The title or interest of the charger shall pass to and vest in the purchaser, freed and discharged from all liabilities under the charge in question and any charge subsequent thereto. To put it shortly, completion under the Torrens System refers to that stage of the conveyance when the land is registered with the Registrar of Titles.” [20] Di dalam kes ini menurut peguam Defendan lagi, Plaintif sendiri telah mengakui melalui perenggan 13 Kandungan 2 nya bahawa setakat 3/03/2016, Borang 16F Kanun Tanah Negara, 1965 belum lagi ditandatangani oleh Mahkamah dan menurut Plaintif di dalam afidavitnya di Kandungan 5, Borang 16F KTN telahpun ditandatangani oleh Mahkamah dan telah dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 6.4.2016 untuk adjudikasi. [21] Justeru itu, adalah dihujahkan oleh peguam Defendan bahawa setakat 19/04/2016, Plaintif belum didaftarkan sebagai pemilik berdaftar untuk membolehkan Plaintif membawa tindakan ini terhadap Defendan. Menurut peguam Defendan lagi, dengan yang demikian tindakan Plaintif adalah pra-matang dan hendaklah ditolak dengan kos. 15 [22] Adalah seterusnya dihujahkan oleh peguam Defendan lagi bahawa Aturan 89 Kaedah 1 KKM 2012 hanya tergunapakai apabila seseorang menduduki tanah atau harta tanpa lesen atau kebenaran pemilik atau pemilik terdahulu. Aturan 89 ini tidak terpakai kepada Defendan sebagai pemilik asal yang kemasukannya ke dalam hartanah tersebut adalah dengan kebenaran. [23] Menurut peguam Defendan lagi, Aturan 89 hanya tergunapakai kepada setinggan tegar (squatter simpliciter). Untuk hujahan ini, peguam telah merujuk kepada kes Bohari bin Taib & Ors v Pengarah Tanah dan Galian Selangor [1991] 1 CLJ (Rep) 48 (MA). Memandangkan Defendan bukanlah setinggan dalam ertikata sebenar, maka Plaintif tidak boleh mengunapakai Aturan 89 bagi mendapatkan milikan kosong hartanah tersebut dan Plaintiff hendaklah memulakan tindakannya melalui tindakan writ kerana terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan. [24] Mahkamah ini bersependapat dengan peguam Plaintif bahawa sebenarnya Plaintif telah sepatutnya mendapat milikan kosong hartanah tersebut sejak dari 29.10.2015 lagi apabila Plaintif telah 16 membuat pembayaran penuh harga belian (harga lelongan) hartanah tersebut. Bank pembiaya Plaintif telahpun membayar harga penuh bagi hartanah tersebut kepada Bank Pelelong (Pemegang Gadaian) [Sila lihat Eksibit NAR-4, Kandungan 2]. [25] Memandangkan Defendan yang enggan mengosongkan hartanah tersebut, Plaintif telah terpaksa memfailkan tindakan Saman Pemula ini untuk mendapatkan milikan kosong hartanah tersebut. Bagi Mahkamah ini, tindakan Plaintif adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 8 Akta Relif Spesifik, 1950. [26] Bagi Mahkamah ini, Defendan telah hilang/luput pemilikannya terhadap hartanah tersebut apabila Plaintif telah membayar penuh harga pembelian hartanah tersebut pada 29.10.2015. Apabila Plaintif telah membayar harga penuh bagi hartanah tersebut, Plaintif telah menjadi tuanpunya/pemilik hartanah tersebut dan berhak mendapat milikan kosong hartanah tersebut sejak tarikh 29.10.2015. [27] Peguam Defendan cuba menghujahkan bahawa sebagai pemilik asal, Defendan adalah berhak menduduki hartanah tersebut kerana 17 hakmiliknya adalah tidak terjejas walaupun tukul pelelong dijatuhkan kerana sebagai pemilik asal beliau masih berhak untuk mencabar perintah jualan ataupun kontrak jualan sehingga terbatal jualan. [28] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini, hujahan peguam Defendan ini adalah tidak berasas kerana kedua-dua kes M & J Frozen Food Sdn Bhd dan Santhi Krish tidak terpakai bagi Defendan di hadapan Mahkamah ini. Peguam Defendan sebenarnya telah khilaf kefahamannya dan pemakaian kedua-dua kes M & J Frozen Food Sdn Bhd dan Santhi Krishnan. Di dalam kes M & J Frozen Food Sdn Bhd, apa yang berlaku di dalam kes ini secara ringkas adalah adalah seperti berikut; akibat kemungkiran pihak Penggadai, Pemegang Gadaian telah mendapatkan perintah jualan dan lelongan. Harta Penggadai telah dilelong pada 25 Januari 1987. Pembeli yang merupakan penawar-beli telah menyebutkan harga