8 CLJ 729. Mahkamah berkata: “The learned trial judge ought to have given credence to the evidence of the expert, especially so when it remained unchallenged and no expert was called by the defence to refute the evidence.” [40] Mahkamah bersetuju dengan Tuan Majistret apabila beliau memutuskan untuk menolak tuntutan gantirugi khas bagi kos rawatan masa hadapan disiplin aesthetic. Majistret di dalam Alasan Penghakimannya berkata: “Berdasarkan keterangan SP3 yang merupakan seorang Doktor Aesthetic dari Idealyst Clinic Sdn Bhd, kos keseluruhan rawatan aesthetic adalah sebanyak RM240,000.00 dan Perayu/Plaintif memohon 1/3 daripada jumlah kos rawatan tersebut.” 17 [41] Mahkamah tidak menafikan bahawa melalui Laporan Pakar Perayu/Plaintif, terdapatnya “poor aesthetic scar dorsum of right foot and the scar cosmetic deformity will be permanent”, namun Mahkamah ini bersetuju dengan Tuan Majistret bahawa ianya tidak akan menjejaskan langsung kehidupan seharian Perayu/Plaintif. Berdasarkan kepada jawapan SP3 semasa soal balas oleh Peguam Defendan, treatment ini tidak boleh menghapuskan terus parut ini cuma ianya boleh mengurangkan parut semaksimum mungkin sahaja. [42] Seterusnya Mahkamah bersetuju dengan dapatan bahawa tuntutan Perayu/Plaintif adalah suatu tuntutan yang agak melampau sehingga membebankan pihak Responden/Defendan. Dalam keadaan ini Mahkamah berpendapat bahawa sesuatu tuntutan itu perlu diseimbangkan dengan kecederaan yang dialami oleh pihak Perayu/Plaintif. [43] Berdasarkan gambar kecederaan, ianya menunjukkan kecederaan yang dialami tidak akan menjejaskan kehidupan seharian Perayu/Plaintif yang mana ianya tidak akan menjejaskan perwatakan Perayu/Plaintif. [44] Selain itu, Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya kecederaan tersebut dialami pada bahagian muka Perayu/Plaintif atau pada mana-mana bahagian yang ketara dan Perayu/Plaintif mempunyai kerjaya dalam bidang kecantikan, kewartanan, seni (pelakon/penyanyi) dan lain-lain. [45] Namun begitu di dalam kes ini kecederaan yang dialami adalah pada bahagian kaki dan berdasarkan kepada Alasan Penghakiman Tuan 18 Majistret bahawa walaupun rawatan tersebut diberikan ianya hanya akan mengurangkan kesan parut yang ada dan bukannya menghilangkan atau mengembalikan keadaan kaki Perayu/Plaintif kepada keadaan asal. [46] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat Tuan Majistret tidak khilaf apabila memutuskan untuk menolak tuntutan gantirugi untuk kos rawatan masa hadapan bagi disiplin aesthetic ini. D. KESIMPULAN [47] Berdasarkan alasan yang diberikan di atas, Mahkamah ini menolak rayuan Perayu/Plaintif dengan kos sebanyak RM1,500.00 Tarikh: 18 September 2018. (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Kelantan. 19 Peguamcara Perayu/Plaintif En. Noor Nirman Hizwar bin Hussien, Tetuan Azizi Hizwar & Co, Peguambela & Peguamcara, Lot 2954, Tingkat 1, Jalan Putra, Bandar Baru Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Peguamcara Responden/Defendan Pn. Noor Syahida binti Safiay, Tetuan Othman Hashim & Co, Peguambela & Peguamcara, 1st Floor, PT 371, Rumah Kedai Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan.