Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH: DA-44-18-03/2026 Antara NORHAZRI BIN MUHAMMAD NOR (No. K/P: 801118-11-5373) … PEMOHON Dan PENDAKWA RAYA … RESPONDEN Dalam Perkara Pemohonan di bawah Seksyen 388 dan 391 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Ini merupakan permohonan yang difailkan oleh pemohon melalui satu Notis Usul berserta kertas kausa yang berkaitan. S/N ZkB5znR29UugunbfXRlnYg Matan kepada permohonan Notis Usul tersebut ialah memohon dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraannya selesai yang mana beliau menghadapi satu pertuduhan di bawah seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat)1971 (selepas ini disebut ASPLB 1971). [2] Pertuduhan yang dihadapi pemohon di Mahkamah Sesyen Kota Bharu (selepas ini disebut MSKB) vide kes no: DA- 62-38-10/2025 ialah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 25.09.2025 jam lebih kurang 5.00 petang bertempat di bawah jambatan Gong Kulim Pasir Puteh Tok Bali, Kelantan dengan niat bersama telah melakukan rompakan yang merupakan kesalahan berjadual dengan mempamerkan senjata api dengan cara yang boleh mendatangkan ketakutan kepada mana-mana orang bahawa dia akan mati. Dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Hendaklah dihukum dengan penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali. [3] Mengguna pakai peruntukan seksyen 12 ASPLB 1971, Hakim Sesyen MSKB yang bijaksana telah menolak permohonan jamin yang dipohon oleh pemohon. Pemohon tidak S/N ZkB5znR29UugunbfXRlnYg berpuas hati terhadap perintah Hakim Sesyen MSKB itu dan memfailkan Notis Usul di Mahkamah ini. B. PERMOHONAN NOTIS USUL PEMOHON [4] Kerta kausa yang difailkan di Mahkamah ini ialah:- i. Notis Usul (Kandungan 1) ii. Afidavit Sokongan Pemohon (Kandungan 2) iii. Afidavit Jawapan Responden (1) (Kandungan 5) iv. Afidavit Jawapan Responden (2) (Kandungan 6) v. Hujahan Bertulis Pemohon (Kandungan 7) vi. Hujahan Bertulis Responden (Kandungan 8) MATAN ISU NOTIS USUL PEMOHON [5] Setelah meneliti Notis Usul serta affidavit yang difailkan, Mahkamah ini mendapati terdapat dua isu sahaja yang dibangkitkan oleh pemohon untuk diputuskan oleh Mahkamah ini. [6] Isu pertama; samada larangan jaminan sementara menunggu perbicaraan oleh Hakim Sesyen MSKB terhadap pemohon adalah “ultra vires” terhadap Perlembagaan S/N ZkB5znR29UugunbfXRlnYg Persekutuan. Isu kedua; samada Pemohon mempunyai keadaan-keadaan khas di bawah seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah (selepas ini disebut KTJ) yang melayakkan dirinya dilepaskan oleh Mahkamah ini dengan dibenarkan jaminan sementara perbicaraannya di MSKB selesai. Isu Pertama [7] Peguam Pemohon berhujah Mahkamah ini mempunyai kuasa membenarkan Pemohon diberi jaminan walaupun pemohon menghadapi pertuduhan dengan kesalahan yang tidak boleh jamin. [8] Peguam pemohon menegaskan tindakan tidak membenarkan Pemohon diberi jamin di bawah peruntukan seksyen 12 ASPLB 1971 adalah di luar kuasa “ultra vires” terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Kes otoriti Pendakwa Raya lwn Muhamad Bukhari Abdul Aziz (2021) MLRHU 2211, Chow Lin Choy lwn PR (2009) 4 MLRH 715 dan PR v Zahar Gerald Mejoh (2024) CLJU 2495 telah dipetik bagi menguatkan hujah di atas. [9] Peguam pemohon mengatakan prinsip undang-undang generalia specialibus non derogant adalah tidak terpakai S/N ZkB5znR29UugunbfXRlnYg dalam Notis Usul semasa memandangkan jika larangan jamin di bawah seksyen 12 ASPLB 1971 digunapakai untk menafikan jaminan, maka secara tidak langsung, ia telah telah mengatasi Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. [10] Peguam pemohon turut menyatakan Perkara 5 (1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan dan kesamarataan; yang mana, pemohon mendakwa hak-hak tersebut dinafikan sekiranya pemohon terus dinafikan jaminan sementara menunggu perbicaraan selesai. [11] Peguam pemohon turut berhujah bahawa Perlembagaan Persekutuan sepatutnya ditafsir oleh Mahkamah ini secara “less rigidity” Analisa Mahkamah atas Isu Pertama [12] Berkenaan Perintah Hakim Sesyen MSKB yang dikatakan bercanggah “ultra vires”, kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah ini berpendapat sebagai tidak bermerit. S/N ZkB5znR29UugunbfXRlnYg [13] Bagi tujuan semakan, diperturunkan di sini peruntukan kebebasan asasi dan kesamarataan di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan: