Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Cited by
0
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Authorities cited
1
Earlier cases and laws this decision relies on
Cites[2016] MLRAU 1External
“akinya ‘Bob’ untuk menghisap dadah. ‘Bob’ bagaimanapun telah meninggal dunia sebelum perbicaraan bermula. [8] Peguam bela terpelajar telah merujuk keputusan Mahkamah ini dalam kes PP v. Rosli Bakar [2016] MLRAU 1 yang telah diputuskan pada 29.3.2016 untuk jenis dadah yang sama dan berat yang lebih kurang sama (129.8 gr”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: P-05(M)-499-1...
Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: P-05(M)-499-11/2017 ANTARA NOR AZRI IZZATI BINTI ROSLE … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang Perbicaraan Jenayah No. 45A-37-10/2016 Antara Pendakwa Raya Lawan Nor Azri Izzati binti Rosle] KORAM: KAMARDIN HASHIM, HMR RHODZARIAH BUJANG, HMR MOHAMAD ZABIDIN MOHD DIAH, HMR Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Perayu telah dituduh dan dibicarakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (‘hakim bicara’) dengan satu pertuduhan bagi kesalahan mengedar dan satu lagi pertuduhan kerana memiliki dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta’). Butir-butir bagi kedua-dua pertuduhan adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu bersama seorang yang telah meninggal dunia pada 28hb April 2015, jam lebih kurang 10.00 pagi, di alamat No. 54, Tingkat Indah 2, Taman Bukit Indah, di dalam Daerah Timur Laut, di dalam Negeri Pulau Pinang, dengan niat bersama telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu sejumlah 103.35 gram dadah jenis Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu bersama seorang yang telah meninggal dunia pada 28hb April 2015, jam lebih kurang 10.00 pagi, di alamat No. 54, Tingkat Indah 2, Taman Bukit Indah, di dalam Daerah Timur Laut, di dalam Negeri Pulau Pinang, dengan niat bersama telah memiliki dadah berbahaya iaitu sejumlah 0.24 gram Heroin dan Monoacetylmorphines dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Di akhir perbicaraan, hakim bicara telah mensabitkan Perayu dengan kedua-dua pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman mati mandatori Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 3 bagi pertuduhan pertama dan hukuman pemenjaraan selama 18 bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan (28.4.2015) bagi pertuduhan kedua. Terkilan dengan sabitan dan hukuman tersebut, Perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah ini. Rayuan Perayu hanya terhad terhadap sabitan dan hukuman mati bagi pertuduhan pertama sahaja. [3] Pada tarikh yang ditetapkan untuk pendengaran rayuan Perayu (15.3.2019), Puan Timbalan Pendakwa Raya (‘Puan TPR’) telah memaklumkan bahawa pihak Pendakwa Raya telah bersetuju untuk menerima representasi peguam bela Perayu. Pihak Pendakwa Raya bersetuju untuk sabitan terhadap Perayu bagi pertuduhan pertama di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta bagi kesalahan pengedaran diketepikan dan digantikan dengan sabitan bagi kesalahan pemilikan di bawah seksyen 12(2) yang membawa hukuman di bawah seksyen 39A(2) Akta. [4] Kami telah membenarkan sebahagian rayuan Perayu setakat berkaitan dengan pertuduhan pertama. Sabitan dan hukuman mati oleh hakim bicara terhadap Perayu diketepikan dan digantikan dengan sabitan di bawah seksyen 12(2) Akta bagi kesalahan pemilikan dadah berbahaya yang membawa hukuman di bawah seksyen 39A(2) Akta. [5] Setelah mendengar pihak-pihak, kami telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 12 tahun berkuat kuasa sejak Perayu ditangkap (28.4.2015). Kami perincikan alasan-alasan kami mengenakan hukuman tersebut ke atas Perayu. [6] Fakta ringkas kes pendakwaan sebagaimana dapatan oleh hakim bicara adalah seperti berikut: Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 4 “(a) Pada 28.4.2015 jam lebih kurang 8.00 pagi, SP6 iaitu Insp Pravin a/l Krishnan (SP6) telah mengarahkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) untuk berkumpul bagi satu taklimat penugasan. Setelah taklimat selesai, SP6 dan pasukan bergerak ke lokasi kejadian di alamat No. 54, Tingkat Indah 2, Taman Bukit Indah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
b
(b) SP6 dan pasukan telah sampai di alamat pada jam 9.45 pagi dan pemerhatian telah dijalankan selama 10 hingga 15 minit. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, didapati pintu rumah dalam keadaan tertutup, pintu pagar rumah dalam keadaan terbuka dan terdapat kenderaan di hadapan rumah tersebut. Kawasan tempat serbuan adalah kawasan taman dan rumah jenis dua tingkat.
