Keputusan 20 Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menilai segala keterangan bagi memutuskan kes pendakwaan dibukti melampaui keraguan yang munasabah. Setelah mahkamah meneliti keterangan yang dikemukakan pendakwaan dan setelah Mahkamah 25 membuat penilaian maksima terhadap keterangan kesemua saksi-saksi ini termasuklah kredibiliti saksi-saksi serta mengkaji pembelaan berbentuk penafian dan pemikiran terkemudian yang dikemukakan oleh OKT dan selepas mendengar hujahan pihak- pihak, adalah dapatan Mahkamah, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Manakala pembelaan OKT telah gagal untuk menidakkan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Berdasarkan ini, Mahkamah mendapati tiada satu pun pembelaan OKT yang bermerit 5 dan merupakan suatu penafian kosong semata-mata. Oleh itu keseluruhan pembelaan OKT sama sekali tidak dapat menyangkal kes pendakwaan. Ringkasnya pembelaan OKT telah gagal membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Di atas alasan tersebut Mahkamah sebenarnya telah 10 bersedia untuk mensabitkan OKT bersalah sebagaimana kedua-dua pertuduhan. Hukuman 15 46. Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dari tarikh jatuh hukum untuk kedua-dua pertuduhan. Kedua-dua hukuman adalah berjalan serentak. Alasan Hukuman 20 47. Faktor utama pertimbangan Mahkamah ialah kepentingan awam. Mahkamah telah mendahulukan kepentingan awam berbanding dengan kepentingan peribadi tertuduh serta merujuk kepada prinsip-prinsip yang digariskan di dalam kes Rex v Kenneth John Ball [1951] 25 35 Cr. App.R.164 yang memutuskan bahawa: appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be 5 negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime but fixes a maximum 10 sentence and leaves it to the court to decide what is appropriate sentence in 48. Mahkamah turut mengambilkira bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah satu kesalahan yang melibatkan penggunaan 15 Peruntukan hukuman Seksyen 12(2) Akta Kesalahan yang berhubung dengan Anugerah 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama iaitu; 20 Jika disabit kesalahan, hendaklah dipenjarakan selama . Manakala bagi kesalahan kedua pula memiliki kad nama yang mempamir jata Negeri Selangor bagi tujuan kepentingan peribadi 25 yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 3(1)(A) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-nama (Mencegah daripada salah guna) (Pindaan) 2016 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Enakmen yang sama iaitu; Denda tidak kurang dari RM250,000.00 dan tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-