KPTR memutuskan – “Mahkamah membuat keputusan seperti berikut:- i) Pengadu adalah pekerja yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 dan Jadual Pertama Akta Kerja 1955 oleh kerana beliau diambil bekerja oleh Defendan sejak bulan Mac 2009; ii) Walaupun tiada sebarang surat pelantikan, terma dan syarat perkhidmatan dikeluarkan kepada beliau, Pengadu mematuhi peraturan syarikat dan melapor kerja harian beliau kepada Pengurus dan Pemilik syarikat sepanjang beliau bekerja degan syarikat termasuk permohonan cuti; iii) Beliau juga menerima kenaikan gaji seperti disahkan oleh Pemilik syarikat walaupun tiada surat dikeluarkan; iv) Penamatan Pengadu telah diakui oleh kedua-dua saksi Defendan semasa perbicaraan berlangsung; v) Defendan secara sengaja tidak membalas surat Status Pekerjaan yang dihantar oleh Pengadu melalui emel walaupun tujuan asal Pengadu ingin mendapatkan bantuan dari PERKESO; vi) Defendan tidak mahu membayar pampasan penamatan kerja kepada Pengadu hanya dengan memberi alasan tidak mampu dan tiada surat lantikan dikeluarkan; vii) Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan bahawa Pengadu layak ke atas tuntutan Faedah-Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja: Faedah Penamatan 14 Tahun 9 Bulan berjumlah RM25,416.44 oleh kerana tindakan yang amat tidak adil dan bertentangan dengan prinsip undang-undang yang telah mengakibatkan kerugian kepada Pengadu.”