c
(c) SP6 telah mengarahkan beberapa anggota untuk membuat pemerhatian di belakang rumah. SP6 dan pasukan telah memasuki ke dalam kawasan rumah melalui bahagian hadapan. Apabila sampai di bahagian hadapan rumah, SP6 mendapati pintu grill dan pintu kayu dalam keadaan berkunci. SP6 mengarahkan L/KPL Kamarul dan L/KPL Adnine untuk membuka pintu secara paksa iaitu dengan menggunakan kuku kambing untuk mengumpil pintu grill dan pintu kayu ditendang dengan kaki.
d
(d) Setelah pintu grill dan pintu kayu berjaya dibuka, SP6 dan pasukan telah masuk ke dalam rumah di bahagian ruang tamu dan mendapati tiada orang di dalam rumah serta keadaan dalam rumah adalah sunyi. SP6 telah arahkan beberapa anggota untuk naik ke tingkat atas rumah bagi membuat kawalan.
e
(e) SP6 bersama D/KPL Komathi, L/KPL Rosfazlan dan L/KPL Kamarul telah menuju ke bilik yang berada di bahagian bawah rumah yang berdekatan dengan jalan masuk ke dapur. Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 5
f
(f) Apabila tiba di hadapan pintuk bilik tersebut, SP6 telah cuba buka pintu bilik dan mendapati pintu tersebut boleh dibuka. Setelah pintu dibuka, SP6 dan pasukan telah masuk ke dalam bilik dan mendapati terdapat seorang lelaki Melayu (telah meninggal dunia) (dicamkan melalui gambar album (P12(1-3)) dan seorang perempuan Melayu (OKT) sedang baring di atas katil disyaki sedang tidur. SP6 menyalakan lampu bilik dan memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis. OKT dan lelaki Melayu tersebut terjaga dan terkejut.
g
(g) SP6 telah jalankan pemeriksaan fizikal ke atas lelaki Melayu manakala D/KPL Komathi telah jalankan pemeriksaan ke atas OKT. Selepas itu, SP6 arahkan D/KPL Komathi membuat kawalan ke atas OKT manakala L/KPL Rosfazlan (SP8) membuat kawalan ke atas lelaki Melayu di dalam bilik yang sama. Pemeriksaan turut dijalankan di dalam bilik di tingkat bawah tersebut dan keterangan ini disahkan oleh SP8 dan menjumpai di atas meja (gambar P10(21)) di hadapan katil di dalam bilik tersebut:
section
1. Satu peket plastik lutsinar (P19) yang mengandungi sepuluh peket plastik lutsinar (P19A(1-10)) berisi hablur-hablur disyaki dadah jenis...
1. Satu peket plastik lutsinar (P19) yang mengandungi sepuluh peket plastik lutsinar (P19A(1-10)) berisi hablur-hablur disyaki dadah jenis syabu (P18);
section
2. Satu peket plastik lutsinar (P21) di dalamnya mengandungi sebelas peket plastik lutsinar (P21A(1-11)) disyaki dadah syabu (P20);
2. Satu peket plastik lutsinar (P21) di dalamnya mengandungi sebelas peket plastik lutsinar (P21A(1-11)) disyaki dadah syabu (P20);
section
3. Satu peket plastik lutsinar (P23) berisi sembilan belas peket plastik lutsinar (P23A(1-19)) yang mengandungi dadah disyaki syabu (P22);
3. Satu peket plastik lutsinar (P23) berisi sembilan belas peket plastik lutsinar (P23A(1-19)) yang mengandungi dadah disyaki syabu (P22);
section
4. Satu peket plastik lutsinar (P25) di dalamnya dua peket plastik lutsinar (P25A(1-2)) berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroi...
4. Satu peket plastik lutsinar (P25) di dalamnya dua peket plastik lutsinar (P25A(1-2)) berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin (P24); Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 6
section
5. Dua peket plastik lutsinar di dalamnya berisi peket-peket plastik putsinar kosong (P36 & P37);
5. Dua peket plastik lutsinar di dalamnya berisi peket-peket plastik putsinar kosong (P36 & P37);
section
6. Satu alat penimbang bertulis “MOUSE SCALE” (P38);
6. Satu alat penimbang bertulis “MOUSE SCALE” (P38);
section
7. Satu alat penimbang bertulis “POCKET SCALE” (P39);
7. Satu alat penimbang bertulis “POCKET SCALE” (P39);
section
8. Dua botol yang telah diubahsuai yang disyaki peralatan menghisap dadah (P40 & P41);
8. Dua botol yang telah diubahsuai yang disyaki peralatan menghisap dadah (P40 & P41);
section
9. Sebatang marker pen (P42);
9. Sebatang marker pen (P42);
section
10. Seunit pemetik api (P43);
10. Seunit pemetik api (P43);
section
11. Sebilah gunting (P45); dan
11. Sebilah gunting (P45); dan
section
12. Seunit sudu (P44).
12. Seunit sudu (P44).
h
(h) Pemeriksaan lanjut di atas meja tersebut di bahagian rak yang berada di hujung kiri meja tersebut telah menjumpai:
section
1. Sekeping kad Sukarelawan Kementerian Dalam Negeri Malaysia atas nama OKT (P46);
1. Sekeping kad Sukarelawan Kementerian Dalam Negeri Malaysia atas nama OKT (P46);
section
2. Sekeping resit Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atas nama lelaki Melayu (P47);
2. Sekeping resit Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atas nama lelaki Melayu (P47);
section
3. Satu rangkai anak kunci mengandungi 7 anak kunci (P48(1-7));
3. Satu rangkai anak kunci mengandungi 7 anak kunci (P48(1-7));
section
4. Satu unit telefon bimbit jenama LENOVO (P50);
4. Satu unit telefon bimbit jenama LENOVO (P50);
section
5. Satu unit telefon bimbit jenama OPPO (P49); dan 6. Wang tunai campur-campur berjumlah RM3897.
5. Satu unit telefon bimbit jenama OPPO (P49); dan 6. Wang tunai campur-campur berjumlah RM3897.
i
(i) SP6 juga turut menjalankan pemeriksaan di dalam sebuah almari yang berada di dalam bilik di bahagian bawah rumah tersebut seperti Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 7 di dalam gambar P10(1-21)) yang mana hasil pemeriksaan di dalam almari telah menjumpai pakaian lelaki dan wanita serta dokumen iaitu kad pengenalan diri OKT dan lelaki Melayu serta beg duit.
j
(j) Setelah selesai di bilik bahagian bawah, SP6 telah mengarahkan OKT dan lelaki Melayu tersebut dikawal oleh anggota di bahagian bilik bawah. SP6 merampas barang kes yang terlibat. SP6 telah naik ke tingkat atas rumah yang mana terdapat tiga lagi tangkapan telah dibuat dan terdapat juga rampasan dadah masing-masing. Namun tiga tangkapan di tingkat atas adalah berkaitan dengan kes yang lain.
k
(k) Setelah pemeriksaan selesai, SP6 telah bawa OKT, lelaki Melayu dan tiga lagi tangkapan ke IPD SPT untuk tindakan lanjut. Setelah tiba di IPD SPT SP6 telah membuat satu laporan polis iaitu Bukit Mertajam/4492/15 (P33), sediakan borang bongkar (P34), akuan serah menyerah barang kes (P35) dan penandaan ke atas barang kes yang dirampas iaitu tandatangan dan tarikh. Kesemua tangkapan dan kesemua barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Rosilawati Binti Jusoh (SP9).
l
(l) Pada jam 5.00 petang, SP6 telah pergi bersama dengan SP9 dan SP2 ke tempat kejadian. SP9 telah merampas dua helai seluar (P54 & P56) dan dua helai t-shirt (P53 & P55) dari dalam almari di bilik tingkat bawah rumah. Satu laporan polis Bukit Mertajam/4508/15 (P57) telah dibuat berkait dengan rampasan pakaian. Di rumah ini hanya terdapat sebuah bilik sahaja di tingkat bawah.
