Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-284-07/2024 Antara NORMALAR BINTI MUHAMMADAN … PLANTIF Dan GHAZALI BIN MUHAMADAN … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif memohon kebenaran Mahkamah untuk merekodkan Penghakiman Ingkar Pembelaan terhadap Defendan mengikut Aturan 19 Kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM) bagi relif yang dituntut oleh Plaintif dalam Penyata Tuntutan. Permohonan ini dibuat sepertimana dalam Lampiran 7. [2] Setelah mendengar kedua-dua belah pihak, saya telah menolak permohonan Plaintif ini tetapi memberikan kos sebanyak RM1000 kepada Plaintif, untuk dibayar oleh Defendan dengan serta merta. Arahan lanjut pemfailan pliding seterusnya telah diberikan. [3] Terkilan dengan keputusan di atas, Plaintif kini merayu ke Mahkamah Rayuan dan berikut adalah alasan saya. 15/04/2025 14:22:19 BA-22NCvC-284-07/2024 Kand. 20 Pihak-Pihak [4] Plaintif adalah anak pertama dari empat beradik dari perkahwinan arwah Muhammadan bin Mohd Arifin (arwah Muhammadan) bersama Asiah binti Nor (isteri kedua). [5] Defendan adalah anak kedua dari lima beradik hasil perkahwinan arwah Muhammadan bin Mohd Arifin bersama arwah Fatimah binti Yaakob (isteri pertama). [6] Plaintif dan Defendan adalah adik beradik tiri, satu bapa. Fakta Ringkas dari Penyataan Tuntutan [7] Walaupun Plaintif merupakan anak kandung kepada isteri kedua arwah Muhammadan, namun sejak kecil telah dijaga oleh isteri pertama arwah Muhammadan (arwah Fatimah) dan Plaintif tinggal bersama beliau serta menjaga keperluan harian arwah Fatimah. Ini tidak disenangi oleh Defendan (anak kandung arwah Fatimah). [8] Arwah Fatimah memiliki sebidang tanah bersama arwah Muhammadan yang mana terletaknya rumah kelamin dan juga merupakan rumah yang didiami oleh Plaintif dan Defendan sejak kecil. [9] Semasa arwah Muhammadan masih hidup, beliau dan juga arwah Fatimah telahpun mengagihkan dan menentukan bahagian adik beradik Defendan seperti mana dalam jadual (rujuk perenggan 13 Penyata Tuntutan). [10] Oleh kerana Plaintif, pada masa itu, masih belum berkahwin, arwah Fatimah dan arwah Muhammadan bersetuju untuk menyerahkan rumah kelamin kepada Plaintif. Arwah Fatimah kemudiannya memindahkan bahagian miliknya 5/432 bahagian kepada Plaintif pada tahun 2014. [11] Defendan telah diberikan hartanah lain di Batu Caves, Selangor tetapi unit bersebelahan dengan rumah kelamin adalah bahagian Defendan. [12] Plaintif mengatakan Defendan telah secara salah menceroboh harta arwah Fatimah yang diberikan kepada Plaintif dengan merobohkan struktur bahagian rumah Defendan termasuk rumah kelamin milik Plaintif tanpa kebenaran. [13] Kausa tindakan Plaintif adalah antara lain, menceroboh dan menganggu hak Plaintif atas rumah kelamin tersebut. [14] Oleh itu Plaintif memfailkan tindakan ini untuk memohon perintah-perintah deklarasi bahawa Plaintif adalah pemilik yang sah atas bahagian arwah Fatimah, bahawa Defendan telah menceroboh secara salah apabila merobohkan struktur rumah kelamin dan perintah lain yang berkaitan fitnah, kacau ganggu, tort conversion dan detinue dan gantirugi. Latar belakang permohonan [15] Plaintif mengatakan bahawa Writ Saman Terpinda dan Penyataan Tuntutan bertarikh 11.7.2024 telah diserahkan pada 18.7.2024 kepada peguamcara Defendan, Tetuan Chellam Wong. Serahan dibuat secara kendiri dan diakui terima oleh firma tersebut. Afidavit Penyampaian seterusnya difailkan pada 19.7.2024. [16] Defendan telah memasukkan kehadiran pada 29.7.2024 melalui peguamcara barunya, Tetuan Jananee Gopal & Associates. [17] Defendan sepatutnya memfailkan Pembelaan mengikut kehendak KKM. Namun, pada hari kes ditetapkan untuk Pengurusan Kes, peguam Defendan memohon masa untuk memfailkan Penyataan Pembelaan dan peguam Plaintif merekodkan bahawa mereka tiada bantahan. [18] Mahkamah telah mengarahkan Defendan untuk memfailkan Pembelaan pada/sebelum 2.9.2024 dan Jawaban kepada Pembelaan pada/sebelum 17.9.2024. Kes ditetapkan semula pada 23.9.2024. [19] Defendan gagal memfailkan Pembelaan pada tarikh yang diperintahkan dan Plaintif bertindak memfailkan permohonan ini (Lampiran 7) untuk merekodkan Penghakiman Ingkar Pembelaan pada 18.9.2024. [20] Pada 20.9.2024, Defendan bertindak menyerahkan Penyataan Pembelaannya melalui email kepada peguam Plaintif. [21] Pada tarikh pengurusan kes, 23.9.2024, arahan lanjut mengenai