syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga. [59] Dengan kata yang lain, ketidakpengesahan Pemohon pada kali pertama adalah disebabkan Pemohon gagal untuk memenuhi syarat-syarat yang diperlukan. [60] Di dalam masa yang sama, walaupun Pemohon telah berkhidmat melebihi 6 tahun di Gred DG48 sepertimana yang diperlukan, namun Perenggan 3 Kaedah Perlaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma di Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensyaratkan bahawa seseorang pegawai tersebut perlu bebas dari tindakan tatatertib dan mendapat perakuan oleh Ketua Jabatan. [61] Sebagai seorang penjawat awam, Pemohon adalah terikat dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatannya. Perkara ini pernah disentuh oleh Hakim Suffian HMP (pada ketika itu) di dalam kes Government of Malaysia v Rosalind Oh Lee Pek Inn [1973] 1 MLJ 222 seperti berikut: “I should add that the contract between a public servant such as the plaintiff and the government is of a very special kind, for as was stated by Ramaswami J. at page 1984 when delivering the judgement of the Indian Supreme Court in Roshan Lal v Union of India⁽³⁾ “It is true that the origin of Government service is contractual. There is an offer and acceptance in every case. But once appointed to his post of office the Government servant acquires a status and his rights and obligations are no longer determined by consent of both parties, but by statute or statutory rules which may be framed and altered unilaterally by Government … The hall-mark of status is the attachment to a legal relationship of rights and duties imposed by the public law and not by mere agreement of the parties.” [penekanan ditegaskan] [62] Selanjutnya, di dalam kes Pengarah Pelajaran, Wilayah Persekutuan v Loot Ting Yee [1982] 1 MLJ 68, Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan mengenai undang-undang berkaitan perkhidmatan awam di Malaysia seperti berikut: “The law relating to civil service in Malaysia is based upon a twin principle that every employee holds office during pleasure of the Yang di-Pertuan Agong and that the qualifications for appointment and conditions of service are regulated by him, in addition and subject to any law on the same subject matters having been made by Parliament. So far Parliament has not yet made any law on the subject of civil service except the Pensions Ordinance and Parliamentary Service Act (No. 12 of 1963). These two Acts are irrelevant in the present appeal. The constitution prescribes no limit on the scope and extent of the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong but when power to dismiss and employee or to reduce him in rank is to be exercised, the Constitution prescribes procedural restrictions as to the manner and by whom this power exercisable. Thus the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong not only applies to tenure of office of an employee but also extends to a multitude of subject matters such as appointments, promotions, transfers, salaries, leaves and other benefits. These are all being regulated by civil service rules known as Perintah-Perintah Am made by the Yang di-Pertuan Agong under Clause 2 and Article 132 and also various circulars, instructions issued from time to time by appropriate authorities in the Government.” [penekanan ditegaskan] [63] Merujuk kepada kes DC Contractor Sdn Bhd V Universiti Pertahanan Nasional Malaysia [2014] 11 MLJ 633, Mahkamah telah memutuskan bahawa walaupun Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2009, tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang, ianya tetap mempunyai kuat kuasa dari segi pemakaian dan pematuhan, yang mana menyatakan seperti berikut: “[105] In this case, it is the court’s finding that the guidelines known as Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2009 do, have force and effect to the defendant. By ‘force’, it does not necessarily mean force of law; but application effect and compliance. The details of this Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP 8/2009) can be found at pp 165-174 of bundle B. According to SPP 8/2009, its object is to: memaklumkan semua Kementerian, Jabatan dan badan Berkanun (Agensi) mengenai peraturan dan kaedah pelantikan