Schedule
JADUAL (Handalsh dibaca sebagai sebahegian dadpada Pogarjian Pemblaysen di atas) SekyenPerkaraButuh-Butir1.AlamatTEKUN Nasional Cawangan HULU LANGAT NO 10-1. JALAN KIARA 1 PUSAT PERNIAGAAN KIARA 42500 SEMENYIH SELANGOR2.Penerima BiayaNOR HASLINA BINTI MUHAMAD (KIP:770416075608)3.a) Jumlah Pemblayaan DilutuskanRM 22,000.00 ( Dalum perkataan: Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Ribu Sahaja)b) Lain-lain BayaranJumlah RM 21,310.61 Solelah dikotak bayaran berikuti. Bayaran Yuan Wakalah RM 200.00ii. Bayaran Taksful Perlindungan Pemblayaan RM 40.85iii. Bayaran Takaful Perlindungan Kemalangan Diri RM 9.54iv. Bayaran Kursus / Seminar RM 100.00v. Deposit Bayaran sata (1) bulan dari CaJ Pengurusan RM 230.00c) Jumlah PenyaluranPenyelesaan Pijaman Terdahulu (Sekiranya berkailan)RM 0.00vii. Pendaftarnya Wasat RM 0.00viii. Dulu Setem RM 0.004.Tempoh PemblayaanJumlah RM 21,310.61 (Jumlah Pemblayaan Dilutuskan telak Lain-lain Bayaran)5.Harga Jualan (Jumlah Terhutang)RM 23,060.00 (Jumlah pemblayaan + Kadar keuntungan 1.5% x Temoh Pemblayaan)6.Takaful(i) Bayaran Takaful Perlindungan Pemblayaan adalah sebanyak RM 40.85. Takaful inf membent perlindungan terhadap baki Pemblayaan mengikut jadual sekiranya Penerima Blaya meninggal dulu atau mengafami kelatihan kekat dalam temoh pemblayaan. (ii) Bayaran Pelan Takaful Perlindungan Insuran Kemalangan Dih RM 9.54. (Pelan perlindungan adalah untuk satu (1) tahun pertama eshaja). 7.Syarat-Syarat Lain(I) Manandalangani Surat Ikatan Penyotohan Hak atau menurut surat persolujuan penyelurun terus dari manamana Syarkal/Agenal/Jabatan Pembed Kontrak. (II) Surat Asal Inden Kerja/Pesanan Bolan/Pesanan Tempatan/Surat Tawaran Kontrak. (III) Kursus/Seminar: Penerima Blaya dengan hal bersetuju untuk mengikut Kursus Asas Kousahawanan (KAK) / Seminar Asas Kousahawanan (SAK) TEKUN yang dimajlikan ke atas usahawan dan bayaran kursus sebanyak RM 100.00 ditolak daripada Pemblayaan. Sekiranya Penerima Blays tidak menghadiri KAK / SAK atas sebarang sebob, bayaran kursus tidak akan dikembalikan. (IV) Borang Penama 8. Bayaran balik yang perlu dijelaskan oleh Perayu kepada Responden termasuk kadar keuntungan boleh diringkaskan seperti Jadual di bawah: BILPEMBIAYAANJUMLAH PEMBIAYAANJUMLAH KADAR KEUNTUNGAN (6 BULAN)HARGA JUALAN1.PEMBIAYAAN PERTAMARM22,000.00RM1,980.00RM23,980.002.PEMBIAYAAN KEDUARM30,000.00RM2,700.00RM32,700.003.PEMBIAYAAN KETIGARM17,000.00RM1,530.00RM18,530.004.PEMBIAYAAN KEEMPATRM31,000.00RM2,790.00RM33,790.00 9. Keempat-empat perjanjian kemudahan SPK-i tersebut menyebut di dalam Klausa 4 dan Seksyen 4 Jadual bahawa tempoh perjanjian adalah selama enam (6) bulan dan selepas tersebut tamat, Perayu harus membayar jumlah terhutang dengan serta merta, melainkan Responden memberikan perlanjutan masa kepada Perayu untuk membuat bayaran balik. Tiada perlanjutan masa diberikan kepada Perayu. Hak mengubah tempoh pembiayaan terbuka kepada Responden sahaja. 10. Selain daripada perjanjian kemudahan SPK-i, Perayu juga telah menandatangani beberapa dokumen lain, seperti berikut: i. surat Pemberitahuan Urusan Pemfaktoran di mana Perayu mengarahkan USM membuat bayaran kepada Responden; ii. surat memohon kelulusan pemfaktoran bayaran di mana bayaran hasil kontrak dengan USM terus dibuat kepada Responden; dan iii. surat ikatan Serah Hak di mana Perayu menyerahkan haknya untuk menerima bayaran hasil kontrak dengan USM kepada Responden dan memberi akujanji untuk membayar balik kepada Responden semua amaun yang dituntut termasuk kos guaman Responden. (lihat Afidavit Sokangan Responden di m/s 49 Kandungan 4 (m/s 14 PDF dan eksbit FA-2). 11. Responden tidak menerima apa-apa bayaran daripada Perayumahupun USM. Peguamcara Responden telah menghantar Surat Tuntutan bertarikh 02.02.2023 kepada Perayu menuntut pembayaran tunggakan berjumlah RM33,344.00 setakat 31.12.2022. Responden kemudiannya memfailkan tuntutan di Mahkamah Sesyen menuntut jumlah tertunggak sebanyak RM108,526.00 setakat 05.11.2024. 