Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO KES: KA-61R-2-01/2021 & KA-61R-3-01/2021 DI ANTARA NOORLIDA BINTI SELAMAT .…... PIHAK MERAYU NO. K/P: 650828-01-5486 LAWAN PENDAKWA RAYA .... PIHAK MENENTANG
KA-61R-3-01/2021
Sessions Court of Malaysia27 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ther evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt”. Dalam kes Mah Kok Cheong v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di mukasurat 47 menjelaskan bahawa: “ …in ordinary criminal cases… all discussion”
“2, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[18] Similarly, I am of the opinion that this case has satisfied all the above tests. The original charges were under s 11(a) of the Anti–Corruption Act 1997. The ingredients of this offence are that the appellant is a public servant and that he had received g”
“sed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
“50. Presumption in certain offences Where in any proceedings against any person for an offence under section 165 of the Penal Code it is proved that such person has accepted or attempted to obtain any valuable thing without consideration or for a consideration which such person knows to be inadequate, such person shall”
“connection with the official function of his department.” [37] See also Mohd Khir Toyo v PP [2015] 8 CLJ 770. Mahkamah merujuk kepada kes Abu Bakar b. Seblie v Public Prosecutor [2012] 2 MLJ 842, [2011] MLJU 832, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[18] Similarly, I am of the opinion that this case”
“concerned, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both.". Mahkamah merujuk kepada kes Sued Afendy Ali bin Syed Abid Ali v Public Prosecutor [2020] MLJU 2145; [2021] 8 MLJ 643 [36] The ingredients of the offence were set out in the case of Abu Bakar bin Seblie v”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO KES: KA-61R-2-01/2021 & KA-61R-3-01/2021 DI ANTARA NOORLIDA BINTI SELAMAT .…... PIHAK MERAYU NO. K/P: 650828-01-5486 LAWAN PENDAKWA RAYA .... PIHAK MENENTANG
1
Orang kena tuduh (selepas ini dirujuk sebagai OKT) telah dituduh di dalam dua (2) kes oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti berikut: Kes KA-61R-2-01/2021 Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 7/8/2014, di Bank Islam Malaysia Berhad, Lot 71&72, Jalan Legenda Heights, dalam daerah Kuala Muda, dalam negeri Kedah Darul Aman sebagai penjawat awam iaitu Guru Besar yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil Sungai Petani telah mendapat untuk diri kamu melalui akaun BIMB kamu bernombor 0202 0020 118114 suatu benda berharga iaitu wang berjumlah RM450.00 dengan tiada balasan daripada Awang Kechik (NO KP: 690307026151) yang mana kamu ketahui beliau ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 16/8/2014, di Bank Islam Malaysia Berhad, Lot 71&72, Jalan Legenda Heights, dalam daerah Kuala Muda, dalam negeri Kedah Darul Aman sebagai penjawat awam iaitu Guru Besar yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil Sungai Petani telah mendapat untuk diri kamu melalui akaun BIMB kamu bernombor 0202 0020 118114 suatu benda berharga iaitu wang berjumlah RM214.00 dengan tiada balasan daripada Awang Kechik (NO KP: 690307026151) yang mana kamu ketahui beliau ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama. Pertuduhan Ketiga: Bahawa kamu pada 19/11/2014, di Bank Islam Malaysia Berhad, Lot 71&72, Jalan Legenda Heights, dalam daerah Kuala Muda, dalam negeri Kedah Darul Aman sebagai penjawat awam iaitu Guru Besar yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil Sungai Petani telah mendapat untuk diri kamu melalui akaun BIMB kamu bernombor 0202 0020 118114 suatu benda berharga iaitu wang berjumlah RM1745.00 dengan tiada balasan daripada Awang Kechik (NO KP: 690307026151) yang mana kamu ketahui beliau ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama. Kes KA-61R-3-01/2021 Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 24/03/2015 di Bilik Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebagai penjawat awam iaitu Guru Besar yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil, Sungai Petani telah menerima untuk diri kamu suatu benda berharga iaitu sekeping cek Bank Islam bernombor 712683 bernilai RM2055.00 dengan tiada balasan daripada Awang Kechik bin Bakar (No. K/P: 690307026151) yang mana kamu ketahui beliau ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 9/04/2015 di Pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebagai penjawat awam iaitu Guru Besar yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil, Sungai Petani telah menerima untuk diri kamu suatu benda berharga iaitu sekeping cek Bank Islam bernombor 712684 bernilai RM1900.00 dengan tiada balasan daripada Awang Kechik bin Bakar (No. K/P: 690307026151) yang mana kamu ketahui beliau ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama. Pertuduhan Ketiga: Bahawa kamu pada 11/05/2015 di Pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebagai penjawat awam iaitu Guru Besar yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil, Sungai Petani telah menerima untuk diri kamu suatu benda berharga iaitu sekeping cek Bank Islam bernombor 712689 bernilai RM473.00 dengan tiada balasan daripada Awang Kechik bin Bakar (No. K/P: 690307026151) yang mana kamu ketahui beliau ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.” Hukuman: Hukuman yang diperuntukkan dibawah seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.
2
OKT telah diwakili oleh seorang peguam dan telah minta dibicarakan. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai empat belas (14) orang saksi. Kes telah dibicarakan oleh Hakim lain dengan keterangan SP1 sehingga SP6. Apabila saya diarahkan untuk sambung bicara kes ini, saya telah mendengar keterangan SP7 sehingga SP14.
3
Pada akhir kes Pendakwaan, OKT telah dipanggil untuk membela diri. OKT dan seorang lagi saksi telah memberi keterangan dan pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah telah mendapati pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan Pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes melampui keraguan munasabah terhadap OKT.
4
OKT didapati bersalah dan disabit dengan kesalahan bagi kesemua pertuduhan di dalam kedua-dua kes dan dihukum seperti berikut: “OKT didenda RM10,000/- tidak bayar satu (1) bulan penjara bagi setiap pertuduhan.”
5
OKT tidak berpuashati dengan perintah tersebut dan kini merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut.
6
Kes Pendakwaan Saksi-saksi pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: SP1 Badrunsham bin Dahalan@Omar Pesara Ketua Sektor Jaminan Kualiti SP2 Bazilah binti Bahasim Pembantu Tadbir Kewangan SK Sungai Pasir Kechil SP3 Fariza binti Rahmat Pengurus Operasi Bank Islam Berhad SP4 Awang Kechik bin Bakar Pemilik Tunggal AHWN Enterprise SP5 Normila binti Abu Hassan Guru SK Sungai Pasir Kechil & Isteri kepada SP4 SP6 Anizah binti Hassan Pengurus Cawangan Bank Islam Berhad SP7 Ya’acob bin Awang Pesara (Bekas Penolong Kanan Pentadbiran 1 SK Sungai Pasir Kechil SP8 Yusof bin Ismail Penolong PPD HEM SP9 Ooi Choon Boon Pemilik Syarikat E Max Stationary Resources SP10 Masri bin Ahmad Pegawai Penguatkuasa SPRM (Pengadu) SP11 Noor Firdaus binti Mat Rose Penolong Kanan Penguasa SPRM (Pegawai tangkapan) SP12 Mohd Hazrulhaiz bin Sapardi Pegawai Penyiasat SPRM SP13 Rosnani binti Ahmad Pesara (Bekas Penolong Kanan (Kokurikulum) SK Sungai Pasir Kechil SP14 Asmawati binti Ahmad Pegawai Penyiasat
7
OKT bertugas sebagai seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah. Awang bin Kechil (SP4) adalah pemilik AHWN Enterprise dn menjalankan perniagaan kedai buku, alat tulis dan buku kerja. AHWN Enterprise ini telah menjalankan perniagaan Koperasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil tersebut mulai Januari 2014. Selepas koperasi sekolah diswastakan, koperasi tersebut dikenali dengan panggilan Kedai Buku sekolah. Normila binti Abu Hassan (SP5) adalah isteri kepada SP4 dan beliau bekerja sebagai seorang guru di sekolah tersebut. Pada masa yang sama, SP5 juga merupakan penyelaras Kedai Buku di sekolah tersebut. SP2 merupakan Pembantu Tadbir Kewangan di sekolah tersebut dan beliau menguruskan proses pembelian barang sekolah, menguruskan bil-bil sekolah, menguruskan makan minum untuk program sekolah dan lain-lain hal kewangan sekolah.
8
Kes pihak pendakwaan adalah bahawa SP2 telah menyediakan cek kepada AHWN Enterprise tetapi barangan tidak dibekalkan oleh AHWN Enterprise. Selepas cek ditunaikan oleh SP4, SP4 telah masukkan jumlah duit berkenaan ke dalam akaun bank OKT. Keadaan ini telah berlaku sebanyak tiga (3) kali di dalam tahun 2014 seperti pertuduhan-pertuduhan di dalam kes KA-61R-2-01/202. Pada tahun 2015 pula, selepas SP4 menerima cek dan menunaikannya, SP4 telah menyerahkan cek berpalang atas nama OKT, kepada OKT, melalui isterinya (SP5) sebanyak tiga (3) kali. Ini adalah seperti pertuduhan-pertuduhan di dalam kes KA-61R-3-01/202.
Preamble
Menurut SP4, beliau berbuat demikian kerana pada awal tahun 2014, isterinya (SP5) ada menceritakan bahawa pihak sekolah ada mengeluarkan cek atas nama AHWN Enterprise. Cek perlu ditunaikan dan diserahkan kepada Guru Besar. SP4 setuju berbuat demikian kerana takut Guru Besar akan ganggu sewaan Kedai Buku beliau kerana kuasa untuk sambung kontrak Kedai Buku ada pada Guru Besar. Perkara tersebut bermula pada tahun 2014 sehingga tahun 2015.
9
Secara ringkasnya, pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: Kes KA-61R-2-01/2021 a) Pada 7.8.2014, melalui akaun BIMB OKT (02020020118114) telah menerima wang berjumlah RM450.00 daripada Awang Kechik bin Bakar. b) Pada 16.8.2014, melalui akaun BIMB OKT (02020020118114) telah menerima wang berjumlah RM214.00 daripada Awang Kechik bin Bakar. c) Pada 19.11.2014, melalui akaun BIMB OKT (02020020118114) telah menerima wang berjumlah RM1745.00 daripada Awang Kechik bin Bakar. Kes KA-61R-3-01/2021 d) Pada 24.3.2015, OKT telah menerima sekeping cek Bank Islam bernombor 712683 bernilai RM2055.00 daripada Awang Kechik bin Bakar. e) Pada 9.4.2015, OKT telah menerima sekeping cek Bank Islam bernombor 712684 bernilai RM1900.00 daripada Awang Kechik bin Bakar. f) Pada 9.4.2015, OKT telah menerima sekeping cek Bank Islam bernombor 712689 bernilai RM473.00 daripada Awang Kechik bin Bakar.
10
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT. OKT telah dipanggil untuk membela diri di atas tuduhan terhadapnya.
