Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI YAN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA NO. KES JENAYAH: KH-83-39-06/2022
KH-83-39-06/2022
Magistrates Court of Malaysia29 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a melampaui keraguan munasabah. [39] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v. Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 21 telah memutuskan: …[59] At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide wh”
“approach **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39 to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Abu Bakar v. PP [1949] CLJU 115; [1949] 1 LNS 115; [1950] 16 MLJ 57 Spenser - Wilkinson J, at 59, opined: In an ordinary case, where no sp”
“ble doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach **Note : Serial number will be used to ver”
“dipertuduhkan dengan kategori kedua di atas. Di dalam APJ definisi pemanduan yang berbahaya kepada orang awam tidak dijelaskan, namun pengertiannya telah diperjelaskan di dalam kes Lim Chin Poh v. PP [1969] CLJU 92; [1969] 1 LNS 92; [1969] 2 MLJ 159. Di dalam kes ini hakim Choor Singh memutuskan: “In my opinion the exp”
“ote : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 48 [55] Kesan perintah sedemikian telah dijelaskan dengan nyata dalam kes Jayanthan lwn. Pendakwa Raya [1973] CLJU 56 yang mana mahkamah menyatakan seperti berikut: “This section vests the Court before which a person is convi”
“ak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621.’’ [49] Oleh itu,”
“ality of this document via eFILING portal 47 [53] Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah ini telah digunakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes rogol Nor Afrizal Azizan lwn. Pendakwa Raya [2012] 6 CLJ 370; [2012] MLJ 171, di mana mahkamah telah menyatakan bahawa penggunaan seksyen 294 KTJ berfungsi sebagai satu bentuk hukuman”
“0 selama tempoh 2 tahun adalah wajar dalam kes ini? [48] Kuasa menjatuhkan hukuman adalah budi bicara mahkamah bicara. Mahkamah ini merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Tanabalan Nagarajah & Satu Lagi [2024] CLJU 1216, yang mana Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa: “Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkama”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI YAN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA NO. KES JENAYAH: KH-83-39-06/2022
1
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut─ “Bahawa kamu pada 9/12/2018 jam lebih kurang 6.15 petang di Jalan Sungai Dedap, di dalam daerah Yan, dalam Negeri Kedah Darul Aman sebagai pemandu motokar no. pendaftaran BHL 2147, telah memandu kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan cara setelah mengambil perhatian tentang segala hal (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalulintas yang dijangkakan ada atau mungkin ada di jalan itu) adalah merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian kepada Shahrom binti Hosaini (no. K/P: 801005-02-5718) iaitu pemandu motokar no. pendaftaran KEE 2464. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.” Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
2
Seramai 7 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan kes pendakwaan seperti berikut: NO. SAKSI PENDAKWAAN (SP) PERANAN SP 1 Asabullah bin Adnan Pegawai polis yang membuat laporan polis pertama kemalangan SP 2 Norizan binti Mohd Hazir Pemandu motokar KCV 233 SP 3 Muhammad Rizal bin Mahmud Suami kepada simati. SP 4 Dr Amirul Amin bin Abd Rahim Doktor Postmortem SP 5 Ahmad Shukri bin Awang Yusoff Pemeriksa Kenderaan, PUSPAKOM SP 6 Kpl Ahmad bin Jaafar Jurufoto SP 7 Insp Douglas Anak Tugau Pegawai Penyiasat
3
Berikut merupakan senarai ekshibit yang telah dikemukakan di mahkamah : NO. EKSHIBIT TANDAAN MAHKAMAH
1
Laporan polis Trafik Yan 001251/18 P1 2. Laporan polis Trafik Yan 001251/18 P2 3. Gambar tempat kejadian
4
Laporan polis Trafik Yan 001257/18 P4 5. Sijil Kematian Shahrom binti Hosaini P5 6. Pol 61 – Permintaan Pemeriksaan Mayat P6 7. Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-Sebab Kematian (Post Mortem) P7 8. Daftar Kematian/Permit Mengubur P8 9. Laporan Post Mortem Hospital Yan P9 10. Sijil Pemeriksaan Kemalangan Kenderaan Puspakom, No.Pendaftaran Kenderaan BHL 2147 (No.Laporan: 150200004133) P10 11. Sijil Pemeriksaan Kemalangan Kenderaan Puspakom, No.Pendaftaran Kenderaan KCV 233 (No.Laporan: 150200004134)
12
Sijil Pemeriksaan Kemalangan Kenderaan Puspakom, No.Pendaftaran Kenderaan KEE 9264 (No.Laporan: 150200004135) P12 13. Perakuan Seksyen 90A P13 14. Rajah Kasar
16
Laporan polis Trafik Yan 001269/18 D 15 17. Rakaman Percakapan OKT D 16 18. Perakuan Seksyen 90A D17 19. 2 keping gambar tangkap layar: i) google map antara tempat kejadian dan Masjid Sg Dedap ii) Masjid Sg Dedap D18a-b 20. Pernyataan saksi SP 4 PSP4 21. Pernyataan saksi SD1 PSD1 B. FAKTA KES PENDAKWAAN [4] SP1 menyatakan bahawa pada 9.12.2018 jam lebih kurang 6.15 petang, ketika bertugas di pejabat pertanyaan trafik, SP1 telah menerima maklumat melalui panggilan telefon dari orang awam berkenaan kes kemalangan di hadapan Klinik Desa Kg Pisang. Kemalangan melibatkan tiga (3) buah motokar iaitu BHL 2147, KEE 4162 dan KCV 233. SP1 kemudiannya telah membuat laporan polis Ekshibit P1. [5] SP2 merupakan saksi mata yang terlibat dalam kemalangan menyatakan bahawa : i) Pada 9.12.2018 lebih kurang jam 6.00 petang, SP2 memandu dari arah Kota Sarang Semut ke Yan. ii) Di kawasan Sungai Dedap, beliau melihat sebuah motokar warna hitam dari arah bertentangan memasuki laluan beliau (“hilang arah masuk laluan kami”). iii) Motokar hitam itu melanggar sisi kanan motokarnya (bahagian pemandu). • Disokong oleh laporan Puspakom Ekshibit kerosakan Persona KCV 233 ada di bahagian kanan sisi pemandu, sepadan dengan naratif SP2. • Disokong juga oleh ekshibit gambar (P3 G) yang menunjukkan kerosakan pada bahagian tepi kanan kenderaan. iv) Beliau cuba mengelak tetapi motokar terbabas lalu melanggar pokok di bahagian kiri jalan. Selepas itu baru beliau nampak ada sebuah motokar putih (Axia iaitu motokar si mati) yang juga remuk teruk. Beliau yakin motokar hitam itu merupakan motokar yang melanggar motokarnya terlebih dahulu. • Hal ini konsisten dengan siasatan SP7 bahawa motokar hitam BHL 2147 (OKT) masuk laluan bertentangan lalu melanggar motokar SP2 (KCV 233) sebelum bertembung dengan Axia si mati. [6] SP6 dan SP7 telah pergi ke tempat kejadian pada jam lebih kurang 6.30 petang hari yang sama. Semasa di tempat kejadian, SP7 telah mengarahkan SP6 untuk merakam gambar di tempat kejadian sepertimana dalam Ekshibit P3 (A-H). Ketika sampai di tempat kejadian, cuaca baik dan tidak hujan. Keadaan pada ketika itu adalah pada ketika senja. Kemalangan berlaku di jalan raya yang lurus dan mempunyai dua hala sepertimana rajah kasar Ekshibit P