m
(m) Dadah yang telah diterima dari SP6 telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Hasil analisis oleh ahli kimia (SP4) telah mengesahkan bahawa dadah yang dirampas adalah jenis Methamphetamine seberat 103.35 gram, Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 0.24 gram.” Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 8 [7] Peguam bela Perayu semasa membuat rayuan untuk meringankan hukuman telah menghujahkan faktor-faktor seperti berikut untuk pertimbangan kami:
a
(a) Perayu baru mencapai usia 18 tahun pada tarikh kejadian. Perayu baru menghabiskan alam persekolahan dan baru mulai bekerja di sebuah salon untuk menyara ahli keluarganya. Bapa mengalami stroke dan tidak bekerja, dan ibunya mengalami penyakit barah otak;
b
(b) Sebaik representasi diterima oleh Pendakwa Raya, Perayu terus mengakui dan bersetuju sabitan dipinda kepada kesalahan milikan membawa hukuman di bawah seksyen 39A(2) Akta;
c
(c) Ini kesalahan pertama Perayu. Dia tiada sebarang rekod kesalahan lampau;
d
(d) Perayu telah insaf dan menyesal serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan di masa hadapan; dan
e
(e) Perayu telah datang ke rumah tempat kejadian diambil oleh teman lelakinya ‘Bob’ untuk menghisap dadah. ‘Bob’ bagaimanapun telah meninggal dunia sebelum perbicaraan bermula. [8] Peguam bela terpelajar telah merujuk keputusan Mahkamah ini dalam kes PP v. Rosli Bakar [2016] MLRAU 1 yang telah diputuskan pada 29.3.2016 untuk jenis dadah yang sama dan berat yang lebih kurang sama (129.8 gram Methamphetamine), hukuman 8 tahun penjara oleh Hakim Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 9 Mahkamah Tinggi telah dinaikkan kepada 12 tahun penjara. Peguam bela memohon hukuman yang sama dikenakan terhadap Perayu dalam kes ini. [9] Puan TPR yang bijaksana sebaliknya telah menghujahkan bahawa hukuman sepatutnya dikenakan minimum 15 tahun penjara berdasarkan kepada trend hukuman semasa. Alasan-alasan diberikan oleh Puan TPR adalah:
a
(a) Ini satu kesalahan yang serius yang boleh membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara;
b
(b) Kepentingan awam hendaklah diutamakan mengatasi kepentingan peribadi Perayu;
c
(c) Berat dadah yang terlibat 103.35 gram hampir 3 kali ganda berat minimum untuk pemakaian seksyen 39A(2);
d
(d) Perayu seorang wanita telah terselamat daripada dikenakan hukuman rotan minimum 10 sebatan; dan
e
(e) Barang kes dadah dalam bentuk 40 peket kecil menunjukkan barang kes bukan hanya untuk kegunaan sendiri semata-mata. [10] Untuk menunjukkan trend hukuman semasa bagi kesalahan yang sama, Puan TPR telah merujuk kepada keputusan kes-kes berikut: Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 10 Cases Facts Sentence Date of Offence a. PP v Akhbar Jafarishorestani Mohammad 05-255-10/2013(P)
section
28.1.2015 - Full trial, original charge s.39B DDA - 2,032.8g Meth - R was convicted at the HC then was acquitted at the COA - At FC, the ap...
28.1.2015 - Full trial, original charge s.39B DDA - 2,032.8g Meth - R was convicted at the HC then was acquitted at the COA - At FC, the app’s appeal was allowed partly and R was convicted with an offence punishable under s.39A(2) DDA. - Fact: The R was arrested at the Penang International Airport with a luggage bag which had been concealed with a drugs. 20 years + 10 strokes 9.1.2011 b. Benedicta Nkechinyelu Makolu v PP B-05(M)-128-03/2017
section
3.10.2018 - Full trial. Convicted at HC under section 39B DDA. - COA reduced the charge to section 39A(2) DDA. - 1381 gram Methamphetamine...
3.10.2018 - Full trial. Convicted at HC under section 39B DDA. - COA reduced the charge to section 39A(2) DDA. - 1381 gram Methamphetamine 20 years of imprisonment 2.6.2013 c. Mohammad Tooqeer Afzal v PP W-05(M)-242-09/2015
section
24.3.2016 - Full trial. Convicted at HC under s.39B DDA. - COA reduced from s.39B to s.39A(2) DDA. - 56.3 gram Methamphetamine 15 years + 1...
24.3.2016 - Full trial. Convicted at HC under s.39B DDA. - COA reduced from s.39B to s.39A(2) DDA. - 56.3 gram Methamphetamine 15 years + 10 strokes d. Ho Boon Hwa v PP J-05-114-04/2015
section
22.3.2016 - PG to alternative charge - Alternative charge offered after 4 witnesses gave evidence - 59.71 gram Methamphetamine and 2 other...
22.3.2016 - PG to alternative charge - Alternative charge offered after 4 witnesses gave evidence - 59.71 gram Methamphetamine and 2 other charges punishable under s.39A(1). - Drugs in the form of 44 small packets - COA affirmed H.Crt sentence of 15 years & 12 strokes 15 years + 12 strokes 6.4.2015 e. PP v Innocent Chigozie Uzoigwe W-05(S)-86- 04/2014(NGA)
section
17.9.2014 - PG to alternative charge - 177.0 g Methamphetamine - HC: 7 years imprisonment + 10 strokes - COA: 12 years + 10 strokes 12 year...
