Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB1952); (b) OKT mempunyai milikan, jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah yang dirampas di tempat kejadian. (c) OKT telah mengedar dadah berbahaya dengan menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB1952. CANNABIS IALAH DADAH BERBAHAYA YANG DISENARAIKAN DALAM JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 (ADB1952) [15] SP5 telah menyerahkan kepada SP6 satu kotak barang kes berwarna coklat (P10) terkandung dua (2) aluminium foil bentuk segi empat (P5(1-2) dan satu (1) aluminium foil bergulung (P10(4), satu (1) bekas plastik tupperware berwarna ungu (P10(1) yang di dalamnya mengandungi empat (4) peket plastik lutsinar disyakki berisi dadah berbahaya jenis cannabis (P5(3) – P5(6) untuk dianalisa. Hasil analisa oleh SP6, mengesahkan barang kes ialah dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat bersih 3259.5 gram. Satu Laporan Kimia (P17) telah dikeluarkan oleh SP6 bagi merekodkan hasil analisa beliau. [16] Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian barang kes sejak mula-mula ia dirampas sehingga diserahkan kepada SP6 di JKM tidak terputus. Hal ini dapat dilihat melalui keterangan SP5 dan SP6. Berdasarkan keterangan SP5, beliau telah membuat serahan kendiri barang kes kepada SP6 di JKM dan SP6 seterusnya telah merekodkan penerimaan barang kes melalui resit kimia dengan nombor makmal 22-FR-J-05285 (P16). Berdasarkan kepada Penyataan Saksi SP6 (PSSP6), barang kes telah disimpan di tempat selamat semasa analisa tidak dijalankan. Tiada orang lain bersama-sama SP6 semasa analisa dijalankan. SP6 juga telah membuat tandaan beliau sendiri iaitu LC di atas plastik barang kes semasa analisa dibuat. Kredibiliti SP6 juga tidak pada bila-bila masa tergugat semasa disoal balas oleh peguam OKT. Laporan kimia (P17) yang dikeluarkan oleh SP6 juga dibuat berdasarkan kepada peruntukan seksyen 399 KTJ. [17] Seraya itu, Mahkamah turut menggunapakai kes Munusamy v PP (1987) 1 MLJ 492 (SC): “Held: (5) In this type of cases where the opinion of the Chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible opinion is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step”. [18] Kes ini juga telah dirujuk seterusnya di dalam kes Mahkamah Rayuan, iaitu Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP (2006) 6 MLJ 197. Di dalam kes tersebut Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk menerima secara prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. [19] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan keterangan SP6 dan laporan kimia (P17) yang dikeluarkan adalah satu keterangan prima facie yang sewajarnya diterima masuk sebagai keterangan di dalam kes ini. Apabila pihak Pembelaan juga gagal mencabar apa-apa kesahihan dapatan SP6 berkenaan analisanya, maka keterangan SP6 merupakan satu keterangan prima facie. RANTAIAN KETERANGAN BARANG KES YANG TIDAK TERPUTUS [20] Keterangan secara terus yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan terutamanya SP2, SP5 dan SP6, di Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa barang-barang kes telah dijaga dengan baik. Tiada sebarang kacau ganggu orang lain atau akses melibatkan orang lain selain daripada pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan barang-barang kes tersebut. [21] Selain itu juga keterangan penting yang paling membantu kes Pendakwaan berpunca daripada keterangan SP1, SP2, SP5 dan SP6. Berdasarkan kepada keterangan merekalah Mahkamah mendapati rantaian keterangan barang kes tidak terputus dari mula ia dirampas sehingga diserahkan kepada ke JKM. Selesai analisa, SP6 telah menyerahkan kesemua barang kes kepada SP5 untuk disimpan selamat. SP5 pula kemudiannya telah menyerahkan barang kes yang sama ke stor iaitu ke tangan SP1 untuk disimpan selamat sehingga ia diperlukan kemudian bagi tujuan perbicaraan. [22] Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan SP2 apabila menyatakan bahawa sepanjang masa dari OKT ditahan, dadah yang dirampas sentiasa dikawal dan berada bersamanya, sehinggalah ia di bawa ke IPD Kota Tinggi lalu diserahkan kepada SP5 untuk tindakan lanjut. Mahkamah ini mendapati SP2 adalah seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, sewajarnya keterangan SP2 ini diterima tanpa ragu-ragu. [23] Walaupun Pendakwaan di dalam kes ini hanya memanggil SP2 bagi membentangkan fakta serbuan, Mahkamah berpegang kepada prinsip yang diutarakan dalam kes Su Ah Ping v PP (1980) 1 MLJ 75 dan Adhy Tedjajadi v PP (Criminal Appeal No P-05- 67-03/2014), di mana kes ini menyatakan adalah mencukupi untuk memanggil pegawai yang menjumpai barang kes di tempat kejadian untuk memberikan keterangan. Dalam keadaan ini tiada keperluan untuk memanggil setiap seorang dari mereka yang terlibat untuk menyokong keterangan SP2 selanjutnya. Apa yang penting pegawai yang memberikan keterangan di Mahkamah itu boleh mengesahkan dan mengenalpasti barang-barang kes yang dikemukakan kepada mereka di Mahkamah merupakan barang kes yang sama yang dijumpai dan dirampas oleh mereka di tempat kejadian, dan ia juga adalah barang kes yang sama yang dijaga dan dikendalikan oleh mereka semasa ia diserahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya. [24] Di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP (2004) 4 CLJ 551 di muka surat 568 dan 569 ada menyatakan seperti berikut: “I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is substance that was recovered that same substance that is found to be heroin or cannabis etc and it is in respect of that substance that an accused is charged within trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handling over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case fall what has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc … , and it is for trafficking of that same substance that the accused is charged with”. Memandangkan SP2, SP5 dan SP6 telah mengesahkan dan mengecamkan barang kes yang dikemukakan di Mahkamah berdasarkan penandaan masing-masing, maka, Mahkamah menyimpulkan bahawa rantaian barang kes adalah kukuh. OKT MEMPUNYAI MILIKAN, JAGAAN DAN/ATAU KAWALAN SERTA PENGETAHUAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS DI TEMPAT KEJADIAN [25] Merujuk semula kepada keterangan SP2, serbuan berlaku di sebuah rumah yang beralamat di No 1A, Felda Bukit Easter, 81900, Kota Tinggi, Johor. Sebelum serbuan SP2 dan anggotanya terlebih dahulu membuat pemantauan dan pemerhatian terhadap rumah selama lebih kurang 10 minit pada jarak 10 meter. SP2 juga mengesahkan bahawa sepanjang masa pemerhatian tersebut tiada pergerakan keluar masuk oleh mana-mana orang dari rumah tersebut. [26] Di awal serbuan, SP2 telah pergi ke bahagian depan rumah dan meminta penghuni rumah untuk membuka pintu. Setelah 20 saat menunggu, pintu rumah telah dibuka oleh isteri OKT iaitu Suhana binti Mohd Shah (SP4). Apabila SP2 dan anggota masuk ke dalam rumah, SP2 dapat melihat selain daripada SP4, terdapat dua (2) orang anak OKT di ruang tamu. Selanjutnya apabila SP2 membuat pemeriksaan di dalam rumah telah menjumpai OKT di bahagian dapur. OKT kelihatan sedang baring di atas tilam dan telah menunjukkan reaksi terkejut dengan kehadiran SP2 bersama anggotanya. [27] Pemeriksaan lanjut oleh SP2 di dapur telah menjumpai kotak berwarna coklat (P10) yang mengandungi dadah berbahaya jenis Cannabis sepertimana dalam pertuduhan. Jarak antara dadah berbahaya tersebut dengan tempat OKT baring hanyalah 2 kaki. Selain dadah, SP2 turut menjumpai aluminium foil dan sebilah pisau kecil (P10(2) serta wang campur-campur berjumlah RM1400.00. Turut ditemui seterusnya dirampas di tempat kejadian serangkai anak kunci rumah (P10(3A-D). PEMBUKTIAN MILIKAN, KAWALAN DAN/ATAU JAGAAN, PENGETAHUAN TERHADAP OKT [28] Prinsip pemilikan (“possession”) berkait rapat dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan sepertimana yang telah ditakrifkan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 di mana Hakim Thompson di muka surat 237 menyatakan seperti berikut – …to establish ‘possession’ for the purpose of criminal law, two separate questions are involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second, by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea, is whether he had knowledge of the nature of things possessed. Dan di muka surat 239, …intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by the direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances.” Hakim yang sama di mukasurat 239 menyatakan – “possession itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9 th Ed) p304: A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner the exclusions of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see an occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances… There must be some evidence that I am doing or having done something in the evidence to satisfy the court that the person who is physically in a position to deal with the things as his own had the intention of doing so”. …once possession is proved then before then accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was appointed on by Gordon-Smith Ag CJ in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex (1949) MLJ 54, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [29] Rujukan juga kepada kes tersohor Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them.” Dan dalam kes yang sama turut menyatakan – “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” Di dalam kes Jonaidi Mansor v PP [2002] 1 CLJ 767 pula, Mahkamah telah menyatakan:- “Once it is established by the prosecution that the accused had in his custody or control the container containing the drugs, the accused is deemed to be in control of the drugs. In such a case, there is no need for the prosecution to go any further to prove knowledge of the drugs on the part of the accused. Though knowledge is an essential ingredient of the offence of possession, the need to establish knowledge as a separate ingredient is dispensed with by the fact that the prosecution by establishing custody or control has activated the presumption of possession”. Perkara yang sama turut dinyatakan dalam kes PP v Mohd. Farid Mohd. Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401, Hakim Augustine Paul – “It must be observed that in proving this element, the obligation of the prosecution is only to establish that the accused had knowledge, either by direct evidence or by way of inference, of he existence of the dangerous drug but not its qualities. This stand has been consistently taken by the Singapore Courts following Warner v Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256 which was approved in Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49.” [30] Berbalik kepada kes di Mahkamah ini, merujuk kepada fakta yang dibentangkan oleh Pendakwaan seperti berikut : (a) rumah tersebut adalah rumah kediaman yang dibina oleh ayah OKT (SP3) iaitu Che Deraman bin Saadi, disahkan melalui bil elektrik, P14. (b) isteri dan anak-anak OKT tinggal bersama-sama di rumah tersebut. Disahkan melalui keterangan SP4. (c) kedudukan barang kes dan OKT adalah dekat; (d) semasa serbuan, seterusnya barang kes dijumpai, OKT berada berdekatan dan sedang baring (keterangan SP3, menyatakan OKT tidur di ruangan tersebut (P6(8)). (e) reaksi OKT semasa SP2 membuat serbuan (f) pemerhatian oleh SP2 mendapati tiada pergerakan keluar masuk dari rumah; (g) di awal serbuan SP2 telah mengarahkan anggota-anggotanya membuat kawalan di sekeliling rumah, tiada sesiapa dilihat mendekati rumah. Setelah mena’akul secara teliti fakta-fakta di atas, eksibit-eksibit yang dikemukakan di Mahkamah serta demeanour setiap saksi yang memberi keterangan, Mahkamah berpuas hati bahawa OKT mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah dirampas dan seterusnya dipertuduhkan dalam kes ini. Rumah tersebut berada dalam kawalan OKT memandangkan ia merupakan rumah kediaman OKT sekeluarga, OKT baring/tidur di ruangan barang kes dijumpai, kedudukan dadah berada pada jarak 2 kaki sahaja dari tempat OKT baring. Saksi-saksi Pendakwaan tidak mempunyai sebab untuk berbohong, dan semasa pemeriksaan balas juga, keterangan saksi adalah selari dan tidak bercanggah. [31] Merujuk kepada jarak barang kes dijumpai dengan OKT, Mahkamah ini akur, kedudukan yang dekat semata-mata bukanlah secara muktamad membuktikan milikan terhadap OKT, tetapi apabila ia dilihat bersama-sama dengan keterangan keadaan yang ada, iaitu reaksi OKT yang terkejut dengan kehadiran SP2 dan anggotanya di dalam rumah merupakan satu pemberatan kepada Mahkamah untuk menerima keterangan tersebut sepenuhnya. [32] Reaksi OKT ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang berada dalam simpanannya. Rujukan seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Peruntukan tersebut diperturunkan seperti di bawah bagi memudahkan rujukan : 8. Motive, preparation and previous or subsequent conduct (1) Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact. (2) The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. Explanation 1—The word “conduct” in this section does not include statements unless those statements accompany and explain acts other than statements; but this explanation is not to affect the relevancy of statements under any other section of this Act. Explanation 2—When the conduct of any person is relevant any statement made to him or in his presence and hearing which affects his conduct is relevant. [33] Seterusnya merujuk kepada kes tersohor Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717 (MP) menyatakan seperti berikut : [36] The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by s. 8 then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of s. 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand, conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s. 9. Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstance (see R v. Stephenson [1904] 68 JP 524). The onus may be discharged even in the course of the case for the prosecution, for example, by way of cross-examination of relevant witnesses. If not so done it can be discharged only at the defence stage. However, the evidence admissible under the section must be confined to what is necessary for the purposes enumerated. Illustration (c) to s. 9 explains the operation of this principle. It provides that when A is accused of a crime the fact that soon after the commission of the crime he absconded from his house is relevant. But the fact that at the time when he left home he had sudden and urgent business at the place to which he went, is relevant, as tending to explain the fact that he left home suddenly. The details of the business on which he left, however, are not relevant, except in so far as they are necessary to show that the business was sudden and urgent. If the explanation is accepted by the court then the inference arising from the conduct is rebutted. If it is not accepted or if the accused does not explain his conduct the inference remains unrebutted. (emphasis added) [34] Pandangan ini Mahkamah noktahkan dengan merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v R (1956) 22 MLJ 28 bagi menunjukkan bahawa OKT mempunyai milikan terhadap dadah tersebut: “…probably the most helpful definition of possession is the relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons. This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge (emphasis added)” Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa OKT mempunyai milikan dan jagaan/kawalan serta pengetahuan terhadap dadah yang dipertuduhkan ke atasnya. ISU-ISU BERBANGKIT – (1) PENAMA IJAT [35] Apabila nama Ijat ini dibangkitkan oleh Peguam, Mahkamah berpandangan ia merupakan satu pembelaan yang cuba dibangkitkan oleh OKT bahawa sebenarnya Ijat yang telah meletakkan dadah tersebut di dalam rumah. Semasa pemeriksaan balas, “Ijat” ini dimaklumkan oleh Peguam sebagai kawan OKT. Memandangkan pada tarikh itu terdapat satu majlis perkahwinan, Ijat merupakan salah seorang yang hadir ke majlis tersebut yang kemudiannya telah pergi ke rumah OKT. Peguam telah mencadangkan bahawa Ijat telah datang ke rumah OKT dan berjumpa dengan OKT lalu meninggalkan kotak P10, seterusnya meminta OKT meletakkannya di dalam rumah OKT. “Ijat” kemudian berjanji untuk mengambilnya semula pada