pembelaan OKT di dalam kes ini adalah bersifat penafian semata-mata, Mahkamah berpendapat pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Hal ini kerana pembelaan yang bersifat penafian semata-mata bukanlah satu pembelaan bermerit yang perlu diambil kira oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini merujuk kepada principal di dalam Kes MR LOSALI V. PP [2012] 2 CLJ 178 ; [2011] 1 LNS 501 ; [2011] 4 MLJ 694 ; [54] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in D.A. Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [100] Setelah menilai dan mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, meneliti semua hujahan, otoriti dan eksibit yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan setelah membuat penilaian secara maksima terhadap keseluruhan kes pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala tiada sebarang keraguan ditimbulkan oleh pembelaan terhadap kes pendakwaan. [101] Oleh yang demikian, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama. Tertuduh dijatuhi hukuman denda RM 5000 gagal bayar 12 bulan penjara dan pengawasan dikenakan ke atas OKT untuk tempoh 3 tahun. [102] Mahkamah ini telah berpandukan kepada Seksyen 182A dan 183 Kanun Tatacara Jenayah sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh: “Section 183: Sentence If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law” [103] Mahkamah ini sentiasa mengingatkan dirinya bahawa setiap hukuman yang diberikan hendaklah diberikan menurut undang-undang. Mahkamah di dalam kes PP V. JAFA DAUD [1981] 1 LNS 28 ; [1981] 1 MLJ 315 telah memperjelaskan lagi bahawa: “a sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles”. [104] Bagi kedua-dua prinsip ini, Mahkamah perlulah menghukum menurut undang-undang, bukan setakat mengikut peruntukan nyata dalam undang-undang tetapi juga merangkumi prinsip perundangan yang mantap dan tuntas. Di dalam mematuhi prinsip “the sentence must be within the ambit of the punishable section’, eloklah diperturunkan keseluruhan peruntukan kesalahan dan hukuman yang melibatkan tertuduh di dalam kes semasa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sepertimana berikut: HUKUMAN: Dihukum dengan dipenjara untuk suatu tempoh yang tidak lebih daripada dua (2) tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua (2) tahun atau tidak lebih daripada tiga (3) tahun.”