12. Perayu ada menghantar surat kepada Responden membuat rayuan untuk menjadualkan semula bayaran selepas menerima Writ Saman dan Penyata Tuntutan. Surat-surat Perayu dan balasan Responden adalah seperti berikut: From : NOR HASLINA MUHAMAD Fri, Jan 10, 2025 04:13 PM 5 attachments Subject : SURAT RAYUAN PENDADUALAN SEMULA BAYARAN KONTRAK-I To : recovery@tekun.gov.my Co : gestapo mulla Assalamualaikui, Sobagai nakluman, saya telah menerima surat sanan mahkanah berkenaan pinjaman Kontrak-I saya. Bersama ini disertakan surat rayuan untuk rujukan pihak puan. Torima kasih Nor Haslina (No.KP : 770416-07-5606) 017-9875110 SURAT RAYUAN-NOR HASLINA.pdf 47 KB SURAT RHB.pdf 194 KB SAMAN LAND ENQUIRY.pdf 773 KB NOTIS OCBC.pdf 580 KB SURAT MAHKAMAH (TEKUN).pdf 3 MB Kepada, PUAN NURULHASANAH Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tokun Nasional) Tarikh : 8hb Jan 2025 Puan PER: RAYUAN PENJADUAL AN SEMULA BAYARAN PEMBIAYAAN KONTRAK-1 Saya telah menerima surat soman mahkamah darlpado pihak Tekun Nasional, No. Guaman : WA-A52M-7462-12/2024, bertarikh 26/12/2024. Dukaclianyo dimakumkan saya dengan ini tidak dapat mombayar bulang pinjaman barikut sakaligus disebabkan situasi yang distaml sekorong. Tetapi saya momohon untuk mombual bayaran tersebut secara bulanan. 2. Sebagal maktuman, hal ini berlaku korena kontrak kerja syarikat telah habis dan tidak mendapat konbak kerja yang baru. Selain itu, perniagaan kami juga telah lutug dan tidak lagi menyewa polabat disobobkan kegogalan membayar sewa pramis. 3. Setelah membuat catat kira perbakanaan harian dan alikusai kavangan saya yang menuncing kini, saya ingin memohon untuk penjadualan semula bayaran pinjamen. Pada masa inf, perbatanjaan butanan banyak dibantu oleh ahli keluarga terdekat. 4. Jika dibenarkan saya ingin memohon jasa balk pihak Tekun untuk membuat bayaran sobanyak RM 25.00 sobulan untuk setiap aksun sahingga situasi ekonomi saya stabil. 6. Bersama-sama sural rayuan ini disertakan : Surat Saman CIMB Bank Berhad - Proses lelongen rumah (PERINTAH JUALAN) Surat Bank RHB - Saman daripada RHB Bank Nolis Bank OCBC - Proses kebankrapan 6. Status surat dan notis yang disabutkan diatas adalah masih dalam proses rayuan, dimana saya momohon tidak moneruskan proseling di mahkamah dan masih dalam pertimbangan mereka. Dengan itu, saya amatlah berherap yang pihak puan akan melukasan rayuan saya dan memberikan peluang kedua kepada saya sarta membatalkan proses saman mahkamah tersebut. Saya memohon maaf diatas kelewatan membayar pinjaman ini dalam masa yang telah ditotopkan. Soklan,terima kasih. Yang Banar Dubai Lena Nor Haslina Binti Muhamad 017-9875110 (lihat eksbit AF-8 Kandungan 5 m/s 253-254/m/s 15-16 PDF). Ro: SURAT RAYUAN PENJADUALAN SEMULA BAYARAN KONTRAK-I 6 messages Shahrul Hafizi Bin. Adnan Wed, Jan 22, 2025 at 5:17 PM To: NOR HASLINA MUHAMAD Co: Mohd Suhairul Mohd Sani , "Falzal Amini, Mohd. Yunus" , Siti Nurbalzura Mohmad Nasir , Jabatan Pamulihan Pinjaman , gestapo mulia , "Yuro Kasuma, Co" / SALAM SEJAHTERA, نقل المعلومات وتحويلها إلى المعلومات المالية وتحويلها إلى المعلومات المالية Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di alas. Untuk maktuman, permohonan rayuan kedua bayaran ballk tunggakan baki pemblayaan TEKUN Nasional telah diportimbangkan dan diteliti dengan sewajarnya. Sohubungan itu, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan puan tidak diluluskan. Untuk makluman tuan/puan, semakan terkini telah dibuat dan mendapat puan NOR HASLINA BINTI MUHAMAD (770416075606) mempunyai ompat (4) akaun pemblayaan bersama TEKUN Nasional dan keempat-ampat akaun tersebut mempunyai tunggakan dan telah dikenakan tindakan fitigasi saman ( sebutan kes saman pada 23/01/2025 ). Sehubungan itu, puan pertu membayar keseluruhan baki pemblayaan untuk 4 akaun pemblayaan tersebut dengan kadar segera kerana akaun pemblayaan tersebut adalah produk Kontrak-I yang dibayar terus oleh pembekal kepada pihak TEKUN Nasional. Sila maklumkan semula ke e-mel rujukankredit@lekun.gov.my jika bayaran telah dibuat bagi tujuan kemaskini pengoluaran nama darl senaral perkongslan maklumat kredit EXPERIAN/CTOS. Untuk makluman, bayaran boleh dibuat di mana-mana pejabat Tekun cawangan atau melalui aplikasi TEKUNPay/Maybank2u/Bank Simpanan Nasional/POS Malaysia atau Bank Islam. Pengeluaran nama akan dilaksanakan dalam tempoh 3-5 hari bekerja satelah bayaran disahkan di dalam sistem. Sekian, terima kasih. SHAHRUL HAFIZI BIN ADNAN Bahagian Penyelian Kredit (BSK) Ibu Pejabat TEKUN Nasional phone : 03-9089 8674 From: "NOR HASLINA MUHAMAD" To: "Jabatan Pemulihan Pinjaman" , "Shahrul Hafizi, Bin. Adnan" Cc: "gestapo mufia" Sent: Wednesday, January 22, 2025 4:54:36 PM Subject: SURAT RAYUAN PENJADUALAN SEMULA BAYARAN KONTRAK-I Assalamuatalkum. Bersama ini disertakan surat rayuan untuk nijokan pihak puan. Terima kasih Ner Hasilna [No.KP : 770416-07-5608] 017-9875110 Peringatan Kaselumatan/Kerahaan : Emel ini tarmasuk spm-ape fall tampiran yang dihantar bersama adalah rahale dan bertujuan semota-mata unik kegunaan individu yang dialomatik sahaja. Jika enda bukan generasi yang dinamakan, sita ambil perhatian bahawa segala bentuk tindakan yang menyebarkan, mengedarkan otau manyalin emel ini odalah dilarang sama sekali. Sila makhumkan kopado penghantar dengan kadar segera melatul emel jika enda telah menarik emel ini sacara lisaak diengajakan serta mengambil tindakan dengan memadamkan atau menghapuskan emel asal tarsebut tarmasuk fall-tall tampiran. Peringgalan: Warga kerja adalah bertanggungjawab moindungi kerahkaan maklumat dan dokumen TERUN Nasional. Adalah dlingotkan agar warga kerja sentiasn peka dengan SEMUA polist, peraturan, arahan kesalamatan dan pekaliting semasa yang berkalikuasa bagi semua pengerdalian maklumat dan dokumen TERUN Nasional yang berkalifen. 04 (lihat eksbit FA-4 di Kandungan 4) 13. Ringkasan tuntutan Responden setakat 05.11.2024 untuk kesemua kemudahan SPK-i sebagaimana yang dituntut melalui Writ Saman dan Penyataan Tuntutan ialah seperti berikut: BilNo. AkaunJumlah PinjamanTarikh PenjanjianHarga JualanTarikh Akhir BayaranJumlah Terhutang Setakat 05/11/20241.55051235000179(Pembiayaan Pertama)RM22,000.0002.06.2021RM23,980.0031.12.2021RM23,669.002.55051235000205(Pembiayaan Kedua)RM30,000.0001.07.2021RM32,700.0031.01.2022RM32,269.003.55051235000210(Pembiayaan Ketiga)RM17,000.0001.07.2021RM18,530.0031.01.2022RM18,294.004.55051235000092(Pembiayaan Keempat)RM31,000.0012.10.2021RM33,790.0031.05.2022RM34,294.00 CAMPUR TANGAN MAHKAMAH YANG MENDENGAR RAYUAN. 14. Adalah menjadi prinsip yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan amat berhati-hati dalam mencampuri keputusan yang dibuat oleh Mahkamah bicara melainkan keputusan yang dibuat adalah terserlah salah/khilaf yang jelas (plainly wrong) atau bertentangan dengan undang-undang atau keterangan. 15. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 453; [2015] 2 MLJ 441, melalui penghakiman Azahar Mohamed HMP (kemudian HBM) ketika mengesahkan prinisip bahawa keputusan Mahkamah bicara tidak akan diganggu semasa rayuan melainkan keputusan yang dicabar merupakan khilaf yang jelas menyatakan seperti berikut: [60] It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is 'the plainly wrong test' principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2004] 4 CLJ 309; [2005] 2 MLJ 1 (at p 10) per Steve Shim CJ (Sabah & Sarawak). More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v. Genisys Intergrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: "It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978] CLJU 32; [1978] 1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309)." 16. Lihat juga keputusan kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of The Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1, yang memetik keputusan kes Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309; [2005] 2 MLJ 1, yang memutuskan keputusan tanpa penilaian keterangan dengan sewajarnya merupakan keputusan yang dibuat secara khilaf yang jelas. JURISPRUDENS PERMOHONAN PENGHAKIMAN TERUS 17. Aturan 14 Kaedah 1 dan Aturan 14 Kaedah 4 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: Permohonan oleh Plaintif untuk Penghakiman Terus (A.14, k.1) (1) Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defend dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntutan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apaapa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap defendan itu. Kebenaran untuk Membela (A.14,k.4) (1) Defendan boleh menunjukkan sebab menentang suatu permohonan di bawah kaedah 1 melalui afidavit atau selainnya hingga memuaskan hati Mahkamah. 18. Kes National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300 sering dirujuk sebagai duluan undangundang mengenai prinsip-prinsip yang mengawal permohonan penghakiman terus. Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman George Seah HMP memperjelaskan seperti berikut: "We think it appropriate to remind ourselves once again that in every application under Order 14, the first considerations are (1) whether the case comes within the Order and (b) whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under Order 14. For the purposes of an application under Order 14 the preliminary requirements are: (i) the defendant must have entered an appearance; (ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of Rule 2 of the Order 14... ...If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he becomes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him." 19. Mahkamah Tinggi di dalam kes Sunsets Fortune Sdn Bhd v Special Coral Sdn Bhd [2021] MLJU 2544, dengan memetik penghakiman Mahkamah Agung di dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400, menerangkan bahawa Mahkamah perlu menentukan daripada keterangan afidavit yang dikemukakan defendan tidak mempunyai pembelaan bona fide dan jika Mahkamah berpendapat sedemikian, Plaintif berhak mendapat penghakiman terus terhadap defendan. Sebaliknya, jika defendan berjaya menunjukkan terdapat pertelingkahan fakta material yang serius atau sebab lain yang mewajarkan suatu siasatan dibuat, kebenaran membela harus diberikan kepada defendan. Amarjeet Singh Serjit Singh PK (sebagaimana ketika itu) (sekarang HMR) memutuskan seperti berikut: [16] The governing principle concerning summary judgment is stated by the Supreme Court in Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 as follows: The Plaintiff has to satisfy the court that the Defendant plainly and obviously has no defence to the plaintiff's claim or part of the plaintiff's claim. If the plaintiff is able to satisfy the court, then summary judgment should be entered in the plaintiff's favour. On the other hand, if the defendant can show that there is a serious conflict of material facts as disclosed in the opposing affidavits, or there is otherwise a triable issue worthy of judicial investigation in the trial of the action, or there is an important and difficult point of law requiring further and mature consideration at the trial, summary judgment should be refused. [18] The burden on the defendant is simply to raise a triable issue and it is settled law that a single triable issue is sufficient to warrant dismissing an application for summary judgment (South East Asia Insurance Bhd v Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045). In determining whether an issue is or is not triable the following often-quoted passage in the Bank Negara Malaysia case is instructive: ...the duty of a Judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other on affidavit. Where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent or is inherently improbable in itself, then the Judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue as not triable. Apart from identifying the issues of fact or law, the Court must go one step further and determine whether they are triable. This principle is sometimes expressed by the statement that a complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue." 20. Di dalam kes Pustaka Yakin Pelajar Sdn Bhd v Penerbitan Inspirasi Sdn Bhd [2021] 10 MLJ 79, Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada terdapat isu yang perlu dibicarakan bergantung kepada fakta dan undang-undang yang berbangkit daripada kes yang diplidkan oleh pihak-pihak yang bertikai seperti mana yang didedahkan melalui keterangan afidavit yang berada di hadapan Mahkamah. Mohd Radzi Harun H (sekarang HMR) berkata: [8] To determine whether or not there exist a triable issue, this court would only need satisfied that there are inherently probable disputes and denials which would thus render the issue triable. This was the principle laid down by the then Supreme Court in Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400; ; [1992] 2 CLJ Rep 186; ; [1992] 1 CLJ 653 where it was held: In an application under O 14, the court has to be satisfied on affidavit evidence that the defence has not only raised an issue, but also that the said issue is triable. The determination of whether an issue is or is not triable depends on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue." 21. Ringkasnya, di dalam permohonan penghakiman terus, plaintiff perlu memenuhi keperluan awalan untuk penghakiman terus termasuk mengemukakan fakta yang menjadi asas kepada tuntutan plaintiff terhadap defendan. Beban adalah terletak pada bahu plaintiff untuk mengemukakan fakta tersebut menerusi afidavit sokongan. Kendatipun di peringkat ini plaintiff tidak dikehendaki membuktikan fakta yang menjadi asas tuntutannya, namun plaintiff dikehendaki menunjukkan fakta material yang secara prima facie menyokong kausa tindakan plaintiff supaya wujud keadaan yang membolehkan penghakiman diberikan kepada plaintiff. Jika ini dicapai, maka beban berpindah kepada defendan untuk menunjukkan sebab-sebab penghakiman tidak sepatutnya diberikan. Dalam hal ini, defendan dikehendaki menunjukkan bahawa terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau kerana sesuatu sebab yang lain perbicaraan patut diadakan mengenai tuntutan plaintiff terhadap defendan. MEMORANDUM RAYUAN 22. Alasan-alasan rayuan Perayu sebagaimana Memorandum Rayuan di m/s 9-11 [m/s 13-15 PDF] RR Kandungan 3 boleh diringkaskan seperti berikut: a) Alasan no.1 hingga 5 berkait kekhilafan HMS gagal untuk memberi pertimbangan kepada prinsip yang terpakai di dalam permohonan mendapatkan penghakiman terus; b) Alasan no. 6 dan 7 bersabit kegagalan HMS mempertimbangkan fakta bahawa kemudahan yang diberikan melibatkan perjanjian pemfaktoran di mana terdapat kegagalan pihak ketiga (USM sebagai majikan bagi kontrak yang diawardkan kepada Perayu) membuat bayaran terus kepada Responden; c) Alasan no. 8 dan 9 bersabit kegagalan HMS mempertimbangkan fakta di bawah perjanjian kemudahan di mana tempoh bayaran balik tidak ditetapkan, dan begitu juga dengan cara bayaran balik sama ada perlu dibuat secara ansuran atau sekali gus; d) Alasan no. 10 dan 11 berkait kegagalan HMS memberi pertimbangan jumlah yang dituntut tidak tepat serta gagal mengambil kira bayaran yang dibuat oleh Perayu kepada Responden; dan e) Alasan no. 12 bersabit kegagalan HMS mempertimbangkan fakta tiada pengakuan hutang oleh Perayu. HUJAHAN PERAYU Pertikaian Perayu untuk menunjukkan terdapat isu yang perlu dibicarakan 23. Di dalam usaha untuk memujuk Mahkamah ini mengakaskan keputusan HMS, peguamcara Perayu mengetengahkan isu-isu berikut yang dikatakan mewajarkan Perayu diberi kebenaran membela (leave of defence): a) Penyata akaun yang dikemukakan tidak selari dengan jumlah yang dituntut di dalam Writ Samandan Penyata Tuntutan di mana penyata akaun di dalam Afidavit Sokongan eksbit FA-3 berjumlah RM33,344.00, tetapi jumlah yang dituntut oleh Responden ialah RM34,294.00; b) Perjanjian kemudahan SPK-i yang menjadi teras tuntutan Responden tidak memperuntukkan kaedah pembayaran balik dan tempoh pembayaran balik perlu dibuat; c) Dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Seysen ialah dokumen "TANPA PREJUDIS" dan penggunaan dokumen tersebut untuk menyokong tuntutan Plaintif adalah bercanggah dengan seksyen 23 Akta Keterangan 1950; dan d) Perayu tidak mengaku keberhutangan, oleh itu, keterangan saksi-saksi ada perlu. BALASAN RESPONDEN 24. Peguamcara Responden membalas dengan menyatakan: a) Isu penyata akuan yang berbeza dengan tuntutan di dalam Penyata Tuntutan di mana tambahan RM954.00 itu ialah untuk kos guaman sebagai mana eksbit FA-7; b) Perjanjian kemudahan SPK-i menyebut dengan jelas bahawa pembayaran balik perlu dibuat di dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh pelepasan bayaran; c) Penyata Akaun walaupun tertera nota "TANPA PREJUDIS" ianya perlu dikemukakan untuk menunjukkan jumlah terhutang dan bukannya untuk menunjukkan perundingan pihak-pihak untuk penyelesaian; d) Tuntutan dibuat terhadap Perayu dan bukan USM kerana tidak ada privity of contract dengan USM; dan e) Pengakuan keberhutangan timbul bila Perayumembuat bayaran selepas tindakan dimulakan danmemohon penjadualan semula. ANALISA DAN DAPATAN Sama ada terdapat keraguan jumlah terhutang - jumlah tuntutan yang berbeza dengan penyata akaun 25. Perayu mendakwa jumlah yang dituntut oleh Respoden tidak tepat kerana beliau ada membuat bayaran dan tidak pernah membuat apa-apa pengakuan jumlah hutang. Keterangan yang dikemukakan sama ada melalui Afidavit Sokongan/Jawapan Responden dan Afidavit Balasan Perayu berserta dengan eksibiteksibit yang dikepilkan jelas menunjukkan bahawa Perayu gagal membuat bayaran jumlah keseluruhan di bawah perjanjian kemudahan SPK-i. Malahan, Perayu mengakui keberhutangan dan memohon untuk membuat penjadualan semula pembayaran balik. Surat-surat rayuan dan bayaran balik yang kecil dibuat oleh Perayu merupakan pengakuan hutang. Klausa 6 perjanjian kemudahan SPK-i memperuntukkan bahawa penyata akaun yang dikeluarkan oleh Responden merupakan bukti nyata jumlah terhutang. Tambahan jumlah sebanyak RM954.00 di dalam Penyata Tuntutan kerana tambahan kos guaman yang dibenarkan dituntut di bawah perjanjian kemudahan SPK-i. Perlu diingat tindakan ke atas Perayu dimulakan selepas Notis Tuntutan dihantar kepada Perayu. 26. Afidavit Sokongan Responden di m/s 47 RR [m/s 11 PDF] Kandungan 4 memperlihatkan tarikh terakhir jumlah pembaiyaan berserta dengan keuntungan perlu dijelaskan kepada Responden, iaitu 31.12.2021 (kemudahan pertama), 31.01.2022 (kemudahan kedua dan ketiga) dan 31.05.2022 (kemudahan keempat). Dalam mengira jumlah tertunggak Responden telah mengambil kira bayaran deposit yang dibayar sebagai mana perjanjian kemudahan SPK-i serta kos-kos lain yang boleh dituntut di bawah perjanjian di mana Perayu hanya membuat bayaran selepas Responden memulakan tindakan terhadap Perayu - lihat perenggan 15 Afidavit Jawapan m/s 197-199 [PDF m/s 161-163] Kandungan 4 di mana Perayu menyatakan bahawa: "Saya telah mula melakukan pembayaran balik selepas mendapat tahu bahawa pihak Pemberi Kontrak telah gagal untuk membayar balik pembaiyaan-pembaiyaan tersebut secara terus selepas tindakan saman ini difailkan terhadap saya". 27. Cabaran Perayu mengenai jumlah tuntutan yang berbeza bukanlah suatu isu yang perlu dibicarakan. Sama ada perjanjian kemudahan tidak menetapkan tempoh bayaran balik 28. Perayu mengatakan beliau tidak perlu menjelaskan bayaran balik di dalam tempoh enam (6) bulan sekali gus bersama keuntungan yang dikenakan kerana tiada terma sedemikian di dalam perjanjian dan bayaran sepatutnya dibayar terus oleh pihak ketiga, iaitu majikan (USM) yang memberi kontrak kepada Perayu. 29. Isu ini merupakan isu undang-undang yang tidak memerlukan pemanggilan saksi. Mahkamah Tinggi di dalam kes Kueen Lai Properties Sdn Bhd v Ace Credit (M) Sdn Bhd & Ors. [2023] MLJU 2014 memutuskan bahawa pentafsiran dokumen merupakan tugas Mahkamah. Liza Chan Sow Keng H dengan memerik keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: [44] The construction of the agreement dated 12.3.2021 in this case is a question of law to be determined by the court. It is not for the parties or their counsel to say what the documents say or mean - Silver Concept Sdn Bhd V Brisdale Rasa Development Sdn Bhd (Formerly Known As Ekspidisi Ria Sdn Bhd) [2005] 4 MLJ 101 CA. Silver Concept (supra) was referred to by the Federal Court in Far East Holdings Bhd & Anor v Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang and other appeals [2018] 1 MLJ 1 where Jeffrey Tan, FCJ delivering the judgment of the court authoritatively said: [156] It must be more than settled that the construction of a document is a question of law. In Munusamy v Public Services Commission [1964] 1 MLJ 239, where on the construction of an article of the Constitution which forbids the dismissal or reduction in rank of certain persons unless a certain condition is complied with, that is that the person concerned be given a reasonable opportunity of being heard, Thomson LJ said 'That question of construction is a question of law ...'. In Citicorp Investment Bank (Singapore) Ltd v Wee Ah Kee [1997] 2 SLR 759, Yong Pung How CJ said 'we must approach the construction of the document, which is a question of law, untrammelled by any concession as to the meaning of the agreement that might have been given by the court below'. 'It is trite that a question of construction is a question of law and not fact (see Bahamas International Trust Co Ltd and another v Threadgold [1974] 1 WLR 1514 (HL)' (Bintulu Development Authority v Pilecon Engineering Bhd [2007] 2 MLJ 610 per Nik Hashim JCA, as he then was, delivering the judgment of the court). In Bahamas International Trust Co Ltd and another v Threadgold, Lord Diplock said 'that the construction of a written document is a question of law', which was followed in Tan Suan Heoh v Lim Teck Ming & Ors [1987] 2 MLJ 466, NVJ Menon v The Great Eastern Life Assurance Co Ltd [2004] 3 MLJ 38, Silver Concept Sdn Bhd v Brisdale Rasa Development Sdn Bhd (formerly known as Ekspidisi Ria Sdn Bhd) [2005] 4 MLJ 101, Padiberas Nasional Bhd v Kontena Nasional Bhd [2010] 3 MLJ 134, and The Government of India v Cairn Energy India Pty Ltd & Anor [2011] 6 MLJ 441 and Tun Dr Mahathir bin Mohamad & Ors v Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak [2017] 9 MLJ 1). In Desa Teck Guan Koko Sdn d v Sykt Hap FohBh Hing (suing as a firm) [1994] 2 MLJ 246, lan Chin J opined that '..." 