Content
1
DA-42JSKH-1-04/2022
High Court of Malaysia9 Feb 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1
1
Perayu telah di tuduh di bawah Seksyen 376(1) Kanun Kesiksaan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 24/3/2022 di antara jam lebih kurang 0900 malam hingga 1000 malam, di dalam sebuah bilik di alamat Taman Sri Bukit Gedombak, di dalam jajahan Pasir Puteh, dalam negeri Kelantan telah merogol seorang kanak-kanak bernama xxx (No. K/P: xxx) ketika itu berumur 14 tahun 8 bulan, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.”
2
Perayu telah mengaku salah pada pertuduhan tersebut. Setelah memastikan Perayu dibacakan, diterangkan serta faham kepada pertuduhan, selanjutnya Hakim Mahkamah Sesyen yang terpelajar (selepas ini dipanggil “L/HMS”) memastikan pula Perayu faham kepada sifat dan akibat pengakuannya. Setelah proses selanjutnya selesai iaitu pengakuan Perayu bahawa fakta serta eksibit-eksibit yang dikemukakan, ditunjukkan dan diterangkan kepadanya difahami serta diakui betul, L/HMS telah mendapati Perayu bersalah dan dithabitkan dengan pertuduhan tersebut. [3] Setelah mendengar mitigasi dari Perayu sendiri (tidak diwakili peguam) dan hujahan dari Timbalan Pendakwa Raya, L/HMS telah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dari tarikh tangkap (27.3.2022) dan satu kali sebatan rotan. Perayu tidak berpuas hati kepada hukuman tersebut dan memfailkan rayuan ini.
4
Pada 24.3.2022 antara jam 9.00 malam hingga 10.00 malam, Pengadu keluar dari rumahnya beralamat No. 68, Kampong Pak Badol, Melor, Kota Bharu, Kelantan ke persimpangan jalan berdekatan kerana telah berjanji untuk keluar bersama Perayu (ayah kandungnya) untuk ke Pasir Puteh. Tidak lama kemudian Perayu datang dengan motosikal dan mereka menuju ke Pasir Puteh.
5
Perayu membawa Pengadu ke rumahnya di Taman Sri Bukit Gedombak, Pasir Puteh, Kelantan. Sampai di rumah berkenaan, Perayu memberitahu Pengadu bahawa tiada orang lain di rumah itu.
6
Perayu kemudiannya membawa Pengadu masuk ke dalam sebuah bilik di rumah berkenaan dan mengarahkan Pengadu membuka baju serta berbaring di atas katil. Perayu kemudiannya menjilat kemaluan Pengadu dan menghisap buah dada Pengadu. Selanjutnya Perayu memasukan kemaluannya ke dalam kemaluan Pengadu.
7
Lebih kurang 5 minit selepas itu, Pengadu menghubungi ibunya dan Perayu mengarahkan Pengadu memakai pakaian dan terus menghantar Pengadu pulang.
8
Pengadu membuat laporan polis pada 25.3.2022 vide Pasir Puteh Report 1416/12. Pihak polis membawa Perayu ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu untuk pemeriksaan. Laporan perubatan menunjukkan berlaku koyakan lama pada kemaluan Pengadu pada bahagian jam 5 dan 7.