14
[7] Setibanya di tempat kejadian, SP7 menyatakan bahawa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan masih berada dalam keadaan asal seperti rajah kasar Ekshibit P 14 dan mangsa kemalangan iaitu si mati masih berada di tempat kejadian sebelum di bawa ke hospital Yan. [8] SP7 menyatakan hasil siasatan, kenderaan yang dipandu oleh si mati ialah motokar jenis Axia berwarna putih, KEE 4264 dalam perjalanan dari arah Alor Setar menghala ke Sungai Yan manakala kenderaan yang dipandu oleh OKT iaitu motokar jenis Chevrolet, BHL 2147, yang dalam perjalanan dari Gurun Ke Kuala Kedah telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan motokar jenis Persona, KCV 233 yang dipandu oleh SP 2. Walaubagaimapun, SP 2 telah mengelak ke kiri jalan, namun motokar yang dipandu oleh OKT telah melanggar sisi sebelah kanan motokar SP2 lalu SP2 telah terbabas dan melanggar pokok sebelah kiri jalan. Setelah itu, OKT kemudian telah berlanggar dengan kenderaan yang dipandu oleh si mati iaitu motokar jenis Axia, KEE 4264 yang pada ketika itu berada di belakang kenderaan yang dipandu SP2. Keterangan daripada SP2 konsisten sepertimana siasatan yang dilakukan oleh SP7. SP7 menyatakan pertembungan tersebut telah menyebabkan kenderaan OKT dan si mati berlanggar secara berhadapan. Perlanggaran ini konsisten dengan keterangan SP5 dan kerosakan kenderaan sepertimana Laporan Puspakom seperti Ekshibit P10, P11 dan P12. [9] SP7 menyatakan tempat perlanggaran berlaku di kawasan yang ditandakan sebagai X pada rajah kasar, Ekshibit P14. Akibat daripada pertembungan tersebut, pemandu motokar no. KEE 4264 iaitu Shahrom binti Hosaini (No. K/P: 801005-02-5718) telah meninggal dunia di tempat kejadian. [10] Hasil siasatan SP7 menyatakan bahawa pemandu motokar, BHL 2147 iaitu OKT telah memasuki laluan yang salah iaitu laluan bertentangan dan telah berlanggar dengan 2 kenderaan lain iaitu motokar SP2, KCV 233 dan motokar simati KEE 2464 dan telah menyebabkan kematian kepada si mati. SP7 telah membuat pengecaman OKT di mahkamah. [11] Berdasarkan Laporan Bedah Siasat Ekshibit P9, SP4 merumuskan bahawa punca kematian Si mati adalah akibat Traumatic Intracranial Hemmorrhage (pendarahan dalam tengkorak akibat trauma). [12] SP4 juga mengesahkan Surat Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Punca Kematian yang ditanda sebagai Ekshibit P17, dan Daftar Kematian / Permit Mengubur seperti di Ekshibit P8 adalah atas nama Shahrom binti Hosaini (No. K/P: 801005-02-5718). [13] Hasil daripada pemeriksaan terhadap kerosakan ketiga-tiga kenderaan yang terlibat, SP5 mengesahkan di dalam Sijil Pemeriksaan Kemalangan Kenderaan seperti berikut : Motokar OKT BHL2147 Ekshibit P10 • keseluruhan bahagian hadapan kenderaan remuk, • cermin hadapan dan belakang pecah • bonet dan bamper hadapan remuk • casis frame hadapan remuk masuk ke dalam • radiator panel atas dan bawah remuk • fender kiri dan kanan remuk • whellhose hadapan kanan remuk dan bumbung atas bahagian hadapan remuk Motokar Persona SP 2 KCV 233 Ekshibit • fender hadapan kiri dan kanan kemek • pintu hadapan kanan kemek • pintu belakang kanan kemek dan berlubang • cermin hadapan retak lebih dari 6 inci • cermin sisi hadapan kiri pecah. Motokar Simati KEE 4264 Ekshibit P12 • keseluruhan bahagian hadapan kenderaan remuk, • cermin hadapan pecah, • bonet dan bamper hadapan pecah • colw penal pada kenderaan remuk • fender hadapan kiri dan kanan remuk • pintu hadapan sebelah kiri remuk • pillar hadapan sebelah kiri bengkok • whillhose hadapan kiri remuk • lampu kiri dan kanan pecah • rani panel tengah sebelah kiri bengkok. C. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN KES PRIMA FACIE [14] Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ. [15] Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: "... A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.". D. INTIPATI PEMBUKTIAN DI BAWAH SEKSYEN 41(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 [16] Untuk membuktikan pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen berikut─
i
OKT adalah pemandu motokar BHL 2147;
II
(ii) Motokar BHL 2147 tersebut digunakan di atas jalan;
III
(iii) OKT telah memandu motokar BHL 2147 tersebut dengan cara yang, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya kepada orang awam; dan
IV
(iv) Cara pemanduan OKT telah menyebabkan kematian kepada Shahrom binti Hosaini (No. K/P: 801005-02-5718). [1] ELEMEN PERTAMA: OKT ADALAH PEMANDU MOTOKAR NO. BHL 2147 [17] Fakta bahawa OKT adalah pemandu motokar BHL 2147 tidak dipertikaikan. Laporan polis oleh OKT sendiri Ekshibit D15 menyatakan bahawa beliau memandu kenderaan tersebut. [18] Tambahan itu, SP7 juga telah mengecam OKT di dalam Mahkamah sebagai pemandu motokar No. BHL 2147. [19] Oleh itu, OKT adalah merupakan pemandu motokar No. BHL 2147 semasa kejadian kemalangan tersebut. [2] ELEMEN KEDUA: MOTOKAR BHL 2147 TERSEBUT DIGUNAKAN DI ATAS JALAN [20] OKT telah memandu motokar BHL 2147 tersebut di kawasan jalan awam sebagaimana tafsiran “jalan” di dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987. SP1 juga mengesahkan lokasi melalui Ekshibit P1. [21] Seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa: “ “road” means─
a
any public road and any other road to which the public has access and includes bridges, tunnels, lay-bys, ferry facilities, interchanges, roundabouts, traffic islands, road dividers, all traffic lanes, acceleration lanes, deceleration lanes, side-tables, median strips, overpasses, underpasses, approaches, entrance and exit ramps, toll plazas, service areas, and other structures and fixtures to fully effect its use; …
c
for the purpose of sections 41, 42, 43, 44, 45 and 45A, also includes a parking place;” [22] Rajah kasar dan kunci iaitu Ekshibit P14 dan P14(a) menunjukkan secara jelas bahawa jalan di mana kejadian tersebut berlaku adalah Jalan Sungai Dedap, yang mana jalan raya tersebut sememangnya digunakan oleh kenderaan awam yang lain. [23] Ekshibit P3 di gambar (A-B) juga menunjukkan dengan jelas tempat kemalangan berlaku. Tempat kemalangan adalah merupakan jalan raya yang lurus yang mana arah perjalanan motokar yang dipandu oleh si mati adalah jalan lurus dua hala. Kenderaan yang dipandu oleh OKT iaitu BHL 2147 juga berada di jalan lurus dua hala. OKT pada ketika itu sedang memandu dari arah Gurun ke Kuala Kedah. [24] Motokar BHL 2147 tersebut telah digunakan di atas jalan awam sebagaimana tafsiran “jalan” di dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987. [3] ELEMEN KETIGA: OKT TELAH MEMANDU MOTOKAR BHL 2147 TERSEBUT DENGAN CARA YANG, SETELAH MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG SEGALA HAL KEADAAN (TERMASUK JENIS, KEADAAN DAN SAIZ JALAN, DAN KESESAKAN LALU LINTAS YANG DIJANGKAKAN YANG ADA ATAU MUNGKIN ADA DI JALAN ITU) MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM [25] Tiada sebarang peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mendefinisikan secara spesifik maksud "memandu secara merbahaya". [26] Mahkamah ini telah merujuk kepada kes PP v. Bala Arulappan [2007] 9 CLJ 521 yang mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: Takrifan Memandu Dengan Cara Merbahaya [8] OKT telah dipertuduhkan di bawah kesalahan s. 3(1) APJ bagi kesalahan memandu dengan cara merbahayakan kepada orang awam yang menyebabkan kematian. Menurut peruntukan seksyen tersebut terdapat dua kategori jenis kesalahan iaitu kategori pertama memandu dengan melulu menyebabkan kematian dan kategori kedua memandu dengan berbahaya menyebabkan kematian. Di dalam kes ini OKT telah dipertuduhkan dengan kategori kedua di atas. Di dalam APJ definisi pemanduan yang berbahaya kepada orang awam tidak dijelaskan, namun pengertiannya telah diperjelaskan di dalam kes Lim Chin Poh v. PP [1969] CLJU 92; [1969] 1 LNS 92; [1969] 2 MLJ 159. Di dalam kes ini hakim Choor Singh memutuskan: “In my opinion the expression driving in a manner which is dangerous to the public indicates some dangerous act or manoeuvre on the part of the driver of a vehicle, eg, overtaking a vehicle on the wrong side of it, or overtaking in the face of oncoming traffic or overtaking when unable to see oncoming traffic, or crossing a junction against traffic light, and so on. There must be some positive act on the part of the driver which is dangerous having regard to all circumstances.” [9] Seterusnya bagi mensabitkan seseorang di bawah pertuduhan s. 41(1) APJ mestilah dibuktikan oleh pendakwaan bahawa tertuduh telah menimbulkan risiko kecederaan yang tinggi kepada orang lain dan telah tidak mempedulikan kemungkinan risiko tersebut. Prinsip ini telah digariskan di dalam kes PP v. Zulkifli Omar [1998] 1 CLJ 1079 di mana hakim Vincent Ng ketika itu memutuskan: “As Parliament has not spelt out the meaning of driving dangerously or driving recklessly it is left to the courts to do so. To be guilty of the mere serious category of the offence of reckless driving the driver (defendant) must have created an obvious and serious risk of injury to the person or damage to property and must either have given no thought to the possibility of that obvious risk or have seen the risk and nevertheless decided to run it.” [10] Prinsip yang sama di gariskan di dalam kes PP v. Ong Kia Chian [2006] 4 CLJ 334 yang diputuskan oleh hakim Low Hop Bing ketika itu seperti berikut: “In a case of dangerous driving, the prosecution must establish that:
a
a situation created by the accused is dangerous eg, turning right into the side road without stopping to give way to through traffic; and
b
when creating such a situation the accused was at fault. Fault involves a failure; a failing below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances (per Raja Azlan Shah) in Ramiah v. Public Prosecutor at pp. 258-259.” [27] Oleh yang demikian, merujuk kepada kes-kes di atas, Mahkamah ini menganalisis pemanduan secara merbahaya seperti berikut : [1] Terdapat tindakan atau pergerakan yang dianggap berbahaya kepada pengguna jalan yang munasabah seperti masuk laluan bertentangan, memotong tanpa ruang selamat, melanggar lampu isyarat, dan sebagainya • Berdasarkan keterangan SP7 & SP2, OKT memasuki laluan bertentangan di jalan dua hala yang lurus dan jelas. • Laluan tersebut sedang digunakan oleh SP2 dan si mati yang datang dari arah bertentangan. • Memasuki laluan bertentangan tanpa sebab kecemasan atau halangan di laluan sendiri adalah pergerakan yang berbahaya kepada semua pengguna jalan. • Ini menepati contoh yang diberikan dalam kes Lim Chin Poh v. PP iaitu “overtaking in the face of oncoming traffic” atau “overtaking when unable to see oncoming traffic” — walaupun dalam kes ini tiada bukti memotong, tindakan memasuki laluan lawan tetap sama sifatnya. [2] Bahaya dinilai berdasarkan semua keadaan termasuk: a. Jenis, keadaan, dan saiz jalan. b. Kesesakan lalu lintas c. Cuaca, pencahayaan, dan keadaan permukaan jalan. • Jalan: Dua hala, lurus (pemandangan jelas) bermakna tiada halangan penglihatan, jadi tindakan OKT lebih sukar dibenarkan. • Waktu: Senja, tetapi masih terang dan cuaca baik. • Kenderaan lain: Ada lalu lintas bertentangan (motokar SP2 & si mati). • Kesan kemalangan: Melibatkan tiga kenderaan, termasuk pertembungan hadapan (head-on collision) yang lazimnya berlaku akibat pemanduan di laluan salah. Tindakan OKT masuk laluan bertentangan adalah merbahaya yang nyata kerana keadaan lalu lintas semasa menunjukkan risiko pertembungan adalah tinggi. [3] Tahap risiko tinggi iaitu wujudnya risiko kecederaan serius atau kerosakan harta. • Risiko yang diambil oleh OKT adalah jelas dan serius yang mana head-on collision berpotensi membawa maut. • Akibatnya memang terjadi iaitu mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan otak trauma (Traumatic Intracranial Hemorrhage). • Kerosakan kenderaan yang terlibat (P10 – P12) membuktikan impak pertembungan sangat kuat, konsisten dengan pemanduan merbahaya. [4] Elemen tindakan salah (fault) iaitu OKT gagal mencapai standard pemanduan seorang • Tindakan OKT memasuki laluan bertentangan dalam keadaan jalan lurus dan jelas menunjukkan sama ada OKT tidak langsung pemandu berkemahiran yang munasabah memikirkan risiko yang jelas (gross negligence), atau menyedari risiko tetapi tetap mengambilnya (recklessness). Mana-mana pun, kedua-duanya memenuhi elemen fault dalam kes PP v. Ong Kia Chian dan PP v. Zulkifli Omar. [28] Maka, tindakan OKT jelas termasuk dalam kategori memandu secara merbahaya kepada orang awam di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagaimana ditafsirkan oleh kes-kes terdahulu. [4] ELEMEN KEEMPAT: CARA PEMANDUAN OKT TELAH MENYEBABKAN KEMATIAN KEPADA SHAHROM BINTI HOSAINI (NO. K/P: 801005-02-5718) [29] Bagi elemen keempat ini Mahkamah menganalisis elemen tersebut seperti berikut:
1
Kematian Shahrom Binti Hosaini telah berlaku
2
Kematian Shahrom
3
Hosaini berpunca daripada kemalangan jalan raya
4
Kemalangan itu disebabkan oleh tindakan OKT Tindakan OKT merupakan pemanduan berbahaya Elemen 1: Kematian Shahrom Binti Hosaini telah berlaku • Telah dibuktikan melalui: o SP7 (pegawai penyiasat) mengesahkan simati Shahrom Binti Hosaini meninggal dunia di tempat kejadian. o SP4 (doktor post-mortem) mengesahkan kematian melalui post-mortem. o Ekshibit P5 (Sijil Kematian), Ekshibit P7 (Perakuan Pegawai Perubatan), Ekshibit P8 (Permit Mengubur) mengesahkan kematian. o Identiti simati disahkan oleh SP3 melalui pengecaman mayat dan laporan polis Ekshibit P4. • Kematian telah berlaku dan dibuktikan mangsa ialah Shahrom Binti Hosaini sepertimana pertuduhan Elemen 2: Kematian Shahrom Binti Hosaini berpunca daripada kemalangan jalan raya • Telah dibuktikan melalui: o SP4 menyatakan punca kematian adalah Traumatic Intracranial Hemorrhage akibat trauma berimpak tinggi (high impact trauma). o Trauma tersebut disahkan berpunca dari kemalangan jalan raya berdasarkan hasil bedah siasat (Ekshibit P9). o Tiada cabaran oleh pihak pembelaan terhadap laporan post-mortem (Ekshibit P9), maka ia diterima sebagai keterangan yang kukuh. • Kematian Shahrom Binti Hosaini tersebut berpunca daripada kemalangan jalan raya Elemen 3: Kemalangan jalan raya disebabkan oleh OKT • Telah dibuktikan melalui: o Keterangan SP7 bahawa OKT telah masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba dan berlanggar dengan motokar simati. o Laluan tersebut merupakan laluan sah milik simati, yang bergerak lurus. o SP2 juga berada dalam laluan yang sama, menunjukkan laluan tersebut memang digunakan pengguna lain. o Oleh itu, tindakan OKT menceroboh laluan ini menjadi punca utama perlanggaran. • Kemalangan melibatkan mangsa Shahrom Binti Hosaini tersebut berpunca daripada kemalangan jalan raya disebabkan oleh OKT. Elemen 4: Tindakan OKT merupakan pemanduan berbahaya • Telah dibuktikan melalui: o Keterangan SP7 menyatakan OKT memandu secara berbahaya apabila masuk ke laluan bertentangan o Perbuatan ini melanggar peraturan jalan raya dan menyebabkan kemalangan maut. o Keadaan ini jelas menunjukkan kelakuan pemanduan yang membahayakan pengguna jalan raya lain. • Tindakan OKT masuk ke laluan bertentangan yang melanggar SP 2 dan seterusnya simati merupakan pemanduan bahaya [30] Keterangan SP2 secara keseluruhan menyokong versi pendakwaan bahawa OKT memasuki laluan bertentangan dan melanggar motokarnya sebelum bertembung dengan motokar si mati. SP2 membuat laporan polis sendiri (P2) kurang dari 24 jam selepas kejadian yang mana dalam tempoh wajar. Keterangan SP2 disokong oleh bukti fizikal (Puspakom & gambar), serta konsisten dengan siasatan IO (SP7). [31] SP5 merupakan Pemeriksa Kenderaan dari PUSPAKOM yang telah menjalankan pemeriksaan terhadap ketiga-tiga kenderaan yang terlibat dalam kemalangan serta menyediakan laporan pemeriksaan iaitu P10, P11 dan P12. Berdasarkan pemeriksaan tersebut, kerosakan pada ketiga-tiga kenderaan adalah konsisten dengan bentuk perlanggaran dan keadaan kenderaan semasa kejadian seperti yang dirakamkan dalam gambar P3 (A-H). Mahkamah berpuas hati bahawa kesilapan nombor pendaftaran dalam P12 KEE 9264 hanyalah bersifat “typo error” semata-mata yang mana sepatutnya KEE 4264 dan tidak menjejaskan intipati keterangan. Hal ini juga tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Tambahan itu, keterangan SP7 adalah jelas dan kukuh bahawa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan adalah kenderaan yang sama yang dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan. Oleh yang demikian, kesilapan teknikal “typo error” ini tidak menjejaskan kes pendakwaan. [32] Berdasarkan keseluruhan analisis dan intipati pembuktian di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tindakan OKT memandu motokar BHL 2147 telah dilakukan dengan cara yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan lebar jalan, serta kesesakan lalu lintas yang wujud atau mungkin wujud di jalan tersebut), adalah merbahaya kepada orang awam dan pemanduan tersebut telah mengakibatkan kemalangan jalan raya yang melibatkan motokar KCV 233 dan KEE 4264, yang seterusnya menyebabkan kematian kepada si mati iaitu pemandu KEE 4264. E. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [33] Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie atas pertuduhan dan OKT telah dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan terhadapnya. F. ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN KES PEMBELAAN [34] OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan tiada saksi lain dipanggil oleh Pembelaan. OKT menyatakan seperti berikut : i) bahawa kemalangan berlaku apabila motokar Perodua Axia warna putih secara tiba-tiba memasuki laluannya semasa memotong kenderaan lain, menyebabkan perlanggaran. OKT menegaskan bahawa tiada perlanggaran langsung antara motokarnya (Chevrolet) dengan motokar Proton Persona, bertentangan dengan laporan polis pemandu Proton Persona. ii) Keadaan Jalan dan Cuaca: a. Jalan lurus dengan tiada halangan pandangan. b. Cuaca mendung tetapi masih cerah, tidak menghalang penglihatan iii) Kelajuan dan Kawalan Kenderaan: a. Defendan memandu pada kelajuan lebih kurang 70 km/j, yang munasabah untuk jalan tersebut. b. Motokar Defendan hilang kawalan hanya selepas dilanggar oleh motokar Axia. iv) Posisi Kenderaan Selepas Kemalangan: a. Motokar Defendan terbabas ke laluan bertentangan, manakala motokar Axia kekal di laluan Defendan. Ini menunjukkan bahawa motokar Axia yang memasuki laluan Defendan. v) Kerosakan Kenderaan: a. Kerosakan hanya pada bahagian hadapan motokar Defendan, konsisten dengan perlanggaran hadapan dengan motokar Axia. vi) Keterlibatan Kenderaan Ketiga (Proton Persona): a. Defendan mengakui kewujudan motokar Proton Persona tetapi menafikan sebarang perlanggaran dengannya. b. Defendan tidak bersetuju dengan laporan polis pemandu Proton Persona, yang mendakwa terlibat dalam kemalangan tersebut. vii) Tindakan Selepas Kemalangan: a. Defendan dan penumpang mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di hospital. [35] Pembelaan menyatakan bahawa OKT berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah berdasarkan fakta berikut: i) Pergerakan dan arah tujuan OKT iaitu OKT sedang mencari masjid dan sebelum terlibat dalam perlanggaran, kedudukan masjid telah diketahui oleh OKT berdasarkan tanda jalan yang menunjukkan masjid berada dalam jarak 500 meter dihadapan. Keberadaan masjid adalah tidak munasabah OKT masuk laluan bertentangan kerana masjid di sebelah kiri laluan OKT. Pembelaan menghujahkan bahawa tempat dan tujuan OKT berada disebelah kiri jalan ii) Seterusnya, pembelaan memfokuskan kepada kerosakan kenderaan BHL 2147 iaitu motokar OKT dan KEEE 4264 motokar simati. Pembelaan menyatakan bahawa keterangan bahawa OKT tidak masuk ke laluan si mati sebaliknya kenderaan simati yang masuk ke laluan OKT disokong oleh kerosakan pada kenderaan terlibat yang mana OKT dalam keterangan di Mahkamah menyatakan bahawa bahagian sisi kiri hadapan motokar simati telah melanggar bahagian hadapan motokar OKT. Pembelaan turut menyatakan bahawa jika dilihat pada kerosakan kenderaan terlibat jelas kelihatan bahawa kerosakan motokar OKT adalah pada keseluruhan bahagian hadapan manakala motokar si mati pula kerosakan adalah pada bahagian hadapan dan sisi kiri hadapan (eksibit P3c dan P 12 dirujuk). iii) Pembelaan menghujahkan bahawa kerosakan pada motokar si mati ini juga menimbulkan keraguan pada kes Pendakwaan kerana sekiranya OKT yang masuk ke laluan si mati dan melanggar motokar simati sudah pasti kerosakan motokar si mati akan berada pada bahagian hadapan dan sisi kanan dan bukannya sisi hadapan kiri. Pembelaan menyatakan bahawa berjaya menimbulkan keraguan munasabah kerana kerosakan kenderaan-kenderaan terlibat tidak menyokong versi kes pendakwaan. iv) Pembelaan seterusnya menyatakan bahawa motokar simati masuk kelaluan OKT kerana sedang memotong sebuah lagi motokar dihadapan laluan simati. Pembelaan menyatakan hal ini disokong dengan fakta masjid disebelah kiri laluan OKT, hadapan laluan OKT tiada kenderaan dan OKt kenderaan paling hadapan di laluannya. Keterangan SP2 menyokong fakta ini terdapat sebuah motokar di hadapan motokar simati. v) Pembelaan seterusnya menyatakan bahawa pendakwaan tidak mencabar fakta material pembelaan iaitu : a) OKT hendak ke masjid yang ada di kiri laluan OKT. b) Motokar simati tersebut masuk ke laluan OKT kerana motokar tersebut sedang memotong kenderaan di hadapan laluannya. c) Bahagian hadapan kiri motokar si mati tersebut melanggar bahagian hadapan motokar OKT. vi) Pembelaan menyatakan bahawa keterangan OKT bukan penafian kosong semata-mata. Keterangan yang diberikan OKT bukanlah tidak mustahil untuk diterima. Tambahan pula keterangan OKT sepadan dan disokong dengan keterangan senyap iaitu kerosakan kenderaan, kedudukan kenderaan selepas kemalangan serta keterangan dari saksi-saksi pendakwaan sendiri. Keterangan oleh OKT juga bukanlah satu aftertought. Fakta dan keterangan yang diberikan oleh OKT bukan hanya timbul semasa keterangan beliau semasa perbicaran OKT. Malahan sejak awal OKT telah meletakkan versi pembelaan pada saksi-saksi pihak Pendakwaan semasa mereka memberikan keterangan masing-masing. G. Sama ada kerosakan pada kenderaan menyokong versi pembelaan atau menyokong versi pendakwaan? [36] Fakta yang tidak dipertikaikan: i) Ketiga-tiga kenderaan (Chevrolet – BHL 2147, Persona – KCV 233, Axia – KEE 4264) mengalami kerosakan; ii) Si mati meninggal dunia di tempat kejadian; iii) Jalan dua hala, lurus, cuaca baik, dan tidak hujan. a) Versi Pendakwaan: OKT masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motokar SP2 seterusnya melanggar motokar si mati Bukti/Keterangan Analisis mahkamah SP2 (saksi mata) • Saksi mata yang tidak berkepentingan yang melihat sendiri OKT masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kenderaan beliau dari sebelah kanan sebelum terbabas. SP7 (pegawai penyiasat) • Menyokong keterangan SP2 dan menyatakan OKT masuk ke laluan bertentangan. • Rajah kasar P14 dan tanda lokasi 'X' menunjukkan arah dan lokasi impak. Kerosakan Kenderaan (P10– P12) • Menunjukkan pola impak konsisten dengan versi pendakwaan: Kenderaan Kerosakan Analisis Chevrolet (OKT) Keseluruhan hadapan remuk; lebih teruk di bahagian kanan hadapan (P10) Konsisten dengan hentaman dari sebelah kanan hadapan Axia (Si Mati) Keseluruhan hadapan Menunjukkan pertembungan remuk, fokus pada bahagian hadapan kiri (P12) hadapan dari sudut kiri hadapan Persona (SP2) Kemek pintu belakang kanan, cermin sisi pecah (P11) Disondol dari sisi kanan oleh OKT yang datang dari laluan bertentangan Rajah Kasar P14 • Menunjukkan lokasi impak berada dalam laluan Alor Setar ke Sungai Yan, iaitu laluan si mati. • Konsisten dengan teori pendakwaan bahawa OKT masuk ke laluan bertentangan Laporan Puspakom & SP5 (pemeriksa kemalangan) • Sokong versi pertembungan berhadapan antara OKT dan simati selepas pelanggaran pertama dengan Persona SP2. b) Versi Pembelaan: Motokar Si mati masuk ke laluan motokar OKT kerana cuba memotong
1
Analisis mahkamah Kerosakan Axia pada bahagian hadapan kiri, bukan kanan menunjukkan si mati yang melanggar OKT dari arah kiri Ditolak: • Kerosakan kiri hadapan boleh berlaku dalam pertembungan hadapan ke hadapan yang tidak sejajar. • Bahagian kiri hadapan boleh remuk walaupun impak hadapan ke hadapan bergantung pada sudut pelanggaran selepas perlanggaran sisi SP2. • Ini bukan bukti konklusif bahawa si mati memotong.
2
OKT ingin ke masjid, tiada sebab masuk ke laluan bertentangan. Masjid di sebelah kiri laluan OKT. Ditolak: • Hal ini berasaskan andaian niat, bukan fakta fizikal. • Tiada saksi atau bukti menunjukkan OKT tidak masuk ke laluan bertentangan. • Niat ke masjid yang berada di kiri ini tidak menafikan perbuatan OKT.
3
Kedudukan kenderaan menyokong pembelaan. OKT paling hadapan di laluannya, tiada sebab untuk ke kanan. Ditolak: • Bukti fizikal lebih menyokong versi pendakwaan • Kerosakan hadapan penuh pada OKT dan sisi kanan SP2, dan hadapan kiri si mati menunjukkan kronologi impak logik bermula dari perlanggaran dengan SP2 seterusnya si mati 4. Keterangan OKT bukan penafian kosong. OKT beri versi sendiri tentang kejadian. Tidak mencukupi: • Tiada saksi bebas atau keterangan sokongan menyokong naratif OKT. • Sekadar naratif tidak menimbulkan keraguan munasabah.
5
Tiada cabaran spesifik ke atas versi pembelaan oleh pendakwaan. Pendakwaan tidak soal balas isu masjid, niat memotong, dan arah pergerakan si mati Tidak relevan: • Pendakwaan telah kemukakan bukti utama melalui SP2, SP7, SP5 dan dokumen. • Ketiadaan soal balas tidak menjejaskan keseluruhan kes. c) Analisis Keseluruhan & Dapatan: [37] Kerosakan pada kenderaan menyokong versi pendakwaan, iaitu bahawa OKT telah masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan pertembungan dengan motokar Persona (SP2) selepas itu pertembungan dengan motokar si mati : 1) Kesan perlanggaran dan susunan kenderaan menyokong versi pendakwaan iaitu impak bermula dari sisi kanan Persona (SP2) kemudian pertembungan hadapan antara motokar Axia simati dan motokar Chevrolet OKT. 2) Jika motokar Axia cuba memotong, kerosakan dijangka di sisi kanan kenderaan, bukan hadapan kiri. 3) Pintu belakang kanan motokar Persona kemek, menunjukkan motokar Chevrolet masuk dari kanan dan menyondol dari sisi. Oleh itu mustahil jika OKT kekal di laluannya. 4) OKT menyatakan sedang memperlahankan kenderaan untuk mencari masjid, namun kesan remuk teruk motokar OKT menunjukkan kelajuan signifikan, bukan situasi memperlahankan. 5) SP2 nyatakan motokar dipandu secara normal dan Axia berada di belakang dan tiada proses memotong berlaku. Keterangan ini konsisten dengan SP7 dan rajah kasar P14. 6) Rajah Kasar P14 dan penilaian SP5 menyokong bahawa impak berlaku di laluan si mati, bukan OKT. Tiada saksi bebas atau bukti dokumentari menyokong naratif bahawa Axia memotong. Malahan penumpang motokar OKT juga tidak dipanggil untuk menyokong versi OKT dengan alasan mereka semua tidur semasa kemalangan berlaku. 7) Keterangan SP2 dan SP7 kukuh, konsisten, dan disokong oleh bukti dokumentari (P10–P12, P14). H. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [38] Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah menimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, dan seterusnya membuat keputusan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. [39] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v. Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 21 telah memutuskan: …[59] At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Abu Bakar v. PP [1949] CLJU 115; [1949] 1 LNS 115; [1950] 16 MLJ 57 Spenser - Wilkinson J, at 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v. Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the "ordinary rule" which is referred to in the passage above quoted from Rex v. Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt. (emphasis added). [40] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan di atas telah menegaskan bahawa pada akhir perbicaraan, Mahkamah hendaklah menilai keterangan Pembelaan dalam konteks keseluruhan bukti Pendakwaan. Prinsip yang jelas ialah, walaupun Mahkamah tidak perlu mempercayai sepenuhnya keterangan Pembelaan, namun sekiranya keterangan tersebut berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan, maka tertuduh berhak dibebaskan. [41] Dalam kes ini, Mahkamah telah meneliti dengan teliti keterangan yang dikemukakan oleh OKT. Pembelaan utama OKT adalah bahawa kemalangan berlaku kerana kenderaan si mati (Perodua Axia) secara tiba-tiba masuk ke laluannya ketika memotong. Namun, keterangan ini bercanggah dengan: • Keterangan SP2 (saksi mata bebas) yang menyaksikan sendiri bahawa motokar OKT memasuki laluan bertentangan dan melanggar kenderaan beliau sebelum bertembung dengan motokar si mati. • Siasatan SP7 yang mengesahkan impak pertama berlaku antara Chevrolet OKT dengan Persona SP2 di sebelah kanan, diikuti dengan pertembungan hadapan dengan motokar si mati. • Bukti fizikal melalui laporan Puspakom (P10 – P12) dan gambar tempat kejadian (P3, P14) yang konsisten dengan naratif Pendakwaan, iaitu OKT masuk ke laluan bertentangan. • Kerosakan kenderaan (Persona SP2 remuk sisi kanan; Chevrolet remuk hadapan penuh; Axia remuk hadapan kiri) yang lebih logik dengan versi Pendakwaan berbanding naratif OKT. [42] Sebaliknya, keterangan OKT hanya berupa penafian semata-mata yang tidak disokong oleh mana-mana bukti objektif atau saksi bebas. Malah, penumpang dalam kenderaan OKT yang boleh mengesahkan versinya juga tidak dipanggil memberi keterangan. Hujahan mengenai niat OKT menuju ke masjid atau anggapan bahawa si mati sedang memotong adalah berasaskan andaian, bukannya bukti kukuh. [43] Justeru, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan. Sebaliknya, keseluruhan keterangan Pendakwaan yang kukuh, konsisten dan disokong dengan saksi bebas dan bukti fizikal telah berjaya membuktikan bahawa OKT telah memandu motokar Chevrolet No. BHL 2147 dengan cara yang merbahaya sehingga menyebabkan kematian si mati Shahrom binti Hosaini. [44] Oleh itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu, Mahkamah mensabitkan OKT di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagaimana pertuduhan. I. HUKUMAN [45] Semasa keputusan di akhir kes pembelaan pada 29.7.2025, Mahkamah telah mendapati bahawa OKT bersalah sepertimana pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan
1987
Pihak pembelaan telah membuat rayuan mitigasi seperti berikut: OKT berumur 49 tahun, pesara askar berkhidmat selama 21 tahun, sekarang bekerja di jabatan pertahanan awam 3 tahun, penanggung utama dan menanggung 4 orang anak yang masih belajar iaitu anak sulung berumur 21 tahun menuntut di Universiti Al Azhar Mesir, anak kedua berumur 20 tahun menuntut di university di Yaman, anak ketiga berumur 16 tahun dan belajar di Maktab Mahmud Pokok Sena dan anak bongsu berumur 12 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Darulaman Jitra. Isteri OKT merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Darulaman Jitra. Pihak pembelaan memohon hukuman ringan yang mana OKT tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah, jpj atau polis dan ini merupakan kesalahan pertama OKT dan kemalangan berlaku bukan atas kemahuan OKT. [46] Seterusnya pihak pendakwaan dalam hujahan pemberatan memohon hukuman setimpal atas beberapa faktor yang mana tahap kecuaian melibatkan kematian mangsa, kesan kepada keluarga mangsa iaitu kehilangan ahli keluarga disebabkan kecuaian OKT. [47] Setelah mendengar rayuan mitigasi dan pemberatan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati OKT bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Namun, setelah mahkamah menimbangkan mitigasi rayuan OKT, latar belakang OKT, kesalahan kali pertama, memohon hukuman ringan, faktor pemberatan oleh pendakwaan, Mahkamah memberikan memberikan perintah berikut: [1] OKT dilepaskan dengan menyempurnakan bon kelakuan baik di bawah seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dengan cagaran sebanyak RM4,000 selama tempoh 2 tahun ; [2] Butir sabitan diendorskan; dan [3] lesen memandu digantung selama 3 tahun dari tarikh sabitan J. Samada OKT dilepaskan dengan menyempurnakan bon kelakuan baik di bawah seksyen 294 KTJ dengan cagaran sebanyak RM4,000 selama tempoh 2 tahun adalah wajar dalam kes ini? [48] Kuasa menjatuhkan hukuman adalah budi bicara mahkamah bicara. Mahkamah ini merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Tanabalan Nagarajah & Satu Lagi [2024] CLJU 1216, yang mana Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa: “Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621.’’ [49] Oleh itu, Mahkamah ini dalam memberikan hukuman kepada OKT perlulah memastikan hukuman yang akan diberikan dalam lingkungan kehendak undang-undang dan budi bicara tersebut hendaklah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. Mahkamah Tinggi dalam kes PP v. Jafa Daud [1981] CLJU 28 menyatakan bahawa : …“A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles…” [50] Di bawah Subseksyen 294 (1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], Mahkamah mempunyai budi bicara untuk melepaskan pesalah dengan bon kelakuan baik. Subseksyen tersebut menyatakan : “When any person has been convicted of any offence before any Court if it appears to the Court that regard being had to the character, antecedents, age, health or mental condition of the offender or to the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances under which the offence was committed it is expedient that the offender be released on probation of good conduct, the Court may, instead of sentencing him at once to any punishment, direct that he be released on his entering into a bond with or without sureties and during such period as the Court may direct to appear and receive judgment if and when called upon and in the meantime to keep the peace and be of good behaviour.” [51] Mallal's Criminal Procedure (8th Edition) di muka surat 588 turut menyatakan bahawa : "Before section 294 will apply, certain conditions need to be satisfied. Firstly, the person must have been convicted of any offence before any court. Secondly it must appear to the court, regard being had to the character, antecedents, age, health or mental condition of the offender or to the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances under which the offence was committed, that it is expedient that the offender be released on probation of good conduct. Whether or not an accused is to be dealt with under section 294 is at the discretion of the court. It does not lie in the mouth of an accused to say that he pleaded guilty in the hope, or on a representation, that he would be bound over as provided therein. There must be some material before the court before it may exercise its discretion in favour of the accused." [52] Oleh yang demikian, subseksyen 294(1) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk melepaskan OKT dengan bon kelakuan baik, sekiranya keadaan tertentu berhubung dengan OKT atau kesalahan yang dilakukan menjadikan perintah sedemikian lebih sesuai berbanding hukuman pemenjaraan. Hal ini juga sepertimana dihuraikan dalam Mallal’s Criminal Procedure (8th Edition) yang mana peruntukan ini tidak boleh digunakan secara automatik, tetapi hanya apabila terdapat asas kukuh yang meyakinkan mahkamah bahawa OKT wajar diberi peluang untuk pemulihan. [53] Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah ini telah digunakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes rogol Nor Afrizal Azizan lwn. Pendakwa Raya [2012] 6 CLJ 370; [2012] MLJ 171, di mana mahkamah telah menyatakan bahawa penggunaan seksyen 294 KTJ berfungsi sebagai satu bentuk hukuman yang digantung pelaksanaannya. Perintah yang dibuat di bawah seksyen 294 KTJ tidak membebaskan seseorang daripada kesalahan yang telah dilakukannya. Seseorang itu sebenarnya telah disabitkan atas kesalahan tersebut dan sabitan itu akan direkodkan serta menjadi sebahagian daripada rekod jenayah individu tersebut dan akan kekal sepanjang hayatnya. [54] Oleh itu, prinsip ini relevan dalam kes ini kerana OKT tetap menanggung akibat undang-undang melalui sabitan yang direkodkan, penggantungan lesen memandu, dan kewajipan mematuhi syarat bon dengan cagaran RM4,000. Maka, walaupun tiada pemenjaraan dikenakan, hukuman ini bukanlah ringan atau tanpa kesan, kerana implikasi jangka panjang terhadap reputasi, kerjaya, dan hak peribadi OKT tetap wujud. [55] Kesan perintah sedemikian telah dijelaskan dengan nyata dalam kes Jayanthan lwn. Pendakwa Raya [1973] CLJU 56 yang mana mahkamah menyatakan seperti berikut: “This section vests the Court before which a person is convicted with power to suspend sentence for such period as the Court may direct, and, if the offender behaves himself during such period, he would escape punishment for his offence. If he fails to observe the conditions of his bond, he would be liable to be apprehended and dealt with for his original offence.” [56] Oleh itu, merujuk kes Jayanthan tersebut, kuasa mahkamah di bawah Seksyen 294 memberi ruang kepada pesalah untuk membuktikan pemulihan melalui kepatuhan kepada syarat bon, tetapi dalam masa yang sama mengekalkan ancaman hukuman asal sekiranya syarat itu dilanggar. Dalam kes ini, sekiranya OKT gagal mematuhi bon atau melanggar undang-undang sepanjang tempoh dua tahun, beliau boleh ditangkap semula dan dihukum bagi kesalahan asal di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hal ini menunjukkan bahawa perintah ini tidak mengurangkan seriusnya kesalahan, sebaliknya memberi peluang kepada OKT untuk menunjukkan perubahan sikap dalam tempoh pengawasan yang ketat. [57] Mahkamah berpendapat hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ini terhadap OKT merupakan hukuman yang berpadanan, sesuai dan wajar menurut peruntukan undang-undang. Adakah kesalahan OKT tergolong dalam “serious offence” yang mengecualikan pemakaian Seksyen 294 KTJ? [58] Seksyen 294 KTJ membenarkan seseorang pesalah kali pertama dilepaskan dengan bon berkelakuan baik. Namun, Seksyen 294(6)(a) menyatakan tidak terpakai kepada pesalah bagi “serious offence”. [59] Seksyen 52A Kanun Keseksaan [Akta 574] menyatakan tentang maksud “non-serious offence” seperti berikut: “The words "non-serious offence" denote an offence punishable with imprisonment for a term of not more than ten years.” [60] Seksyen 52B Kanun Keseksaan [Akta 574] menyatakan tentang maksud “serious offence” seperti berikut: “The words "serious offence" denote an offence punishable with imprisonment for a term of ten years or more.” [61] Mahkamah telah meneliti hukuman di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum dan selepas pindaan seperti berikut : • Versi Sebelum Pindaan (semasa kejadian 9.12.2018): Penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000. • Versi Selepas Pindaan (berkuat kuasa 22.10.2020 [PU(B) 533/2020] ): Penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda antara RM20,000 – RM50,000 (dan lebih tinggi bagi kesalahan kali kedua). [62] Perkara 7(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa : “No person shall be punished for an act or omission which was not punishable by law when it was done or made, and no person shall suffer greater punishment for an offence than was prescribed by law at the time it was committed” [63] Sehubungan itu, mahkamah ini mengambil kira hukuman yang berkuat kuasa pada tarikh kejadian iaitu 9.12.2018, iaitu penjara minimum 2 tahun dan maksimum 10 tahun. Oleh kerana maksimum hukuman adalah 10 tahun, ia jatuh dalam kategori “non-serious offence” di bawah Seksyen 52A. Maka, pemakaian Seksyen 294 KTJ masih boleh dipertimbangkan terhadap OKT. [64] Walaupun selepas pindaan hukuman minimum dinaikkan, yang mencerminkan bahawa kesalahan ini kini dianggap lebih serius, hal tersebut tidak terpakai dalam kes ini dan Mahkamah ini tidak mengulas lanjut disini. [65] Mahkamah ini mengambil kira faktor-faktor berikut dalam meringankan hukuman terhadap OKT: • Ini merupakan kesalahan pertama OKT. • Rekod perkhidmatan yang baik iaitu 21 tahun dalam tentera dan kini dalam Jabatan Pertahanan Awam. • Kepatuhan terhadap proses mahkamah, hadir setiap kali sebutan dan bicara tanpa gagal. • Faktor keluarga iaitu penanggung utama dengan 4 orang anak yang masih belajar, termasuk dua orang di luar negara. • OKT sendiri serta ahli keluarganya turut mengalami kecederaan parah dalam kemalangan ini. • Tiada unsur mabuk, perlumbaan haram, samseng jalanan atau pelanggaran lampu isyarat. • Hukuman tambahan tetap dikenakan iaitu penggantungan lesen memandu dan endorsan sabitan. [66] Mahkamah juga menyeimbangkan faktor mitigasi dengan kepentingan awam. Mahkamah ini menyeimbangkan keperluan menghukum dan pemulihan dalam kes ini dengan memilih pendekatan lebih bersifat rehabilitatif berbanding punitif. Hukuman bon kelakuan baik ini disertakan dengan: • Penggantungan lesen selama 3 tahun; • Endorsan sabitan dalam rekod jenayah; dan • Cagaran bon yang tinggi iaitu RM4,000. [67] Kesimpulannya, hukuman ini, walaupun tidak melibatkan pemenjaraan, tetap memberi implikasi yang serius kepada OKT. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman tersebut adalah wajar setelah menimbangkan keseluruhan fakta dan keadaan kes ini. Bertarikh 29hb Julai 2025 (ANIS SURAYA BINTI AHMAD) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET YAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN Timbalan Pendakwa Raya: Puan Natasha binti Azmi, Puan Arthini a/p Sathasivam, Puan Nik Nurhazirah binti Tuan Yahya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman Peguambela: Puan Latifah binti Omar Tetuan Latifah&Co No. 70B, Hadapan Sek. Keb. Kampung Baru, 06750 Pendang, Kedah
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.