Mengetepikan atau mengubah penghakiman dan perintah. (A.42,k.13) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Kaedah-Kaedah ini, jika peruntukan dibuat dalam Kaedah-Kaedah ini untuk mengetepikan atau mengubah apa-apa perintah atau penghakiman, suatu pihak yang berniat untuk mengetepikan atau mengubah perintah atau penghakiman itu hendaklah membuat suatu permohonan kepada Mahkamah dan menyampaikannya kepada pihak yang telah mendapat perintah atau penghakiman itu dalam tiga puluh hari selepas perintah atau penghakiman itu diterima olehnya. [24] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan dan autoriti yang dikemukakan oleh Plaintif dalam kes Hong Kwi Seong V. Ganad Media Sdn Bhd [1998] 3 Mlra 347; Ng Han Seng & Ors V. Scotch Leasing Sdn Bhd [2003] 2 Mlra 103; Koperasi Belia Nasional Bhd V. Storage Enterprise (Port Kelang) Sdn Bhd; dan Ranhill Holdings Bhd V. Mohd Fakrunizam Ibrahim [2021] Mlrhu 1715 bahawa undang-undang adalah mantap bahawa pemohonan untuk mengetepikan perintah hendaklah dibuat dalam 30 hari selepas penerimaannya melalui permohonan lanjutan masa dengan alasan yang munasabah. Kegagalan pemohon untuk berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan untuk mengetepikan suatu Perintah ditolak. [25] Dalam kes yang dihujahkan oleh Plaintif Hong Kwi Seong V. Ganad Media Sdn Bhd [1998] 3 Mlra 347, Mahkamah Persekutan telah memutuskan untuk menolak dua permohonan perayu kerana gagal untuk memfailkan permohonan lanjutan masa setelah lewat selama satu tahun dan tiada alasan munasabah kepada kelewatan tersebut. [26] Mahkamah ini merujuk kepada kes Dato’ Seri Timor Shah Rafiq v Nautilus Tug & Towage Sdn Bhd [2019] 7 MLJ 724, dimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berpendapat pemfailan permohonan lanjutan masa bukanlah suatu prasyarat mandatori daripada kes Hong Kwi Seong. Dalam kes ini, Mahkamah telah memutuskan untuk mendengar permohonan untuk mengetepikan perintah kebenaran memulakan prosiding komital yang telah lewat selama enam bulan daripada tarikh penerimaan meskipun permohonan lanjutan masa difailkan pada hari yang sama permohonan pengetepian difailkan kerana terdapat usaha penyelesaian secara global berlaku dan tiada keperluan untuk meneruskan tindakan prosiding komital.: [19] However, it is important to observe the relevant passages from the judgment of the Federal Court in Hong Kwi Seong as follows: [12] In other words a party intending to set aside an order or judgment must make his application and serve it on the party who obtained the order or judgment within thirty days after receipt of the order or judgment by him. If the application is made outside the thirty day period, unless time is enlarged, the application must fail (Development & Commercial Bank Ltd v Dinesh Kumar a/l Jashbhai Nagjibhai & Ors [2002] 7 MLJ 430; [2002] 3 CLJ 108). Whether an enlargement of time will be granted, on the premise that an application was been filed, will depend very much on the facts and circumstances of that application (VVDN Sockalingam Chettiar And Two Others v KRPRSM Somasundaram Chettiar [1941] 1 MLJ 103 (CA)). [13] It is crystal clear that no enlargement of time was ever applied for by the appellant prior to the filing of encls 129–130. A brief scrutiny of the dates of all of the relevant orders, and their dates of service, shows that the appellant was out of time by at least a year. Despite knowing that encls 129–130 were filed pursuant to O 42 r 13 of the RHC the appellant had disregarded the time factor prescribed to regularise the application. With no application filed to extend time pursuant to O 3 r 5 of the RHC prior to filing of those applications (and of course no reasonable explanation was given for the said delay), encls 129–130 were incompetent. (Emphasis added.) [20] In my view, two key aspects stand out from the above. One is that there was no application to extend time in that case. Secondly, there was no reasonable explanation for the delay. The situation is therefore quite unlike the facts in the case now before me. The defendant and the other two have made the application to enlarge time in the same setting aside applications in encls 125 and 127. I do not think Hong Kwi Seong meant to rule that the enlargement application must mandatorily be filed before the setting aside application. [21] Even in the case before me the simultaneous filing of the enlargement and the setting aside applications merely mean that the court will first consider the extension request, and only if granted, would it be necessary to proceed to hear the setting aside. Just like what I am undertaking presently.” [27] Bagi kes dihadapan Mahkamah ini, penyampaian Perintah Kebenaran tersebut adalah secara penyampaian ganti dan dianggap sempurna pada 22 Mac 2024. Dalam tempoh 205 hari kelewatan yang dihujahkan oleh Plaintif, terdapat beberapa siri pengurusan kes telah ditetapkan, namun Defendan hanya hadir ke Mahkamah pada 1 Oktober 2024 tanpa diwakili peguam. [28] Penekanan harus diberikan kepada frasa “dalam tiga puluh hari selepas perintah atau penghakiman itu diterima olehnya” dalam Aturan 42 kaedah 13 KKM. [29] Dalam kes ini, Defendan pada ketika serahan Perintah Kebenaran tersebut dibuat, Defendan tidak diwakili peguam dan tidak menerima Perintah Kebenaran tersebut secara kediri. Berdasarkan kedua-dua faktor tersebut, meskipun tiada permohonan lanjutan masa difailkan oleh Defendan, Mahkamah