11
OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara mengangkat sumpah. OKT telah menyatakan bahawa bagi setiap pembelian barangan sekolah, beliau hanya terlibat secara langsung dalam proses meluluskan Nota Minta yang telah lengkap diisi dan menandatangani cek selepas Penolong Kanan Pentadbiran menyemak, meluluskan dan menandatangani cek tersebut. OKT menyatakan bahawa ketika perjanjian dengan AHWN Enterprise ditandatangani, beliau tidak tahu bahawa pemilik AHWN Enterprise ialah suami kepada cikgu Normila bt Abu Hasan (SP5) iaitu guru yang dilantik sebagai penyelaras Kedai Buku sekolah. OKT menyatakan beliau tidak akan bersetuju dengan lantikan Syarikat AHWN Enterprise dan menandatangani perjanjian sekiranya beliau tahu sebelum itu. OKT hanya tahu mengenai isu ini apabila mendengar khabar-khabar angin daripada guru-guru yang lain sekitar bulan Apri 2015. OKT menyatakan wujud konflik kepentingan yang nyata antara AHWN Enterprise dengan pihak sekolah kerana SP5 bertugas sebagai guru di sekolah tersebut dan merupakan penyelaras kedai buku tersebut. OKT telah memaklumkan kepada SP5 untuk meminta suaminya menarik diri dari menjadi pengusaha Kedai Buku sekolah, sekiranya enggan, OKT sendiri akan menamatkan perjanjian tersebut atas sebab konflik kepentingan. Walaubagaimanapun, permohonan pembekalan yang telah dipohon harus dilaksanakan kerana cek-cek pembayaran telah pun dikeluarkan kepada AHWN Enterprise. Keterangan OKT ialah apabila OKT menyampaikan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan AHWN Enterprise, AHWN Enterprise telah gagal dan enggan membekalkan pesanan-pesanan sekolah walaupun cek dikeluarkan. AHWN Enterprise kemudian telah mengeluarkan cek atas nama beliau sebagai Guru besar sekolah. OKT menyatakan beliau tidak pernah meminta apa-apa jumlah wang daripada AHWN Enterprise. Pembayaran balik atas pembekalan yang gagal ke dalam akaun milk OKT adalah berniat jahat. Nombor akaun peribadi diberikan oleh SP2 yang mempunyai pengetahuan butir-butir peribadi OKT. Wang yang diterima tidak digunakan untuk keperluan dan/atau kepentingan peribadi. OKT telah meminta bantuan SD2 untuk membuat pembelian barangan sekolah berjumlah kepada RM2055.00 dan RM1900.00. OKT sendiri juga telah membeli barangan sekolah bagi jumlah RM473.00. OKT menyatakan beliau tidak pernah meminta apa-apa jumlah wang dalam bentuk cek dan/ atau tunai daripada SP4 mahupun AHWN Enterprise dan juga tidak meminta wang dalam bentuk cek dan/atau tunai melalui isteri SP4 iaitu SP5.
12
SD2 adalah seorang pesara guru dan juga merupakan bekas suami OKT. Keterangan beliau adalah pada tahun 2015, tidak ingat bila, OKT telah memberi SD2 wang tunai sejumlah RM2055.00 dan minta tolongnya untuk membeli 475 unit bekas plastik yang berharga RM3.00 seunit untuk dijadikan hadiah bagi Program Pertandingan Hidangan Makanan Sihat di sekolah beliau. OKT telah minta pertolongan beliau kerana SD2 biasa belikan barang-barang untuk aktiviti di sekolah SD2 dan dia tahu di mana hendak beli barang-barang tersebut. SD2 telah membuat bayaran kepada pembekal dan bekalan dihantar ke sekolah SD2 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani, Kedah dan barangan kemudian diambil oleh OKT. OKT juga telah memberi SD2 wang tunai sejumlah RM1900.00 dan minta tolongnya untuk membeli 220 ‘key chain’ dan 1000 buku nota kecil untuk dijadikan hadiah bagi Program Karnival Kebudayaan 2015 di sekolah beliau. SD2 telah membuat bayaran kepada pembekal dan bekalan tersebut SD2 serahkan kepada OKT di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.
Preamble
Mengikut SD2, OKT telah maklumkan kepada beliau bahawa syarikat Kedai Buku di sekolahnya sepatutnya bekalkan barangan tetapi mereka enggan berbuat demikian dan beliau sebagai Guru besar telah ambil tanggungjawap tersebut. Isu dan Pendapat (Findings of Fact)
13
Peruntukan s.165 Kanun Keseksaan, "165 Public servant obtaining any valuable thing, without consideration, from person concerned in any proceeding or business transacted by such public servant, Whoever, being a public servant, accepts or obtains, or agrees to accept or attempts to obtain, for himself or for any other person, any valuable thing, without consideration, or for a consideration which he knows to be inadequate, from any person whom he knows to have been, or to be, or to be likely to be concerned in any proceeding or business transacted, or about to be transacted, by such public servant, or having any connection with the official functions of himself or of any public servant to whom he is subordinate, or from any person whom he knows to be interested in or related to the person so concerned, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both.". Mahkamah merujuk kepada kes Sued Afendy Ali bin Syed Abid Ali v Public Prosecutor [2020] MLJU 2145; [2021] 8 MLJ 643 [36] The ingredients of the offence were set out in the case of Abu Bakar bin Seblie v Public Prosecutor [2012] 2 MLJ 842 where Ravinthran Paramaguru JC (as he then was) said: “The ingredients of an offence under s.165 are:
a
(a)that the appellant was a public servant at the material time;
b
(b)that the appellant accepted a valuable thing for himself without giving consideration or adequate consideration;
c
(c)that he gave no consideration for the valuable thing he obtained; and
d
(d)..... the person from whom the appellant had accepted the said gifts was known to the appellant to have had dealings or connection with the official function of his department.” [37] See also Mohd Khir Toyo v PP [2015] 8 CLJ 770. Mahkamah merujuk kepada kes Abu Bakar b. Seblie v Public Prosecutor [2012] 2 MLJ 842, [2011] MLJU 832, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[18] Similarly, I am of the opinion that this case has satisfied all the above tests. The original charges were under s 11(a) of the Anti–Corruption Act 1997. The ingredients of this offence are that the appellant is a public servant and that he had received gratification without giving consideration as inducement for expediting payment. Section 165 is an analogous or cognate offence. It is a lesser offence as the prosecution need not prove reward or inducement. As long as a public servant receives a valuable thing without giving consideration from someone with whom he has official dealings, the charge will bite.” Selain daripada itu, mengikut kes Abu Bakar b. Seblie (supra), pihak Pendakwaan tidak perlu membuktikan ‘reward or inducement’.
14
Oleh yang demikian, di dalam kes ini, elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah bahawa: a) OKT adalah seorang penjawat awam; b) OKT telah menerima suatu barang berharga daripada SP4; c) OKT menerima barang berharga tersebut tanpa balasan; dan d) OKT mengetahui bahawa SP4 mempunyai hubungan dengan tugas rasmi OKT di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil.
15
Pihak Pendakwaan telah membuktikan bahawa OKT adalah seorang penjawat awam dan memegang jawatan sebagai seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah pada tarikh sepertimana di dalam kesemua pertuduhan melalui keterangan SP1, Buku Perkhidmatan (Eksibit P3) dan Rekod Cuti (Eksibit P4). Isu ini juga tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan.
