Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-56-11/2022 ANTARA NORSHUHADA BINTI SHAHARUDDIN (NO. K/P: 800203-02-5458) … PLAINTIF
BA-23NCvC-56-11/2022
High Court of Malaysia19 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kilnya, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] MLJU 02 memutuskan bahawa – The civil standard of a balance of probabilities is in accord with the requirement for proof under our Evidence Act 1950 where the word “proved” is interpreted in the following manner: Section 3 –“proved” : a fact is said to”
“si Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Kok Choong Seng & Anor v Soo Cheng Lin and Another Appeal [2018] 1 MLJ 685 telah menerima pakai prinsip dalam Woodland v Swimming Teachers Association and others [2014] AC 537 dan memutuskan bahawa prinsip tanggungjawab hospital yang tidak boleh didelegasi adalah terpakai. Selanjutn”
“t prove that those facts exist. [21] Dalam kes Inas Faiqah binit Mohd Helmi (Seorang Kanak-kanak yang mendakwa melalui bapa dan sahabat wakilnya, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] MLJU 02 memutuskan bahawa – The civil standard of a balance of probabilities is in accord with the requirement for”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-56-11/2022 ANTARA NORSHUHADA BINTI SHAHARUDDIN (NO. K/P: 800203-02-5458) … PLAINTIF
1
SYED FAIZAL SHAH BIN SYED GULZAR ALI SHAH (NO. K/P: 830212-14-5029) Sebagai Wasi Tunggal kepada Harta Pusaka Dr. Zarina Bibi Binti Shah Mohd [Si Mati] [No. MMC: 22471]
2
DR. MOHD DAUD BIN YAHYA [NO. MMC: 23256] (No. K/P: 530604-07-5395)
3
HOSPITAL BERSALIN & POLIKLINIK PUSRAWI (Dahulu dikendalikan oleh Pusrawi Corporation Sdn Bhd) (No. Syarikat: 266199-X) Dan sekarang dimiliki oleh DBM Medical Group Sdn Bhd 12/02/2026 22:37:25 BA-23NCvC-56-11/2022 Kand. 216 (No. Syarikat: 1533667-P) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Ini adalah keputusan Mahkamah Tinggi selepas perbicaraan penuh yang membenarkan tuntutan plaintif terhadap defendan pertama dan ketiga dengan kos pada 19.12.2025. [2] Tuntutan plaintif melibatkan kausa tindakan kecuaian perubatan yang berlaku pada 11.1.2019 di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi (defendan ketiga). B. LATAR BELAKANG [3] Plaintif adalah seorang pesakit yang dirawati di Hospital Bersalin & Polikinik Pusrawi (Hospital Pusrawi) iaitu defendan ketiga semasa kehamilan anak keenam plaintif pada sekitar bulan Januari 2019. Defendan pertama dan defendan kedua adalah pegawai perubatan yang pernah bekerja di hospital defendan ketiga. [4] Defendan pertama merupakan doktor yang merawat plaintif pada 11.1.2019. Manakala defendan kedua ialah doktor yang melakukan pembedahan ceasarian terhadap plaintif. Berhubung dengan defendan kedua, suatu penghakiman ingkar telah direkodkan terhadap defendan kedua oleh hakim bicara terdahulu namun tuntutan terhadap defendan kedua tidak diteruskan kerana kebankrapan defendan kedua. Manakala defendan ketiga merupakan hospital yang mana plaintif menerima rawatan. [5] Tuntutan plaintif ini yang difailkan pada 23.11.2022 hanya berjaya dilupuskan pada 19.12.2025. Kelewatan pelupusan ini disumbangkan oleh beberapa faktor, antaranya kematian Dr Zarina Bibi bt Shah Mohd iaitu defendan pertama yang asal dan penamaan defendan pertama yang baharu selaku wasi tunggal Dr Zarina iaitu Syed Faizal Shah bin Syed Gulzar Ali Shah (Dr Zarina) menurut Aturan 15 Kadah 6A(4) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 menerusi perintah ex-parte bertarikh 13.1.2023. Selain itu, terdapat penangguhan sambung bicara sebanyak empat kali oleh peguam cara defendan pertama atas alasan kesihatan dan kematian ahli keluarga. Rujukan kepada defendan pertama di sini adalah merujuk kepada Dr Zarina. [6] Mahkamah ini juga terpaksa menangguhkan keputusan yang ditetapkan lebih awal pada 26.9.2025 kerana mendengar permohonan oleh peguam cara defendan pertama untuk saya selaku hakim bicara disingkirkan daripada mendengar dan memutuskan tuntutan plaintif. Asas permohonan peguam cara defendan pertama adalah kerana Mahkamah ini telah meneruskan sambung bicara pada 26.9.2025 tanpa kehadiran peguam cara defendan pertama. [7] Pada 28.11.2025, setelah meneliti afidavit-afidavit dan hujahan-hujahan oleh kesemua pihak, saya telah menolak permohonan peguam cara defendan pertama tersebut yang difailkan melalui Kandungan 155 dengan kos. Pihak defendan pertama telah merayu terhadap keputusan tersebut dan Alasan Penghakiman bertarikh 23.1.2026 telah disediakan. [8] Selanjutnya Mahkamah ini meneruskan dengan arahan pemfailan hujahan bertulis dan penetapan tarikh keputusan bagi Kandungan 1 pada 19.12.2025. FAKTA MATERIAL [9] Insiden dalam kes ini melibatkan proses kelahiran anak keenam plaintif pada usia plaintif 39 tahun. Mulai awal kehamilan dari bulan Ogos 2018 sehingga Disember 2018, plaintif menjalani pemeriksaan antenatal di DBM Klinik & Bersalin di Gombak di bawah Dr Norlaili bt Ghazali. Selepas plaintif berpindah ke Subang Bestari, Dr Norlaili telah merujuk plaintif kepada defendan pertama yang bertugas di hospital defendan ketiga. [10] Kali pertama plaintif dan suami berjumpa defendan pertama pada 7.1.2019 di hospital defendan ketiga. Selanjutnya sekitar jam 7.00 pagi pada 11.1.2019, plaintif mengalami kesakitan untuk melahirkan anak dan air ketuban plaintif pecah. Pada lebih kurang pukul 8.00 pagi apabila plaintif mengalami kesakitan bersalin, plaintif telah dimasukkan ke Hospital Pusrawi di bawah jagaan defendan pertama. Kesakitan bersalin plaintif berterusan selama kira-kira 5 jam tetapi defendan pertama tidak dapat melahirkan bayi lalu pada jam 12.00 tengahari defendan pertama meminta bantuan defendan kedua untuk menjalankan proses kelahiran bayi tersebut. [11] Defendan kedua telah cuba menjalankan proses kelahiran secara vakum pada sekitar jam 1.00 petang dan kemudian memberhentikan prosedur tersebut kerana tiada tanda-tanda kepala bayi menurun (no sign of baby’s head descending). Kemudian sejurus selepas itu, keputusan diambil untuk melahirkan bayi plaintif melalui pembedahan caesarean. Namun, pembedahan ini tidak dapat dilakukan sehingga kehadiran pakar anestetik pada jam 1.45 petang. [12] Pada sekitar jam 2.05 petang, plaintif telah melahirkan bayi perempuan yang tidak bernyawa. Selanjutnya plaintif telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut akibat kecederaan semasa melahirkan bayi. Pembedahan yang dilakukan di Hospital Sungai Buloh telah mengakibatkan sebahagian rahim plaintif terpaksa dibuang. [13] Antara butir-butir kecuaian yang diplidkan oleh plaintif terhadap defendan pertama dan kedua adalah sebagaimana berikut – a) Kegagalan untuk mengambil kira saiz janin semasa menentukan suatu cara kelahiran yang sesuai dan kegagalan untuk menentukan cara kelahiran yang sesuai; b) Kegagalan untuk mengesan kesusahan janin (fetal distress) pada peluang terawal dan gagal mengawasi denyutan jantung janin dengan keterusan; c) Kegagalan untuk melakukan pembedahan caesarean kecemasan selepas percubaan pertama process kelahiran secara faraj (vaginal delivery) telah gagal; d) Kegagalan untuk melakukan pembedahan caesarean dalam masa yang singkat (timely manner) selepas keputusan dibuat; e) Kegagalan untuk melakukan pembedahan caesarean dengan tahap kepakaran yang dijangkakan dan kegagalan untuk memastikan haemostasis (secure haemostasis) mengakibatkan kecederaan yang ketara kepada plaintif selain gagal untuk mengenali tanda-tanda awal Plaintif pecah rahim; dan f) Kegagalan untuk menasihatkan Plaintif mengenai risiko-risiko dalam rawatan kepada plaintif dan bayinya dan/atau sama ada Hospital Pusrawi mempunyai sistem penjagaan yang mencukupi dan kakitangan yang kompeten untuk menangani isu-isu yang akan mungkin dialami oleh plaintif dan bayinya semasa proses kelahiran dimulakan dan diakhiri dan/atau untuk mendapatkan dan/atau merekodkan persetujuan Plaintif terhadap rawatan yang diberikan. [14] Selanjutnya defendan ketiga telah mengeluarkan Notis Minta Arahan bagi menuntut sumbangan dan/atau tanggung rugi terhadap defendan pertama dan kedua. Defendan ketiga memplidkan antara lain bahawa – a) Defendan pertama dan kedua menjalankan amalan perubatan di Hospital Pusrawi sebagai kontraktor bebas. b) Menjadi kewajipan defendan pertama dan kedua bagi memberi kawalan penuh, penjagaan, rawatan dan pengurusan termasuk mengambil persetujuan plaintif dan memberi amaran terhadap risiko dan komplikasi termasuk pilihan rawatan yang ada. PEMBELAAN DEFENDAN PERTAMA [15] Defendan pertama memplidkan sejarah obstetrik plaintif bagi lima orang anak plaintif, iaitu – [16] Semasa kehadiran plaintif ke hospital defendan ketiga pada 7.1.2019 untuk pemeriksaan antenatal, usia kandungan plaintif adalah 38 minggu. Keputusan pemeriksaan antara lain menunjukkan berat fetal adalah 3.162kg. Defendan pertama memberikan perancangan kelahiran dalam masa satu minggu. Namun plaintif hadir di hospital defendan ketiga pada 11.1.2019 dan diwadkan. [17] Defendan pertama menafikan tuntutan plaintif dan memplidkan bahawa plaintif dan suami bersetuju supaya plaintif dilihat oleh defendan kedua dan bahawa kelahiran anak keenam plaintif melibatkan hanya defendan kedua dan bukannya defendan pertama. Menurut pembelaan defendan pertama, semasa defendan kedua mengambilalih kes plaintif, bayi masih hidup dan tiada tanda tekanan pada janin, aperture, placenta atau rupture uterus. PEMBELAAN DEFENDAN KETIGA [18] Defendan ketiga menafikan tuntutan plaintif dan memplidkan bahawa defendan pertama dan ketiga merupakan kontraktor bebas dan pegawai perubatan yang mempunyai hak untuk beramal di hospital defendan ketiga. Prosiding Perbicaraan Penuh [19] Perbicaraan penuh telah dijalankan selama tiga hari iaitu pada 19.11.2024, 11.6.2025 dan 29.5.2026. Seramai enam orang saksi telah memberi keterangan, iaitu – Tarikh Saksi dan Peranan 19.11.2024 SP1: Dr Milton Lum Siew Wah - saksi pakar plaintif. SP2: Dr Ravindran a/l M Ramasamy - doktor yang memberikan ubat bius semasa pembedahan caesarean.
11
11.6.2025 SP3: Dr Fathi bin Ramly Doktor yang merawat plaintif di Hospital Sungai Buloh selepas kelahiran bayi keenam. SP4: Norshuhada binti Shaharuddin - plaintif.
26
26.9.2025 SP5: Azmer bin Abd Aziz - suami plaintif. SD1: Dr Zulkhairi bin Yahaya - pengarah defendan ketiga. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [20] Beban pembuktian terletak di bahu plaintif untuk membuktikan kecuaian di pihak defendan-defendan dengan tahap pembuktian pada darjah kebarangkalian yang tinggi. Selagi mana plaintif gagal memuaskan beban tersebut, beban pembuktian tidak akan berpindah kepada defendan-defendan. Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) memperuntukkan – Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. [21] Dalam kes Inas Faiqah binit Mohd Helmi (Seorang Kanak-kanak yang mendakwa melalui bapa dan sahabat wakilnya, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] MLJU 02 memutuskan bahawa – The civil standard of a balance of probabilities is in accord with the requirement for proof under our Evidence Act 1950 where the word “proved” is interpreted in the following manner: Section 3 –“proved” : a fact is said to be “proved” when, after considering the matters before it, the court either believes it to exist or considers its existence so probable that a prudent man ought, under the circumstances of the particular case, to act upon the supposition that it exists. This civil standard of proof is emphasised in the recent decision of this Court in Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd (02(f)-72-10/2013(A), 10 August 2015), a case concerning the standard of proof for fraud in civil claims, where it was held that: At law there are only two standards of proof, namely beyond reasonable doubt for criminal cases while it is on a balance of probabilities for civil cases. As such even if fraud is the subject in a civil claim, the standard of proof is on a balance of probabilities. There is no third standard. Undang-undang Kecuaian Perubatan [22] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa dimensi undang-undang berkaitan kecuaian perubatan mendasari yang berikut – a) Obligasi doktor menasihati pesakit mengenai risiko rawatan Dalam menentukan isu berkaitan sama ada doktor telah menasihati pesakit mengenai risiko rawatan adalah reasonable care demanded by the law dan sama ada doktor telah menasihati pesakit secara munasabah akan diputuskan oleh Mahkamah sendiri di mana Mahkamah tidak perlu mengambil kira pendapat pakar. b) Rawatan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit Dalam konteks ini, undang-undang mantap yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Dr Hari Krishnan & Anor v Megat Noor Ishak bin Megat Ibrahim & Anor Appeal [2018] 3 MLJ 281 yang telah memutuskan bahawa ujian yang terpakai dalam diagnosis and treatment adalah Bolam’s test. Hal ini bermaksud Mahkamah harus menerima pandangan a responsible body of men skilled in that particular discipline. c) Tanggungjawab hospital yang tidak boleh didelegasi Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Kok Choong Seng & Anor v Soo Cheng Lin and Another Appeal [2018] 1 MLJ 685 telah menerima pakai prinsip dalam Woodland v Swimming Teachers Association and others [2014] AC 537 dan memutuskan bahawa prinsip tanggungjawab hospital yang tidak boleh didelegasi adalah terpakai. Selanjutnya Mahkamah Persekutuan dalam Siow Ching Yee (suing through this wife and litigation representative, Chau Wai Kin) v Columbia Asia Sdn Bhd [2024] 3 MLJ 66 menerusi penghakiman Marly Lim HMP menggariskan prinsip melibatkan tanggungjawab yang tidak boleh didelegasi dalam konteks hospital swasta tidak bersandarkan fair, just and reasonable condition – [190] Consequently, the imposition of this fair, just and reasonable condition in the second category of cases concerning medical negligence does not arise. In any case, the respondent in this appeal is not rendering a public service as used and understood in the English cases, reliant on public funds through the system of taxation or voluntary contributions. It is a private business entity set up for the specific purpose of rendering private healthcare facilities and services; quite clearly for profit. Standard Pembuktian [23] Dalam kes Whitehouse v Jordon & Anor [1980] 1 All ER 650, Mahkamah Rayuan England memutuskan – Allegations of negligence against medical practitioners should be considered serious and the standard of proof is, therefore a high degree of probability. Standard Amalan Perubatan dalam Konteks Kecuaian [24] Mahkamah Persekutuan dalam kes Foo Fio Na v Dr So Fook Mun & Anor 1 CLJ 299 telah memutuskan bahawa – …the point is for the court to determine what the reasonable doctor would have done, not the profession. What the profession does in a given situation will be an important indicator of what ought to have been done, but it should not necessarily be determinative. In the final analysis, the court should set the standard of care in negligence, drawing upon the evidence presented. [25] Selanjutnya, dalam kes Hasan bin Datolah v Kerajaan Malaysia [2010] 2 MLJ 646, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – .. we agree with learned counsel that Foo Fio Na, had without doubt rejected the Bolam Test in so far as it relates to the determination of the standard of care to be observed by a medical practitioner in a medical negligence suit. The right or responsibility to make such a determination now rests with the court upon evaluation of the evidence before it, including the opinion and practices of members of that profession. [26] Tahap pembuktian atau standard of care yang digunakan di dalam kes kecuaian perubatan telah diformulasikan dalam kes Foo Fio Na v Dr Soo Fook Mun & Anor (supra) yang menggunakan tahap pembuktian yang digunakan di dalam kes Rogers v Whittaker. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa:
69
Therefore, there is a need for members of the medical profession to stand up to the wrongdoings, if any, as is the case of professionals in other professions. In so doing, people involved in medical negligence cases would be able to obtain better professional advice and that the courts would be appraised with the evidence that would assist them in their deliberations. On this basis, we are of the view that the Rogers v Whittaker test would be a more appropriate and a viable test of this millennium then the Bolam Test… [27] Selanjutnya dalam kes Zulhasnimar Hassan Basri & Anor v. Dr Kuppu Velumani P & Ors [2017] 8 CLJ 605 telah diputuskan – The approach of Bolam Test practically meant that while the law imposed a duty of care, standard of care owed by a doctor to a patient left to the medical fraternity ie practice accepted as proper by a responsible body of medical men skilled in that particular art’. In other words, the medical practitioners have the final say whether there was negligence and not courts. The Bolam Test as formulated was wide enough to encompass all aspects of medical practice. It made no distinction between diagnosis, treatment or duty to advice of risk. Pendapat Pakar [28] Mahkamah ini selanjutnya perlu bergantung kepada pendapat pakar dan menilai keterangan pendapat yang diberikan oleh pakar dalam menentukan sama ada rawatan yang diberikan oleh defendan adalah menurut amalan perubatan yang standard. [29] Dalam kes Sidaway v Board of Governors of the Bethlem Royal Hospital and the Maudsley Hospital & Ors [1985] 1 All ER 643 (House of Lord) diputuskan bahawa – In matters of diagnosis and the carrying out of treatment the court is not tempted to put itself in the surgeon’s shoes; it has to reply upon and evaluate expert evidence .. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [30] Berikut adalah isu-isu untuk diputuskan oleh Mahkamah ini – a) Sama ada defendan pertama dan kedua telah memecahkan kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif. b) Sama ada defendan pertama dan/atau kedua melaksanakan segala kemahiran dan penjagaan yang dijangkakan daripada ahli perubatan profesional yang kompeten dalam menjalankan penjagaan dan rawatan kepada plaintif. c) Sama ada defendan pertama dan kedua cuai dalam mengendalikan proses kelahiran bayi plaintif dengan kemahiran yang wajar. d) Sama ada ketiadaan defendan pertama di bilik bedah mengecualikan defendan pertama dari tanggungan terhadap liabiliti. e) Sama ada defendan ketiga mempunyai tugas yang tidak boleh diwakilkan. f) Sama ada plaintif berhak untuk menuntut ganti rugi-ganti rugi yang berlandaskan dan/atau yang timbul dari punca kematian bayi plaintif? ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada defendan pertama dan kedua telah memecahkan kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif. [31] Penegasan defendan pertama adalah bahawa defendan pertama hanya mempunyai tugas dan bertanggungjawab dalam pengurusan dan penjagaan plaintif semasa peringkat pertama kontraksi proses bersalin sehingga bukaan penuh serviks. Peguam cara plaintif merujuk Afidavit SP1 yang menerangkan proses kelahiran peringkat pertama, kedua dan ketiga. Peringkat kedua bermula dari pembukaan penuh serviks sehingga kelahiran janin. Manakala peringkat ketiga adalah dari kelahiran bayi sehingga kelahiran plasenta. [32] Defendan pertama membentangkan hujahan bahawa –
i
Defendan pertama tidak memecahkan tugas berhati-hati terhadap plaintif kerana semasa defendan pertama menyerahkan plaintif kepada defendan kedua, plaintif berada dalam kondisi stabil dan tiada tanda-tanda fetal distress; dan
II
(ii) Plaintif gagal membuktikan causation link antara kecuaian defendan pertama dengan kematian bayi. Kematian bayi disebabkan kelewatan pembedahan caesarean dijalankan dan bukan akibat kecuaian defendan pertama. [33] Peguam cara terpelajar bagi defendan pertama merujuk kes Dr Premitha Damodaran v GTK (A child suing through her father and litigation representative, Taranjeet Singh a/l Bhagwan Singgh) & Anor Another Appeal [2022] 3 MLJ 484 yang telah memutuskan bahawa – [13] The Federal Court in Kow Nan Seng v Nagamah & Ors [1982] 1 MLJ 128; [1981] 1 LNS 208 speaking through Salleh Abbas FCJ (as he then was) observed: A doctor’s duty towards his patient is that he has to exercise a fair and reasonable standard of care and skill, ie the skill of an ordinarily competent medical practitioner (R v Bateman [1925] All ER 45). Now, what was that reasonable standard of care and skill that the medical professional owed his patient? In Malaysia, the Bolam test on the standard of care was the applicable law in medical negligence until the decision of the Federal Court in Foo Fio Na v Dr Soo Fook Mun & Anor [2007] 1 MLJ 593; [2007] 1 CLJ 229 (FC) (‘Foo Fio Na’). [14] The Bolam test was formulated by McNair J in Bolam v Friern Hospital Management Committee [1957] 2 All ER 118; [1957] 1 WLR 582, where the learned judge made the following remarks on the standard of proof in a medical negligence suit: But where you get a situation which involves the use of some special skill or competence, then the test whether there has been negligence or not is not the test of the man on the top of a Clapham omnibus, because he has got this special skill. The test is the standard of the ordinary skilled man exercising and professing to have that special skill. [34] Justeru dalam konteks liabiliti, defendan pertama menekankan bahawa –
i
kematian bayi keenam plaintif adalah disebabkan oleh kecuaian defendan kedua dan ketiga.
II
(ii) Komplikasi berlaku semasa proses tahap kedua kelahiran yang mana pada ketika itu plaintif sudah pun berada dalam jagaan dan pengurusan defendan kedua.
III
(iii) Keputusan defendan kedua untuk meneruskan proses kelahiran bayi keenam melalui pembedahan caesarean tidak dapat dijalankan pada masa yang sepatutnya kerana kegagalan defendan ketiga menyediakan doktor bius sehingga menyumbang kelewatan selama 30 minit.
IV
(iv) Defendan pertama tidak berada di dewan bedah semasa prosedur pembedahan dijalankan dan hal ini menunjukkan defendan pertama tidak memainkan sebarang peranan semasa pembedahan tersebut. [35] Berhubung dengan komplikasi yang dialami oleh bayi keenam plaintif, defendan pertama turut merujuk laporan pakar plaintif yang mengesahkan komplikasi dan salah urus berlaku semasa proses peringkat kedua kelahiran. Defendan pertama telah merujuk nota perubatan di mukasurat 26 Ikatan Dokumen B yang mencatatkan – Discussed with patient and husband for Dr Daud to take over her case since she has delivery with him by vacuum for her last birth with him at Pusrawi KL. Both Plaintiff and Husband agreed and the Dr Daud was informed and call to see the case. [36] Defendan pertama juga merujuk Mahkamah ini kepada keterangan SP1 Dr Milton berhubung ketiadaan peranan defendan pertama semasa pengurusan klinikal plaintif pada masa tersebut – : Apart from that, Dr Milton, in the whole report by Dr Daud Yahya, till before report prepared by, do you agree with me there's no mention of the name of Dr Zarina Bibi? : My Lady – : Except for the part she receives a – : At the top of page 340, right at the top, “1200hrs, received a call from Dr Zarina.” I would assume that that is Dr Zarina Bibi. JUDGE : First paragraph. : First paragraph : After 1230hrs, there's none, correct? : Yes. : I will refer you to page 30 of the common bundle as well. This is the note by the nurse Farida, SN Farida. After 1245 hrs, it's written there, “seen by Dr Daud” up until 03:30PM, which is accompanied by Dr Zarina, again there is no mention of Dr Zarina. Do you agree? : After 1245hrs? : After 1245hrs? : I agree. : In the doctor's notes, there's none. : Yes, I agree. : And in the nurse’s notes, there’s none. : Yes. : Ok. Page 27, this is supposed to be a report prepared by Dr Daud. From page 27 till page 29, the name of Dr Zarina was only mentioned once by Dr Daud, at page 27, that he received a call from Dr Zarina. After that, there's no mention of Dr Zarina at all. Do you agree with me? : I agree. : So, do you agree with me, based on the report that I showed you, there is no mention of any action taken by Dr Zarina from the time the case was seen by Dr Daud until after the delivery? : My Lady, it was not documented. But I cannot say that whether there was any action or not taken by Dr Zarina. That is for the Court to decide. : But Dr Milton, my question was, do you agree with me that after the patient was seen by Dr Daud, based on the documentation I have provided to you, there is no mention of Dr Zarina, either by the nurse or Dr Daud himself? : There was no documentation, I agree : Agree? : There was no documentation. [37] Meskipun demikian, Mahkamah ini mendapati SP1 tidak bersetuju dengan cadangan peguam cara defendan pertama ketika SP1 dicadangkan bahawa selepas plaintif diserahkan kepada defendan kedua, peranan defendan pertama telah berkurangan dan defendan pertama sudah tidak terlibat lagi dalam penjagaan plaintif. Pendirian SP1 ini sebaliknya konsisten dengan keterangan plaintif dan SP5 yang tidak dicabar oleh defendan pertama bahawa defendan pertama hadir semasa prosidur vakum dijalankan. [38] Berhubung isu ini, peguam cara terpelajar dari plaintif berhujah bahawa plaintif telah menyediakan laporan pakar SP1 namun defendan pertama dan kedua gagal berbuat demikian. Plaintif menarik perhatian Mahkamah ini untuk mengikuti kes Dr Hari Krishnan & Anor v Megat Noor Ishak bin Megat Ibrahim & Anor Appeal (supra). Bahkan lebih dari itu, Mahkamah ini mendapati peguam cara defendan pertama telah gagal mencabar keterangan SP1 dan SP5. Dalam konteks keterangan SP5, peguam cara defendan pertama memilih enggan untuk membuka semula kes defendan pertama termasuk enggan meneruskan untuk memeriksa balas SP5 walaupun Mahkamah telah memberi peluang berbuat demikian dengan persetujuan peguam cara plaintif dan defendan ketiga. [39] Dalam hal yang demikian, Mahkamah ini menerima keterangan SP1 bahawa defendan pertama dan kedua tidak menjalankan rawatan dan penjagaan mengikut kemahiran yang diperlukan. [40] Mahkamah ini juga mendapati adalah tidak wajar bagi Mahkamah ini hanya merujuk sebahagian daripada pandangan pakar SP1 tanpa membaca keseluruhan pandangan beliau. SP1 merupakan konsultan Obstetrik dan Gynaekologi sejak tahun 1983. CV SP1 yang dikemukakan dalam Ekshibit MLSW-1 menunjukkan SP1 merupakan pakar yang berkelayakan memberi pendapat pakar menurut peruntukan undang-undang. [41] Melalui Afidavit, SP1 menyediakan laporan pakar berkaitan the obstetric management of Norshuhada bt Shaharuddin berkaitan – a) Care provided to NS accorded with accepted practice; and b) Injuries suffered by NS and her baby could have been avoided with the exercise of due care and skill. [42] Penyediaan laporan pakar SP1 telah mengambilkira dokumen-dokumen termasuk nota klinikal plaintif di Hospital defendan ketiga, laporan perubatan plaintif yang disediakan oleh defendan pertama dan kedua bertarikh 1.3.2020, rekod antenatal plaintif di Klinik Penawar dan Dewan Bersalin Muslimah, laporan perubatan tanpa tarikh oleh Dr Norlaili bt Ghazali, nota klinikal plaintif dari Hospital Sungai Buloh dan laporan perubatan plaintif yang disediakan oleh Dr Fathi Ramly. [43] Namun demikian, dokumen berkaitan cardiotocographs plaintif pada 11.1.2019 dan rekod berkaitan prosedur vakum dan pembedahan pada 11.1.2019 tidak disediakan untuk dirujuk oleh SP1 dalam penyediaan pendapat pakar. [44] Antara lain kandungan laporan pakar SP1 adalah seperti berikut –
13
NS’ blood group was O positive. Her haemoglobin was 11.4gm/dL and 12.6gm/dL on 3 August 2018 and 7 January 2019 respectively. Serology for syphilis, hepatitis B and HIV were negative. (MR pages 3, 6 and 11) HbA1C was 4.8% on 3 August 2018 (Page 3)
14
On 11 January 2019, at 0800 hours, at 39+ weeks’ gestation, NS was admitted to HPKD with complaints of labour contractions and spontaneous rupture of the membranes at 0700 hours. Her blood pressure was 130/90 mm Hg and pulse rate 103 per minute. Vaginal examination revealed a cervix dilated 4cm. The cardiotocograph (“CTG”) done at 0815 hours was reactive. (MR pages 14 and 20).
15
On 11 January 2019, at 0837 hours, Dr Zarina Bibi Shah Mohd (“ZB”) was informed. (MR page 7)
16
On 11 January 2019, at 0930 hours, NS was seen by Dr ZB who ordered that Pethidine 50mg be administered to NS who was in distress (MR page 20). Vaginal examination revealed a soft cervix which was thick anteriorly and dilated 6cm. The vertex was presenting with the station high. The membranes were absent with no caput or moulding. The bladder was catheterized with about 200ml clear urine obtained. The CTG recorded a foetal heart rate of 140-160 beats per minute and four contractions every 10 minutes. NS was administered oxygen nasally and advised to take deep breaths in the left lateral position during contractions. (MR pages 7-8, 16 and 20)
17
On 11 January 2019, at 1130 hours, NS was examined by Dr ZB. NS was having one moderate contraction every three minutes with the foetal heart rate at 140 beats per minute. Vaginal examination revealed a cervix that was thinning out and dilated 8cm. The station was -2 with no caput or moulding. (MR pages 8, 16 and 20)
18
On 11 January 2019, at 1200 hours, NS was examined by Dr ZB. The foetal heart rate was 140- 150 beats per minute. Vaginal examination revealed a cervix that was nearly fully dilated with a thin rim of cervix felt. NS was catheterized with 100ml clear urine obtained. The station was -2. Dr ZB had a discussion with NS and her husband for Dr Mohd Daud Yahaya ("MDY") to review and possibly take over NS’ management since he delivered NS in her fifth pregnancy. NS agreed to the recommendation. (MR pages 8, 16 and 20)
19
Dr MDY documented that on 11 January 2019, at 1230 hours, he saw NS who was in severe pain, shouting and bearing down with every contraction. NS was dehydrated. Her blood pressure was 120/89 mm Hg and pulse rate 102 beats per minute. The uterus was term size with a singleton foetus in cephalic presentation with the foetal head not palpable abdominally. Vaginal examination revealed a fully dilated cervix. The foetus was vertex in left occipito-anterior position at station 0 with caput 2+ but no moulding. There was no scar tenderness. The CTG was on and the foetal heart rate was 150 beats per minute. Dr MDY documented that NS requested immediate delivery because she could not stand the pain. (MR pages 9 and 17-18) Dr MDY documented “Decided for trial of vacuum delivery. Patient had been catheterized before with clear urine. Vacuum cup applied. Suction gradually increased with one pull. There was no sign of head descending. The procedure was abandoned and Caesarean section was decided at 1300H. CTG showed fetal heart still present. CBD inserted but no urine obtained.” (MR pages 9 and 18)
20
Staff Nurse Fazidah (“F”) documented that on 11 January 2019, at 1245 hours “S/B Dr Daud. Contraction 1:3 (35 sec) strong. CTG type 1 deceleration. VE Oedematous vaginal wall. Caput 2+. Os fully. Vacuum done but failed. Proceed LSCS. Urinary catheter CBD inserted. No urine.” At 1300 hours the foetal heart rate was 170 beats per minute by Doptone. (MR page 20)
21
Dr MDY documented that on 11 January 2019, at 1345 hours, the anaesthetist arrived and administered spinal anaesthesia to NS whose vital signs were stable (MR pages 9 and 18).
22
Dr MDY documented that on 11 January 2019, at 1350 hours, the “Caesarean section started. Pfannenstiel incision. Abdomen opened in layers. The upper part of the uterus was obliterated by adhesions. No blood in the peritoneum. Tip of catheter was noted coming out from the bladder. No urine smell, no active bleeding. The catheter was removed after the balloon was deflated. Old scar was intact, bladder pushed downward. Incision made in the lower segment 1cm above the old scar, head was deeply engaged. The fetus was delivered, Apgar score 0/0. Thick meconium stained. Cord round neck twice very tight/short cord. Placenta separated itself with a retroplacental clot 100cc." (MR pages 9 and 18-19) “Uterus closed in 2 layers. Haemostasis secured. Parietal peritoneum closed with bladder punctured closed. Abdomen closed in layers.” (MR pages 9 and 19) “Throughout the procedure no excessive bleeding, blood loss estimated 400cc. Uterus well contracted, blood pressure was stable and no smell of urine (MR pages 9, 19 and 23) “Postop after cleaning the patient, CBD was reinserted and noted frank haematuria of 300cc. Blood pressure was stable. No per vaginal bleeding. Patient was referred to Sg Buloh hospital for post op haematuria with bladder injury. O&G specialist on call was informed. Patient was transferred out by our own ambulance at 1530H. Blood pressure before transfer taken in OT 165/90, PR-96bpm, SpO2-99%. Blood pressure in ambulance before leaving was 123/74, PR 100.” (MR pages 9, 19 and 21)
23
The doctors at Hospital Sungai Buloh documented that the indication for the Caesarean section (“CS”) was obstructed labour, the CS started at 1340 hours and was completed at 1435 hours, and that NS had been administered 3 units of Normal Saline at HPKD. (MR page 25, MRHSB page 4 and MRF).
24
Staff Nurse F documented that NS was transferred to Hospital Sungai Buloh (“HSB”) on 11 January 2019 at 1530 hours accompanied by Dr ZB and Staff Nurses Amy and Azina (MR page 21).
25
It was documented that upon NS’ arrival at HSB “she was pale. BP 67/31 mm Hg, Pulse 107 bpm, alert and conscious with pain. Abdomen was distended, tense, uterus palpable at 30 weeks. Urine bag showed frank blood in urine. Transabdominal ultrasound showed presence of haemoperitoneum and? right kidney hydronephrosis. She was prepared for immediate relaparotomy kiv proceed with impression of haemoperitoneum to rule out unsecured haemostasis, and to rule out bladded injury.” (MR page 26, MRHSB page 4 and MRF). Upon arrival in the operating theatre, NS had a blood pressure of 75/28 mm Hg and pulse rate of 148 bpm. (MRHSB page 5) [45] Berkaitan dengan proses kelahiran peringkat pertama, bagi menentukan sama ada defendan pertama telah cuai, adalah penting diperhatikan bahawa SP1 menjelaskan dalam perenggan 49 Kandungan 70 –
49
The expected duration of the active phase of the first stage of labour depends on the reference threshold used for its onset. The established boundaries for the active phase of the first stage were rounded 95th percentile values from evidence on the duration of the progress of cervical dilatation from 5 cm to 10 cm. The median duration of active phase of the first stage is 4 hours in first labours and 3 hours in second and subsequent labours, when the reference starting point is 5 cm cervical dilatation. [46] Fakta kes yang dipersetujui dalam guaman ini menyatakan plaintif dimasukkan ke hospital defendan ketiga pada jam 8.00 pagi dan keputusan untuk plaintif melahirkan melalui pembedahan caesarean dibuat pada jam 1.00 petang. Hal ini menunjukkan plaintif telah berada dalam proses kelahiran selama 5 jam lebih sehingga pembedahan dijalankan pada jam 1.45 petang. [47] Mahkamah ini wajar memberi nilai keberatan yang tinggi dan menerima pandangan pakar SP1 yang tidak dicabar bagi hal perkara berikut –
i
tempoh median perkembangan pembukaan serviks semasa fasa pertama kelahiran dari 5 cm hingga 10 cm adalah 4 jam bagi kelahiran pertama dan 3 jam bagi kelahiran kedua dan seterusnya apabila titik permulaan rujukan ialah pembukaan serviks 5 cm.
II
(ii) keputusan untuk melakukan intervensi apabila peringkat pertama kelahiran mengambil masa yang panjang tidak wajar dilakukan berdasarkan tempoh masa semata-mata. Namun perlu melihat kepada keadaan ibu dan anak bagi melakukan intervensi untuk memendekkan tempoh bersalin. [48] Peguam cara defendan pertama telah memeriksa balas SP1 tentang masa permulaan fasa kedua kelahiran pada jam 12.30 tengahari iaitu semasa bukaan serviks 10 cm. [49] Jika mengambilkira cadangan peguam cara defendan pertama dan pendirian SP1, Mahkamah ini menerima pandangan SP1 bahawa defendan pertama telah gagal menyelesaikan proses kelahiran bayi keenam plaintif meskipun defendan pertama sehingga bukaan serviks 10 cm. [50] Bahkan laporan pakar SP1 telah menyenaraikan risiko obstetrik yang terdedah kepada plaintif, iaitu –
i
faktor umur plaintif yang melebihi 35 tahun pada masa itu akan meninggikan chromosal disorders, miscarriage, maternal high blood pressure, gestational diabetes, preterm birth, caesarian section, neonatal death and stillbirth.
II
(ii) Keadaan obesiti plaintif yang meningkatkan risiko pre-eclampsia, gestational diabetes, emergency caesarean section, neonatal birth and stillbirth. [51] Menurut SP1 tidak ada dokumentasi yang disediakan pada masa material oleh defendan pertama dan kedua yang boleh membawa Kesimpulan bahawa kedua-dua defendan telah memberi pertimbangan terhadap risiko obstetrik yang terdedah kepada plaintif. [52] Mahkamah ini menerima keterangan SP1 yang juga tidak dicabar bahawa SP1 tidak menemui catatan oleh defendan pertama pada 7.1.2019 mengenai risiko yang mungkin dialami plaintif semasa proses bersalin. Mahkamah ini juga mendapati bahawa tindakan defendan pertama memanggil defendan kedua untuk membantu dalam proses bersalin plaintif adalah setelah proses kelahiran secara normal gagal. Defendan kedua dalam kehadiran defendan pertama telah menjalankan prosedur vakum pada jam 12.30 tengahari. [53] Mahkamah ini turut merujuk keterangan plaintif yang menyatakan beliau mengalami kesakitan yang maksima dan tempoh kontraksi yang lama. Pada ketika itu defendan pertama memaklumkan ingin pergi ke tempat lain kerana ada urusan lain. Menurut plaintif, defendan pertama tidak pernah memaklumkan plaintif bahawa prosedur seterusnya akan dikendalikan oleh defendan kedua. Selanjutnya plaintif mengesahkan semasa di bilik bersalin, defendan pertama ada bersama-sama dengan defendan kedua. Keterangan SP1 selanjutnya mendedahkan bahawa defendan pertama dan kedua berbincang di hadapan plaintif dan suami plaintif untuk melakukan percubaan prosedur vakum, namun mereka tidak meminta persetujuan plaintif atau menerangkan risiko yang akan berlaku kepada plaintif. [54] Mahkamah ini juga merujuk keterangan plaintif yang berikut – S: Apabila pakar bius sampai, siapa lagi doctor yang berada di bilik itu? J: Selain pakar bius, Dr.Daud berada di dalam bilik itu. Dr Zarina pada ketika itu berkata, OK, I leave her with you. Dr Daud pula menjawab, mana boleh, she is your patient. [55] Selanjutnya keterangan plaintif adalah dirujuk khasnya semasa plaintif dibawa menaiki ambulans ke Hospital Sg Buloh yang mana pada ketika itu defendan pertama ada bersama plaintif dan defendan pertama memaklumkan yang anak plaintif meninggal dunia selain tindakan defendan pertama mengarahkan jururawat membawa bayi kepada plaintif yang berada di ambulans. Naratif keterangan plaintif ini tidak berjaya dicabar oleh peguam cara defendan pertama. Justeru, tiada asas mengapa Mahkamah ini tidak menerima naratif keterangan plaintif tersebut atas imbangan kebarangkalian. [56] Manakala dari sudut kecederaan yang dialami oleh plaintif akibat melahirkan bayi keenam plaintif, hal perkara ini menurut defendan pertama diakibatkan oleh kecuaian defendan kedua. [57] Namun demikian, tiada saksi dipanggil oleh defendan pertama untuk mencabar keterangan plaintif dan membentangkan versi pembelaan defendan pertama. Defendan pertama telah memilih untuk tidak membuka semula kesnya, sebaliknya memohon untuk menyingkirkan saya selaku hakim bicara. Jelas, Mahkamah ini tidak mempunyai peluang untuk memberi pertimbangan terhadap keterangan mana-mana saksi defendan pertama. [58] Pada hemat Mahkamah ini, plaintif telah berjaya membuktikan bahawa defendan pertama dan ketiga telah memecahkan tugas berjaga-jaga terhadap plaintif. Sama ada defendan pertama dan/atau kedua melaksanakan segala kemahiran dan penjagaan yang dijangkakan daripada ahli perubatan profesional yang kompeten dalam menjalankan penjagaan dan rawatan kepada plaintif. [59] Fakta kes di sini jelas dan nyata, bayi keenam plaintif dilahirkan mati dan plaintif sendiri kehilangan sebahagian rahim. Dokumen kontemporari menunjukkan berat bayi plaintif semasa dilahirkan pada jam 2.05 petang 11.1.2019 adalah 3.6kg dengan bacaan skor Apgar 0 pada minit 1 dan 5. Pada jam 2.40 petang bayi tersebut diisytiharkan meninggal dunia kerana birth asphyxia. [60] Pandangan pakar oleh SP1 adalah jika defendan pertama dan kedua menjalankan rawatan mengikut rawatan dan penjagaan yang sewajarnya, kecederaan pada bayi dan plaintif dapat dielakkan. [61] SP1 menjelaskan bahawa dalam menentukan keputusan sama ada untuk melakukan vakum atau pembedahan, tempoh masa kelahiran bukanlah faktor tunggal yang diberi perhatian. Antara faktor yang perlu diberi perhatian adalah perkembangan bukaan serviks, status CTG atau fetal heart rate, tanda-tanda distress janin, keadaan ibu, stesen kedudukan kepala bayi sama ada telah engaged dan indikasi klinikal untuk menggunakan prosedur vakum. [62] Berhubung isu kedua ini, persoalan yang berkaitan adalah sama ada defendan pertama telah menasihati plaintif tentang risiko rawatan tanpa pendapat pakar. Setelah meneliti dokumen kontemporari, Mahkamah ini mendapati defendan pertama bukanlah seorang pakar O&G. SP1 seorang konsultan O&G sejak tahun 1983 memberi keterangan bahawa tiada rekod menunjukkan defendan pertama dan kedua telah memberi pertimbangan kepada keadaan risiko yang boleh dialami oleh plaintif. [63] Plaintif mengakui semasa perbicaraan, dalam keadaan kesakitan yang teruk sejak dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari, plaintif tiada pilihan kecuali bersetuju dengan pembedahan yang dicadangkan. Bahkan pembedahan yang dicadangkan adalah selepas prosedur vakum yang dilakukan oleh defendan pertama dan kedua gagal membantu kelahiran bayi plaintif. Keterangan plainif ini tidak dicabar dan diterima oleh Mahkamah ini. [64] Mengikuti keputusan Zulhasnimar Hasan Basri & Anor v Dr Kuppu Velumani P & Ors [2017] 5 MLJ 473, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada keraguan yang plaintif tidak diberikan nasihat berkenaan risiko yang bakal dihadapinya semasa melahirkan bayi keenam tersebut. Sama ada defendan pertama dan kedua cuai dalam mengendalikan proses kelahiran bayi plaintif dengan kemahiran yang wajar. [65] Bayi dilahirkan mati dan plaintif kehilangan sebahagian rahim. Mahkamah mendapati terdapat dua bahagian keterangan SP1 yang kukuh, iaitu:
i
Bayi plaintif boleh dilahirkan hidup jika terdapat pemantauan berterusan CTG, prosedur vakum tidak dijalankan dan pembedahan dilakukan dalam masa 30 minit selepas keputusan dibuat.