17.9.2014 - PG to alternative charge - 177.0 g Methamphetamine - HC: 7 years imprisonment + 10 strokes - COA: 12 years + 10 strokes 12 years + 10 strokes 20.8.2013 f. Mohd Afandi Abu Bakar v PP [2014] 7 CLJ 1017 - COA amended to possession - 41.43 gram Methamphetamine - Drugs in the form of 1,990 pills - 12 years & 10 strokes 12 years & 10 strokes 25.11.2006 g. Mansour Ahmadpour (Iran) v PP B-05(S)-179-07/2012 - PG to the alternative charge - 3938.2 g Methamphetamine 15 years (no strokes – his age was 51 7.2.2010 Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 11
section
26.11.2013 - The Appellant was arrested at the Arriving Hall, KLIA - Drugs were found in a soak span cloth in his trolley bag during the ar...
26.11.2013 - The Appellant was arrested at the Arriving Hall, KLIA - Drugs were found in a soak span cloth in his trolley bag during the arrest) h. Hameed Zabektidakhel Shaaban v PP B-05(S)-217-08/2012
section
25.7.2013 - PG to the alternative charge - 231.8 g Methamphetamine - The Appellant was arrested at Luggage Carousal Hall, KLIA. The Appella...
25.7.2013 - PG to the alternative charge - 231.8 g Methamphetamine - The Appellant was arrested at Luggage Carousal Hall, KLIA. The Appellant’s representation was accepted by AG Chambers. - The Appellant PG to the alternative charge and was sentenced to 13 years + 10 strokes. - COA affirmed the decision of the HC. 13 years + 10 strokes 7.10.2010 i. PP v Amil bin Akmad [2007] 5 MLJ 561 - Full trial under s.39B - Appeal by PP and COA allowed for possession under s.39A(2) - 74.93 gram Methamphetamine 15 years imprisonment and 10 strokes of whipping 31.5.2002 [11] Seksyen 39A(2) Akta memperuntukkan seperti berikut: “39A(2) Every person found guilty of an offence against this Act where the offence is not punishable with death and where the subject matter of the offence is ̶
r
(r) 30 grammes or more in weight of Methamphetamine; shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for life or for a term which shall not be less than five years, and shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.” [12] Hukuman pemenjaraan diperuntukkan antara 5 tahun hingga penjara seumur hidup boleh dikenakan ke atas Perayu dalam kes ini. Hukuman Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 12 penjara seumur hidup membawa maksud 30 tahun penjara berdasarkan kepada Akta Keadilan Jenayah (Pindaan) 2007 (Akta A 1302). [13] Kami sedar tentang prinsip undang-undang mantap mengenai penghukuman bahawa faktor utama yang wajar diberikan pertimbangan adalah faktor kepentingan awam terutamanya yang melibatkan kesalahan serius. Kesalahan yang melibatkan dadah berbahaya sememangnya satu kesalahan serius kerana kesannya boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna faktor-faktor lain serta prinsip penghukuman yang matan diketepikan begitu sahaja. [14] Kami mendapati fakta kes yang berlaku dalam kes Perayu di hadapan kami wajar juga dipertimbangkan. Tempat kejadian adalah bilik sewa ‘Bob’, teman lelaki Perayu yang telah meninggal dunia. Sekiranya diizinkan, ‘Bob’ adalah ‘the real culprit’ dan ‘more culpable’ jika dibandingkan dengan Perayu yang bukanlah penghuni di bilik di mana dadah ditemui. [15] Antara alasan Puan TPR meminta hukuman minimum 15 tahun penjara ialah kerana Perayu akan terselamat dari dikenakan sebatan minimum 10 rotan. Kami tidak bersetuju dengan alasan tersebut. Dalam kes Rosli Bakar (supra), responden dalam kes itu berusia 57 tahun dan terselamat dari menerima hukuman sebatan namun masih dikenakan hukuman 12 tahun penjara walaupun melibatkan berat dadah Methamphetamine yang lebih dari berat dadah yang terlibat dalam kes terhadap Perayu. Rayuan Jenayah No: P-05(M)-499-11/2017 13 [16] Setelah menimbangkan semua faktor-faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan dan lain-lain faktor pemberatan hukuman dan di samping faktor-faktor mitigasi Perayu, kami berpandangan bahawa hukuman pemenjaraan 12 tahun sejak tarikh ditangkap adalah munasabah dan setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh Perayu. Bertarikh: 29 April 2019. t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam cara Bagi Pihak Perayu: Diar Isda Yazmin bt. Ismail Tetuan Yazmin & Co Suite 99-1B, Blok F Sentral Business Park Taman Kajang Sentral 43000 Kajang Selangor Bagi Pihak Responden: Faizah bt. Mohd Salleh Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.