Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO. DA-A53KJ-608-12/2022 ANTARA NOR ILY KAREENA BINTI ROSMAN (NO. K/P: 040803-03-0104) …PLAINTIF
DA-A53KJ-608-12/2022
Sessions Court of Malaysia30 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“unjukkan adanya merit di dalam rayuan tersebut. Rayuan di Mahkamah Rayuan tidak harus digunakan sebagai suatu alasan untuk mengantung prosiding. [ 10 ] Mahkamah dirujuk kepada – Section 73 Courts of Judicature Act 1964 [Authority No.1] : An appeal shall not operate as a stay of execution or of proceedings under the dec”
“SHNAN –vs-NG CHIN TAI (t/a LEAN SHE FISHERY) & ANOTHER (TESCO STORES (MALAYSIA) SDN.BHD. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal intervener) [2016] MLJU 924 MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG [Authority No. 4] antara lain memutuskan- [PARA NO.21] ‘it is trite law as p”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO. DA-A53KJ-608-12/2022 ANTARA NOR ILY KAREENA BINTI ROSMAN (NO. K/P: 040803-03-0104) …PLAINTIF
1
MOHD SOLEHIN BIN MOHD RAZALI (NO. K/P: 910126-03-6045) …DEFENDAN PERTAMA
2
TAJUL ARUS BIN BAHARI (NO. K/P: 670406-05-5099) …DEFENDAN KEDUA
3
ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat: 735426 – V) …DEFENDAN KETIGA PENGHAKIMAN PENGENALAN:- [ 1 ] Ini adalah merupakan Notis Permohonan [Lampiran No.80] menggantung prosiding yang difailkan oleh Defendan-defendan berpandukan Notis rayuan di Mahkamah Tinggi untuk Pihak Ketiga iaitu Nor Lyliana Karmila binti Rosman yang dinamakan sebagai pihak. Nor Lyliana Karmila juga telah memberikan keterangan semasa perbicaraan di peringkat Plaintif di Mahkamah dan pihak Plaintif telah pun menutup kesnya. [ 2 ] Mahkamah setelah meneliti dan membaca hujahan bertulis kedua-dua pihak memutuskan untuk menolak permohonan di Kandungan 80 dengan kos RM500. [ 3 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif untuk menolak permohonan tersebut atas faktor berikut:- a) Adalah pra-matang ‘pre-mature’ untuk Defendan memfailkan Notis Permohonan ini yang berkait dengan Notis Pihak Ketiga yang bertarikh 13/02/2025 [Lampiran No.62] yang mana telah ditolak oleh Mahkamah Yang Mulia ini; b) Rayuan di Mahkamah Tinggi tidak harus digunakan sebagai alasan untuk mengantung prosiding sambung bicara memandangkan kes dihadapan Mahkamah ini adalah kes tahun 2022 ; dan c) Notis Permohonan [Lampiran No.80] TIDAK memdedahkan atau mewujudkan suatu keadaan istimewa ‘special circumstances’ untuk pertimbangan Mahkamah Yang Mulia ini PRINSIP UNDANG-UNDANG [ 4 ] Bagi membolehkan Mahkamah mempertimbangkan sebarang permohonan untuk satu perintah penggantungan perlaksanaan rujukan harus dibuat kepada Aturan 55 Kaedah 16 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 : Stay of execution (O. 55, r. 16)
16
(1) An appeal shall not operate as a stay of execution under the decision appealed against except in so far as the Court appealed from or the High Court may order, and any application for stay shall be made in the first instance to the Court appealed from.
2
The Court appealed from or the High Court may grant an order of stay of execution on such terms as it thinks fit. Mahkamah berpandukan kepada prinsip yang diputuskan oleh Augustine Paul dengan merujuk kepada keputusan kes Kosma palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1ap Ke Huat & Ors v Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn Bhd & Anor [2008] 4 CLJ 175 di mana Mahkamah Persekutuan telah menggariskan prinsip seperti berikut:- [1] Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh membentuk keadaan-keadaan khas dan hakikat bahawa sesuatu rayuan akan menjadi sia-sia jika penggantungan ditolak adalah yang paling lazim; ia adalah satu contoh keadaan-keadaan khas. Oleh sebab kesesiaan adalah satu keadaan-keadaan khas, suatu rujukan semata-mata kepadanya adalah memadai untuk menyampaikan tanggapan undang-undang yang betul, dan sebarang percubaan untuk menghadkan pemberian satu penggantungan kepada kesesiaan, selain dari tidak wajar, akan sesungguhnya menghadkan alasan-alasan di atas mana pemohon boleh bergantung. Oleh itu, pemohon-pemohon salah dalam berhujah bahawa pendekatan sia-sia bukannya suatu perkara untuk pertimbangan dalam kes ini dan bahawa hanya pendekatan keadaan-keadaan khas adalah relevan. Mereka tentunya betul jika mereka telah menyatakan bahawa mereka tidak bergantung pada kesesiaan tetapi atas spesi keadaan-keadaan khas yang lain. [ 5 ] Berpandukan kes di atas beberapa prinsip berkenaan penggantungan perlaksanaan telah digariskan:- i) Appeal shall not operate as a stay of execution unless the court so orders; ii) Court has discretion whether to grant or refuse a stay of execution; iii) Test applicable is special circumstances; iv) Nugatoriness is a type of special circumstances; v) Onus is on the applicant to demonstrate the special circumstances; vi) Reasons must relate to the enforcement of judgement; and vii) Merit of appeal is not relevant matter for consideration [ 6 ] Di dalam kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86, Hakim Yang Arif Azlan Shah menyatakan “ special circumstances, as the phrase implies, must be special under the circumstances as distinguished from ordinary circumstances. It must be something exceptional in character, something that exceeds or excels in some way that which is usual or common.” [ 7 ] Dalam