Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-A53KJ-608-12/2022 ANTARA NOR ILY KAREENA BINTI ROSMAN …PLAINTIF
DA-A53KJ-608-12/2022
Sessions Court of Malaysia13 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-A53KJ-608-12/2022 ANTARA NOR ILY KAREENA BINTI ROSMAN …PLAINTIF
2
DAN 1.MOHD SOLEHIN BIN MOHD RAZALI TAJULARUS BIN BAHARI …DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN KANDUNGAN 62 (Permohonan Defendan-Defendan Mengeluarkan Notis Pihak Ketiga) PENGENALAN [ 1 ] Ini adalah permohonan Defendan-Defendan di Kandungan 62 yang difailkan pada 13 Februari 2025 untuk kebenaran mengeluarkan Notis Pihak Ketiga terhadap Nor Ilyiana Karmila Binti Rosman. [ 2 ] Mahkamah ini setelah meneliti permohonan Defendan-Defendan di lampiran 62 beserta Afidavit Sokongan dan Afidavit jawapan Defendan, serta membaca dan memberikan pertimbangan teliti terhadap hujahan bertulis kedua-dua pihak, di atas imbangan kebarangkalian memutuskan untuk menolak permohonan tersebut dengan kos RM500.00. LATAR BELAKANG KES [ 3 ] Pada tarikh 1/3/2022, plaintif telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya melibatkan Motorkar bernombor pendaftaran BFX 7255 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan mptorkar No. ADW 9785. [ 4 ] Plaintif telah memfailkan satu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh ke atas pihak Defendan bagi menuntut ganti rugi di atas kecuaian Defendan. Kemudiannya, Defendan telah memfailkan satu Notis Permohonan di Kandungan 62 bagi kebenaran untuk mengeluarkan Notis Pihak Ketiga Di Bawah Aturan 16 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. UNDANG-UNDANG [ 5 ] Permohonan ini dibuat adalah berdasarkan kepada Aturan 16 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dimana Mahkamah boleh membenarkan permohonan ini sebagaimana prinsip undang-undang yang dipakai untuk Notis Permohonan bagi kebenaran untuk mengeluarkan Notis Pihak Ketiga. Sebagaimana prinsip undang-undang yang ditetapkan di dalam kes MRCB BUILDERS SDN BHD v. PEMBINAAN LEEPING & ORS; ZULBAHARI ABU BAKAR (THIRD PARTY) (ENCL 79) [2021] MLRHU [37] O 16, r 1(1) of the RoC 2012 provides that a third party notice may be issued by a defendant who has entered an appearance and –
a
claims against a person not already party to the action any contribution or indemnity;
b
claims against such a person any relief or remedy relating to or connected with the original subject matter of the action and substantially the same relief or remedy claimed by the plaintiff ; or
c
requires that any question or issue relating to or connected with the original subject matter of the action should be determined not only as between the plaintiff and the defendant but also as between either or both of them and a person not already party t o the action. DAPATAN MAHKAMAH [ 6 ] Pihak Plaintif di dalam hujahannya menyatakan bahawa pada peringkat kini bukan sahaja Notis Permohonan ini membazir masa malah juga pramatang 'premature' untuk Mahkamah Yang Mulai ini mendengar Notis Permohonan Pihak Ketiga ini atas alasan berikut-a) Pihak Ketiga yang ingin dinamakan dalam prosiding ini telah memberi keterangan pada tarikh 25/03/2025; a) Pihak Ketiga yang ingin dinamakan telah diperiksa balas oleh peguamcara Defendan Pertama dan juga Defendan Kedua berkait dengan kemalangan yang berlaku pada tarikh 01/03/2022; dan b) Keterangan Pihak Ketiga yang ingin dinamakan telah diterima oleh Mahkamah yang mana boleh disimpulkan pada masa keputusan kelak. Disebabkan Mahkamah telah mendengar keterangan Pihak Ketiga yang ingin dinamakan maka adalah tidak wajar/tidak perlu untuk Mahkamah membenarkan Notis Permohonan Lampiran No.62. [ 7 ] Sekiranya Mahkamah ini membenarkan Notis Permohonan
Lampiran
