Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BL-22NCvC-2-01/2023 ANTARA NORMILAH BINTI JAMIL PLAINTIF
BL-22NCvC-2-01/2023
High Court of Malaysia28 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 “As far as our law is concerned, the exclusion of oral by documentary evidence, is governed by section 91 to 99 of the Evidence Act 1950. Section 91 provides that the contents of a document must be proved by the document itself, and section 9”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BL-22NCvC-2-01/2023 ANTARA NORMILAH BINTI JAMIL PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
5.
6
6.
7
7.
8
AHMAD FAIZAL BIN DESA DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [PERBICARAAN PENUH] 10/09/2024 10:16:45 BL-22NCvC-2-01/2023 Kand. 82 A. LATAR BELAKANG [1] Tuntutan Plaintif adalah berkisar tentang pertembungan hak milik berdaftar Plaintif dengan hak pembeli-pembeli lot-lot lidi yang membeli lot-lot lidi ini melalui Surat Kuasa Wakil bertarikh 19.8.2008 yang diberikan oleh D2 kepada D1. Hartanah yang menjadi pertikaikan di sini mempunyai keluasan sebanyak O.5261 hektar berstatus pertanian. Menurut Seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara, tanah yang dikategorikan sebagai tanah pertanian, tidak boleh dipecah bahagian sekiranya keluasan bahagian individu yang terhasil adalah kurang daripada dua perlima hektar. D2 adalah pemilik asal keseluruhan hartanah ini. Fakta ini tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak ketika perbicaraan. [2] Plaintif mengemukakan 3 orang saksi manakala Defendan-defendan mengemukakan 10 orang saksi. Plaintif didalam keterangannya menyatakan bahawa pada sekitar tahun 2017, dia telah berjanji lisan dengan D2 untuk membeli tanah tersebut dengan harga RM150,000.00 dan telah membuat bayaran ansuran untuk pembelian tanah ini. D2 pula didalam keterangannya menyatakan dia memang berhasrat untuk menjual tanah tersebut dan telah melantik D1 sebagai wakilnya melalui Surat Kuasa Wakil bertarikh 19.8.2008 (Ikatan A1 mukasurat 16-21). Untuk tujuan ini, D1 telah membahagikan tanah tersebut kepada 12 lot yang mempunyai keluasan yang berbeza. [3] Bagi tanah yang melibatkan Plaintif, D2 telah dihubungi oleh rakannya yang bernama Hj Sarmon (dia telah meninggal dunia ketika perbicaraan berjalan). Hj Sarmon meminta D2 menjual baki 2 lot iaitu Lot 6 dan 12 kepadanya kerana dia ingin membeli tanah tersebut untuk diberikan kepada anak saudaranya (yang dimaksudkan adalah Plaintif). Plaintif dan D2 tidak pernah berjumpa untuk urusan jual beli Lot 6 dan 12 kerana urusan jual beli dibuat melalui Hj Sarmon. Plaintif dan D2 hanya berjumpa ketika urusan pindah milik pada 24.9.2019. Bayaran penuh telah dibuat sepenuhnya atas tanah tersebut yang mana D2 mendakwa harga belian tanah tersebut adalah RM60,000.00 (Plaintif mendakwa harga belian adalah RM150,000.00.) [4] Pindah milik tanah tersebut kepada nama Plaintif telah disempurnakan di hadapan Penolong Pentadbir Tanah Klang dimana D2 telah menandatangani Borang 14A dan tanah tersebut dipindah atas nama Plaintif. Walaubagaimanapun D2 mendakwa dia bersetuju untuk tanah tersebut dipindah milik dengan nama Plaintif dengan syarat Plaintif akan memegang tanah tersebut sebagai pemegang amanah bagi pemilik-pemilik lot lain iaitu D3 - D8 (dinafikan oleh Plaintif). [5] Setelah selesai pindah milik tanah tersebut, Plaintif telah membina atas tanah tersebut 2 binaan iaitu sebuah rumah dan 1 bangunan satu tingkat dengan 3-unit rumah sewa. Plaintif juga telah membayar cukai tahunan bagi tanah tersebut sejak ianya dipindah milik kepada Plaintif. [6] Pertikaian berkenaan hak milik tanah ini timbul apabila Plaintif pergi ke tanah tersebut dan mendaoati ada 2 keluarga melayu telah mendirikan 2 buah rumah diatas tanah tersebut. Plaintif cuba berbincang dengan mereka untuk mengetahui status mereka atas tanah tersebut tetapi gagal. Plaintif tidak mempunyai pengetahuan bahawa D1 adalah penerima Surat Kuasa Wakil bertarikh 19.8.2008 yang diberikan oleh D2. Plaintif tidak mengenali D1. Plaintif juga mendapat tahu bahawa D3 hingga D8 adalah pihak-pihak yang telah membeli sebahagian plot-plot tanah tersebut daripada D1 melalui kuasa wakil yang diberi oleh D2. [7] D2 menegaskan bahawa Plaintif tidak berhak atas tuntutannya kerana Plaintif tidak membeli keseluruhan tanah tersebut kecuali hanya 2 lot sahaja iaitu Lot 6 dan 12 tersebut. Pindah milik daripada D2 kepada Plaintif berkaitan tanah tersebut adalah batal dan tidak sah kerana terpalit dengan representasi salah, penipuan, kesilapan fakta dan/ atau kesilapan bersama ketika D2 diarahkan menandatangani Borang 14A tersebut. D2 mendakwa Plaintif bersifat mala fide kerana mengetahui pembeliannya atas tanah tersebut melalui Hj Sarmon adalah untuk 2 lot sahaja dan memegang keseluruhan tanah tersebut sebagai pemegang amanah atas D3 - D8 sahaja tetapi ingin menuntut keseluruhan tanah. C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [8] Di akhir perbicaraan, Mahkamah melihat pertikaian ini lebih kepada adakah Plaintif merupakan pemilik keseluruhan tanah tersebut atau terhad kepada Lot 6 dan 12; dan jika Plaintif adalah pemilik keseluruhan tanah tersebut selain Lot 6 dan 12 dia adalah pemegang amanah kepada D3 hingga D8 yang merupakan pembeli-pembeli lot yang telah dipecah-pecahkan kepada 12 bahagian oleh D2. I. Adakah Plaintif merupakan pemilik tanah tersebut atau terhad kepada Lot 6 dan 12 sahaja? [9] Ketika perbicaraan, D2 memaklumkan kepada Mahkamah, dia adalah pemilik asal hartanah yang dikenali sebagai H.S (M) 33828, Lot 9304 Tempat Revolusi Hijau Kg Perepat, Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor yang mempunyai alamat Lot 9304, Jalan Kunci Air, Kampung Perepat, Kapar 42200 Klang, Selangor (“Tanah tersebut”), berkeluasan 0.5261 hektar berstatus pertanian. Fakta ini dipersetujui dan diakui oleh semua pihak. [10] D2 bercadang untuk menjual tanah tersebut dan telah melantik D1 sebagai pemegang kuasanya melalui Surat Kuasa Wakil bertarikh 19.8.2008 (“PA tersebut”) (Ikatan A1 mukasurat 16 - 21). Surat Kuasa Wakil ini tidak didaftarkan di Pejabat Tanah dan Galian Klang oleh D1 ataupun D2. Walaubagaimanapun bagi menjaga kepentingan pembeli-pembeli yang membeli tanah tersebut melalui D1, semua Perjanjian Jual Beli yang dimasuki antara D2 dengan D4, D5, D6, D7 dan D8 mempunyai satu klausa sama iaitu D2 sebagai Penjual akan mendaftarkan satu Surat Pemegang Amanah (Trust Deed) untuk menjaga kepentingan pembeli-pembeli sebaik sahaja lot-lot yang dipecahkan selesai dijual dan pembeli-pembeli menjelaskan semua bayaran mengikut lot masing-masing kepada D2. [11] Bagi tujuan jualan tanah ini, D2 telah memecahkan tanah tersebut kepada 12 lot yang mempunyai keluasan berbeza dan menjualkannya kepada D3 - D8 kecuali Lot 6 dan 12 didakwa dijual kepada Plaintif. Menurut D2, dia dihubungi oleh bapa saudara Plaintif iaitu Hj Sarmon bin Hj Md Bakar memintanya menjual baki tanah tersebut iaitu Lot 6 dan 12 kepada anak saudaranya (disini adalah Plaintif dengan harga RM60,000.00 sahaja (Plaintif mendakwa harga jualan adalah RM150,000.00). Urusan jual beli ini didalam pengetahuan isteri Hj Sarmon iaitu Siti Amaliah binti Mohd Said (D5). [12] Pertikaian yang membawa kepada tuntutan Plaintif disini adalah D2 mendakwa dia hanya menjual Lot 6 dan 12 sahaja kepada Plaintif melalui Hj Sarmon untuk balasan sebanyak RM60,000.00 sahaja.
