Content
Page 1 of 14 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DI DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PB-42K-1-01/2024 DI ANTARA NORAZMAN BIN MD KHADRII DAN PENDAKWA RAYA ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Perayu telah disabitkan di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas dua kesalahan iaitu di bawah seksyen 489B dan seksyen 489C Kanun Keseksaan. Perayu telah mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut. Hakim Bicara telah menerima pengakuan salah Perayu terhadap kedua-dua pertuduhan tanpa sebarang syarat. [2] Hukuman yang diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) adalah seperti berikut:- S/N C7smF5z4A0a66sdLnv3LrA Page 2 of 14 Pertuduhan pertama: Penjara 4 tahun dari tarikh tangkapan (24.12.2023) dan Denda RM 2000.00 jika gagal bayar denda, penjara 2 bulan. Pertuduhan Pindaan Kedua: Penjara 2 tahun dari tarikh tangkapan. Kedua-dua hukuman pemenjaraan berjalan serentak. [3] Perayu terkilan dengan hukuman tersebut dan merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap hukuman sahaja. [4] Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua belah pihak dan meneliti hujahan bertulis masing-masing, Mahkamah telah menolak rayuan ini dan keputusan HMS mengenai hukuman adalah dikekalkan. [5] Berikut adalah alasan Mahkamah ini di dalam membuat keputusan tersebut. PERTUDUHAN-PERTUDUHAN [6] Perayu menghadapi pertuduhan-pertuduhan seperti berikut:- Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 13/11/2023 jam lebih kurang 3.55 petang di Gerai Nasi Tomato hadapan Eco Shop Cawangan Tasek Gelugor, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan sebagai tulen iaitu satu (1) keping mata wang kertas RM 100.00 memakai nombor siri PB6662005, yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan mengetahui atau ada sebab mempercayai sebagai S/N C7smF5z4A0a66sdLnv3LrA Page 3 of 14 palsu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seskyen 489B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukkan yang sama. Hukuman: Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda.”. Pertuduhan Pindaan Kedua “Bahawa kamu pada 24/12/2023 jam lebih kurang 9.30 malam di rumah No. 10999 Jalan Kampung Baru 13300 Tasek Gelugor, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah mempunyai dalam milikan kamu (2) dua keping matawang kertas iaitu not RM 100.00 yang memakai siri nombor BG3699888 dan siri nombor ZD0399292 yang dibuat dengan jalan pemalsuan dengan menyedari bahawa mata wang tersebut adalah palsu dan berniat untuk menggunakan mata wang tersebut sebagai tulen, dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 489C Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah peruntukkan yang sama. Hukuman: Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun.”. S/N C7smF5z4A0a66sdLnv3LrA Page 4 of 14 FAKTA KES [7] Pada 13.11.2023 jam lebih kurang 3.55 petang, semasa pengadu berniaga nasi tomato di hadapan Kedai Eco-shop Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah datang seorang lelaki Melayu membeli 2 bungkus laksa dan sebungkus air minuman green tea yang kesemuanya bernilai RM14.00. Lelaki tersebut telah membayar harga pembelian kepada pengadu dengan menyerahkan sekeping wang bernilai RM100.00 dan pengadu telah mengembalikan baki sejumlah RM 86.00. [8] Pengadu kemudiannya berasa was-was dengan wang RM100.00 tersebut kerana pengadu mendapati saiznya kecil daripada biasa, licin dan ada kesan cetakan. Pengadu cuba mengoyak dan mendapati ianya adalah kertas biasa. [9] Pengadu kemudiannya telah mengejar lelaki tersebut hingga ke kereta yang dinaikinya iaitu sebuah kereta Proton Wira berwarna merah dengan nombor pendaftaran WGW2747. [10] Pengadu mengetuk cermin kereta dan memberitahu lelaki tersebut mengenai wang RM 100.00 itu tetapi lelaki tersebut telah memarahi pengadu dan kemudiannya terus memandu kereta dengan laju. [11] Pada tarikh yang sama, jam 4.18pm pengadu telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut. (Laporan Polis di mukasurat 3 Rekod Rayuan Jilid 3). [12] Pada 24.12.2023 jam lebih kurang 9.30 malam sepasukan anggota polis yang diketuai oleh ASP G/19582 Shuheri bin Abdul Rani telah menahan satu lelaki melayu bernama Norazman bin Md Khadrii di rumah no. 10999, Jalan Kampung Baru, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan ke atas sebuah beg silang yang S/N C7smF5z4A0a66sdLnv3LrA Page 5 of 14 dipakai oleh Norazman bin Md Khadrii, mendapati di dalamnya mengandungi:-