16
SP2 merupakan Pembantu Tadbir Kewangan di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil. Beliau telah memberi keterangan bahawa beliau yang menguruskan segala proses pembelian barang sekolah dan lain-lain hal kewangan sekolah. Segala proses pesanan dan pembayaran kepada AHWN Enterprise diuruskan melalui SP2. SP2 menyatakan bahawa sesuatu pembekalan yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir adalah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan sesuatu bekalan akan melalui beberapa prosedur sebelum bekalan dibekalkan oleh pihak pembekal. Keterangan SP2 di dalam Pernyataan Saksi (PSP2) adalah seperti berikut: - a) Sebelum pembekalan dibuat perlulah ada permohonan daripada seseorang guru ataupun kakitangan bukan guru melalui Nota Minta. Antara butir yang perlu diisi oleh pemohon di dalam Nota Minta ialah nama, perihal barang, kuantiti barang yang diperlukan, anggaran seunit (RM), jumlah besar (RM), peruntukan, subsidiary/mata Pelajaran, baki peruntukan semasa tandatangan pemohon dan juga tarikh. b) Setelah nota minta lengkap diisi pemohon akan menyerahkan Nota Minta tersebut kepada Guru Besar sekolah untuk kelulusan. Apabila kelulusan telah diberi, Guru Besar sekolah akan menurunkan tandatangan dan cop rasmi pada bahagian permohonan diluluskan pada Nota Minta tersebut. Kemudian pesanan sekolah akan disediakan. c) Pemohon yang meminta barang dibekalkan akan memberikan invois kepada saya dan barang yang diterima oleh pemohon daripada pembekal. d) Kemudian barulah saya akan menyediakan Baucar Bayaran dan mengeluarkan cek ke atas nama pembekal. Setelah cek dikeluarkan saya akan meminta tandatangan Penolong Kanan Pentadbiran dan juga tandatangan Guru Besar untuk ditandatangani di atas cek yang dikeluarkan. e) Kemudian saya akan menghubungi pembekal dan meminta pembekal datang ke pejabat untuk mengambil cek dan pembekal akan mengeluarkan resit penerimaan cek setelah cek diambil oleh mereka. Pihak pembelaan telah berhujah bahawa berdasarkan kepada keterangan SP2 tersebut, adalah jelas bahawa peranan Guru Besar hanyalah untuk memberikan kelulusan pesanan setelah Nota Minta lengkap diisi. Setelah mendapat kelulusan, barulah baucar bayaran disediakan oleh SP2 dan cek dikeluarkan keatas nama pembekal. Cek yang dikeluarkan telah ditandantangani oleh Penolong Kanan Sekolah terlebih dahulu sebelum ditandatangani oleh Guru Besar sekolah. Pihak pembelaan menyatakan bahawa dalam situasi sebegini, tidak ada peluang pada bila-bila masa, OKT selaku Guru Besar telah membuat apa-apa tuntutan palsu memandangkan segala permohonan untuk bekalan sekolah telah dibuat oleh guru-guru mahupun kakitangan yang bukan guru. Selain daripada itu, segala cek yang diisu oleh SP2 telah pun disemak dan ditandatangani oleh Penolong Kanan Sekolah iaitu SP7 dan SP13 sebelum diserahkan untuk tandatangan OKT. Selain daripada itu, cek yang dikeluarkan oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil hanya sah untuk ditunaikan sekiranya ia ditandatangani oleh dua penama. Tandatangan OKT semata-mata adalah tidak sah dan tidak boleh ditunaikan. Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa SP4 telah memberi keterangan bahawa beliau telah menunaikan cek yang diterima daripada pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil dan kemudiannya telah masukkan duit ke dalam akaun milik OKT. SP4 juga telah memberi keterangan bahawa selepas menerima cek daripada pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, beliau telah menyediakan cek berpalang atas nama OKT dan menyerahkan cek tersebut kepada isterinya (SP5) untuk diserahkan kepada OKT. Beliau berbuat demikian kerana dimaklumkan oleh SP5 bahawa cek perlu ditunaikan dan diserahkan kepada Guru Besar. SP4 sedia maklum bahawa sekiranya OKT memberikan cek kepadanya, beliau perlu tunaikan dan serahkan wang tersebut kepada OKT. Perkara ini bermula pada tahun 2014. Pada sekitar tahun 2014 dan 2015, pihak sekolah ada meminta SP4 membekalkan barang-barang yang diperlukan dan SP4 ada membekalnya. Terdapat juga pembekalan yang tidak dibuat tetapi cek dibayar atas nama Syarikat SP4 dan selepas itu OKT meminta wang tersebut. SP4 memberikan wang tersebut kepada OKT apabila diminta oleh beliau. SP4 setuju berbuat demikian kerana takut Guru Besar akan ganggu sewaan Kedai Buku beliau kerana kuasa untuk sambung kontrak Kedai Buku ada pada Guru Besar. Bagi kesemua transaksi sepertimana pertuduhan, SP4 memberi keterangan bahawa beliau tidak membekalkan apa-apa barang kepada pihak sekolah.
17
SP5 (isteri OKT) telah memberi keterangan bahawa OKT telah memberitahunya bahawa beliau ingin menggunakan akaun Syarikat kedai Buku Sekolah Sungai Pasir Kechil untuk perbelanjaan aktiviti sekolah dimana pembayaran dibayar kepada akaun Syarikat Koperasi dan kemudian Syarikat Koperasi akan mengeluarkan bayaran yang diterima kepaa OKT. Pada tahun 2012 hingga 2013, Syarikat Koperasi yang mengendalikan Koperasi Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil adalah MFW Enterprise. Ia kepunyaan suami kepada arwah rakan sekerja iaitu Raja Zalina. Pada tahun 2013 arwah rakan sekerja telah berpindah ke Maktab Perguruan Pulau Pinang tetapi urusan masih menggunakan akaun syarikat MFW Enterprise. Pada tahun 2014, SP4 telah mengambil alih Syarikat Koperasi Sekolah Sungai Pasir Kechil dan nama Syarikat SP4 adalah Syarikat AHWN Enterprise. Selepas itu semua cek pembayaran dilakukan kepada Syarikat AHWN Enterprise dan cek-cek tersebut perlu ditunaikan dan diberikan kepada Guru Besar iaitu OKT. SP5 turut menyatakan bahawa pada awal tahun 2014, SP5 ada menceritakan kepada suaminya SP4, yang mana pihak sekolah ada mengeluarkan cek atas nama Syarikat AHWN Enterprise dan cek-cek tersebut perlu ditunaikan dan diserahkan kepada Guru Besar nanti. Syarikat AHWN Enterprise dibuka pada bulan Januari 2014 oleh SP4 dan SP4 menjalanan perniagaan Koperasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil. Apabila Koperasi sekolah diswastakan, OKT telah membuat perjanjian diantara SP5 dan pihak sekolah dan membenarkan SP5 mengambil alih Koperasi sekolah. Koperasi sekolah kini dikenali dengan panggilan Kedai Buku Sekolah. Melihat kepada keseluruhan keterangan SP5, Mahkamah mendapati keterangan SP5 menyokong keterangan SP4. Mahkamah berpendapat bahawa OKT telah menerima wang tunai dan cek daripada SP4 dan fakta ini turut disokong dengan keterangan SP2 dan SP5. Wang dan cek yang diterima oleh OKT adalah merupakan ‘barang berharga’ bagi kes ini dan menepati elemen kedua.
18
Elemen ketiga secara jelas menyatakan dengan balasan atau tanpa balasan dan di dalam kes, ini pihak pendakwaan telah membuktikan melalui keterangan SP2, SP4 dan SP5 bahawa OKT menerima wang dan cek daripada SP4 ini tanpa pembekalan sebarang barang kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil. Tiada alasan mengapa OKT menerima wang daripada SP4 sedangkan OKT merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil. Tiada juga keterangan yang menafikan penerimaan dan kemasukkan wang kepada OKT. Ini jelas menunjukkan OKT telah menerima benda berharga daripada SP4. Selain daripada itu, OKT tidak memulangkan atau menghentikan penerimaan wang can cek tersebut. OKT mengetahui bahawa SP4 mempunyai hubungan dengan tugas rasmi OKT di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah membuktikan elemen keempat pertuduhan.
19
Mahkamah telah merujuk kepada keseluruhan nota keterangan bagi kes ini dan juga kepada rakaman prosiding di dalam Mahkamah bagi melihat dan mendengar keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang tidak memberi keterangan di hadapan saya sebelum saya membuat keputusan di akhir kes Pendakwaan. Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan suatu kes prima facie di akhir kes Pendakwaan seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen 173 (f) Kanun Tatacara Jenayah. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Yong Choo Kiong [2022] 10 CLJ 103, dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[22] Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan semasa menjelaskan konsep prima facie antara lainnya menyatakan: ... A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. [23] Seterusnya, prinsip kes 'prima facie ' telah diputuskan di dalam PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 (FC) sebagaimana berikut: ... In PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (No. 3) [1999] 2 CLJ 215, Augustine Paul J describe what a prima facie is in the following terms: A prima facie case arises when then evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of evidence must be such that, if unrebutted it is sufficient to induce the court to believe the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise can not be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case had been made out in order to call for the defence. [24] Rujukan juga dibuat terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Naki Mohd Yusuf v. PP [2014] 7 CLJ 441 yang menyatakan di ms. 457 seperti berikut: [48] A prima facie case is one that is sufficient for the appellant to be called upon to answer. This means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The Court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. The force of the evidence adduced must be such that, if rebutted, is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. [25] Bagi mengenal pasti sama ada suatu kes telah dibuktikan secara "prima facie", adalah menjadi tugas mahkamah untuk membuat penilaian ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan secara keseluruhannya. Ini termasuk bahagian-bahagian keterangan saksi-saksi dalam peringkat pemeriksaan awal, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Keterangan saksi-saksi mestilah konsisten dalam segala tahap sedemikian. YA Mohd Zawawi Salleh HMR, (beliau semasa itu), semasa menyampaikan penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Yusri Mangsor & Anor v. PP [2014] 7 CLJ 897 berkata di ms. 909 seperti demikian:
g
Further, it is the paramount duty of the court to consider entire evidence of a witness brought on record in the examination-in-chief, cross-examination and re-examination. In other word courts must take an overall view of the evidence of each witness. [26] Berdasarkan kepada kedudukan ini, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan yang secara keseluruhannya menghasilkan suatu fakta yang cukup lengkap dan jitu yang mana semuanya menjurus kepada penglibatan OKT dalam melakukan kesalahan seperti dalam pertuduhan. Dalam masa yang sama, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan-keterangan untuk menangkis kesemua pembelaan OKT yang diketengahkan oleh OKT melalui pemeriksaan balas yang dilakukan ke atas saksi-saksi pendakwaan bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes secara prima facie dan sama ada OKT perlu dipanggil untuk membela diri.”
20
Anggapan dibawah seksyen 50(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah seperti berikut:
50
Presumption in certain offences Where in any proceedings against any person for an offence under section 165 of the Penal Code it is proved that such person has accepted or attempted to obtain any valuable thing without consideration or for a consideration which such person knows to be inadequate, such person shall be presumed to have done so with such knowledge as to the circumstances as set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved. Oleh kerana pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen penting di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menerima wang tunai dan cek tanpa balasan atau balasan yang tidak sepadan, maka anggapan di bawah seksyen 50(3) Akta SPRM terpakai di dalam kes ini.
21
Pihak pembelaan telah berhujah bahawa tiada keterangan yang mengaitkan resit-resit sepertimana dinyatakan di dalam aduan No. 009/2015 dan 010/2015 [Eksibit P53 dan P54]. Eksibit P53 adalah Aduan No. 009/2015 yang menyatakan jumlah wang yang terlibat bagi tahun 2014 adalah RM5033.84. Eksibit P54 aduan No. 010/2015 pula menyatakan jumlah wang yang terlibat dalam tahun 2015 adalah RM5965.80 Pihak Pendakwaan telah menjalankan siasatan selepas aduan diterima dan pihak Pendakwaan telah menuduh OKT sepertimana pertuduhan bagi tahun 2014 dan 2015. Mahkamah berpendapat jumlah wang yang berlainan di dalam Borang-Borang Aduan (Eksibit P53 dan P54) dan pertuduhan tidak menjejaskan kes pihak Pendakwaan. Selain daripada itu, jumlah wang di dalam pertuduhan adalah jauh lebih kurang daripada jumlah yang dilapurkan di dalam Borang-Borang Aduan.