ini berpendapat adalah adil untuk permohonan Defendan didengar dibawah Aturan 1A KKM. [30] Dalam permohonan penahanan jenayah, hak seseorang yang ditahan untuk mendapatkan nasihat guaman dan dibela oleh peguam dilindungi dibawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28A(2) Kanun Tatacara Jenayah. [31] Mengaplikasikan prinsip undang-undang jenayah dalam kes semasa, Mahkamah ini menggunakan budibicara dibawah Aturan 92 kaedah 4 KKM untuk mendengar permohonan Defendan, atas alasan Defendan yang tidak diwakili pada saat serahan Perintah Kebenaran tersebut dibuat dan ketika hadir kali pertama untuk membela diri terhadap permohonan Perintah Komital. Mahkamah ini juga berpendapat pendekatan ini adalah selari dengan prinsip undang-undang dan keadilan. Pendengaran Lampiran 39 terlebih dahulu dapat memastikan pelupusan kes yang lebih adil, efisyen serta menjimatkan masa dan kos pihak-pihak. ADAKAH KETIDAKATURAN PERMOHONAN PERINTAH KOMITAL FATAL KEPADA PERMOHONAN PERINTAH KOMITAL PLAINTIF A. NOTIS KESEKSAAN - ATURAN 45 KAEDAH 7 KKM [32] Suatu permohonan perintah komital akan menjejaskan kebebasan diri seseorang yang dilindungi dibawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. [33] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini menerbitkan sebuah petikan yang melibatkan kebebasan seseoranng daripada keputusan Lord Denning MR dalam McIlraith v. Grady [1968] 1 QB 468 : “we must remember the fundamental principle that no man’s liberty is to be taken away unless every requirement of the law has been strictly complied with” [34] Aturan 45 kaedah 7 (4) KKM mengkehendaki suatu notis dalam Borang 83 diendorskan dalam suatu Perintah agar penerima Perintah tersebut dimaklumkan bahawa dia akan dikenakan tindakan sekiranya ingkar perintah tersebut. Notis ini dikenali sebagai “Notis Keseksaan”. Rujuk OSSG Management Sdn Bhd v Platinum Eden Asset Management Sdn Bhd & Anor [2021] 11 MLJ 237 [35] Terdapat autoriti bercanggah sama ada kegagalan untuk memasukan notis keseksaan dalam Perintah adalah fatal kepada permohonan Perintah Pengkomitan. [36] Dalam kes terkini J v J [2021] 1 CLJ 74, Mahkamah Tinggi Ipoh mengkomit responden kepada 10 hari penjara kerana gagal mematuhi Perintah Akses, dimana isu notis keseksaan turut dibangkitkan dan Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “[57] In any event, if the court can dispense with the service of an order under O. r. 7(7) of the ROC 2012 which may require the indorsement of a penal notice, if it thinks it just to do so, a failure to indorse a penal notice is surely not mandatory in every case. If at all necessary, the court is of the view that it is just, in the circumstances of this case, for the need for the service of the access order upon the respondent to have been dispensed with and with such dispensation, the need for a penal notice, if at all necessary, no longer becomes an issue.” [37] Berikut adalah kes dimana Mahkamah Tinggi memutuskan kegagalan untuk mengendorskan notis keseksaan adalah tidak fatal kepada permohonan komital: Muhammad Said Amin v Haszeri Hussin [2014] 3 CLJ 536; Tang Hak Ju v Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang & Anor [2017] 2 CLJ 345; dan Teknologi Enviro-Kimia (M) Sdn Bhd v Bufflow Engineering Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 3047. [38] Namun sebaliknya, dalam sebuah kes di Mahkamah Rayuan, Loh Eng Leong & Anor v. Lo Mun Sen & Sons Sdn Bhd & Anor [2003] 4 CLJ 743, YAA Augustine Paul memutuskan kegagalan tersebut adalah fatal: “A failure to indorse an order of court with a penal notice is fatal to an application for committal proceedings. Orders 42 r. 6(1), (2) and 45 rr. 5 and 7 of The Rules of the High Court 1980 ('RHC') provide for instances where an order of court can be indorsed with a penal notice pursuant to which an order of committal can be made.” [39] Seterusnya dalam kes terkini, Greenpower Value Sdn Bhd v Universal Trustee (Malaysia) Bhd & Ors [2020] 10 CLJ 462, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[2] If the consent order was meant to have penal implications, it must bear an endorsement of a penal notice so as to give notice to the alleged contemnors that they may potentially face penal sanctions if they fail to abide by the said order... As such, the failure to have a penal notice endorsed on the consent order was fatal to the case of the banks...” [40] Dalam kes semasa, Penghakiman persetujuan bertarikh 17 Mei 2023 tidak mengandungi notis keseksaan, tambahan pula Defendan dalam kes ini adalah sebuah perniagaan, justeru Alies Juspina binti Ahmad Kamal selaku pemilik perniagaan tidak mempunyai sebarang pengetahuan akan implikasi pemenjaraan sekiranya beliau gagal mematuhi terma dalam penghakiman persetujuan. [41] Atas alasan diatas, mahkamah ini berpendapat kegagalan mengendorskan notis keseksaan dalam kes ini turut fatal kepada permohonan komital Plaintif. B. SERAHAN PERINTAH MAHKAMAH - ATURAN 45 KAEDAH 7(3) KKM [42] Aturan 45 Kaedah 7 (3) KKM menggariskan peraturan berikut: Penyampaian salinan penghakiman atau perintah prasyarat sebelum penguatkuasaan di bawah kaedah 5 (A. 45, k. 7) “(3) Tertakluk sebagaimana yang disebut terdahulu, suatu perintah yang menghendaki suatu pertubuhan perbadanan melakukan atau menjauhi daripada melakukan suatu perbuatan tidak boleh dikuatkuasakan sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah 5(1)(B) atau (C) melainkan jika—