II
(ii) kecederaan pada rahim plaintif boleh dielak jika defendan pertama dan kedua menangani isu deeply impacted foetal head yang telah masuk ke tulang pinggul plaintif mengikut prosedur yang biasa diamalkan dan dengan mendapatkan bantuan pakar obstetrik. [66] Rekod kontemporari tidak menunjukkan sebarang usaha diambil defendan pertama dan kedua merujuk kes plaintif kepada pakar O&G yang bertugas ketika itu semasa mereka berdepan dengan keadaan plaintif yang kritikal. Ketiadaan dokumen bacaan CTG dikemukakan di Mahkamah membawa kepada satu inferes yang jitu iaitu defendan pertama gagal membuat pemantauan yang berterusan bacaan CTG yang telah menyumbang kepada kegagalan defendan pertama dan kedua membuat keputusan yang tepat untuk tidak membuat prosedur vakum dan meneruskan dengan pembedahan caesarean tanpa lengah. [67] Mahkamah ini meneliti hujahan peguam cara defendan pertama bahawa tiada kecuaian oleh defendan pertama kerana sebagaimana diakui oleh plaintif semasa pemeriksaan balas bahawa –
i
Rujukan dalam ms 339 Ikatan B menunjukkan nota defendan pertama yang merekodkan bacaan CTG fetal rate pada jam 9.30 pagi, 11.30 pagi, 12.00 tengahari dan 12.30 tengahari.
II
(ii) Defendan pertama telah membuat pemantauan terhadap plaintif dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari selain menyemak keadaan jantung bayi. [68] Mahkamah ini mendapati tiada asas mengenai sejauhmana ketepatan rekod catatan defendan pertama didasarkan dalam ketiadaan rekod bacaan CTG disediakan pada masa yang material. Selain itu dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229 menekan akan keperluan bagi hakim bicara memberi perhatian kepada dokumen kontemporari dan keadaan keseluruhan kes dengan menilai keterangan lisan yang dikemukakan. Justeru dalam keadaan tiada keterangan pakar yang mengatasi pandangan pakar SP1, Mahkamah ini menerima pandangan pakar SP1 bahawa –
i
Tiada rekod dicatatkan oleh defendan pertama dan kedua mengenai keadaan plasenta.
II
(ii) Tiada catatan mengenai keadaan foetal heart rate dari pukul 1.00 tengahari sehingga bermulanya c-section pada jam 1.50 petang yang menyokong dapatan SP1 bahawa tiada pemantauan berterusan bacaan CTG.
III
(iii) Tiada labour progress chart. [69] Fakta yang bayi plaintif dilahirkan mati membawa kepada satu kesimpulan bahawa Mahkamah ini wajar menolak hujahan defendan pertama bahawa tidak ada sebarang abnormal finding semasa plaintif dalam pengawasan defendan pertama. Keterangan pakar – SP1 Dr Milton gagal dicabar. [70] Mahkamah ini memberi perhatian bahawa keterangan SP1 gagal dicabar berkenaan rekod yang disimpan oleh defendan ketiga bagi plaintif adalah tidak lengkap kerana ketiadaan rekod mengenai keadaan plasenta, foetal heart rate dari jam 1.00 petang bermula C-section jam 1.50 petang dan ketiadaan perkembangan proses bersalin sehingga akhirnya bayi dilahirkan mati. [71] Mahkamah ini menerima penghujahan peguam cara plaintif bahawa laporan pakar oleh SP1 telah menjelaskan kekurangan yang terdapat dalam cara defendan pertama menguruskan proses bersalin plaintif. Sama ada ketiadaan defendan pertama di bilik bedah mengecualikan defendan pertama dari tanggungan terhadap liabiliti. [72] Ini adalah isu yang dibangkitkan oleh defendan pertama. Pembelaan defendan pertama menyatakan bahawa tiada nota perubatan atau dokumentasi yang menunjukkan defendan pertama telah salahurus semasa peringkat kedua kelahiran. [73] Melalui Afidavit, SP1 merekodkan ketiadaan dua dokumen iaitu rekod CTG pada 11.1.2019 dan rekod berkaitan pembedahan dan vacuum extraction pada 11.1.2019. [74] Versi plaintif adalah defendan kedua melarang defendan pertama meninggalkan plaintif kerana plaintif adalah pesakit defendan pertama. Mahkamah ini mendapati keterangan plaintif juga tidak dicabar oleh defendan pertama dan defendan pertama gagal membuktikan pembelaan ini semasa perbicaraan. [75] Merujuk laporan SP1 lagi, defendan pertama telah dimaklumkan tentang kedatangan plaintif pada jam 8.37 pagi. Defendan pertama menemui plaintif pada jam 9.30 pagi dan membuat pemeriksaan. Seterusnya dari jam 11.30 dan jam 12.00 tengahari defendan pertama masih berterusan memeriksa plantif. [76] Selanjutnya defendan kedua menemui plaintif pada jam 12.30 tengahari. Tidak ada penjelasan diberi tentang mengapa defendan pertama menyerahkan plaintif kepada defendan kedua kecuali defendan kedua telah menyambut kelahiran anak kelima plaintif. [77] Mahkamah ini memandang serius bahawa kedua-dua defendan pertama dan kedua bukanlah pakar yang berdaftar. Begitu juga tiada rekod menunjukkan defendan pertama dan kedua telah memberi pertimbangan dan mengambilkira faktor risiko plaintif dari segi usia, jumlah kelahiran, sejarah c-section, dan rekod kesihatan plaintif. [78] Dalam kes ini, bayi meninggal pada jam 2.05 petang. Keputusan untuk pembedahan dibuat pada jam 1.00 petang. Setakat jam 1.50 petang pembedahan tidak dapat dilakukan kerana pakar bius belum tiba. [79] Sekiranya versi defendan pertama benar bahawa defendan pertama tidak berada di bilik pembedahan, berdasarkan kegagalan yang dilakukan oleh defendan pertama semasa plaintif dalam pemerhatian defendan pertama, ketiadaan defendan pertama di dewan bedah tidak dengan sendirinya mengelakkan defendan pertama daripada bertanggungan. Namun demikian, Mahkamah ini mendapati defendan pertama gagal membuktikan pembelaan mengenai fakta tentang ketidakberadaan defendan pertama di dewan bedah. Tiada saksi dipanggil untuk membuktikan pembelaan tersebut. Sama ada defendan ketiga mempunyai tanggungjawab yang tidak boleh diwakilkan. [80] Mahkamah ini mendapati kewajipan bagi isu ini tidak dipertikaikan oleh defendan ketiga. Dalam konteks ini, tugas defendan ketiga adalah untuk menyediakan suatu sistem penjagaan yang sewajarnya termasuk menggaji kakitangan yang kompeten bagi menyediakan rawatan perubatan kepada pesakit. [81] Peraturan 145(1) Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 2006 menyatakan penyediaan medical staffs of obstetrics and maternity services dalam skop peranan Head of Deparment (Ketua Jabatan O&G) Hospital swasta yang hendaklah memastikan pada setiap masa –
b
pakar bius yang berdaftar dengan latihan dan pengalaman dan pegawai perubatan berdaftar dalam bidang paed hendaklah bersedia pada setiap masa. [82] Tempoh masa selama 40 minit untuk pakar bius tiba di hospital defendan ketiga pada hemat Mahkamah ini bukanlah tempoh yang munasabah dan tidak menepati kehendak ‘Head of Deparment (Ketua Jabatan O&G) Hospital swasta yang hendaklah memastikan pada setiap masa – ‘(b) pakar bius yang berdaftar dengan latihan dan pengalaman dan pegawai perubatan berdaftar dalam bidang paed hendaklah bersedia pada setiap masa’. [83] Keterangan SD1 Dr Zulkhairi berkenaan peranan siapa untuk menguruskan visiting anaes yang meletakkan peranan di bahu defendan pertama dan kedua jelas bercanggah dengan peraturan 145(1)(b) Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 2006 . [84] Justeru, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa defendan ketiga gagal memastikan pakar bius yang berdaftar dengan latihan dan pengalaman hendaklah bersedia pada setiap masa. Kegagalan defendan ketiga ini disokong dengan keterangan SD2 bahawa beliau tiada ikatan kontrak dengan defendan ketiga dan hanya akan hadir bertugas jika SD2 berkelapangan. Keterangan SD2 menyatakan – I have no contract so I am not liable for their anaesthetic servides but if I am free, on ad ad hoc basis, I will offer my services. [85] Dalam kes ini, SD2 menerima panggilan telefon daripada kakitangan defendan ketiga iaitu jururawat dan SD2 tidak dimaklumkan tentang keadaan plaintif ketika itu. [86] Mahkamah ini tidak boleh menerima hujahan peguam cara terpelajar bagi defendan ketiga bahawa defendan pertama dan kedua mempunyai pengetahuan tentang SD2 tinggal di Jalan Ipoh iaitu di luar kawasan Shah Alam. Hal ini tidak wajar mengatasi peranan Ketua Jabatan defendan ketiga untuk menyediakan pakar bius yang berdaftar dengan latihan dan pengalaman yang hendaklah bersedia pada setiap masa. [87] Kecuaian defendan ketiga adalah setakat defendan ketiga telah gagal mengambil langkah munasabah dalam menyediakan khidmat pakar bius yang bersedia pada setiap masa. [88] Selain itu, tidak ditemui rekod menunjukkan defendan pertama dan kedua telah mendapat bantuan pakar obstetric di hospital defendan ketiga khususnya semasa fasa kedua bersalin yang dilalui oleh plaintif, iaitu semasa kepala janin impacted. Sama ada plaintif berhak untuk menuntut ganti rugi-ganti rugi yang berlandaskan dan/ atau yang timbul dari punca kematian bayi plaintif? [89] Mahkamah ini mendapati Pernyataan Tuntutan plaintif tidak memplidkan kepada kecederaan ke atas bayi plaintif. Prinsip undang-undang berkaitan dengan pliding adalah mantap. Dalam hal demikian, tiada award sedemikian berkaitan kematian bayi wajar dibenarkan. Mahkamah juga tidak membenarkan award bagi tekanan dan trauma dan gantirugi khas yang tidak dibuktikan. Mahkamah ini mengikuti prinsip dalam kes Yew Wan Leong v Lai Kok Chye [1990] 2 MLJ 152 dan menolak tuntutan bagi award tekanan dan trauma kerana plaintif gagal memplidkan fakta material berkaitan tuntutan ini. Liabiliti: [90] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi, meneliti ikatan dokumen dan hujahan-hujahan bertulis, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah ini membenarkan tuntutan plaintif terhadap defendan pertama dan ketiga terhadap defendan pertama dan ketiga yang bertanggungan atas dasar 50-50 terhadap plaintif. Kuantum: [91] Berhubung dengan kuantum, Mahkamah ini mengawardkan ganti rugi sebagaimana berikut –
i
Gantirugi Am: pain and suffering Mengambilkira keadaan keseluruhan kes award gantirugi am sebanyak RM200,000 dibenarkan.
II
(ii) Gantirugi Teruk: Award sebanyak RM200,000 dibenarkan. Mahkamah ini mengambilkira fakta bahawa plaintif tidak dirujuk kepada pakar obstetrik semasa melalui tempoh bersalin yang kritikal selain kegagalan menyediakan kegagalan menyediakan khidmat anaes pada setiap masa yang diperlukan.
III
(iii) Getting up fees sebanyak RM100,000 tertakluk kepada alokator ditanggung bersesama oleh defendan pertama dan ketiga.
IV
(iv) Faedah pada kadar 5% dari tarikh writ saman difailkan sehingga penyelesaian penuh. Bertarikh pada 12 Januari 2026. Ditandatangani ………………………………………. Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Keluarga (2) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif : Ravi Nekoo dan Ling Yin Xin Tetuan Nekoo (Wilayah
2
Bagi Pihak Defendan Pertama : Rajwinjit Kaur Khalae a/p Ajit Singh Khalae Tetuan Rajwinjit, Asyraf & Partners (Wilayah
3
Bagi Pihak Defendan Kedua : Tidak diwakili peguam cara dan tidak hadir
4
Bagi Pihak Defendan Ketiga : Manmohan S Dhillon dan Muhammad Luqman Firdaus bin Md Yunus Tetuan P S Ranjan & Co. (Wilayah
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.