kes Mohamed Mustafa v Kandasami (No.2) (1979) 2 MLJ 126, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa “special circumstances would constitute the following factors: i) Whether granting a stay would make the appeal, if successful, nugatory in that it would deprive an appellant of the results of the appeal; ii) The merits in the appeal.” DAPATAN MAHKAMAH [ 8 ] Meneliti kepada hujahan yang difailkan oleh kedua-dua pihak, saya mendapati bahawa ‘special circumstances’ yang cuba dibangkitkan oleh pihak Defendan sememangnya gagal dibuktikan dan tidak ada diplidkan secara spesifik di dalam Afidavit Sokongan Defendan. [ 9] Permohonan notis rayuan yang difailkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu oleh Defendan bukanlah bermakna penghakiman yang telah diberikan oleh Mahkamah Sesyen akan tergantung atau “stay”. Mahkamah mendapati Defendan telah gagal untuk menunjukkan adanya merit di dalam rayuan tersebut. Rayuan di Mahkamah Rayuan tidak harus digunakan sebagai suatu alasan untuk mengantung prosiding. [ 10 ] Mahkamah dirujuk kepada – Section 73 Courts of Judicature Act 1964 [Authority No.1] : An appeal shall not operate as a stay of execution or of proceedings under the decision appealed from unless the court below or the Court of Appeal so orders and no intermediate act or proceedings shall be invalidated except so far as the Court of Appeal may direct. [ 11 ] Section 73 Courts of Judicature Act 1964 juga telah dirujuk dalam kes KHEE SAN BHD & ANOR-vs-OCBC AL-AMIN BANK BHD (2021) MLJU 2760 MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR [Authority No.2] yang mana diputuskan oleh Yang Arif Atan Mustaffa Yussof Ahmad antara lain:- [PARA 10] ‘… I restate the position that the mere filing of an appeal does not operate as an automatic stay of execution’ [PARA 12] ‘another principle that is trite is that a stay can only be granted if there are special circumstances’ [ 12 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahah Plaintif yang menyatakan disebabkan adanya suatu Rayuan di Mahkamah Rayuan yang mana dihujahkan sebagai premature pada tahap ini] tidak boleh dijadikan sebagai suatu alasan untuk membenarkan Notis Permohonan Defendan disebabkan tiada alasan munasabah yang mewujudkan suatu keadaan istimewa ‘special circumstances’ yang dibangkitkan oleh Defendan untuk pertimbangan Mahkamah ini. [ 13 ] Mahkamah seterusnya dirujuk kepada kes: UNITED OVERSEAS BANK (CHINA) LTD, CHENGDU BRANCH-vs-SIOW KWANG JOON @ SIOW KWONG SHANG [2021] 8 MLJ 704 MAHKAMAH TINGGI JOHOR BAHRU [Authority No.3] yang memutuskan antara lain- [HELD PARA NO.1] ‘any application for stay was not an automatic right, but rather was left to the discretion of the court, which must have in mind the right of the successful party not to be deprived of its fruits of litigation until an appeal was determined…’ ANANDA KUMAR A/L KRISHNAN –vs-NG CHIN TAI (t/a LEAN SHE FISHERY) & ANOTHER (TESCO STORES (MALAYSIA) SDN.BHD. intervener) [2016] MLJU 924 MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG [Authority No. 4] antara lain memutuskan- [PARA NO.21] ‘it is trite law as provided in Section 73 of the Courts of Judicature Act 1964 that an appeal does not operate as a stay. Nevertheless in land mark case of Kosma Palm Oil Mill Sdn. Bhd. & Ors-vs-Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4CLJ 1, FEDERAL COURT held as follows:- ‘the onus is on the applicants to demonstrate the existence of special circumstances to justify the grant of a stay of execution. The reasons must relate to the enforcement of the judgment’ ‘the principle of this landmark case has also been cited in the case of MOHD KAMARUZZAMAN MUSTAFFA –vs-AEROTREE DEFENCE & SERVICES SDN.BHD. & ORS [2015] 3 CLJ 390:- The test for stay of execution was to determine whether there was special circumstances to justify the stay. Section 73 of the Courts of Judicature Act 1964 only applies to an appeal not operating as a stay. Since an appeal did not operate as a stay, then similarly there was no reason that a pending application to set aside a consent judgment should not operate as a stay. Therefore the defendant’s pending application to set aside the consent judgment did not operate as an automatic stay of execution’ [ 14 ] Mahkamah ini juga masih belum memutuskan secara keseluruhan tindakan malah masih ditahap sambung bicara. Pada peringkat ini keterangan saksi-saksi Plaintif yang mana termasuk Pihak Ketiga (yang ingin disertakan) Mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan berkait dengan tuntutan Plaintif, disebabkan keadaan demikian rayuan di Mahkamah Tinggi adalah ‘non-starter’. KESIMPULAN [ 15 ] Setelah meneliti keseluruhan fakta dan hujahan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa Defendan telah gagal memberikan afidavit yang bermerit bagi menunjukkan asas kewujudan hal keadaan yang istimewa bagi membolehkan Mahkamah ini membenarkan satu perintah penggantungan perlaksanaan diberikan kepada Defendan. [ 16 ] Oleh yang demikian, setelah membaca dan meneliti hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah di atas imbangan kebarangkalian memutuskan untuk menolak permohonan Defendan di Kandungan 80 dengan kos RM 500.00. Bertarikh pada 26 Ogos 2025 …………… ..……t.t……………………. HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU,KELANTAN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.