keesokan hari. Namun begitu, makluman daripada SP4, “Ijat” telah meninggal dunia akibat kemalangan kereta, sekitar tahun 2024. Oleh yang demikian “Ijat” tidak dapat dipanggil untuk pengecaman mahupun memberikan keterangan bagi mengesahkan dakwaan OKT. [36] Dengan kematian ‘Ijat”, adakah Mahkamah harus menerima secara bulat-bulat cadangan Peguam? Bagi merungkai isu ini, Mahkamah merujuk kepada keterangan yang diberikan oleh SP4, selaku isteri OKT. Daripada keterangan SP4 menunjukkan SP4 mengenali Íjat’. SP4 tahu Ijat tinggal di mana dan kedudukan rumah Ijat, iaitu dekat dengan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan tersebut dan rumah mereka. Jarak antara rumah mereka, boleh berjalan kaki sahaja. Namun, SP4 menyatakan pada tarikh kejadian, “Ijat” tidak ada datang ke rumah. Ijat juga apabila datang ke rumah, “Ijat” hanya duduk di luar rumah sahaja. SP4 menambah bahawa jika “Ijat” datang ke rumah, “Ijat” tidak pernah masuk ke dalam rumah, kecuali pada hari raya. Hal ini bertentangan dengan cadangan Peguam. Turut dimaklumkan oleh SP4 bahawa “Ijat” sudah lama tidak datang ke rumah untuk berjumpa dengan OKT sebelum tarikh serbuan lagi. [37] Seterusnya, Mahkamah ini turut merujuk kepada keterangan SP2 berkenaan pemerhatian yang dibuat. SP2 jelas menyatakan tidak melihat ada mana-mana orang yang keluar atau masuk dari rumah tersebut. Ia selari dengan keterangan SP4. Oleh itu, keterangan SP4 dan SP2 ini menguatkan lagi keterangan bahawa “Ijat” sebenarnya tidak pernah datang ke rumah tersebut pada tarikh kejadian. Mahkamah dengan ini menyimpulkan bahawa tiada keterangan yang menyokong kewujudan “Ijat” di tempat kejadian pada tarikh kejadian. ISU-ISU BERBANGKIT – (2) PINTU KETIGA YANG BERTANDA ‘Z’ [38] Semasa pemeriksaan balas terhadap SP4, Peguam OKT merujuk kepada pintu ditandakan “Z”. Peguam mencadangkan bahawa pintu ini boleh digunakan untuk keluar masuk. SP4 bersetuju dengan cadangan Peguam namun semasa pemeriksaan semula, SP4 menjelaskan bahawa untuk keluar masuk mereka hanya menggunakan pintu hadapan sahaja. Pintu belakang hanya untuk cuci kain dan membuang sampah sahaja. Pintu ‘Z’’ tidak digunakan kerana jika hujan akan tempias. Setelah dibuka bagi tujuan buang sampah, kemudian ia akan ditutup dan disendal dengan meja. Pintu itu tidak digunakan sebagai pintu keluar masuk. [39] Di dalam kes Basil Omar v PP [2002] 4 CLJ 418; [2002] 4 MLJ 418 menyatakan seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket it lying in front of him on a table. It must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [40] Dari keterangan sedia dan keterangan keadaan sekeliling fakta kes ini, inferens yang boleh didapati oleh Mahkamah ini adalah tiada kewujudakan akses orang lain terhadap barang kes. Akses ke dalam rumah telah dihadkan melalui pintu hadapan sahaja dan menurut SP2, tiada orang lain kelihatan sebelum serbuan. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati keadaan ini sahaja telah mengakas anggapan adanya orang lain selain OKT yang mempunyai akses terhadap dadah tersebut. Oleh yang demikian Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT mempunyai milikan terhadap dadah tersebut dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan, menggunakan dan melupuskan dadah tersebut jika perlu. ANGGAPAN MENGEDAR DI BAWAH SEKSYEN 37(da) ADB [41] Merujuk kepada SP6, barang kes yang dianalisa mengandungi berat bersih 3259.5 gram dadah berbahaya jenis Cannabis. Oleh yang demikian pemakaian anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB adalah terpakai terhadap OKT. Berat bersih dadah yang dianalisa iaitu 3259.5 gram jenis Cannabis dan ini telah melebihi berat minimum yang disenaraikan di bawah sekyen 37(da)(vi) ADB iaitu 200 gram. Oleh yang demikian anggapan pengedaran ini terpakai terhadap OKT. Peruntukan seksyen 37(da) ADB 1952 diperturunkan seperti berikut: “Presumptions. 