9
Perayu kemudiannya ditangkap pada 27.3.2022 jam lebih kurang 11.00 pagi di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Kampong Gong Kua, Pasir Puteh, Kelantan. Isu
10
Isu yang perlu diputuskan dalam rayuan ini adalah:
i
sama ada L/HMS telah menimbangkan mitigasi Perayu, hujahan Timbalan Pendakwaan Raya, peruntukan undang, kepentingan awam dan keseluruhan kes sebelum menjatuhkan hukuman;
II
(ii) sama ada tempoh hukuman yang dijatuhkan terhadap Perayu adalah melampau. Penelitian dan penemuan kes [11] Dalam mitigasinya di hadapan L/HMS, Perayu hanya memohon suatu hukuman yang ringan. Manakala Timbalan Pendakwa Raya memohon suatu hukuman setimpal kerana rogol adalah suatu kesalahan serius apatah lagi lagi merogol anak perempuan sendiri (sumbang mahram). Kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan oleh mahkamah dan suatu hukuman yang menjadi akan pengajaran kepada Perayu atau kepada orang lain di masa hadapan perlu diberikan. [12] Berdasarkan kepada alasan penghakiman, L/HMS telah menimbangkan faktor-faktor berikut sebelum menjatuhkan hukuman iaitu:
i
Perayu telah mengaku salah pada kali pertama hadir ke mahkamah;
II
(ii) keadaan ini menjimatkan masa dan kos mahkamah;
III
(iii) rayuan untuk satu hukuman ringan;
IV
(iv) umur Perayu 49 tahun;
v
kepentingan Perayu v kepentingan awam;
VI
(vi) prinsip kes Kesavan Baskaran v PP [2008] 6 CLJ 390 CA;
VII
(vii) rogol adalah suatu kesalahan serius;
VIII
(viii) perbuatan terhadap mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak ada suatu perbuatan keji;
IX
(ix) merogol anak sendiri;
x
akan menyebabkan suatu memori hitam dan malu kepada mangsa
XI
(xi) hukuman mestilah menggambarkan setimpal dengan suatu kesalahan yang serius;
XII
(xii) akan menjadi pengajaran kepada Perayu dan orang lain. [13] Berdasarkan kepada hujahan, rekod rayuan, eksibit-eksibit dan alasan pengakiman L/HMS, saya mendapati L/HMS telah menimbangkan setiap aspek dari segi fakta dan hukuman sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Perayu. Saya bersetuju dengan setiap pertimbangan yang telah L/HMS berikan, Saya juga mendapati tidak berlaku kekhilafan dari segi fakta dan hukuman oleh L/HMS. Saya juga mendapati hukuman berkenaan adalah dalam ruang lingkup peruntukan Seksyen 376(1) Kanun Kesiksaan dan setimpal. Dalam rayuan ini Perayu juga hanya memohon suatu hukuman ringan dan satu lagi memohon hukuman kes ini berjalan serentak dengan hukuman kes dadah yang dia sedang menjalani sekarang. [14] Saya juga merujuk dan mengguna pakai prinsip kes Kesavan Baskaran v PP [2008] 6 CLJ 390 berhubung dengan pengakuan salah di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: “Generally speaking, a plea of guilty is a strong mitigating circumstance operating in favour of an accused. However, there may be cases where the offences committed is so serious and the circumstances in which it was committed so heinous that a plea of guilty need to be given little or no weight. The need to protect the public is another factor that may prevail over a plea of guilty.” [15] Prinsip-prinsip lain berhubung dengan hukuman yang menjadi panduan saya dalam rayuan ini adalah: PP v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315: “……sentence according to law, means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it also be assessed and passed accordance with established judicial principles….” R v. Ball (1951) 35 Cr App R 164: “………our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe…..” PP v. Mohamed Nor & Ors [1985] 1 LNS 25 memutuskan: “In this regard we would observe that it is the established principle that an appellate court should be slow to interfere with or disturb a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the proved facts and circumstances.” Keputusan [16] Berdasarkan kepada penelitian dan penemuan di atas, saya dengan ini menolak rayuan oleh Perayu berhubung dengan hukuman dan keputusan hukuman L/HMS dikekalkan. Manakala rayuan Perayu supaya satu lagi hukuman yang sedang dia menjalani sekarang iaitu kes DF-83D-352-04/2022 (kes rayuan DA- 41H-19-05/2022) berjalan serentak dengan hukuman kes rogol ini dibenarkan atas faktor umur, kesihatan Perayu dan saya percaya perbuatan merogol anak sendiri ini adalah dipengaruhi dadah kerana seorang manusia rasional tidak akan berbuat demikian. Bertarikh: 8 Julai 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Perayu: Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Responden: Khairul Anuar bin Wahab, Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Tingkat Bawah, Blok 5, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.