Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-506-12/2017 ANTARA NOR AZIZ BIN MAT ISA ... PERAYU
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/4e9d422e-6a8f-4e8d-a985-57fe8dfa6dc5
Court of Appeal of Malaysia22 Nov 2018W-01(A)-506-12/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dicious decision. From my reading of the judgments of the trial judge and the Court of Appeal, the approach taken, with respect, was as if the matter was a criminal case wherein the provisions of the Criminal Procedure Code and the Evidence Act 1950 would seem to apply. The approach is erroneous. It must be stressed th”
“g of the judgments of the trial judge and the Court of Appeal, the approach taken, with respect, was as if the matter was a criminal case wherein the provisions of the Criminal Procedure Code and the Evidence Act 1950 would seem to apply. The approach is erroneous. It must be stressed that the courts cannot introduce t”
“1 CLJ 405 menyatakan: “A public officer is entitled to impugn any allegation or accusation of any disciplinary breach against him by way of judicial review on the protection given by art. 135 of the Federal Constitution providing that no member of such service shall be dismissed or reduced, in rank except (a) only by a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-506-12/2017 ANTARA NOR AZIZ BIN MAT ISA ... PERAYU
1
DAN SUN TEOH TIA (SAC)
2
POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN
3
DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN WAN AZAHAR BIN WAN IDRIS (K/INSP)
4
PASUKAN GERAKAN AM BAKRI, MUAR AZIZAN BIN ABU TAAT (ACP)
5
PASUKAN GERAKAN AM, CHERAS JUNAID BIN HAJI ZAKARIA (ACP)
6
6.
7
KETUA POLIS NEGARA KERAJAAN MALAYSIA … RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No. 25-308-12/2015 2 Dalam perkara satu permohonan oleh NOR AZIZ BIN MAT ISA (No. RF 122360, No. KP: 680205-08-6509) untuk memohon satu Perintah Deklarasi dan/atau Certiorari Dan Dalam perkara keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia Bukit Aman berkuatkuasa pada 18.08.2015 Dan Dalam perkara Perintah-Perintah Am Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 serta Akta Polis 1967 Dan Dalam Perkara 5,8 dan 135 Perlembagaan Persekutuan Dan Dalam perkara Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Antara Nor Aziz bin Mat Isa ... Pemohon (No. RF 122360, No. K/P: 680205-08-6509) Dan 3
1
Sun Teoh Tia (SAC) Pengerusi Lembaga Tatatertib
2
Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Lembaga Tatatertib Polis
3
Diraja Malaysia Bukit Aman Wan Azahar bin Wan Idris (K/Insp) Insp Tatatertib BN 6
4
Pasukan Gerakan Am Bakri, Muar Azizan bin Abu Taat (ACP) Timbalan Komander Bridged Tengah
5
Pasukan Gerakan Am Cheras Junaid bin Haji Zakaria (ACP) Timbalan Komander Bridged Tengah
6
Pasukan Gerakan Am, Cheras
7
Ketua Polis Negara Kerajaan Malaysia ... Responden-Responden] KORAM: TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT, HMR (kini KHN) ABANG ISKANDAR BIN ABANG HASHIM, HMR (kini HBSS) ABDUL RAHMAN BIN SEBLI, HMR (kini HMP) PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan perayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan perayu untuk semakan kehakiman. [2] Perayu adalah, pada masa material, seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Lans Koperal, yang ditugaskan sebagai L/Kpl Infantri Platun 8, Kompeni C, Batalion 6, Pasukan Gerakan Am, 4 Bakri, Muar, Johor. Responden pertama adalah Pengerusi Lembaga Tatatertib PDRM, Bukit Aman. Responden kedua adalah Lembaga Tatatertib PDRM, Bukit Aman. Responden-responden ketiga, keempat dan kelima adalah masing-masing Inspektor Tatatertib Batalion 6, Pasukan Gerakan Am, Bakri, Muar; Timbalan Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras dan Timbalan Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras. Responden keenam adalah Ketua Polis Negara, manakala responden ketujuh adalah Kerajaan Malaysia. [3] Melalui permohonan semakan kehakiman, perayu memohon satu perintah Certiorari bagi membatalkan keputusan responden pertama dan responden kedua yang telah menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap perayu dan untuk suatu perintah deklarasi bahawa perayu masih merupakan pekerja responden ketujuh, dan digajikan sebagai Lans Koperal. Latarbelakang kes [4] Melalui surat Tunjuk Sebab bertarikh 12.9.2013, perayu telah dimaklumkan mengenai keputusan responden kedua untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap perayu, dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) (kemudian daripada ini disebut “Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib”). [5] Melalui surat yang sama, perayu telah diberikan tempoh selama 21 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut untuk mengemukakan representasi bagi membebaskan diri beliau daripada pertuduhan. 5 [6] Terdapat 12 pertuduhan terhadap perayu yang dapat diringkaskan seperti berikut:
i
(i) Sembilan pertuduhan adalah berkaitan kesalahan ingkar perintah di mana perayu gagal melapor diri secara fizikal kepada Pegawai Pemerintah Batalion 6, Pasukan Gerak Am, Bakri, Muar Johor. Pertuduhan pertama melibatkan tarikh-tarikh antara 26 Januari 2012 hingga 31 Januari 2012; pertuduhan kedua antara 1 Februari 2012 sehingga 29 Februari 2012; pertuduhan ketiga antara 1 Mac 2012 hingga 31 Mac 2012; pertuduhan keempat antara 1 April hingga 30 April 2012; pertuduhan kelima antara 1 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012; pertuduhan keenam antara 1 Jun 2012 hingga 30 Jun 2012; pertuduhan ketujuh antara 1 Julai 2012 hingga 31 Julai 2012; pertuduhan kelapan antara 1 Ogos 2012 hingga 31 Ogos 2012; dan pertuduhan kesembilan antara 1 September 2012 hingga 3 September 2012.