Lampiran No.62, pindaan perlu dilakukan kepada segala pliding yang telah difailkan dan pihak ketiga juga harus memfailkan pembelaan yang mana boleh menjejaskan keterangan yang sedia ada di Mahkamah yang boleh membangkitkan keterangan pra sama dan/atau beza 'duplication and/or contradictory of existing evidence'. [ 8 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Malayan Banking Bhd v Sepakat Computer Consultant Sdn.Bhd. & Ors (Intercontinental Nominees Sdn.Bhd. & Anor, (third party) [2012] 8 MLJ 660 yang mana diputuskan oleh Yang Arif Hakim Lee Swee Seng - [para 15] at the outset it is opportune to refresh our memory on the basis and rational of a third party proceeding. In the words of His Lordship Malik Ishak J (as he then was) in Zulkifle Sabarudin v Fauziah Arshad; Arifah Atshad (Third Party) [2005] 1 LNS 393; To add a third party, that third party must be one 'who ought to have been joined, or whose presence before the court mav be necessarv in order to enable the court effectivelv and completelv to adiudicate upon and settle all the questions involved in the cause or matter' (per Lord Diplock in Pegang Mining Co Ltd v Choong Sam & Ors [1969] 2 MLJ 52; [1968] 1 lns 96: at p 55). In the words of Pennycuick Jin Standard Securities, Ltd v Hubbard And Another [1967} 2 All ER 622, 623: The objects of the rule are ... to prevent multiplicity of action and to enable the court to settle disputes between all parties to them in one action and to prevent the same question from being tried twice with possibly different results. [ 9 ] Berdasarkan kes Malayan Banking adalah jelas tujuan utama Notis Permohonan Pihak Ketiga adalah whose presence before the court may be necessary in order to enable the court effectively and completely to adjudicate upon and settle all the guestions involved in the cause or matter'. [ 10 ] Mahkamah ini juga mendapati Pihak Ketiga yang ingin dinamakan telah hadir di Mahkamah pada tarikh 25/03/2025 'presence before the court' dan telah memberi keterangan 'to enable the court effectively and completely to adjudicate upon' dan berdasarkan keterangan yang sedia ada Mahkamah boleh membuat suatu keputusan 'and settle all the questions involved in the cause or matter.' [ 11 ] Sekiranya Mahkamah ini membenarkan Permohonan Defendan di Kandungan 62, maka pihak ketiga perlu diberi kebenaran untuk memberi keterangan semula dan ini akan membazir masa Mahkamah dan boleh mengelirukan berdasarkan keterangan yang sedia ada 'to prevent the same question from being tried twice with possibly different results' [ 12 ] Di samping itu juga pihak Pegawai Penyiasat, Plaintif dan juga Pihak Ketiga yang ingin dinamakan telahpun memberi keterangan. Tindakan ini telah didaftarkan pada bulan December 2022 dan pihak Defendan-Defendan hanya menfailkan Notis Permohonan Pihak Ketiga ini pada tarikh 13/02/2025 iaitu selepas lebih kurang 2 tahun 2 bulan selepas tindakan awal tanpa memberi sebarang alasan munasabah 'credible reasons' . KESIMPULAN [ 13 ] Mahkamah telah meneliti kepada hujahan kedua-dua pihak dan mendapati tuntutan Defendan-defendan untuk memasukkan kebenaran mengeluarkan Notis Pihak Ke-3 pada tahap ini adalah tidak berasas dan merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [ 14 ] Berdasarkan prinsip undang-undang dan juga otoriti-otoriti yang dikemukakan di atas, maka jelas dan nyata bahawa Defendan-defendan tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah untuk membuat permohonan mengeluarkan Notis terhadap Pihak-pihak Ketiga . Oleh itu Mahkamah ini membuat keputusan berlandaskan alasan-alasan di atas dan atas imbangan kebarangkalian menolak permohonan tersebut (Lampiran 62) dengan kos RM500. Bertarikh pada 30 Jun 2025 ………………t.t……………………………… HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA BAHRU, KELANTAN.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.