30. Perjanjian kemudahan SPK-i menetapkan tempoh kemudahan ialah selama enam (6) bulan daripada tarikh pengeluaran pertama pembaiyaan. Di dalam keadaan perjanjian kemudahan SPK-i tidak menetapkan cara bayaran balik dan hanya menyatakan pembayaran balik perlu dibuat dalam tempoh enam (6) bulan, tafsiran yang logikal boleh dibuat ialah Perayu mempunyai masa enam (6) bulan untuk membuat bayaran sama ada sekali gus atau ansuran. 31. Tempoh enam (6) bulan telah matang ketika Responden memulakan tindakan terhadap Perayu yang jelas membuktikan bahawa Perayu melakukan kemungkiran kepada terma perjanjian kemudahan. 32. Tafsiran yang cuba dibawa oleh Perayu merupakan tafsiran yang tidak munasabah, ciptaan sendiri mengikut kehendak dan keperluan bagi melepaskan diri daripada membayar balik hutang kepada Responden. Perayu terikat dengan terma perjanjian yang dimasuki dengan Responden. Mahkamah Tinggi di dalam kes CIMB Islamic Bank Bhd v LCL Corp Bhd & Anor [2012] 3 MLJ 869 memutuskan seperti berikut: "In this case, the parties have voluntarily agreed to be bound by the terms and conditions of specific agreements as mentioned before. They have also agreed to be bound by some mechanism and process to give effect to the ultimate intention of the parties ie to refinance the first BBA facility. His Lordship Visu Sinnadurai J in Polygram Records Sdn Bhd v The Search [1994] 3 MLJ 127; [1994] 1 LNS 205 observed at p 147 (MLJ) as follows: "The general principle of law, of course, is that a party who signs a written contract is bound by the terms of the contract, except in the limited cases where fraud, undue influence, or misrepresentation may be established. This rule is so strict that even if a party to a contract has not read the contents of a contract, he is held to be bound by its terms. In the leading case of L'Estrange v F Graucob [1934] 2 KB 394, Scrutton LJ pronounced (at p 404): "When a document containing contractual terms is signed, then, in the absence of fraud, or, I will add, misrepresentation, the party signing it is bound, and it is wholly immaterial whether he has read the document or not." 33. Isu ini juga bukan merupakan isu yang perlu dibicarakan. Penggunaan dokumen (Penyata Akaun yang tertera nota TANPA PREJUDIS) yang dikatakan tidak boleh diterima sebagai keterangan. 34. Bantahan Perayu berdasarkan seksyen 23 Akta Keterangan 1950 (AK 1950) yang dibaca seperti berikut: In civil cases no admission is relevant if it is made, either upon an express condition that evidence of it is not to be given, or under circumstances from which the court can infer that the parties agreed together that evidence of it should not be given. Explanation - Nothing in this section shall be taken to exempt any advocate from giving evidence of any matter of which he may be compelled to give evidence under section 126. 35. Seksyen 23 AK 1950 hanya melarang pengakuan yang dibuat atas syarat keterangan mengenainya tidak boleh diberikan atau di dalam keadaan di mana Mahkamah boleh membuat inferens bahawa pihal-pihak bersetuju keterangan mengenai pengakuan tidak boleh dikemukakan. 36. Di dalam rayuan ini, dokumen yang dibantah oleh Perayu tersebut merupakan dokumen Responden sendiri, iaitu penyata akaun Perayu dan bukannya dokumen Perayu yang mengandungi pengakuan liability yang dibuat ketika perundingan sedang berlangsung. Seksyen 23 AK 1950 tidak terpakai kepada rayuan ini, Komplen (complaint) Perayu bahawa penyata akaun Responden tidak boleh diterima sebagai keterangan adalah tersasar. Sama ada terdapat pengakuan hutang oleh Perayu 37. Eksbit FA-8 m/s 253-254 [15-16 PDF] RR Kandungan 5 merupakan surat rayuan Perayu kepada Responden mengakui berhutang dan memohon bayaran ansuran sebanyak RM25.00 sebulan. M/s 271-273 [33-35 PDF] RR Kandungan 5 ialah surat Perayu kepada Responden memohon untuk menstruktur semula hutang. Oleh itu, dakwaan tiada pengakuan hutang dibuat oleh Perayu adalah bertentangan dengan dokumen semasa. Komplen (complaint) Perayu bahawa HMS membuat dapatan yang salah ternyata tidak berasas. Sesungguhnya terdapat pengakuan hutang oleh Perayu. Sama ada USM yang bertanggung jawab membuat bayaran kepada Responden 38. Klausa 7.3 perjanjian kemudahan SPK-i menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Perayu memastikan USM membuat bayaran terus kepada Responden. Tiada keterangan ditunjukkan oleh Perayu bahawa beliau telah mengambil tindakan untuk memastikan USM membuat bayaran terus kepada Responden. Selain itu, Fasal 1 dan 2 Surat Ikatan Serah Hak bagi keempat-empat perjanjian kemudahan SPK-i juga telah jelas menunjukkan bahawa Perayu telah bersetuju sekiranya tiada pembayaran diterima oleh Responden bagi pinjaman Perayu kesemua baki Harga Jualan bagi keempat-empat pinjaman hendaklah dibayar dengan serta merta. Klausa 1 dan 2 Surat Ikatan Serah Hak dibaca seperti berikut: MAKA SURAT JKATAN INI ADALAH MENYAKSIKAN seperti yang berikut : 1. Sebagal balasan bagi TEKUN Nasional atas budi bicera mutlaknya mendahulukan dalam semasa ke semasa kepada dan/atau bagi pihak Penyerah Hak berbagal-bagal jumlah wang yang pada keseluruhannya tidak melebihi had pemblayaan dalam jumlah yang dinyatakan dalam bahagian 6, JADUAL Surat Ikatan ini dan keuntungan ke atasnya yang dinyatakan dalam bahagian 7 JADUAL Surat Ikatan ini dikira mengikut baki harlan atau atas kadar atau kadar-kadar lain yang TEKUN Nasional flikirkan patut [selepas daripada ini disebut "Pemblayaan Tersebut"]. (a) Penyerah Hak dengan mutlaknya menyerah hak kepada TEKUN Nasional segala wang, kepentingan dan hak yang sekerang atau selepas Ini kena dibayar dan akan dibayar kepada Penyerah Hak oleh Pemberl Kontrak di bawah Kontrak Tersebut tertakluk kepada tanggungan Penyerah Hak terkandung dalam Kontrak Tersebut. (b) Penyerah Hak dengan Ini berwaad dan memberi pengakuan bahawa la akan menyempurnakan dan melaksanakan semua kewajipan dan tanggungan dan mematuhi segala syarat dan peruntukan terkandung dalam Kontrak Tersebut dan akan melepaskan tanggungan TEKUN Nasional daripada apa-epa kerugian kerosakan atau tuntutan yang dialami oleh TEKUN Nasional disebabkan oleh kemungkinan Penyerah Hak ke atas peruntukan Fasal Ini. 2. Jika sekiranya tidak ada wang atau kepentingan yang diterima atau kena diterima oleh TEKUN Nasional di bawah serah hak yang disebut di bawah perkara Fasel 1 di atas, atau wang yang sebenarnya diterima oleh TEKUN Nasional tidak melunaskan Pemblayaan Tersebut, kesemua wang atau baki yang belum bayer hendaklah kena dibayer dengan serta merta. 39. Klausa 38 di dalam kesemua perjanjian kemudahan SPK-i memperuntukkan dengan jelas bahawa Perayu di dalam apa-apa keadaan sekalipun bersetuju untuk mengindemniti Responden dan/atau Perayu untuk membayar semula kesemua tunggakan Perayu kepada Responden. Klausa tersebut ialah seperti di bawah: 38. GANTI RUGI Penerima Blaya hendaklah pada setiap masa menanggung rugi dan sentiasa menanggung rugi TEKUN daripada dan terhadap segala tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, notis atau samian yang boleh dibawa, dimulakan atau dibuat terhadap TEKUN oleh mana-mana orang dan terhadap semua ganti rugi, denda, keruglan, kos dan perbelanjaan (termasuk kos guaman, duti setem dan yuran pendaftaran, jika ada) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh TEKUN yang timbul daripada atau oleh sebab atau disebabkan oleh kelalaian atau gagal bertindak terhadap mana-mana atau semua syarat, jaku janji dan perjanjian-perjanjian di pihak Penerima Blaya yang perlu dipatuh dan dilaksanakan di dalam Perjanjian int dan lain-lain dokumen berkaltan, Penerima Blaya hendaklah dengan segera apabila suatu tuntutan yang dibuat oleh TEKUN membayar kepada TEKUN semua jumlah yang dituntut oleh TEKUN. 40. Perayu tidak boleh mempertikaikan liablity sekarang memandangkan keterangan adalah jelas Perayu mengakui terhutang kepada Responden dan gagal membuat bayaran balik keseluruhan jumlah tertunggak dalam tempoh matang perjanjian kemudahan. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN 41. Natijahnya, saya mendapati Perayu tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan Responden mahupun berjaya menunjukkan terdapat perkara lain yang perlu disiasat melalui suatu perbicaraan penuh. Tiada alasan untuk saya mengubah keputusan HMS. Keputusan HMS bukanlah suatu keputusan khilaf yang jelas. Rayuan ini tidak bermerit. Dengan itu rayuan Perayu ditolak. 42. Setelah mendengar penghujahan peguamcara Perayu dan Responden mengenai kos, saya memutuskan kos sebanyak RM5,000.00 adalah berpatutan dan kos yang diawardkan itu tertakluk kepada alokatur. Peguamcara bagi pihak Responden/Plaintif:Amirul IzwanTetuan Yura Kasuma & Co.Peguamcara bagi pihak Perayu/Defendan:Mohd Amin(menyebut bagi pihak)Tetuan Rafizah Azwan & Associates