Preamble
Menurut D2, selepas harga belian tersebut dibayar, Hj Sarmon meminta agar nama pemilik berdaftar tanah tersebut dari nama D2 kepada nama anak saudara Hj Sarmon iaitu Plaintif. D2 bersetuju dengan syarat Plaintif akan memegang tanah tersebut sebagai amanah bagi pemilik-pemilik lot lain iaitu D3 - D8. D2 mendakwa dia menandatangani Borang 14 A tanpa diterangkan mengenai jumlah balasan yang tercatat adalah RM150,000.00 walaupun harga belian sebenar adalah hanya RM60,000.00 sahaja. D2 hanya menandatangani borang itu selepas diarahkan oleh Hj Sarmon dan dia menandatanganinya atas kepercayaan semua fakta yang tercatit dalam Borang 14A adalah benar mengikut persetujuan D2 dan Hj Sarmon. [13] Mahkamah telah melihat kepada Hak Milik Sementara yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Klang dan mendapati nama Plaintif tercatat sebagai pemilik berdaftar keseluruhan tanah bukan setakat Lot 6 dan 12 sahaja [Ikatan A1 mukasurat 1]. D2 mendakwa dia telah diperdaya menandatangani Borang 14A oleh Hj Sarmon tanpa mengetahui bahawa Plaintif adalah pemilik keseluruhan tanah tersebut dan harga jualan adalah RM150,000.00 dan bukan RM60,000.00. Selain itu, terdapat satu Surat Akuan bertarikh 26.6.2018 yang ditandatangani oleh D2 (ekshibit P3) di mana D2 didalam Surat Akuan itu menyatakan dia bersetuju untuk menjual tanah ini kepada Plaintif dengan harga jualan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, apabila D2 mendakwa dia tidak tahu bahawa harga jualan adalah RM150,000.00 adalah satu penafian terkemudian kerana ekshibit P3 jelas menyatakan harga jualan tanah tersebut kepada Plaintif adalah RM150,000.00. [14] Plaintif telah memgemukakan SP1 - Amirudin bin Saeren - Penolong Pegawai Tanah. Menurut SP1, Plaintif dan D2 hadir ke pejabat tanah untuk menandatangani Borang 14A dan dia sendiri menerangkan kepada kedua-dua mereka kandungan Borang Pindah milik itu dan mereka tidak dipaksa atau ditekan oleh mana-mana pihak ketika menandatangani Borang 14 A tersebut. Adalah jelas dari Borang 14A ini, Plaintif adalah pemilik berdaftar dan pemilik benefisial bona fide yang tidak boleh disangkal hak miliknya atas tanah tersebut. Seksyen 89 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan: -
89
Conclusiveness of register documents of title Every register document of title duly registered under this Chapter shall, subject to the provisions of this Act, be conclusive evidence –
a
that title to the land described therein is vested in the person or body for the time being name therein as proprietor; and
b
of the conditions, restrictions in interest and other provisions subject to which the land is for the time being held by that person or body, so far as the same are required by any provision of this Act to be specified or referred to in that document.” Seksyen 340 Kanun Tanah Negara terpakai di mana ianya memperuntukkan: - “Registration to confer indefeasible title or interest, except in certain circumstances 340 (1) The title or interest of any person or body for the time being registered as proprietor of any land, or in whose name any lease, charge or easement is for the time being registered, shall, subject to the following provisions of this section, be indefeasible.” Mahkamah Persekutuan didalam Bayangan Sepadu Sdn Bhd v Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Selangor [2022] 1 MLJ 701 keputusan Mohd Zawawi bin Salleh (ketika YA HMP) menyatakan: “[44] We are of the view, in the context of the present case, irrespective of whether or not the previous owners are being called to testify, the statement given by them is immaterial, since the appellant has an indefeasible title as the appellant’s name is duly registered in the document of title”. Mahkamah Persekutuan didalam kes ini menjelaskan kedudukan individu yang daftar hakmilik tanah atas namanya. Maka jelas, Plaintif mempunyai milikan yang tidak