Remarks as to demeanour of witness A presiding Magistrate recording the evidence of a witness may, at the conclusion of the evidence and at the foot of the notes of it, record such remarks, if any, as he thinks material respecting the demeanour of the witness while under examination. [57] In Tara Singh and others v Public Prosecutor [1949] 1 MLJ 88; [1948] 1 LNS, Spenser-Wilkinson J in the Court of Criminal Appeal, said: It has been laid down, however, that ‘an impression as to the demeanour of a witness ought not to be adopted by a trial judge without testing it against the whole of the evidence of the witness in question’ (See judgment of Lord Greene, MR in Yuill v Yuill [1945] 1 All ER 183). This was a civil case and the principle applies with even greater force to criminal cases, especially where, as usually happens in this country, the witness is a non-European giving evidence in his native tongue through interpretation. [58] This was followed by Yusof Abdul Rashid J, in Public Prosecutor v Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258; [1980] 1 LNS 166. [59] The impression as to demeanour from the audio visual advantage is something not easily capable of being scrutinised directly not only on appeal, but such impression may be affected from any delay made in assessing and noting that demeanour. Hence, s 271 of the Criminal Procedure Code provides for it to be noted at the end of the notes as to that witness’s testimony. Without such a contemporaneous note at the end of the notes of a witness as to demeanour as a basis or reason, references to demeanour to support a decision suffers from the impression of likelihood it is more of excuse to support the decision. [60] In the circumstances, the finding as to credibility of PW4 based upon demeanour from the audio-visual advantage of the trial judge is flawed and unsafe.” [20] Dalam kes ini Mahkamah mendapati tiada sebarang catatan dibuat dalam nota keterangan berkenaan tingkah laku SP3 oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar keterangan SP3 atau Hakim Mahkamah Sesyen yang meneruskan perbicaraan tersebut. Oleh itu Mahkamah berpendapat kehendak seksyen 271 KPJ tidak dilakukan bagi tujuan untuk mengambil kira tingkah laku SP3 yang menjurus kepada keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan kredibiliti SP3. Adalah tidak memadai Hakim Mahkamah Sesyen yang meneruskan perbicaraan ini bergantung kepada rakaman sistem RVT untuk menentukan tingkah laku SP3 dan memutuskan kredibiliti SP3. Adalah mustahak untuk hakim yang ingin menggunakan tingkah laku saksi bagi tujuan menguji kebolehpercayaan saksi mematuhi seksyen 271 KPJ dan tidak menunggu di akhir kes bagi menentukan tingkah laku saksi tanpa catatan berkenaan tingkah laku saksi tersebut semasa dia memberi keterangan seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 271 KPJ tersebut. Apakah mahkamah ini wajar campur tangan dalam dapatan Hakim Mahkamah Sesyen [21] Penelitian kepada alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen menunjukkan bahawa keterangan SP3 telah dijadikan alasan kepada dapatan mahkamah. SP3 telah dinyatakan sebagai saksi yang boleh dipercayai. Malahan tiada alasan untuk SP3 merekapalsu keterangannya. Ini ditambah pula dengan keterangan SP8 yang tidak goyah semasa pemeriksaan balas oleh peguam Perayu. [22] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa kebolehpercayaan saksi adalah dalam bidang kuasa mahkamah bicara. Penentuan sama ada saksi itu adalah boleh dipercayai adalah berdasarkan kepada keterangan saksi tersebut diuji dengan keterangan saksi-saksi lain. [23] Dalam kes ini keterangan SP3 boleh diteliti bersama keterangan SP4, SP5 dan SP6. SP4 dan SP5 keterangan mereka adalah merupakan satu pengulangan keterangan SP3. Ini adalah disebabkan sumber keterangan adalah dari SP3. SP3 dan Perayu yang berada di tempat kejadian. Sementara SP6 adalah saksi yang menjelaskan bagaimanakah sepatutnya prosedur rawatan yang melibatkan pegawai perubatan dengan seorang kanak-kanak atau berlainan jantina. Di samping itu keterangan pegawai penyiasat adalah berdasarkan keterangan SP3 dan mengumpulkan eksibit-eksibit dan menyusun keterangan saksi-saksi yang lain. [24] Adakah kesemua saksi-saksi itu dapat mengesahkan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen mengenai kebolehterimaan keterangan SP3? Mahkamah ini mendapati keterangan SP3 itu masih tidak dapat menjelaskan bahawa plastik yang dikatakan sebagai kondom. Keterangan SP3 bahawa plastik ialah kondom adalah berdasarkan pengakuan SP3 yang pernah melihatnya di kedai 7-Eleven. SP3 tidak dapat memastikan bahawa itu adalah kondom. Di samping itu mahkamah juga tidak wajar mengenepikan keterangan Perayu semasa pembelaan bahawa kondom memang ada di klinik tersebut untuk tujuan penggunaan untuk perancangan keluarga. [25] Mahkamah juga mendapati keterangan SP6 yang menjelaskan bagaimanakah kes ini bermula seperti di muka surat 71 hingga 72 Rekod Rayuan Jilid 2A seperti berikut: : Siapa Penolong Perawatan Kesihatan? : PPK tu, Rosita binti Mat Ali. Mahkamah : Penolong apa? : Penolong Perawatan Kesihatan. Mahkamah : Penolong Perawatan Kesihatan. Nama? : Rosita binti Mat Ali Mahkamah : Lepas tu? : Dia maklumkan pada saya dia mendengar anak saudara dia menceritakan kes yang berlaku ini ada terjadi pada budak sekolah. Sekolah Menengah Kuala Tembeling. Mahkamah : Lepas tu? : Lepas tu masuk kerja hari Isnin, saya buat pasal maklumat yang dapat tu, dia bagi nama betul. Nor Atna, saya tak berapa ingat nama dia. Mahkamah : Mana ni? Yang mana nama yang mana? : Yang kes hari ni punya. Yang budak bawah umur ni. Mahkamah : Dan nama tidak ingat untuk kes hari ini. : Saya cek buku pendaftaran, dan dapat kalau tak silap 27 ke 23.7. nama mangsa. Tulisan pun tulisan saya, saya yang daftarkan nama dia, pukul 11.15.” [26] SP6 semasa pemeriksaan utama telah menerangkan tatacara rawatan yang melibatkan seorang kanak-kanak dan perempuan di bawah umur seperti berikut: “TPR : Sekiranya pesakit tersebut seorang kanak-kanak perempuan di bawah umur, apa tatacara rawatan kita di bilik rawatan? Soalan saya. SP6 : Sekiranya di bilik rawatan, maknanya tiada tempat yang terbuka maknanya tempat tu tertutup apa semua kita kena memanggil peneman ataupun chefron.” [27] Keterangan SP6 adalah hanya menjelaskan prosedur rawatan yang sewajarnya diikuti melibatkan kanak-kanak dan perempuan bawah umur. Dalam keterangan SP6 tiada penjelasan berkenaan prosedur klinikal rawatan yang diberikan oleh seorang doktor kepada pesakitnya. Ini dapat difahami kerana SP6 tidak berada dalam kedudukan untuk menyatakan perkara tersebut disebabkan SP6 bukannya seorang doktor terlatih atau pegawai perubatan yang boleh mengesahkan prosedur klinikal rawatan kepada pesakit. Ia tidak dapat membantu mahkamah untuk mengesahkan prosedur klinikal rawatan Perayu kepada SP3. Ketiadaan keterangan tersebut menyebabkan mahkamah tidak dapat mengesahkan keterangan SP3 sama ada tindakan Perayu memasukkan plastik ke dalam mulut SP3 itu adalah sebahagian daripada prosedur rawatan. Keterangan SP3 berkenaan Perayu memasukkan plastik itu ke dalam mulut SP3 adakah boleh dikatakan sebagai sentuhan seksual bagi maksud seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. [28] Oleh itu dapatan Hakim Mahkamah Sesyen yang berdasarkan kepada kebolehpercayaan dan penerimaan keterangan SP3 sebagai saksi yang jujur dan tidak digoyah keterangannya serta disokong oleh keterangan lain iaitu SP5, SP4 dan SP7 adalah tidak dapat memenuhi lompang keterangan berkenaan prosedur klinikal rawatan yang diberikan oleh Perayu kepada SP3. Jika terdapat keterangan sedemikian ia akan memberikan gambaran sama ada tindakan Perayu kepada SP3 adalah sesuatu yang bercanggah dengan prosedur klinikal rawatan yang sepatutnya. Jika ini berlaku maka sudah terang lagi bersuluh bahawa keterangan SP3 tersebut berkenaan kejadian itu boleh diterima oleh mahkamah. [29] Apa yang lebih penting dalam kes ini ialah keterangan SP3 sendiri yang tidak dapat secara pasti menyatakan bahawa plastik yang dimasukkan melalui jari Perayu adalah sebenarnya kondom atau sebaliknya. Mahkamah tidak boleh berdasarkan kepada keterangan yang samar-samar berkenaan dengan barang kes plastik tersebut untuk memutuskan bahawa keterangan SP3 bahawa plastik tersebut adalah kondom adalah sesuatu yang muktamad. Malahan dalam keterangan semasa perbicaraan juga didapati bahawa plastik yang dikatakan kondom tersebut tidak dikemukakan sebagai eksibit. Ini tidak dapat mengesahkan keterangan SP3 tersebut bagi menjadikan salah satu alasan Hakim Mahkamah Sesyen mensabitkan Perayu. [30] Keterangan-keterangan yang sedemikian oleh SP3 tidaklah pada hemat mahkamah boleh dikatakan sebagai keterangan yang luar biasa meyakinkan (unusually convincing). Terma “unusually convincing” telah dinyatakan dalam kes Public Prosecutor v. Mohammed Liton Mohammed Syeed Mallik [2008] 5 SLR 601 seperti berikut: “... testimony that, when weighed against the overall backdrop of the available facts and circumstances, contains that ring of truth which leaves the court satisfied that no reasonable doubt exists in favour of the accused.” [31] Ia telah diterima pakai dalam undang-undang jenayah di negara ini melalui kes PP lwn. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359. Ia membawa maksud bahawa sekiranya keterangan adalah luar biasa meyakinkan ia tidak memerlukan keterangan sokongan bagi kesalahan jenayah seksual. Ini disahkan juga melalui peruntukan di bawah seksyen 18 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 seperti berikut: “18 Keterangan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.” [32] Mahkamah juga meneliti seksyen 16 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 berkenaan dengan pemakaian Akta Keterangan 1950 bagi keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak. Seksyen 16 memperuntukkan seperti berikut: “16 Pemakaian Akta Keterangan 1950 dan Kanun Tatacara Jenayah Peruntukan Akta Keterangan 1950 dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terus terpakai kecuali setakat yang peruntukan-peruntukan itu secara nyata diubah suai oleh Akta ini.” [33] Ia menunjukkan bahawa prinsip undang-undang keterangan tidak wajar diketepikan semasa kanak-kanak memberikan keterangan tetapi haruslah memastikan ianya dibaca selari dengan peruntukan Akta Keterangan 1950. Ini bermakna pergantungan kepada keterangan saksi kanak-kanak iaitu SP3 dalam kes ini tidak boleh menyebabkan prinsip-prinsip undang-undang keterangan berkenaan kebolehterimaan serta kebolehpercayaan saksi-saksi di bawah Akta Keterangan 1950 dikesampingkan. [34] Dalam kes ini mahkamah berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal untuk meneliti keterangan-keterangan dan membuat penilaian yang sewajarnya dan hanya berdasarkan kepada kebolehpercayaan SP3 dan keterangan saksi-saksi lain tanpa memberi pertimbangan yang sewajarnya. Adakah ini mewajarkan mahkamah campur tangan dalam dapatan dan sabitan Hakim Mahkamah Sesyen? [35] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu berhati-hati dalam kes ini disebabkan sebarang penilaian keterangan yang tidak teliti akan menimbulkan ketidakadilan kepada Perayu dan mangsa. Ia adalah disebabkan Perayu adalah seorang pegawai perubatan yang mempunyai tanggungjawab untuk memberikan rawatan yang sewajarnya kepada pesakit iaitu dalam konteks kes ini SP3. Penelitian keterangan yang tidak tepat akan menyebabkan Perayu akan terdedah dengan dakwaan amang seksual walaupun proses yang dilakukan terhadap SP3 tersebut alah merupakan satu prosedur klinikal rawatan yang wajar dilakukan kepada SP3. Oleh yang demikian keterangan berkenaan prosedur klinikal rawatan yang sewajarnya diberikan kepada SP3 perlu dikemukakan. Ini penting bagi membolehkan Mahkamah memutuskan sama ada tindakan Perayu terhadap SP3 telah melebihi daripada prosedur klinikal rawatan yang sepatutnya diberikan kepada SP3. Ini boleh menunjukkan bahawa Perayu telah melakukan amang seksual kepada SP3. [36] Ketiadaan keterangan sedemikian boleh menyebabkan Perayu akan menggunakan kedudukannya sebagai pegawai perubatan untuk melakukan amang seksual kepada SP3 atas alasan sentuhan tersebut adalah merupakan salah satu prosedur klinikal rawatan yang perlu diberikan kepada SP3. Ini akan menyebabkan jaminan perlindungan undang-undang terhadap SP3 tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu adalah penting untuk keterangan prosedur klinikal rawatan ini dikemukakan daripada pihak yang mempunyai autoriti atau pegawai perubatan kanan atau pegawai penyelia kanan Perayu bagi mengesahkan prosedur klinikal rawatan yang sebenarnya. [37] Dalam hal ini Mahkamah ingin merujuk pandangan Suzanne Ost, Profesor di Law School Lacaster University United Kingdom dalam artikelnya bertajuk Breaching the sexual boundaries in the doctor- patient relationship: should English law recognise fiduciary duties? Medical Law Review, Volume 24, Issue 2, Spring 2016, Pages 206– 233, https://doi.org/10.1093/medlaw/fww001 seperti berikut: “First, this professional relationship, which is so fundamental in our society, offers a considerable exploitative opportunity for the unscrupulous doctor. This is because of not merely the significant imbalance of power, but also the unique way in which the relationship will readily furnish opportunities for sexual exploitation. Other professional relationships – such as social worker-client or solicitor-client – will seldom if ever do likewise, for as Archard explains, ‘[a] patient… must open herself up, lay herself bare, share significant confidences with her doctor.’ In such a relationship that is so dependent on trust, there is clear evidence that the sexual exploitation of patients has a deleterious effect on their mental well-being. Moreover, the sexual nature of the exploitation in the unequal relationship between the doctor and patient serves to render especially egregious the abuse of trust. Secondly, as I will demonstrate, a fiduciary duty not to breach the sexual boundaries can be grounded in the doctor’s professional responsibilities not to breach trust or to act out of self-interest, and is compatible with the contemporary pro-patient autonomy model of the doctor-patient relationship.” [38] Penelitian kepada Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 jelas menunjukkan bahawa perlindungan diberikan kepada kanak-kanak daripada diperlakukan amang seksual oleh individu yang mempunyai akses kepada kanak-kanak tersebut dalam hubungan amanah di antara kanak-kanak dan individu tersebut misalnya seorang pegawai perubatan. Ini dinyatakan di bawah seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 seperti berikut: “(1) Jika seseorang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual terhadap seseorang kanak-kanak, mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan.