Lampiran
lampiran 25 muka surat 62). [9] Daripada catatan “BHT” (‘bed head ticket’ laporan harian pesakit: lihat mukasurat 68 pdf atau mukasurat 56 IDB lampiran 25) juga menunjukkan pemeriksaan awal ke atas simati oleh Dr. Tan pada 7.1.2010 menunjukkan “lungs: clear”, kandungan oksigen normal iaitu sp02 bacaan 98% (lihat muka surat 69 IDB lampiran 25 atau muka surat 81 pdf), oleh itu dapatan mahkamah ini ialah tiada apa-apa untuk menidakkan (to negate) penemuan Defendan melalui SD3 bahawa pernafasan simati adalah normal semasa dan ketika discaj. [10] “RKPKK” (lihat: mukasurat 12 pdf lampiran 46) walau bagaimanapun, menunjukkan catitan hasil pemeriksaan oleh (SD4) di Bahagian Kecemasan Hospital Kluang pada 9.1.2020, mendapati simati mengidap “Bronchiolitis’ dan menurut SD4 kebiasaannya bagi neonate yang berdepan dengan ‘bronchiolitis’ akan dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan melainkan discaj atas “AOR”. [11] Adalah logik jika dilihat pada keterangan SD4 yang diberikan di Mahkamah pada 7.9.2023 melalui penyataan saksinya yang ditandakan sebagai “DWS3” dan difailkan di Mahkamah pada 10.2.2022, kesukaran untuk SD4 mengingati kejadian dan pesakit yang dirawatnya pada 9.1.2010 apabila SD4 memberikan jawapan “tidak ingat” atau “tidak pasti”. Ini berlaku kerana dokumen di Jabatan Kecemasan yang telah musnah dimakan anai-anai dan tidak lagi wujud untuk dirujuk oleh SD4 ketika bicara. (lihat: keterangan SD1 di Penyata Saksi pelupusan oleh Arkib Negara pada 1.8.2013). [12] Namun, SD4 semasa memberi keterangan telah membuat pindaan kepada “DWS3” dengan menambah “Saya juga tidak pasti dan tidak ingat tetapi saya rasa saya ada memberikan AOR discaj kepada pesakit”. Keterangan ini tidak dapat dikemukakan sepenuhnya kerana selain RKPKK simati yang lazimnya dalam simpanan ibu, lain-lain dokumen berupa rekod perubatan yang berada dalam simpanan Jabatan Kecemasan telah dilupuskan sebagaimana yang disahkan oleh SD1 Tuan Azean Bin Tuan Ibrahim, Ketua Jabatan, Jabatan Rekod Perubatan Hospital Kluang, yang menunjukkan kebenaran Arkib Negara untuk rekod perubatan bagi 8.1.2010 dilupuskan atas sebab ini. [13] Atas alasan ini juga, SD1 menyatakan dokumen yang dipohon di antaranya berupa rekod-rekod perubatan Plaintif di Jabatan Kecemasan simati yang dipersetujui sebagaimana Penghakiman Persetujuan bertarikh 2.12.2015 dalam MTKL Saman Pemula No: 24NCVC-1640- 10/2015 untuk laporan siasatan dalaman dan rekod perubatan tidak dapat dibekalkan kepada peguam Plaintif kerana dilupuskan. [14] Dokumen yang ada yang menjadi sebahagian IDB ini adalah dokumen daripada Unit Obstetrik dan Ginekologi dan bukan Jabatan Kecemasan. Tugas Mahkamah ialah untuk menilai keterangan yang ada di pihak Plaintif dan Defendan jika terdapat keterangan atau inferen yang selari dengan keterangan SD4 bahawa discaj “AOR” ada dikeluarkan ataupun versi SP2 simati dinasihatkan mendapatkan rawatan bidan adalah lebih munasabah di atas imbangan kebarangkalian. [15] Untuk itu, keterangan Plaintif SP2 (ibu simati) dan keseluruhan fakta perlu diteliti kerana keterangan SP2 di dalam penyataan saksinya sendiri tidak konsisten kerana berubah-ubah dan tidak selaras, menceritakan kejadian pada tarikh yang mana sebagai contoh QA33 (Question & Answer) menceritakan kejadian pada 12.1.2010 sehingga QA40 pula menceritakan kejadian pada 4.1.2010. [16] Keterangan