boleh disangkal atas tanah tersebut. [15] Adalah jelas bahawa daripada geran hakmilik di Ikatan A1 mukasurat 1, Plaintif adalah pemilik keseluruhan tanah tersebut dan bukan untuk Lot 6 dan 12 sahaja. Selain dari itu, status tanah ini adalah tanah pertanian. SP2- Mohd Sharil bin Zainal (Penolong Pegawai Daerah Klang) memaklumkan kepada Mahkamah, semua urusniaga hartanah di Mukim Klang hendaklah didaftarkan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Jika aktiviti penjualan tanah-tanah hak milik yang dipecah bahagian (lot-lot lidi) dan dijual kepada pembeli-pembeli mengikut prosedur dan Kanun Tanan Negara, urusan ini adalah sah dan akan didaftarkan dalam Sistem eTanah. Bagi penjualan lot-lot lidi yang berstatus pertanian (seperti didalam kes ini) urusan ini tidak boleh didaftarkan didalam system eTanah dan penjualannya adalah di luar bidang kuasa pejabat ini. [16] Adalah jelas dari keterangan SP2, ini penjualan lot-lot lidi berstatus pertanian oleh D2 melalui D1 kepada D3 - D8, nama-nama mereka tidak boleh didaftarkan didalam system eTanah dan penjualannya adalah di luar bidang kuasa pejabat tanah. II. Adakah Plaintif seorang bona fide purchaser? [17] D2 mendakwa pindah milik tanah tersebut kepada Plaintif adalah dicemari dengan frod dan butiran yang tidak benar khususnya mengenai harga belian dan tanah tersebut dipegang oleh Plaintif sebagai pemegang amanah. [18] Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan D2 disini kerana beberapa faktor: -
a
Ketika D2 dan Plaintif hadir di pejabat tanah pada 24.9.2019SP1 sebagai Penolong Pegawai Pejabat Tanah telah menerangkan butiran kandungan didalam Borang 14A kepada kedua-dua pihak, dan mereka faham dan telah menandatangani Borang tersebut.
b
Terdapat satu Surat Akuan Sumpah (P3) yang kandungannya sama seperti Borang 14A yang ditandatangani oleh D2.
c
Sejak Plaintif menandatangani Borang 14 A, dia tidak mengsyaki apa-apa kelainan dengan status tanahnya sehinggalah tahun 2022 dia mendapati ada individu lain menduduki tanah tersebut dengan membuat binaan rumah. Jika Plaintif mempunyai pengetahuan bahawa tanah yang dibelinya dari D2 telah dan/akan dijual pada pihak lain, pastinya dia akan memasukkan kaveat, tetapi dia tidak berbuat demikian sehinggalah pada tahun 2022 apabila dia mendapat tahu tanah itu telah dipecah bahagian dan dijual kepada D3 - D8. [19] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan yang dikemukakan oleh peguamcara Plaintif iaitu Pushpaleela R Selvarajah & Anor v Rajamani meyappa Chettiar & Other Appeals [2019] 3 CLJ 441 “The cardinal principle is that the register is everything, and that except in cases of actual fraud on the part of the person dealing with the registered proprietor such person upon the registration of the title under which he takes from the registered proprietor has an indefeasible title against the entire world (see The Bee v Maruhamuthui [1977] 1 LNS 134; [1977] 2 MLJ 7 and Fels v Knowles [1906] 26 NZLR 640] [127] ………. It is now settled that subsequent purchaser in good faith is entitled to raise the shield of indefeasibility and a registered interest of a subsequent purchewser can only be liable to be set aside if the interest is acquired not in good faith”. II. Kedudukan D3 - D8 sebagai pemilik Lot-lot lidi yang dijual oleh D2 melalui D1 [20] Adalah satu fakta yang diakui oleh D2 bahawa dia sebagai pemilik berdaftar asal tanah tersebut, telah memecahkan tanah tersebut kepada 12 lot kecil yang mempunyai keluasan berbeza. Satu Surat Kuasa Wakil diberikan kepada D1 untuk menjual lot-lot kecil ini (selain Lot 6 dan 12) kepada D3 - D8. D1 mengakui menjual lot-lot kecil ini kepada D3 hingga D8. D1 ketika pemeriksaan balas oleh peguamcara Plaintif mengakui bahawa lot-lot kecil ini sebelum dijual kepada D3 hingga D8 tidak pernah ditukar kategori dari pertanian ke pembangunan. D1 ketika pemeriksaan balas juga bersetuju dengan cadangan peguamcara Plaintif bahawa walaupun di bawah Klausa 3 perjanjian jual beli yang dimasuki antaranya dengan D3 - D8, dia diberi kuasa untuk tukar kategori tanah dan pecah bahagian namun dia tidak melakukannya. [21] Mahkamah mendapati D1 telah bertindak di luar kuasanya sebagai pemegang Surat Kuasa Wakil bagi pihak D2 untuk urusan jual beli tanah melibatkan D3 hingga D8. Di bawah Klausa F dan Klausa 2 Perjanjian Jual Beli yang dimasuki oleh Defendan-defendan seperti Ikatan A1 mukasurat 37 dan 48; Penjual (D1) dan (D2) bersetuju untuk mendaftarkan satu Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) untuk menjaga kepentingan pembeli sebaik sahaja semua lot-lot yang dipecahkan selesai dijual dan pembeli telah menjelaskan semua bayaran mengikut lot masing-masing kepada pihak penjual. Surat Ikatan Amanah ini tidak didaftar. Pada setiap masa material, Defendan-defendan mendapat khidmat nasihat peguam iaitu Tetuan Khamdan & Co. [22] D3 hingga D8 mempunyai remedy dibawah perjanjian jual beli tersebut iaitu di bawah Klausa 4 Ikatan A1 mukasurat 49, dimana jika kepentingan D3 hingga D8 sebagai pembeli tidak terjamin, maka mereka berhak untuk menuntut kembali pembayaran yang dibuat oleh mereka dan penjual pula hendaklah membayar kembali wang tersebut. Defendan-defendan bersetuju mereka tidak mengambil apa-apa langkah samada untuk masukkan kaveat atas tanah tersebut sekurang-kurangnya memandangkan Surat Ikatan Amanah untuk menjamin kepentingan mereka tidak disediakan oleh D1 dan D2 dan didaftarkan di pejabat tanah. Adalah jelas Defendan-defendan telah cuai dalam melindungi hak mereka atas tanah tersebut. Mahkamah telah melihat “demeanour” setiap Defendan-defendan dan mendapati mereka seoalah-olah tidak ambil kisah dan peduli status tanah yang mereka beli iaitu untuk berusaha membuat semakan dengan pejabat tanah samada lot-lot kecil sebegini jika dibeli boleh didaftarkan atas nama mereka sebagai pemilik, samada D1 dan D2 telah mendaftarkan Surat Ikatan Amanah bagi memastikan kepentingan mereka atas tanah tersebut terjamin. Hanya setelah Plaintif memfailkan tindakan ini, mereka kelam kabut untuk mengetahui status tanah tersebut dan membuat tuduhan Plaintif membuat penipuan dalam mendaftarkan tanah tersebut ke dalam namanya, sedangkan ianya dilakukan dengan persetujuan dan pengetahuan D2 sebagai pemilik berdaftar yang asal. [23] Oleh kerana dokumen hak milik didalam Ikatan A1 mukasurat 1 hanya menunjukkan nama Plaintif sahaja, maka lot-lot kecil yang dijual kepada D3 - D8 adalah tanah Plaintif kerana tiada usaha di pihak Defendan-defendan untuk memastikan kepentingan mereka atas lot-lot tanah itu terjamin. Kecuaian Defendan-defendan ini tidak boleh dibantu oleh Mahkamah kerana D1 dan D2 sepatutnya melakukan apa yang tertera di dalam Klausa F dan Klausa 2 namun mereka gagal melakukannya. III. Adakah Plaintif memegang tanah tersebut sebagai Pemegang Amanah bagi pihak D3 - D8 [24] D2 mendakwa dia telah memberitahu Hj Sarmon bahawa dia bersetuju untuk menandatangani Borang 14A untuk memindah milik tanah itu kepada Plaintif atas 2 syarat iaitu pindah milik itu hanya melibatkan Lot 6 dan 12 sahaja dan Plaintif memegang tanah itu atas amanah. Hj Sarmon telah meninggal dunia. Defendan-defendan telah mengemukakan isteri Hj Sarmon iaitu Siti Amaliah (SD5). Menurut SD5, dia tahu bahawa arwah suaminya memang berniat supaya tanah tersebut dipegang oleh Plaintif atas amanah. Plaintif menghujahkan keterangan SD5 terjatuh di bawah Seksyen 122 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: - Communications during marriage
122
No person who is or has been married shall be compelled to disclose any communication made to him during marriage by any person to whom he is or has been married; nor shall be permitted to disclose any such communication unless the person who made it or his representative in interest consents, except in suits between married persons or proceedings in which one married person is prosecuted for any crime committed against the other:
Preamble
Menurut SD5, dia tahu berkenaan hasrat suaminya supaya tanah tersebut dipegang oleh Plaintif sebagai amanah dan kemudian Plaintif akan hibahkan tanah-tanah itu kepada pemilik-pemilik lain dan Plaintif mempunyai pengetahuan berkenaannya. Selain daripada keterangan lisan SD5 yang bercakap bagi pihak arwah suaminya Hj Sarmon, tiada dokumen lain yang mengesahkan bahawa Hj Sarmon memang berniat supaya tanah itu dipegang oleh Plaintif atas amanah bagi pembeli-pembeli lain (D3 - D8). [25] Ketika pemeriksaan balas SD5, dia mengatakan bahawa cadangan supaya Plaintif menghibahkan tanah-tanah itu adalah cadangan arwah suaminya dan ianya dicadangkan selepas nama Plaintif didaftarkan atas tanah tersebut. Hj Sarmon bukan pemilik berdaftar tanah tersebut tetapi Plaintif, apa yang ingin dilakukan atas tanah tersebut adalah budibicara Plaintif dan bukan Hj Sarmon atau mana-mana pihak ketiga yang lain. [26] D2 juga mendakwa dia dan Hj Sarmon telah bersetuju untuk memindah milik tanah tersebut kepada Plaintif sebagai pemegang amanah bagi pihak D3 hingga D8. Tiada sebarang dokumen bertulis yang dikemukakan oleh D2 untuk menyokong pernyataannya ini. Dakwaan D2 bahawa Plaintif tidak membayar RM150,000.00 untuk pembelian tanah tersebut sebaliknya hanya membayar RM60,000.00 sahaja (dinafikan sekeras-kerasnya oleh Plaintif) jelas bertentangan dengan Borang 14A dan Akuan Bersumpah D2 (P3). Selain itu kedua-dua dokumen ini tidak menyebut bahawa Plaintif memegang tanah tersebut sebagai pemegang amanah. Keterangan lisan yang cuba dibawa masuk oleh Defendan-defendan atas isu kedudukan Plaintif sebagai pemegang amanah adalah tidak selari dengan peruntukan Seksyen 91 dan 92 Akta Keterangan. [27] “Parol Evidence Rule” adalah termaktub kepada peruntukan di bawah Seksyen 91 dan Seksyen 92 Akta Keterangan yang menjelaskan bahawa tiada keterangan lisan boleh menafikan dan/ atau mengubah terma-terma yang sedia tertulis dan termaktub dalam sesebuah perjanjian bertulis seperti dokumen hak milik dan Surat Akuan D2. Mahkamah Persekutuan dalam kes Keng Huat Film Co Sdn Bhd v Makhanlall (Properties) Pte Ltd [1984] 1 MLJ 243 menyatakan seperti berikut: - “As far as our law is concerned, the exclusion of oral by documentary evidence, is governed by section 91 to 99 of the Evidence Act 1950. Section 91 provides that the contents of a document must be proved by the document itself, and section 92 provides that subject to certain provisos, no evidence of any oral agreement or statement shall be admitted for the purpose of contradicting, varying, adding to, or subtracting from its terms.” For the construction of a written agreement the established doctrine is firstly to exclude evidence of negotiations leading up to the contract on the ground that it is only the final agreement which records a consensus and as such evidence of negotiations is unhelpful; and secondly to exclude evidence of the parties' subjective intentions so that any individual purpose which either of them hopes to achieve by the agreement on their own interpretation and understanding of the agreement is not admissible." Adalah jelas dakwaan Defendan-defendan bahawa Plaintif memegang tanah tersebut sebagai pemegang amanah adalah tidak berasas kerana tiada bukti sokongan yang boleh mengatasi apa yang diberi secara bertulis iaitu daftar hak milik dan Surat Akuan Sumpah D2. Tambahan lagi Mahkamah ini tidak boleh mengganggu atau menyemak semual terma yang telah dipersetujui dan termaktub dalam surat akuan sumpah D2 sepertimana prinsip yang diturunkan dalam kes Malaysian Motor Insurance Pool v. Tirumeniyar Singara Veloo [2019] 10 CLJ di mana Alizatul Khair Othman Khairudin, Hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu) menyatakan: “Even if, on the off chance we were to take a view that there is ambiguity in the insurance policy, and that exception (ii) applies to the first defendant in as much as it applies to the second defendant, we think such a strained construction clearly runs foul of the contra proferentum rule. If the plaintiff intended to exclude coverage of this kind to the first defendant, they could have simply included that exemption in the insurance policy. It is not for us to rewrite the contract in a manner favourable to them. By default, the plaintiff cannot now escape liability to indemnify the third defendant vis-àvis the first defendant.” IV. Remedi [28] Plaintif menuntut deklarasi antara lain: -
i
Perintah deklarasi Surat Kuasa Wakil Bertarikh 19.8.2008 antara D1 dan D2 adalah terbatal dan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan;
II
(ii) perintah deklarasi bahawa pembahagian lot bagi tanah tersebut kepada 12 lot-lot kecil adalah tidak sah dan selaras dengan peruntukan menurut Seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara;
III
(iii) perintah deklarasi bahawa keseluruhan pindah milik tanah tersebut oleh D2 kepada Plaintif melalui Borang 14A yang bertarikh 24.9.2019 adalah sah dan berkuatkuasa;
IV
(iv) perintah deklarasi bahawa Plaintif adalah pemilik berdaftar dan pemilik benefisial yang mempunyai hak milik yang tidak boleh disangkal terhadap keseluruhan tanah tersebut; dan
v
Defendan-defendan menyerahkan milikan kosong. [29] D2 pula menuntut balas untuk: -
i
Deklarasi bahawa pindah milik tanah tersebut kepada Plaintif adalah tidak sah dan tidak memberi kesan;
II
(ii) D2 juga memohon agar Pentadbir Tanah Klang hendaklah membatalkan pindah milik kepada Plaintif dan mendaftarkan semula nama D2 sebagai pemiilik berdaftar tanah tersebut;
III
(iii) Plaintif hendaklah mengemukakan dan/ atau menyerahkan salinan asal suratan hakmilik individu tanah tersebut kepada D2 dalam masa 7 hari dari tarikh penghakiman untuk D2 menyempurnakan urusan pendaftaran semula D2 sebagai pemilik tanah tersebut;
IV
(iv) Kegagalan Plaintif berbuat demikian dalam masa 7 hari tersebut; maka Pentadbir Tanah Klang diperintahkan untuk mendaftarkan nama D2 sebagai pemilik tanah tanpa perlu D2 kemukakan salinan asal suratan hak milik individu tanah tersebut;
v
satu deklarasi bahawa Hj Sarmon dan/atau penamanya dan/ atau Plaintif adalah pemilik benefisial Lot 6 dan 12 tanah tersebut; dan atau alternatifnya;
VI
(vi) sekiranya pindah milik itu sah, satu deklarasi bahawa pindahmilik kepada Plaintif atas tanah tersebut adalah sebagai pemegang amanah kepada D3 - D8. [30] D1, D3 - D8 pula menuntut balas sama seperti D2 kecuali D3 - D8 memohon Mahkamah satu deklarasi mengisytiharkan mereka orang berkepentingan dan/ atau pemilik benefisial bagi lot-lot tanah yang mereka beli. Secara alternatifnya, Plaintif memegang tanah tersebut sebagai pemegang amanah bagi pihak mereka. [31] Berdasarkan alasan-alasan diatas, adalah jelas Plaintif adalah pemilik berdaftar dan benefisial tanah tersebut. Surat Wakil bertarikh 19.8.2008 antara D1 dan D2 tidak mempunyai apa-apa kesan undang-undang kerana tidak daftarkan di Pejabat Tanah dan Galian Klang, selain tidak didaftarkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Berkenaan pembahagian lot-lot kecil tanah tersebut, saksi pejabat tanah menjelaskan kepada Mahkamah tiada masalah untuk dipecah-pecahkan tetapi didalam kes ini, status tanah itu adalah tanah pertanian dan pemilik lot-lot kecil ini tidak boleh didaftarkan didalam Sistem eTanah; maka pembahagian tanah tersebut kepada 12 bahagian tidak memberi apa-apa kesan undang-undang. Oleh kerana Plaintif adalah pemilik berdaftar tanah tersebut, maka Defendan-defendan perlu mengosongkan tanah tersebut kerana mereka menduduki tanah tersebut tanpa kebenaran Plaintif. [32] D3 - D8 telah membeli tanah tersebut atas risiko mereka sendiri kerana telah dijelaskan didalam Jadual Pertama Seksyen 4 setiap Perjanjian Jual beli bahawa lot-lot tanah yang mereka beli adalah tanah pertanian dimana pindah milik tidak boleh dibuat kerana belian dan jualan kurang dari 1 ekar. Ini adalah klausa dalam perjanjian jual beli antara D2 dan D3 - D8. Kesemua Defendan sedar akan kewujudan klausa ini. Sekiranya Mahkamah mengiktiraf mereka sebagai pembeli bona fide sekalipun, pendaftaran lot-lot itu atas nama mereka adalah mustahil kerana Seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara tidak membenarkan urusniaga berkenaan dengan mana-mana tanah kategori pertanian akan dikuatkuasa jika ianya mempunyai kesan mewujudkan bahagian yang dipecahkan akan berupa kurang daripada 2/5 hektar. D3 - D8 adalah terikat dengan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani mereka dengan D2. Mahkamah merujuk kepada kes Polygram Records Sdn Bhd v. Hillary Ang & 4 Ors (collectively known as 'The Search') Anor [1994] 3 MLJ 127 di mana Visu Sinadurai telah menyatakan: …The general principle of law, of course, is that a party who signs a written contract is bound by the terms of the contract, except in the limited cases where fraud, undue influence, or misrepresentation may be established. This rule is so strict that even if a party to a contract has not read the contents of a contract, he is held to be bound by its terms. In the leading case of L'Estrange v F Graucob [1934] 2 KB 394, Scrutton LJ pronounced (at p 403): When a document containing contractual terms is signed, then, in the absence of fraud, or, I will add, misrepresentation, the party signing it is bound, and it is wholly immaterial whether he has read the document or not. [Penekanan ditambah] [33] Hanya satu remedi sahaja yang boleh digunakan atas D3 sehingga D8 adalah menuntut dari penjual akan kegagalan mereka menjamin hak pembeli atas tanah tersebut seperti peruntukan Seksyen 4 Perjanjian Jual Beli. [34] Bagi deklarasi bahawa Plaintif memegang tanah tersebut sebagai pemegang amanah, ianya tidak timbul kerana kegagalan Defendan-defendan membuktikan inilah yang dipersetujui antara Plaintif dan D2 sebelum tanah tersebut dipindah milik. C. KESIMPULANNYA [35] Tugas Mahkamah adalah menimbangkan dan memutuskan atas beban imbangan kebarangkalian atas keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi berdasarkan keterangan lisan dengan sokongan keterangan bebas dan keterangan dokumentar berkenaan kewujudan sesuatu fakta. Mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata pada keterangan lisan tanpa sokongan keterangan bebas dan dokumentar dan menganggap ianya wujud; ini namanya mencipta fakta dan ianya tidak dibenarkan oleh undang-undang. [36] Setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti dokumen-dokumen yang difailkan Mahkamah memutuskan atas beban bukti imbangan kebarangkalian, tuntutan Plaintif dibenarkan untuk para 68 (d), (e), (f) dan (g). Untuk perenggan (a), (b) dan (c) tiada sebarang perintah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian apabila status dokumen itu sendiri tidak sah kerana tidak didaftarkan, bagaimana ianya boleh mempunyai kesan undang-undang untuk dikuatkuasakan. Mahkamah juga menolak tuntutan balas kesemua Defendan-defendan. Kos tindakan sebanyak RM10,000 dibayar oleh Defendan-defendan kepada Plaintif. Bertarikh 28 Ogos 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Tetuan Ibrahim & Fuaadah No. 12F, Jalan Bidara 8, SU Mall, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan PEGUAMCARA BAGI PIHAK DEFENDAN PERTAMA, DEFENDAN KETIGA, DEFENDAN KEEMPAT, DEFENDAN KELIMA, DEFENDAN KEENAM, DEFENDAN KETUJUH DAN DEFENDAN KELAPAN : Tetuan Khamdan & Co Wisma Khamdan, No. 27, Jalan Keluli AM 7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan PEGUAMCARA BAGI PIHAK DEFENDAN KEDUA : Tetuan Azam Lim & Pang Suite 2B-10-1, Tingkat 10, Blok 2B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.