paling tinggi pada harga RM196,000 dan kemudian telah diisytiharkan sebagai Pembeli harta Penggadai. Pembeli telah membayar RM49,000.00 sebagai deposit iaitu 25% daripada jumlah harga belian. Walau bagaimanapun, Pembeli telah tidak membayar baki harga belian dalam tempoh 30 hari dari tarikh jualan. Berdasarkan kepada 18 kemungkiran Pembeli ini, Penggadai telah memasukkan kaveat persendirian ke atas harta. Kaveat tersebut telah dikeluarkan atas alasan teknikal. Setelah 41/2 bulan tarikh pembayaran jumlah baki belian tamat, Pembeli telah memfailkan satu permohonan untuk lanjutan masa penyelesaian baki selama 14 hari. Penggadai pada semua masa telah membantah perlanjutan masa penyelesaian. Penggadai pula telah memulakan prosiding untuk penolakan lelongan dan perlucutan wang deposit Pembeli sebanyak RM49,000.00. Namun, selepas 2 hari perintah lanjutan untuk penyelesaian baki belian diketepikan oleh YA Hakim, Pembeli telah mengemukakan baki belian sebanyak RM147,000.00 kepada Penolong Kanan Pendaftar (PKP) yang mana telah diterima oleh PKP yang seterusnya telah mengeluarkan sijil di dalam Borang 16F KTN. Pembeli kemudian telah mengemukakan Borang 16F tersebut untuk pendaftaran. Manakala Penggadai telah memfaikan saman dalam kamar untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Pembeli dan Pemegang Gadaian. Atas fakta-fakta inilah, Mahkamah telah memutuskan antara lain bahawa: 19 i. Adalah jelas pada ketukan tukul pelelong, tiada wang yang bertukar tangan di antara pihak-pihak berkenaan dan juga tiada sebarang dokumen yang ditandatangani. Walaupun jika bahawa masa ditakrifkan secara liberal bagi menyertakan perkara-perkara yang berlaku sejurus selepas itu, Pembeli hanya dapat bergantung kepada bayaran muka sebanyak 10% daripada harga pembelian dan penerimaan syarat-syarat jualan olehnya. Isu tidak menjelaskan bayaran penuh akan harga pembelian itu sahaja sudah cukup untuk membatalkan pembentukan sebarang ‘bare trust’ atau konstruktif dan berikutnya pengesahan pindahmilik hak keempunyaan daripada penjual kepada Pembeli. [29] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, tiada langsung fakta-fakta sepertimana kes M & J Frozen Food. Malah jauh berbeza. [30] Begitu juga di dalam kes Santhi Krishnan di mana pembida yang berjaya telah gagal membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam perenggan 14 syarat-syarat jualan. Pembida yang berjaya di dalam kes Shanti Krishnan telah melakukan pelanggaran kontrak jual beli hartanah dan telah kehilangan haknya dan dengan itu kontrak jualan menjadi tidak sah dan terbatal. 20 [31] Seperti yang telah dinyatakan awal tadi, Plaintif di dalam kes ini telahpun membayar penuh harga pembelian hartanah tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dan ini tidak langsung dinafikan oleh Defendan. Malahan di dalam kes ini, Borang 16F KTN telahpun ditandatangani oleh Mahkamah pada 6.4.2016 dan pendaftaran pindahmilik sedang diproses dan kini sedang menunggu notis taksiran dikeluarkan oleh Pemungut Duti Setem, seterusnya didaftarkan ke Pejabat Tanah dan Galian yang berkenaan. [32] Tambahan lagi, di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, perintah penjualan melalui lelongan awam telah diperolehi oleh Pemegang Gadaian pada 4.3.2015 dan lelongan awam bagi hartanah tersebut telahpun dijalankan pada 5.8.2015 di mana pada lelongan awam inilah Plaintif telah berjaya di dalam bidaannya. [33] Defendan cuba mengatakan bahawa satu tindakan telah difailkannya bagi membatalkan perintah jualan tersebut, namun Mahkamah ini perlu menegaskan bahawa tindakan Writ Saman ini hanya difailkan selepas satu tahun dari tarikh perintah lelongan dan tujuh (7) bulan selepas hartanah itu dijual melalui lelongan awam. Walhal Defendan 21 sendiri di perenggan 9, di dalam afidavit jawapannya di Kandungan 4, kononnya menyatakan telah baru mengetahui bahawa hartanah tersebut telah dilelong pada pertengahan Ogos 2015. Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah, walaupun Defendan kononnya telah mengetahui mengenai lelongan itu pada pertengahan Ogos 2015 tetapi telah hanya memfailkan tindakan Writ Saman pada bulan Mac