SP2 di QA33 juga merupakan keterangan yang tidak boleh diterima masuk kerana keterangan dengar cakap sedangkan ia mengandungi dakwaan yang serius seperti doktor telah memberi overdos ubat dan doktor melihat simati mengalami sawan tetapi tidak berbuat apa-apa, pertikaian di antara doktor dan nurse mengenai pemberian ubat. Begitu juga keterangan SP2 bahawa dia telah berjumpa bidan di Sg. Petani, Kedah (yang tidak dinamakan) yang kemudian enggan mengurut simati kerana menurut bidan ini, ia bukan tugas bidan tapi tugas doktor. (lihat kes: PP v Dato Seri Anwar Ibrahim [1997] 2 MLJ 1 (No. 3)) [17] Tambahan pula, pada pemerhatian Mahkamah, jika benar SP2 diajar oleh pegawai perubatan untuk membaca bacaan oksigen pada monitor dan sukatan ubat yang diberi, SP2 pastinya akan peka pentingnya mencatit nama-nama doktor yang merawat anaknya atas dakwaan memberi layanan yang tidak memuaskan kerana tanda nama pasti dapat dilihat. [18] Menerusi hasil penelitian Mahkamah ini, berikut adalah ekstrak yang penting yang perlu dibangkitkan yang membawa kepada dapatan Mahkamah sebagaimana jadual di bawah: Bil Keterangan Keterangan atau cadangan Defendan Dapatan Hakim 1. Semasa discaj pada 8.1.2010, tiada diterangkan keadaan simati dan keperluan dirujuk ke Simati telah didiscaj oleh SD3 (Unit Obstetrik dan Ginekologi) dalam keadaan baik. Terdapat di “lembaran Terdapatnya nasihat diberi ini disokong oleh fakta simati dirujuk semula oleh SP2 ke hospital untuk kali kedua. Bil Keterangan Keterangan atau cadangan Defendan Dapatan Hakim hospital jika melarat. sambungan” (IDB L25 ms75. pdf) dengan catatan menasihatkan untuk rujuk semula simati jika jaundis meningkat. 2. Simati hanya dirujuk ke hospital pada 12.1.2010 kerana masalah pernafasan kerana mereka telah bergerak balik ke Kedah pada 10.1.2010 dan simati dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah (HSAH). Plaintif tidak mahu simati dimasukkan ke wad kerana ingin balik ke kampungnya di Kedah yang membawa kepada kemungkinan “AOR” dikeluarkan oleh SD4. Tiada rekod catatan mengenai tindakan SP2 yang tidak mahu simati diwadkan kerana ingin balik ke Kedah (dokumen dilupuskan kerana dimakan anai-anai) tetapi fakta yang menunjukkan berada dalam perjalanan ke Kedah pada 10.1.2010 dan simati dirujuk ke HSAH Kedah pada 12.1.2010 itu sendiri menimbulkan inferen bahawa ada membuat permohonan ini kepada SD4 (lihat: Liew Kaling v PP [1960] 1 MLJ 3066) Dapatan Mahkamah ini disokong oleh keterangan sendiri semasa soalbalas bahawa Bil Keterangan Keterangan atau cadangan Defendan Dapatan Hakim tiada siapa yang akan menjaga anak sulungnya jika simati perlu diwadkan. 3. Laporan SP1 saksi pakar Plaintif menyatakan SP2 dirujuk ke HSAH Kedah setelah Jururawat Masyarakat (JM) membuat pemeriksaan lawatan ke rumah pada 12.1.2010 dan mendapati pernafasan simati laju. (Lihat: lampiran RKPKK bersama alasan penghakiman ini) Ini selaras dengan pendapat pakar Plaintif itu sendiri SP1 yang bersetuju dengan cadangan Defendan bahawa lazimnya symptom ini mengambil masa dan bukan timbul serta-merta “the symptoms will only show after a period of time, it’s not immediate” Dapatan Mahkamah ialah dengan rujukan oleh JM ke rumah SP2 di Kedah, membawa inferens bahawa “AOR” telah diberikan kerana hanya melalui makluman kepada JM oleh sama ada SP2 (Plaintif) atau SP3 (bapa simati) ataupun Defendan, boleh berlakunya