37. In allproceedings under this Act or any regulation made thereunder- … (da) any person who is found in posession of- … (iv) 200 grammes or more in weight of cannabis; … ; Otherwise then in accordence with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” [42] Berat dadah berbahaya melebihi 200 gram adalah mustahil untuk dikatakan ia untuk kegunaan sendiri oleh OKT. Mahkamah berpuas hati bahawa kuantiti sebanyak 3259.5gram dadah berbahaya jenis Cannabis ini adalah bagi tujuan pengedaran. [43] Akhirnya, Mahkamah mendapati satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan terhadap OKT dan seterusnya Mahkamah memanggil OKT untuk membela diri. Daripada tiga (3) pilihan yang diberikan kepada OKT, OKT memilih untuk memberikan keterangan bersumpah. Tiada saksi lain dipanggil bagi pihak pembelaan. PERINGKAT PEMBELAAN – KETERANGAN BERSUMPAH OKT (SD1) [44] Merujuk kepada kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, beban yang perlu dibuktikan oleh OKT adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah : “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt at the conslusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. [45] Rujukan juga kepada kes Ganapathy Rengasamy v. Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1 (MP), diputuskan oleh Shaik Daud Ismail JCA dalam penghakiman bertulisnya menyatakan seperti berikut – The burden on the prosecution throughout is to prove their case beyond a reasonable doubt (see Arulpragasan v. PP [1996] 4 CLJ 597.) But, once the prosecution had proved that appellant had custody or control of the bag containing the drugs in question, then by s. 37(d) of the Act, he was deemed to have been in possession of such drugs and to have known the nature of such drugs, and so, the onus had shifted to him, to prove the contrary, on the balance of probabilities. (See PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC). [46] Selain itu, Mahkamah Agung di dalam kes Ng Chai Kem Lwn. PP [1994] 2 CLJ 593 oleh Wan Yahya bin Pawan Teh HMA menyatakan seperti berikut: Di dalam kes rayuan dihadapan kita sekarang, pihak pendakwa juga menggunakan anggapan s.37(da) untuk menetapkan bahawa tertuduh itu adalah seorang pengedar dadah oleh kerana dadah yang dijumpai dalam milikannya melebihi 15 grams Monoacetylmorphine. Oleh yang sedemikian beban untuk membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pengedar dadah adalah dipertanggungkan ke atas tertuduh. Sebagaimana kita sedia maklum, bukanlah tiap-tiap tertuduh yang memiliki dadah seberat yang disebut di s. 37(da)(i) hingga (x) itu adalah benar-benar ataupun semestinya dicela sebagai pengedar dadah. Kadangkala ada juga kemungkinan orang yang memiliki dadah yang berlebihan itu adalah penagih dadah yang menyimpan atau membawa dadah itu untuk kegunaannya sendiri. Dalam keadaan begitu bebanan untuk mematahkan anggapan di bawah s. 37(da) itu beralih kepada pemilik dadah itu dan dia hendaklah menyakinkan Mahkamah di atas kadar imbangan keberangkalian - iaitu suatu kadar beban membukti yang ringan daripada yang dikehendaki daripada kes pendakwa - (Lihat PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89), bahawa dia adalah seorang penagih dan bukannya seorang pengedar. Seksyen 37(da) bukanlah suatu anggapan undang-undang yang tak boleh dipatahkan dan oleh sebab itu apabila pihak pembelaan mencabar atau memasukkan keterangan yang bertentangan atau boleh disifatkan sebagai berlainan dengan anggapan pengedaran, maka adalah manjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menimbang keterangan-keterangan ini untuk menentukan samada pihak pembela berjaya mematahkan anggapan itu. PEMBELAAN OKT GAGAL MENIMBULKAN KERAGUAN TERHADAP PEMILIKAN DADAH [47] Semasa kes Pembelaan hanya OKT seorang dipanggil sebagai saksi (SD1). Secara ringkasnya keterangan SD1 adalah seperti berikut : (a) pada 4.9.2022 jam 7.30 pagi OKT tidak berada di dalam rumah; (b) OKT telah keluar daripada rumah untuk ke kebun yang berada di belakang rumah dan hanya pulang ke rumah pada jam 12.00 tengah hari. (c) Semasa OKT sampai di rumah, OKT telah pergi ke bahagian dapur untuk makan dan minum. Ketika OKT di dapur, OKT telah terdengar isterinya (SP4) membuka pintu hadapan rumah dan membawa dua (2) orang lelaki terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur; (d) Dua (2) orang lelaki tersebut telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis. OKT pada masa itu hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. (e) Polis itu telah menyelongkar di bahagian kabinet dapur dan telah menjumpai kotak coklat (P10) yang mengandungi 2 aluminium foil berbentuk segi empat (P5(1)) dan aluminium foil dalam bentuk bergulung (P5(2)). Terdapat juga 1 kotak tupperware plastik berwarna ungu (P10(1)) di dalam kotak coklat P10 yang di dalamnya terdapat 4 peket plastik lutsinar yang mengandungi Cannabis((P5(3-6)) serta 1 bilah pisau kecil (P10(2)). (f) Barang-barang itu kemudian dirampas oleh Polis dan dibawa ke balai polis. (g) OKT tidak mengetahui kandungan P10. (h) Kotak P10 adalah kepunyaan kawannya bernama “Ijat”. (i) “Ijat” telah datang ke rumah dan meminta untuk menumpangkan kotak tersebut. Ijat telah meminta OKT meletakkan kotak itu di bahagian bawah kabinet di bahagian dapur rumah OKT. (j) Isterinya (SP4) tidak mengetahui bahawa “Ijat” telah datang ke rumah pada 3.9.2022 iaitu sehari sebelum OKT ditangkap oleh polis. OKT memberitahu kehadiran “Ijat” boleh disahkan kerana terdapat perbualan telefon bimbit di antara “Ijat” dan OKT namun telefon bimbit OKT tidak dapat dikemukakan kerana telah rosak. DAPATAN MAHKAMAH BERKENAAN KETERANGAN DAN PEMBELAAN OKT (1) PEMBELAAN BERSIFAT PEMIKIRAN TERKEMUDIAN / AFTERTHOUGHTS [48] Di peringkat Pembelaan ini, Mahkamah perlu mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam menilai keterangan yang dikemukakan memandangkan saksi yang dikemukakan adalah OKT sendiri. Walaupun OKT telah memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah namun begitu, Mahkamah ini masih perlu berhati-hati dalam mengambilkira dan menimbangkan penerimaan masuk (‘admissibility’) keterangan pembelaan OKT ini. [49] Dalam naratif kes Pembelaan, benar watak Ijat telah diperkenalkan lebih awal iaitu semasa kes Pendakwaan lagi, malangnya Ijat telah dikatakan meninggal dunia sebelum sempat dipanggil sebagai saksi Pembelaan, berdasarkan kepada keterangan SP4. Oleh itu, adakah Mahkamah terpaksa akur bahawa watak “Ijat” adalah satu individu yang benar-benar wujud dan bukan direka-reka oleh OKT? [50] Ijat ini hanya disebut oleh SP4 dan SD1 (OKT) tanpa pembuktian, oleh itu Mahkamah wajar menganggap ia sebagai satu keterangan dengar cakap ‘hear say’ yang tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan pada peringkat ini. Kewujudan “Ijat” yang telah dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan oleh SP4 juga tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan memandangkan ia tidak disokong. Tiada sebarang keterangan dokumentari seperti sijil kematian atas “Ijat” dikemukakan oleh Peguam OKT bagi mengesahkan hal ini. [51] Mahkamah merujuk semula kepada keterangan SP5 iaitu Pegawai Penyiasat kes, di mana telah mengesahkan sepanjang kes ini disiasat OKT langsung tidak memaklumkan kewujudan “Ijat” baik di awal penangkapan OKT, semasa siasatan kes berlangsung sehinggalah OKT dituduh dan dibicarakan di Mahkamah. Nama Ijat ini timbul apabila saksi-saksi Pendakwaan disoal balas oleh Peguam OKT sahaja. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa, pembelaan OKT ini merupakan satu keterangan pemikiran terkemudian atau ‘afterthoughts’. [52] Jika dirujuk kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan, mereka telah memberikan keterangan secara konsisten dan tidak bercanggah antara satu sama lain terutamanya keterangan SP4 yang menyatakan “Ijat” sudah lama tidak datang ke rumah mereka. Jika “Ijat” datang pun, “Ijat” tidak akan masuk ke dalam rumah, sebaliknya “Ijat” dan OKT hanya akan duduk di bahagian luar rumah sahaja. “Ijat” hanya masuk ke dalam rumah semasa hari raya dan “Ijat” tidak pernah masuk melalui pintu lain selain pintu utama di hadapan rumah. [53] Mahkamah mendapati keterangan SP4 ini adalah konsisten dengan keterangan SP2 semasa permerhatian dilakukan oleh SP2 dan anggotanya, iaitu tidak ada orang yang keluar masuk dari dalam rumah tersebut, ini termasuklah Ijat. [54] Pada pandangan Mahkamah kewujudan “Ijat” ini telah dengan sengaja direka oleh OKT untuk menafikan pengetahuan dan pemilikan terhadap dadah berbahaya tersebut. OKT cuba meletakkan kesalahan ke atas orang lain selain daripada dirinya. Adalah agak pelik dan tidak masuk di akal untuk Ijat meninggalkan barang di rumah OKT apabila rumah Ijat terletak tidak jauh dari rumah OKT dan boleh bergerak dengan berjalan kaki sahaja. Adakah wajar untuk seseorang yang lokasi rumahnya lebih dekat untuk meninggalkan barang yang berharga di rumah yang lebih jauh jaraknya sedangkan ia lebih mudah terus dibawa pulang ke rumahnya sendiri?. [55] Dan kebetulan pula, “Ijat” ini tidak mungkin dapat dibawa ke Mahkamah kerana telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, jadi, kesahihan pembelaan OKT ini tidak dapat dipastikan oleh Mahkamah atau disiasat lanjut oleh pihak polis. [56] Disebabkan oleh hal ini, Mahkamah tidak dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa pembelaan OKT ini adalah tidak masuk akal dan sengaja direka-reka. Ia jelas terjumlah kepada satu keterangan ‘afterthoughts’ di dalam cubaan OKT untuk mewujudkan keraguan terhadap kes Pendakwaan. KETERANGAN PENAFIAN SEMATA-MATA / ‘BARE DENIAL’ OKT [57] Selain daripada itu, Mahkamah juga mendapati pembelaan OKT juga bersifat penafian semata-mata atau ‘bare denial’ apabila ia tidak disokong oleh apa-apa keterangan lain. Keterangan OKT yang menafikan milikan P10 dan kandunganya malah menunding jari kepada “Ijat” adalah tidak dibuktikan dan disokong oleh mana-mana keterangan terus atau keterangan secara dokumentasi. [58] Mahkamah berpandangan bahawa Ijat ini sebenarnya tidak wujud dan pembelaan OKT hanyalah penafian semata-mata. Rujukan kepada kes Public Prosecutor v. Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 di muka surat 326, memutuskan seperti berikut: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient. A magistrate is, of course, entitled to believe a witness at a trail but a general references to the demeanour of witnesses without more, gives rise to suspicion that an attempt is being made to bolster up a verdict which is contrary not only to the weight of evidence but to the probabilities and which could not be supported on a detailed examination of the evidence.” [59] Seterusnya dalam kes Da Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan di muka surat 195 telah memutuskan seperti berikut berkenaan pembelaan penafian : “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecuiton case against the appellant.” [60] Apabila dirangkum secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan adalah ‘consistent’ dan tiada kekurangannya. Kredibiliti mereka juga tidak goyah. Oleh yang demikian Mahkamah mendapati pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan dari peringkat ‘Prima Facie’ lagi. Merujuk kepada kes PP v. Shaaban b. Abd. Rahman [1989] 2 MLJ 313: “I can see no reason for any of the 3 police eye-witnesses to tell lies. They gave their evidence in a clear straightforward way.” KEPUTUSAN [61] Mahkamah ini setelah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pembelaan dan setelah menghalusi hujahan bertulis/lisan pihak-pihak, Mahkamah ini berpendapat: (a) OKT gagal mengakaskan kes Prima Facie yang telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan di akhir kes Pendakwaan di mana OKT di dapati mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952; dan (b) OKT telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan yang telah dibuktikan diluar keraguan munasabah (‘beyond reasonable doubt’) terhadap OKT melalui pembelaannya; [62] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati OKT bersalah dan disabitkan di atas kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat bersih 3259.5 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dengan 12 sebatan. Bertarikh: 13 OKTOBER 2025 tt (SURIYATI HASIMAH BINTI MOHD HASHIM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Pendakwaraya : Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Peguam : Zurina binti Sidik Tetuan Zurina & Co.