22
Berdasarkan kepada Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kedai Buku Sekolah bertarikh 1 Januari 2015 yang telah dikemukakan sebagai eksibit P31, AHWN Enterprise telah dilantik hanya untuk tempoh 01/01/2015 sehingga 31/12/2016. Pihak pembelaan telah mengemukakan suatu lagi Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kedai Buku Sekolah bertarikh 1 Januari 2013 (D38) yang mana Perjanjian ini jelas menunjukkan bahawa bagi tempoh 01.01.2013 sehingga 31.12.2014, sebuah Syarikat yang didaftarkan sebagai MFW Enterprise telah dilantik sebagai pengusaha kedai buku sekolah tersebut. Pihak pembelaan menyatakan bahawa AHWN Enterprise bukan Syarikat yang dilantik sebagai pengusaha kedai buku Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil pada tahun 2014. Pihak pembelaan telah berhujah bahawa berdasarkan kepada fakta dan keterangan jelas melalui kedua-dua Eksibit P31 (Perjanjian Penyewaan) dan Dokumen D38 (Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kedai Buku Sekolah), ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapkan kepada OKT di bawah No. Kes KA-61R-2-01/2021 telah menjadi tidak berasas. Mahkamah merujuk kepada keterangan SP5 seperti di dalam perenggan 17. Beliau telah bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil dan telah menguruskan Koperasi dan Kedai Buku Sekolah. SP2 yang bertugas di sekolah tersebut juga menyokong keterangan SP4 dan SP5 dimana beliau mengesahkan bahawa Kedai Buku sekolah tersebut dikendalikan oleh SP4 sejak 2014. Selain daripada itu, cek dan baucer bayaran (Eksibit P13 ke Eksibit P18) yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh SP2 sendiri adalah atas nama AHWN Enterprise. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak setuju dengan hujah pihak pembelaan bahawa ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapkan terhadap OKT di bawah No. Kes KA-61R-2-01/2021 telah menjadi tidak berasas. Pihak Pendakwaan telah membuktikan intipati di dalam kesemua pertuduhan tersebut. Berdasarkan keterangan saksi SP2. SP4 dan SP5, Mahkamah berpendapat bahawa OKT mengetahui bahawa SP4 mempunyai hubungan dengan tugas rasmi OKT di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil sejak 2014 dan pertuduhan yang dihadapkan kepada OKT di bawah No. Kes KA-61R-2-01/2021 dan KA-61R-3-01/2021 adalah berasas.
23
Diakhir kes pembelaan, Mahkamah perlu mempertimbangkan semua keterangan yang telah dikemukakan di hadapannya dan perlu memutuskan samada Pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap keraguan munasabah. Ini seperti yang dikatakan di dalam Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah: At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian diluar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt”. Dalam kes Mah Kok Cheong v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di mukasurat 47 menjelaskan bahawa: “ …in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is - Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt? I say ‘the sole question’ advisedly because in this country the accused will not have been called on for a defence at all unless the prosecution have first proved a case”. OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. Dalam kes yang dibicarakan ini, Mahkamah mendapati keterangan OKT adalah satu penafian semata-mata dan suatu pembelaan pemikiran kemudian (‘afterthought’). Pihak pembelaan gagal mematahkan aggapan dibawah sekyen 50(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. OKT telah menyatakan bahawa SP4 dengan sengaja memulangkan wang melalui akaun peribadi OKT untu mengenakan OKT kerana OKT sebenarnya ingin menamatkan kontrak AHWN Enterprise yang dimiliki oleh SP4 sebagai pengusaha kedai buku sekolah tersebut setelah menyedari wujudnya konflik kepentingan antara AHWN Enterprise dengan guru yang bertugas di sekolah tersebut (SP5) iaitu isteri kepada pemilik AHWN Enterprise sendiri. Mahkamah Rayuan di dalam kes Megat Halim Megat Omar lwn. PP [2009] 1 CLJ 154 menyatakan bahawa:- ”Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.” Di dalam kes PP lwn. Dato’ Seri Anwar Inrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215, Augustine Paul J di dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut:- ”The nature of the defence is to be ascertained not only from the evidence of the accused himself but also from the trend of the cross-examination of the prosecution witnesses and from the arguments of the accused's counsel at the close of the trial (see Kuli and Ors v. Emperor AIR [1930] Cal 442). It is therefore important for the accused to put his essential and material case to the prosecution witnesses in cross-examination.” SP4 telah memasukkan wang ke dalam akuan peribadi OKT sebanyak tiga (3) kali iaitu pada 07/08/2014, 16/08/2014 dan 19/11/2014. Kesemua pertuduhan di dalam kes KA-61R-2-01/2021 melibatkan wang tunai dimana SP4 telah memasukkan duit ke dalam akaun bank milik OKT. Merujuk kepada keterangan SP2, SP4 dan SP5, adalah jelas bahawa SP2 telah menyediakan cek-cek atas nama AHWN Enterprise atas arahan OKT dan telah menyerahkan cek-cek tersebut kepada SP5 untuk diserahkan kepada SP4. Selepas SP4 menunaikan cek-cek tersebut, beliau telah memasukkan duit ke dalam akaun bank milik OKT. Sekiranya benar bahawa SP4 dengan sengaja memulangkan wang melalui akaun peribadi OKT, mengapa selepas kali pertama wang dimasukkan ke dalam akaun pada 07/08/2014, OKT tidak mengambil apa-apa tindakan untuk hentikan SP4 daripada terus memasukkan wang ke dalam akaunnya. Cek juga diterima oleh OKT sebanyak tiga(3) kali pada 24/03/2015, 09/04/2015 dan 11/05/2015. Cek-cek ini diserahkan oleh SP4 melalui SP5 kepada OKT. Mengapa OKT telah menerima cek-cek tersebut?
24
Pihak pembelaan telah mengemukakan suatu dokumen secara kolektifnya ditandakan sebagai Dokumen IDD59 iaitu akuan penerimaan bekalan pesanan sekolah yang telah gagal dibekalkan oleh AHWN Enterprise. Menurut pihak pembelaan, bekalan-bekalan pesanan ini telah pun dibeli untuk kegunaan Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil dengan menggunakan jumlah wang yang sengaja dimasukkan ke dalam akaun peribadi tertuduh. Bekalan-bekalan yang gagal disediakan oleh AHWN Enterprise telah pun diakui terima oleh Shafinaz binti Ismail, pembantu tadbir sekolah, Yaacob bin Awang, Penolong Kanan 1 (Pentadbiran) dan Norhafiza Dollah, Penolong Kanan HEM. Pihak pembelaan menyatakan bahawa segala jumlah wang yang sengaja dimasukkan ke dalam akaun peribadi OKT oleh SP4 dan SP5 telah digunakan untuk menyediakan bekalan atas pesanan-pesanan sekolah yang sepatutnya disediakan oleh AHWN Enterprise. Pihak pembelaan juga merujuk kepada keterangan SP9, seorang saksi awam iaitu Ooi Choon Boon. SP9 merupakan Pengarah Syarikat Emax Stationary yang juga merupakan salah satu Syarikat yang membekalkan bekalan pesanan sekolah kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil. Pihak pembelaan merujuk kepada Eksibit P52, invoice yang dikeluarkan untuk pesanan berjumlah RM1745.00 bertarikh 23.11.2014. SP9 telah mengesahkan di dalam keterangannya bahawa sejumlah RM1745.00 telah pun diterima olehnya dan bahawa pesanan sekolah telah pun dihantarserah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil. Maka, pertuduhan ketiga bagi kes KA-61R-2-01/2021 adalah tidak berasas dan tidak boleh berdiri terhadap tertuduh Pendapat Mahkamah berkenaan isu pertuduhan ketiga di dalam kes KA-61R-2-01/2021 adalah bahawa pada 19.11.2014, melalui akaun BIMB, OKT (02020020118114) telah menerima wang berjumlah RM1745.00 daripada SP4. Persoalan ialah mengapa OKT menerima wang ini ke dalam akuan miliknya sedangkan wang ini sepatutnya dibayar terus kepada SP9 apabila pesanan sekolah dibuat. Jika melihat keterangan SP2 di perenggan 21 sehingga 23 Pernyataan Saksi, beliau menyatakan beliau telah menyediakan baucer bayaran bernombor S9/14 (Eksibit P18) berkenaan bayaran kos mencetak kertas soalan peperiksaan berjumlah RM2047.84 setelah menerima arahan daripada OKT. Penerima bayaran adalah Kedai Buku. SP2 sahkan bahawa tiada dokumen pesanan sekolah dalam set baucar bayaran tersebut. Selepas SP2 bertanya kepada SP5 berkenaan pembekalan kos mencetak kertas soalan peperiksaan, SP5 telah memberitahu kos pembekalan peperiksaan yang berjumlah RM2047.84 tidak dilakukan oleh Kedai Buku. Selanjutnya SP5 telah memberikan cek kepada SP2 atas nama OKT dengan jumlah bayaran RM1745.00 di pejabat sekolah untuk diserahkan kepada OKT. SP2 tidak menerima apa-apa resit atau invois daripada SP5. Invoice yang dikeluarkan untuk pesanan berjumlah RM1745.00 bertarikh 23.11.2014 (Eksibit P52) bukan untuk kos mencetak kertas peperiksaan. Ia adalah untuk pembelian kertas A4, Ring file, Minute file dan Artline marker pen. Ia tidak ada kena mengena dengan Baucer bayaran eksibit P18 dan pertuduhan ketiga di dalam kes KA-61R-2- 01/202.
25
OKT gagal menjelaskan tentang penerimaan wang berjumlah RM450.00 pada 7.8.2014, wang berjumlah RM214.00 pada 16.8.2014 dan wang berjumlah RM1745.00 pada 19.11.2014. Apabila disoalbalas oleh pihak Pendakwaan berkenaan dengan penerimaan wang-wang tersebut daripada SP4, OKT mengesahkan penerimaan wang-wang tersebut. OKT juga mengesahkan penerimaan cek ke dalam akaun bank miliknya. Walaubagaimanapun, pihak pembelaan tidak dapat mengemukakan resit atau bukti pembelian barang-barang tersebut dengan duit cek yang diterima. Jawapan yang diberikan oleh OKT dan SD2 ialah resit itu tiada dan tarikh tidak ingat.
26
Mahkamah berpendapat pembelaan OKT adalah suatu ‘afterthought’ dan ‘bare denial.’ Pihak pembelaan tidak dapat membuktikan bahawa barangan dibeli sebaik sahaja cek diterima daripada SP4. OKT juga telah meminta SD2 iaitu bekas suami beliau yang tidak ada kena mengena dengan sekolah tersebut untuk membeli barangan sedangkan OKT boleh meminta salah seorang wakil sekolah untuk berbuat demikian. Kes Mahkamah Rayuan Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 dirujuk: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence’s duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff’s or prosecution’s witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff’s or prosecution’s witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff’s or prosecution’s witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff’s or prosecution’s case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution’s case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution’s witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.”
27
Merujuk kepada kes Dickson Levy Maria George [2018] 1 LNS 135, Mahkamah Rayuan di dalam penghakimannya di perenggan 48 dan 49 telah menyatakan seperti berikut :- [48] In Goh Han Heng v. Public Prosecutor (supra), Yong Pung How CJ (Singapore) had this to say- “I disagreed with counsel. All that the passage means is that where the accused can show that the complainant has a motive to falsely implicate him, then the burden must fall on the prosecution to disprove that motive. This does not mean that the accused merely needs to allege that the complainant has a motive to falsely implicate him. Instead, the accused must adduce sufficient evidence of this motive so as to raise a reasonable doubt in the prosecution’s case. Only then would the burden of proof shift to the prosecution to prove that there was no such motive. To hold otherwise would mean that the prosecution would have the burden of proving a lack of motive to falsely implicate the accused in literally every case, thereby practically instilling a lack of such a motive as a constituent element of every offence.”. [49] The appellant failed to demonstrate to us any evidence to show that the police had harboured a motive to falsely implicate the appellant. Sekiranya pihak pembelaan ingin menyatakan bahawa SP2 atau SP5 mahupun mana-mana saksi pendakwaan yang lain berniat jahat dan mempunyai motif untuk mengenakan OKT, beban adalah kepada OKT untuk membuktikan pernyataan tersebut. Pembuktian tersebut hendaklah dibuktikan dan bukan hanya sekadar syak wasangka. Ianya adalah sepertimana yang diputuskan dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor [2010] 6 MLJ 533 yang mana telah menyatakan sepertimana berikut: “In R v Great Yarmouth Magistrates, ex p Thomas, Davis and Darlington [1992] Crim LR 116 it was held that the burden imposed on the party alleging mala fide is a heavy one. Bhagwati J (with Chandrachud and Krishna Iyer JJ) in EP Royappa v State of Tamil Nadu & Anor AIR 1974 SC 555 at p 586 held the same view: ... The burden of establishing mala fides is very heavy on the person who alleges it. The allegations of mala fides are often more easily made than proved and the very seriousness of such allegations demands proof of a high order of credibility.” In Yeap Seok Pen v Government of the State of Kelantan [1986] 1 MLJ 449 at p 453, the Privy Council held that, ‘He who asserts bad faith has the burden of proving it, mere suspicion is not enough’. In that case the Privy Council held that the burden of establishing bad faith was at least on a prime facie case.
28
Mahkamah telah meneliti keterangan OKT dan mendapati keterangannya langsung tidak dapat dipercayai. Keterangan pihak OKT adalah satu penafian semata-mata. OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Di dalam kes DA Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. We have read the record with some care and we have listened to what counsel for the appellant and the appellant himself have said at the appeal before us. We have however not heard a single good and sufficient reason for allowing the appeal.”
29
Di dalam kes Mahadzir bin Yusof & Anor lwn. PP [2011] 1 MLJ 297, Mahkamah menyatakan: “It is settled law that the duty of accused person at the defence's case is merely to cast a reasonable doubt on the prosecution's case”. Mahkamah berpendapat, pihak Pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. Daripada keterangan, adalah jelas bahawa Pihak Pendakwaan telah buktikan segala elemen dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu Mahkamah telah sabitkan OKT dengan kesalahan seperti pertuduhan.
30
Seterusnya untuk menentukan hukuman tersebut, prinsip-prinsip berkaitan dengan menjatuhkan hukuman harus dilihat. Mahkamah Agung dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang lwn. Pendakwa Raya (1987) 2 CLJ 405 di mukasurat 410 ke arah maksud ini telah menetapkan prinsip-prinsip berikut:- a) Graviti kesalahan tersebut. Sekiranya tiada hukuman setimpal dijatuhkan, ianya akan berulang; b) Cara kesalahan dilakukan; c) Kehadiran faktor-faktor mitigasi; dan d) Bandingan hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan untuk kesalahan yang sama.
31
Kes ini adalah mengenai satu kejadian yang berlaku di sebuah sekolah. OKT merupakan Guru Besar di sekolah dan telah mengambil kesempatan diatas jawatannya. Jawatan Guru Besar disandang tinggi oleh masyarakat dan murid-murid sekolah. Beliau sebagai seorang Guru Bear sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada semua guru dan murid di sekolah tetapi sebaliknya tindakan beliau telah mencemar nama baik insititusi sebuah sekolah dan Kementerian Pendidikan.
32
Di dalam kes Public Prosecutor lwn. Amir Hamzah bin Amir Mydin (2003) 3 AMR 626 di muka surat 635, YA Hakim Mahkamah Tinggi berkata: “Dalam memilih hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan, perkara yang utama yang saya perlu pertimbangkan adalah soal kepentingan awam dan penekanan utama adalah melunaskan kepentingan awam (lihat R v Ball Cr App R 164). Sebarang hukuman yang dijatuhkan mestilah dineracai dengan membuat imbangan antara keperluan kepentingan awam dan kehendak seseorang pesalah. Undang-undang jenayah ditegakkan bertujuan bukan sahaja untuk menghukum pesalah yang melanggar ketetapan undang-undang tetapi juga berhasrat untuk menghalang pelanggaran undang-undang dari terus berlaku. Mudah-mudahan masyarakat secara amnya tidak tergerak hati melakukan kesalahan yang sama atau apa jua kesalahan lain setelah memikirkan natijah yang bakal diterima akibat pelanggaran sedemikian.” Oleh yang demikian, hukuman berbentuk pencegahan atau ‘deterence’ adalah merupakan asas utama yang digunakan dalam menjatuhkan hukuman bagi kes ini.
33
Peguambela telah mengemukakan rayuan dan ringkasan rayuannya adalah bahawa OKT yang akan berumur 60 tahun esok akan bersara daripada jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang. Beliau telah berkhidmat selama 38 tahun tanpa sebarang rekod jenayah atau tindakan tatatertib. Beliau seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak (seorang telah meninggal dunia semasa perbicaraan) serta menanggung ibu berusia 83 tahun yang uzur. Baru-baru ini, OKT di ‘diagnos’ menghidap penyakit ‘ fatty liver’ dengan ketumbuhan 6.7 cm di hati dan kini menjalani rawatan serta fisioterapi akibat kesan ubat kolesterol yang tersalah diberi, dengan kos ubatan RM200 sebulan. Sejak pertuduhan pada Januari 2021, beliau hanya menerima separuh gaji dan terpaksa berniaga serta menjual lukisan untuk menyara keluarga. Jumlah wang dalam setiap pertuduhan adalah kecil (antara RM214 hingga RM2,055). Sepanjang tempoh siasatan sejak 2015 dan perbicaraan, tertuduh mematuhi semua syarat jaminan dan hadir ke semua prosiding. Berdasarkan faktor kemanusiaan, kesihatan, rekod perkhidmatan cemerlang, dan jumlah wang yang rendah, pihak pembelaan memohon agar Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja terhadap tertuduh. Mahkamah telah mengambil kira semua faktor seperti yang dibincangkan sebelum mengenakan hukuman. Berdasarkan alasan seperti yang dikemukakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa prinsip pencegahan, kepentingan awam dan pengajaran menjadi pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman yang tersebut adalah wajar serta bersesuaian dengan fakta kes ini apabila dipertimbangkan secara keseluruhan. Bertarikh 2 November 2025 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) (Hakim Mahkamah Sesyen) (Mahkamah Sesyen 2) (Alor Setar) (Kedah) Timbalan Pendakwa Raya: Tn Ahmad Fariz bin Abdul Hamid Peguam bagi pihak OKT : En. Mohd Khairul Hafizuddin bin Ramli Tetuan Khairul Hafizuddin & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.