kontraktor bagi menyiapkan projek-projek sakit yang telah ditamatkan. [106] It appears from SPP 8/2009 issued by the Ministry of Finance that whole purpose of the guidelines is to prescribe certain procedures that must be followed before ‘projek sakit’ may be terminated and new contractors appointed to complete the works under the ‘projek sakit’. Certain committees will have to be set up before such actions can be taken. In particular, a ‘Laporan Projek Sakit’ must be prepared using a prescribed format. It is upon the decision of the committee established under SPP 8/2009 that a termination can then be properly and validly taken.” [penekanan ditegaskan] [64] Pendekatan yang sama, turut digunapakai oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Majlis Perubatan Malaysia & Anor v Asia Pacific Higher Learning Sdn Bhd (registered owner and licence holder of the private institute of higher learneing under the name of Lincoln University College) [2022] 6 MLJ 529, yang mana memutuskan seperti berikut: “[33] In our judgement, the first defendant cannot disown its Accreditation Guidelines as non-binding. The guidelines is binding on the defendants as much as it binds the provider of medical programmes. As learned counsel for the plaintiff puts it, the defendants must not equate the force of law with legal consequences any non-compliance. Just like the Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2009 in DC Contractor Sdn Bhd, the Accreditation Guidelines did have force and effect to the defendant. Thus, the first defendant have a duty to comply with the Accreditation Guidelines for the purpose of the First and second survey panel visits.” [penekanan ditegaskan] [65] Tindakan tatatertib yang dihadapinya menyebabkan Pemohon tidak diperakukan oleh Ketua Jabatannya dan selanjutnya tidak disahkan kenaikan pangkatnya. [66] Kedudukan Pemohon seterusnya terjejas apabila Pemohon telah dijatuhi hukuman “amaran” bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di dalam tindakan tatatertib. Berdasarkan Perenggan 6 Dasar Kenaikan Pangkat Bagi pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib, tempoh tidak layak bagi pertimbangan kenaikan pangkat seseorang yang dikenakan hukuman amaran adalah selama 12 bulan. [67] Berikutan itulah, Pemohon hanya dinaikkan pangkat ke Gred DG52 Khas Untuk Penyandang berkuatkuasa pada 28/1/2021 iaitu sehari selepas tamat tempoh Pemohon tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat. [68] Mahkamah turut di peringkat ini mempertimbangkan bahawa Pemohon tidak pernah pada bila-bila masa mencabar keputusan tatatertib ke atasnya. Ini dengan kata yang lain, Pemohon menerima hukuman tersebut. Oleh itu, tindakan Responden-responden ke atas Pemohon adalah berasaskan kepada suatu yang tidak dipertikaikan oleh Pemohon dan ianya berasas. [69] Berdasarkan analisis ini serta setelah meneliti peruntukan-peruntukan yang merupakan peraturan-peraturan yang digunapakai di dalam kenaikan pangkat seseorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan-tindakan serta keputusan-keputusan oleh Responden-responden dibuat berlunaskan peruntukan undang-undang. Tiada sebarang penafian keadilan sejagat ke atas Pemohon telah berlaku. [70] Oleh itu, bagi isu (a) Mahkamah berpandangan ia tidak menjejaskan keputusan yang telah dibuat. Isu (b); sama ada terdapat kesalahan tatacara apabila Responden-responden telah tidak memperakukan permohonan kenaikan pangkat Pemohon ke Gred DG52 pada tahun 2018 [71] Isu (b) adalah sangat berkait dengan isu (a) di mana Peguam Pemohon menghujahkan berkaitan kegagalan Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan Pemohon untuk memperakukan kenaikan pangkat Pemohon dari DG48 ke DG52. [72] Premis hujahan Peguam Pemohon adalah di atas alasan Responden Kedua telah mempertimbangkan permohonan Pemohon untuk urusan kenaikan pangkat secara Time-Based berdasarkan Kecemerlangan (TBBK) ke Gred DG52 (KUP), namun permohonan tersebut telah tidak diperakukan oleh Responden Kedua dan membawa ianya untuk pertimbangan Responden Keempat. Ini menyebabkan Responden Keempat yang telah bersidang pada 17/12/2018 memutuskan bahawa Pemohon tidak terpilih dan/atau gagal untuk dinaikkan pangkat bagi urusan kenaikan pangkat ke Gred DG52. Namun Pemohon menghujahkan bahawa keputusan Pemohon tidak terpilih adalah tidak pernah dimaklumkan dan makluman oleh Responden Keempat juga tanpa menyatakan sebab yang jelas mengapa Pemohon telah tidak terpilih. [73] Alasan yang dikemukakan kini serta secara inferens adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang dikemukakan, Pemohon pada masa yang material sedang berhadapan dengan tindakan tatatertib. Oleh itu, Peguam Pemohon menghujahkan bahawa Responden-responden melakukan suatu kesalahan tatacara (procedural impropriety) apabila telah tidak memperakukan permohonan kenaikan pangkat pemohon sebagai PPP Gred DG52 (KUP) pada tahun 2018 di atas sebab Pemohon sedang dalam prosiding tatatertib sedangkan Pemohon belum lagi dituduh atau menjalani apa-apa prosiding tatatertib pada tahun 2018. [74] Fakta yang tidak dipertikaikan adalah Pemohon hanya telah diberi notis bagi suatu tindakan tatatertib melalui Surat Tindakan Tatatertib Tidak Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat di bawah Peraturan 36 PPPA (K&T) 1993 bertarikh 30/9/2019 sepertimana di ekshibit “IB-6”. [75] Di dalam menimbang isu ini, Mahkamah sekali lagi diingatkan bahawa relif yang dipohon oleh Pemohon bukan sama sekali menjurus kepada membatalkan atau mempertikaikan keputusan Ketua Jabatan yang tidak memperakukan kenaikan pangkat Pemohon pada tahun 2018. Pemohon tidak pernah pada bila-bila masa sama ada melalui Semakan Kehakiman atau Afidavit Sokongan memplidkan atau menjawab isu berkaitan tindakan Ketua Jabatan tidak memperakukan kenaikan pangkatnya. Oleh itu, secara asasnya, fakta ini menjadi suatu fakta yang tidak dipertikaikan. [76] Di dalam apa jua keadaan, Mahkamah berpandangan bahawa perakuan Ketua Jabatan adalah diperlukan di atas sifat dan kapasiti Ketua Jabatan yang bertanggungjawab mengawasi dan menilai prestasi perkhidmatan Pemohon. Perakuan yang dibuat oleh seseorang Ketua Jabatan adalah merupakan penilaian peribadinya. [77] Mahkamah berpandangan bahawa di dalam sesuatu permohonan Semakan Kehakiman sepertimana di dalam kes ini, tugas dan fungsi Mahkamah adalah terhad ke atas isu-isu perundangan sahaja. Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji serta memutuskan perkara fakta yang hanya berada di dalam pengetahuan serta pertimbangan pihak berkuasa yang memutuskan sesuatu keputusan. [78] Perkara ini pernah disentuh oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Peguam Negara Malaysia v Chin Chee Kow (as secretary of Persatuan Kebajikan Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan) and another appeal [2019] 3 MLJ 443. [79] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa asas ke atas keputusan Ketua Jabatan untuk tidak memperaku kenaikan pangkat Pemohon adalah suatu yang berada di luar bidang kuasa Mahkamah. [80] Di dalam masa yang sama Mahkamah turut berpandangan bahawa fakta menunjukkan Ketua Jabatan telah mengesahkan tidak memperakui permohonan Pemohon. Ini dengan sendirinya membuktikan bahawa Responden telah memenuhi keperluan prosedur yang diperlukan dan Hujahan Peguam Pemohon berkaitan ketidakpatuhan prosedur adalah tidak berasas. Isu (c); sama ada Responden-responden gagal untuk mematuhi “procedural fairness” kerana telah membawa tindakan disiplin dengan sebegitu lewat hampir 4 tahun [81] Selanjutnya Peguam Pemohon turut menghujahkan bahawa kelewatan selama hampir empat tahun untuk Responden-responden mengenakan notis tindakan tatatertib keatas Pemohon menyebabkan suatu ketidakadilan substantif berlaku ke atas Pemohon dan ianya memberi kesan langsung dari kegagalan Responden-Responden mematuhi ‘procedural fairness’ dalam membawa tindakan disiplin dengan sebegitu lewat. [82] Peguam Pemohon telah membawa perhatian Mahkamah ini ke atas kes Dr Ahmad Jaafar Musa v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran [2017] 1 LNS 2236 yang melibatkan isu kelewatan mengambil tindakan tatatertib, Hakim Shamsuddin Hassan HMT menyatakan; “(viii) Seperkara lagi Mahkamah ingin tekankan di sini ialah dalam tahun 2011 didapati Pemohon telah pun menerima sepucuk surat bertarikh 5.8.2011 daripada Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak meminta beliau memberi sebab ketidakhadirannya. Pemohon telah pun memberi penjelasannya melalui surat bertarikh 15.8.2011.