Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-86POL-643-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
AJ-86POL-643-02/2024
Magistrates Court of Malaysia10 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ll be sufficient for the prosecution to state in the charge so much of the definition of the offence as will give notice to the accused of the matter with which he is charged [section 152(111) of the Criminal Procedure Code]. It is not mandatory that a complete definition should be given in the charge. Looking at the c”
“4. After the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 263. [penekanan ditambah] [18] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa adalah tida”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-86POL-643-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
OKS telah dipertuduhkan seperti berikut: ‘‘Bahawa kamu pada 09/06/2023 jam lebih kurang 7.40 pagi di Jalan Perusahaan Parit Buntar, Kerian, Perak, sebagai pemandu Motosikal PNU3630 telah gagal untuk mengawal kenderaan tersebut, yang bertentangan dengan Kaedah 10 LN 166/59 dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2)
2
Seramai 3 orang saksi telah dipanggil oleh PR dan secara ringkasnya keterangan yang dikemukakan adalah seperti berikut; a) pada 9/6/2023 jam lebih kurang 7.40 pagi, SP1 telah memandu motorlori No. Pendaftaran: PGQ 20236 dari Nibong Tebal untuk mengambil barang di Syarikat Personal Care Sdn Bhd di Parit Buntar; b) semasa SP1 sampai di Jalan Perusahaan Parit Buntar, Kerian, Perak (selepas ini dirujuk sebagai “tempat kemalangan”), tiba-tiba sebuah motolori dengan No. Pendaftaran tidak pasti yang berada di hadapan motolori SP1 telah membrek secara mengejut; c) ekoran itu, SP1 turut membrek motolori beliau bagi mengelakkan pelanggaran dengan motolori tersebut; d) walau bagaimanapun, OKS yang menunggang motosikal No. Pendaftaran: PNU3630 yang berada di belakang motolori SP1 telah melanggar bucu belakang sebelah kiri motolori SP1; 3 e) disebabkan pelanggaran tersebut OKS mengalami kecederaan patah di bahagian kaki sebelah kanan dan di bawa ke Wad Kecemasan Hospital Parit Buntar untuk rawatan awal sebelum di bawa ke Hospital Taiping. Manakala SP1 tidak mengalami sebarang kecederaan; dan f) kemalangan tersebut juga menyebabkan kerosakan calar di bucu belakang sebelah kiri motorlori No. Pendaftaran: PGQ 20236 yang dipandu oleh SP1. Manakala motosikal No. Pendaftaran: PNU3630 yang ditunggangi oleh OKS rosak di bahagian sebelah kanan motosikal.
3
Tugas utama Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperuntukkan dalam seksyen 173(f)(i) dan seksyen 173(h)(iii) Kanun Tatacara Jenayah (selepas ini dirujuk sebagai “KTJ”).
4
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 KTJ. Pada peringkat ini, Mahkamah haruslah menentukan sama ada PR telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS bagi pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas beliau melalui keterangan yang boleh dipercayai (credible evidence).
5
Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka Mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKS.
6
Merujuk kaedah 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (selepas ini hanya dirujuk sebagai “LN 166/59”) memperuntukkan seperti berikut: “10. Pemandu tidak boleh tidur. Tiada pemandu kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya tidak boleh tidur atau cuai untuk mengawal pergerakan kenderaan dengan sepatutnya.”
7
Antara elemen-elemen yang perlu dibukitkan bagi kesalahan dibawah kaedah 10 LN 166/59 adalah seperti berikut: a) Pemandu kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya; 5 b) tidak boleh tidur; atau c) tidak boleh cuai untuk mengawal pergerakan kenderaan dengan sepatutnya Analisis dan dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan Sama ada OKS menunggang motosikal yang sedang bergerak di atas jalan raya semasa kemalangan
8
Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang pertikaian berbangkit oleh pihak-pihak berkenaan semasa kejadian OKS menunggang motosikal No. Pendaftaran: PNU3630 semasa kemalangan berlaku. Ini disokong oleh siasatan dan keterangan SP3 serta laporan polis Trafik Kerian: 2439/23 (P8).
9
Sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa PR telah berjaya membuktikan elemen pertama iaitu OKS merupakan penunggang motosikal yang sedang bergerak di atas jalan raya semasa kemalangan. OKS tidak boleh cuai untuk mengawal pergerakan kenderaan dengan sepatutnya [10] Elemen selanjutnya yang perlu dibuktikan adalah sama ada OKS cuai mengawal pergerakan motosikal No. Pendaftaran: PNU3630 sehingga berlakunya kemalangan semasa kejadian.
11
Berdasarkan kepada analisis Mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah merumuskan dapatan-dapatan seperti berikut: a) dalam kes ini, hanya SP1 merupakan saksi utama yang dapat menerangkan bagaimana kemalangan berlaku semasa kejadian. Tiada saksi mata atau bebas semasa kejadian hadir bagi menyokong keterangan SP1; b) sehubungan itu, Mahkamah ini perlu menilai kredibilit SP1 dengan penuh berhati-hati sama ada keterangan beliau adalah kredible atau sebaliknya; c) Mahkamah mendapati keterangan SP1 hanyalah berdasarkan andaian beliau bahawa OKS telah cuai mengawal pergerakan motosikal No. Pendaftaran: PNU3630 telah melanggar bucu belakang sebelah kiri motolori SP1 semasa kejadian; d) semasa disoal balas oleh peguam, SP1 mengakui bahawa motolori tidak mempunyai cermin pandang belakang. Selain itu, SP1 juga telah akui bahawa cermin sisi tidak dapat menunjukkan apa yang berlaku di belakang motolori beliau; e) SP1 juga akui hanya berhenti dan turun dari motolori setelah mendengar bunyi dari belakang motolori beliau untuk melihat apa yang berlaku. Seterusnya SP1 telah 7 membuat kesimpulan bahawa motosikal OKS telah melanggar bucu belakang sebelah kiri motorlori beliau; f) Mahkamah ini mendapati SP1 sendiri tidak melihat secara pasti sama ada OKS benar-benar cuai mengawal pergerakan motosikal No. Pendaftaran: PNU3630 sehingga berlakunya kemalangan semasa kejadian. Malahan SP1 sewaktu disoal balas peguam mengakui bahawa keterangan beliau adalah berdasarkan andaian dan membuat kesimpulan OKS cuai mengawal motosikal semasa kejadian dan melanggar motolori SP1; g) selain itu, sewaktu di soal balas peguam, SP1 telah mengakui hendak mengubah laluan dari kanan ke kiri dan berhenti secara mengejut. Keterangan ini disokong oleh gambar-gambar tempat kejadian (P3 A-H) yang dirakam oleh SP2 pada hari kejadian dan rajah kasar (P2) yang dilakarkan oleh SP3 menujukkan kedudukan lori menyerong ke kiri. Menurut SP1, pihak trafik telah sampai ke lokasi kemalangan dan mengambil gambar sebelum kenderaan di ubah dari kedudukan asal. h) Mahkamah mendapati semasa kejadian SP1 mengubah laluan ke kiri ini disokong oleh keterangan SP3 yang mengakui bahawa laluan tersebut adalah dua lorong dan akan menjadi satu lorong di bahagian atas. Malahan SP2 juga turut mengakui terdapat selekoh ke kanan di tempat kejadian; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 i) sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati keterangan SP1 adalah tidak kredible dan mendapati bahawa elemen kedua gagal dibuktikan oleh PR. Sama ada pertuduhan adalah defektif [12] Merujuk prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Krishnan & Anor v Public Prosecutor (1981) 2 MLJ 121 yang memutuskan: “one of the rules relating to the framing of charges is that where the law does not give any specific name to the offience with which an accused person is charged, it will be sufficient for the prosecution to state in the charge so much of the definition of the offence as will give notice to the accused of the matter with which he is charged [section 152(111) of the Criminal Procedure Code]. It is not mandatory that a complete definition should be given in the charge. Looking at the charge we are not prepared to hold that the omission to make any reference to his knowledge that the first appeallant had a pistol renders it defective. All that have to be stated in order to give notice to the second appeallant so as to enable him to answer the charge were given. Moreover, it was not shown that he was in any way prejudiced or misled by the omission.” [penekanan ditambah]
13
Mahkamah mendapati pertuduhan dalam kes ini tidak defektif dan lengkap untuk OKS menjawab pertuduhan tersebut. Pertuduhan 9 tersebut tidak memperjudiskan keatas OKS kerana pada setiap masa yang material, OKS faham dan berkait pertuduhan tersebut.
14
Bagaimana kesalahan dilakukan telahpun dijelaskan melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan. Namun dalam kes ini, pihak pembelaan telah berjaya mencabar cara bagaimana kesalahan tersebut dilakukan oleh OKS. Ketinggalan fakta dalam laporan polis [15] Merujuk kes Mohd Supian Mat Saad v PP [2019 CLJU 167 yang memutuskan isu ini seperti berikut: “Seksyen 107 KTJ menghendaki maklumat berkaitan dengan jenayah yang berlaku bertujuan menggerakkan siasatan oleh pihak polis. Frasa berkaitan bermaksud bahawa jenayah telah berlaku dan cukup untuk pihak polis menjalankan siasatan berdasarkan maklumat yang ada dalam laporan maklumat pertama tersebut. Oleh itu laporan maklumat pertama tidak menghendaki suatu pembuktian yang lengkap namun hendaklah mencukupi agar suatu tapak bagi pihak polis menjalankan siasatan sahaja.” [penekanan ditambah]
16
Mahkamah ini mendapati laporan polis hanyalah untuk pihak polis memulakan siasatan sahaja. Sekiranya terdapat ketinggalan fakta dalam laporan polis ianya tidak menjejaskan siasatan pihak polis. Pembuktian kes masih digalas oleh PR melalui keterangan-keterangan saksi pendakwaan.
17
Mahkamah ini berpegang pada prinsip yang digariskan dalam kes PP v Joachim Selvanathan & 2 lagi (2009) 10 CLJ 488 yang memutuskan seperti berikut:
24
In short this court should take the following steps at the close of the prosecution's case:
1
Subject the prosecution evidence in its totality to maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
2
Ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
3
After the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
4
After the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 263. [penekanan ditambah] [18] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa adalah tidak selamat untuk memerintahkan OKS membela diri atas alasan yang jelas iaitu pihak PR telah gagal membuktikan keterangan prima facie ke atas OKS bagi pertuduhan yang dikenakan. [19] OKS adalah dengan ini dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan di akhir kes pendakwaan. Bertarikh: 10 hb Oktober 2025 (SALWA ASMARY BINTI ABDUL RAHIM) Majistret Mahkamah Majistret Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tarikh keputusan: 10 hb Oktober 2025 KAUNSEL: Bagi pihak pendakwaan - TPR Amirah Nabihan Binti Shahrir Bagi pihak orang kena saman – Kuhan Raj KES-KES YANG DIRUJUK: Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 Krishnan & Anor v Public Prosecutor (1981) 2 MLJ 121 Mohd Supian Mat Saad v PP [2019 CLJU 167 PP v Joachim Selvanathan & 2 lagi (2009) 10 CLJ 488 PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 PERUNDANGAN YANG DIRUJUK: Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) s.119(2), s.128(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, k 10
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.