lawatan ke rumah “home visit” oleh JM (lihat: a) keterangan SP2 yang merujuk simati ke Klinik Desa pada 11.1.2010 untuk didaftar; b) keterangan SD2 “sometimes we will inform the Kesihatan to do daily visits to ensure that the baby is well at home). Makluman kepada JM ini pada dapatan Mahkamah ini adalah hasil nasihat SD4 Bil Keterangan Keterangan atau cadangan Defendan Dapatan Hakim semasa “AOR” diberikan oleh SD4. Sikap SP2 relevan untuk menunjukkan ‘trend’ tingkah laku [19] Mahkamah ini telah juga meneliti dokumen perubatan lain yang ada dan mendapati sikap ketara SP2 untuk tidak menuruti nasihat Defendan (Dr. Zuraimi) apabila SP2 sendiri memberikan alasan penat apabila dinasihatkan merujuk simati ke hospital pada 7.1.2010 kerana ‘jaundis’. Sikap ini dapat dilihat pada kejadian berikutnya apabila SP2 bertegas untuk didiscaj “AOR” pada 4.3.2010 di HSAH dan telah engkar hadir temujanji berikutnya (lihat: Lampiran 27 ms 80 pdf, ms 416 rekod). Sikap ini juga dapat dilihat pada lawatan berikutnya pada 13.1.2011 di Hospital Batu Pahat yang mengandungi catatan “mother not keen on hospital admission, not keen on doing dressing at Klinik Kesihatan, give lots of excuses regarding child ulcer”. [20] Sikap ini bertentangan dengan tindakan SP2 yang menceritakan seolah-olah telah berlaku kecuaian di HSAH pada 4.3.2010 dan secara tegas meminta didiscaj (discaj “AOR” diberikan) tapi pada masa yang sama enggan untuk mendengar nasihat pegawai perubatan untuk simati diwadkan pada 13.1.2011 tersebut meskipun telah hadir untuk mendapatkan rawatan di Hospital Batu Pahat. [21] Mahkamah telah melihat fakta dan keadaan jika tindakan SP2 ini berbangkit daripada rasa tidak percaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan ke atas simati oleh pegawai perubatan di hospital kerajaan akibat pengalaman SP2 di Hospital Kluang tetapi beberapa siri tindakan oleh SP2 dan juga SD4 telah membawa Mahkamah untuk membuat dapatan secara inferens daripada fakta yang ada seperti berikut: a) SD4 telah membuat catatan di RKPKK pada 9.1.2010 seperti berikut (lihat lampiran RKPKK): i. “Post off and then crying”, tanda bermaksud “differential diagnosis” iaitu bronchiolitis; ii. Tanda “p” menunjukkan ‘plan’ untuk tindakan dan dirangka SD4; iii. Plan lanjut akan dicatit di BHT (bed head ticket). b) SD4 memberi penjelasan bahawa oleh kerana terdapat catatan sebagaimana di (i) dan (ii) di atas, ia bermaksud kes simati masih aktif dan disimpan di Jabatan Kecemasan berbanding dengan kes yang telah selesai di mana rekod perubatan pesakit disimpan di Jabatan Rekod; c) rekod perubatan simati masih aktif tetapi telah musnah dan dilupuskan akibat dimakan anai-anai kerana berada dalam simpanan Jabatan Kecemasan dan bukan disimpan di Jabatan Rekod; d) rujukan kepada rekod perubatan di 2 jabatan berbeza ini dapat dilihat daripada keterangan SD1 sendiri yang jelas menunjukkan dokumen yang dirujuk ke Jabatan Rekod dan dokumen dalam simpanan Jabatan Kecemasan (yang dilupuskan); e) tiada apa-apa pemeriksaan balas atas keterangan SD4 di para (b) di atas mengenai status dokumen dan jabatan yang bertanggungjawab untuk menyimpannya, oleh itu dapatan Mahkamah ialah keterangan SD4 ini diterima sebagai kedudukan dokumen yang menunjukkan rekod perubatan simati masih aktif kerana catatan SD4 sebagaimana yang dicatit di para (a) di atas yang menunjukkan cadangan tindakan ‘p’ dan ini bermaksud rekod disimpan di Jabatan Kecemasan; f) SP2 di dalam pemeriksaan awal di Mahkamah telah menceritakan bahawa dia hanya merujuk ke Klinik Desa pada 11.1.2010 setelah perjalanan balik ke Kedah yang memakan masa sehari suntuk pada 10.1.2010. Lawatan JM hanya berlaku pada 12.1.2010. Dapatan Mahkamah berdasarkan fakta-fakta di para (a) hingga (e) menunjukkan atas imbangan kebarangkalian “AOR” ada dikeluarkan dan SP2 bertindak atas nasihat yang diberikan oleh SD4 semasa “AOR” dengan melaporkan kehadiran mereka kepada klinik kesihatan Desa di Kedah; g) SP3 (bapa simati) sendiri bersetuju bahawa mereka SP2 & SP3 yang memilih untuk diberi discaj oleh Hospital Kluang termasuk Hospital HSAH Kedah (lihat: m/s 219-220 NK (no. tertera di bawah atau pdf. 73-74) h) Dapatan lanjut Mahkamah ialah RKPKK ialah dokumen dalam simpanan Plaintif SP2 untuk tujuan lawatan seterusnya sama ada di klinik kesihatan atau hospital tetapi semestinya catatan di RKPKK juga akan berada dalam simpanan Defendan untuk tujuan simpanan rekod dan pemantauan bagi rawatan berikutnya. Oleh itu, penjelasan oleh SD4 bahawa perincian ‘p’ akan berada dalam ‘BHT’ adalah logik kerana RKPKK akan hanya mengandungi catatan ringkas manakala catatan di Jabatan Kecemasan akan mengandungi huraian yang lebih terperinci bagi tujuan rujukan pasukan perubatan. Malangnya dokumen ini tidak dapat dikemukakan kerana menurut pegawai rekod SD1, rekod-rekod tahun 2007 hingga 2011 rosak teruk dan dilupuskan; i) Rawatan terhadap ‘bronchiolitis’ simati atau jika ada kebarangkalian serangan asthma telah diberikan oleh SD4 secara nebulizer. [21] Keterangan SP2 sendiri semasa soal balas menunjukkan berlaku kelewatan merujuk simati ke Klinik kesihatan atas alasan SP2 kepenatan kerana perjalanan dari Johor ke Kedah, sedangkan simati boleh dibawa terus ke klinik atau Hospital pada 11.1.2010 itu sendiri, maka mengakibatkan trauma yang lebih mudarat ke atas simati. Ini selaras dengan pandangan saksi pakar Plaintif SP1 Dr. Choo Yao Mun bahawa kelewatan dalam merujuk simati untuk rawatan, membawa risiko. [22] Pihak Plaintif membantah soalan ini atas alasan pihak Defendan tidak memplidkan sumbangcuai di pihak Plaintif. Walau bagaimanapun, oleh kerana fakta pengakuan rujukan lewat simati ke klinik atau hospital ini datang daripada pemeriksaan awal SP2 itu sendiri, maka apa-apa soalan dan jawapan yang berkaitan dengan kelengahan SP2 merujuk simati untuk rawatan lanjut diterima masuk. Dengan penerimaan masuk keterangan ini, Mahkamah ini bersetuju dengan versi SD4 bahawa terdapat kemungkinan dia ada mengeluarkan “AOR” dan memberikan nasihat keperluan simati dirujuk untuk rawatan di klinik atau hospital, berbangkit daripada discaj “AOR” ini. [23] Apabila soalan diajukan kepada SD2 Dr. Angeline (saksi pakar) sekiranya terdapat nasihat diberi oleh SD4 semasa discaj secara “AOR” dikeluarkan, SD2 hanya dapat memberi jawapan berdasarkan andaian bahawa oleh kerana tiada rekod yang wujud akibat dilupuskan maka kesimpulan yang boleh dibuat oleh SD2 ialah tiada nasihat yang diberikan oleh SD4. Ini adalah jawapan yang adil dan logik, berdasarkan keadaan SD2 tiada rekod yang dapat membantunya untuk mencapai satu keputusan yang lain. [24] Saksi pakar Defendan SD2 Dr. Angeline menyatakan pemberian ‘nebulizer’ boleh melegakan pernafasan bayi dan doktor boleh memberi discaj pada bayi tertakluk kepada nasihat diberi jika kesan ubat berkurang dan symptom berulang, bayi perlu dibawa semula ke hospital. Untuk tujuan ini, tugas Doktor memasukkan bayi ke wad adalah satu tindakan yang disarankan atau “advisable” sebagaimana yang dinyatakan oleh SD1. [25] Saksi pakar Plaintif SP1 meskipun dirujuk kepada catatan oleh SD4 di RKPKK berhubung simati dikesan menghadapi “bronchiolitis” namun SP1 tidak pula menjelaskan catatan lain yang dapat dilihat di lembaran RPKK tersebut iaitu catatan “p”. Dapatan Mahkamah ini ialah jika SP1 dirujuk untuk memberi pandangan mengenai catatan ini, SP1 mungkin akan bersetuju SD4 hanya akan melepaskan Plaintif dan simati selepas nasihat yang sewajarnya diberikan memandangkan SD4 telah merencanakan satu plan untuk simati dan tindakan rawatan diambil terhadap simati. Tambahan pula, kes ini diklasifikasikan sebagai ‘masih aktif’ oleh Jabatan Kecemasan melalui keterangan SD4. [26] SP1 semasa menjawab kepada cadangan Defendan bahawa simati dalam keadaan baik semasa discaj daripada Hospital Kluang pada 9.1.2010 hingga 11.1.2010, bersetuju bahawa Plaintiff SP2 (ibu) hanya menyedari pernafasan laju simati pada malam 11.1.2010 dan menjelaskan yang “the symptoms will only show after a period of time, it’s not immediate”. Keadaan baik simati semasa discaj pada 9.1.2010 disokong oleh keterangan SP3 (bapa simati). Kesimpulan Mahkamah [27] Fakta ini membawa Mahkamah ini membuat dapatan bahawa simati telah dirawat oleh SD4 dengan nebulizer dan discaj dalam keadaan baik. Malahan inferen yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini ialah tindakan SD4 dapat dilihat apabila SD4 telah membuat catatan tindakan lanjut ‘p’ dan butir terperinci ‘p’ ini terkandung dalam BHT dan bukan RKPKK kerana RKPKK adalah untuk simpanan Plaintif SP2. [28] Berdasarkan keseluruhan fakta ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa SD4 telahpun merawat simati pada 9.1.2010 dan memberikan discaj “AOR” kerana SP2 ingin balik ke Kedah untuk berpantang sebagaimana rancangan awal SP2. Atas discaj “AOR” ini dan polisi Kementerian untuk bayi dipantau di wad sebelum diberikan pelepasan, maka SD4 telah memberikan nasihat kepada SP2 untuk simati dirujuk ke Hospital atau Klinik Kesihatan bila perlu, untuk rawatan. Catatan “AOR” ini tidak ditulis dalam RKPKK dan ini konsisten dengan amalan Unit Unit Obstetrik & Ginekologi di mana catatan dibuat dalam rekod unit O&G yang dirujuk di dalam alasan penghakiman ini (lihat para 7 AP ini). [29] Atas dapatan ini, tuntutan Plaintif atas isu kecuaian perubatan telah gagal dibuktikan atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah juga berpendapat bahawa atas kegagalan Plaintif membuktikan liability Defendan, maka isu kuantum juga tidak perlu diputuskan atau diberi pertimbangan oleh Mahkamah ini. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 29 Julai 2024 [Lampiran: muka surat 77 Ikatan Dokumen Bersama ‘IDB’ lampiran 25 atau muka surat 89 pdf.)] Lampiran (RKPKK) Lampiran : ‘IDB’ Lampiran 25 muka surat 62 KAUNSEL Bagi pihak Plaintif: Desmond Mun (Thineshvary Maniselvam bersamanya) Tetuan P S Ranjan & Co Peguambela & Peguamcara Tingkat 17, Wisma Lee Rubber No. 1, Jalan Melaka 50100 Kuala Lumpur Bagi pihak Defendan-Defendan: Pn. Syazana binti Abd Lajis Peguam Kanan Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar 79100 Iskandar Puteri Johor