Subparagraph
(ii) Pertuduhan kesepuluh dan kesebelas adalah atas kesalahan tidak bertanggungjawab. Pertuduhan kesepuluh berkait dengan laporan polis yang dibuat oleh perayu pada 27 Ogos 2012 di mana perayu menyatakan ‘Bagaimana orang bodoh boleh menjadi Ketua Polis Negara’ dan ‘Ketua Polis Negara bodoh, lembik dan dayus’. Pertuduhan kesebelas pula berhubung dengan rakaman percakapan perayu di mana perayu menyatakan bahawa ‘Ketua Polis Negara mempunyai hubungan yang baik dengan Komander Briged Tengah – Dato’ SAC Rosli bin Mohd Nizam serta beranggapan apa-apa laporan yang dibuat terhadap Dato’ Komander Briged Tengah tidak akan membawa kesan’. 6
Subparagraph
(iii) Pertuduhan kedua belas adalah atas kesalahan mencemarkan imej perkhidmatan awam kerana suatu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap perayu bersabit siasatan Kertas Siasatan Jenayah Komersial di Muar. [7] Melalui surat bertarikh 7.10.2013, perayu memohon penangguhan untuk mengemukakan representasi bagi mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pertuduhan tatatertib terhadapnya. Dokumen yang dipohon adalah Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A110 (“PTKPN”) selengkapnya. Perayu meminta agar dia dibenarkan mengemukakan representasi dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan dokumen tersebut. [8] Melalui surat bertarikh 7.11.2013, responden pertama telah membekalkan dokumen PTKPN kepada perayu seperti yang dikehendakinya. Responden pertama juga telah memberikan masa 21 hari kepada perayu untuk mengemukakan representasi dari tarikh perayu menerima dokumen berkenaan. [9] Perayu kemudiannya mengemukakan representasi melalui surat bertarikh 31.12.013 untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan-pertuduhan pertama hingga kedua belas. [10] Setelah menimbang keseluruhan fakta, dokumen dan juga representasi yang dikemukakan oleh perayu, responden kedua mendapati bahawa perayu secara keseluruhannya berjaya membebaskan diri daripada pertuduhan pertama hingga pertuduhan kesembilan. Responden kedua mendapati perayu gagal membebaskan 7 diri terhadap pertuduhan kesepuluh. Justeru, perayu telah didapati bersalah atas pertuduhan kesepuluh dan dikenakan hukuman buang kerja di bawah Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib. Hukuman bagi tindakan tatatertib itu berkuatkuasa mulai 18.8.2015 dan dimaklumkan kepada perayu melalui surat bertarikh 21.8.2015. [11] Bagi pertuduhan kesebelas dan kedua belas, responden kedua berpendapat kesalahan-kesalahan tersebut tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat. Responden kedua mengenakan hukuman amaran terhadap perayu bagi pertuduhan-pertuduhan kesebelas dan kedua belas. Prosiding di Mahkamah Tinggi [12] Perayu memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap responden-responden untuk mendapatkan suatu perintah Certiorari bagi membatalkan keputusan oleh responden pertama dan kedua yang telah menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap perayu berkuatkuasa pada 18.8.2015; dan bahawa perayu masih merupakan pekerja responden ketujuh dan digajikan sebagai Lans Koperal. [13] Perayu menyatakan bahawa keputusan responden pertama dan responden kedua serta tindakan-tindakan oleh responden ketiga hingga kelima, sebagai kakitangan dan ejen responden keenam adalah bertentangan dengan undang-undang (ultra vires), melanggar kaedah-kaedah keadilan asasi, menunjukkan kesilapan di muka rekod, ‘tainted with illegality’, ‘tainted with mala fide’ dan telah dibuat melampaui bidang kuasa. 8 [14] Alasan-alasan yang dikemukakan bagi menyokong pengataan di atas, secara ringkas adalah:
i
(i) Tindakan bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib, Perlembagaan Persekutuan dan common law (law of natural justice and procedural fairness);
Subparagraph
(ii) Pertuduhan-pertuduhan adalah cacat dan tidak berasas; dan
Subparagraph
(iii) Ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik untuk membuat keputusan adalah tidak sah menurut undang-undang. [15] Hakim Mahkamah Tinggi mengingatkan dirinya berkenaan dengan prinsip semakan kehakiman, bahawa permohonan semakan kehakiman bukan bertujuan untuk menyemak keputusan tetapi untuk menyemak proses keputusan itu dibuat, dan bahawa di dalam permohonan semakan kehakiman, Mahkamah tidak menjalankan bidang kuasa rayuan tetapi bidangkuasa penyeliaan. Kes-kes berikut dirujuk: T. Ganeswaran v Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia & 1 lagi [2005] 3 CLJ 302; Pua Kiam Wee v Ketua Pengarah Imigresen Malaysia & Anor [2017] 1 LNS 993; Telekom Malaysia Berhad v Tribunal Tuntutan Pengguna & Anor [2007] 1 CLJ 300; Ranjit Kaur A/P S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 1; dan Government of Malaysia & Anor v Jagdis Singh [1987] CLJ (Rep) 110. Berdasarkan kes-kes di atas, Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan Mahkamah untuk melihat sama ada keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib pada 21.8.2015 itu telah mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib. 9 [16] Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesimpulan bahawa prosedur tatatertib yang dilaksanakan terhadap perayu adalah teratur. Hakim Mahkamah Tinggi mengambil kira bahawa prosedur yang terpakai kepada perayu adalah prosiding tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat iaitu Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib. Dalam kes ini perayu telah mengemukakan representasi dan Lembaga Tatatertib, iaitu responden kedua yang dipengerusikan oleh responden pertama setelah menimbang representasi perayu bagi setiap pertuduhan, berpendapat tiada penjelasan lanjut diperlukan yang menghendaki penubuhan suatu Jawatankuasa Penyiasatan. [17] Setelah meneliti pertuduhan-pertuduhan pertama hingga kedua belas terhadap perayu, Hakim Mahkamah Tinggi mendapati bahawa pengataan perayu bahawa pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah cacat dan tidak berasas, adalah tidak bermerit. Hakim Mahkamah Tinggi memberikan alasan yang berikut. Kesemua pertuduhan pertama hingga kesembilan adalah salah laku bertentangan dengan Peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib iaitu ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. Perbuatan salah laku perayu dilakukan dari 26.1.2012 hingga 3.9.2012 yang mana pada tempoh tersebut perayu telah gagal untuk melapor diri secara fizikal setiap hari kepada Pegawai Pemerintah Batalion 6, Pasukan Gerak Am, Bakri, Muar Johor seperti yang dikehendaki dalam surat Perintah Tahan Kerja bertarikh 14.10.2010. [18] Hakim Mahkamah Tinggi mendapati pertuduhan-pertuduhan itu adalah jelas dan tidak mengelirukan. Perayu tidak mempunyai masalah 10 untuk mengemukakan representasinya terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut, malah melalui representasi tersebut perayu telah berjaya membebaskan dirinya daripada pertuduhan pertama hingga kesembilan. [19] Responden kedua telah menerima penjelasan perayu mengenai kegagalan perayu untuk hadir melaporkan diri adalah kerana kekeliruan perayu terhadap arahan tahan kerja dan perintah gantung kerja yang dikenakan ke atas beliau. Terdapat dua (2) perintah iaitu perintah tahan kerja bertarikh 14.10.2010 dan perintah gantung kerja bertarikh 14.10.2010. Responden kedua bersetuju wujud kekeliruan berhubung dengan perintah yang perlu dipatuhi. [20] Berhubung pertuduhan kesepuluh, iaitu salah laku perayu yang bertentangan dengan Peraturan 4(2)(g) iaitu tidak bertanggungjawab, hakim Mahkamah Tinggi mendapati walaupun terdapat kesilapan rujukan kepada Peraturan 4(2)(i), namun kesilapan itu tidak mencacatkan pertuduhan kerana Peraturan 4(2)(g) juga ada disebutkan dalam pertuduhan tersebut. [21] Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman, perayu merayu ke Mahkamah Rayuan. Rayuan di Mahkamah Rayuan [22] Di hadapan kami, isu utama yang diutarakan oleh peguamcara bijaksana bagi pihak perayu adalah bahawa pertuduhan kesepuluh adalah cacat kerana terdapat kesilapan pada peruntukan yang dirujuk dalam Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib. Peguamcara 11 bijaksana juga menarik perhatian kami kepada rekod prosiding tatatertib (Rekod Rayuan Jld 2D Bhgn C: ms 681) yang menyatakan: “3.16 Seterusnya Pengerusi LTT membawa perhatian Ahli Pertama dan Ahli Kedua kepada pertuduhan Kesepuluh. Pengerusi LTT menyatakan bahawa Pertuduhan Kesepuluh tidak bertanggungjawab kerana pada 27/8/2012 melalui laporan polis Sungai Siput (Utara) 2450/2012 bahawa Bagaimana orang bodoh boleh menjadi Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negara bodoh, lembik dan dayus bertentangan dengan PTKPN A110, Para 2. Pengerusi menjelaskan tingkahlaku subjek sebagai seorang anggota polis telah mengaibkan dan tidak menghormatinya Mantan Ketua Polis Negara sebagai seorang pemimpin tertinggi dalam PDRM. Subjek adalah seorang anggota pasukan yang mempunyai disiplin, berintegriti dan terlatih dengan asas-asas kepolisan tetapi telah menuduh bahawa kepimpinan PDRM mempunyai seorang Ketua Polis yang bodoh, lembik dan dayus melalui laporan polis yang dibuat di balai Polis Sungai Siput. Sekiranya subjek merasakan kecewa atau rasa tidak puashati terhadap Mantan Ketua Polis Negara wajar terlebih dahulu merujuk kepada saluran tertentu di kalangan pegawai atasan atau penyelia untuk menyuarakan hasrat hati dan bukan menuduh tanpa bukti yang kukuh semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Tidak menjadi halangan sesiapa pun dalam warga PDRM boleh membuat laporan polis tetapi bukan menjadikan laporan polis itu sebagai satu landasan untuk menyuarakan kekecewaan ke atas mana-mana ketua atau kepimpinan PDRM. Oleh itu subjek tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan ini. Ahli Pertama menyokong kenyataan Tuan Pengerusi bahawa sekiranya subjek tidak puashati terlebih dahulu boleh merujuk kepada Ketua jabatan atau penyelia untuk menyuarakan hasrat hatinya dan jangan menjadikan laporan polis sebagai ruangan untuk memburukkan kepimpinan tertinggi PDRM. Perbuatan subjek semata-mata untuk kepentingan sendiri tanpa melihat kepada akibat perilakuannya daripada sudut tatatertib. Ahli 12 Kedua bersetuju dengan Tuan Pengerusi dan ahli pertama. LTT telah berbincang dan memutuskan hukuman Buang Kerja mengikut Peraturan 38 PPPA 1993 dibaca bersama Peraturan 38(g) PPPA1993 ke atas subjek. Ahli Pertama dan Ahli Kedua setuju dengan pendapat Tuan Pengerusi.”. [23] Dihujahkan bagi pihak perayu bahawa pertuduhan kesepuluh merujuk kepada para 2 PTKPN, tetapi ketika LTT mempertimbangkan pertuduhan kesepuluh terhadap pemohon, LTT merujuk kepada para yang berbeza, iaitu para 8.1.3. PTKPN. [24] Para 2 PTKPN menyatakan: “2. Pihak Berkuasa Tatatertib Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) yang ditafsirkan di bawah PPPA (Kelakuan dan tatatertib) adalah termasuk pegawai polis yang diwakili kuasa oleh Suruhanjaya Pasukan Tinggi Polis, melalui Suratcara Perwakilan Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa dan Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Tertentu P.U(B) 441 bertarikh 14.12.2000. [25] Manakala para 8.1.3 PTKPN pula memperuntukkan: “8.1.3. Menggunakan bahasa mengugut, biadap dalam perkataan atau perbuatan dan tingkah laku terhadap mana-mana pegawai polis yang berpangkat lebih kanan daripadanya.”. [26] Justeru, dihujahkan oleh peguamcara bijaksana pihak perayu bahawa responden kedua/Lembaga Tatatertib tidak mengarahkan minda mereka kepada pertuduhan kesepuluh, dan bahawa Lembaga Tatatertib juga gagal mempertimbangkan pertuduhan serta gagal membuat dapatan 13 bahawa berlaku pelanggaran oleh perayu terhadap Peraturan/Perintah yang berkenaan. [27] Dihujahkan seterusnya bahawa Peraturan 4(2)(g) adalah berkaitan dengan kesalahan tidak bertanggungjawab (be irresponsible) sedangkan Peraturan 4(2)(i) adalah kesalahan keingkaran (be insubordinate) dan bahawa tiada butir-butir terperinci tentang apakah yang dikatakan tidak bertanggungjawab dan keingkaran itu. Sehubungan dengan itu, dihujahkan seterusnya oleh peguamcara bijaksana bahawa kecacatan pertuduhan kesepuluh adalah fatal kerana tidak boleh ada dua (2) kesalahan dalam satu pertuduhan. [28] Di dalam hujahan balasnya, Peguam Kanan Persekutuan yang bijaksana menyatakan bahawa intipati pertuduhan kesepuluh adalah perenggan 8.1.3. PTKPN iaitu bersikap biadap. Isu ini telah dipertimbangkan oleh hakim Mahkamah Tinggi seperti berikut: “Pertuduhan Kesepuluh i) Pertuduhan ini adalah berhubung salah laku Pemohon yang bertentangan dengan Peraturan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu tidak bertanggungjawab. Walaupun terdapat kesilapan rujukan (i) namun kesilapan ini tidak mencacatkan pertuduhan kerana Peraturan 4(2)(g) ada disebutkan dalam pertuduhan tersebut. Pertuduhan tersebut adalah jelas dan tidak mengelirukan berkenaan laporan polis Sungai Siput (Utara) 2450/2012 Pemohon yang menyatakan ‘Bagaimana orang bodoh boleh menjadi Ketua Polis Negara’ dan ‘Ketua Polis Negara bodoh, lembik dan dayus’ bertentangan dengan perenggan 8.1.3. Perintah Tetap Ketua Polis Negara. 14 ii) Pemohon telah menuduh Ketua Polis adalah seorang yang bodoh dan dayus. Tuduhan Pemohon ini adalah fakta sebenar dalam laporan polis Pemohon sendiri … Perbuatan Pemohon adalah satu kesalahan di bawah para 8.1.13 Perintah Tetap Ketua Polis Negara. Oleh itu, Pertuduhan Kesepuluh adalah spesifik kerana Pemohon dikatakan berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai tidak bertanggungjawab. … iii) Setelah meneliti laporan polis Pemohon, didapati laporan polis itu dibuat kerana Pemohon tidak puas hati berkenaan Surat Penamatan Perkhidmatan Pemohon bertarikh 24.6.2012 di bawah seksyen 8(3) Akta Polis 1967 … Responden Kedua menyatakan bahawa laporan polis tidak boleh dijadikan sebagai landasan untuk mengutuk atau menyuarakan kekecewaan ke atas mana-mana ketua atau kepimpinan PDRM dan memburukkan kepimpinan PDRM. Jika tidak berpuashati dengan Ketua Polis Negara berhubung dengan hal ehwal pentadbiran, Pemohon wajar terlebih dahulu merujuk kepada saluran tertentu di kalangan pegawai atasan atau penyelia untuk menyuarakan hasrat hati dan bukan menuduh seseorang tanpa bukti kukuh.”. Keputusan Kami [29] Kami perhatikan bahawa permohonan semakan kehakiman perayu adalah untuk membatalkan keputusan responden kedua/Lembaga Tatatertib yang ‘membuang kerja Pemohon dari Pasukan Polis Di Raja Malaysia’. Keputusan ini adalah berkaitan dengan pertuduhan kesepuluh. Bagaimanapun, dalam Pernyataan yang difailkan oleh perayu menurut Aturan 53 Kaedah 3(2) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bagi mencabar keputusan Lembaga Tatatertib, alasan utama yang dibangkitkan oleh perayu adalah bahawa pertuduhan pertama hingga kedua belas adalah cacat dan tidak boleh dipertahankan. Perayu sebenarnya telah dibebaskan daripada pertuduhan pertama hingga kesembilan dan 15 dikenakan hukuman amaran bagi pertuduhan kesebelas dan kedua belas. Jelas bahawa perayu membuat pernyataan yang tidak material dan tidak berasas di bawah Aturan 53 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [30] Berbalik kepada pertuduhan kesepuluh yang menjadi teras rayuan perayu di hadapan kami dan yang berkait dengan permohonan semakan kehakiman oleh pemohon untuk mengetepikan hukuman buang kerja, ia berbunyi: “Bahawa anda L/Kpl RF/122360 Nor Aziz bin Mat Isa sebagai Pegawai Awam dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia ketika bertugas sebagai L/Kpl. Infantri Platun 8, Kompeni C, Batalion 6, Pasukan Gerak Am, Bakri Muar, Johor didapati tidak bertanggungjawab kerana pada 27 Ogos 2012 telah menyatakan melalui laporan polis Sungai Siput (Utara) 2450/2012 bahawa ‘Bagaimana orang bodoh boleh menjadi Ketua Polis Negara’ dan ‘Ketua Polis Negara bodoh, lembik dan dayus.’. Perbuatan anda itu merupakan satu kesalahan di bawah para 8.1.3. Perintah Tetap Ketua Polis Negara, Bahagian A110 dan boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan telah melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut:- 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
i
(i) tidak bertanggungjawab Jika anda didapati bersalah diatas Pertuduhan Kesepuluh, anda boleh dihukum mengikut Peraturan 38, Peraturan-Peraturan yang sama.”. [31] Persoalan yang perlu diputuskan ialah sama ada kecacatan yang wujud dalam pertuduhan kesepuluh dan nota prosiding responden 16 kedua/Lembaga Tatatertib terangkum di bawah mana-mana alasan untuk semakan kehakiman. [32] Bagi menjawab persoalan ini, adalah perlu untuk mengimbas kembali prinsip undang-undang berhubung semakan kehakiman. Memadai jika kami petik penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh (supra), di mana dinyatakan: “[15] … Historically, judicial review was only concerned with the decision making process where the impugned decision is flawed on the ground of procedural impropriety. However, over the years, our courts have made inroad into this field of administrative law. Rama Chandran is the mother of all those cases. The Federal Court in a landmark decision has held that the decision of inferior tribunal may be reviewed on the grounds of ‘illegality’, ‘irrationality’ and possibly ‘proportionality’ which permits the courts to scrutinise the decision not only for process but also for substance. It allowed the courts to go into the merit of the matter. Thus, the distinction between review and appeal no longer holds. [16] The Rama Chandran decision has been regarded or interpreted as giving the review court a license to review without restrain decisions for substance even when the said decision is based on finding of facts. However, post Rama Chandran cases have applied some brakes to the courts’ liberal approach in Rama Chandran. The Federal Court in the case of Kumpulan Peransang Selangor Bhd v Zaid Noh [1997] 1 MLJ 789; [1997] 2 CLJ 11 after affirming Rama Chandran decision held that there may be cases in which for reason of public policy, national interest, public safety or national security the principle in Rama Chandran may be wholly inappropriate. [17] The Federal Court, in Petroliam Nasional Berhad v Nik Ramli Nik Hassan [2004] 2 MLJ 288; [2003] 4 CLJ 625, again held that the reviewing court may scrutinise a decision on its merits but only in most appropriate of cases and not every case is amenable to Rama Chandran approach. Further, it was held that 17 a reviewing judge ought not to disturb findings of the Industrial Court unless they were grounded on illegality or plain irrationality, even where the reviewing judge might not have come to the same conclusion.”. [33] Di dalam kes Telekom Malaysia Bhd v Tribunal Tuntutan Pengguna & Anor [2007] 1 CLJ 300, Low Hop Bing HMT (beliau ketika itu) berkata: “[12] … the principles governing the grounds for sustaining a substantive notice of motion to challenge a decision-making process by way of certiorari, as follows:
Subsection
(1) It is neither an appeal nor a review of the decision itself, but a review of the decision making process of the tribunal to see if there are errors of law on the face of the record;
Subsection
(2) It is neither feasible nor desirable to attempt an exhaustive definition of what amounts to an error of law, for the categories of such an error are not closed; and an error may be disclosed if the decision maker eg:
a
(a) asks himself the wrong question;
b
(b) takes into account irrelevant considerations;
c
(c) omits to take into account certain relevant considerations (an Anisminic error);
d
(d) misconstrues the terms of the relevant statute; or
e
(e) misapplies or misstates a principle of general law. (per Gopal Sri Ram JCA in Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd v Transport Workers Union [1995] 2 CLJ 749 at pg 765 f-g CA);
Subsection
(3) In process or substance, an impugned decision is flawed on ground of:
a
(a) illegality, meaning that the decision must be based on law and the decision-maker must understand directly the law that regulates his 18 decision making power and must give effect to it, and whether he has or not is par excellence a justiciable question;
b
(b) irrationality meaning “Wednesbury unreasonableness”, so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it, as enunciated in Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corp [1948] 1 KB 223;
c
(c) procedural impropriety covering failure:
i
(i) to observe basic rules of natural justice;
Subparagraph
(ii) to act with procedural fairness;
Subparagraph
(iii) to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even when such failure does not involve any denial of natural justice; and
Subsection
(4) Possibly, proportionality. (per Edgar Joseph Jr FCJ in R Rama Chandran …) [34] Menggunapakai prinsip yang dinyatakan di atas, kami sebulat suara mendapati bahawa rayuan perayu tidak bermerit. Perayu membuat pengataan yang terlalu umum di dalam pernyataan yang difailkan untuk menyokong permohonan semakan kehakiman. Seperti yang disebutkan terdahulu, walaupun perayu dibebaskan daripada pertuduhan pertama hingga kesembilan, perayu masih membangkitkan isu kecacatan pertuduhan-pertuduhan ini. Jelas pengataan pengadu berhubung pertuduhan pertama hingga kesembilan tidak berasas dan tidak memerlukan penelitian dan pertimbangan Mahkamah. [35] Mengenai pertuduhan kesepuluh, adalah diperhatikan bahawa isu kesilapan rujukan dalam pertuduhan dan dalam nota prosiding tidak 19 dibangkitkan oleh perayu di dalam afidavit menyokong permohonan semakan kehakiman. Isu itu juga tidak dibangkitkan dalam representasi perayu. Sebaliknya, apa yang dibangkitkan oleh perayu berkenaan pertuduhan kesepuluh di dalam representasi adalah seperti berikut: “19.2 Bagi pertuduhan kesepuluh, pertuduhan adalah tidak betul dan ditambah ianya menunjukkan niat jahat ke atas saya. Pertuduhan yang tidak betul adalah tidak sah dan Mahkamah pun akan buang kes. Repot polis diklasifikasikan SULIT. Saya berhak membuat laporan polis dan tindakan yang melampau ke atas saya dan membangkit kemarahan saya juga kepada sesiapa sahaja yang melalui kejadian sebegini. Saya nak gunakan repot dalam Mahkamah. Biar dibicarakan dihadapan HAKIM, bukannya untuk sebaran umum. Buktikan saya atau siapa sebenarnya yang menyebar repot yang diklasifikasikan sulit saya ini. Adakah report polis yang saya buat itu saya alamatkan kepada KPN dengan erti kata sebarang repot polis ke atas sesiapa ianya terus sampai kepada orang itu? Adakah repot polis saya tidak puas hati akan layanan mana-mana pegawai kerajaan di Jabatan Perdana Menteri, orang berkenaan itu tahu dan menerima TANPA SAYA MEMBUAT SURAT ADUAN DAN DIKEPIL REPOT POLIS TERLIBAT KEPADA PIHAK BERWAJIB DI JABATAN PERDANA MENTERI?”. [36] Kami bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan-pertuduhan terhadap perayu tidak mengelirukan. Hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan kesilapan dalam membuat pemerhatian bahawa tiada peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib yang memperuntukkan tentang bagaimana pertuduhan perlu dirangka oleh sesuatu Pihak Berkuasa Tatatertib. Dengan ketiadaan peruntukan yang spesifik tentang bagaimana pertuduhan perlu dirangka, hakim Mahkamah Tinggi mendapati bahawa adalah di bawah bidangkuasa dan budi bicara Pihak Berkuasa Tatatertib 20 untuk menentukan bentuk pertuduhan yang akan dikemukakan kepada perayu selagi pertuduhan tidak kabur atau mengelirukan. [37] Kami juga bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa responden kedua sebagai Lembaga Tatatertib bukanlah satu mahkamah yang menjalankan perbicaraan jenayah. Justeru, adalah tidak wajar untuk meletakkan standard sesuatu perbicaraan jenayah ke atas prosiding tatatertib seseorang penjawat awam. [38] Ini selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Tay Chai Huat [2012] 3 CLJ 577 di mana dinyatakan: “[32] In the instant appeal, I am of the view that the trial judge and the Court of Appeal did not properly appreciate the facts and the applicable law to arrive at a judicious decision. From my reading of the judgments of the trial judge and the Court of Appeal, the approach taken, with respect, was as if the matter was a criminal case wherein the provisions of the Criminal Procedure Code and the Evidence Act 1950 would seem to apply. The approach is erroneous. It must be stressed that the courts cannot introduce technicalities of a court of law to the disciplinary authority. Further, courts do not normally regard it as their function to interfere with the findings of fact by the disciplinary authority. In R v Deputy Industrial Injuries Commissioner, ex p Moore [1965] 1 QB 456, Diplock LJ said (at pg 488): These technical rules of evidence, however, form no part of the rules of natural justice. The requirement that a person exercising quasi-judicial functions must base his decision on evidence means no more than it must be based upon material which tends logically to show the existence or non-existence of facts relevant to the issue to be determined, or to show the likelihood or unlikelihood of the occurrence of some future 21 event the occurrence of which would be relevant. It means that he must not spin a coin or consult an astrologer, but he may take into account any material which, as a matter of reason, has some probative value, the weight to be attached to it is a matter for the person to whom Parliament has entrusted the responsibility of deciding the issue. The supervisory jurisdiction of the High Court does not entitle it to usurp this responsibility and to substitute its own view for his.”. [39] Hakim Mahkamah Tinggi juga mendapati bahawa perayu telah diberi hak untuk membela diri dengan mengemukakan representasi bagi menjawab pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dalam masa yang ditetapkan di bawah Peraturan. Perayu juga telah dibekalkan dengan dokumen yang diminta bagi tujuan penyediaan representasinya. Tiada kesilapan oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam membuat dapatan sedemikian. [40] Dalam representasinya, perayu tidak menafikan intipati pertuduhan kesepuluh. Perayu mengaku ada membuat laporan polis yang dirujuk dalam pertuduhan dengan setiap perincian ayat-ayat yang ada di dalam laporan polis tersebut. [41] Perayu berhujah bahawa laporan polis dan kandungannya adalah dokumen terlindung ‘absolute privilege’ dan tidak boleh dijadikan asas untuk pertuduhan. Hakim Mahkamah Tinggi mendapati nas-nas yang dirujuk oleh perayu tidak relevan dengan tindakan tatatertib yang dijalankan terhadap perayu kerana kes-kes yang dirujuk adalah saman fitnah di mahkamah di mana laporan polis yang dibuat itu diputuskan oleh mahkamah sebagai mempunyai elemen kepentingan awam yang perlu dilindungi. Kami bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi. 22 [42] Tindakan terhadap perayu adalah tindakan pentadbiran iaitu tindakan tatatertib di mana perayu sebagai anggota polis terikat dengan PTKPN yang menjadi asas pertuduhan. Mengikut perenggan 8.1.3. PTKPN, mana-mana pegawai polis yang berkelakuan mengugut, biadap dalam perkataan atau perbuatan dan tingkah laku terhadap mana-mana pegawai polis yang berpangkat lebih kanan daripadanya, adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. [43] Ternyata perkataan yang digunakan oleh perayu bahawa ‘Bagaimana orang bodoh boleh menjadi Ketua Polis Negara’ dan ‘Ketua Polis Negara yang begitu bodoh dan dayus’ menunjukkan kelakuan perayu yang biadap terhadap pegawai kanannya. [44] Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan memberikan hak untuk didengar sebelum seseorang penjawat awam dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Peraturan 34(1) Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib juga memperuntukkan bahawa sebelum seseorang pegawai boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat, dia mestilah diberitahu secara bertulis mengenai alasan-alasan yang berdasarkannya tindakan itu dicadangkan dan pegawai itu telah diberi peluang yang munasabah untuk didengar. Prinsip undang-undang adalah mantap iaitu hak untuk didengar tidak bermaksud hak untuk didengar secara lisan. Apa yang dimaksudkan ialah pegawai berkenaan perlu diberi sepenuh peluang untuk menyatakan kesnya (lihat Ghazi bin Sawi v Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 CLJ 333). [45] Dalam Penyataan Menurut Aturan 53 Kaedah 3(2) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, pemohon memberikan alasan berikut untuk mencabar 23 keputusan responden-responden iaitu, keputusan adalah bertentangan dengan undang-undang, ultra vires, melanggar kaedah-kaedah keadilan asasi, menunjukkan kesilapan di muka rekod, ‘tainted with illegality’ serta ‘tainted with mala fide’ dan telah melampaui bidangkuasa responden-responden. Kami mendapati perayu gagal membuktikan pengataan-pengataan tersebut. [46] Hukuman buang kerja yang dijatuhkan oleh responden kedua terhadap perayu adalah di dalam ruang lingkup kuasa responden kedua berdasarkan Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib. Sebagaimana Mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan responden kedua yang mendapati perayu bersalah atas pertuduhan kesepuluh, Mahkamah juga tidak boleh campur tangan dalam hukuman yang dijatuhkan oleh responden kedua. Panduan boleh didapati daripada kes T. Ganeswaran v Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia & 1 lagi (supra) di mana Mahkamah ini memetik prinsip yang diguna pakai dalam kes Chief Constable of North Wales Police v Evans [1982] 3 All ER 141 yang menyatakan: “Judicial review is not an appeal from a decision but a review of the manner in which the decision was made, and, therefore the court is not entitled on an application for judicial review to consider whether the decision itself was fair and reasonable. Judicial review is concerned, not with the decision, but with the decision making process. Unless the restriction on the power of the court is observed, the court will in my view under the guise of preventing the abuse of power, be itself guilty of usurping power.”. 24 [47] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ng Hock Cheng v Pengarah Am Penjara & Ors [1998] 1 CLJ 405 menyatakan: “A public officer is entitled to impugn any allegation or accusation of any disciplinary breach against him by way of judicial review on the protection given by art. 135 of the Federal Constitution providing that no member of such service shall be dismissed or reduced, in rank except (a) only by an authority that appointed him in the first place; and (b) after being given a reasonable opportunity of being heard. He is, in addition, entitled to protection from sufficient compliance with the rules of natural justice and the disciplinary procedure provided for, see Mohd Ahmad v Yang Di Pertua Majlis Daerah Jempol, Negeri Sembilan & Anor [1997] 3 CLJ 135. If the public officer succeeds in so impugning, any order of punishment including an order of dismissal can be declared invalid or void, and such order being so declared void, is deemed not to have been made at all or is deemed to have been only purportedly made previously. But if the public officer fails to so impugn, any order of punishment remains and there should be no further review on such order of punishment.”. Kesimpulan [48] Kami tidak mendapati sebarang kesilapan atau salah arah oleh hakim Mahkamah Tinggi apabila menolak permohonan perayu untuk semakan kehakiman dan memutuskan bahawa prosiding tatatertib yang dijalankan oleh responden kedua adalah tindakan yang sah mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib. Kami bersetuju dengan hakim bicara bahawa tiada apa-apa unsur illegality, irrationality atau procedural impropriety dalam kes ini yang mencacatkan proses membuat keputusan oleh responden kedua. Hakim Mahkamah Tinggi telah menggunapakai prinsip undang-undang yang betul dalam menolak permohonan semakan kehakiman perayu. 25 [49] Kami juga mendapati kecacatan pada pertuduhan kesepuluh dan nota prosiding tindakan tatatertib, tidak mengelirukan perayu dan juga tidak mengakibatkan ketidakadilan kepada perayu. Ini kerana walaupun rujukan dibuat kepada para 2 PTKPN, nota prosiding tindakan tatatertib jelas menunjukkan bahawa responden kedua menimbangkan kelakuan atau kesalahan perayu di bawah para 8.1.3 PTKPN, iaitu intipati pertuduhan kesepuluh. Sedemikian, kami sebulat suara menolak rayuan perayu dengan kos. Bertarikh: 18hb Mei 2020 t.t (TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT) Hakim Mahkamah Rayuan (kini Ketua Hakim Negara) Putrajaya Peguam-Peguam Bagi pihak Perayu: G.Subramaniam Nair (Ebrina Zubir bersama dengannya) Tetuan Maniam Nair & Co. Bagi pihak Responden: Natra Idris Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara Malaysia
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.